Lutfi yang sedang asyik memegang pistolnya yang berwarna merah hati, lantas mengisi peluru-peluru itu ke dalam pistol.
Kedengaran motosikal berkuasa tinggi yang berwarna hitam memasuki perkarangan rumah agam.
“ Lutfi! Lily mahu berjumpa dengan kau. Dia sudah ada di sini.” Ujar Zharif sambil membuka helmetnya.
Lutfi hanya mendengar sambil mengangkat tangannya kepada Zharif, menandakan dia mengizinkan Lily untuk berjumpa dengannya.
“ Lily, mari masuk.” Arah Zharif.
Lily yang sedang berjalan memasuki ke ruang dalam rumah itu menjadikan dirinya sangat terpegun melihat betapa besar dan elegantnya rumah Lutfi.
“ Lily, ada apa kau mahu berjumpa dengan aku.” Soal Lutfi sambil meletakkan pistolnya ke dalam sebuah almari kecil bersebelahan dengan meja kerjanya itu.
Lily yang melihat Lutfi mempunyai sepucuk pistol, lantas dia terkaku buat seketika.
“ Lily!” Panggil Lutfi sambil memegang dagunya itu.
Lily tersentak apabila merasakan dagunya di sentuh oleh seseorang.
“ Aku cuma nak beritahu kau bahawa apa yang kita rancang berjaya, aku sudah membuat Melina cedera semasa perkhemahan itu “ Ujar Lily.
“ Bagus Lily! Ini cuma permulaan sahaja.” Kata Lutfi sambil tersenyum sinis.
Lily hanya melihat Lutfi dan Zharif yang sedang asyik ketawa.
“ Baby, baby nak pergi mana ini?” Tanya Puan Sri Ilina.
“ Baby nak pergi ke kelas la mama.”
“ Kaki baby kan masih sakit, tak usah pergi ke kelas hari ini.” Ujar Puan Sri.
“ Baby okay saja mama…lagi pula yang sakit kaki baby, bukannya kepala baby.” Ujar Melina sambil senyum.
“ Haishh! Anak mama ini, kenapa satu-satunya anak mama ini selalu tidak mahu mendengar kata.” Bebel Puan Sri Ilina sambil menggelengkan kepalanya.
Melina Ardiana memberikan senyuman yang manis setelah mendengar bebelan mamanya itu.
“ Aunty…Mel sudah siap ke?” Tanya Ziyyad sambil berjalan ke arah ruang tamu.
“ Dia sedang bersiap.”
“ Aunty tidak tahu kenapa dia mahu pergi ke kelas juga, padahal kakinya masih sakit.”
Ziyyad mendengar bebelan Puan Sri Ilina sambil meneguk secawan teh yang telah dihidang oleh pembantu rumah.
Melihat Melina menuruni anak tangga dengan penuh berhati-hati lantas Ziyyad menghampiri Melina untuk membantunya.
“ Kenapa kau nak pergi juga ke kelas?” Soal Ziyyad.
“ Alaa sakit sikit saja ini.” Ujar Melina Ardiana.
“ Ariz!”
Ariz Hakimi yang mahu menuju ke café, lantas dia menghentikan langkahnya apabila mendengar seseorang memanggilnya.
“ Ouhh kau orang ke.” Kata Ariz setelah melihat Aish dan Izyan.
“ Aku ada benda sikit nak cakap dengan kau!”
“ Tapi…kalau boleh kau jangan beritahu Aiden, aku tak nak nanti dia buat apa-apa pula.” Ujar Izyan.
“ Apa itu?”
“ Sebenarnya…aku dapat tahu yang Mel bukan jatuh secara tidak sengaja, tetapi ada orang yang membuatnya jatuh.” Kata Izyan.
“ What! Jadi siapa yang sudah buat Mel cedera?”
“ Ermm…Lily.” Ujar Aish.
Mendengarkan nama itu membuatkan Ariz sangat terkejut, dia tidak menyangka bahawa seorang wanita yang cantik dan lemah lembut mampu melakukan perkara sebegitu.
“ Ariz! Aku rasa dia berdendam dengan Mel, yela kerana Mel, Aiden tidak menerima dia.” Kata Aish.
Mereka yang sedang berbual tentang kejadian pada hari perkhemahan itu tidak menyedari bahawa Tengku Aiden berada di belakang mereka dan mendengar semua perbualan mereka.
Tengku Aiden merasa geram setelah mendengar apa yang Lily telah lakukan pada Melina, lantas dia berlalu pergi meninggalkan sahabatnya itu.
“ Lily!” Panggil Tengku Aiden dengan lantang.
Lily yang mendengar suara Tengku Aiden yang agak kasar itu menjadikannya sedikit berasa takut.
“ Lily! What you have done?” Tanya Tengku Aiden sambil memegang bahu Lily dengan kuat.
Lily berasa sedikit ketakutan setelah melihat wajah marah Tengku Aiden.
“ Aku tahu, kau yang buat Melina cedera.”
“ Kenapa kau buat begitu?” Soal Tengku Aiden Harris.
Ariz, Aish dan Izyan yang mahu menuju ke café,lantas terlihat Tengku Aiden yang sedang marah pada Lily.
“ Aiden! Kau buat apa ini?” Soal Ariz.
“ Kau ingat aku tidak dengar apa yang kau orang bualkan tadi!”
“ Aku dengar segalanya bahawa dia yang telah membuat Mel cedera.”
Ariz Hakimi yang mengetahui bahawa sahabatnya itu sudah mengetahui segalanya, lantas dia memegang bahu Tengku Aiden untuk menenangkannya.
“ Ye memang benar! Aku yang buat Melina jatuh, aku yang letakkan kayu semasa dia mahu masuk ke dalam hutan.”
Tengku Aiden yang mendengarkan apa yang telah diperkatakan oleh Lily lebih membuatkan dirinya berasa marah.
“ Ini semua kerana kau! Kau lebih memilih dia dari aku!”
“ Selama ini aku berusaha untuk dapatkan kau! Tapi kau lebih memilih dia, aku jadi berdendam dengannya.” Ujar Lily dengan nada yang penuh rasa marah.”
“ Berani betul kau cederakan dia. Aku sudah pernah cakap pada kau, jikalau kau buat apa-apa padanya, aku tak akan maafkan kau!” Ujar Tengku Aiden.
Selepas mengatakan itu, Tengku Aiden berlalu pergi meninggalkan Lily.
Lily yang mendengarkan apa yang telah diperkatakan oleh Tengku Aiden, langsung dia berasa marah. Di dalam dirinya sudah tidak ada lagi perasaan suka malah lebih kepada perasaan benci terhadap Tengku Aiden dan Melina.
“ Baby, abang pimpin baby sehingga ke kelas ye.” Ujar Ziyyad sambil memegang bahu Melina.
“ Tak usah la abang…baby boleh je berjalan sendiri.”
“ Mana boleh! Baby nak berjalan pun susah, apatah lagi nak jalan sendiri. Nanti bagaimana baby nak menaiki tangga?"
Melina berasa agak tertekan dengan sikap protective abang sepupunya itu.
“ Ziyyad!” Panggil Tengku Aiden dari arah belakang.
“ Biar aku saja yang pimpin Mel ke kelas.” Ujar Tengku Aiden.
Mendengarkan itu, lantas Ziyyad melepaskan bahu Melina.
“ Nasib baik kau datang, tangan aku sudah lenguh ini, baby ini sudah la berat.” Kata Ziyyad sambil senyum.
“ Abang cuma pegang bahu baby sahaja, bukannya angkat baby.”
Tengku Aiden Harris memegang erat bahu Melina Ardiana seperti dia tidak mahu melepaskannya.
Melina yang merasakan bahunya di pegang begitu erat lantas membuatkan dirinya memandang ke arah Tengku Aiden.
“ Kau duduk di sini Mel.” Ujar Tengku Aiden sambil meletakkan beg Melina di atas meja.
“ Mel!” Panggil Tengku Aiden dengan nada yang lembut.
“ Kenapa.”
Tengku Aiden memandang tepat ke arah mata Melina Ardiana sehingga membuatkan Melina berasa malu sedikit.
“ Kenapa kau pandang aku begitu?”
“ Mel, aku mahu berkahwin dengan kau!” Ujar Tengku Aiden Harris.
Melina yang mendengarkan itu, lantas membuatnya terkaku buat seketika, seolah-olah dirinya tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Tengku Aiden.
“ Kau okay ke tak ini…tiba-tiba sahaja kau mahu berkahwin dengan aku!"
“ Aku rasa yang sakitnya aku, bukan kau…atau kau sakit juga hari ini!” Ujar Melina sambil meletakkan telapak tangannya yang kecil itu di dahi Tengku Aiden.
“ Aku serius ini!”
Melina Ardiana hanya memberikan senyuman manis sahaja buat Tengku Aiden seakan-akan Tengku Aiden hanya bergurau sahaja dengannya.
“ Abang!” Panggil Shah Izlan.
Shah Izlan yang baru sahaja tiba di Malaysia setelah mendapat arahan dari Tan Sri Shah Ilham untuk segera kembali.
“ Ada apa abang panggil aku ke sini?” Tanya Shah Izlan.
“ Ada sesuatu yang aku mahu bincangkan dengan kau!”
“ Sebenarnya beberapa hari yang lalu, baby hampir-hampir di langgar.” Ujar Tan Sri Shah Ilham.
Tuan Shah Izlan yang mendengarkan itu, langsung berasa agak terkejut buat seketika.
“ Siapa yang langgar baby?” Soal Shah Izlan.
“ I don’t know. Aku dapat tahu ini dari Aiden, mujur lah dia ada bersama dengan baby, kalau tidak mungkin baby akan cedera.”
“ Aku mahu kau balik ke sini kerana aku mahu berbincang dengan kau. Aku mahu kahwinkan baby.” Ujar Tan Sri Shah Ilham.
“ Apa! Dengan siapa?”
“ Dengan Tengku Aiden Harris anak kepada Tengku Rizwan itu sahabat baik baby.”
Tuan Shah Izlan mendengarkan sahaja nama yang bakal menjadi suami Melina Ardiana membuatkan dirinya tidak begitu terkejut.
“ Ouhh! Aiden…bagus juga itu. Lagi pula aku memang mengharapkan Aiden untuk menjaga baby.” Kata Shah Izlan.
Tan Sri Shah Ilham mendengarkan sahaja persetujuan dari adiknya itu, membuatkan dirinya tersenyum.
“ Tapi...baby mahu ke berkahwin?”
“ Tambah pula dengan Aiden, sahabatnya sendiri.”
“ Aku yakin, baby akan ikut apa yang aku mahukan.”
Sementara itu, Lutfi, Lily dan Zharif sedang merancang pelbagai rancangan jahat mereka.
Share this novel