‘’Woi!’’ bersama-sama dengan sergahan yang boleh membuat jantungnya luruh itu satu cuitan singgah di bahu Arisa.
Berterbangan menungannya. Tindakan refleksnya membuatkan dia segera mencapai tangan yang melekap di bahu kanannya dan berura-ura untuk mempraktikkan kemahiran seni mempertahankan diri yang dipelajari.
“Risa, nanti! Nanti! Saya ni!”
Tegahan itu menghentikan niat Arisa. Dia menoleh mahu memastikan siapakah empunya tangan itu. Seketika, dia menarik nafas lega. Aril!
“Laa.. apa awak buat ni?” soal Arisa dengan nada tidak puas hati. Mujurlah sempat Aril menahan, kalau tidak, free-free je kena bantai.
“Saya cuit je pun. Senang sungguh melatah,” Aril menyakat.
“Tu bukan melatah, tapi defend diri,” Arisa cuba membela diri. Sejujurnya dia bukan seorang yang senang melatah apabila disergah begitu tapi dia benar-benar terperanjat sebentar tadi kerana saat ini fikirannya bukan di sini.
“Eleh, ke saja ambil kesempatan nak pegang tangan saya?” Aril masih ingin menyakat. Dia suka melihat merahnya wajah Arisa saat disakat terutama bahagian pipinya yang sedikit berisi itu. Comel!
“Eh, tolong sikit. Tak hadap!”
Aril menyambut dengan tawa besar.
“Cakap pasal ambil kesempatan, teringat dulu masa kita mula-mula kawan,” Arisa berjeda. Mahu menanti reaksi Aril, masihkah ingatkah tidak dia pada kisah lebih setahun yang lalu.
“Kenapa?”
Arisa mendengus. Tak ingat la tu. Inilah lelaki, kan.
“Masa tu, kan yang saya terseliuh kaki masa practice. Ayah Zul mintak awak yang tolong hantarkan saya ke klinik sebab semua assistant busy. Awak papah saya sesuka hati je time tu, langsung tak mintak izin. Saya ingat awak nak ambil kesempatan,” Arisa terasa bagai mahu tergelak juga mengingatkan kenangan lalu.
“Ha’ah. Ingat.Tu la awak, fikiran awak tu asyik negatif je,” Aril menempelak.
“Eh, dah awak tu suka-suka hati pegang saya. Tak cakap sepatah pun alih-alih peluk kita macam tu je. Marah la,” Arisa tidak mahu kalah. Haishh, pantang keturunan Haji Mahmud kalau menyerah kalah sebelum berperang.
Share this novel