“Err.. awak. Sorry ye dengan kawan saya tu. Angin kus-kus dia dah datang. Insha Allah kalau ada masa, saya akan kenalkan awak dengan dia. Okey?” Arisa memohon maaf bagi pihak Aril.
Menaikkan kembali saham yang sudah gedebuk jatuh akibat perbuatan Aril. Aduh! Bikin malu member je. Mana mahu disorokkan wajah dengan perlakuan kurang sopan Aril tadi.
“Tak apa. Faham. Lain kali ada jodoh kita jumpa lagi,” Syamil melemparkan senyuman mesra.
Jodoh? Aiceh! Arisa sudah tersenyum dalam hati. Berangan. Amin, moga-moga termakbul la hendaknya ya.
“Insha Allah. Kalau macam tu, saya pergi dululah ye.”
“Eh, nanti. Boleh minta nombor telefon?” Syamil sempat menahan Arisa yang sudah mula mengatur langkah.
Nombor telefon? Hehe. Alamatnya tak lama lagi Haji Mahmud dapat menantu la gamaknya kalau macam ni.
“Err.. just in case kalau ada apa-apa. But, its okay kalau awak keberatan. No biggie,” suara Syamil kedengaran layu.
Keberatan? “Eh, tak. Tak. Tak keberatan pun.” Gila tak nak bagi nombor? Haruslah bagi. Umi cakap kalau rezeki jangan ditolak. Umi, ni dikira rezeki la, kan? Kan?
Setelah bertukar nombor telefon, Arisa melangkah berlalu mendapatkan Aril yang sudah tidak tahu ke mana menghilangnya. Mamat ni dah kenapa pulak? Tiba-tiba hangin semacam. Tak pernah-pernah pulak macam ni.
Share this novel