El melangkah masuk ke kereta Izzan selepas siap bersarapan. Begitu juga Izzan dan Rayyan. Terkejut juga El apabila tiba di dapur melihat susuk tubuh Rayyan yang seronok bersarapan dengan Datin Marina dan Dato Azman. Andai kata pagi ini El bangun lambat, ha nasib kaulah Izzan kebas punggung kau menunggu pun El tak kesah.
Tiba sahaja di Mr. DIY, El berjalan seorang diri di kawasan alat tulis manakala Rayyan dan Izzan berada di kawasan makanan.
"BAH!" El yang memegang kotak water colour kecil terus mengetuk kuat kepala Izzan. Izzan mengerang sakit sambil mengusap kepala yang berdenyut. Rayyan menahan ketawa melihat kejadian itu.
"Eh sorry saya tak sengaja" El mengusap kawasan yang diketuk tanpa sengaja itu. Izzan tak berkelip apabila merasakan El seperti mengusap rambutnya dengan penuh kasih sayang. Rayyan memijak kuat kasut abang yang supaya menyedari daripada lamunan cinta haram jadah itu.
"Aww!" Izzan menepis perlahan tangan El lalu memandang tajam Rayyan. Tersengih Rayyan sebelum bersuara.
"H. A. R. A. M. Haram!" Terangkat bahu El mendengar suara tegas Rayyan. Sudahlah kat situ tak ramai orang, dengar suara Rayyan memenuhi kawasan alat tulis itu. El dan Izzan menggaru kepala memandang Rayyan.
"Sorry Ayyan" ucap mereka serentak. Budak kecik pun tahu yang remaja ke atas ni apasal bebal sangat. Okay gurau.
"Akak El beli warna air lagi?" El mengangguk. Izzan memegang bakul yang dipenuhi makanan ringan itu hanya memerhati mereka berdua.
"Abang Izzan awak tu kata lepas balik jalan-jalan nanti dia suruh akak duduk rumah dia sampai malam. Akak bosanlah nanti. Nanti kita main warna-warna nak Ayyan?" soal El setelah memberi penjelasan kepada Rayyan.
"Nak!" jawab Rayyan dengan nada teruja. Izzan mencebik melihat hubungan El dengan Rayyan semakin rapat.
"Dah lah jom bayar. Lagi lama kat sini lagi bankrup duit aku" Izzan melangkah pergi ke arah kaunter bayaran. El dan Rayyan memandang sesama sendiri lalu mengikut langkah Izzan dari belakang.
"Aku tak suruh kau bayar pun" guman El perlahan.
×××
Kini mereka bertiga berada di dalam bilik lukisan Rayyan. Rayyan seorang yang suka mewarna jadi mama Izzan menukar bilik tetamu kepada bilik lukisan.
El dan Rayyan gigih merwarnakan lukisan mereka menggunakan warna air. Izzan yang bosan hanya menongkat dagu lalu melukiskan gambaran seorang wanita berbaju dress kembang tanpa lengan. Setelah selesai, Izzan mengambil satu berus halus kemudian warna biru tua yang sudah dicampurkan sedikit air dicolet lalu disapukan pada permukaan kertas lukisan itu.
"Okay masa tamat!" ucap El ceria kerana tidak sabar mahu melihat lukisan dua beradik itu.
"Jom tunjukkan lukisan kita sama sama. Serentak tau?!" Izzan dan Rayyan mengangguk.
"Satu"
"Dua"
"Tiga"
Gambaran lukisan Rayyan ialah sepotong buah tembikai manakala El ialah lukisan mata beriris biru kelabuan.
"Wah cantiknya awak punya!"puji El lalu merampas lukisan itu.
"Habis tu Ayyan punya tak cantik?" soal Rayyan perlahan. El memberikan senyuman kemudian mengambil lukisan Rayyan.
"Cantik! Tampal lukisan ni kat dinding sana lepastu kita kemas barang-barang yang bersepah ni okay" Rayyan laju mengangguk. Mereka bertiga menampal lukisan masing-masing di dinding yang dicatkan biru gelap berserta taburan bintang kecil.
"Hai! Korang buat apa ni?"
Mereka bertiga serentak menoleh ke arah pintu. Susuk tubuh Aara dan Anggun dalam dukungannya mendekati kami. Aara memandang tiga lukisan di dinding.
"Wow pandainya korang lukis" Tersenyum bangga Rayyan mendengarnya. El memberikan senyuman pendek manakala Izzan beriak biasa. Izzan mengerling Anggun yang ceria itu lalu mengambil pantas Anggun dan dibawa keluar. Tangisan Anggun hanya dibiarkan sahaja oleh Izzan.
Tercengang El melihat Izzan membawa lari anak Aara. Aara menepuk dahi.
"Macam mana aku boleh lupa si Izzan ni tak boleh tengok anak-anak aku senang sikit, ada je nak kacau" ujar Aara pasrah. Rayyan menggelengkan kepala sahaja melihat Izzan tidak memujuk Anggun yang masih kecil itu.
"Anak-anak?"
"Hehe aku lupa nak cerita dekat kau pasal dua orang lagi. Jom duduk situ. Aku cerita. Rayyan pergi mandi dulu. Rayyan usyuk" Rayyan mencebik lalu melangkah keluar untuk membersihkan diri.
Aara membantu El mengemas barang-barang lukisan tadi sehingga selesai. Mereka kembali duduk di bangku yang tersedia itu.
"Nama anak pertama aku yang Izzan bawa lari tadi, Anggun Farella. Yang kedua nama dia Mawar Rozella. Dia ni rapat sikit dengan ayah dia. Pantang jauh nanti nangis mencari ayah dia" Entah kenapa El berasa seronok melihat senyuman bahagia Aara.
"Yang ketiga tu ada dengan abang Irsyad. Abang ipar aku suka sangat manjakan dia. Nama dia Mia Nuvella. Yang last ni pun kuat nangis juga. Dengar je kakak-kakak dia melalak dengan dia dia sekali ikut menangis" Tergelak kecil Aara apabila teringat gelagat anak-anak kesayanganya itu.
"Yang anak kedua tadi tu, Mia Rozella sama macam aku antibodi lemah. Nangis sikit lemah. Kena marah sikit nangis lepastu demam masuk hospital huh" Air liur Aara ditelan kesat. Aara mengelip matanya seolah-olah menidakkan air matanya mengalir. El memandang simpati kepada Aara. Mahu cakap lebih-lebih rasa kekok pula. El cuma berharap ingatannya segera pulih dalam diam.
"Haha sedih pula aku ni. Dah lah ni cerita pasal aku , sekarang cerita pasal kau pula" El mengangkat kening dengan kata-kata Aara.
"Kau tahukan yang kau dengan Izzan tunang dua minggu je?" El mengangguk perlahan.
"Aku tak sabar nak tengok kau dengan Izzan bersatu" ucap Aara dengan riang.
"Yelah lepas kau reject dia dua tahun lepas, dia terus tak nak layan sorang perempuan pon kecuali aku dengan mama" El mengerut kening. Pagi tadi baru je Izzan cakap dia ada tujuh bekas teman wanita.
"Dah tu kenapa Ayyan panggil Izzan buaya?" soal El bingung
"Itu sebab kebodohan Izzan. Pergi ngorat cikgu-cikgu tadika Rayyan masa Rayyan umur 5 tahun. Katanya nak cuba untuk lupakan kau tapi tengok sekarang. Kau juga dia cari" Tergelak El melihat wajah Aara yang berkerut ketika menceritakan tentang Izzan.
"Memang padanlah kena cop buaya"
BERSAMBUNG...
Share this novel