“ Sayang, sayang sudah siap?” Soal Tengku Aiden Harris.
Melina Ardiana tidak menjawab pertanyaan dari suaminya itu.
“ Sayang! Kenapa tidak siap lagi, nanti kita lambat pula mahu pergi ke majlis perkahwinan Ziyyad.”
Melina Ardiana masih lagi mendiamkan dirinya sambil tangannya memegang sesuatu.
Tengku Aiden berasa aneh melihat sikap isterinya itu, lantas dia menuju dan duduk di sebelah isterinya itu.
“ Sayang! Kenapa ini?”
“ Sebenarnya saya mahu menunjukkan abang sesuatu.” Ujar Melina Ardiana.
Situasi itu lebih membuatkan Tengku Aiden menjadi bingung.
Melina Ardiana memberikan sebuah kotak yang berwarna putih.
Tengku Aiden melihat kotak itu dengan penuh kehairanan.
“ Apa ini sayang!”
Melina hanya memberikan senyuman sahaja kepada suaminya itu.
Tengku Aiden Harris membuka kotak itu, lantas melihat isi di dalamnya. Terlihat ada sepasang baju bayi yang berwarna putih.
Tengku Aiden Harris lebih berasa bingung.
Melina yang melihat reaksi suaminya itu agak keliru, lantas dia mengeluarkan satu pregnancy test yang menunjukkan dua garis.
Tengku Aiden Harris yang melihat itu, lantas tersenyum dan memeluk Melina Ardiana dengan erat.
“ Thank you sayang.” Ujar Tengku Aiden Harris dengan perasaan gembira.
Melina Ardiana hanya menganggukkan kepalanya.
“ Kini tanggungjawab abang bukan hanya menjaga dan melindungi sayang, tetapi abang perlu menjaga bayi kita juga.” Ujar Tengku Aiden Harris.
Melina Ardiana tersenyum sambil melihat suaminya itu.
“ Sayang! Abang cintakan sayang and abang berjanji bahawa abang akan sentiasa membahagiakan sayang dan anak kita.” Kata Tengku Aiden Harris sambil memegang erat tangan Melina Ardiana.
“ Sayang juga berjanji akan menjadi isteri yang terbaik buat abang.” Ujar Melina Ardiana.
“ Tidak ada apa-apa yang mampu memisahkan kita melainkan ajal. Selagi abang bernafas, abang akan menjaga keluarga kita.”
Kata-kata dari seorang lelaki bernama Tengku Aiden Harris yang sentiasa memperhatikan gerak geri Melina Ardiana sejak dari kecil, tidak menyangka bahawa dirinya menjadi seorang suami kepada sahabatnya semasa kecil.
Perasaan cinta yang hadir dengan sendirinya setelah menyedari bahawa dirinya tidak mampu menanggung rasa sakit kehilangan wanita yang dicintainya itu ialah Melina Ardiana.
TAMAT
Share this novel