Ringgg! Ringgg!
Tuan Shah Izlan mengangkat telefon bimbitnya dan terpapar nama abangnya Tan Sri Shah Ilham pada skrin telefonnya itu.
“ Hello!” Jawab Tuan Shah Izlan.
“ Aku nak kau pulang ke Malaysia.” Arah Tan Sri Shah Ilham.
“ Baiklah.” Kata Tuan Shah Izlan tanpa banyak menyoal.
Melina Ardiana, Tengku Aiden Harris dan Ariz Hakimi yang berada di dalam kelas mendengar pengumuman dari seorang lecturer.
“ Perhatian kepada semua student pengajian Businesses Management! Universiti telah mengadakan satu aktiviti perkhemahan dalam masa 2 hari lagi . Kepada student yang berminat boleh mengisi nama di dalam group WhatsApp ye.” Umum Puan Haida selaku pensyarah pengajian Businesses Management.
Mendengarkan pengumuman itu, Melina lantas mengambil telefon bimbitnya lalu mengisi namanya untuk aktiviti itu.
“ Ehh Mel! Kau nak pergi ke aktiviti itu?” Tanya Ariz Hakimi.
Melina mengangguk sambil tersenyum lebar.
Tengku Aiden Harris juga mangambil telefon bimbitnya untuk mengisi namanya tanpa berfikir panjang.
“ Ariz! Kau juga pergi.” Kata Tengku Aiden.
“ Hahh!” Keluh Ariz Hakimi sambil menekan skrin telefonnya itu.
Melina Ardiana lebih kelihatan gembira setelah melihat dua orang sahabatnya turut pergi ke perkhemahan itu.
“ Lily!” Panggil Lutfi.
Lily memandang ke arah Lutfi dengan wajah kehairanan. Lutfi tidak pernah menyapanya walaupun sekali kerana mereka bukan berada di course yang sama.
“ Ye.” Jawab Lily.
“ Kau kenal aku?” Tanya Lutfi.
Lily menganggukkan kepalanya tanpa berkata apa-apa.
“ Aku tahu kau marahkan Melina bukan."
“ Dan aku tahu kau suka pada Aiden. Anak kepada Tengku Rizwan.”Kata Lutfi.
Lily lebih berasa hairan, bagaimana Lutfi mengetahui tentang itu.
“ Boleh kita bercakap sebentar?” Tanya Lutfi.
Lily menganggukkan kepalanya lalu mengikut Lutfi pergi ke arah keretanya.
“ Aku tahu itu, kerana aku kenal dengan Melina dan Aiden, dan aku juga lihat bagaimana kau dimarahi oleh Aiden waktu itu.” Kata Lutfi.
Lily menundukkan kepalanya setelah mendengarkan apa yang telah diperkatakan oleh Lutfi.
“ Kau masih mahukan Aiden?”
Lantas Lily mengangkatkan kepalanya sambil tersenyum.
“ Jadi, aku nak kau buat sesuatu untuk aku. Aku nak kau turut serta dalam aktiviti perkhemahan itu kerana kau sama course dengan mereka.” Kata Lutfi.
“ Aku nak kau buat apa yang aku mahukan.”
Lily menganggukkan kepalanya, dalam hatinya terdapat banyak tanda tanya kenapa Lutfi memintanya melakukan itu.
“ Kenapa kau nak aku lakukan sesuatu, kau ada apa-apa masalah ke dengan mereka?” Tanya Lily.
Lutfi memandang Lily dengan senyuman yang sinis.
“ Bukan pada mereka, tapi pada Melina Ardiana sahaja.” Kata Lutfi.
“ Aku ada masalah dendam keluarga padanya.”
Melihat rauk wajah Lutfi yang penuh kebencian terhadap Melina Ardiana, membuatkan Lily memberikan senyuman sinis.
“ Cuma pada Melina sahaja kan, bukan pada Aiden?” Tanya Lily.
“ Kau jangan risau, aku tak akan apa-apakan romeo kau itu.”
Mendengarkan itu membuatkan Lily lebih tersenyum lebar.
“ Assalamualaikum…” Ariz Hakimi memberi salam kepada Puan Sri Ilina yang berada di ruang meja makan.
“ Aiden…Ariz…mari masuk.” Pelawa Puan Sri Ilina.
Tengku Aiden dan Ariz lantas masuk ke dalam rumah agam yang mewah itu setelah mendengar pelawaan dari Puan Sri Ilina.
“ Aunty sebenarnya tak izinkan Mel mengikuti aktiviti itu, tapi aunty lihat dia nampak begitu semangat…jadi aunty biarkan sahaja.” Ujar Puan Sri Ilina.
“ Aunty mahu kamu berdua jagakan Mel semasa berada di sana boleh?”
“ Aunty jangan risau, kami berdua akan jagakan Mel. Kami akan terus bersama dengan Mel, kecuali sewaktu Mel di bilik air. Atau…aunty mahu kami menemani Mel semasa berada di dalam bilik air juga.” Gurau Ariz Hakimi sambil ketawa.
Tengku Aiden Harris mendengarkan gurauan tak bertempat itu, lantas dia menepuk belakang Ariz Hakimi dengan kuat.
Puan Sri Ilina hanya memberikan senyuman sahaja seolah-olah dia sudah terbiasa dengan gurauan Ariz Hakimi itu.
“ Ma…” Panggil Melina Ardiana sambil mengangkat beg-begnya itu.”
“ Mel! Seriously kau nak bawa beg sebanyak ini.”
“ Mel, kita cuma pergi dua hari satu malam saja la Mel…bukannya kita tidur di sana berbulan bulan.” Ujar Ariz Hakimi.
“ Alahhh! Kau mana tahu, perempuan mestilah kena bawa beg sebanyak ini. Kau itu lelaki, tak akan faham!” Kata Melina Ardiana sambil mencekak pinggang.
Tengku Aiden mengambil barang-barang Melina tanpa berkata apa-apa, lantas memasukkan barang-barang itu ke dalam bonnet belakang keretanya itu.
“ Aiden, aku tak pergi dengan korang ehh! Aku nak naik bas bersama-sama dengan yang lain.” Kata Melina Ardiana.
Ariz Hakimi menggelengkan kepalanya sambil melihat Melina keluar dari kereta.
“ Kenapa pula dia nak naik bas, sedangkan dia sudah naik dengan kita.” Ujar Ariz dengan wajah kebingungan.
“ Kenapa kau tak cakap apa-apa?"
" Kenapa kau tak larang Mel?”
“ Kau sendiri kan yang cakap, aku tak boleh terlalu mengongkong Mel…so biarkan saja dia nak naik bas.” Ujar Tengku Aiden Harris.
“ Bagus! Sekurang-kurangnya tak adalah dia bosan sangat, yela perjalanan kita ini ambil masa dua jam, tak adalah dia tengok muka, kau tengok muka dia, aku tengok muka korang berdua hahahaha.” Kata Ariz Hakimi sambil ketawa.
Tengku Aiden Harris hanya memandang sahaja wajah sahabatnya itu.
“ Mel!” Panggil rakan yang berada di sebelah tempat duduknya itu.
“ Ye, kenapa Anis?”
“ Aku nak tanya, kenapa kau selalu bersama dengan Aiden and Ariz?”
“ Aku lihat kamu bertiga pasti bersama-sama, tidak kiralah kemana pun. Korang begitu rapat ke?”
Melina mendengarkan pertanyaan yang ditanya oleh Anis, membuatkan dirinya terkaku buat seketika.
Dia tidak tahu bagaimana dia mahu memberikan jawapan kepada pertanyaan Anis. Tidak mungkin dia beritahu mengenai hal peribadinya itu.
“ Kami berkawan sejak kecil, mungkin sebab itu kami rapat. Lagi pula, family kami sudah saling mengenali.” Kata Melina Ardiana.
Anis menganggukkan kepalanya menandakan dia faham apa yang diperkatakan oleh Melina.
“ Lagi satu, aku dengar setahun yang lepas kau pergi ke Dubai kan?” Tanya Anis lagi.
“ Betul, aku tinggal dengan uncle aku di sana and study di sana.” Kata Melina.
“ Seriously… uncle kau tinggal di sana, uncle kau nama apa?”
“ Uncle aku nama Shah Izlan.”
Anis berasa terkejut sedikit setelah mendengar nama itu.
“ Shah Izlan…Shah Izlan seorang juara peninju itu?”
Melina Ardiana mengangguk sambil tersenyum.
“ Mel! Kau tahu tak aku minat gila dengan dia, sudah la handsome...seorang juara lagi.” Ujar Anis.
“ Boleh tak selepas kita pulang nanti, kau bawa aku berjumpa dengan uncle kau?”
“ Sorry Anis, uncle aku tidak ada di sini, dia masih di Dubai.” Ujar Melina.
“ It’s okay Melina, nanti kalau dia balik ke sini, kau kenalkan la dengan aku.”
Melina Ardiana melihat keterujaan rakannya itu lalu membuatkan dirinya tersenyum, dalam hatinya berkata “ uncel, you sudah ada peminat.”
Setelah dua jam perjalanan, akhirnya mereka tiba ke destinasi tanpa apa-apa halangan.
Tengku Aiden dan Ariz mengambil semua barang-barangnya termasuk barang-barang Melina Ardiana.
“ Woww! Bestnya.” Ujar Melina dengan gembira.
“ Seronok ehh!” Kata Ariz Hakimi.
“ Kita akan memasang khemah di sini, kemudian kamu semua boleh berehat dahulu. Malam nanti kita akan adakan aktiviti yang di panggil ‘ burung hantu’.” Kata Puan Haida.
“ Hahh! Burung hantu, takkan la kita nak kena jadi burung pula dalam hutan ini.” Ujar Ariz Hakimi.
Melina dan Anis mendengar keluhan Ariz Hakimi lalu menggelengkan kepala.
“ Bukan kita yang perlu jadi burung hantu. Itu aktiviti di mana kita perlu masuk ke dalam hutan secara berseorangan.” Jelas Melina kepada Ariz.
Tengku Aiden Harris tersenyum apabila melihat Melina Ardiana begitu gembira dengan perkhemahan ini.
“ What! Masuk hutan, berseorangan…”
“ Hahahaha…kau takut kan Ariz.” Kata Anis sambil ketawa.
“ Aku takut, memang tak akan laa..setakat hantu dalam hutan ini, kalau dengan manusia pun aku boleh settle begitu je…apa lagi dengan hantu…” Kata Ariz Hakimi dengan nada yang penuh kesombongan.
Melina ketawa setelah mendengar apa yang diperkatakan oleh Ariz. Dia tahu bahawa dua orang sahabatnya itu Tengku Aiden dan Ariz memang hebat dalam seni mempertahankan diri. Sejak dari kecil, mereka sudah mempelajari ilmu Taekwondo dan Karate dengan uncle Shah Izlannya itu.
Malam sudah pun menjelang, semua student yang terlibat berkumpul di hadapan dua orang pensyarahnya itu termasuk Melina, Tengku Aiden dan Ariz.
“ Semua sudah berkumpul, jadi mari kita mulakan aktiviti kita.” Kata Puan Haida dan Encik Syarif.
“ Puan! Kalau kami masuk ke dalam bersama-sama dengan Mel boleh?” Tanya Ariz Hakimi.
“ Mana boleh! Kamu ikut team lelaki, ini team perempuan.” Kata Puan Haida.
“ Kalau jadi apa-apa pada dia bagaimana?”
“ Tak akan jadi apa-apa pada dia.”
Lily yang berada di belakang mereka, lantas memasuki hutan berseorangan tanpa disedari oleh sesiapa pun.
“ Baiklah puan…” Ujar Ariz Hakimi sambil berjalan ke arah teamnya itu.
Tibanya giliran Melina Ardiana untuk memulakan perjalanan memasuki hutan secara bersendirian berpandukan jalan yang sudah ditetapkan.
Sementara itu, Tengku Aiden dan Ariz menunggu giliran mereka tiba untuk masuk ke dalam hutan.
“ Auchh!”
Anis yang baru hendak memulakan langkahnya untuk masuk ke dalam, tiba-tiba mendengar suara Melina dalam kesakitan, lantas dia berlari menuju ke arah Melina untuk melihatnya.
“ Melina! Kau okay.” Soal Anis dengan penuh cemas.
“ Kaki aku!”
Melihat Melina sedang dalam kesakitan, lalu dia berlari untuk meminta pertolongan.
“ Puan! Melina cedera.”
Mendengarkan suara Anis yang mengatakan Melina cedera. Mereka langsung pergi ke arah Anis lalu menuju ke dalam hutan sambil diikuti oleh Puan Haida dan Anis.
“ Mel, are you okay!” Tanya Tengku Aiden sambil memegang kaki Melina yang sedang sakit.
Kesakitan yang dirasakan oleh Melina membuatkan dirinya tidak mampu berkata apa-apa.
“ It’s okay, Anis mari tolong saya angkat Melina, kita pergi ke khemah.” Arah Puan Haida.
“ Puan! Tak mengapa, saya boleh angkat Melina.” Ujar Tengku Aiden.
“ Tidak boleh, kamu itu lelaki…biarkan saya dan Anis sahaja yang angkat Melina.”
Setelah mendengar apa yang diperkatakan oleh Puan Haida, lantas Tengku Aiden beralih sedikit ke belakang untuk memberi ruang kepada Melina untuk berdiri.
Mereka membawa Melina dan meletakkan Melina di tempat yang berdekatan khemah untuk merawatnya.
“ Mel! Bagaimana kau boleh jatuh?” Tanya Tengku Aiden sambil melihat kecederaan pada kaki Melina.
“ Aku tidak tahu, tiba-tiba sahaja kaki aku tergelincir dan terhentak pada kayu." Ujar Melina dalam kesakitan.
Lily yang melihat Melina dalam kesakitan, membuatkan dirinya tersenyum sinis seolah-olah dia berpuas hati dengan apa yang telah terjadi kepada Melina.
“ Melina, sekarang ini awak rest ye, tak perlu sertai aktiviti untuk malam ini.” Kata Puan Haida.
Melina menganggukkan kepalanya.
Tinggg!
Satu notifikasi mesej terpapar pada skrin telefon milik Lutfi.
“ It’s done…”
Lutfi tersenyum dengan lebar setelah membaca mesej dari Lily.
“ Kenapa kau bawa Lily masuk ke dalam rancangan kita ini?” Soal Zharif.
“ Aku cuma nak jadikan Lily itu sebagai orang yang boleh melaksanakan rancangan kita.”
“ Kau yakin dengan dia, aku tak nak nanti dia juga yang akan gagalkan rancangan kita.”
Lutfi hanya memberikan senyuman tanpa berkata apa-apa.
Melina mengemaskan barang-barangnya dengan berhati-hati kerana kakinya itu masih terasa sakit.
“ Mel, kau sudah kemas barang-barang kau?” Tanya Ariz.
“ Sudah.”
Tengku Aiden lantas mengambil semua barang-barang Melina dan memasukkan ke dalam bonnet belakang keretanya.
“ Puan! Mel akan balik dengan kami, kami akan bawa dia terus pulang ke rumah.” Kata Tengku Aiden Harris.
“ Baiklah Aiden.”
Melina munuju ke tempat duduk belakang kereta, lalu meletakkan kepalanya di atas Teddy bearnya yang berwarna coklat.
Tengku Aiden Harris yang sedang memandu kereta, melihat Melina yang sedang nyenyak tidur melalui cermin belakang.
“ Puan Sri! Cik Melina sudah balik.”
Puan Sri Ilina keluar dari rumahnya setelah mendengar apa yang diperkatakan oleh pembantu rumahnya itu.
Tengku Aiden membukakan pintu kereta, lalu membantu Melina keluar dari kereta.
“ Baby! Kenapa ini?” Soal Puan Sri.
“ Baby jatuh ma…”
Puan Sri Ilina kelihatan agak terkejut sedikit apabila melihat kaki anaknya yang terseliuh itu.
“ Baby okay saja ma.” Ujar Melina Ardiana.
“ Thank you Aiden, Ariz kerana sudah menjaga baby.” Kata Puan Sri Ilina sambil memegang tangan anaknya itu.
Tengku Aiden dan Ariz hanya memberikan senyuman pada Puan Sri Ilina.
Setelah Tengku Aiden tiba di rumahnya, baru sahaja mahu melabuhkan punggungnya di atas katil, kedengaran bunyi ringtone telefon bimbitnya.
Tengku Aiden mengangkat telefonnya itu dan melihat nama Ziyyad terpapar pada skrin lantas dia menekan tombol hijau.
“ Hello.” Jawab Tengku Aiden Harris.
“ Aku dengar dari aunty Ilina, Melina cedera.”
“ Aku baru titipkan dia sekejap pada kau, tapi dia sudah cedera.” Ujar Ziyyad.
Tengku Aiden lantas bangun dari tempat baringannya setelah mendengar suara Ziyyad yang kelihatan agak sedikit marah.
“ Aku tidak tahu, aku juga cemas sewaktu dia jatuh. Lagi pula kami ada aktiviti masuk ke dalam hutan, jadi aku tidak bersama dengannya.” Jelas Tengku Aiden Harris kepada Ziyyad.
Ziyyad berdiamkan diri sahaja.
“ It’s okay, aku minta maaf kalau aku kasar dengan kau tadi.” Kata Ziyyad.
“ Tak mengapa Ziyyad, aku faham."
Share this novel