“Ingat lagi?” ringkas soalan itu.
Arisa mengerutkan dahi. Berfikir. Siapa ek? Macamanalah sikit punya handsome macam ni aku boleh tak ingat.
“Tak ingatlah tu kan,” duganya.
Arisa mengangguk jujur.
Terdengar gelak halus dari bibirnya. Dah makin handsome pulak dah.
“Dah agak. Ini Syamil la.”
“Err..” Arisa masih bingung. Siapa? Anak angkat mak aku ke? Kawan sekolah dulu ke? Aku pernah gaduh dengan mamat ni kat mana-mana ke? Ex boyfriend aku tak mungkin handsome macam ni. Dah tu, secret admirer?
“Bunga kaktus. Kedai bunga err.. Lucy. Depan Seven Eleven Taman Saujana. Tahun lepas.”
Hah! Ambik nak kau Arisa! Sebijik-sebijik detail dia bagi kat kau. Memang nyanyuk sungguh kau Arisa Farhana kalau tak ingat lagi. Tapi Arisa mengaku kalau dia memang seorang yang pelupa.
Seminit..
Dua minit..
Tiga minit..
“Ahh!! Ingat!” Arisa memetik jari. Bercahaya matanya bagai orang yang baru sahaja memenangi anugerah Nobel. Overreact! Okey, Arisa Farhana memang seorang yang over.
“Syamil. Yang kita berebut kaktus masa tu. Depan Seven Eleven. Betullah. Aduh, macamana sebijik-sebijik awak boleh ingat eh?” dalam kagum, Arisa mengutuk kebebalan sendiri.
“Mujur ingat lagi. Kalau tak saya dah rasa macam nak sorok muka dalam baju ni je. Syok sorang-sorang,” Syamil bergurau.
Aiceh! Bergurau pulak dia. Bahagia sungguh. Arisa lihat senyuman dari bibir merah lelaki itu. Wah! Bagus-bagus. Merah bibir tu tanda tak merokok. Sama macam Aril, pun tak merokok. Bangga pula dia dengan rakannya itu.
Walaupun rakan-rakan lelaki Aril boleh dikatakan hampir 80% merokok namun Aril tidak pula terpengaruh. Bagus!
Share this novel