Disebabkan rasa angau itulah, Arisa bertekad untuk berdepan dengan Aril setelah berminggu tidak bersua muka.
“Kenapa dah lama tak masuk kelas?” setelah hampir setengah masing-masing tayang drama bisu, Arisa akhirnya membuka mulut.
Aril senyum hambar. Soalan itu tidak terjawab. Tidak perlu jawab, Aril pasti Arisa tahu jawapannya. Dia melabuhkan pandangan memandang tasik yang terbentang luas di hadapan mereka. Mencari secebis ketenangan di situ.
“Awak sihat?” soal Arisa.
Aril angguk.
Angguk je? Mana hilang suara? Arisa hampa. Aril seakan tidak rela berada di sini. Bagai tidak mahu berjumpa dengannya. Reaksi itu membuatkan Arisa ragu-ragu dengan apa yang diucapkan Aril tempoh hari. Hai, mamat ni April Foolkan aku ke apa?
“Ingat tak bila first time kita jumpa?” tiba-tiba sahaja Aril mengutarakan soalan.
Hehe. Ada lagi suara rupanya. Tapi, dah kenapa pulak itu yang ditanya? Arisa angguk laju. Yakin. “Kat kelas taekwondo la.”
Bibir Aril tertarik. Terukir senyuman manisnya. Benar-benar menggetarkan hati Arisa. Aduhai!
“Salah.”
Arisa kerut dahi. Eh? Betullah jawapan aku. Dah tu kat mana lagi. “Dah tu?”
Aril mengalihkan pandangan, beradu dengan pandangan Arisa yang mengharapkan jawapan. Tangan kanannya yang tergenggam kemas diajukan ke hadapan Arisa lantas genggamannya dibuka. Dia menjulang tangannya separas kepala, membiarkan rantai leher silver yang terukir huruf ‘AF’ itu teruntai di celah jemarinya. AF untuk Arisa Farhana.
Arisa terpana. “Err.. itu? Ni..? Ermm..?” gagap.
Aril mengangguk, mengiyakan walaupun tiada sebarang soalan jelas yang terkeluar dari bibir Arisa. “It is yours.”
Arisa mengerutkan kening. Tidak mengerti bagaimana rantai miliknya itu boleh berada di tangan Aril. Padahal dia tercicirkan rantai pemberian umi itu lama sebelum dia mengenali Aril lagi. Rantai kesayangannya itu memang tidak pernah ditanggalkan sekalipun.
Saat Arisa sedar kalau di lehernya sudah tidak terlilit rantai itu, dia buntu. Tidak tahu di mana dia menghilangkan rantai itu.
Disebabkan rasa angau itulah, Arisa bertekad untuk berdepan dengan Aril setelah berminggu tidak bersua muka.
“Kenapa dah lama tak masuk kelas?” setelah hampir setengah masing-masing tayang drama bisu, Arisa akhirnya membuka mulut.
Aril senyum hambar. Soalan itu tidak terjawab. Tidak perlu jawab, Aril pasti Arisa tahu jawapannya. Dia melabuhkan pandangan memandang tasik yang terbentang luas di hadapan mereka. Mencari secebis ketenangan di situ.
“Awak sihat?” soal Arisa.
Aril angguk.
Angguk je? Mana hilang suara? Arisa hampa. Aril seakan tidak rela berada di sini. Bagai tidak mahu berjumpa dengannya. Reaksi itu membuatkan Arisa ragu-ragu dengan apa yang diucapkan Aril tempoh hari. Hai, mamat ni April Foolkan aku ke apa?
“Ingat tak bila first time kita jumpa?” tiba-tiba sahaja Aril mengutarakan soalan.
Hehe. Ada lagi suara rupanya. Tapi, dah kenapa pulak itu yang ditanya? Arisa angguk laju. Yakin. “Kat kelas taekwondo la.”
Bibir Aril tertarik. Terukir senyuman manisnya. Benar-benar menggetarkan hati Arisa. Aduhai!
“Salah.”
Arisa kerut dahi. Eh? Betullah jawapan aku. Dah tu kat mana lagi. “Dah tu?”
Aril mengalihkan pandangan, beradu dengan pandangan Arisa yang mengharapkan jawapan. Tangan kanannya yang tergenggam kemas diajukan ke hadapan Arisa lantas genggamannya dibuka. Dia menjulang tangannya separas kepala, membiarkan rantai leher silver yang terukir huruf ‘AF’ itu teruntai di celah jemarinya. AF untuk Arisa Farhana.
Arisa terpana. “Err.. itu? Ni..? Ermm..?” gagap.
Aril mengangguk, mengiyakan walaupun tiada sebarang soalan jelas yang terkeluar dari bibir Arisa. “It is yours.”
Arisa mengerutkan kening. Tidak mengerti bagaimana rantai miliknya itu boleh berada di tangan Aril. Padahal dia tercicirkan rantai pemberian umi itu lama sebelum dia mengenali Aril lagi. Rantai kesayangannya itu memang tidak pernah ditanggalkan sekalipun. Saat Arisa sedar kalau di lehernya sudah tidak terlilit rantai itu, dia buntu. Tidak tahu di mana dia menghilangkan rantai itu.
“Mungkin awak dah tak ingat yang kita first kita jumpa is 3 tahun dulu. Lama sebelum kita jumpa kat kelas taekwondo. Kat mana? It is here,” mukaddimah dari Aril itu membuatkan Arisa terpana. 3 tahun lalu? Di sini? Di tempat kegemaran Aril ini?
“At that time saya saja lepak-lepak kat sini for the first time. Sangat tenang je time tu. But then awak tiba-tiba datang, menangis-nangis kat tepi tasik tu. Mungkin awak tak nampak saya time tu but I can see everything from here. I can see you cry. I can see bila awak koyak gambar pakwe awak dan buang dalam tasik tu.
Macamana saya tahu tu pakwe awak? Obviously, takkan la ada orang tiba-tiba datang tepi tasik, sorang-sorang , menangis bagai nak rak sebab gaduh dengan kawan, or abang kan. It must be awak baru je putus dengan dia, from my assumption la. And I don’t think I’m wrong. Kan?” duga Aril.
Share this novel