BAB 11

Romantic Comedy Completed 9010

Arisa diam. Tidak mahu menjawab soalan itu. Dia tidak mahu mengimbau luka lama. Dia tidak mahu mengingati lagi peritnya hati saat Adam mengabarkan berita pernikahannya dengan bekas tunangnya dahulu, Anita.

Wajah tanpa rasa bersalah Adam membuatkan dia sedar kalau dia hanyalah tempat persinggahan saat Adam terluka dengan putusnya pertunangannya sebelum itu. Dia hanya tempat Adam mengisi waktunya yang sepi tanpa Anita.

“And then, tak cukup dengan awak dah sedia terluka, awak diganggu lagi dengan mamat-mamat tak senonoh yang lalu situ waktu tu. I can see how defendless you were at that time. Tapi lepas tu, kalau awak still ingat, ada seorang lelaki ni, datang tolong awak and belasah semua mamat-mamat tu. Ingat tak?” Aril berjeda, memberikan peluang kepada Arisa untuk mengingati peristiwa lama.

Arisa tidak perlu berfikir lama. Dia mula menyedari sesuatu. “That guy, awak ke?”

“Awak pergi macam tu je lepas tu. Not a single word came out from your mouth. Not even a thanks. Tapi saya tak kisah. Somehow, rantai tu mungkin tercicir masa awak cuba selamatkan diri dari orang yang ganggu awak tu.

Saya jumpa and simpan baik-baik sebab in case kalau jumpa awak, saya akan pulangkan. Every single day saya tunggu kalau-kalau ada rezeki untuk terserempak dengan awak. Almost setiap masa lapang, saya akan datang sini. Who knows that I might be able to see you again. Sampai-sampai tempat ni akhirnya jadi tempat favourite saya tapi still tak jumpa awak.

Then, Allah pertemukan kita lama lepas tu. Saya tak ambil masa lama untuk tahu awaklah yang saya cari selama ni. Tapi, sayang sebab awak tak cam saya. Saya takut nak dekati awak sebab saya tak tahu macamana reaksi awak dengan lelaki.

Lepas awak dilukakan dulu, saya takut kalau awak tak nak didekati lelaki. Bila kita kawan, saya jadi takut nak mengaku kalau saya pernah jumpa awak kat sini. Saya tak nak awak ingat balik cerita lama awak walaupun saya tahu awak kuat. 3 tahun saya simpan rantai ni.

Saya fikir betapa bodohnya saya. Selama ni saya cari awak, setiap hari tunggu kalau awak akan muncul kat sini but then bila saya dah jumpa awak, saya takut nak mengaku pulak.”

Arisa tersentuh. Itukah yang selama ini berada di hati Aril?

“Aril, tahu tak, the reason why saya belajar taekwondo is that I wanna defend myself. Saya dah tak nak dipandang lemah. Saya tak nak orang fikir saya ni boleh dibuat apa je, boleh main-main dengan hati saya, boleh sakitkan hati saya, boleh buat tak senonoh dengan saya.

Saya nak orang tahu, walaupun saya perempuan, jangan ingat boleh ambil kesempatan kat saya. I never thought rupanya Allah gerakkan hati saya masuk kelas taekwondo tu sebab Allah nak pertemukan kita,” setelah sekian lama berdiam, Arisa membuka mulut.

Mengisahkan bahawa kelukaan yang dicoret Adam, membuatkan dia menjadi lebih kuat. Kejadian di mana dirinya hampir diambil kesempatan oleh insan bernama lelaki, membuatkan dia bangkit membuktikan bahawa dia tidak lemah.

“Mungkin betul jugak apa yang awak buat, belajar untuk defend diri sendiri. Then, kenapa saya suruh awak berhenti? Macam benda bodoh je saya buat kan. Tapi, saya buat macam tu sebab saya sangat risaukan awak. Saya tak sanggup tengok awak cedera, sikit pun. Saya nak lindungi awak. Ada di sisi awak tapi tak mampu lindungi awak, buat saya rasa sangat tak berguna. That’s all. I’m sorry Arisa.”

“No, I’m sorry sebab selalu buat awak risau.”

“No, I’m sorry sebab tinggikan suara kat awak.”

“No, I’m sorry sebab dah lukakan hati awak.”

“No, you never hurt me. In fact, awak selalu buat hari saya bahagia.”

“No, I’m an idiot.”

“Yes, you’re my idiot. My cute, little idiot.”

Arisa gelak besar.

“Kenapa? Salah ke?” soal Aril tidak puas hati. Terasa dirinya ditertawakan.

“Nothing,” jawab Arisa setelah ketawanya reda.

‘’I love you too. Si cinta hati saya, you’re my everything.” tutur Dan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience