Sebuah rumah agam yang kelihatan sangat mewah, mempunyai beberapa orang pembantu rumah serta bodyguard yang sentiasa mengawal di hadapan rumah itu adalah milik Tengku Aiden Harris.
Kereta Tengku Aiden memasuki perkarangan rumah agamnya, dan di sambut oleh beberapa orang bodyguard.
“ Tengku.”
Tengku Aiden keluar dari keretanya, lantas menuju ke bahagian sebelah kiri keretanya lalu membukakan pintu untuk Melina.
“ Mel, ini adalah rumah kita. Sekarang ini awak sudah menjadi puan besar di dalam rumah ini.” Ujar Tengku Aiden sambil membelai rambut Melina.
Melina Ardiana terkaku sebentar setelah melihat betapa mewahnya rumah suaminya itu, walaupun keluarganya juga kaya dan mempunyai rumah yang mewah, tetapi rumah yang di miliki oleh suaminya itu seperti istana.
“ Mari masuk.” Ujar Tengku Aiden sambil memegang tangan Melina.
“ Lutfi! Aku dapat tahu bahawa Tengku Aiden dan Melina sudah berkahwin.” Kata Zharif.
Lutfi yang sedang merenung ke luar jendela, lantas memandang ke arah Zharif. Dirinya berasa sangat marah kerana jika Tengku Aiden bersama dengan Melina, akan lebih menyukarkan rancangannya.
“ Mel! Ini bilik kita.” Ujar Tengku Aiden Harris sambil membukakan pintu.
Melina Ardiana lebih berasa tergamam melihat rekaan bilik itu lebih cantik berbanding biliknya sendiri.
Tengku Aiden Harris meletakkan barang-barang Melina Ardiana di dalam almari yang besar.
“ Mel!” Panggil Tengku Aiden.
Melina yang mendengarkan panggilan dari Tengku Aiden lantas menoleh ke arahnya.
Tengku Aiden Harris mendekati Melina sambil memegang tangan melina dengan erat. Situasi itu membuatkan Melina terkaku.
“ Mel! Mulai saat ini saya akan jaga awak lebih dari nyawa saya sendiri.” Ujar Tengku Aiden Harris.
Melina Ardiana mendengar apa yang telah diperkatakan oleh Tengku Aiden telah membuatnya rasa terpikat dengan kata-kata suaminya itu.
Setelah itu, Tengku Aiden membuka pintu biliknya dan berlalu keluar meninggalkan Melina bersendirian.
“ Mel! Kau tidak salah dengar kan!” Ujar Melina Ardiana sambil menampar pipinya dengan perlahan.
Tengku Aiden berjalan menuruni tangga, lantas melihat sosok tubuh papanya Tengku Rizwan sedang berada di ruang tamu.
“ Papa!” Panggil Tengku Aiden.
Tengku Rizwan yang sedang meneguk secawan kopi menoleh ke belakang setelah mendengar suara anaknya itu.
“ Ada apa papa datang ke sini.?” Soal Tengku Aiden.
“ Papa mahu berjumpa dengan kamu.”
Tengku Aiden mengerutkan dahinya seperti dia tidak mengerti kenapa Tengku Rizwan mahu berjumpa dengannya.
“ Papa mahu kamu ambil alih syarikat, memandangkan kamu dan Mel sudah berkahwin.”
“ Lagi pula, papa mertua kamu sudah bersetuju bahawa kamu yang akan uruskan syarikat kita. Dia tidak mahu Mel terlibat dalam apa-apa urusan syarikat kerana berbahaya buat dirinya.”
Tengku Aiden Harris hanya menganggukkan kepalanya.
“ Baiklah papa, esok Aiden akan masuk ke pejabat.”
“ Bagus lah kalau begitu, nanti papa akan berjumpa dengan papa Mel untuk menyiapkan dokumen penyerahan syarikat.” Ujar Tengku Rizwan.
Melina Ardiana yang berada di tingkat atas mendengarkan perbincangan di antara suami dan papa mertuanya itu.
Bang! Bang!
Kedengaran bunyi tembakan di rumah Lutfi.
Lutfi yang berada di halaman rumahnya melepaskan beberapa tembakan untuk menguji seberapa tepat tembakannya.
“ Lutfi!” Panggil Lily.
Lutfi yang sedang memacukan pistolnya ke arah papan tembakan lantas menoleh ke belakang setelah mendengar suara Lily.
“ Jadi apa yang perlu kita buat sekarang.” Soal Lily.
“ Aku sudah meminta Zharif membuat sesuatu untuk aku. Kau tunggu dan lihat sahaja.” Ujar Lutfi sambil tersenyum dengan sinis.
Lily juga turut tersenyum sinis setelah mendengar rancangan jahat Lutfi.
“ Mel! Hari ini awak mahu ke mana-mana tak?” Soal Tengku Aiden Harris.
“ Tidak, tapi saya mahu meminta izin awak untuk pergi berjumpa dengan Anis.”
“ Awak izinkan tak?” Tanya Melina Ardiana.
Tengku Aiden Harris mendengar suara manja Melina membuatnya berasa lembut hati.
“ Ye saya izinkan, tetapi jangan pulang lewat, kalau boleh pulang sebelum saya pulang okay, and jika saya telefon awak, awak perlu jawab.” Ujar Tengku Aiden Harris.
Melina Ardiana menganggukkan kepalanya sambil tersenyum setelah mendapat keizinan dari suaminya itu.
“ Anis, kita jumpa kejap lagi okay.” Mesej Melina Ardiana kepada Anis.
Tengku Aiden Harris bergegas keluar dari rumahnya untuk menuju ke pejabat kerana hari itu adalah hari di mana syarikat milik papanya dan papa mertuanya akan di serahkan kepadanya.
Melina Ardiana yang berada di pintu melihat suaminya yang sudah berangkat ke pejabat, lantas dia menuju ke biliknya untuk mengambil begnya dan berjumpa dengan Anis.
“ Lutfi! Aku sudah bersedia.” Kata Zharif yang sedang berada di dalam kereta bersama dengan beberapa orang bawahannya lagi.
“ Pastikan rancangan kita tidak gagal!” Ujar Lutfi di dalam telefon bimbit.
Melina Ardiana yang sedang memandu kereta lantas menghentikan keretanya secara mengejut, dia melihat sebuah kereta sejenis Honda Civic hitam berada di hadapan keretanya.
Zharif yang keluar dari keretanya,lantas membuka pintu kereta Melina dan menarik tangan Melina Ardiana secara paksa membuatkan Melina meronta-ronta.
“ Lutfi, kita sudah dapat Melina.” Mesej Zharif.
Melina Ardiana yang berada di dalam kereta menangis sambil mencuba untuk melepaskan dirinya, tetapi tidak berjaya kerana tangannya di pegang kuat oleh dua orang bawahan Zharif.
Anis yang berada di sebuah café masih menanti Melina, walaupun sudah satu jam menunggu.
“ Anis!” Panggil Ariz dari arah belakang.
“ Kau buat apa di sini?” Soal Ariz Hakimi.
“ Aku sedang menunggu Melina.”
“ Kami berjanji mahu keluar makan bersama, tetapi sudah satu jam masih lagi tidak nampak kelibat Melina.” Ujar Anis dengan nada yang penuh kerisauan.
“ Kau tidak telefon Mel ke?”
“ Aku sudah telefon, tetapi tidak dijawab.”
Ariz Hakimi berasa pasti ada sesuatu yang sudah terjadi, lalu dia menelefon Tengku Aiden Harris.
“ Aiden! Aku berjumpa dengan Anis di café, dia beritahu bahawa dia mahu berjumpa dengan Mel.”
“ Ye, aku tahu itu.” Ujar Tengku Aiden.
“ Tetapi Anis beritahu aku, dia sudah satu jam menunggu Mel di café, Mel masih lagi tidak datang.” Kata Ariz Hakimi.
Tengku Aiden Harris yang berada di meja kerjanya lantas bangun setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Ariz.
“ Lepas lahh! Kenapa kau bawa aku ke sini?” Soal Melina Ardiana.
Lily yang keluar dari rumah Lutfi membuatkan Melina berasa terkejut.
“ Kau! Kenapa kau bawa aku ke sini?”
Lily hanya memberikan senyuman sinis sahaja kepada Melina Ardiana.
“ Bawanya masuk ke dalam.” Arah Zharif.
Melina Ardiana yang melihat Lutfi juga berada di situ lebih membuatnya terkejut.
“ Hai Melina Ardiana.”
Melina hanya terkaku sambil tangannya di pegang erat oleh dua orang bawahan Lutfi.
“ Aku sudah lama menanti saat ini!” Kata Lutfi.
“ Apa maksud kau!” Soal Melina Ardiana.
“ Kenapa kau buat aku begini, aku buat apa pada kau!”
Lutfi ketawa besar setelah melihat Melina dalam ketakutan.
“ Aku berdendam dengan kau dan keluarga kau!” Ujar Lutfi sambil mencekik leher Melina Ardiana.
“ Kau mungkin tidak kenal dengan aku, tetapi kau dan keluarga kau kenal dengan daddy aku.”
Melina Ardiana berasa bingung dengan apa yang diujarkan oleh Lutfi.
“ Si siapa daddy kau?” Soal Melina dalam keadaan tidak mampu bernafas.
“ Datuk Hisyam!”
Melina Ardiana berasa sangat terkejut saat mendengarkan nama itu. Datuk Hisyam yang pernah menculiknya beberapa tahun yang lepas.
“ Aiden! Apa yang sudah terjadi kepada Melina?” Soal Tan Sri Shah Ilham dengan lantang.
Tengku Aiden Harris hanya mampu mendiamkan dirinya, dia tidak mampu berkata apa-apa, dirinya seperti tidak berguna kerana dia tidak mampu melindungi Melina, sedangkan itu adalah matlamatnya berkahwin dengan Melina agar dia mampu melindunginya.
“ Sabar Ilham.” Ujar Tengku Rizwan sambil menenangkan rakannya itu.
“ Kita akan cari Mel sampai dapat, kau jangan risau. Aiden akan mencarinya, lagi pula Mel itu adalah isterinya, pasti Aiden tidak akan membiarkan apa-apa yang buruk terjadi kepada Mel.”
Dalam perasaan Tengku Aiden Harris berasa sangat marah, dirinya tidak akan lepaskan sesiapa sahaja yang mahu mengapa-apakan isterinya itu.
Share this novel