BAB 9

Romance Series 675

“ Aish! Bagaimana, kau sudah dapat kesan di mana Mel?” Soal Tengku Aiden Harris yang sedang memasuki ruangan meja kerjanya itu.

Aish masih lagi menumpukan perhatiannya pada skrin laptop yang sedang berusaha untuk mengesan Melina Ardiana.

Jarinya begitu laju menaip pada papan kekunci laptopnya sehinggakan Ariz dan Izyan tidak sempat melihat apa yang ditaip oleh Aish.

“ Haa! Aku sudah dapat kesan Melina!” Ujar Aish.

Semua yang berada di ruangan itu langsung menuju ke arah skrin laptop milik Aish.

Tengku Aiden Harris memperhatikan skrin laptop itu yang terpapar lokasi di mana isterinya berada.

“ Aiden, ini rumah Lutfi.” Ujar Ariz Hakimi.

Tengku Aiden Harris mendengarkan nama itu, lantas dia membuka almari rahsianya dan mengeluarkan sepucuk pistol yang berwarna hitam.

Ariz Hakimi yang melihat Tengku Aiden sudah mengeluarkan pistolnya, lantas dia bersiap sedia untuk menerima arahan dari Tengku Aiden Harris.

“ Ariz! Mari pergi. Aku tak akan lepaskan dia jika dia apa-apa isteri aku.”

“ Kau berdua akan ikut juga, tetapi tunggu di dalam kereta, untuk berjaga di luar.” Arah Tengku Aiden kepada Aish dan Izyan.

“ Baiklah.” Angguk Aish dan Izyan.

“ Lepas lahhh! Kau akan menyesal jika kau buat apa-apa pada aku.” Kata Melina Ardiana dengan nada yang lantang.

Lutfi, Lily dan Zharif langsung ketawa setelah mendengar apa yang diperkatakan oleh Melina Ardiana.

" Kau maksudkan suami kau!"

“ Memang aku mahu dia datang ke sini untuk ambil kau, tetapi dia akan ambil kau yang sudah tidak bernyawa lagi.” Kata Lutfi sambil menarik rambut Melina Ardiana sehingga membuatkan Melina berasa sakit.

“ Lily, aku tidak sangka kau bersama dengan Lutfi untuk lakukan ini pada aku!”

Lily yang mendengarkan itu, lalu menuju ke arah Melina Ardiana sambil tersenyum.

“ Ini semua salah kau!”

“ Aku bencikan kau! Kau sudah merampas apa yang sepatutnya menjadi hak aku.” Ujar Lily.

Melina Ardiana hanya mendiamkan dirinya sambil tangannya diikat ke belakang.

“ Apa yang sepatutnya aku buat pada kau ye.” Kata Lutfi.

“ Lutfi, aku rasa…aku mahu lakukan sesuatu pada dia.” Ujar Lily sambil tersenyum sinis dan melihat ke arah Melina Ardiana.

Tengku Aiden Harris memandu keretanya dengan begitu laju sekali. Dirinya tidak mahu isterinya di apa-apakan.

Lily yang membawa Melina Ardiana ke dalam sebuah kolam kecil yang berada di dalam rumah itu, lantas memasukkan kepala Melina ke dalam kolam itu sehingga menyebabkan Melina menjerit dan tidak mampu bernafas.

“ Arhhh!” Jerit Melina Ardiana.

Melina Ardiana mengalami kesesakan nafas sehinggakan dirinya tidak berdaya lagi.

Lily memasukkan kepala Melina ke dalam kolam itu dalam beberapa kali sehingga membuatkan Melina jatuh lalu terbaring di lantai.

Sementara itu, Tengku Aiden dan Ariz Hakimi sudah tiba di hadapan rumah Lutfi.

Tengku Aiden menghela nafas panjang sambil memakai sarung tangan berwarna hitam. Sepucuk pistol di keluarkan dari bawah tempat duduknya.

“ Mari.” Arah Tengku Aiden Harris kepada Ariz.

Lutfi yang masih melihat Melina Ardiana yang sudah tidak berdaya itu terbaring di atas lantai sehingga dia tidak menyedari bahawa Tengku Aiden Ariz sudah berada di hadapan rumahnya.

Bangg! Bangg!

Satu tembakan dilepaskan membuatkan Lutfi dan Zharif terkejut.

Orang-orang bawahan Lutfi menghampiri Tengku Aiden yang sedang mengacukan pistolnya ke arah mereka.

“ Aiden! Kau masuk dulu. Biar mereka ini aku yang uruskan.” Ujar Ariz Hakimi.

Tengku Aiden Harris menganggukkan kepalanya lantas bergegas menuju ke dalam rumah itu.

“ Lutfi!” Jerit Tengku Aiden Harris.

Lutfi keluar dari satu arah sambil memegang sepucuk pistol yang berwarna merah hati.

“ Ye, kau cari aku?” Soal Lutfi sambil memberikan senyuman yang sinis.

Tengku Aiden yang melihat Lutfi memandangnya dengan senyuman sinis, lantas dia mengacukan pistolnya ke arah Lutfi.

“ Di mana Melina?”

Lutfi langsung ketawa dengan kuat apabila dia mendengar nama Melina Ardiana.

“ Di mana isteri aku?” Jerit Tengku Aiden dengan suaranya yang lantang.

Lily yang berada di dalam bilik bahagian belakang, mendengarkan Tengku Aiden memanggil Melina dengan gelaran isteri, membuatkan Lily berasa lebih marah.

Rambut Melina Ardiana yang sudah basah itu dicengkam dengan kuat oleh Lily sehingga dia tidak mampu mengeluarkan suara.

Lutfi yang sudah terbaring di lantai dan wajahnya dipenuhi dengan darah seperti dia sudah tidak berdaya lagi untuk melawan Tengku Aiden.

“ Kau sudah buat apa pada isteri aku?” Soal Tengku Aiden sambil memberikan tumbukan yang kuat tanpa henti.

“ Aiden! Sudah. Dia sudah tidak berdaya lagi.”

“ Aku tidak mahu kau jadi pembunuh pula. Kau pergi cari Melina.” Ujar Ariz Hakimi.

Tengku Aiden Harris yang mendengarkan kata-kata dari sahabatnya itu, lantas dia bangun dan menuju ke satu bilik di mana adanya Melina.

“ Melina!”

Tengku Aiden yang sudah memasuki bilik itu, lalu dia memandang ke arah satu sudut. Melihat satu sosok tubuh yang sudah terbaring.

Lily terkejut melihat Tengku Aiden mengacukan pistol ke arahnya, seperti mahu melepaskan tembakan ke arahnya.

“ Awak..” Panggil Melina dengan nada yang lemah.

Tengku Aiden yang mendengarkan suara isterinya itu, lantas menuju ke arahnya dan membangunkannya.

“ Awak okay?”

Melina Ardiana tidak mampu mengeluarkan suaranya walaupun sedikit.

Ariz Hakimi yang juga memasuki ke ruangan bilik itu, melihat Lily yang juga berada di situ, lantas dia menarik tangan Lily dengan keras.

“ Aish, kau sudah telefon polis?” Tanya Ariz Hakimi.

“ Sudah.”

“ Awak, mari kita pulang.” Ujar Tengku Aiden sambil mendukung Melina yang sudah lemah itu.

Melina hanya menganggukkan kepalanya.

Kelihatan sebuah kereta polis berada di hadapan rumah Lutfi.

“ Tuan! Suspek ada di dalam.” Ujar Izyan.

Ariz Hakimi menuju keluar dari rumah itu sambil menarik tangan Lily dengan kuat untuk diserahkan kepada pihak polis.

“ Tuan! Dia juga terlibat dalam kes penculikan isteri kepada sahabat saya Melina Ardiana.” Kata Ariz Hakimi.

Tengku Aiden Harris yang sedang bergegas menuju ke arah keretanya sambil menggendong Melina Ardiana untuk dibawa ke hospital.

Melina Ardiana dibawa ke hospital lalu dirawat oleh doktor peribadi keluarganya itu.

“ Tengku, Tengku jangan risau, Puan Melina tidak apa-apa, tiada kecederaan yang serius, tetapi dia perlu berehat.” Kata Doktor Hanim.

Tengku Aiden Harris menganggukkan kepalanya lantas berjalan ke arah bilik di mana isterinya dirawat.

Melihat Melina sedang terbaring tidak sedarkan diri membuatkan dirinya berasa sedih, lalu dia memegang erat tangan isterinya itu.

“ I’m sorry Mel, saya tak mampu menjaga awak dengan baik.” Ujar Tengku Aiden Harris.

Tangan Melina Ardiana memegang erat tangan Tengku Aiden Harris seperti dia sudah sedar.

“ Awak.” Panggil Melina sambil melihat ke arah suaminya itu.

Tengku Aiden mengangkatkan kepalanya setelah mendengar suara Melina.

“ Awak sudah sedar.”

Melina Ardiana hanya memberikan senyuman sahaja kepada Tengku Aiden.

Pintu bilik diketuk, lantas Ziyyad dan seluruh ahli keluarga Melina dan Tengku Aiden memasuki ruangan bilik itu.

“ Baby, baby okay, baby tidak apa-apa kan?” Tanya Puan Sri Ilina.

“ Baby okay saja mama.”

“Aiden, terima kasih kerana kamu sudah menyelamatkan anak papa.” Ujar Tan Sri Shah Ilham.

Tengku Aiden Harris hanya menganggukkan kepalanya sambil memberikan senyuman.

Seluruh ahli keluarga berasa tenang apabila melihat Melina Ardiana tidak apa-apa.

Kejadian yang telah berlaku kepada Melina Ardiana lebih membuatkan Tengku Aiden Harris berasa ingin melindungi Melina Ardiana. Dia berjanji kepada dirinya sendiri bahawa dia akan lebih menjaga dan melindungi isterinya itu kerana dia tidak mahu kehilangan isterinya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience