BAB 8

Romantic Comedy Completed 9010

“Hoi!”

Serentak dengan sergahan itu, entah dari mana datangnya tendangan kemas yang membuatkan Burn tersungkur mencium bumi. Arisa terperanjat lantas mendongak. Aril! Lelaki itu sudah siap sedia dengan penumbuk dan kuda-kuda yang dipasang kemas. Bersedia menghadapi mamat bersubang yang kelihatan terkejut namun jelas berang itu.

Mamat bersubang menyerang dahulu. Serangan yang sangat rapuh dari pemerhatian Arisa. Aril mengelak sedikit. Lantas tanpa bertangguh,dia terus menghayunkan penumbuknya tepat ke wajah mamat bersubang. Sekali. Dua kali. Tiga kali. Disudahi dengan tendangan padu di perut. Side kick itu membuatkan mamat bersubang terus rebah.

Aril mengalihkan sasaran kepada Burn yang memerhati. Baru sahaja dia melangkah setapak, Burn sudah mengangkat tangan. “Cukup! Cukup! Aku blah! Okey? Aku blah! Aku tak kacau!” Burn bersuara takut-takut.

Arisa menyimpan tawa. Nama je macam taiko, tapi pengecut. Baru sergah sikit, dah angkat tangan. Arisa memerhati Burn memapah rakannya dan berlalu dari situ. Langsung tidak dipandang Aril, takut barangkali. Heh! Baru kau tahu siapa kawan aku ni.

“Arisa, awak okey?” Aril lantas mendapatkan Arisa. Dipautnya lengan gadis itu, membantunya berdiri tanpa sempat Arisa menepis.

Arisa kembali mempamerkan muka dingin. Dia masih belum mengisytiharkan perang antara mereka tamat. “Awak buat apa lagi kat sini? Ingat awak dah pergi tadi. Why are you still here?”

“Sebab saya risaukan awak. Saya nak make sure awak selamat kat sini sampai la abang awak datang jemput,” Aril benar-benar khuatirkan Arisa. Dia sanggup menanti Arisa, memerhatikan dari jauh. Dia mahu memastikan bahawa Arisa selamat dijemput pulang. Kalau Arisa tidak mahu dihantar pulang olehnya, paling tidak dia harus memastikan bahawa dia tidak akan sesal kalau ada apa-apa yang berlaku pada gadis itu.

“Tak perlu! Saya tak perlukan awak untuk risau pasal saya. Saya boleh jaga diri.”

“Ya, saya tahu awak boleh jaga diri.awak dah besar, tahu taekwondo segala bagai. But right now, dengan keadaan kaki awak macam ni, what do you want me to expect from you?”

Melihatkan Arisa yang tidak berdaya mempertahankan diri di hadapan dua remaja tadi, Aril tidak pasti apa yang dirasakan saat itu. Dia rasa marah. Marah kerana dua manusia bertuankan syaitan tadi mahu mengganggu Arisa. Marah kerana Arisa kedegilan Arisa yang membawanya kepada bala tersebut. Marah kepada diri sendiri kerana tidak berada di sisi Arisa untuk melindungi gadis itu. Yang pasti dia hanya rasa ingin melindungi Arisa. Tidak mahu gadis itu diapa-apakan.

Arisa diam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience