Chapter 3

Romance Series 5083

Suasana di dapur menjadi kecoh dengan perbualan Datin Marina dan Lufya kepada Dario. Hawa yang berada di sebelah Lufya hanya menyambung makan tanpa gangguan.

"Dario balik sini sorang ke?" tanya Datin Marina sambil menuang kuah masak lemak cili api di atas nasi pada pinggan Dario. Ikan kerisi masak lemak cili api. Itu ialah lauk pertama yang Dario pernah rasa di Malaysia dan telah menjadi lauk kegemarannya.

"Dario datang sini dengan dua orang kawan Dario tapi diorang tu memang asal sini. Diorang balik sini sebab nak jumpa keluarga diorang. Lama sangat duduk Jepun tu yang rindu keluarga agaknya" jawab Dario mesra.  Dario sudah fasih bercakap dalam bahasa Melayu daripada kecil lagi. Datin Marina mengangguk faham.

"Siapa nama kawan-kawan Dario tu? Mana tau mummy kenal ke? Boleh suruh salah sorang masuk meminang si Hawa ni" Hawa yang sedang minum air mula tersedak.

Uhuks
Uhuks
Uhuks

Lufya menepuk belakang badan Hawa berulang kali sehingga sedakan Hawa reda. Dario tergelak kecil mendengar cadangan daripada Datin Marina. 'Huru-hara hati Hawa dapat salah sorang kawan aku nanti'getus di hatinya

"Riz dan Izzan mummy" Hawa yang sedang menyandarkan tubuh di kerusi mula menegakkan tubuhnya. Sakit kepala perlahan-lahan kembali menyerang.

"Err Assalamualaikum hai saya Aara , adik kepada Abang Zaf dan Abang Emir...eh hai Anaqi !"

"I'm sorry to disappoint you, I'm not Izzat Anaqi. Kenalkan...saya Izzan Aysar , kembar kepada your Anaqi. You can call me baby say"

Hawa menutup mata rapat apabila suara perempuan dan suara lelaki asing berada dalam fikirannya. Cuba untuk mengingati tapi gagal kerana suara-suara itu hilang sekelip mata. Hawa mengeluh dalam diam. Mata dibuka semula.

Hawa bangun dari tempat duduknya, pinggan diangkat kemudian menuju ke singki. Pinggan dibasuh sambil memikirkan suara-suara yang singgah dalam fikirannya sebentar tadi.

"Basuh pinggan ke main air dik oi" Hawa tersentak dengan teguran Lufya pantas membilas pinggan itu. Pinggan diletak pada rak sebelah singki. Kaki melangkah keluar dari dapur tapi sempat Hawa memberitahu Datin Marina.

"Mummy. Hawa masuk bilik rehat dulu ya"

Lufya mencebik apabila Hawa mengabaikan dirinya. 'Tegur sikit pun tak oleh' bisik Lufya. Dario memandang sahaja pemergian Hawa. Pelik. Bukan dia tak perasan wajah Hawa berubah selepas menyebut nama rakan-rakannya itu. 'Kenal ke?' soalnya dalam hati sahaja.

×××

Hawa masuk ke dalam bilik rehat tanpa memberi salam.

"Awal kau balik?" tegur Insha manakala Cikgu Shasha mengangkat kepala memandang Hawa yang sudah mengambil tempat di hadapannya.

"Lama-lama nak buat apa? Aku cakap nak amik bakal abang ipar je kan tadi?" Hawa memandang lama lukisan yang dilukisnya. Insha mendiamkan diri sahaja. Cikgu Syasya mengerut kening dengan tingkah laku Hawa itu. Mereka berdua memandang sesama sendiri lalu menggaru kening.

"Cantik tak lukisan Hawa ni?" Entah kenapa dia teringat lelaki asing yang dia terjumpa tanpa sengaja itu. Izzan Aysar.

"Kenapa Hawa buat lukisan ni?" Cikgu Syasya tahu Hawa takkan lukis sesuatu tanpa sebab. Semua lukisan Hawa mempunyai maksud tersendiri walaupun lukisannya biasa-biasa sahaja.

"Tak tahulah. Mungkin boleh jadi ini tangan Hawa dengan someone special nanti" Itu sahaja yang Hawa dapat ungkapkan. Sejujurnya dia berharap supaya ingatannya pulih semula agar dia dapat mencari kebahagiaan dalam dirinya sebagai Aisyah Elmaira bukan sebagai Hawa Humaira. Berharap dapat memegang erat tangan seseorang untuk bersama-sama dengannya menempuhi ujian yang dia hadapi sekarang ini.

Cikgu Syasya dan Insha faham dengan kata-kata Hawa lantas memeluk Hawa yang sudah menangis teresak-esak itu.

     Izzan memandang Airil sambil memucungkan bibir. Riz di tempat penumpang belakang perasan dengan tindakan Izzan hanya memandang jijik. Ya Allah ini ke perangai pujaan wanita-wanita di Malaysia dan Jepun ni?

"Airil. SINGGAHLAH 7E SEKEJAP!" Airil terkejut dengan jeritan Izzan tiba-tiba terus kakinya menekan brek. Riz yang duduk bersila menghadap cermin menikmati permandangan sudah jatuh ke bawah.

"Auuu! Sakitlah! Kau ni Ril tak reti bawa kereta ke?!" marah Riz lalu bangun duduk elok-elok dengan menyandarkan tubuh  dan kaki dijatuhkan.

Airil memicit dahi apabila sorang menjerit tak tentu pasal sorang lagi marah dan tergolek macam nangka busuk. Nasib baik tiada kereta di belakang.

"Ril..." panggil Izzan meleret. Airil mengangkat kening dengan wajah malas ke arah Izzan tetapi sempat mengerling wajah cemberut Riz yang tidak berpuas hati.

"Aku. Nak. Singgah. 7E. Sekejap." Ulang Izzan selepas menarik nafas dan hembus secara perlahan. 'Menguji kesabaran orang betul Mr. Heartless ni. Dengan Aara pandai pula bergurau sana sini' kutuk Izzan dalam hati.

Airil mengangguk kemudian meneruskan perjalanan. Setibanya di hadapan 7 Eleven, Izzan dan Riz keluar dengan bersiul senang hati. Airil mengeluh perlahan lalu meraup muka.

"Macam jaga anak beruk"kata Airil mendatar. Bunyi panggilan telefon memecah kesunyian airil di dalam kereta itu. Nama Izzat tertera di skrin telefon segera diangkat.

"Hello" Airil bersuara terlebih dahulu.

"Mana Izzan dengan Riz? Lambatnya. Aku nak suruh korang jagakan anak-anak aku sekejap kat office. Aara kena jumpa client dia harini. Pukul 5 petang baru habis."

"Oh lagipun memang harini turn kau kan jaga diorang. Memang padanlah muka kau" jawab Airil selamba. Airil menggelengkan kepala apabila mendengar dengusan tidak puas hati itu.

"Hahaha ye ye nanti aku kita orang datang. Aku pun dah lama tak jumpa anak buah aku tu. Dah lah bye" Panggilan dimatikan tanpa sempat Izzat membalasnya. Serentak dengan itu, Izzan dan Riz masuk ke dalam perut kereta.

"Seriously Izzan. Riz. Kau borong aiskrim?" Airil memandang mereka berdua tidak berkelip. Izzan dan Riz laju mengangguk. Senyuman manis tidak pudar pada bibir mereka. Seronok dapat aiskrim. Bukan aiskrim biasa-biasa tau. Aiskrim berbentuk rama-rama dua plastik penuh.

"Aku bakar juga semua aiskrim tu" gumam Airil perlahan.

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience