Bunyi tembakan yang kedengaran kuat di perkarangan rumah Tan Sri Shah Ilham.
“ Mama…mama…help me ma!” Teriak Melina Ardiana.
Sekumpulan lelaki yang memakai t shirt hitam dan topi berwarna hitam yang menutupi separuh wajah mereka menarik Melina masuk ke dalam kereta yang berjenama Honda Civic berwarna hitam.
“ Baby…anak mama! ” Kedengaran suara Puan Sri Ilina berteriak di hadapan perkarangan rumah sehingga terduduk dan menangis melihat anak perempuannya di bawa pergi.
Tan Sri Shah Ilham yang berada di dalam keretanya melihat ke luar tingkap sambil menyentuh dadanya, di dalam hatinya berasa ada suatu perkara yang buruk telah berlaku.
“ Abang, aku dapat call dari Irwan bahawa baby telah diculik oleh konco-konco Datuk Hisyam.”
Irwan adalah bodyguard yang di upah oleh Shah Izlan yang merupakan adik kepada Tan Sri Shah Ilham.
“ Apa! Berani betul dia datang ke rumah aku semasa aku tiada di rumah.” Marah Tan Sri Shah Ilham.
“ Jadi bagaimana dengan isteri aku, dia tidak apa- apa?”
“ Tidak bang, Irwan sudah bawa kakak berjumpa dengan doktor Hanim, mujur lah tiada apa-apa kecederaan.” Ujar Shah Izlan.
Puan Sri menangis tidak henti- henti sambil di tenangkan oleh Izwan.
“Puan Sri bertenang, kami pasti akan mencari semula Melina. Jangan risau Tan Sri dan tuan Izlan akan tiba ke sini tidak lama lagi.”
Tidak lama kemudian kedengaran sebuah kenderaan yang memasuki ke perkarangan rumah agam.
“ Tan Sri.” Sambut bodyguard.
Tan Sri melangkah masuk ke rumahnya lalu terus menuju ke ruang tamu.
“ Sayang.” Panggil Tan Sri Shah Ilham.
Puan Sri mendengar suara suaminya itu, lantas dia bangun dan memeluknya.
“ Sabar sayang, abang akan cari anak kita sampai dapat.”
“ Ishhh lepas lah, kau orang ini siapa, kenapa culik aku?” Tanya Melina Ardiana.
“ Hahahaha.” Ketawa Datuk Hisyam apabila melihat wajah Melina yang sedang ketakutan.
“Aku tidak menyangka Tan Sri Shah Ilham mempunyai seorang anak perempuan yang sangat cantik.” Kata Datuk Hisyam sambil senyum sinis.
“ Lebih baik kau lepaskan aku, kalau tidak, kau dengan semua konco-konco kau ini akan menyesal nanti.” Ugut Melina.
“Kau rasa papa kau akan jumpa tempat ini. Tak akan, ini tempat rahsia aku. Tidak akan ada sesiapa pun yang akan jumpa tempat ini termasuk dengan orang-orang papa kau.” Kata Datuk Hisyam.
“ Abang, kita dah jumpa di mana mereka bawa baby pergi.” Kata Shah Izlan.
“ Bagus, kita bertolak sekarang. Kali ini aku tak akan lepaskan dia lagi.” Kata Tan Sri Shah Ilham.
Bang! Bang!
Kedengaran bunyi tembakan di luar kawasan persembunyian Datuk Hisyam.
“ Kamu semua tunggu apa lagi di sini! Pergi lihat apa yang terjadi di luar itu!” Marah Datuk Hisyam.
“ Aduh! ”
“ Mana anak saudara aku? ” Tanya Shah Izlan sambil mencekak coller baju salah seorang konco Datuk Hisyam.
Shah Izlan masuk ke dalam suatu ruangan di mana adanya Melina dan Datuk Hisyam.
Melihat tangan Melina diikat membuatkan Shah Izlan berasa sangat marah.
“ Berani kau culik anak saudara aku.” Kata Shah Izlan dengan nada yang tinggi.
“ Uncle...” Panggil Melina.
Satu tumbukan diberikan kepada Datuk Hisyam membuatkan dia jatuh terbaring di lantai.
“ Baby jangan risau, uncle dengan papa ada di sini. Baby ada luka di mana-mana ?” Tanya Shah Izlan.
“ Tidak uncle.”
Orang- orang Shah Izlan membawa Datuk Hisyam keluar untuk berjumpa dengan Tan Sri Shah Ilham .
“ Berani kau culik anak aku.” Kata Tan Sri.
“ Permusuhan antara kau dan aku, jangan sesekali libatkan anak aku.” Kata Tan Sri lagi.
“ Abang, lebih baik kita selesaikan saja mereka.” Kata Shah Izlan.
“ Tidak perlu, aku tidak mahu kotorkan tangan aku dan membazirkan peluru aku untuk orang tua ini. Aku sudah telefon polis, serahkan saja orang tua ini dah konco-konconya kepada polis.” Kata Tan Sri Shah Ilham.
Tidak lama kemudian, kedengaran siren kereta polis memasuki perkarangan tempat Datuk Hisyam.
Datuk Hisyam dan ke semua konco-konconya di tangkap atas kesalahan menculik anak perempuan seorang usahawan yang terkenal.
Puan Sri Ilina setia menanti suami dan anaknya kembali.
Sebuah kereta mewah berwarna hitam sejenis BMW X5 memasuki perkarangan rumah agam.
“ Puan Sri, Tan Sri sudah kembali.” Kata bodyguard.
Puan Sri Ilina mendengarkan saja suami dan anaknya sudah pulang, dia terus keluar menuju kepada mereka.
Melihat sahaja anaknya keluar dari kereta, Puan Sri Ilina langsung memeluk puterinya itu dengan erat.
“ Sayang, kamu tidak apa-apa kan ?” Tanya Puan Sri Ilina.
“ Tidak ma. I’m okay.” Jawab Melina dengan senyuman.
“ Sudah, mari masuk ke dalam. Kita perlu berbincang. Izlan, kau telefon Zidan. Minta dia datang ke sini, kita perlu berbincang.” Arah Tan Sri Shah Ilham.
“ Baiklah.” Angguk Shah Izlan menandakan faham.
Zidan merupakan sepupu Tan Sri shah Ilham dan Shah Izlan yang merupakan seorang ahli usahawan yang terkenal di luar negara.
Sementara itu, Melina Ardiana yang berada di dalam biliknya sedang berbaring di atas katilnya sambil melihat telefon bimbitnya seolah-olah sedang menantikan panggilan dari seseorang.
“ Baby!” Panggil Ziyyad.
Ziyyad merupakan anak kepada Tuan Zidan dan juga dua pupu kepada Melina Ardiana.
“ Ehh abang Ziyyad, bila abang sampai ke sini?” Tanya Melina sambil merapikan rambutnya.
“ Baru saja, abang datang dengan daddy and mommy. So macam mana perasaan selepas diculik?” Tanya Ziyyad sambil ketawa.
“ Ishh abang ni, baby ni baru lepas kena culik tau, bukannya pergi travel di luar negara. Kalau jadi apa-apa pada baby macam mana.” Ujar Melina sambil menampar-nampar bahu Ziyyad.
“ Alaa…abang gurau saja. Jangan marah nanti hilang cantik itu.” Kata Ziyyad sambil senyum.
“ Ada apa kau panggil aku ke sini?” Tanya Tuan Zidan.
“ Aku nak kau handle business aku dekat London.” Kata Tan Sri Shah Ilham.
“ What! Kenapa pula aku yang nak kena handle?” Tanya Tuan Zidan dengan nada terkejut.
“ Sebab aku nak handle urusan business aku dekat sini dulu, buat sementara waktu kau ambil alih syarikat di sana sehingga urusan aku di sini selesai.” Kata Tan Sri Shah Ilham.
“ Baiklah. Bagaimana dengan musuh-musuh kau yang lain, bukan Datuk Hisyam saja musuh kau, ramai lagi yang masih menjadi musuh kau. Aku cuma risaukan baby saja. Kalau Datuk Hisyam boleh datang ke rumah kau dan culik baby, aku yakin musuh kau yang lain boleh buat lebih lagi dari ini.” Kata Tuan Zidan dengan nada serius.
“ Betul tu bang. Kita perlu buat sesuatu.” Kata Shah Izlan.
Namun Tan Sri Shah Ilham tidak memberi sebarang respon dengan apa yang di perkatakan oleh adik dan sepupunya itu.
Tan Sri Shah Ilham seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
“ Abang!” Panggil Shah Izlan.
“ Izlan, kau balik ke Dubai bila?” Tanya Tan Sri.
“Lusa. Kenapa?” Tanya Shah Izlan.
“ Aku nak kau bawa baby sekali.” Kata Tan Sri.
“ Apa! Untuk apa?” Tanya Shah Izlan sambil terkejut.
Tuan Zidan hanya melihat perbicaraan Tan Sri Shah Ilham dan Shah Izlan.
“ Lebih baik kau bawa anak aku itu sekali dengan kau, lebih selamat. Sekurang-kurangnya Melina akan selamat dengan kau. Aku akan daftar pengajian untuk baby di sana selama setahun.” Kata Tan Sri.
“ Tapi baby nak ke dia ikut?” Tanya Shah Izlan.
Sekali lagi Tan Sri Shah Ilham tidak menjawab pertanyaan Shah Izlan.
“ Tidak mengapa, nanti aku akan uruskannya.” Kata Tan Sri.
Melina dan Ziyyad sedang menuruni tangga untuk menuju ke ruang tamu di mana adanya Puan Sri Ilina dan Puan Sharifah ibu kepada Ziyyad.
“ Mama…” Panggil Melina sambil duduk di sebelah Puan Sri Ilina.
Seketika itu, Tan Sri Shah Ilham menuju ke ruang tamu dan duduk di sofa berhadapan dengan Melina.
“ Papa nak baby ikut uncle pulang ke Dubai.” Kata Tan Sri.
“ Hahhh! Kenapa pa? Uncle ada boxing tournament ke?” Tanya Melina sambil senyum.
“ Bukan. Papa nak baby menetap di sana selama setahun. Nanti papa akan uruskan pengajiaan baby di sana.” Kata Tan Sri.
“ Apa abang! No saya tak benarkan baby berjauhan dari saya.” Kata Puan Sri Ilina dengan nada terkejut.
Melina yang berada di sebelah mamanya, hanya melihat sahaja perdebatan antara mama dan papanya itu.
“ Ini untuk kebaikan baby sayang. Sayang kan tahu yang saya ini ramai musuh dalam perniagaan, sekurang-kurangnya jika baby ikut Izlan pulang ke Dubai, keselamatan dia terjamin, musuh-musuh saya tak akan cari dia sampai ke sana. Dengan apa yang sudah terjadi membuatkan saya rasa takut, tambahan pula tak lama lagi saya akan merasmikan pembukaan syarikat baharu. Pasti musuh-musuh saya itu sedang mencari cara untuk menghancurkan saya.” Ujar Tan Sri Shah Ilham.
Mendengarkan kata-kata dari Tan Sri Shah Ilham membuatkan Puan Sri Ilina terdiam. Hatinya berbelah bahagi sama ada mahu membenarkan satu-satunya puterinya itu berjauhan dengannya atau tidak. Tetapi Puan Sri Ilina masih memikirkan tentang keselamatan puterinya itu.
“ Okay, baby akan ikut uncle.” Jawab Melina Ardiana.
Semua orang yang berada di ruangan itu termasuk dengan Ziyyad melihat ke arah Melina setelah mendengar apa yang di katakannya itu.
“ Betul ini baby?” Tanya Tan Sri Shah Ilham.
“ Ye pa. Alaa lagi pun setahun saja kan, jadi baby okay je. Lagi pun tinggal dengan uncle.” Kata Melina sambil senyum.
“ Baiklah, nanti papa akan uruskan pengajiaan baby dekat sana. Jadi baby perlu membuat persediaan untuk berangkat ke Dubai lusa.” Kata Tan Sri.
Melina hanya mengangguk menandakan faham.
“ Aiden, aku dapat tahu yang Mel akan ikut uncle Izlan pergi Dubai.” Kata Ariz Hakimi.
Tengku Aiden hanya mendengar tanpa memberikan sebarang respon.
“Semua barang-barang baby sudah ada, passport ada?” Tanya Ziyyad.
“ Semuanya ada, abang nih berapa kali nak tanya.”
“ Abang cuma nak ingatkan je.”
“ Baby, mari kita pergi.” Ajak Tuan Shah Izlan menandakan sudah tiba waktunya untuk berangkat.
Melina memeluk erat tubuh mamanya itu seolah-olah tidak mahu melepaskannya.
“ Baby jaga diri ya di sana.” Kata Puan Sri Ilina sambil memeluk erat tubuh anaknya itu.
“ Baiklah mama.” Kata Melina.
Melina melambai-lambai kepada seluruh ahli keluarganya. Tuan Shah Izlan sudah berjalan di hadapan sambil membawa beg-beg Melina.
Melina dan Tuan Shah Izlan telah mamasuki kapal terbang dan bersedia untuk berlepas.
Melina merenung gambar yang ada di dalam telefon bimbitnya.
“ Baby rindu dia ke?” Tanya Tuan Shah Izlan.
Tuan Shah Izlan menyedari bahawa anak saudaranya itu sudah beberapa minit merenung satu gambar yang ada di dalam telefon bimbitnya.
“ Ishh! Mana ada uncle. Baby saja tengok gambar ini, baby tak beritahu pun yang baby ikut uncle tinggal di Dubai selama setahun. Pasti dia merajuk nanti.” Ujar Melina.
“ Alaa nanti baby telefon la dia, lagi pun cuma setahun saja. Pejam celik, pejam celik sudah setahun.” Kata Tuan Shah Izlan sambil ketawa.
Melina hanya ketawa dengan gurauan unclenya itu.
“ Bro, Mel sudah bertolak ke Dubai.” Kata Ariz Hakimi.
“ Aku tahu, rakan-rakan yang lain beritahu aku tadi.”
Tengku Aiden Harris hanya menjawab begitu sahaja tanpa memandang ke arah Ariz Hakimi.
Terima kasih kerana memilih untuk membaca novel ini. Kisah Melina Ardiana dan Tengku Aiden Harris amat dekat di hati saya. Ia lahir daripada imaginasi saya dan melihat cinta di sekeliling saya sehingga saya mampu untuk menghasilkan sebuah novel. Saya harap anda dapat menyelami emosi mereka seperti mana saya menikmatinya ketika menulis.
Share this novel