Vroom…vroom…
Sebuah motosikal berkuasa tinggi sejenis Suzuki GSX berwarna putih memasuki kawasan universiti dan menuju ke tempat parking.
“ Aiden!” Panggil Ariz Hakimi.
Tengku Aiden yang mendengar suara Ariz, lantas memandang ke belakang dan mematikan enjin motosikalnya.
“ Ehhh bro, awal kau datang hari ni?” Tanya Ariz Hakimi.
Tengku Aiden hanya memandang Ariz Hakimi dengan senyuman sahaja.
“Aiden…Ariz…”
Tengku Aiden dan Ariz menoleh ke belakang setelah mendengar satu suara yang memanggil mereka dari arah belakang.
“ Ouhh Ziyyad, kau rupanya.” Kata Ariz Hakimi
Ziyyad berjalan ke arah mereka berdua.
“ Ehhh hari ini aku nak pergi airport, nak ambil baby, korang nak ikut tak?” Tanya Ziyyad.
Ariz Hakimi memandang Tengku Aiden dengan penuh harapan mengharapkan bahawa Tengku Aiden akan mengatakan yes.
“ Tak, aku ada kerja sikit hari ni.” Ujar Tengku Aiden.
“ Aiden, takkan kau marah kan Mel lagi, sebab dia tak beritahu kau yang dia pergi Dubai?” Tanya Ariz Hakimi.
Ziyyad hanya memandang Tengku Aiden dan Ariz tanpa mengetahui apa yang sedang di bualkan oleh dua orang sahabat ini.
“ Sudah lah, kalau korang tak nak pergi, takpe…” Ujar Ziyyad.
Sudah setahun Melina Ardiana menetap di Dubai, dan sudah tiba masanya untuk dia pulang ke Malaysia.
“ Ye uncle, baby sudah sampai airport Malaysia nih, uncle jangan la risau, kejap lagi abang Ziyyad datang laaa.”
Melina yang sibuk memandang ke kiri dan ke kanan mencari kelibat abang sepupunya itu.
“ Mana abang nih.”
Ziyyad berlari-lari ke arah Melina dengan tergesa-gesa sambil senyum.
“ Haa! Apa senyum-senyum.”
“ Kenapa datang lambat?” Marah Melina Ardiana.
“ Sorry laaa, abang dari universiti tadi. Sebab itu lambat…lambat sikit jer kan. Hehehe.” Ujar Ziyyad sambil senyum.
Kembalinya satu-satunya puteri dalam keluarga Tan Sri Shah Ilham memberikan kegembiraan kepada semua orang.
“ Ma…pa…sihat? Tanya Melina Ardiana sambil memeluk kedua orang tuanya itu.
Tan Sri dan Puan Sri mengangguk sambil memberi senyuman kegembiraan buat puterinya itu.
“ Papa sudah daftar pengajian baby di sini, baby akan sambung degree sekali dengan Ziyyad.”
“ Hahh! Pa…baby kan baru saja balik, bagi lah baby rest dulu ke. Minggu depan baru baby masuk universiti boleh tak pa?” Tanya Melina Ardiana sambil membuat rauk wajah yang comel.
Tan Sri hanya memandang sahaja anaknya itu.
“ Tak boleh! Esok juga baby pergi universiti.”
Mendengarkan arahan papanya itu membuatkan Melina Ardiana menundukkan kepalanya sambil mengeluh.
“ Baby….dah siap ke belum ni, abang Ziyyad sudah sampai nih.” Panggil Puan Sri Ilina.
“ Kejap ma!”
“ It’s okay aunty, biar la baby bersiap dulu. Ziyyad okay je kalau tunggu baby.” Kata Ziyyad sambil senyum.
Melina menuruni tangga dengan tergesa-gesa sambil merapikan rambut depannya.
“ Apa la papa nih, baby baru je balik dari Dubai, terus nak baby masuk universiti hari nih. Penat baby nih tak hilang lagi tau.” Bebel Melina Ardiana.
Puan Sri Ilina hanya menggelengkan kepalanya apabila mendengar bebelan puterinya itu.
“ Mari pergi baby.” Ajak Ziyyad.
Melina memasuki kereta Mercedes Benz milik Ziyyad sambil tergesa-gesa.
“ Are you ready baby!”
Melina memandang abang sepupunya itu sambil membuat mimik muka.
“ Cepat lah!”
Ziyyad menekan pedal minyak kereta sambil ketawa melihat telatah sepupunya itu. Dirinya tahu bahawa Melina Ardiana sedang merajuk dengan Tan Sri Shah Ilham kerana memaksanya untuk berangkat ke universiti hari ini.
“ Aiden! Itu Ziyyad sudah sampai.” Kata Ariz Hakimi.
Tengku Aiden memandang ke arah tempat parking kereta, melihat Ziyyad sedang mengambil beg galasnya di bahagian tempat duduk belakang kereta.
“ Baby bangun, sudah sampai nih.” Kejut Ziyyad sambil menyentuh pipi lembut Melina.
Melina masih lagi belum bangun walaupun sudah di panggil beberapa kali oleh Ziyyad.
“ Ziyyad!” Panggil Tengku Aiden Harris.
“ Ehh bro, kau tolong kejutkan baby kejap, aku nak ambil barang-barang baby di belakang.”
Tengku Aiden Harris merenung wajah cantik Melina Ardiana tanpa menyedari bahawa Ziyyad memerhatinya dari belakang.
“ Aiden! Aku tahu la sepupu aku itu cantik, tapi jangan lah tenung dia lama-lama macam itu.” Gurau Ziyyad sambil senyum sinis pada Aiden.
“ Mel!” Jerit Tengku Aiden Harris.
Melina Ardiana yang sedang nyenyak tidur, lantas terjaga setelah mendengar jeritan suara yang lantang.
“ Abang! Abang! Kenapa..” Kata Melina Ardiana dengan nada yang terkejut.
Tengku Aiden lalu menundukkan kepalanya sedikit untuk melihat Melina Ardiana yang berada di dalam kereta membuatkan Melina terkaku buat seketika.
“ Baby! Baby! What’s wrong?” Tanya Ziyyad apabila melihat Melina yang sedang kaku seperti anak patung yang comel sambil memandang ke arah Tengku Aiden Harris.
“ Nothing.” Jawab Melina Ardiana sambil keluar dari kereta.
Melihatkan keadaan Melina Ardiana menjadi seperti malu-malu kucing, membuatkan Tengku Aiden Harris tersenyum sedikit.
“ Mel! Lama kita tak jumpa. Kau sambung sini ambil course apa?” Tanya Ariz Hakimi.
“ Mel study course sama dengan kau dan Aiden.” Jawab Ziyyad.
Melina yang sedang berjalan di belakang Tengku Aiden Harris hanya menundukkan kepalanya tanpa berkata apa-apa. Perasaan janggal mula datang di antara Melina Ardiana dan Tengku Aiden Harris.
“ Ehh! Aku ada kelas kejap lagi, korang tolong jaga baby okay.” Ujar Ziyyad.
“ Apa abang nih, baby boleh jaga diri sendiri la.” Kata Melina Ardiana.
Ziyyad tersenyum apabila mendengarkan kata-kata dari sepupunya itu, dan berlalu pergi.
Melina, Tengku Aiden dan Ariz juga menuju ke kelas mereka.
“ Mel! Kau duduk di sini..” Arah Ariz.
Melina yang melihat tempat duduknya di antara Tengku Aiden dan Ariz, terus membuatkan hatinya berdebar-debar.
“ Ariz! Rakan-rakan kita yang lain, macam mana? Mereka study course apa?” Tanya Melina Ardiana.
“ Mereka study sini juga, tapi study course accounting.”
Melina menganggukkan kepalanya, lalu memandang ke arah Tengku Aiden Harris.
“ Kenapa!” Tanya Tengku Aiden Harris.
“ Are you still angry with me?”
“ No. Kenapa, kau ada buat salah ke dengan aku?”
Tengku Aiden lantas memandang ke arah Melina setelah mendengar pertanyaan itu.
Melina hanya mendiamkan diri setelah mendapat pandangan yang serius dari Tengku Aiden Harris.
“ I’m sorry. Sorry sebab tak beritahu yang aku tinggal di Dubai selama setahun.”
Melina Ardiana memberikan pandangan yang manis sehingga membuatkan Tengku Aiden Harris dan Ariz Hakimi terkaku melihat kecantikannya.
“ Hai Aiden!”
Seorang gadis yang menyapa Tengku Aiden Harris secara tiba-tiba membuatkan Melina memandang ke arahnya.
“ Ehh Lily!” Sahut Ariz Hakimi.
“ Aiden, kejap lagi you free tak? I nak ajak you keluar lunch, boleh tak?” Tanya Lily dengan nada manja.
Melina mendengarkan itu, lantas memandang ke arah Ariz Hakimi dengan perasaan ingin tahu siapakah gadis ini.
“ I free je.” Kata Tengku Aiden Harris.
Mendengarkan jawapan dari Tengku Aiden Harris lebih membuatkan gadis itu menjadi lebih manja sehingga membuatkan Melina Ardiana mengerutkan dahinya.
“ Sayang! Baby masih belum balik lagi?” Tanya Tan Sri Shah Ilham.
“ Belum lagi abang.”
Puan Sri Ilina yang sedang masak di dapur melihat ke arah suaminya itu sambil berkata “ pasti ada sesuatu yang nak di bincangkan itu”.
Melina berjalan menuruni anak tangga sambil diikuti oleh Tengku Aiden Harris dan Ariz Hakimi.
“ Melina!”
Melina menoleh ke arah belakang apabila mendengar seseorang memanggil namanya.
“ Melina Ardiana kan?”
“ Ye, kenapa?” Tanya Melina dengan perasaan ingin tahu.
“ Hai, I’m Lutfi. Actually I know your name from your cousin Ziyyad.” Kata Lutfi.
“ Ouhh..really.” Angguk Melina.
Tengku Aiden Harris memandang Lutfi dengan pandangan yang serius.
“ Melina, can I get your phone number?” Tanya Lutfi.
Melina mengangguk sambil mengeluarkan telefon bimbitnya.
“ Okay thank you Melina. Nanti I boleh call you kan?” Tanya Lutfi.
“ Sure.”
Mendengarkan jawapan dari Melina membuatkan lelaki itu tersenyum dan berlalu pergi meninggalkan mereka bertiga.
“ Are you crazy Mel! Macam mana kau boleh berikan number phone pada seseorang yang kau tak kenal?” Tanya Tengku Aiden dengan suaran lantang.
“ Why not, dia just nak kenal dengan aku je…and dia kenalan abang Ziyyad. So I’m okay.” Jawab Melina Ardiana.
“ Lagi pun kau kan nak keluar dengan perempuan tadi, siapa nama…Lily. Kau keluar jela dengan dia. Aku pun nak mencari teman juga.”
Ariz Hakimi menggelengkan kepalanya apabila melihat dua orang sahabatnya itu saling berdebat.
“ Baby! Jom balik.” Ajak Ziyyad yang tiba-tiba datang kepada mereka.
Tengku Aiden memberi renungan tajam kepada Ziyyad.
“ Kenap bro?”
“ Kenapa kau beritahu nama Mel pada kawan kau itu?”
“ Dia datang minta number phone Mel tau.”
Ziyyad ketawa apabila mendengar apa yang diperkatakan oleh Tengku Aiden Harris.
“ Biar laa…dia banyak kali tanya aku tentang baby sejak-sejak aku tertunjuk gambar baby dekat dia. Maybe dia tertarik dengan kecantikan baby, itu yang dia nak kenal.” Kata Ziyyad sambil ketawa.
“ Lagi pula, apa salahnya kan…”
Tengku Aiden menggelengkan kepalanya.
“ Sudah, jom baby kita pulang.”
Melina menganggukkan kepalanya dan berlalu pergi meninggalkan Tengku Aiden dan Ariz.
Puan Sri Ilina berada di ruang tamu menantikan kepulangan anaknya itu.
Vroom! Vroom!
“ Mama…” Panggil Melina sambil keluar dari kereta.
Puan Sri Ilina tersenyum apabila mendengar suara manja Melina Ardiana.
“ Macam mana study hari ini, okay? Tanya Puan Sri Ilina.
Melina mengangguk.
“ Baby, papa tunggu baby dari tadi. Mama rasa ada something yang papa nak cakap.” Kata Puan Sri Ilina.
Melina lantas memasuki ke dalam rumahnya apabila Ziyyad sudah berlalu pergi dari perkarangan rumah mereka.
“ Pa…” Panggil Melina sambil mengetuk pintu bilik bacaan papanya itu.
Melina memasuki bilik bacaan Tan Sri Shah Ilham.
Tan Sri Shah Ilham memandang ke arah Melina setelah melihat anaknya menuju ke arahnya itu.
" Kenapa pa?"
" Macam mana study hari ini, ada apa-apa masalah?" Tanya Tan Sri Shah Ilham.
" Okay je pa.."
" Baby, papa nak baby jangan selalu bersendirian, kalau boleh selalu bersama dengan abang Ziyyad, Aiden and Ariz." Kata Tan Sri Shah Ilham.
Melina mengerutkan dahinya seolah-olah dia tidak memahami apa yang sedang diperkatakan oleh papanya itu.
" Papa cuma tak nak apa-apa terjadi je pada baby. Baby faham kan apa yang papa sampaikan ini?" Tanya Tan Sri Shah Ilham.
Melina Ardiana menganggukkan kepalanya dan tidak berkata apa- apa.
Share this novel