"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan juga Maha Penyayang, kita bergerak." Ucap Encik Hill.
Encik Hill memutarkan kunci kereta. Enjin kereta dihidupkan. Kereta berundur daripada parkir kereta hadapan rumahnya. Isteri Encik Hill menutup pagar rumah lalu dikuncikan dengan rantai. Isteri Encik Hill masuk ke dalam kereta lalu Encik Hill sekeluarga bergerak pulang ke kampung. Sepanjang perjalanan di jalan raya, Encik Hill memandu kereta sambil mendengar alunan bacaan ayat Qur'an yang dipasangkan CD pada radio.
Anak-anak Encik Hill yang berumur 10 hingga 5 tahun melayani antara antara satu sama lain. Tiga anak lelaki Encik Hill bergurau senda dan bersembang di tempat duduk belakang. Anak bongsu perempuan Hill yang berumur tiga tahun duduk di atas riba isterinya sambil dipeluk ibunya dengan penuh kasih sayang.
Tiba di kampung, rumah batu setinggan berwarna kuning bahagian atas rumah dan berwarna hijau pekat di bahagian bawah. Rumah kampung moden. Kereta Proton Waja berwarna perak berkilauan diberhentikan di hadapan rumah orang tua Encik Hill. Terdapat empat buah kereta di parkir bahagian depan rumah orang tua Encik Hill. Adik-beradik Encik Hill turut pulang ke kampung pada hari hujung minggu yang sama.
Suasana jam 11 pagi itu menjadi meriah. Pelbagai juadah dibeli oleh adik-beradik Encik Hill dan dibawa dari luar rumah dihidangkan kepada semua ahli keluarga. Mereka menikmati makan tengah hari bersama selepas bersalaman dan bersembang antara satu sama lain. Anak-anak Encik Hill bermain bersama sepupu-sepapat ketika Encik Hill makan tengah hari bersama orang tuanya dan juga adik-beradiknya.
Selesai makan tengah hari, mereka memulakan sesi gotong-royong bersama membersihkan dalam rumah orang tua mereka. Anak-anak Encik Hill dan sepupu-sepapat bermain di ruang tamu sambil anak-anak kepada adik-beradik Encik Hill turut serta membantu mengemaskan rumah atuk nenek mereka.
Pada waktu petang pula, mereka berehat dan bersantai. Ada yang pergi keluar berjalan-jalan di pekan manakala yang lain pula mengemas barang-barangan mereka di kamar masing-masing. Orang tua Encik Hill pula berseloroh dengan Encik Hill memandangkan keluarga Encik Hill amat jarang pulang ke kampung.
Tiba waktu malam, mereka makan malam bersama-sama. Makanan makan malam dimasak bersama-sama oleh isteri Encik Hill dan abang kakak serta adik ipar Encik Hill. Suasana malam yang amat meriah. Ruang dalam rumah dipenuhi kegembiraan, keseronokan dan juga kasih sayang disamping cahaya lampu rumah menerangi setiap sudut rumah bagi menceriakan suasana.
Lampu rumah terpadam sebaik sahaja terdengar bunyi letupan daripada luar rumah. Semua ahli keluarga Encik Hill terkejut. Ada yang menjerit ketakutan termasuk kanak-kanak apabila rumah menjadi gelap. Luar rumah bercahaya berkelip-kelip. Kedengaran bunyi letusan elektrik berkali-kali.
"Elektrik rosak?" Soal salah seorang abang ipar Encik Hill.
"Kena telefon Tenaga Nasional Berhad macam ini. Mahu ambil masa lama hendak baiki peti elektrik itu." Kata isteri Encik Hill.
"Litar pintas? Alhamdulilah bukan litar pintas di dalam rumah." Kata Encik Hill.
"Makan malam dengan pasang lilin. Romantik bukan?" Kata salah seorang adik ipar Encik Hill kepada ahli keluarganya. Mereka semua ketawa mendengar jenaka tersebut.
Bang! Bang! Bang! Tembakan bertalu-talu memecahkan lampu, pintu rumah, cermin tingkap dan juga perabot-perabot yang ada di dalam rumah. Seorang demi seorang di sekeliling Encik Hill tembang ditembak senjata api yang tidak tahu dari mana asalnya. Tidak mengira siapa, anak-anak Encik Hill dan adik-beradiknya tumbang mati ke lantai. Segalanya berlaku dengan pantas.
Encik memandang keluarga sekelilingnya jatuh ke lantai dditembak termasuk isterinya yang serta-merta sisi kepalanya mencium meja makan. Pinggan mangkuk bersepai akibat dilanggar peluru sesat. Nyawa seluruh keluarga diragut dengan amat pantas. Peluru-peluru menghujani orang-orang di dalam rumah. Encik Hill juga tidak ketinggalan turut dihujani peluru ketika Encik Hill bangun dari tempat duduknya.
Encik Hill jatuh terbaring ke lantai. Pinggang, perut, bahu dan kakinya dimakan oleh peluru-peluru. Pandangan Encik Hill menjadi kabur. Pintu kaca gelongsor yang sudah hancur ditembak dilangkah oleh seorang lelaki yang tidak tahu akan identitinya. Encik Hill tidak mendapat melihat jelas dengan pandangan matanya yang kabur serta suasana yang juga gelap malam.
"Ayah? Ayah? Sakit, ayah." Kata anak sulung Encik Hill. Anak lelaki Encik Hill bangun dari lantai.
Anak lelaki Hill memegang tangan kanannya yang terkena peluru. Encik Hill melihat manusia tidak diundang memandang anak lelakinya yang mencari dirinya. Lelaki itu mengangkat senjata apinya lalu menembak anak lelakinya. Encik Hill tidak mampu bangun untuk menghalang perbuatan pembunuhnya itu kerana cedera parah.
Encik Hill berasa sangat-sangat sakit akibat dihujani peluru dengan banyak. Hanya mampu melihat anaknya dibunuh dengan pandangan yang kabur. Bunyi tembakan tadi yang bertalu-talu sudah pun berhenti sebaik sahaja smeua orang di dalam rumah tumbang termasuk Encik Hill. Encik Hill menutup mata di atas lantai bersebelahan meja makan. Darah-darah keluarga Encik Hill dan juga Encik Hill sendiri membasahai lantai rumah bagaikan hujan di atas rumah bumbung yang bocor.
"Semua sudah mati?" Soal Yin kepada Fal daripada luar rumah.
"Sudah." Jawab Fal.
"Periksa setiap ruang di dalam rumah! Kita perlu beredar dengan cepat." Arah Yin kepada Fal.
Fal membuka satu persatu bilik di dalam rumah tersebut. Salah satu pintu dibuka, terdapat seorang gadis remaja perempuan memeluk adik lelakinya. Mereka berdua dapat dilihat melalui sedikit cahaya lampu jalan berdekatan. Mereka menjerit dan menangis ketakutan sebaik sahaja Fal membuka pintu bilik tersebut.
Fal melepaskan tembakan terhadap mereka berdua. Darah bersemburan. Membasai katil, dinding dan juga lantai. Hancur kepala dan tubuh gadis dan budak lelaki kecil itu berluubang-lubang ditembak oleh Fal. Pintu tandas dan bilik stor simpanan barang turut dibuka. Pintu belakang rumah berkunci menandangkan tiada orang berjaya melarikan diri.
Fal muncul keluar dari rumah tersebut berjalan menuju ke Yin. Fal memberitahu Yin bahawa mereka sekeluarga sudah pun mati dan tiada tertinggal. Yin mengucapkan bagus lalu mengarahlan Fal untuk beredar segera.
Yin dan Fal segera melarikan diri daripada kawasan rumah orang tua Encik Hill tersebut dengan menaiki kereta Proton Wira berwarna hitam. Pedal minyak dipijak kuat. Kereta Proton Wira dipandu Yin memecut memasuki jalan raya. Fal menyimpan senjatanya dan juga Yin di dalam beg. Beg itu ditutup dengan zip lalu diletakkan di tempat duduk belakang.
__________________________________________________________________
Shen Yi terjaga. Lampu bilik terbuka terang. Shen Yi bangun duduk di atas tilam di mana dia tidur lalu memandang ke kanan. Harun sedang menunaikan solat dengan tidak berbaju. Badannya dibaluti kain yang berlapis-lapis. Kain tersebut terdapat kesan-kesan darah.
Setelah Harun memberikan salam, Harun mengangkat tangan. Menadah tangan lalu berdoa sambil mmemandang ke atas. Harun begitu khusyuk dalam berdoa. Mulut Harun terkumat-kamit menyebutkan sesuatu.
Usai berdoa, Harun bangun daripada duduk tahiyat akhir. Sejadah dilipat lalu digantungkan pada tempat gantung kain. Harun mengambil baju dari dalam almari besi itu lalu disarungkan. Setelah itu, Harun baru tersedar bahawa Shen Yi memerhatikannya dengan amat lama.
"Shen Yi, sambung latihan seperti biasa. Aku hendak lihat sejauh mana kemajuan engkau." Cakap Harun kepada Shen Yi.
Komponen-komponen kecil, panjang dan juga besar assault rifle itu diambil lalu dipasang dengan pantas oleh Shen Yi. Begitu cekap Shen Yi memasang dan mencantumkan setiap komponen assault rifle tersebut. Kelihatan Shen Yi sudah dilatih sebegitu untuk memasang menyiapkan selaras senjata api. Assault Rifle Goblin siap dipasang kemas oleh Shen Yi. Tidak ketinggalan magazin dipasang bersama. Harun mengangguk melihat kepntasan dan kecekapan Shen Yi.
"Engkau mudah dan cepat belajar dan juga cepat menguasai dalam memasang senjata dalam masa yang singkat. Aku kagum dengan kebolehan dan kecerdasan engkau. Kemudian, aku mahu engkau leraikan pula semua senjata yang ada dan juga memasang semula mereka semua dengan pantas." Ujar Harun.
"Baik." Ucap Shen Yi.
Semua laras senjata api automatik dan juga semi-automatik berada di hadapan Shen Yi, memenuhi atas meja besi itu. Harun memberikan arahan untuk Shen Yi mula menanggalkan setiap komponen senjata tersebut.
Tumpuan diberikan sepenuhnya. Satu demi persatu laras senjqata ditanggalkan oleh Shen Yi. Setiap komponen laras senjata api tersebut disusun dengan kemas mengikut jenis senjata api masing-masing.
Setelah dinyahpasang, Shen Yi memasang semula semua senjata api yang berada di hadapannya. Bersahaja Shen Yi memasang semua senjata api. Dalam masa seminggu Shen Yi dapat menguasai penjagaan senjata api.
"Bagus. Aku mahu ajar engkau perkara lain pula." Harun berbangga akan pencapaian Shen Yi dapat memajukan diri dalam masa singkat. Shen Yi mengangguk faham.
"Mari ikut aku. Kita perlu dapatkan barang-barang untuk engkau belajar perkara baharu." Kata Harun kepada Shen Yi.
"Bawa senjata bersama. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi nanti apabila kita berada dalam perjalanan ke destinasi." Tambah Harun memberikan peasanan dan peringatan kepada Shen Yi. Shen Yi akur akan setiap kata-kata Harun.
"Pistol atau machine gun?" Soal Shen Yi kepada Harun.
"Pistol sudah cukup. Bawa assault rifle untuk sebagai back-up." Balas Harun akan Soalan Shen Yi.
Shen Yi mengangguk faham. Sepucuk pistol diambil lalu disarungkan pada sarung pistol di pinggang. Sepucuk pistol lagi diletakkan di bawah baju diselit pada belakang badan Shen Yi. Pistol disembunyikan. Selaras senjata api berat diambil lalu disimpan di dalam beg bagasi. Beg bagasi yang berisikan senjata api diletakkan di tempat kaki penumpang belakang kereta Proton Saga berwarna hijau gelap pekat.
Harun menghidupkan enjin. Shen Yi masuk ke dalam kereta dan duduk di bahagian hadapan kiri. Kereta Proton Saga tersebut bergerak lalu masuk ke jalan raya. Shen Yi memangkukan tangan kirinya pada ruang tingkap pintu kereta yang telah diturunkan cermin tingkap sepenuhnya. Shen Yi menikmati udara yang sejuk dan kuat menyingah wajah Shen Yi akibat angin daripada kelajuan kereta itu dipandu Harun itu.
__________________________________________________________________
Panggilan telefon tidak diangkat dan dijawab oleh Encik Hill. Encik Karim menekan nombor telefon Encik Hill. Nombor telefon Encik Hill dihubungi beberapa kali namun tetap tiada jawapan. Encik Karim yang memakai songkok dan berbaju melayu berwarna biru yang cerah berkilat itu. Wajah Encik Karim kelihatan dalam kesusahan dan kerisauan.
"Kenapa Hill tidak angkat panggilan telefon. Jarang dia macam ini. Waktu sekarang ini jugalah dia tidak angkat. Sekarang ini waktu penting. Aish, apa dia buat waktu sekarang ini. Janganlah buat kerja gila Hill oi." Encik Karim bercakap sendirian dengan nada kerisauan dan kegelisahan kerana sahabat baiknya menjawab panggilan telefon pada waktu yang penting bagi Encik Karim.
"Encik Karim, tidak lama lagi kita hendak mula. Boleh masuk terlebih dahulu. Kita tunggu pihak sana untuk tiba." Kata seorang pemuda berjubah berwarna merah dan juga bersongkok berwarna putih dan hijau itu dari pintu cermin kepada Encik Karim yang sedang menelefon Encik Hill.
"Baik, sebentar ya." Balas Encik Karim dengan wajah kegelisahan.
Panggilan telefon dimatikan. Encik Karim mengunci telefon nokia 3310 miliknya berwarna biru cerah. Telefon pintarnya dimasukkan ke dalam poket baju melayunya di dada lalu berjalan perlahan ke hadapan pintu. Jubin lantai putih berkilat itu dipijak beberapa kali apabila Encik Karim bergerak berjalan ke hadapan. Langkahnya terhenti sebentar.
Encik Karim memejamkan dua matanya. Nafas diambil menggunakan hidung kemudian dilepaskan melalui mulut dengan pantas. Encik Karim melepaskan nafas bersama dengan keresahan dan ketakutannya. Encik Karim memandang ke kanan. Memandang ke dalam bangunan tersebut lalu bergerak masuk. Dari memijak jubin lantai yang putih bersinar, kini memijak karpet yang becorak dan warna yang pelbagai.
__________________________________________________________________
Di kilang kosong. Kawasan yang jauh dari petempatan manusia.
"Apa lagi yang aku perlu buat?" Soal Shen Yi ketika sedang mengisi peluru ke dalam magazin dan juga mengisi peluru senapang ke dalam peti besi khas berwarna hijau pekat untuk menyimpan peluru yang banyak.
"Kita perlu cari tempat yang sesuai untuk belajar menembak." Balas Harun akan pertanyaan Shen Yi.
"Di mana?" Soal Shen Yi lagi kepada Harun.
"Hutan, tempat yang jauh daripada manusia. Naya kalau bunyi tembakan didengari orang lain. Orang-orang akan fikir kita sebagai penjenayah yang merbahaya ataupun kita dianggap pengganas." Jawab Harun.
"Bukankah kita penjenayah? Simpan senjata yang banyak. Buat peluru. Selepas ini, engkau pula hendak ajar aku menembak menggunakan senjata api. Aku belajar semua ini untuk apa?" Soal Shen Yi kepada Harun.
Shen Yi menutup penutup peti besi berwarna hijau gelap yang berisikan peluru senapang itu. Shen Yi. Shen Yi memandang Harun yang turut mengisi peluru ke dalam magazin Assault Rifle. Harun mendiamkan diri, belum menjawab soalan Shen Yi. Harun memasukkan semua magazin tersebut ke dalam beg bagasi. Beg bagasi itu diangkat lalu dimasukkan ke dalam belakang kereta.
"Kita tidak boleh belajar dan berlatih menembak di kawasan ini. Ini kawasan perindustrian walaupun jauh dari petempatan manusia. Kawasan perindustrian sudah tentu terdapat orang di kawasan ini walaupun tidak ramai." Harun mengubah topik.
"Kita berdua ini penjenayah? Engkau mahu jadikan aku penjenayah?" Soal Shen Yi kepada Harun. Shen Yi sangat mengharapkan jawapan daripada Harun.
"Aku akan beritahu engkau selepas engkau sudah menguasai kemahiran menembak." Harun memandang wajah Shen Yi.
"Untuk apa engkau ajarkan aku menembak? Buat peluru? Pasang komponen-komponen senjata? Semua ini untuk apa?" Shen YI bertanyakan soalan lagi. Diirnya tidak berpuas hati dengan jawapan Harun.
"Engkau bukan penjenayah. Aku juga bukan penjenayah." Harun menjawab salah satu jawapan Shen Yi tanpa sebarang emosi pada wajahnya. Harun sentiasa dalam keadaan bertenang.
"Aku harap sangat-sangat jawapn engkau itu benar." Kata Shen Yi kepada Harun.
Harun mengambil peti-peti yang berisikan peluru lalu dimasukkan ke dalam belakang kereta. Harun menghidupkan enjin kereta. Shen Yi memasuki kereta. Kereta bergerak lalu beredar meninggalkan kawasan kilang itu.
"Adakah ini tempat rahsia?" Soal Shen Yi kepada Harun.
"Ya. Kilang ini ada elektrik dan juga air. Mesin-mesin yang ada di kilang ini bukan milik aku. Milik-milik kongsi gelap namun aku telah rampas semua mesin yang ada daripada mereka." Jawab Harun ketika sedang memandu.
"Kenapa engkau berbuat begitu?" Soal Shen Yi.
"Aku tidak boleh hanya bergantung kepada wang untuk membeli senjata dan peluru. Aku perlukan wang. Aku jadi pembekal kepada orang-orang tertentu yang hendak membeli senjata dan peluru daripada aku. Aku juga mempunyai ramai musuh yang ingin membunuh aku. Mereka diupah untuk membunuh aku. Jadi, aku perlukan tempat rahsia supaya aku boleh berlindung." Balas Harun.
"Orang-orang tertentu itu penjenayah? Engkau membekalkan senjata dan peluru kepada penjenayah? Kenapa orang-orang tertentu engkau tidak melindungi dan membantu engkau? Adakah orang-orang tertentu merupakan kawan engkau?" Banyak soalan Shen Yi ditujukan kepada Harun.
"Aku tidak jual senjata kepada penjenayah. Orang-orang tertentu bukan penjenayah. Aku sangat mengenali mereka dan malah kami kadangkala bekerjasama. Aku juga pandai jaga diri. Bukan macam engkau." Kata Harun dengan sambalewa sambil memandu kereta.
Mendengar jawapan dan sindiran daripada Harun. Shen Yi tidak bertanyakan lagi soalan atau membalas kata-kata Harun. Shen Yi dari memandang Harun, pandangannya kembali ke arah luar tingkap kereta semula di tempat duduk kiri bersebelahan tempat pemandu kereta. Dagunya dupangkukan dengan tangan kirinya pada tingkap kiri hadapan kereta itu.
__________________________________________________________________
Dua mata dibuka. Encik Hill yang asalnya bermisai, kini sudah berjambang. Pandangannya menghadap ke atas, siling putih hospital. Encik Hill sahaja baru tersedar dari koma berbaring di atas katil hospital.
Encik Hill tidak berbaju melainkan memakai kain hospital berwarna hijau pada badan menutup bahagian bawah. Encik Hill bangun secara perlahan-lahan. Rasa sakit yang teramat menikam pada pinggang, perut, bahu dan kakinya. Badannya berbalut tebal. Begitu juga dengan kakinya.
Encik Hill termenung sebentar. Mata memandang dua pasang tangan dan kakinya. Encik Hill menangis duduk melunjur di atas katil hospital itu bersendirian di dalam bilik wad khas untuk dirinya seorang. Air matanya mengalir pada pipi dilap dengan kain selimut yang terdapat di atas paras bawah pinggan badannya.
Encik Hill teringat akan keluarganya yang ditembak dengan amat kejam. Darah menyemburan serta memercik. Sebahagian ahli keluarga Encik Hill kepala bersepai hancur ditembak. Sebahagian lagi tangan terputus dari badan dan melanting berterbangan melepasi di hadapan pandangannya.
Tidak dilupakan juga, isteri tercinta di sebelahnya sebelum Encik Hill dijamah peluru. Darah menyembur dari kepala isterinya, leher isterinya turut menjadi mangsa tembakan diikuti dengan badan. Anak sulung Encik Hill ditembak di hadapannya ketika Encik Hill tidak mampu bangun untuk menyelamatkan anaknya kerana cedera parah ditembak. Muka anak lelaki sulung Encik Hill hancur ditembusi beberapa peluru senjata Assault Rifle.
Apa yang telah berlaku, bukan mimpi. Benar-benar terjadi di hadapan mata kepala Encik Hill sendiri. Apa entah dosa keluarga Encik Hill tercinta yang menjadi mangsa kejahatan manusia. Encik Hill perlukan jawapan. Siapakah dalang di sebalik semua ini? Perasaan Encik Hill berasa amat sedih. Segalanya sudah hilang. Tiada apa-apa yang Encik Hill ada. Seluruh keluarganya mati dengan rakus serta kejam tanpa ada sebarang perikemanusiaan baik ibu ayah, adik-beradik kandung dan ipar serta sanak-saudara.
Empat jam kemudian, Encik Hill tidak menjamah makanan yang diterima daripada hospital. Makanan tersebut kelihatan menyelerakan dan juga cantik dihidangkan. Sungguh istimewa makan spaghetti bersama bebola daging yang banyak namun Encik Hill tiada selera untuk memakan makanan tersebut kerana kesedihan dan kemurungan yang melampau.
"Encik Hilmi sudah bangun? Encik Hill bagaimana sekarang? Ada rasa apa-apa yang sakit?" Soal doktor perempuan bertudung kepada Encik Hill yang termenung memandang siling sambil berbaring.
Spaghetti tersebut sedikit pun tidak disentuh oleh Encik Hill, apa entah lagi secawan air yang berisikan air mineral. Encik Hill sedang berbaring memandang siling hospital. Doktor perempuan itu meletakkan beberapa papan ubat di atas meja katil itu. Doktor itu turut menerangkan cara memakan ubat tersebut dengan betul pada masa yang bersesuaian. Kemudian, Encik Hill bangun memandang doktor perempuan bertudung itu lalu bertanyakan soalan.
"Doktor, bagaimana dengan keluarga saya? Adakah isteri saya selamat? Anak-anak saya di mana?" Soal Encik Hill kepada doktor perempuan itu.
Doktor perempuan itu terdiam dan menunduk ke bawah. Tidak memandang wajah Encik Hill yang bertanyakan soalan kepadanya. Doktor perempuan itu kekal tidak menjawab soalan Encik Hill. Doktor perempuan itu memandang Encik Hill lalu memberitahu apa yang Encik Hill perlu tahu.
"Minta maaf Encik Hilmi. Saya tidak tahu mengenai keluarga Encil Hilmi. Apa kata Encik berehat terlebih dahulu. Jika ada apa-apa maklumat mengenai keluar Encik Hilmi, kami akan sampaikan kepada Encik. Sementara itu, Encik Hilmi makanlah makanan terlebih dahulu. Encik Hilmi perlukan makanan untuk tenaga supaya cepat sembuh. Makan ya Encik Hilmi. Saya minta diri ya." Kata doktor perempuan bertudung itu dengan lemah lembut dan juga sopan santun.
Encik Hill menganggukkan kepala. Doktor perempuan itu beredar daripada bilik wad hospital tersebut. Encik Hill mencapai garpu. Doa sebelum makan dilafazkan sambil menadah tangan berdoa. Encik Hill pun makan spaghetti tersebut. Ternyata sedap. Tidak dinafikan spaghetti itu meningkatkan selera makan Encik Hill. Menolak tepi perasaan yang dialami Encik Hill. Spaghetti itu menjadi perhatian utama Encik Hill buat sementara waktu.
__________________________________________________________________
"Hill belum mampus." Kata Yin di dalam kereta polis sambil memegang stereng.
"Ya aku tahu." Balas Fal ketika sedang menghisap rokok yang pendek itu.
"Engkau tidak periksa betul-betul sebelum kita beredar pada malam itu?" Soal Yin kepada Fal ingin mendapatkan kepastian.
"Semua orang pada waktu itu, mati. Begitu juga dengan Hill. Hill bernasib baik. Sudah ditembak dengan peluru banyak pun masih hidup. Tidak sangka nyawanya begitu liat." Kata Fal sambil menghembuskan nafas dan asap rokok.
"Apa kata kita beri dia nota?" Soal Yin kepada Fal.
"Nota? Bagaimana? Aku tidak mahu ditangkap!" Balas Fal akan cadangan Yin.
"Ceh, bunuh satu keluarga Hill boleh. Beri nota rahsia kepada Hill, takut pula." Yin menyindir Fal.
"Engkau mahu aku beri nota kepada dia? Engkau gila. Tidak perlu kita beri nota amaran kepada dia supaya dia tidak ganggu kerja kita. Lebih baik, cukup sekadar kita beri nota mewakili tengkorak setan." Kata Fal kepada Yin.
"Fal!" Jerit Yin kepada Fal.
"Apa?! Aku ada salah cakap?" Soal Fal kepada Yin dengan ketakutan. Fal benar-benar takut akan rakannya yang berbangsa cina itu memandangkan Yin lebih pintar dan berani daripada dirinya.
"Ini kali pertama aku dengar idea bernas daripada engkau! Idea yang sangat baik daripada otak engkau yang lembab!" Sindir Yin kepada Fal.
"Ya lah. Sama-sama." Kata Fal sambil memuncungkan bibirnya kerana diejek Yin melabel Fal sebagai seorang mempunyai otak yang lembab.
__________________________________________________________________
Kain pembalut ditanggalkan perlahan-lahan. Kain pembalut tersebut digulung semula dan dibunag ke dalam tong sampah kecil berwarna biru. Harun melihat cermin. Badannya basah dengan peluh dan juga darah. Terdapat banyak jahitan pada tubuhnya. Tidak terkira jumlahnya pada tubuhnya. Luka-luka yang dijahit belum sembuh sepenuhnya. Harun mengeluh di dalam bilik seorang diri.
Harun memusingkan badannya ke belakang. Harun meliha Shen Yi sedang berada di hadapan biliknya yang pintu tidak tertutup. Shen Yi tergamam dankaku melihat badan Harun sedemikian rupa. Harun cedera parah. Lukanya tidak sembuh dan masih lagi berdarah. Terlalu banyak jahitan pada tubuh Harun. Depan, tepi dan belakang semua merupakan luka yang berjahit.
"Sudah puas lihat? Belum cukup puas lihat badan aku? Engkai minat sesama jantina?" Soal Harun kepada Shen Yi.
"Eish engkau gila ke? Badan engkau teruk gila! Bagaimana engkau masih boleh hidup dengan sedemikian rupa?!" Soal Shen Yi terhadapan Harun yang tidak memakai baju namun memakai seluar berwarna hitam serta bertali pinggang.
"Engkau buat apa di hadapan bilik aku? Apa yang engkau cari?" Soal Harun terhadap Shen Yi.
"Aku tidak boleh tidur. Jadi aku teroka rumah kosong ini." Jawab Shen Yi.
"Pergi sambung tidur" Arah Harun kepada Shen Yi.
"Apa yang terjadi kepada engkau? Badan engkau kelihatan hancur berjahit seperti patung mainan yang dihancrukan tubuhnya dan dijahitkan kembali." Kata Shen Yi.
"Aku hendak membunuh orang yang telah mengarahkan orang-orang bawahannya untuk membunuh emak aku dan juga diri aku. Emak aku sudah mati digantung oleh anak kongsi gelap tengkorak setan." Jelas Harun.
Wajah Shen Yi menunjukkan reaksi serba salah. Shen Yi memandang Harun semula dan bertanyakan soaloan lagi.
"Adakah engkau dapat membalas dendam?" Soal Shen Yi kepada Harun.
"Aku belum dapat membunuhnya. Aku berada di dalam bangunan bersama orang-orang bawahannya. Badan aku ditembak berkali-kali. Aku masih hidup namun organ dalaman aku rosak. Masa aku tidak panjang. Bila-bila sahaja aku akan mati.' Luah Harun kepada Shen Yi.
"Apa? Pada kali pertama kita menemui antara satu sama lain, pada waktu itu engkau telah pun membunuh ramai orang kongsi gelap. Badan engkau cedera sebegitu, engkau masih membunuh orang? Apakah engkau gila?" Soal Shen Yoi kehairanan dengan tindakan harun.
"Lambat atau cepat, aku akan mati juga dalam masa yang terdekat." Ujar Harun.
"Kerana ini juga engkau melatih aku? Engkau mahu aku mengantikan tempat engkau?" Soal Shen Yi kepada Harun.
"Tidak, aku mahu engkau menjadi lebih baik dan jauh lebih hebat daripada aku. Aku ajarkan engkau cara-cara untuk mempertahankan diri dan juga menentang musuh. Dalam hidup kita tidak boleh hanya melindungi dan mempertahankan diri. Hidup ini juga kita perlu hapuskan musuh untuk kita teruskan hidup." Jelas Harun.
"Mahu atau tidak mahu, terpaksa lakukan kerja kotor." Kata Shen Yi kepada dirinya sendiri.
"Tengkorak setan yang upah aku untuk membunuh ayah saudara engkau namun bukan aku yang membunuhnya. Terdapat penembak lain yang membunuh bapa saudara engkau. Mungkin kongsi gelap tengkorak setan adalah jawapan untuk engkau." Ujar Harun. Harun memandang semula cermin. Melihatkan dirinya, hanya menunggu masa untuk mati.
"Jawapan? Jawapan mengenai kematian bapa saudara aku?" Soal Shen Yi kepada Harun.
"Jawapan mengenai kematian keluarga engkau. Kematian ibu ayah engkau dan adik beradik engkau." Balas Harun.
"Tengkorak merah? Ibu ayah dan adik beradik aku?" Shen Yi tergamam mendengar kata-kata Harun.
"Aku bekerja dengan tengkorak merah pada sebelum ini. Mereka memang bermatlamatkan untuk menghapuskan keturunan Fang dan juga ingin mengambil alih syarikat keturunan Fang menggunakan cara mereka sendiri." Harun memberitahu apa yang diperlukan oleh Shen Yi.
Shen Yi duduk di atas lantai. Menunduk memandang lantai. Harun mengunci pintu biliknya membiarkan Shen Yi duduk di atas lantai bersedihan. Harun memasuki bilik air lalu mandi sambil menahan sakit apabila badannya terkena pancuran air. Shen Yi bangun dari tempat duduk lalu menumbuk dinding tidak berwarna. Shen Yi bersumpah terhadap dirinya bahawa dia akan membalas dendam untuk keluarganya serta saudara-maranya. Tengkorak setan akan menerima balasan.
__________________________________________________________________
Encik Hill berdiri di hadapan kubur keluarganya. Begitu besar dan luas kubur tersebut. Keluarga Encik Hill dan saudara-mara Encik Hill ditanam bersama. Tangan kiri dan kanan mengepal penumbuk sekuat-kuatnya. Tongkat digunakan untuk membantunya berjalan. Tongkat itu dipegang dengan tangan kanan. Perlahan-lahan Encik Hill berjalan memasuki kereta polis yang dipandu oleh Encik Karim.
"Baik engkau bercuti Hill. Engkau masih tidak sihat." Pesan Encik Karim kepada Encik Hill.
"Aku perlu teruskan siasatan. Aku perlu dapatkan orang yang bertanggungjawab atas pembunuh keluarga aku. Aku perlu bawa mereka ke muka pengadilan." Ujar Encik Hill.
"Baiklah. Buat apa sahaja yang engkau suka." Pesan Encik Karim kepada Encik Hill.
Encik Karim memandu kenderaan polis tersebut memasuki jalan raya. Encik Hill memandang jalan raya di hadapannya. Wajah Encik Hill berjambang penuh bersambungan dengan misainya kelihatan seperti Encik Hill benar-benar kelihatan tua walaupun dirinya masih muda. Encik Hill menyeluk poket jaket polis tersebut. Terdapat sekeping kertas di dalam jaketnya yang berlipat kecil.
" Eh apa ini?" Soal Encik Hill kepada dirinya sendiri apabila dia membelek secara teliti kertas berlipat kecil itu selepas membawa keluar kertas itu dari poket jaket polis rasminya itu. Encik Karim turut melihat kertas yang dipegang oleh Encik Hill
"Apa itu Hill?" Soal Encik Karim kepada Encik Hill. Encik Karim memberhentikan kereta apabila lampu trafik jalan raya bertukar berwarna merah.
Kertas yang berlipat itu dibuka oleh Encik Hill. Apabila membuka lipatan tersebut, Encik Hill terkejut melihat simbol berwarna merah tersebut. Encik Hill dan Encik Karim membulatkan mata. Terbeliak melihat apa yang ada pada Encik Hill tersebut.
Sekeping kertas yang telah dibuka lipatannya memaparkan simbol berwarna merah dan besar. Bertanduk, bertaring, dan matanya kelihatan tajam merenung Encik Hill dan Encik Karim. Simbol Tengkorak Merah bersama tulisan amaran yang juga berwarna merah.
Simbol kongsi gelap. Tengkorak Setan. Kertas yang terdapat dalam tangan Encik Hill merupakan gambar simbol kongsi gelap Tengkorak Setan. Segera Encik Hill merenyuk kertas tersebut.
"Daripada mana engkau dapat kertas itu?" Soal Encik Karim dengan kegelisahan sambil memandu kereta.
"Entah, aku masuk tangan ke dalam poket jaket ini. Sedia ada kertas ini di dalam poket." Jawab Encik Hill.
"Bertenang Hill, lambat atau cepat, kita akan berjaya membawa mereka ini ke muka pengadilan." Encik Karim cuba menenangkan Encik Hill.
"Siapa lagi? Mungkin Yin, Fal dan Zain yang bunuh semua keluarga aku. Mereka ahli kongsi gelap tengkorak setan." Kat Encik Hill.
"Belum masanya Hill. Bukan sekarang. Jangan kita bertindak melulu." Pesan Encik Karim kepada Encik Hill yang emosi tidak stabil.
Beberapa hari kemudian, di balai polis, Encik Karim dan Encik Hill sibuk mencuba menyelesaikan misteri kematian keturunan Encik Fang. Mereka berdua bertungkus-lumus untuk menyelesaikan kes tersebut. Segala bukti dikumpulkan. Semua teori dituliskan pada kertas supaya dapat mendapat kunci kepada misteri kes pembunuhan tersebut.
"Karim, ada seorang perempuan di luar hendak berjumpa dengan awak." Kata seorang pegawai polis wanita bertudung itu di luar bilik kerja Encik Hill dan Encik Karim.
"Perempuan?" Soal Encik Hill kepada Encik Karim.
"Minta maaf ya, tunggu sekejap. Sekejap lagi saya bertemu dengan dia." Kata Encik Karim kepada seorang pegawai polis wanita bertudung yang memanggilnya itu.
Encik Karim berjalan keluar daripada bilik kerja penyiasatannya meninggalkan Encik Hill sendirian di dalam bilik. Encik Hil turut bangun dari tempat duduk dan berjalan dengan bantuan tongkat dan mengikuti Encik Karim senyap-senyap. Encik Karim keluar dari balai polis tersebut. Encik Hill memerhatikan Encik Karim daripada dalam . Melihat Encik Karim melalui pintu kaca balai polis tersebut.
Seorang wanita anggun manis wajahnya. Berbaju kurung penuh dengan bertudung berwarna merah jambu keseluruhannya. Wajahnya terlukis senyuman yang ikhlas dan juga menawan mampu melembutkan hati sesiapa sahaja.
Perempuan itu di dalam lingkungan berumur sekitar 40-an. Encik Karim berjalan ke arah perempuan tersebut. Perempuan itu memegang kemas sesuatu barang yang dibalut dengan kain berwarna kuning.
Wajah Encik Karim menjadi riang sebaik sahaja melihat wajah perempuan tersebut. Mereka berdua saling berpandangan dan ketawa kecil. Encik Karim dan perempuan anggun itu saling segan dengan antara satu sama lain. Bermalu-malu untuk berjumpa. Encik Hill memandang mereka berdua dengan kehairanan. Kemudian Encik Karim merapatkan diri dengan perempuan tersebut dan mula bersuara.
"Kenapa awak bersusah-payah bawakan sesuatu untuk saya?" Soal Encik Karim dengan wajah yang malu terhadap perempuan indah di hadapannya itu.
"Tidak mengapa. Abang belum bersarapan lagi. Risau dengan abang kalau nanti kelaparan. Jadi saya bawakan makanan untuk abang." Kata perempuan itu tersipu-sipu malu.
"Selepas ini tidak perlu lagi hantar makanan kepada saya ya. Saya boleh belikan makanan sendiri. Saya tidak mahu susahkan awak." Kata Encik Karim dengan lemah lembut kepada perempuan itu.
"Apa salahnya, istimewa untuk abang." Perempuan itu ketawa kecil. Lenggokkan tubuhnya yang malu-malu itu mencairkan lagi hati Encik Karim.
"Baiklah terima kasih sayang. Abang pergi sambung kerja ya." Kata Encik Karim kepada perempuan itu.
Encik Karim menerima bungkusan kain kuning itu daripada perempuan berpakaian berwarna merah jambu itu. Perempuan itu menghulurkan tangan kepada Encik Karim lalu mereka berdua bersalaman. Perempuan itu mencium tangan Encik Karim. Encik Karim hanya tersenyum melihat perempuan bertindak mencium tangan kanannya itu.
Encik Hill terkejut beruk melihat Encik Karim bersalaman dengan perempuan bukan mahram. Tambahan pula, perempuan itu mencium tangan Encik Karim. Ternganga mulut Encik Hill melihat Encik Karim dan perempuan itu daripada jauh. Encik Karim melambaikan tangan kepada perempuan itu. Perempuan itu turut melambaikan tangan lalu beredar. Encik Karim kembali memasuki ke balai polis.
"Weyh Karim. Siapa itu? Tiba-tiba sahaja engkau pergi bersalaman dengan perempuan bukan mahram! Teman wanita engkau? Mustahil teman wanita yang rupanya lingkungan hampir seumur dengan engkau!" Encik Hill meluahkan perasaan terkejutnya dengan Encik Karim.
"Ouh, engkau belum tahu lagi ya? Mari aku beritahu engkau. Sebelum ini aku mahu memberitahu engkau, tetapi pada waktu itu engkau sedang berada di dalam hospital. Jom, kita duduk terlebih dahulu dan aku akan bercerita dengan engkau, siapakah perempuan tersebut." Kata Encik Karim dengan tertawa riang.
Encik Hill dan Encik Karim pun duduk di dalam bilik penyiasatan di mana mereka berada tadi. Encik Karim membuka bungkusan makanan tersebut. Terdapat nasi ayam di dalam bekas polistrin tersebut dan satu lagi terdapat bekas polistrin yang berisikan makanan manisan yang cantik rupa bentuknya dan kelihatan tersangat mahal.
"Ambil manisan ini, kita berkongsi makanan manisan." Pelawa Encik Karim kepada Encik Hill.
"Karim, siapa itu tadi? Aku hendak tahu." Kata Encik Hill tidak sabar hendak mendengar penjelasan daripada Encik Karim sendiri.
"Sabar-sabar. Baiklah aku jelaskan siapa itu tadi." Ketawa kecil Encik Karim.
"Sebenarnya, aku sudah berkahwin." Luah Encik Karim kepada Encik Hill.
"Huh? Hah? Apa?!" Encik Hill terkejut mendengar pernyataan daripada Encik Karim.
"Iya. Aku sudah kahwin. Perempuan yang datang tadi memberi makanan itu, isteri aku lah." Ketawa kecil Encik Karim.
"Engkau biar benar Karim?! Perempuan tadi isteri engkau? Apakah? Aku seakan tidak percaya. Engkau berkahwin? Macam mana engkau boleh berkahwin? Bila engkau berkahwin? Kenapa engkau tidak memberitahu aku yang engkau sudah kahwin awal-awal? Kenduri kahwin juga engkau tidak jemput. Engkau patut menjemput aku untuk melihat engkau menikah Karim!" Encik Hill berasa terkejut dengan tindakan Encik Karim yang sudah berkahwin itu.
"Eish engkau ini, terkejut sangat." Encik Karim masih tertawa kecil melihat reaksi Encik Hill itu.
"Macam mana engkau boleh kenal perempuan itu dan engkau berkahwin? Berceritalah dengan aku." Pujuk Encik Hill akan Encik Karim.
"Aku memang berniat untuk memberitahu engkau. Bersabarlah. Engkau makan terlebih dahulu, sambil itu aku bercerita bagaimana dan bila aku berkahwin." Kata Encik Karim dengan tersenyum.
Encik Hill mencapai salah satu kek kecil dan dimasukkan ke dalam mulutnya. Matanya membulat dan membesar. Kek yang dimasukkannya ke dalam mulutnya begitu sedap. Tidak lain dan tidak bukan, kek yang dimakannya merupakan kek yang mahal kerana cukup rasa bahan kek tersebut.
"Minta maaf Karim, aku makan manisan engkau. Terlampau sedap sangat kek in. Pasti isteri engkau beli kek yang tersangat mahal! Isteri engkau belikan kek ini khas untuk engkau! Rasa bersalah aku makan. Duit isteri engkau ini." Kata Encik Hill kepada Encik Karim.
"Tidak mengapa. Nanti aku ganti makanan itu dengan aku belanja isteri aku makan." Kata Encik Karim dengan bersahaja.
"Bagaimana engkau boleh kenal dan terus berkahwin? Serius aku terkejut. Cepat beritahu aku. Dari A hingga Z." Pujuk Encik Hill akan Encik Karim.
"Haha. Dengar baik-baik. Begini ceritanya." Encik Karim mula memberitahu ceritanya bagaimana Encik Karim boleh berkahwin. Encik Hill pun memberikan perhatian sepenuhnya kepada cerita Encik Karim.
__________________________________________________________________
"Ini namanya Zain dan ini pula Ross. Mereka berdua ini yang menguruskan Tengkorak Setan." Harun memberikan dua keping gambar kepada Shen Yi di meja lipat di bawah lampu siling pada waktu malam.
"Mereka berdua inilah yang bertanggungjawab atas kematian keluarga engkau. Mereka tidak membunuh tetapi mereka mengupah orang untuk membunuh keluarga engkau. Suatu hari nanti, mereka akan mencari engkau, Shen Yi kerana engkau keturunan Fang." Jelas Harun kepada Shen Yi.
Shen Yi mendengar kata-kata Harun sepenuh perhatian. Setiap kata-kata Harun didengari Shen Yi dengan teliti dan juga tenang. Shen Yi mengambil dua keping gambar tersebut lalu membelek. Wajah Zain dan Ross diperhatikan. Shen Yi meletak semula gambar tersebut pada meja.
"Aku akan bunuh mereka berdua ini." Ujar Shen Yi.
"Shen Yi, matlamat engkau bukan untuk membalas dendam. Matlamat engkau adalah untuk menghapuskan orang-orang seperti mereka berdua ini. Kita perlu buatkan dunia ini selamat dan berjalan dengan adil. Bukan bergerak dengan cara-cara kotor. Kita masih belum terlambat untuk membersihkan negara ini. Jika tiada orang hendak berada di pihak benar, kita hanya ada satu-satunya cara untuk membuat orang yang ingin berada di pihak benar berasa selamat dengan membunuh orang-orang keji." Harun memberi peringatan kepada Shen Yi untuk membetulkan matlamatnya.
"Lihatlah bagaimana." Balas Shen Yi. Ringkas.
"Minta maaf Shen Yi. Aku tidak mengajarkan engkau semua apa yang aku tahu. Kecederaan yang aku ada ini, tidak membenarkan engkau untuk belajar bertarung mempertahankan diri. Aku hanya memberi teori sahaja. Tiada ilmu praktikal." Ucap Harun.
"Weyh, engkau sudah banyak ajarkan kepada aku. Aku hairan, mengapa engkau seperti berubah secara tiba-tiba. Tidak pernah aku dengar engkau bercakap sesuatu yang datang daripada hati?" Soal Shen Yi kepada Harun dengan kehairanan. Harun seakan berubah.
"Aku pun manusia. Aku mungkin banyak bunuh orang namun aku masih punya hati perut." Kata Harun sambil tersenyum.
"Ini juga kali pertama aku melihat engkau tersenyum. Engkau sihat atau tidak? Aku rasa tidak percaya melihat engkau bercakap banyak sesuatu yang berisi dan juga engkau pula tersenyum. Aku yang gila atau engkau yang gila?" Shen Yi keliru.
"Aku pun tidak lama. Apa salahnya aku tunjukkan kelainan. Tidak menghairankan pun untuk aku senyum. Beratus orang aku sudah bunuh, inikan pula perkara kecil seperti senyum. Mudah sangat." Kata Harun kepada Shen Yi sambil tersenyum.
"Apa-apa sahajalah. Berat pula aku memikirkan hal kecil tentang engkau. Apa faedah, entah." Ujar Shen Yi.
Harun tersenyum mendengar percakapan Shen Yi. Ayat itu sangat menyakitkan hati namun tidak bagi Harun. Harun memahami apa terjadi antara Shen Yi dan Harun.
__________________________________________________________________
"Aku pergi ke suatu kedai untuk membeli sarapan. Malas hendak memasak di rumah. Aku beli makan sarapan di tepi jalan sahaja. Seorang wanita ini manis wajahnya, aku pun jatuh cinta. Dia tidak cantik, tidak hodoh, namun senyuman pada wajahnya mencairkan hati aku. Aku pun tanyalah statusnya. Sudah berkahwin atau belum? Suami kerja apa?" Cerita Encik Karim kepada Encik Hill.
"Selepas itu apa terjadi?" Soal Encik Hill. Encik Hill meminum air mineral daripada cawan putih yang terdapat lambang polis pada cawan tersebut.
"Dia kata tidak bersuami tetapi sudah ada anak. Aku pun tidak ragu-ragu, terus minta dia nombor telefon dan aku pula berikan dia nombor telefon aku. Hendak berkenalan. Dia pun setuju." Kata Encik Karim kepada Encik Hill di dalam bilik kerja penyiasatan mereka berdua berada.
"Wah, mudah betul engkau berkenalan." Hairan dan tersenyum Encik Hill mendengar Encik Karim mendapat jodoh.
"Aku beli lagi sarapan di kedainya pada hari esok. Aku pun bersembang dengan dia di kedainya. Kedai dia jual kuih-muih, nasi lemak dan lauk-pauk untuk dimakan bersama nasi lemak. Aku bercerita tentang diri aku. Habis aku bercerita tentang diri aku, aku minta alamat dia pula. Aku pun pergi ke rumahnya pada hari yang dia tidak menjual sarapan." Cerita Karim kepada Encik Hill.
"Uish, engkau pergi ke rumah dia." Terkejut Encik Hill.
"Iya, di rumah dia jugalah kami saling mengenali antara satu sama lain. Aku bawalah buah tangan. Buah-buahan sahaja. Dia rupanya janda. Berkahwin dua kali tetapi diceraikan. Dialah yang jaga empat orang anak. Kesian." Kata Karim.
"Allah. Mengapa sampai begitu sekali." Sedih Encik Hill mendengar kisah isteri Encik Karim.
"Dia berkahwin dengan suami pertama. Pilihan ibu ayahnya akan tetapi suami pertamanya tidak mahu menanggung anak. Diceraikan semasa dia mengandungkan anak pertamanya. Dia jaga anaknya itu sehingga enam tahun. Bekas suaminya pun tidak ambil tahu langsung mengenai anaknya pun. Ditemukan lagi dengan pilihan ibu ayahnya. Berkahwin buat kali kedua." Cerita Encik Karim dengan nada yang sedih kerana mengasihani isterinya itu.
"Suami kedua pula tidak bekerja. Dia cuma berniaga jual makanan. Tidak mampu hendak menyara suaminya dan anak-anak seorang diri. Dia pun bermohon untuk menjadi guru tadika. Suami keduanya berkeras kepala, malas tidak bekerja, bermain judi pula. Tambah lagi tiga orang anak. Dia bekerja menjadi guru tadika dan menjual makanan pada hari hujung minggu." Bertambah panjang kisah isteri Encik Karim.
"Anak bertambah, kos menyara naak pun bertambah. Anak sulung selalu menjadi mangsa penderaan secara mental dengan suami kedua hanya kerana bukan anak kandungnya dan apabila kalah judi serta melepaskan marah jika bergaduh dengan kawan. Diceraikan kerana suami keduanya tidak larat hidup miskin." Mendengar cerita Encik Karim, wajah Encik Hill menjadi masam. Marah akan dua lelaki yang sebelumnya merupakan suami kepada isteri Encik Karim tidak mahu bertanggungjawab dalam memberi nafkah.
"Meninggalkan si dia dan empat orang anak. Isteri aku pun nekad hendak membesarkan anak-anak tanpa berharapkan kepada lelaki. Tidak mahu berkahwin tanpa kerelaannya. Ibu ayahnya memaksa dia untuk berkahwin lagi dengan pilihan ibu ayahnya namun dia berkeras dan menolak. Tidak mahu dizalimi lagi. Dia jagalah empat orang anak seorang diri sehinggalah berjumpa dengan aku." Cerita Encik Karim.
"Anaknya empat orang? Tidak sangka aku engkau hendak berkahwin dengan janda padahal ramai lagi perempuan yang masih berkahwin. Hendak berkahwin dengan anak dara juga boleh." Soal Encik Hill kepada Encik Karim.
"Kalau sudah cinta, sudah jodoh, dan ini yang terbaik untuk aku, aku terima. Redha." Jawab Encik Karim.
"Anak-anak dia umur berapa sekarang?" Soal Encik Hill.
"Anak sulung umur 14, anak kedua umur, 8 tahun, anak ketiga umur 6 tahun dan anak bongsu umur 4 tahun." Kata Encik Karim.
"Bila isteri engkau cerai dengan suami kedua?" Soal Encik Hill kepada Encik Karim.
"Dua tahun lepas. Suami dia ceraikan dia, kahwin dengan perempuan lain hasil dapat menang main judi. Berjuta menang duit judi. Redha sahaja isteri aku. Redha sungguh. Alhamdulilah isteri aku ini baik sangat-sangat orangnya, beri layanan istimewa sangat-sangat, beri aku duit belanja padahal aku ada pekerjaan. Aku yang patut sara isteri aku dan anak-anak aku. Isteri aku pun penyayang ambil berat tentang anak-anak. Dia tiada pun marah-marah anak-anak dia. Anak-anak dia semua baik sangat-sangat. Hasil didikan ibunya." Luah Encik Karim.
"Engkau sudah dua bulan berkahwin. Tidak bercerita pun dengan aku." Mencebik Encik Hill.
"Hill, engkau koma. Keluarga engkau mati. Engkau koma pada minggu kedua kita bercuti. Pada minggu kedua, aku menikahi isteri aku. Aku tidak sampai hati hendak beritahu engkau yang aku sudah berkahwin dan pada masa yang sama, engkau kehilangan seluruh keluarga engkau. Aku bergembira manakala engkau kemurungan kesedihan." Ujar Encik Karim dengan rasa bersalah.
"Aku masih ada keluarga. Anak saudara lelaki aku yang duduk di asrama. Dia satu-satunya yang ada pertalian darah dengan aku. Anak kakak aku. Ada seorang lagi yang merupakan keluarga aku." Jelas Encik Hill.
"Siapa lagi seorang?" Soal Encik Karim kepada Encik Hill dengan perasaan ingin tahu.
"Engkau." Kata Encik Hill.
Pantas, Encik Karim memeluk Encik Hill. Encik Hill sendiri terkejut dengan tindakan Encik Karim. Encik Karim mengalirkan air mata. Pelukan dilepaskan Encik Karim. Enciik Karim menyentuh dua bahu Encik Hill dengan dua tangannya.
Encik Hill dan Encik Karim saling berpandangan. Encik Karim menangis di hadapan Encik Karim. Encik Hill kehairanan melihat Encik Karim yang tiba-tiba sahaja menangis di hadapannya dan juga memeluknya.
"Hill. Jika engkau hilang keseluruhan keluarga sekalipun, engkau ada aku. Aku anggap engaku seperti adik aku sendiri. Hill, tanpa engkau, entah ke mana aku pada hari ini. Mungkin aku masih sesat di dunia, minum arak, berzina dengan pelacur, terima rasuah namun tidak. Engkau yang ubah diri aku Hill. Engkau sahabat dunia akhirat aku. Sabar Hill, engkau tidak layak menerima ujian seberat sebegini." Kata Encik Karim kepada Encik Hill.
"Sungguh dunia tidak adil. Sepatutnya Allah hukum aku, bukan engkau. Engkau tidak buat salah apa-apa pun. Keluarga engkau mati Hill. Hati engkau hancur, demikian juga hati aku Hill. Apa-apa yang terjadi, tetap aku bersama dengan engkau Hill. Engkau masih ada aku. Engkau bagaikan darah daging aku sendiri. Aku sayangkan engkau. Jika engkau perlukan apa-apa, beritahu aku. Aku bantu sekadar mana yang aku mampu untuk engkau!" Luah Encik Karim kepada Encik Hill.
"Ya Karim. Aku masih ada engkau. Terima kasih Karim. Aku rasa kuat kembali mendengar luahan engkau." Encik Hill mengiyakan kata-kata Encik Karim.
"Engkau tidak keseorang Hill. Engkau ada Allah dan ada aku. Moga Allah balas kezaliman orang lakukan kezaliman ke atas engkau. Moga kejahatan mereka dipercepatkan dan mereka tidak terlepas hukuman dunia dan akhirat langsung!" Marah Encik Karim sambil mengalirkan air mata di hadapan Encik Hill.
"Terima kasih Karim. Sememangnya engkau sahabat dunia akhirat aku." Encik Hill tersenyum lemah. Encik Karim turut membalas senyuman Encik Hill dengan senyuman lebarnya.
__________________________________________________________________
"Di mana Harun?" Soal seorang lelaki berambut perang dan bercermin mata hitam kepada seorang perempuan yang berpakaian menutup aurat, bertudung dan berbaju kurung berwarna hijau. Tubuh lelaki berambut perang tersebut sasa dan berpakaian sut kemas berwarna hitam.
"Harun? Sebentar ya. Saya cuba lihat sistem sama ada dia ada di dalam pejabat atau di luar pejabat." Kata perempuan berbaju kurung berwarna hijau itu. Perempuan itu memeriksa nama Harun di dalam sistem melalui komputer di kaunter pertanyaan pejabat syarikat surat khabar.
"Encik, wartawan bernama Harun sudah berhenti sejak kematian ibunya." Kata perempuan tersebut.
"Adakah cik adik ayu dan manis tahu di mana si Harun ini pergi?" Soal lelaki bercermin mata dan berambut perang itu.
"Minta maaf Encik, saya tidak tahu. Surat letak jawatan Encik Harun juga tidak menunjukkan sebarang sebab melainkan hanya untuk menenangkan diri selepas kematian ibunya. Dia pergi mana pun kami tidak tahu. Minta maaf." Kata perempuan berbaju kurung hijau itu dengan suyara yang lembut.
"Baiklah. Terima kasih." Ucap lelaki berambut perang dan bercermin mata itu lalu beredar daripada bangunan syarikat surat khabar itu.
Lelaki berambut perang dan bercermin mata hitam tersebut menaiki kereta berwarna hitam duduk di kerusi pemandu lalu menelefon seseorang menggunakan telefon nokia 3310.
"Boss, kami masih belum menjumpai di mana Harun." Kata lelaki berpakaian sut hitam kepada Zain.
"Kalau masih belum jumpa, jangan cari aku! Jangan telefon aku! Faham?! Pergi sambung cari!" Maki Zain pada telefon di dalam bilik pejabatnya.
"Baik." Kata lelaki berpakaian sut hitam kepada Zain. Dia menyambung memandu keretanya bergerak keluar dari parkir memasuki jalan raya di bandar.
"Ingatkan jumpa. Rupanya masih belum. Bodoh, buat apa hubungi aku kalau masih belum jumpa Harun, buang masa!" Maki Zain. Telefon bimbitnya diletakkan kembali di dalam poket baju sutnya.
"Boss, boleh saya beri cadangan?" Soal lelaki yang berambut sikat kemas rapi dan belah tengah kepada Zain yang bangun dari tempat duduk.
"Apa dia Mansur?" Soal Zain yang sedang menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Apa kata kita upah kawan-kawan Harun untuk membunuh Harun dengan nilai wang yang sangat tinggi?" Mansur memberikan cadangan kepada Zain.
"Kawan-kawan Harun?" Soal Zain kepada Mansur.
"Harun mempunyai ramai kawan. Rasanya dalam tiga atau empat orang. Mereka dan Harun selalu bekerjasama dalam mengambil kontrak pembunuh upahan Ross. Jika kita tawar mereka berempat dengan nilai wang yang sangat tinggi, sudah tenu mereka akan menerima kontrak untuk membunuh Harun. Mereka bukanlah kawan baik Harun. Cuma rakan sekerja dalam mengambil upah membunuh." Jelas Mansur.
"Hubungi mereka berempat. Kerja aku pasti menjadi lebih mudah Cuma perlu keluarkan modal sedikit." Keluh Zain.
"Kebaikan kita boss. Mati kita, naya. Lebih baik kita keluarkan modal sedikit untuk menutup dan mengelak kerugian." Tambah kata Mansur.
"Okay, hubungi mereka berempat. Aku ada tawaran menarik untuk mereka." Ujar Zain.
Beberapa hari kemudian, muncul empat orang lelaki berjubah warna yang berbeza dan bertopi di hadapan bangunan lima tingkat Zain. Jubah kot warna perang, coklat gelap, merah dan hitam. Mereka turut memakai topi warna yang sama dengan warna jubah kot masing-masing. Mereka berempat memasuki bangunan Zain bersama-sama.
Di dalam bilik pejabat Zain, mereka duduk di tempat duduk sofa tunggal masing-masing yang berwarna merah. Mereka senyap tidak berkata-kata melainkan duduk dengan bagaikan air yang tenang.
"Aku hendak kamu semua bunuh Harun. Aku ada tawaran untuk kamu berempat. Jika kamu berempat dapat membunuh Harun, aku akan berikan RM1 juta untuk setiap seorang." Tawar Harun.
"Tidak, tidak. Membosankan. Apa kata jika salah seorang daripada kami berjaya membunuh Harun, berikan RM4 juta kepada siapa yang berjaya membunuh Harun." Kata seorang lelaki berjubah kot dan topi berwarna perang.
Semua rakan Harun tersentak mendengar cadangan lelaki berjubah kot dan topi berwarna perang kecuali yang berjubah kot dan topi berwarna merah.
"Cadangan yang bagus, akan tetapi aku menolak. Aku yang memberikan tawaran wang ringgit, bukan engkau. Aku mahu kerja aku diselesaikan dengan cepat, bukan kerja dilakukan dengan bermain-main. Pergi bunuh Harun!" Arah Zain.
"Boss, kami memerlukan deposit. Polisi terbaru kami." Kata lelaki berjubah kot dan topi berwarna perang tersebut.
"Baik, aku beri RM100k setiap seorang sebagai deposit. Selepas berjaya membunuh Harun, aku akan beri lagi RM900k." Ujar Zain.
"Mengapa sedikit sangat Boss? Beri kami RM500k. Lebih bersemangat untuk kami buat kerja. Boss bukan upah sesiapa boss. Boss upah kami. Boss tidak yakin dengan kami? Enam Jahanam? Kami Enam Jahanam Boss." Minta lelaki berjubah kot dan bertopi berwarna perang itu.
"Harun dan Lagenda bukan sebahagian daripada kami lagi." Kata seorang lelaki berjubah kot dan topi berwarna merah.
"Ah minta maaf. Saya tersasul." Kata lelaki berjubah kot dan bertopi berwarna perang itu kepada rakan-rakannya.
"Kerana itu, saya berikan RM100k pendahuluan. Lagenda dan Harun bukan lagi sebahagian kamu berempat. Bukan Enam Jahanam, sekarang Empat Jahanam. Kehilangan Lagenda dan Harun pula cuba mengancam nyawa aku, menyebabkan aku ragu-ragu akan kamu berempat. Lakukan kerja, baru aku akan beri lagi wang upah." Tegas pendirian Zain.
"Baik-baik." Kata lelaki berjubah kot dan bertopi berwarna perang itu sambil mengangkat dua telapak tangannya paras bahu.
Mereka keluar daripada bilik pejabat Zain diikuti rakan-rakannya yang lain. Zain mengeluh sendirian sebaik sahaja mereka keluar dari bilik pejabatnya. Zain duduk di kerusi pejabatnya dan termenung sendirian.
__________________________________________________________________
"Saya sarankan Encik tinggal di hospital ini. Encik perlukan rawatan! Organ dalaman Encik semakin rosak! Jika kita tidak rawat segera, kecederaan organ dalaman akan menjadi lebih parah!" Tegas doktor india lelaki itu yang pernah menjaga emak Harun sebelum emak Harun mati dibunuh.
"Tidak doktor, saya datang hanya untuk buat pemeriksaan ringkas. Tiada guna jika doktor hendak memperlahankan ajal saya. Saya pernah terdengar perbualan doktor dengan pakar, bahawa saya akan mati tidak lama lagi walaupun satu keajaiban saya masih hidup selepas sebulan lebih pembedahan membuang peluru di dalam badan saya. Saya ada urusan lebih penting daripada terbaring di dalam hospital." Kata Harun kepada doktor india lelaki itu.
"Apa yang lebih penting daripada nyawa Encik sendiri? Adakah Encik berputus asa seperti Emak Encik? Bukan ini caranya! Encik masih ada peluang untuk hidup! Kita boleh gantikan organ-organ di dalam badan Encik!" Rayu doktor india lelaki itu.
"Doktor, urusan saya adalah antara hidup dan mati. Jika saya masih hidup, saya akan datang kepada doktor untuk saya menerima rawatan daripada doktor." Kata Harun kepada doktor india lelaki itu lalu bangun beredar meninggalkan bilik rawatan itu.
Harun memasuki kenderaannya lalu menghidupkan enjin. Keretanya memasuki jalan raya meninggalkan kawasan hospital kerajaan. Tiba di rumah dua tingkat seperti rumah kosong yang terbengkalai namun terdapat bekalan elektrik dan bekalan air bersih. Harun memasuki rumah melalui pintu hadapan rumah yang diperbuat daripada besi yang kukuh.
Harun melihat Shen Yi di ruang tamu. Berbaring di atas tilam di tepi dinding bahagian kanan dari pintu masuk rumah itu. Pintu besi itu ditutup dan Harun meletakkan dua bungkusan makan dan juga air minuman di atas meja lipat di tengah-tengah ruang tamu.
"Shen Yi, mari makan." Pelawa Harun keapda Shen Yi.
Di sebelah tilam di mana Shen Yi berbaring terdapat senjata MP5, Full-Auto Submachine Gun bersama dengan beberapa klip magazin. Harun melihat Harun dengan kehairanan.
"Kenapa ada MP5 dengan engkau?" Soal Harun kepada Shen Yi.
"Aku pun hendak ada senjata sendiri daripada hanya pegang pistol. Rasa seperti kuirang defensive kerana hanya menggunakan sepucuk pistol. Rasa lebih selamat ada SMG (SubMachine Gun)." Jelas Shen Yi.
"Simpanlah SMG itu untuk diri engkau. Aku masih ada banyak lagi senjata api." Ujar Harun.
"Sebab itulah aku ambil daripada engkau." Kata Shen Yi.
"Jangan curi barang aku sebarangan. Minta izinkan boleh." Kata Harun dengan lembut kepada Shen Yi.
"Eleh, sebelum engkau hendak mebunuh orang, ada engkau minta izin untuk membunuh?" Soal Shen YI kepada Harun
BOOM!
Bahagian pintu masuk hadapan rumah tersebut musnah akibat letupan yang sangat kuat. Harun terpelanting jauh terlanggar ke dinding lalu jatuh ke lantai. Shen Yi turut terpelanting namun terseret pada lantai dan terlanggar dinding lalu jatuh ke lantai seperti Harun. Serpihan-serpihan dinding bertaburan. Mujur bongkahan dinding bahagian bawah hadapan rumah tidak menghempap Harun dan Shen Yi. Pintu masuk besi hadapan rumah turut hancur.
"Ops! Aku terketuk pintu kuat sangat!" Kata lelaki yang memegang senjata api 416, Full-Auto Assault Rifle, berjubah kot dan bertopi berwarna perang sambil memasuki rumah itu selepas bahagian hadapan rumah tersebut hancur diletupkan.
Harun terbatuk. Darah memercik lantai setelah Harun terbatuk. Seluruh badan terasa sakit dan lemah. Kemungkinan kecederaan organ dalaman Harun semakin parah apabila badannya menerima impak yang kuat daripada letupan tersebut yang menghancurkan bahagian hadapan rumah.
"Gold! Kenapa engkau berada di sini?!" Soal Harun kepada Lelaki berjubah kot dan bertopi berwarna perang.
"Aku hanya melawat engkau yang sedang nazak! Tidak boleh? Aku rela hati untuk melihat engkau." Ujar Gold sambil memegang Assault Rifle 416.
"Brown? Kenapa engkau juga berada di sini bersama Gold?" Soal Harun yang bersandar pada dinding kepada lelaki berjubah kot dan bertopi berwarna coklat gelap.
"Sama seperti Gold. Melawat engkau yang sedang nazak." Kata Brown.
Brown mengacukan MP-9mm, Burst Fire Machine Pistol ke arah Harun. Begitu juga dengan Gold. Gold mengacukan Assault Rifle 416 ke arah Harun. Harun melihat dua rakan sekerjanya yang mengacukan senjata api kepadanya. Kepala Harun mengalirkan darah. Entah bila kepala harun terluka.
"Siapa yang arahkan kamu berdua untuk bunuh aku?" Soal Harun kepada Gold dan Brown ketika mencuba bangun dari baring. Harun sedaya upaya untuk bangkit.
"Zain." Jawab Brown akan soalan Harun.
"Ah ah ah nope nope nope! Harun sudah hampir mata! Tiada guna untuk kita beritahu dia! Bazir air liur. Eh, Harun. Benarkah engkau boleh hidup dengan peluru banyak hinggap pada badan engkau? Aku dengar cerita, belambak peluru ada pada badan engkau selepas ditembak?" Soal Gold kepada Harun kehairanan.
"Aku pun tidsak mahu membazirkan air liur dan nafas aku untuk menjawab soalan dengan engkau." Ujar Harun. Harun mengeluarkan sepucuk pistol dengan tangan kanannya dari belakang Harun yang diselitkan pistol pada seluar.
Pistol Semi Auto, 1911 dihalakan ke arah Gold dan Brown. Gold ketawa kecil lalu ketawanya semakin membesar. Gold ketawa berdekah-dekah. Lucu melihat Harun yang ingin mempertahankan dirinya dengan hanya sepucuk pistol sedangkan Gold dan Brown mengunakan Assault Rifle userta machine pistol untuk membunuh Harun.
"Engkau ini Harun. Sejak bila engkau jadi bodoh sebegini? Ingin mengancam nyawa kami yang menggunakan assault rifle dan machine pistol? Kelakar. Berhenti jadi pembunuh uapahan, sekarang ini menjadi bodoh." Ketawa Gold.
Tembakan dilepaskan. Beberapa pistol memasuki tubuh hadapan Harun. Harun memuntahkan darah. Gold ketawa besar dan juga bersorak gembira melihat Harun ditembak menggunakan senjata apinya, Assault Rifle 416.
"Apa ini Harun? Tidak seronoklah! Aku baru sahaja tembak beberapa peluru! Engkau sudah memuntahkan darah? Tolonglah jangan mati lagi! Aku hendak lihat engkau hidup dengan membawa peluru yang banyak di dalam badan engkau seperti yang engkau lakukan sebelum ini! Aku teringin hendak lihat bagaimana engkau hidup?" Ketawa Gold sambil mengacukan Assault Rifle kepada Harun.
"Jangan melawan lagi Harun. Nyawa engkau di hujung tanduk. Tiada guna melawan. Jadikan kerja ini mudah untuk kami. Redha sahaja hidup engkau sampai di sini sahaja."
"Turunkan pistol engkau Harun. Sia-sia melawan. Engkau sudah checkmate!" Ketawa Gold kepada Harun.
"Jika engkau teringin hendak tahu, apa kata engkau cuba dan lakukan simpan peluru banyak-banyak di dalam badan engkau sendiri sahaja?!" Shen Yi memaki Gold. Tembakan MP5 dilepaskan oleh Shen Yi.
Kepala Brown berlubang dan juga topinya berlubang. Brown jatuh ke kiri. Mati tidak sedar kewujudan Shen Yi di bahagian kanannya. Gold turut terkejut dengan kewujudan Shen Yi yang tidak disedari Gold dan Brown langsung.
"Checkmate!" Jerit Harun kepada Gold. Harun turut melepaskan tembakan bersama Shen Yi. Gold mengelak dari tembakan Harun. Badannya mengiring ke kanan. Bahu kirinya ditembusi peluru pistol Harun. Tubuh hadapan Gold pula dihujani peluru MP5, Full-Auto Submachine Gun yang digunakan oleh Shen Yi. Gold tumbang.
"Siapa mereka ini?!" Soal Shen Yi melihat Gold dan Brown mati terbaring di atas lantai yang berhabuk dan dipenuhi bongkahan dinding yang pecah akibat letusan.
"Mereka sebelum ini rakan sekerja aku. Mereka bersama-sama dengan aku menjadi pembunuh upahan namun aku hanya membunuh orang yang melakukan jenayah sahaja." Ujar Harun.
Harun duduk bersandarkan pada dinding. Jubah kot Harun berwarna kelabu dibuka. Menzahirkan baju kalis peluru. Harun mengelap darah pada mulutnya dengan lengan baju jubah kotnya itu. Shen Yi kekal mengacukan senjata kepada Brown dan Gold yang sudah tidak lagi bernyawa.
"Baju kalis ini boleh menahan peluru pistol namun bukan senjata assault rifle dan submachine gun. Impak peluru amat kuat sehingga menyebabkan luka di dalam badan aku terbuka semula." Ujar Harun.
"Apa?! Kita perlu ke hospital segera!" Kata Shen Yi kepada Harun.
Shen Yi berlari memapah Harun dengan tangan kanannya. Tangan kirinya memegang MP5. Harun menggagahkan diri untuk bangun dan berjalan terhincut-hincut kerana pendarahan organ dalaman membuatkan dirinya hendak berbaring. Pendarahan organ dalaman amat menyakitkan dan boleh membawa maut bila-bila masa namun Harun masih mampu bangkit serta berjalan walaupun dibantu dipapah oleh Shen Yi.
Bang! Bang! Bang!
Bahu kanan dan leher bahagian kanan Harun berlubang ditembusi peluru. Darah membuak keluar dari lubang tembakan peluru itu. Sepucuk pistol terlepas.
Kini tangan kanan Harun tidak memegang sebarang senjata api. Harun rebah ke lantai. Gold bangkit dari baring. Mengacukan Assault Rifle 416, kepada Harun dan Shen Yi.
"Aku sudah pesan, duduk diam!" Maki Gold kepada Harun.
Harun memuntahkan darah dengan banyak. Mata Shen Yi terbelalak melihat Harun rebah ke lantai. Lantai dibasahi darah. Harun hanya mampu melihat ke atas. Memandang siling. Nyawany semakin hampir dengan ajal.
"Tidak! Tidak! Tidak! Bukan sekali lagi! Bukan Harun! Tolonglah bukan Harun! Harun!" Shen YI menangis dengan deras. Air matanya bercucuran. Air mata jatuh pada wajah Harun.
"Kenapa engkau menangis Shen Yi? Aku adalah pembunuh bapa saudara engkau? Bukankah melihat engkau mati membuatkan dendam engkau tertunai?" Soal Harun kepada Shen Yi dengan suara tersekat-sekat.
"Tidak Harun! Tidak! Engkau ibarat abang kandung aku! Engkau banyak mengajar aku. Tolong jangan mati! Jangan mati." Shen Yi menangis teresak-esak melihat Harun semakin hampir dengan ajalnya.
"Aneh. Pelik. Hairan. Shen Yi. Kamu seorang yang sangat istimewa." Kata Harun dengan tersenyum lalu terbatuk-batuk mengeluarkan darah.
Harun mati dengan menutup dua matanya. Wajahnya memalingkan ke kanan. Gold ketawa berdekah-dekah melihat Harun mati. Kematian Harun sungguh menggelikan hati Gold. Gold melepaskan tembakan ke arah Harun. Tubuh Harun yang tidak bernyawa menerima tembakan bertalu-talu daripada Gold.
"Sungguh engkau tidak mengkecewakan aku! Harun sentiasa lucu! Walauapun pada waktu dia mati!" Ketawa Gold.
"Mati kau Celaka!" Maki Shen Yi kepada Gold. MP5 diacukan kepada Gold.
"Engkau siapa budak? Mengapa engkau bersama Harun? Setahu aku Harun tidak mempunyai hubungan dengan sesiapa melainkan emak dia yang sudah mati." Soal Gold kepada Shen Yi.
"Aku akan bunuh engkau!" Ugut Shen Yi kepada Gold.
"Lebih baik engkau turunkan senjata. Engkau tidak mahu matikan? Cukup Harun mati. Aku tidak dibayar untuk membunuh engkau. Benda mudah, aku tidak bunuh engkau, engkau tidak perlu membunuh aku. Engkau hidup, aku pula tidak mengganggu engkau." Kata Gold dengan serius tidak bermain-main sambil mengacukan senjata api terhadap Shen Yi.
"Siapa upah engkau untuk membunuh Harun? Zain?" Soal Shen Yi.
"Masalah Harun bukan masalah engkau. Masalah kami bukan masalah engkau. Aku boleh beredar, engkau boleh hidup!" Gold memberikan amaran kepada Shen Yi.
"Kenapa engkau masih tidak menembak aku? Engkau tidak mahu membunuh budak seperti aku atau engkau takut akan aku?" Soal Shen Yi kepada Gold. Shen Yi merenung dua mata Gold.
"Mampus!" Kata Gold Gold melepaskan tembakan ke arah Shen Yi.
Bang!
Sisi kepala ditembusi peluru. Darah memancut dan keluar secara membuak. Kepala yang berlubang itu mengeluarkan isi-isi kepala. Otak yang hancur keluar sedikit-demi sedikit. Darah dan isi otak jatuh membasahi lantai. Tumbang tubuh si mati.
Shen Yi melihat tubuh badannya. Badannya terkena tembakan Gold sebelum si Gold mati tumbang ke lantai. Mata Shen Yi terbelalak melihat darah mulai keluar dari lubang tembakan badan tubuhnya. Shen Yi memuntahkan darah. Tangan kanan Harun yang terangkat memegang pistol di udara kembali jatuh ke lantai selepas telah menembak dan Gold jatuh mati ke lantai.
Shen Yi sempat melihat tangan Harun jatuh ke lantai bersama sepucuk pistol yang dipegang. Shen Yi menjerit kesakitan. Urat saraf pada wajahnya timbul. Kelihatah wajah Shen Yi meneran sekuatnya. Shen Yi bangkit dari duduk di lantai walaupun baju pada badannya dibasahi darahnya sendiri swelepas ditembak oleh Gold. Shen Yi bangun lalu duduk di sebelah mayat Harun.
Harun sememangnya mati tidak bernyawa. Suatu keajaiban Harun menembak kepala Gold dalam keadaan sudah pun mati. Mustahil. Shen Yi menangis sambil menahan sakit beberapa peluru yang berada di dalam bahu dan dadanya. Shen Yi bangkit semula dan mengambil sepucuk pistol dan disimpan di belakang badan diselitkan pada seluar. MP5 diambil dan ditukarkan magazin dengan magazin baharu. MP-9mm, Burst Fire Machine Pistol diambil oleh Shen Yi daripada Brown yang sudah mati.
Shen Yi melihat wajah Gold yang mati ditembak pada sisi kepalanya oleh Harun yang mati lebih awal daripada Gold. Shen Yi memijak wajah Gold lalu keluar daripada rumah Harun yang putih dan hancur baahagian hadapan rumah itu.
Di hadapan Shen Yi terdapat seorang lelaki yang berjubah kot dan bertopi berwarna merah dan seorang lagi berpakaian yang sama namun berwarna hitam berdiri sambil memegang snejata api masing-masing. Mereka berdua mengacukan senjata kepada Shen Yi. Begitu juga dengan Shen Yi.
"Siapa budak ini?" Soal seorang lelaki berpakaian serba hitam.
"Anak buah Harun?" Soalan dibalas dengan soalan oleh lelaki berpakian serba merah.
"Adakah kamu berdua dihantar oleh Zain?" Soal Shen Yi kepada mereka berdua.
"Ya, siapa pula engkau budak? Soal lelaki dalam berpakaian serba hitam itu.
"Aku adalah kematian dan neraka dunia gelap." Kata Shen Yi.
Bang! Bang! Bang!
Masing-masing melepaskan tembakan.
__________________________________________________________________
Beberapa jam kemudian, di rumah selamat Harun.
"Apa yang terjadi, aku pun tidak tahu." Ujar Encik Karim berdiri di samping mayat Harun.
"Lima orang mati. Seorang wartawan dan empat lagi pembunuh upahan?" Ujar Encik Hill yang sedang meneliti mayat lelaki berpakaian serba hotam dan seorang lagi berpakaian serba merah.
"Kita perlu kenalpasti kepunyaan darah siapakah ini yang di bahagian yang terdapat peluru dan darah namun tiada tubuh mayat." Encik Karim kata kepada Encik Hill merujuk kepada lantai yang mempunyai kelongsong peluru dan darah yang terdapat pada lantai.
"Aku rasa, ini serangan hendap. Serangan hendap empat pembunuh upahan terhadapn seorang wartawan yang baru sahaja memberhentikan kerja kerana kehilangan ibunya. Wartawan ini namanya Harun." Jelas Encik Hill yang memasuki rumah tersebut melalui bahagian hadapan rumah yang musnah sambil berjalan ke arah Encik Karim.
"Kita periksa rumah ini." Ujar Encik Karim.
"Ya, ada sesuatu yang tidak kena. Mengapa Harun, wartawan surat khabar duduk di rumah yang terbengkalai namun terdapat bekalan air dan juga elektrik. Bagaimana seorang wartawan mempunyai pistol dan berjaya membunuh pembunuh upahan? Dengan siapakah Harun si wartawan ini tinggal bersama?" Soal Encik Hill kepada diri sendiri.
"Sebentar lagi ahli forensik akan tiba di sini." Encik Karim melaporkan kepada Encik Hill.
"Aku akan periksa rumah ini, engkau menunggu ketibaan ahli forensik dan anggota polis yang lain." Pesan Encik Hill kepada Encik Karim.
"Oh ya, tidak perlu meminta anggota polis yang lain hadir ke sini untuk membantu siasatan. Aku sudah minta Khan dan Kweng untuk hadir ke sini." Kat Encik Karim kepada Encik Hill.
"Aku sudah kata, aku tidak mempercayai mereka berdua." Encik Hill mengeluh akan pernyataan Encik Karim.
"Adakah engkau tidak mempercayai aku Karim? Aku mempercayai mereka berdua. Jika engkau tidak mempercayai aku, aku rasa kecewa Karim." Kata Encik Karim keapda Encik Hill.
"Buat apa sahaja yang engkau mahu. Jika perkara menjadi semakin buruk, engkau tanggung sendiri." Encik Hill terus memeriksa bilik-bilik terdekat.
"Dengan Izin Allah, perkara tidak menjadi buruk dan mereka tidak akan mengecewakan engkau Karim. Percaya kepada aku." Pesan Encik Karim kepada Encik Hill.
Encik Hill tidak mengendahkan kata-kata Encik Karim. Malas mahu bergaduh mulut dengan sahabat baiknya. Encik Hill meneruskan siasatan dengan memeriksa segala ruang dan bilik yang ada di dalam rumah terbengkalai itu.
Salah sebuah bilik dibuka, bilik tersebut dipenuhi dengan ubat-ubatan dan juga almari yang penuh dengan pakaian. Terdapat juga barang-barangan peribadi yang dipercayai milik Harun. Milik siapakah tilam dan ampaian kecil yang digantungkan sejadah di ruang tamu? Bilik itu terdapat sebuah katil dan juga meja cermin. Encik Hill memeriksa tong sampah kecil di dalam bilik Harun. Encik Harun keluar dari bilik tersebut lalu menaiki tangga pergi ke tingkat atas. Salah sebuah bilik yang mempunyai pintu besi yang berat dan tebal dibuka oleh Encik Hill.
Encik Hill meneliti bilik tersebut. Encik Hill menghidupkan suis lampu bilik yang amat gelap itu. Lampu menyala dari dinding kiri, kanan, hadapan, di atas pintu masuk dan juga di siling. Bilik tersebut diterangi lampu lalu menampakkan biolik tersebut dipenuhi dengan senjata api yang tersusun bergantungan secara melintang dan di atas meja di setiap tepi dinding selari dengan senjata yang bergantungan. Jenis peluru dan jenis bentuk magazin disusun mengikut setiap jenis senjata api.
"Mengapa wartawan surat khabar ada bilik yang penuh senjata ini?" Soal Encik Hill sendirian.
__________________________________________________________________
Mata dibuka, melihatkan di atas merupakan siling hospital. Shen Yi tersedar dalam keadaan terbaring. Shen Yi memandang ke kiri dan ke kanan untuk mendapatkan kepastian di manakah dirinya berada. Sudah pasti di dalam hospital. Badannya masih terasa sakit. Pada masa ini hanya mampu terbaring dan termenung.
__________________________________________________________________
"Gold, Red, Night, dan Brown masih belum kembali." Ujar Zain.
"Sabar boss. Mungkin mereka akan kembali dan berjaya menyelesaikan Harun. Empat lawan satu, tambahan pula keempat-empat mereka merupakan pembunuh upahan yang professional. Bukan calang-calang. Bayaran turut mahal tetapi berbaloi untuk hapuskan Harun sebelum Harun hapuskan kita." Mansur cuba menenangkan Zain.
"Mungkin silap aku, aku paksa Harun kembali untuk menjadi pembunuh upahan namun sbelum ini bukan aku upah, aku yang mengugutnya. Ternyata aku tersilap langkah membuat kesalahan yang mat besar dan berat yang aku pikul." Zain mulai rasa tidak senang hati.
"Tidak mengapa boss. Kita tumpukan hal lain." Pesan Mansur kepada Zain.
"Apa yang engkau tahu? Harun juga sebahagian enam jahanam! Dia juga bukan calang-calang!" Marah Zain kepad Mansur sambil duduk di kerusi pejabatnya.
"Boss bertenang, empat orang pembunuh upahan bergabung tenaga, sudah tentu mereka lebih hebat berbanding Harun. Urusan ini akan selesai." Lagi sekali Mansur cuba menenangkan Zain.
"Baiklah, aku percayakan kata-kata engkau." Balas Zain akan percakapan Mansur walaupun masih rasa gusar gelisah. Takut Harun akan datang kepadanya untuk membalas dendam akan kematian ibunya.
__________________________________________________________________
Beberapa minggu kemudian, di hospital.
"Tuan guru, budak remaja lelaki itu sudah bangun." Kata salah seorang lelaki kepada seorang lelaki tua yang kening dan jambang berwarna putih, kepala bulat dan botak serta dahi yang berkedut dan berkerut.
"Baguslah anak muda sudah bangun." Kata tuan guru kepada anak muridnya.
Mereka berempat memakai baju putih dan dan seluar kelabu yang labu. Lelaki tua itu berjubah putih yang labu serta memegang tongkat kayu pada tangan kirinya. Salah seorang daripada mereka membawa sebakul dipenuhi buah-buahan dan meletakkan di atas meja bersebelahan katil hospital di mana Shen Yi berbaring.
"Kupaskan buah-buahan untuk dia." Kata tuan guru berjambang dan kening putih itu kepada salah seorang muridnya.
"Siapa kamu semua?" Soal Shen Yi kepada mereka berempat.
"Soalan menarik! Kamu yang datang ke tempat kami semalam! Ketuk pintu di tempat kami pada malam semalam. Pada waktu itu, mata kamu putih semuanya! Urat saraf timbul banyak pada tanagn dan muka kamu! Kami fikir hantu pada awalnya, rupanya kamu pengsan selepas seketika di hadapan pintu tempat kami sebaik sahaja kami buka pintu. Kami terus memeriksa kamu dan rupanya kamu cedera parah. Segera kami hantarkan kamu ke hospital." Jelas lelaki yang sedang mengupas buah epal menggunakan pisau untuk Shen Yi.
"Nama saya Tao Aiguo." Lelaki tua kening dan berjambang putih itu memperkenalkan dirinya sendiri.
"Terima kasih menghantarkan saya ke hospital ini. Apakah yang diceritakan oleh abang ini benar?" Soal Shen Yi kepada Tao Aiguo.
"Apa yang diceritakan tadi adalah benar." Jawab Tao Aiguo akan soalan Shen Yi.
Shen Yi mengangguk lalu memandang wajah lelaki yang sedang mengupas buah epal di tepi kanan katilnya pada meja kecil. Lelaki tersebut sedar bahawa Shen Yi sedang memandangnya. Lelaki tersebut memberikan senyuman lebar menampakkan gigi kepada Shen Yi.
"Anak muda, apa yang terjadi kepada kamu? Badan kamu cedera parah. Menurut doktor, kamu ditembak senjata api?" Soal Tao Aiguo kepada Shen Yi.
"Oh, saya dirompak malam tadi apabila saya sedang mencari makan. Apalah yang saya ada. Saya hanya gelandangan." Shen Yi berbohong kepada Tao Aiguo.
Tao Aiguo menganggukkan kepalanya bersama anak-anak muridnya mendengar cerita kejadian tempoh hari. Tao Aiguo berfikir sejenak lalu menggelengkan kepalanya. Pada Tao Aiguo, sungguh berat ujian yang ditimpa oleh Shen Yi.
"Adakah kamu mahu tinggal bersama kami? Berapakah umur awak?" Soal lelaki yang sedang memotong buah epal kepada beberapa bahagian setelah selesai mengupas kulit buah epal yang berwarna merah.
"Boleh memandang saya tiada tempat tinggal. Di mana kalian semua tinggal? Umur saya 16 tahun." Jawab Shen Yi sambil berbohong ketika memandang mereka semua.
"Kami duduk jauh." Jawab Tao Aiguo.
"Lebih jauh daripada bandar, lebih jauh daripada tempat orang ramai, lebih bagus." Ujar Shen Yi.
"Ya, kami tinggal jauh dari pekan dan juga amat jauh daripada sini. Kami yakin kamu akan sukakan tempat kami tinggal." Kata lelaki yang menghulurkan beberapa bahagian buah epal yang dihidangkan di atas kain sapu tangan yang bersih berwarna putih.
"Terima kasih. Saya amat gembira jika saya dapat duduk tinggal bersama kamu semua." Ucap Shen Yi.
"Boleh, akan tetapi kami perlu menunggu awak sihat sepenuhnya dan boleh dikeluarkan dari hospital mengikut nasihat doktor." Ucap Tao Aiguo.
"Baik, terima kasih." Ucap Shen Yi lalu mengambil dua ketulan buah epal dan dimakan dengan tenang sambil tersenyum.
Beberapa hari kemudian, Shen Yi dikeluarkan daripada hospital namun terdapat beberapa orang ingin berjumpa dengan Shen Yi. Shen Yi berasa kehairanan. Siapakah yang ingin bertemu dengan dirinya, sedangkan Shen Yi tidak mempunyai sesiapa lagi.
"Siapa yang hendak bertemu dengan awak?" Soal Tao Aiguo.
"Saya sendiri pun tidak tahu. Doktor yang beritahu saya bahawa ada orang ingin bertemu dengan saya." Balas Shen Yi akan soalan Tao Aiguo.
Muncul seorang jururawat perempuan menemui Shen Yi ketika Shen Yi sedang mengemas barangnya masuk ke dalam beg galasnya berwarna hitam.
"Shen Yi, ada penjaga akan mengambil awak. Sekejap lagi dia masuk. Awak tunggu di sini." Pesan jururawat itu kepada Shen Yi. Shen Yi mengangguk faham.
Tai Aiguo dan dua anak muridnya saling berpandangan kehairanan. Muncul seorang lelaki memasuki wad bilik di mana Shen Yi berada. Lelaki itu berpakaian sut berwarna hitam. Kurus kering tubuhnya dan berambut tempurung. Lelaki tersebut diiringi beberapa orang pengawal peribadinya yang juga berpakaian sut hitam dan bertubuh sasa semuanya.
Mereka semua tidak mengendahkan kewujudan Tao Aiguo dan anak-anak muridnya. Beberapa pengawal peribadi lelaki berambut tempurung itu membelakangkan Tao Aiguo dan anak-anak muridnya dengan berdiri di hadapan mereka.
"Shen Yi, ikut kami pulang. Rumah Kebajikan Radhi Osman Syed Saad telah menyediakan tempat tinggal yang amat selesa untuk awak supaya mudah awak belajar dan hidup dengan selesa." Kata lelaki berambut tempurung itu dengan sopan dan tersenyum lebar kepada Shen Yi.
"Aku kenal siapa engkau. Aku tidak mahu duduk di rumah neraka yang engkau sediakan untuk aku. Lagipun aku tidak memerlukan sebarang penjagaan dari kamu semua. Aku sudah habis belajar. Peperiksaan SPM dan STPM sudah pun aku ambil walaupun aku masih berumur 16 tahun. Kamu semua tiada hak untuk menjaga aku." Kata Shen Yi dengan berani kepada lelaki berambut tempurung itu.
"Ini bukan soal hak. Kamu mesti ikut kami walau apa pun. Engkau bukan sesiapa. Aku adalah penjaga engkau dan engkau mesti dengar cakap aku budak." Kata lelaki berambut tempurung itu dengan sopan sambil tersenyum lebar kepada Shen Yi.
"Kamu semua tidak boleh memaksa aku." Balas Shen Yi memberikan tenungan tajam kepada lelaki berambut tempurung itu.
"Ambil dia pulang." Arah lelaki berambut tempurung itu kepada pengawal-pengawal peribadi itu. Pengawal-pengawal peribadinya bergerak ke arah Shen Yi.
"Kan dia kata tidak mahu ikut kalian. Dia sudah besar. Shen Yi ini bukan lagi budak kecil." Kata seorang lelaki yang merupakan anak murid
Tao Aiguo muncul berdiri di hadapan Shen Yi. Dia juga yang merupakan telah mengupas buah epal dan memotong buah epal untuk Shen Yi makan.
"Hal ini kerana dia tinggal bersama kami. Kami bukan penjaganya. Kami berkongsikan tempat tinggal bersama." Kata Tao Aiguo berjalan perlahan-lahan lalu berdiri di sebelah anak muridnya dan di hadapan Shen Yi.
Pengawal-pengawal peribadi lelaki berambut tempurung itu berhenti melangkah apabila menghampiri Shen Yi ketika seorang lelaki dan Tao Aiguo menghalang tindakan mereka.
"Ke tepi orang tua." Ujar lelaki berambut tempurung itu kepada Tao Aiguo.
"Tidak. Kami merupakan rakan tempat tinggal anak muda ini. Kalian merupakan orang yang tidak dikenali oleh Shen Yi. Betulkah Shen Yi?" Soal Tao Aiguo kepada Shen Yi.
"Benar, saya langsung tidak mengenali tempurung kelapa busuk di hadapan saya ini." Shen Yi mengherdik lelaki berambut tempurung itu.
"Baik, buatlah apa yang engkau mahukan." Kata lelaki berambut tempurung itu kepada Shen Yi, Tao Aiguo dan anak-anak murid Tao Aiguo.
"Mari beransur Shen Yi." Kata Tao Aiguo lalu menepuk bahu Shen Yi.
Shen Yi menganggukkan kepala lalu beredar bersama Tao Aiguo dan anak-anak murid Tao Aiguo.
"Shen Yi, orang tua dan kawan-kawan kau itu sedikit pun tidak membayar bil hospital. Aku yang bayar bil hospital uintuk engkau!" Marah lelaki berambut tempurung itu kepada Shen Yi.
Langkah Tao Aiguo bersama anak-anak muridnya terhenti. Begitu juga dengan Shen Yi sebaik sahaja mereka melangkah keluar dari wad bilik itu. Shen Yi menoleh ke belakang memandang lelaki berambut tempurung itu.
"Siapa engkau? Aku tidak kenal. Berambus orang gila." Kata Shen Yi kepada lelaki berambut tempurung itu lalu beredar bersama rakan-rakan barunya.
"Cis, anak haram. Kamu semua ikut mereka ke mana mereka akan pergi dan di mana mereka tinggal. Ekori dan intip mereka. Hubungi aku untuk sebarang maklumat." Arah lelaki berambut tempurung kepada pengawal-pengawal peribadinya.
"Baik ayahanda." Ucap semua pengawal-pengawal peribadinya lalu mereka mengekori Shen Yi dan rakan-rakannya.
Shen Yi menaiki van putih bersama Tao Aiguo dan anak-anak murid Tao Aiguo. Salah seorang anak murid Tao Aiguo memandu van putih tersebut meninggalkan perkarangan hospital tersebut. Begitu juga dengan pengawal-pengawal peribadi lelaki berambut tempurung itu menaiki kereta-kereta klasik yang berlainan namun mempunyai warna hitam yang sama.
Van putih kekal berad di jalan raya. Meninggalkan kawan bandar besar itu lalu memasuki pekan-pekan yang kecil dan jauh daripada bandar-bandar besar. Setelah melepasi pekan-pekan kecil, van putih memasuki jalan raya yang dikelilingi hutan-hutan yang berdekatan kawasan pekan. Tidak lama kemudian, van putih keluar dari jalan raya dan memasuki jalan yang terdapat bukit-bukau di sekeliling. Jalan tadi mendatar kini menaiki bukit.
Apabila menaiki bukit, terzahirlah suatu bangunan yang besar seperti asrama kolej serta bersama menara air tangki yang besar di atas bukit di bahagian kiri. Van putih di parkir bersama kenderaan-kenderaan lain di hadapan asrama itu. Tao Aiguo, anak-anak muridnya dan Shen Yi turun daripada van putih lalu berdiri di hadapan asrama yang besar itu. Dari atas bukit tersebut boleh melihat pekan-pekan yang jauh dari asrama itu.
"Mulai hari ini, di sini adalah rumah kamu. Ini juga rumah saya. Kita semua adalah satu keluarga yang tinggal dan berkongsi rasa bersama." Kata Tao Aiguo dengan rasa gembira kepada Shen Yi.
"Walaupun ini sederhana namun saya cukup gembira." Balas Shen Yi kepada Tao Aiguo.
"Bagus." Kata Tao Aiguo.
__________________________________________________________________
Telefon klasik berwarna hitam berdering. Lelaki berambut tempurung mengangkat gagang telefon itu lalu menjawab panggilan dengan wajah yang tidak senang. Lelaki berambut tempurung itu tidak mahu diganggu oleh sesiapa apabila cuba menenangkan diri kerana emosinya yang terganggu namun apakan daya perlu menjawab panggilan.
"Kang, aku Zain. Pada hari esok, aku akan datang ke rumah kebajikan. Aku ada urusan untuk berbincang dengan engkau." Zain memberitahu lelaki berambut tempurung itu.
"Mengapa tidak sahaja engkau memberitahu aku melalui panggilan telefon?" Soal Kang yang berambut tempurung itu kepada Zain.
"Lebih mudah secara bersemuka untuk aku berbincang urusan mustahak dengan engkau." Jelas Zain.
"Baik, pada waktu bila?" Soal Kang.
"Petang esok." Jawab Zain.
"Baik, aku akan bersedia menerima kedatangan engkau esok." Ucap Kang.
"Bagus. Terima kasih." Zain mematikan panggilan telefon.
Kang menghembuskan nafas. Terlalu banyak perkara di dalam fikirannya. Fikirannya kusut. Tidak berpuas hati dengan Shen Yi. Kang perlu dapatkan Shen Yi agar Kang dapat dipandang tinggi oleh Boss Ross dan berjaya memintas Zain yang sedang dalam kejatuhan.
__________________________________________________________________
"Memandangkan bilik tidur sudah penuh, Shen Yi tidur bersama kami di ruang terbuka di mana ruang di hadapan pintu." Kata lelaki yang telah mengupas buah epal untuk Shen Yi di hospital pada sebelum ini.
"Tidak mengapa. Apa nama abang? Berapa ramai orang di sini? Buat apa di sini ramai-ramai selain hanya duduk bersama?" Soal Shen Yi kepada lelaki itu di pintu masuk asrama.
"Nama abang, Feng Mian. Di sini ada seramai 130 orang termasuk kamu. Kami di sini cuma berkongsi makan dan tempat tinggal. Hidup dalam masyarakat. Kami semua bujang termasuk tuan guru kami. Selain hanya makan dan tidur, kami semua bekerja di pekan sambil berkongsi duit gaji untuk beri semua orang makan." Jelas Feng Mian.
"Mari masuk ke dalam. Sudah tentu kamu lapar." Kata Tao Aiguo sambil tersenyum kepada Shen Yi.
Shen Yi menuruti Tao Aiguo dan masuk ke dalam kawasan asrama. Di dalam bangunan asrama, Shen Yi bertemu dengan penghuni-penghuni asrama yang lemah lembut dan gembira menerima kehadiran Shen Yi sebagai penghuni asrama yang baru.
"Berikan dia makanan. Dia ahli keluarga baru kita. Dia baru keluar dari hospital." Kata Feng Mian kepada salah seorang rakannya yang sedang berlatih seni pertahankan diri.
"Abang Feng Mian, boleh saya tahu mengapa Tao Aiguo digelar sebagai tuan guru?" Soal Shen Yi kepada Feng Mian.
"Oh, dia merupakan seorang guru yang mengajarkan seni pertahankan diri dan juga seni pertempuran kepada kami semua di sini." Jelas Feng Mian kepada Shen Yi.
"Wah, di sini kita belajar seni pertahankan diri?" Teruja Shen Yi mendengar penjelasan Feng Mian.
"Ya, awak minat seni pertahankan diri?" Soal Feng Mian kepada Shen Yi.
"Saya minat sangat-sangat seni pertehanakan diri! Saya mempunyai ilmu karate dan juga taekwando! Saya amat mahir dalam karate dan taekwando. Saya telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan karate dan taekwando semasa saya sekolah menengah sebelum saya menjadi gelandangan!" Jelas Shen Yi kepada Feng Mian dengan nada yang teruja dan gembira.
"Wah, baguslah begitu! Awak belum sihat sepenuhnya. Awak rehat terlebih dahulu sehingga luka pada tubuh badan awak tertutup. Apabila luka awak dah tutup, barulah awak sertai kami berlatih seni pertahankan diri." Pesan Feng Mian kepada Shen Yi.
"Baik terima kasih abang Feng Mian!" Ucap Shen Yi kepada Feng Mian.
"Ini makanannya." Kata seorang rakan Feng Mian yang membawakan sebekas makanan kepada Feng Mian.
"Terima kasih Chen Li." Ucap Feng Mian kepada rakannya.
Shen Yi menerima sebekas makanan daripada Feng Mian lalu Feng Mei meminta Shen Yi untuk memakan makanan tersebut di atas meja yang berdekatan. Shen Yi pun mengangguk lalu pergi ke meja yang telah ditunjuk oleh Feng Mian.
"Kita perlu beri dia rehat. Biar dia berehat sambil melihat dan belajar rutin harian yang kita lakukan di sini." Kata Tao Aiguo kepada Feng Mian.
"Bagaimana dengan tuan guru Heng Genji Lonmg dan Faodhagan Huang Fu?" Soal Feng Mian kepada Tao Aiguo.
"Mereka bersetuju untuk membenarkan Shen Yi tinggal menetap di sini asalkan dia patuh dengan arahan kita." Jelas Tao Aiguo kepada Feng Mian.
"Gembira saya mendengarnya." Ucap Feng Mian.
__________________________________________________________________
Zain keluar daripada kereta berwarna hitam melalui pintu kereta yang dibukakan oleh pengawal peribadinya. Zain dan para pemgawal peribadinya berada di hadapan Rumah Kebajikan Radhi Osman Syed Saad. Kang keluar daripada pintu hadapan ruimah kebajikan diiringi oleh para pengawal peribadinya.
"Sila masuk ke dalam untuk kita berbincang perkara yang kau inginkan." Ucap Kang yang berambut tempurung kepada Zain.
Setelah Zain dan Kang bersama para pengawal peribadi mereka masuk ke dalam bangunan Rumah Kebajikan Radhi Osman Syed Saad, mereka duduk di dalam bilik mesyuarat rumah kebajikan. Zain dan Kang duduk di meja mesyuarat. Pengawal peribadi mereka menunggu di luar bilik mesyuarat.
"Aku mahukan 15 orang budak remaja lelaki yang sihat, berbadan tinggi dan kuat tubuh badannya. Aku akan bayarkan kepada engkau." Kata Zain kepada Kang.
"Zain, engkau fikir bahawa engkau rapat dengan boss Ross, engkau boleh dapatkan apa yang engkau mahukan? Ini rumah kebajikan boss Ross. Rumah ini bukan milik engkau." Kata Kang kepada Zain.
"Aku tahu engkau mengikut arahan boss Ross. Aku sudah kata, aku akan bayar kepada engkau. Bayaran ini hanya untuk engkau. Engkau terima bayaran, kita sudah selesai urusan. Aku ambil sesuatu daripada boss Ross dengan sedikit, sedikit pun tidak memberi sebarang kesandan kerugian kepada boss Ross. Boss Ross sudah mempunyai banyak perkara daripada yang dia hanya perlukan. Aku bayar engkau. Bukan aku ambil percuma daripada engkau." Jelas Zain kepada Kang.
"Bayaran berapa? Engkau pilih mana-mana budak yang engkau mahukan. Aku uruskan pengangkutan." Kata Kang yang bersetuju dengan Zain.
"Aku bayar RM5000 untuk sekepala. Aku hendak jadikan mereka sebagai orang-orang baharu di bawah aku. Terima kasih Kang, berurusan dengan aku." Ucap Zain lalu beredar daripada bilik mesyuarat itu.
"Dengan syarat jika engkau mahu teruskan berurusan dengan aku, aku mahukan sesuatu daripada engkau." Kang meminta sesuatu daripada Zain.
"Boleh! Tiada masalah! Apa yang engkau perlukan daripada aku?" Soal Zain kepada Kang.
"Aku perlukan seseorang namun bukan orang engkau. Untuk mendapatkan seseorang yang aku perlukan, aku perlukan bantuan engkau." Jelas Kang kepada Zain.
"Ah, engkau ada permintaan daripada aku. Aku fikir aku seorang sahaja yang meminta sesuatu daripada engkau." Ucap Zain kepada Kang.
"Aku perlukan senjata daripada engkau. Aku perlukan sekumpulan orang-orang engkau menyamar sebagai polis." Minta Kang kepada Zain.
"Boleh sahaja. Asalkan engkau beri kepada aku budak-budak dari rumah kebajikan ini. Ada apa-apa lagi permintaan? Aku perlu tahu juga di mana engkau hendak meletakkan dan berurusan dengan orang-orang baawahan aku." Soal Zain kepada Kang.
"Bangunan di atas bukit. Sedikit jauh daripada pekan dan juga jauh daripada kawasan bandar di mana kita berada sekarang ini." Jelas Kang.
"Aku tahu tempat yang engkau sebutkan! Itulah tempat yang aku mahu dirikan kubu! Bagus Kang! Kita boleh bekerjasama dalam hal ini! Engkau dapatkan orang yang engkau perlukan manakala aku dapatkan tempat yang aku mahukan! Aku boleh dapatkan orang yang kau perlukan. Siapa? Ada gambar?" Kata Zain kepada Kang.
"Ini." Kang memberikan sekeping gambar Shen Yi kepada Zain.
"Siapa ini? Hanya seorang budak." Kata Zain.
"Dia bukan sebarang budak Zain. Dialah yang telah memukul semua budak di dalam rumah kebajikan ini. Dia lain yang daripada yang lain. Aku boleh katakan, dia ini istimewa. Memberikan untung kepada jika dia menjadi orang bawah aku dan menjalankan tugas untuk aku." Jelas Kang kepada Zain.
"Bila engkau mahu aku berikan budak itu kepada engkau?" Soal Zain kepada Kang.
"Bila-bila sahaja. Di waktu mana engkau cukup bersedia untuk menjadikan kawasan atas bukit itu akan menjadi kubu engkau." Jelas Kang.
"Bagus Kang. Bagus. Engkau sungguh menguntungkan aku." Ketawa kecil Zain.
"Gembira aku dapat berurusan dengan engkau." Senyum Kang kepada Zain.
15 orang budak lelaki telah dipilih oleh Zain. Budak-budak lelaki tersebut di masukkan ke dalam van berwarna kuning dan tertulis pada dinding van, 'Bas Sekolah'.
"Bawa mereka ke tempat aku." Arah Zain kepada salah seorang pengawal peribadi Kang yang merupakan pemandu van rumah kebajikan tersebut.
Salah seorang pengawal peribadi Zain memberikan beg bimbit putih dan dihulurkan kepada Kang. Kang meminta pengawal peribadi Zain untuk membuka beg bimbit putih tersebut untuk melihat isi beg. Beg putih itu dibuka. Jumlah wang sebanyak RM75 000 yang di dalam beg putih itu diberikan kepada Kang. Zain dan pengawal-pengawal peribadinya beredar setelah memberikan wang kepada Kang dan mendapatkan 15 orang remaja lelaki daripada Rumah Kebajikan Radhi Osman Syed Saad.
__________________________________________________________________
"Saya rasa, saya seperti berada di dalam Shaolin cuma lebih bebas." Luah Shen Yi sambil berlatih ilmu kungfu yang telah dipelajari daripada Feng Mian di luar hadapan asrama.
"Tidak seperti Shaolin. Di sini ramai yang masih bekerja. Bujang. Jadi sukar untuk mengawal semua orang. Kita berlatih seni pertahankan diri pada waktu petang dan menumpukan latihan sepenuhnya pada hari hujung minggu. Sekiranya terdapat perubahan masa bekerja, kita perlu laporkan kepada guru Tao Aiguo atau guru Faodhagan Huang Fu." Jelas Feng Mian yang juga berlatih kungfu bersama Shen Yi di hadapan asrama.
"Kenapa tidak laporkan kepada tuan guru Heng Genji Long? Tuan guru Faodhagan Huang Fu dan tuan guru Tao Aiguo berumur berapa?" Soal Shen Yi kepada Feng Mian.
"Tuan guru Heng Genji Long yang berumur 40 tahun hanya melatih kita kungfu. Tuan guru Tao Aiguo berumur 60 tahun mengajarkan Wing Chun. Akhir sekali, tuan guru Faodhagan Huang Fu, berumur 70 tahun, dia mengajarkan semua jenis seni pertahankan diri. Tuan guru Faodhagan Huang Fu sudah terlalu tua. Dia hanya menjaga kebajikan kami di sini." Jelas Feng Mian.
"Saya mahu bekerja sambil mempelajari semua jenis seni pertahankan diri dan juga seni pertempuran di sini." Jelas Shen Yi.
"Kami juga ada tempat khas untuk berlatih selain berlatih di luar kawasan asrama. Di tempat khas berlatih juga terdapat alat-alatan untuk membina badan. Kami semua di sini mengumpul duit bersama-sama untuk membeli alatan senaman. Semua alatan senaman fizikal dikongsi bersama." Ujar Feng Mian.
"Wah, bagusnya! Saya teringin mahu membina badan. Kekuatan fizikal juga penting selain hanya menumpukan ilmu teknik pertahankan diri." Kata Shen Yi.
"Kamu sangat teruja ya tentang meningkatkan kekuatan fizikal dan juga seni pertahankan diri." Feng Mian gembira melihat Shen Yi ceria.
"Sudah minat. Hendak buat bagaimana. Tunjukkan kepada saya di mana tempat untuk membina badan!" Shen Yi minta daripada Feng Mian.
"Baik, baik. Mari saya tunjukkan di mana tempatnya." Senyum Feng Mian kepada Shen Yi.
Feng Mian berjalan masuk kembali ke dalam kawasan asrama sambil diikuti Shen Yi. Mereka berjalan sehingga ke kawasan belakang asrama. Feng Mian menunjukkan sebuah bangunan yang terdapat di belakang bangunan asrama.
"Di dalam bangunan inilah terdapatnya alat-alatan untuk membina badan." Kata Feng Mian menunjukkan bangunan tersebut.
Di dalam bangunan yang terdapat tempat membina badan menggunakan alat-alatan senaman. Ruang di dalam bangunan bercahaya. Terdapat beberapa orang menggunakan alat-alatan membina badan. Shen Yi sangat teruja melihat alat-alatan di dalam bangunan tersebut.Feng Mian tersenyum melihat reaksi wajah Shen Yi yang begitu gembira.
"Kamu ini sungguh lain daripada yang lain, Shen Yi." Kata Feng Mian.
__________________________________________________________________
Van kuning diberhentikan di dalam kawasan bangunan milik Zain di bahagian belakang bangunan. 13 orang remaja lelaki diturunkan. Dua orang remaja lelaki yang baru sahaja hendak turun dari van dihalang dan disuruh untuk kekal berada di dalam van.
"Baik kanak-kanak. Mulai hari ini, aku penjaga kamu semua! Kamu semua perlu mendengar cakap jika kamu hendak hidup dalam keselesaan." Ucap Zain kepada 13 orang remaja lelaki.
Dua orang remaja lelaki hanya memandang Zain dan rakan-rakan mereka daripada dalam van. Muncul seorang lelaki keluar daripada bangunan Zain tersebut. Lelaki tersebut merupakan Mansur.
"Kanak-kanak, dipersilakan ikut Mansur. Dia akan tunjukkan tempat tidur kamu dan apa tugas kamu selepas ini. Gerak-gerak!" Arah Zain kepada 13 orang remaja tersebut.
13 orang remaja tersebut terus bergerak mengikut Mansur memasuki bangunan Zain. Meninggalkan Zain dan beberapa orang pengawalnya di luar. Dua orang remaja di dalam van terpinga-pinga.
"Mari kita gerak sekarang!" Arah Zain kepada para pengawalnya.
"Bang, kami berdua perlu ikut pergi ke mana?" Soal salah seorang remaja lelaki yang berada di dalam van tersebut.
"Kamu berdua sangat berharga. Kamu berdua ikut aku. Ada layanan istimewa! Kamu berdua patut bersyukur kerana beruntung menjadi orang berharga untuk aku!" Kata Zain ketawa kecil sambil membuka dua tangannya selebar-lebarnya menjadi sedepa.
Salah seorang pengawal peribadi Zain menyuruh dua orang remaja tersebut memasuki sebuah kereta berwarna hitam. Zain menaiki salah sebuah kereta berwarna hitam yang berlainan. Tiga kereta berwarna hitam bergerak keluar daripada kawasan bangunan Zain dan meninggalkan kawasan tersebut.
Sejam perjalanan berlalu, tiga kereta hitam bergerak masuk ke dalam parking kenderaan bawah tanah suatu bangunan yang tinggi. Mereka memasuki salah sebuah pintu dan menuruni tangga bergerak ke bawah tanah. Dua orang remaja berjalan menuruni tangga mengikuti pengawal peribadi Zain.
Zain hanya berjalan dari belakang mereka. Tiba di suatu tempat yang juga di bawah tanah, lorong yang gelap namun terdapat beberapa lampu menjelaskan penglihatan di lorong tersebut. Para pengawal peribadi, dua orang remaja lelaki dan Zain terus berjalan melalui lorong gelap tersebut.
Terdapat sebuah pintu berwarna kuning dan dua orang bersenjata di hadapan pintu tersebut. Pintu kuning tersebut tertulis 'Doktor' dengan cat semburan berwarna hitam. Salah seorang pengawal di hadapan pintu kuning yang tertulis doktor itu bertanyakan soalan kepada Zain.
"Ada apa-apa sebarang urusan?" Soal seorang pengawal di hadapn pintu tersebut.
"Aku ada urusan dengan doktor Org. Urusniaga." Kata Zain kepada salah seorang pengawal pintu tersebut.
Salah seorang pengawal pintu tersebut mengetuk pintu itu tanpa perlu menolehkan badan menghadapkan ke pintu. Pintu tersebut dibuka. Muncul dua orang lagi pengawal dari dalam pintu tersebut.
"Pengawal-pengawal dan senjata-senjata di luar. Masuk dengan kosong Siapa engkau ada urusan dengan doktor Org?." Arah salah seorang pengawal dari dalam bilik tersebut.
"Aku Zain dan aku ada bawa dua paus." Kata Zain sambil menunjukkan dua orang remaja lelaki tersebut.
"Zain dan dua paus sila masuk." Kata pengawal dari dalam pintu tersebut.
"Kamu berdua masuk." Arah Zain kepada dua orang remaja tersebut.
Dua orang remaja tersebut kehairanan dan juga terpinga-pinga namun mereka menuruti sahaja lalu memasuki bilik yang serba putih tersebut. Bilik itu bersih dan terdapat beberapa katil di tengah-tengah bilik bersama alatan pembedahan lain.
"Kamu berdua baring di atas dua katil tersebut. Kita akan lakukan pemeriksaan kesihatan." Arah Zain kepada dua orang remaja tersebut.
"Zain, apa yang membuatkan engkau datang ke sini?" Soal lelaki yang berumur dalam lingkungan 50an kepada Zain. Rambutnya putih, jambangnya juga putih. Berwajah petak. Bercermin mata oval berbingkai hitam.
"Doktor Org, saya datang sebagai pembekal. Harga kita bincang kemudian. Saya ada dua paus ini. Sangat menguntungkan doktor." Kata Zain kepada doktor Org.
"Bagus, bagus. Pembantu-pembantu, sila ikat." Arah doktor Org kepada empat orang doktor lelaki yang muda.
Empat orang pembantu lelaki mengikat dua tangan dan dua kaki remaja tersebut pada besi katil hospital dengan tali pinggang PVC berwarna hitam. Dua tangan dan dua kaki milik dua orang remaja itu diikat dengan amat ketat.
"Apa yang awak mahu jual kepada saya?" Soal Doktor Org kepada Zain.
"Doktor keluarkan segala organ yang ada dalam dua orang budak lelaki itu. Saya jual semua organ kepada doktor." Jelas Zain kepada doktor Org.
"Baik-baik, tunggu saya bersedia." Kata doktor Org.
Doktor Org memakai pakaian khas seeprti doktor di dalam bilik pembedahan di hospital untuk melakukan pembedahan ke atas dua orang remaja lelaki tersebut. Zain ditunjukkan oleh salah seorang pembantu lelaki muda untuk duduk di atas sofa yang mahal dan selesa. Zain pun duduk dan menunggu doktor Org untuk beraksi.
"Kalau kita hendak ambil semua, tidak perlu tidurkan dua budak ini." Kata doktor Org dan mengambil scalpel dari meja besi.
"Eh, tidak tidurkan kami? Doktor mahu buat apa dengan saya?!" Soal remaja lelaki kepada doktor Org yang sedang memegang scalpel di hadapannya.
Doktor Org tidak membalas soalan remaja tersebut. Doktor Org segera memotong daging di bahagian perut remaja lelaki tersebut. Remaja lelaki tersebut menjerit kesakitan. Air matanya mengalir dengan amat deras sekali. Remaja lelaki itu tidak dapat menggerakkan tubuhnya kerana kedua-dua belah tangan dan kakinya diikat dengan beberapa ikatan tali pinggan yang ketat. Begitu juga dengan dadanya diikat dengan tali pinggang yang bersaiz besar.
Doktor Org meneruskan pembedahan tanpa menghiraukan remaja lelaki itu meraung kesakitan dan juga meminta tolong disamping memohon doktor Org memberhentikan pembedahannya. Raungan dan lolongan remaja lelaki itu seakan tidak wujud kepada doktor Org.
Darah keluar dengan membuak daripada bahagian pinggangnya yang dibedah oleh doktor Org. Lampu pembedahan menjelaskan lubang pada perut yang dibedah oleh doktor Org. Terzahir buah pinggang kiri remaja lelaki tersebut. Doktor Org tidak melengahkan masa. Pembedahan diteruskan.
Remaja lelaki yang sedang dibedah oleh doktor Org tidak mampu berkata apa-apa melainkan hanya menjerit kesakitan sekuat hati walaupun meneruskan jeritan akan melukakan kotak suaranya. Seorang lagi remaja lelaki yang masih belum dibedah oleh doktor Org turut menjerit namun jeritannya bukan jeritan kesakitan. Jeritannya merupakan jeritan meminta tolong. Merayu dan meminta belas kasihan untuk dilepaskan. Jeritan, tangisan dan rayuannya juga seakan tidak wujud.
Remaja lelaki yang sedang dibedah oleh doktor Org pengsan. Buah pinggang belah kiri berjaya didapatkan oleh doktor Org. Doktor Org memberikan buah pinggang kiri itu kepada salah seorang pembantu lelakinya. Buah pinggan kiri itu disambut oleh pembantu lelaki doktor Org. Buah pinggang kiri itu dibungkus dengan plastik berwarna hitam lalu diikat.
Plastik hitam yang beriisikan buah pinggang kiri itu diletakkan di dalam bekas yang beriisikan ais pada keliling peti plastik berwarna merah itu. Selesai meletakkan buah pinggang yang dibungkus dengan plastik hitam, perlahan-lahan pembantu itu meletakkan ais di atas bungkusan plastik tersebut agar tidak merosakkan organ tersebut. Kini bungkusan plastik itu dikelilingi ais batu yang sejuk, ditutup dengan penutup peti plastik berwarna merah itu.
Doktor Org mengubah kedudukannya dan kini berada di sebelah kanan katil remaja lelaki yang sedang dibedahnya itu. Pinggang bahagian kanan remaja itu pula dibedah oleh doktor Org. Luka pembedahan di bahagian pinggan kiri tidak ditutup kembali oleh doktor Org dan dibiarkan terbuka luka pembedahan tersebut. Remaja tersebut kembali terjaga daripada pengsan dan kembali menjerit kesakitan.
Seorang remaja lelaki yang berbaring di katil lain menangis meminta tolong. Menyedari bahawa ajalnya semakin dekat. Hanya mampu menangis dengan memejamkan mata. Tidak dapat mengesat air mata menggunakan tangan kerana kedua-dua belah tangan dan kaki diikat ketat dengan tali pinggang PVC bersama dengan dadanya pada katil hospital.
Zain pula hanya bersahaja mencapai satu lipatan surat khabar lalu membacanya dalam keadaan bilik pembedahan haram itu diisikan kebisingan jeritan remaja lelaki tersebut yang sedang dibedah oleh doktor Org. Zain kelihatan sedikit pun tidak terganggu dengan jeritan tersebut. Empat pembantu lelaki doktor Org hanya memandang doktor Org melakukan pembedahan bagi mengeluarkan buah pinggan kedua remaja lelaki tersebut dengan kelihatan sungguh khusyuk membedah.
Setelah beberapa jam berlalu, Zain terbangun dari tidurnya di sofa bilik menunggu semasa menunggu pembedahan doktor Org dengan tidur secara duduk. Zain memandang keadaan sekeliling. Dua orang pengawal peribadinya sedang duduk di kiri dan kanan Zain menunggu Zain untuk bangun daripada tidur.
"Sudah selesai?" Soal Zain kepada dua orang pengawal peribadinya.
"Sudah, mereka hanya membenarkan kami berdua untuk menjaga boss ketika boss sedang berada di dalam. Boss Zain tertidur dalam keadaan terduduk di sofa dalam bilik menunggu. Kami pun tunggu sehingga selesai pembedahan dua orang budak tersebut." Jelas pengawal peribadi Zain yang duduk di sebelah kanan Zain.
"Zain pembedahan sudah selesai." Kata doktor Org yang sudah menyalin pakaiannya dengan pakaian yang baharu.
"Bagaimana? Ada apa-apa organ yang rosak?" Soal Zain kepada doktor Org.
"Tidak ada apa-apa yang rosak. Semuanya elok sahaja dari dua biji mata sehingga dua biji buah pinggang." Jelas doktor Org kepada Zain.
"Boleh saya dapatkan bayaran pada waktu sekarang juga?" Soal Zain kepada doktor Org.
"Sudah tentu boleh. Tiada masalah." Jawab doktor Org akan permintaan Zain.
Doktor Org beredar manakala empat orang pembantu doktor Org sedang membersihkan tempat pembedahan tersebut. Mayat dua orang remaja dibungkus ke dalam beg plastik mayat yang berwarna hitam lalu ditutup dengan zip setelah selesai.
Share this novel