BAB 7

Romance Series 675

“ Baby!” Panggil Puan Sri Ilina.

Melina Ardiana yang sedang asyik melihat telefon bimbitnya, lantas bangun setelah mendengar Puan Sri Ilina memanggilnya.

“ Ye ma…kenapa?” Tanya Melina dari dalam biliknya.

“ Baby, keluar sekejap. Ada sesuatu yang papa mahu katakan pada baby." Ujar Puan Sri Ilina.

Mendengarkan itu, Melina tergesa-gesa bangun dari katilnya untuk berjumpa dengannya papanya.

“ Ye pa…kenapa?”

Melina dalam kebingungan kerana dia melihat unclenya yang berada di situ. Malah lebih membuatkan dia menjadi bingung adalah keluarga Tengku Aiden Harris juga berada di situ.

“ Baby! Baby duduk sekejap di sini.” Ujar Tan Sri Shah Ilham sambil memegang tangan puterinya itu.

“ Sebenarnya ada sesuatu yang hendak papa katakan.”

Tan Sri Shah Ilham mengambil masa untuk menyatakan hasratnya kepada Melina sambil melihat ke arah papanya Tengku Aiden iaitu Tengku Rizwan.

“ Kenapa papa?” Tanya Melina dengan lembut.

“ Papa sudah berbincang dengan uncle Rizwan. Papa mahu baby berkahwin dengan Aiden.” Ujar Tan Sri Shah Ilham.

“ What! Papa, kenapa secara tiba-tiba ini!”

Tan Sri Shah Ilham dan Tengku Rizwan saling melihat antara satu sama lain.

Melina juga mendiamkan dirinya buat seketika dan dia mengingati apa yang telah diperkatakan oleh Tengku Aiden bahawa Tengku Aiden mahu berkahwin dengannya.

“ Mel, uncle juga sudah setuju untuk kahwinkan kamu dengan Aiden. Lagi pula keluarga kita sudah saling kenal dan kamu berdua juga sudah kenal dari kecil lagi, jadi tiada masalah bukan untuk kamu berdua berkahwin.” Ujar Tengku Rizwan.

Melina Ardiana tidak berkata apa-apa kerana ini adalah keputusan yang mengejutkan baginya.

“ Baby, mama juga izinkan baby berkahwin dengan Aiden. Lagi pula, mama akan lebih tenang jika kamu bersama dengan Aiden.” Kata Puan Sri Ilina sambil membelai rambut Melina Ardiana.

Melina masih berfikir, dia tidak tahu sama ada keputusan keluarganya itu adalah yang terbaik buatnya atau tidak. Tetapi jika dia tidak setuju, pasti dia akan membuat mama dan papanya sedih. Melina jadi keliru buat seketika.

“ Baiklah mama, papa. Baby setuju untuk berkahwin dengan Aiden.”

Tan Sri Shah Ilham dan Tengku Rizwan mendengarkan itu langsung tersenyum dengan lebar. Puan Sri Ilina dan unclenya Shah Izlan juga gembira dengan keputusannya itu.

“ Jadi, sekarang ini kita perlu berbincang tentang pertunangan anak-anak kita.” Ujar Tan Sri Shah Ilham sambil senyum.

“ Tidak perlu bertunang, kita teruskan saja ke perkahwinan, kita sudah lama kenal.” Ujar Tengku Rizwan.

Tan Sri Shah Ilham mendengarkan itu, membuatnya lebih berasa gembira.

Melina Ardiana berjalan menuju ke arah biliknya, seakan-akan dia tidak percaya bahawa dia bakal berkahwin dengan Aiden. Dia akan menjadi isteri kepada Tengku Aiden Harris.

Telefon bimbit milik Tengku Aiden berdering, lalu dia melihat skrin telefonnya itu terpapar nama Ziyyad.

“ Hello Ziyyad.”

“ Ehh bro! Aku nak beritahu kau ini, baby sudah setuju yang dia akan berkahwin dengan kau.” Ujar Ziyyad dengan nada yang penuh dengan kegembiraan.

Setelah mendengarkan apa yang dibicarakan oleh Ziyyad, membuatkan dirinya turut tersenyum juga.

“ Aiden! Kau kena ingat, kau kena jaga baby dengan baik. Sekali dia terluka, kau akan berjumpa dengan aku!” Kata Ziyyad dengan lantang.

“ Yee…aku janji, aku akan jaga Mel dengan baik.”

Ziyyad langsung ketawa setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Tengku Aiden.

Perkahwinan Tengku Aiden Harris dan Melina Ardiana telah ditetapkan. Mereka akan berkahwin lagi beberapa minggu sahaja, kerana kedua orang tuanya itu mahu mempercepatkan perkahwinan mereka.

“ Aiden! Congrats…tidak lama lagi kau akan berkahwin dengan Mel.” Ucap Ariz dengan nada gembira.

Tengku Aiden memberikan senyuman kepada sahabatnya itu.

Melina yang berada di dalam bilik, berdiri di hadapan cermin sambil merenung dirinya di dalam cermin itu.
Dia masih tidak percaya bahawa dia akan bergelar isteri pada usianya 23 tahun. Bagi dirinya, perkahwinan seusia ini sangat lah muda. Tetapi apakan daya, dia tidak mampu menolak hasrat kedua orang tuanya.

Setelah beberapa minggu, sudah tiba waktunya untuk menyatukan kedua mempelai yang sama cantik dan sama padan. Bak kata pepatah, bagai pinang dibelah dua.

Rumah agam Tan Sri Shah Ilham dipenuhi kaum kerabatnya. Semua ahli keluarganya tiba untuk meraikan perkahwinan di antara dua buah keluarga.

Keluarga Tengku Aiden Harris juga sampai ke rumah agam Tan Sri Shah Ilham.

Akad nikah yang penuh kegembiraan dibuat di rumah Tan Sri Shah Ilham.

“ Melina!” Panggil Anis.

Melina yang kelihatan sangat cantik, mengenakan pakaian berwarna putih suci, rambutnya yang panjang dan lurus itu disanggul dengan rapi, mahkota yang sangat cantik berada di atas kepala Melina Ardiana.

“ Mari turun Mel. Semuanya sudah datang.” Ujar Anis.

Melina berjalan menuruni tangga dengan penuh sopan. Semua yang menghadiri ke acara akad nikah itu kelihatan terpegun setelah melihat kecantikan Melina Ardiana, terutama sekali Tengku Aiden yang juga sudah berada di hadapan Tan Sri Shah Ilham, yang merupakan wali kepada Melina Ardiana.

Melina berjalan, lantas duduk di atas pelamin yang sangat cantik dan elegant itu.

“ Sudah bersedia Aiden.” Tanya Shah Izlan yang berada di hadapannya.

Tengku Aiden Harris menganggukkan kepalanya.

“ Tengku Aiden Harris bin Tengku Rizwan.”

“ Saya.”

“ Aku nikahkan dikau dengan anak perempuan ku Melina Ardiana binti Tan Sri Shah Ilham dengan mas kahwinnya lima ribu ringgit tunai!”

“ Aku terima nikahnya Melina Ardiana binti Tan Sri Shah Ilham dengan mas kahwinnya lima ribu ringgit tunai.”

“ Sah!”

Semua ahli keluarga yang berada di situ saling berpelukan, seolah-olah dua buah keluarga sudah bersatu.

Tengku Aiden Harris lantas bangun menuju ke arah Melina Ardiana untuk menyarungkan cincin berlian di jari manisnya.

Tengku Aiden Harris dan Melina Ardiana saling menatapi antara satu sama lain, seolah-olah mereka dibuai dengan perasaan cinta.

“ Mel!” Panggil Tengku Aiden di luar bilik sambil mengetuk pintu.

Melina yang mahu menukar bajunya terkaku sebentar, dia tidak tahu mahu berbuat apa. Ini adalah kali pertama baginya hidup bersama dengan seorang lelaki, tambahan pula suaminya itu adalah sahabatnya.

“ Mel! Are you okay?” Tanya Tengku Aiden yang masih berada di luar bilik.

Melina yang mendengarkan pertanyaan dari suaminya itu, lantas membukakan pintu.

“ I’m okay.” Jawab Melina Ardiana.

“ Baiklah, kalau begitu setelah awak tukar baju, turun sebentar ke bawah ye.” Kata Tengku Aiden Harris.

Melina menganggukkan kepalanya menandakan faham. Perasaan yang sedang dihadapinya sekarang ini membuatkan dirinya menjadi tidak keruan, tambahan pula panggilan yang di panggil oleh Tengku Aiden bukan lah ‘kau’ tetapi ‘awak’ dengan nada yang lembut.

“ Baby!” Panggil Ziyyad setelah melihat Melina menuruni tangga.

“ Buat apa lama-lama di dalam bilik itu. Suami baby ada di bawah ini.” Gurau Ziyyad.

Tengku Aiden bangun dari tempat duduknya, lantas menuju ke arah Melina dan memegang erat tangannya.

Ziyyad yang melihat keadaan itu, lantas memberikan senyuman kepada mereka.

Melina semakin berasa malu dengan keadaan yang agak janggal itu.

“ Baby! Papa nak beritahu bahawa baby tidak akan tinggal bersama dengan papa and mama lagi. Baby akan ikut and tinggal bersama Aiden.” Ujar Tan Sri Shah Ilham.

Melina yang mendengarkan apa yang diperkatakan oleh papanya itu, membuatkan jantungnya lebih berdegup dengan kencang.

Tinggal berduaan bersama Tengku Aiden Harris bukanlah hal yang mudah bagi Melina Ardiana. Walaupun mereka sudah berkawan sejak kecil, perasaan janggal itu masih ada.

“ Baby! Baby dengarkan apa yang papa katakan ini?” Tanya Tan Sri Shah Ilham.

Melina Ardiana hanya mengangguk sambil senyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience