Eh? Baru kini dia teringatkan Aril. Mana pula mamat sorang ni? Dia mahu mengenalkan Aril dengan Syamil. Syamil ialah pemuda yang ditemuinya dahulu. Lebih tepat untuk dia katakan lelaki yang dia berebut kaktus sewaktu mencari kaktus sebagai hadiah kepada umi sempena ulang tahunnya.
Macam budak-budak sungguh bila difikirkan padahal banyak lagi kaktus lain di kedai itu. Cuma Arisa enggan mengalah kerana kaktus itu dahulu yang menangkap perhatiannya. Warna merah durinya membuatkan Arisa tertarik. Selama ini dia ingatkan duri kaktus warna putih sahaja. Barulah dia tahu rupanya berbagai spesies yang wujud di muka bumi ini. Dia sahaja yang hidup di alam kuno.
“Sihat?”
Arisa sekadar mengangguk. Soalan berbasa-basi gitu dia memang tidak berapa gemar sebenarnya.
“Awak?” cakap orang, aku pun sama je soalannya. Agaknya dengan orang handsome macam ni, aku memang lidah beku. Otak pun dah macam dalam freezer agaknya.
Seketika Arisa sedar bahawa kedudukan yang rapat dan ketinggian Syamil membuatkan tengkuknya naik lenguh apabila harus mendongak memandang lelaki itu. Arisa lantas menjarakkan diri ke belakang supaya dia tidak perlu mendongak lagi.
“Eh!”
Arisa tergamam saat tangannya ditarik Syamil. Dia tidak tahu apa yang berlaku. Tahu-tahu sahaja dirinya sudah seinci sahaja dari pelukan Syamil.
Astaghfirullah! Apa ni? Arisa menolak tubuh Syamil dan membetulkan kedudukan.
“Maaf, tadi awak hampir nak terlanggar orang tu,” Syamil menjelaskan perkara yang sebenar. Khuatir kalau Arisa fikir dia ingin mengambil kesempatan.
Syamil menuding ke arah lenggok seorang lelaki bertubuh gempal yang semakin menjauhi mereka. Arisa mengangguk, mengerti.
Mujur juga Syamil menarik tangannya sebentar tadi. Kalau tidak memang lenyek aku jawabnya kena langgar. Salah dia kerana mengundur ke belakang sebentar tadi tanpa melihat keadaan trafik sekitarnya terlebih dahulu. Itulah Arisa yang sangat cuai.
Baru ingin mengucapkan terima kasih, sekali lagi tangannya terasa dipaut dan ditarik ke belakang. Aduh! Yang ni aku memang hangin. Asyik kena tarik je. Memang orang tubuh kecik kena buli macam ni ke.
“Kau kenapa? Ada masalah dengan awek aku? Main tarik-tarik pulak?”
Awek? Arisa gamam melihat Aril yang tiba-tiba sahaja muncul berhadapan dengan Syamil dan mengaku kekasihnya. Kekasih? Sejak bila? Tersedak susu agaknya kecil-kecil dulu. Dah besar ni jadi berhalusinasi pula. Arisa melepaskan pegangan Aril yang kemas melekap di tangannya.
“Apa ni Aril?”
“Mamat ni nak apa dengan awak? Suka hati kacau anak dara orang,” Aril bersuara bengis. Arisa nampak pandangan mata Aril yang tajam mencerlung.
“Oii, ni kawan saya la. Syamil. Awak rilekslah,” Arisa cuba menenangkan Aril. Tidak mahu kalau Aril tiba-tiba menunjukkan kemahiran taekwondonya kepada Syamil. Masak aku yang kena jadi pelerai nanti.
“Kawan?”
“Iye. Meh sini saya kenalkan. Syamil, ni kawan baik saya, Ar..”
“Jom, dah lambat dah ni. Saya ada janji pulak lepas ni,” belum sempat Arisa menyempurnakan ayatnya, Aril memotong.
“Tapi..”
“Bro, sorry. Lain kali jumpa lagi. Pergi dulu,” Aril hanya mengangkat tangannya kepada Syamil dan terus berlalu.
Arisa pandang langkah Aril yang laju meninggalkan mereka. Itu je? Arisa pandang pula Syamil yang sedari tadi menjadi pemerhati. Diam tak berkutik.
Share this novel