BAB 4

Romance Series 675

Tengku Aiden Harris sedang mengemaskan dirinya lalu memakai jacket kulit berwarna hitam.

Tinggg!

Tengku Aiden Harris mengambil telefon bimbitnya, lalu memelihat satu notifikasi masuk.

“ Aiden, aku nak kau ambil Mel hari ini untuk berangkat ke universiti. Aku ada hal sikit sekarang ini.” Kata Ziyyad di dalam telefon.

Melihat mesej daripada Ziyyad, lantas Tengku Aiden Harris berjalan keluar dari biliknya dan mengambil kunci kereta Audi R8 nya.

“ Baby, hari ini baby pergi universiti dengan Aiden tau.” Beritahu Ziyyad kepada Melina Ardiana.

Dalam hati Melina Ardiana berasa tidak selesa setelah mendengarkan itu, dirinya seolah-olah berkata bahawa dia mahu berangkat ke universiti menaiki grab.

“ Baby! Aiden sudah sampai.” Kata Ziyyad.

“ abang, perlu ke baby pergi dengan dia. Kalau abang tak boleh hantar, lebih baik baby pergi naik grab.” Ujar Melina Ardiana.

“ Tak boleh! Nanti papa baby marah pula dengan abang.”

Tengku Aiden Harris memasuki perkarangan rumah dan berdiri di hadapan pintu sambil melihat Melina Ardiana dan Ziyyad.

“ Aiden, kau jaga baby tau. Jadi apa-apa pada dia, kau aku cari.” Kata Ziyyad dengan nada guraunya.

Tengku Aiden Harris hanya senyum tanpa berkata apa-apa, lantas mengambil beg yang di galas oleh Melina Ardiana dan menuju ke keretanya.

“ Ziyyad!” Panggil Tan Sri Shah Ilham dari arah belakang.

“ Ye uncle.”

“ Uncle nak tanya? Macam mana baby di universiti, ada apa-apa terjadi?” Tanya Tan Sri Shah Ilham.

“ Tidak uncle, kenapa?”

“ Uncle baru dapat tahu musuh lama uncle Datuk Hisyam mempunyai seorang anak lelaki, tapi uncle tidak kenal dengannya. Uncle cuma risau jikalau dia bertemu dengan baby, dia akan apa-apakan baby.” Ujar Tan Sri Shah Ilham dengan nada penuh kerisauan.

“ Uncle, don’t worry. Lagi pula ada Aiden dan Ariz. Mereka akan jaga baby dengan baik.”

“ Atau…uncle kahwinkan saja baby…” Kata Tan Sri Shah Ilham.

“ What uncle! Tak perlu sehingga nak kahwinkan baby. Lagi pula dengan siapa uncle nak kahwinkan dia?”

Tan Sri Shah Ilham tidak berkata apa-apa, hanya memandang ke bawah sambil memikirkan sesuatu.

“ Kamu jangan beritahu tentang ini kepada sesiapa pun termasuk aunty dan baby. This is our secret!” Ujar Tan Sri Shah Ilham.

Lutfi tiba di universiti pada waktu yang sama Tengku Aiden dan Melina tiba.

“ Hai Melina!” Tegur Lutfi.

Melina Ardiana menoleh ke arah Lutfi sambil memberikan senyum manis kepadanya. Sementara itu, Tengku Aiden Harris memberikan pandangan yang serius kepadanya.

“ Mana Ziyyad.” Tanya Lutfi.

“ Ouhh! Abang Ziyyad tidak datang hari ini, dia ada urusan.”

Lutfi mengangguk sambil tersenyum lebar kepada Melina Ardiana seperti dia mempunyai rancangan.

“ Mari pergi Mel.” Ajak Tengku Aiden sambil menarik tangan Melina.

Lutfi hanya memandang mereka berdua.

“ Aiden!” Panggil Lily yang pernah menyapa Aiden sewaktu di dalam kelas tempoh hari.

Tengku Aiden Harris menoleh ke belakang.

“ Kenapa you tak datang ke café tempoh hari? Tanya Lily sambil membuat rauk wajah yang sedih.

“ I tunggu you tau hari itu.”

“ Sorry! I ada urusan sedikit waktu itu.” Kata Tengku Aiden Harris sambil memandang ke arah Melina Ardiana.

Melina Ardiana melihat Tengku Aiden memandangnya, lantas dia mengetahui bahawa Tengku Aiden Harris tidak keluar dengan Lily sebaliknya lebih memilih untuk mengikutinya semasa dia sedang keluar bersama Lutfi waktu itu.

“ Kalau I nak ajak you keluar hari ini boleh?” Ajak Lily sekali lagi.

“ Sorry Lily! Actually I ada planning dengan Melina, and I rasa you tak perlu ajak I lagi untuk keluar dengan you.”

Mendengarkan apa yang telah diperkatakan oleh Tengku Aiden membuatkan Melina terkejut buat seketika. Dia menolak ajakan dari seorang wanita cantik seperti Lily kerana ingin bersama dengan Melina supaya dia tidak keluar bersama Lutfi.

“ How could you do this to me Aiden!” Kata Lily sambil marah, lalu dia melihat ke arah Melina Ardiana seolah-olah tidak berpuas hati Tengku Aiden lebih memilihnya berbanding dengan dirinya.

“ Melina! Kau punca semua ini, aku tak akan lepaskan kau!” Ugut Lily sambil menundingkan jarinya ke arah Melina Ardiana.

Tengku Aiden yang berada di sebelah Melina, lantas berdiri di hadapan Melina seperti mahu melindunginya daripada dimarahi oleh Lily.

“ Jangan sesuka hati nak mengugut Melina. If you buat apa-apa pada dia, I akan cari you sampai dapat!” Kata Tengku Aiden Harris.

Lily mendengarkan apa yang diucapkan oleh Tengku Aiden, membuatkan dirinya berasa takut, lantas dia berlalu pergi meninggalkan Tengku Aiden dan Melina begitu sahaja.

Tengku Aiden dan Melina juga berlalu pergi untuk menuju ke kelas tanpa mengetahui bahawa Lutfi juga berada di situ dan melihat kejadian itu.

“ It’s okay…tidak lama lagi aku yang akan pisahkan kamu berdua.” Kata Lutfi sambil memberikan senyuman yang sinis.

Melina yang sedang berjalan memasuki ke kelas, lalu melihat sosok tubuh Ariz Hakimi yang juga berada di dalam kelas membuatkan Melina berlari ke arahnya.

“ Ariz! Kejap lagi kita pergi menonton wayang nak tak?” Tanya Melina Ardiana.

Ariz Hakimi dan Tengku Aiden memandang antara satu sama lain sambil membuat mimik muka terkejut sedikit.

“ Ermm…Mel hari ini tak boleh, aku ada urusan sedikit dengan cousin kau Ziyyad.” Kata Ariz sambil menghela nafas yang panjang.

“ Macam ini, apa kata kau keluar sahaja dengan Aiden, lagi pula kau berdua jarang keluar berduaan bukan.”

Melina dan Tengku Aiden, masing-masing memandang antara satu sama lain. Ariz yang melihat situasi itu membuatkan dirinya agak sedikit tersenyum.

Melina dalam perasaan mahu sahaja dia membatalkan niatnya mahu menonton wayang, tapi apakan daya, dia juga ingin pergi, dan dia tiada pilihan melainkan membawa Tengku Aiden bersama dengannya. Jikalau dia keluar bersendirian, pasti papanya akan memarahinya.

“ Okay! Petang nanti aku ambil kau di rumah, kita keluar menonton wayang.” Ujar Tengku Aiden Harris.

Melina Ardiana berasa hatinya semakin bergetar setelah mendengar ajakan dari Tengku Aiden.

“ Zharif! Kau bersiap sedia, aku dengar mereka berdua akan keluar hari ini.” Kata Lutfi di dalam telefon.

Zharif menganggukkan kepalanya seperti dia memahami apa yang dikatakan oleh Lutfi.

Tengku Aiden Harris tiba di rumah keluarga Tan Sri Shah Ilham untuk mengambil Melina Ardiana.

“ Aiden, kamu jaga anak aunty baik-baik ye. Aunty cuma mengharapkan kamu saja tau.” Ujar Puan Sri Ilina dengan lembut.

“ Baiklah aunty, aunty jangan risau ye…” Kata Tengku Aiden dengan senyuman.

Melihat sosok tubuh Melina Ardiana menuruni anak tangga membuatkan Tengku Aiden agak sedikit terpegun dengan kecantikannya.

Melina Ardiana kelihatan cantik apabila memakai dress yang berwarna biru muda dan rambutnya yang panjang itu dilepaskan sehingga menutupi separuh bahu kecilnya itu.

Mereka berdua berjalan bersama-sama menuju ke destinasi dengan bermacam perasaan. Dalam hati mereka cuma berkata adakah ini perasaan cinta.

Vroom! Vroom!

Sebuah motosikal berkuasa tinggi yang berwarna hitam melajukan motornya apabila melihat kelibat Melina Ardiana melintas jalan seperti dia ingin melanggar Melina Ardiana.

“ Mel!” Tarik Tengku Aiden dengan cepat.

Melina agak sedikit terkejut dengan apa yang berlaku. Mujur sahaja Tengku Aiden sempat menarik tangan Melina.

“ Are you okay Mel?” Tanya Tengku Aiden dengan cemas.

Melina Ardiana hanya menganggukkan kepalanya.

“ Mari kita pulang, tidak perlu menonton wayang lagi.” Kata Tengku Aiden sambil memegang bahu Melina.

“ Okay.”

Puan Sri Ilina yang berada di perkarangan rumah terkejut melihat anaknya dan Tengku Aiden sudah pulang dengan begitu cepat.

“ Aunty!” Panggil Tengku Aiden Harris.

Melihat sahaja wajah Melina seperti seorang yang dalam ketakutan, lantas Puan Sri Ilina menghampirinya.

“ Why baby?” Tanya Puan Sri Ilina.

“ Aunty, boleh panggilkan uncle sekejap, saya ada perkara yang ingin dibincangkan.” Kata Tengku Aiden Harris.

Puan Sri Ilina menganggukkan kepalanya lalu membawa Melina memasuki rumah mereka.

“ Abang, Aiden mahu berjumpa.” Kata Puan Sri Ilina.

Tan Sri Shah Ilham bangun dari tempat duduknya dan menuju ke arah ruang tamu.

“ Kenapa Aiden?” Tanya Tan Sri.

“ Uncle, ada sesuatu yang terjadi pada Mel.”

“ Mel hampir-hampir di langgar oleh motosikal.” Kata Tengku Aiden Harris.

Tan Sri Shah Ilham dan Puan Sri Ilina berasa terkejut setelah mendengarkan apa yang diperkatakan oleh Tengku Aiden.

“ Siapa orang itu?” Tanya Tan Sri.

“ I don’t know uncle, saya tidak nampak siapa orang itu.”

Tan Sri Shah Ilham mendiamkan dirinya seperti sedang memikirkan sesuatu.

“ It’s okay Aiden, thank you kerana sudah menyelamatkan Melina. Tentang ini, uncle akan berbincang dengan uncle Shah Izlan.” Kata Tan Sri Shah Ilham.

Tengku Aiden Harris menganggukkan kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience