Tinggg!
Muncul satu mesej dari sebuah telefon bimbit milik Melina Ardiana.
Melina membuka telefonnya itu, lalu melihat mesej dari seorang lelaki yang bernama Lutfi.
“ Melina, saya nak ajak awak keluar boleh?” Tanya Lutfi.
Melina yang membaca mesej tersebut, membuatkan dirinya berfikir buat seketika.
“ Okay.” Jawab Melina Ardiana.
“ Baiklah, kejap lagi saya ambil awak di rumah ye.” Kata Lutfi.
Melihat sahaja mesej dari Lutfi yang mengatakan bahawa dia mahu mengambil di rumah, membuatkan Melina tergesa-gesa mahu menukar bajunya.
“ Ding donggg!
Pembantu rumah Tan Sri Shah Ilham membukakan pintu setelah mendengarkan bunyi loceng rumah.
“ Tengku Aiden, Tengku mahu berjumpa dengan Cik Melina?” Tanya pembantu rumah.
Tengku Aiden Harris menganggukkan kepalanya, lantas pembantu rumah mempelawanya masuk ke dalam.
“ Ehh! Aiden, kau buat apa dekat sini?” Tanya Melina dengan terkejut apabila melihat kelibat Tengku Aiden di rumahnya.
“ Aku dan yang lain mahu ajak kau pergi makan dekat café yang kita selalu pergi itu.” Kata Tengku Aiden Harris.
“ Sorry Aiden, hari ini aku tak boleh keluar dengan kau orang, Lutfi ajak aku keluar sekarang ini.”
“ Pergi mana?” Tanya Tengku Aiden dengan nada yang serius.
“ I don’t know.”
“ Kau setuju untuk ikut dia keluar, sedangkan kau tak berapa kenal dia and kau tak tahu dia nak bawa kau pergi mana!"
“ Kau gila ke apa Mel, kalau jadi apa-apa dekat kau macam mana, kalau dia ada niat jahat dekat kau macam mana Mel.” Kata Tengku Aiden dengan serius sambil memegang bahu kecil Melina Ardiana.
“ Kalau dia ada niat jahat pada aku, aku akan terus call kau.” Ujar Melina Ardiana sambil senyum.
“ No! Aku tak benarkan.”
“ Mana boleh, dia sudah ada di hadapan rumah aku sekarang ini.” Kata Melina Ardiana.
Melihat sikap Melina Ardiana lebih membuatkan Tengku Aiden Harris berasa bingung.
Melihat Melina Ardiana keluar dari perkarangan rumahnya, lalu Tengku Aiden menelefon Ariz Hakimi.
“ Ariz! Kita batalkan saja planning kita hari ini.” Ujar Tengku Aiden Harris.
“ What! Why?” Tanya Ariz Hakimi dalam telefon.
“ Kita akan ikut Mel, Mel keluar dengan Lutfi tapi tidak tahu ke mana. Kita awasi mereka dari jauh.” Kata Tengku Aiden Harris.
“ Baiklah, aku akan beritahu rakan kita yang lain.” Kata Ariz Hakimi.
Melina Ardiana dan Lutfi sedang menuju ke sebuah café yang berkonsepkan western.
“ Melina, boleh saya tanya awak something?” Tanya Lutfi.
Melina Ardiana hanya menganggukkan kepalanya.
“ Awak dan Aiden sudah kenal berapa lama?”
“ Dari kecil, papa saya and papa dia rakan kongsi dalam satu syarikat. Jadi kami memang rapat.” Kata Melina Ardiana.
Lutfi menganggukkan kepalanya menandakan faham.
“ Ehh! Dia orang makan dekat sini ke?" Tanya Izyan yang merupakan salah seorang rakan Tengku Aiden Harris dan Ariz Hakimi.
“ Yee…aku detect dia orang makan dekat sini.” Kata Aish yang merupakan rakan mereka juga.
Mereka berempat terus memperhatikan Melina Ardiana dan Lutfi dari dalam kereta.
“ Aiden, buat apa kau nak intip Mel sampai ke sini?” Tanya Ariz Hakimi.
“ Aku cuma tak nak Lutfi buat apa-apa yang buruk saja pada Mel, nanti kita juga yang susah.” Ujar Tengku Aiden Harris.
Ariz Hakimi hanya senyum sambil melihat Tengku Aiden Harris sambil berkata di dalam hatinya “ kau ingat aku tak tahu, kau jealous Mel keluar dengan Lutfi.”
Melihat Melina Ardiana dan Lutfi keluar dari café, lantas Tengku Aiden keluar dari kereta menuju kepada Melina.
“ Aiden! Kau nak pergi mana itu?” Tanya Izyan yang berada di tempat duduk belakang kereta.
Ariz Hakimi menggelengkan kepalanya lalu ikut keluar dari kereta.
“ Mel!” Panggil Tengku Aiden Harris.
“ Kau buat apa dekat sini?”
“ Mari pergi!” Kata Tengku Aiden sambil memegang tangan kecil Melina Ardiana.
Lutfi hanya memandang ke arah Tengku Aiden sambil tersenyum.
“ It’s okay Melina, awak pergi la ikut Aiden. Thank you kerana sudah meluangkan masa awak hari ini untuk saya.” Ujar Lutfi.
Mendengarkan itu, lantas Tengku Aiden Harris menarik tangan Melina Ardiana menuju ke arah kereta mereka.
“ Aiden! What’s wrong with you?” Tanya Melina Ardiana dengan nada marah.
“ Aku tak suka kau keluar berduaan dengan Lutfi. Dia bukan lah lelaki yang baik.” Ujar Tengku Aiden Harris.
“ Macam mana kau tahu dia bukan lelaki yang baik?”
Tengku Aiden Harris tidak menjawab pertanyaan Melina Ardiana. Ariz Hakimi dan dua orang rakannya yang lain saling memandang antara satu sama lain.
“ Kau jealous kan aku keluar dengan Lutfi?” Ujar Melina Ardiana sambil tersenyum pada Tengku Aiden Harris.
“ Sudah! Masuk ke dalam kereta dan jangan pernah keluar berduaan dengan dia lagi. Faham!” Kata Tengku Aiden Harris.
Melina Ardiana menganggukkan kepala, dan terus masuk ke dalam kereta milik Tengku Aiden Harris.
Lutfi yang berada di dalam kereta berhampiran dengan kereta Tengku Aiden Harris hanya memberikan senyuman sinis apabila melihat Melina dan Tengku Aiden. Dirinya sedang memikirkan suatu rancangan.
“ Zharif, mari kita berjumpa.” Ajak Lutfi.
“ Aku sudah keluar dengan dia, memang benar bahawa dia adalah anak Tan Sri Shah Ilham. Orang yang telah menyebabkan daddy aku masuk ke dalam penjara.”
“ Aku takkan sesekali lepaskan mereka, aku akan pastikan hidup mereka merana seperti mana hidup aku sekarang ini.”
Lutfi merupakan anak lelaki Datuk Hisyam yang pernah menjadi musuh Tan Sri Shah Ilham dan pernah menculik Melina Ardiana suatu ketika dahulu.
Perasaan dendam yang membara di dalam hatinya apabila dia mengingati apa yang telah terjadi pada daddynya itu.
“ Jadi, kau nak buat apa sekarang ini.” Tanya Zharif.
“ Aku ada rancangan aku sendiri. Pertama sekali, aku akan dekatkan diri aku dengan anak kepada musuh ketat daddy aku.” Ujar Lutfi sambil senyum sinis dengan rancangan jahatnya itu.
" Mel, kita jumpa esok okay." Kata Ariz Hakimi.
" Okay."
" Ingat! jangan sesekali nak pergi ke universiti dengan Lutfi melainkan dengan kami atau Ziyyad sahaja." Kata Tengku Aiden Harris sambil memandang ke arah Melina Ardiana.
Melina Ardiana tidak berkata apa-apa, dan terus berjalan memasuki ke perkarangan rumah agamnya.
" Kau ini! jangan la mengongkong Mel sampai begitu sekali. Nanti apa pula kata uncle and aunty." Ujar Ariz Hakimi.
" Aku buat semua ini demi keselamatan dia. Kau tak ingat ke yang dia pernah diculik setahun yang lepas?"
Ariz Hakimi dan dua orang rakannya yang lain hanya mendiamkan diri mereka apabila mendengarkan itu.
Melina Ardiana melabuhkan punggungnya di atas tilamnya yang empuk itu sambil membuka ikatan getah pada rambutnya.
Memikirkan apa yang telah terjadi tadi, membuatkan Melina Ardiana tersenyum keseorangan di dalam biliknya. Dan pada ketika itu, hatinya sudah berasa sesuatu yang tidak kena, seolah-olah dia mempunyai perasaan terhadap sahabatnya sendiri.
" Kenapa dengan kau ni Mel! Tak mungkin aku suka dengan Aiden." Ujar Melina di dalam hatinya.
Tengku Aiden Harris memasuki ke dalam biliknya sambil meletakkan jacket hitamnya di atas katil. Dia mengingati apa yang diperkatakan oleh Ariz Hakimi bahawa dia cemburu apabila melihat Melina bersama dengan lelaki lain.
Tengku Aiden Harris memikirkan adakah dia juga mempunyai perasaan terhadap Melina Ardiana.
Adakah dia menyukai Melina Ardiana, satu-satunya puteri tunggal keluarga Tan Sri Shah Ilham yang sering menjadi sasaran musuh papanya itu.
Share this novel