Chapter 17

Romance Series 5083

Suasana di kereta senyap tanpa perbualan. Rayyan menggarukan kepala sebelum mengerling wajah muram dan sembab El. El pantas mengubah wajah ceria membalas kerlingan Rayyan.

"Kenapa Rayyan?" soal El dengan suara serak basah.

"Sowwy!" Rayyan tahu abang Izzan gedik gedik nak merajuk dengan akak El. 'Entah apa yang merasukimu abang Izzan' getus Rayyan di hati.

"Tak ada apalah. Ni Rayyan balik pukul berapa nanti?" Rayyan hanya menggelengkan kepala. El mengerut kening tidak faham.

"Tak payah amik Rayyan. Nanti mama amik hehe" El hanya mengangguk faham. El menghentikan keretanya sebaik sahaja tiba di kawasan sekolah Rayyan.

"Masyeh akak Hawa ops!! Bukan bukan, masyeh akak El. Muahh" Tertawa kecil El melihat gelagat Rayyan walaupun El tahu yang Rayyan sengaja buat begitu bagi dirinya ceria selalu.

"Akak El janganlah gelak je. Balaslah balik muah Ayyan" El hanya melayan sahaja karenah Rayyan. Rayyan membuka pintu kereta kemudian menutup kembali dan terkedek-kedek Rayyan berlari ke arah pagar sekolah.

"Macam-macam hal Ayyan ni"

Selepas 20 minit berlalu, El mematikan enjin kereta lalu keluar dari kereta. El melangkah masuk ke rumah dengan memberi salam terlebih dahulu.

Seorang daripada anak-anak Aara berjalan ke arah El. El melihatnya bingung kerana El masih belum dapat membezakan merela bertiga.

"Nama?" Tersengih anak Aara mendengarnya.

"M-Mia!" El mengenyit mata ke arah Mia tanda hadiah. 'Bagus kau Aara ajar anak sebut nama diorang. Tak adalah aku main bedal je sebut' puji El dalam diam.

"Ibu awak mana?" soal El lalu mendukung tubuh Mia dan melabuhkan punggung ke sofa panjang itu.

"Work" balas Mia ringkas. Matanya tidak terlepas memandang kaca televisyen. El mengangguk sekali.

"Mama" panggil El apabila mama baru keluar dari dapur.

"Makanan kegemaran Izzan masa lunch apa eh?" soal El. Tubuh kecil Mia diletakkan di atas karpet bersama Anggun dan Mawar kemudian melangkah ke arah mama.

"Nak pujuk Izzan eh?" Entah kenapa El berasa malu sekarang tapi dianggukkan sahaja.

"Masak makanan yang simple simple je. Izzan tak cerewet pun"

"Masak macaroni cheese je lah. Bahan ada kat dapur. Tinggal El cari je. Mama nak layan cucu-cucu mama pula" Mama mendekati cucunya sebaik sahaja selesai bicara.

El melangkah ke dapur mencari badan dan memulakan masakannya. Jadi, El hanya memanaskan semula masakannya sebelum menuju ke pejabat suami.

×××

Jam makan tengah hari telah tiba. El sudah bersiap pakaian yang menutup aurat. El mengambil beg silangnya dan turun ke bawah. Bekas yang diisi macaroni cheese ditutup lalu dimasukkan ke dalam paper bag.

"Mama El pergi dulu" El mencium tangan mama dan melangkah keluar dari rumah. El menaiki grab kerana malas mahu memandu.

El menghulurkan wang bernilah RM50. Pakcik Grab terkejut apabila El memberitahunya bahawa baki buat belanja makan keluarganya.

"Anggap je ni tanda terima kasih saya sebab pakcik bawa saya jumpa suami saya. Pakcik doakan keluarga saya dan keluarga pakcik sihat dan bahagia selalu. Saya pergi dulu"

El jalan selamba masuk ke dalam lif tanpa menghiraukan pandangan aneh pekerja-pekerja di situ. Butang tingkat 20 ditekan.

Ting!

El melangkah keluar dari lif mencari pejabat Izzan. Terdapat tiga pejabat sahaja di situ. Em tak salahkan kalau kita buat macam Dora The Explorer?

"Adakah anda tahu dimanakah pejabat suami Aisyah Elmaira? Pintu kiri ke kanan ke tengah-tengah?" soal El pada diri sendiri sambil mengetuk jari ke dagu.

"Kau rasa yang mana?"

"Entahlah saya pun tak tahu-- Ehh?!" El pusing ke belakang memandang suara garau itu. Wajah dingin Anaqi menyapa pandangan El.

"Aku Anaqi. Bukan laki kau" beritahu Anaqi mendatar. Tangan dimasukkan ke dalam koceknya.

"Aku tahulah. Suami aku manis je bila pandang. Bukan macam kau. Muka macam tertelan halkum singa jantan. Ketat nak mampuih!" kutuk El. Pandangan tajam Anaqi, El abaikan sahaja.

"Kau buat apa kat sini? Tak reti nak balik?" El mencebik dalam diam.

"Aku nak jumpa suami akulah" Terangkat kening Anaqi mendengar kata-kata El.

"Suami kau tak ada. Dia ada dating dengan client" El membuntangkan mata dan pegangan paper bag itu terlepas perlahan. Air mata mula berkumpul. Bibir bergetar halus.

"Tipu!" jerit El. Anaqi mengangkat bahu dengan beriak selamba.

"Kau dengan kembar kau sama je! Sama sama tak guna!" El mengesat kasar air matanya lalu berjalan ke arah lif semula untuk turun dan pulang ke rumah.

Anaqi menggaru kepala melihat El masuk ke dalam lif dengan wajah sedih.

"Aku main-main je. Asal laki bini nak emo sangat dengan aku harini?" ujar Anaqi pelik kerana pagi tadi tiba-tiba sahaja Izzan menjerkah seorang pekerjanya akibat lewat 10 minit masuk ke dalam bilik mesyuarat.

Krek~

Izzan baru keluar dari pejabatnya mengerut kening melihat paper bag yang berada di lantai dan hanya abang kembarnya sahaja yang ada di situ.

"Woi kau kenapa?" tegur Izzan.

"Tadi bini kau datang lepastu aku cakap kau dating dengan client lepastu dia berambus dari sini dengan menangis. Haa ni bekal kau lah kot" Anaqi memberi sengihan tidak bersalah kepada Izzan. Izzan memandang tajam abang kembarnya itu.

Izzan tidak mendengar suara lantang El kerana biliknya kalis bunyi. Hati Izzan berdetak laju mendengarnya. El datang sini bawa masakan? Izzan ingat El akan mengambil Rayyan pulang sebentar lagi.

"Ish kau ni tak gunalah. Tolong bawakan beg tu masuk dalam" Izzan berlari ke arah tangga dan turun ke bawah mencari susuk tubuh isterinya. Risau! El nangis kot!

Larian Izzan terhenti apabila menerima panggilan daripada pekerjanya di bawah.

"Hello?" sapa Izzan dicorong telefon.

"Saya sajalah nak bagitahu Encik Izzan bukan niat nak bergosip tau" kata pekerja itu masih takut takut. Dialah pekerja yang dijerkah oleh Izzan.

"Kau nak cakap apa ni Huda? Jangan buang masa akulah! Aku nak cari bini aku lagi ni" marah Izzan tanpa sedar menyebut isteri itu. Semua pekerja bawahan tidak tahu tentang status Izzan sekarang.

"Err mungkin dialah kot yang Encik Izzan cari. Dia ada kat tandas perempuan tingkat 15 ni encik. Dia sorang je ada kat dalam tu" Izzan terus mematikan panggilan tetapi sempat mengucapkan terima kasih kepada Huda.

Kebetulan Izzan berada di tingkat 15 pantas menuju ke arah tandas perempuan. Dari luar Izzan mendengar tangisan El. Izzan termengah-mengah mencari nafas. Penat woo!

Izzan menyandarkan diri di dinding tepi pintu utama tandas.Dia lantas menarik pinggang ramping El ke dalam pelukannya sebaik sahaja El keluar. Lama.

Izzan merungkaikan pelukan lalu melihat wajah sembab El. Hidung merah. Bibir bergetar halus seperti menahan tangisan.

"Lah kenapa nangis hm?" tanya Izzan lembut. El mendiamkan diri sahaja. Dia tahu dia tak patut dengar dan percaya kata-kata Anaqi tapi entah kenapa berasa sedih mendengar gurauan itu.

"Okay okay tak nak jawab tak apa. Jom teman aku makan kat office aku"

El hanya mendiamkan diri dan akur. Mereka berjalan ke arah lif. Suasana di lif sunyi tanpa gurauan. Izzan mengusap bahu El dengan penuh kasih sayang.

Izzan menarik tangan El masuk ke pejabatnya sebaik tiba di tingkat 20. Mereka duduk di sofa mewah itu. Izzan mengeluarkan air mineral dan bekas putih berisi macaroni itu.

"Sini kongsi dengan aku" Izzan mengangkat tubuh El duduk di atas pehanya. Mereka berkongsi makanan sehingga habis. Penutup air mineral dibuka dan diminum. Izzan mengerling ke arah El yang masih mendiamkan diri dalam pangkuannya itu. Comel! Tinggi El hanya 149cm manakala Izzan 186cm.

"Kau datang sini naik apa?" Tangan Izzan memeluk pinggang El. El membenamkan wajahnya di ceruk leher Izzan. 'Aku sayang kau' ucap El dalam hati sahaja.

"Grab" balas El ringkas. El terlelap akibat terlalu banyak mengeluarkan air mata.

"Lah tidur? Dia yang buat aku merajuk Dia jugalah yang aku kena pujuk hm" Izzan menepuk belakang badan El perlahan.

Selepas beberapa minit, Izzan meletakkan tubuh El di atas sofa. Makanan dan minuman itu dikemas dan kembali ke meja kerjanya. Izzan seorang yang tidak suka menangguhkan kerja-kerjanya.

×××

Tok!
Tok!
Tok!

Izzan mengerut kening memandang pintu. Jam dinding dikerling.

2:00pm

"Siapa pula yang sopan sangat ni? Selalu pakai reda je" gumam Izzan perlahan.

Izzan bangun menuju ke arah pintu dan membukanya. Terkejut dia melihat kawan isterinya, Insha. Insha memberikan senyuman lalu mengeluarkan jari telunjuk dan jari tengah kepada Izzan.

"Aisyah ada tak pakcik?" Mahu terkeluar mata Izzan mendengar gelaran yang dipanggil Insha.

"Hello? Kau panggil aku pakcik? Suka hati kau je" Izzan menjeling tajam wajah ceria Insha. Insha hanya menayang gigi putihnya sahaja.

"Okaylah tu. Aisyah kata pakcik ni hot, so saya panggil je lah awak pakcik cuma hot je saya tak sebut. Kalau sebut kang jadi macam Seroja pula. Ala drama astro Ria tu tajuk dia Isteri Tuan Ihsan. Best tau drama tu" balas Insha terlebih mesra.

"Pakcik saya tanya tadi, Aisyah ada ke tak?" Izzan menggulingkan mata ke atas.

"Ada ada tapi dia tengah tidur" Insha mengangguk faham lalu melangkah masuk. Izzan pantas berundur selangkah dan pimtu ditutup sedikit.

"Eh kenapa pakcik tutup? Saya nak kejut Aisyah lah" kata Insha pelik dengan suami rakannya itu.

"Tak payah kejut. Biar dia dengan aku je harini" Insha menjuihkan bibir tanda protes.

"Habis tu bazir masa saya je datang sini tak dapat jumpa Aisyah. Pakcik punya pasallah ni" Izzan mengetap bibir sahaja menahan geram. Izzan pantas melangkah keluar dan pintu ditutup rapat.

Izzan berjalan ke hulur ke hilir memikirkan cadangan untuk kawan El keluar dari sini. Insha yang bingung hanya mengikut setiap pergerakan Izzan.

Izzan berhenti tiba-tiba membuatkan Insha terhantuk pada belakang badan Izzan. Izzan menoleh ke belakang merenung Insha tajam.

"Kau pahal? Kau minat kat aku eh? Kau nak jadi madu kawan baik kau sendiri?" Insha mengangkat bahu dengan beriak selamba. Kita tak salah buat apa nak takut?

"Bongok punya kawan" kata Izzan perlahan.

"Apa pakcik cakap?!" Izzan berundur ke belakang dua langkah apabila Insha betul-betul berada di hadapannya.

"Ish tak payahlah panggil pakcik. Kau buat aku rasa tua sangat" rungut Izzan tidak puas hati. Insha tersenyum senget melihatnya.

"PAKCIK MEMANG TUA PON!" Izzan mengambil bunga plastik yang ada di atas meja kecil di luar pejabatnya itu lalu dilempar tepat pada wajah Insha yang seakan mengejeknya. Insha pantas menyambut lemparan itu.

"Tang mana yang tuanya?! Beza umur kita setahun je pun!"

"Adalah bezanya. Bezanya pakcik dah tua walaupun hanya lebih setahun je. Ha lagi satu mesti tak lama lagi pakcik nak jadi father kan? DAH TUALAH TU!!" Kata-kata Insha diakhiri dengan menjelirkan lidah kepada Izzan.

"Haih aku rasa aku kena jual kau dekat someone lah" kata Izzan mendatar sambil tangan mendailkan nombor seseorang. Insha sudah cemas pantas mendekati Izzan.

"Weh kau datang sini. Awek kau serang office aku cari kau. Datang tau! Bye" Panggilan dimatikan. Izzan mengerling wajah cemberut Insha.

"Insha" Insha pantas menoleh.

"Yes uncle!" sahut Insha kembali ceria. Izzan bangun lalu menyeluk kocek sut hitam yang masih tersarung pada tubuhnya itu.

"Baik kau sebut nama aku je sebelum kau menyesal" Insha masih degil tidak mahu malah dipanggil pula dengan panggilan lain.

"Uncle Izzan" Izzan menyuakan lipas mainan ke arah Insha membuatkan Insha bangun dan lari sambil menjerit.

"ARGHH LIPAS!!"

"PANGGIL AKU APA?!"

"UNCLE IZZ-- EHH SALAH" Izzan masih mengejar larian Insha.

Ting!

Riz baru keluar dari lif terkesima melihat kejadian itu. Main kejar-kejar tapi tak ajak dia?!

"IZZAN STOP!!" Mereka menghentikan larian. Dada masing-masing berombak kasar mencari nafas.

"Main kejar-kejar tak ajak aku pun" kata Riz kecewa dengan berkemeja putih dan lengan baju dilipat hingga ke siku.

"Eh abang...." panggil Insha meleret memandang Riz dengan wajah ceria.

"Izzan jual saya kat abang ni ke?" soal Insha teruja. Izzan dan Riz memandang sesama sendiri. Sorang tersengih sorang lagi bingung dengan kata-kata Insha.

"Haah dialah" jawab Izzan selamba.

"Haa bolehlah. Jom abang kita blah dari sini" Langkah Insha terhenti apabila mendengar pertanyaan daripada Izzan.

"Kenapa kau panggil Riz abang eh?" Insha memandang wajah tanda tanya Izzan dan Riz.

"Saja nanti senang kalau saya dah kahwin dengan Riz tak ada lah kekok sangat nak panggil abang" jawab Insha yakin. Tercengang dua jejaka itu.

"Yakinnya kau nyah" ujar Izzan. Insha tersenyum misteri kepada mereka berdua.

"Mestilah naluri seorang peremuan tak pernah salah lagi-lagi saya, Insha Haura"

"Kenapa pula?" pantas sahaja Riz bertanya. Izzan juga menunggu jawab daripada Insha.

"Sebab sayalah bakal ibu kepada anak-anak awak nanti" Terkedu Riz mendengarnya. 'Mana kau beli keyakinan kau ni Insha?' soal Izzan di hati sahaja.

"Dahlah jom teman saya makan, laparlah sebab cakap banyak banyak harini" Insha menuju ke arah lif terlebih dahulu.

"Aku rasa dia tertelan loceng kat rumah aku tula, ting tong semacam je awek kau tu" komen Izzan. Riz menggelengkan kepala.

"Tak baik kata macam tu. Jodoh aku tu. Dahlah aku gerak dulu" Riz melangkah ke arah lif meninggalkan Izzan seorang diri.

Selepas dua minit Riz dan Insha pergi, Izzan menoleh ke arah pintu pejabatnya yang sudah terbuka.

"Izzan! Hiks asal awal tinggalkan saya sorang-sorang hiks"

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience