File 1 : Bahagia

Crime Completed 277

Seorang doktor wanita menolak katil seorang pesakit yang sedang sarat hamil dan hampir tiba masanya untuk bersalin membawa pesakit tersebut ke wad bersalin diikuti empat orang jururawat juga membantu menolak katil hospital beroda pesakit wanita yang perutnya yang membulat besar.

Berpeluh-peluh wanita itu dan riak wajahnya menahan kesakitan yang terperi sakitnya. Salah seorang jururawat yang menolak katil itu menenangkan wanita itu memintanya bersabar dan menahan sakit kerana sebentar lagi akan bermulanya proses bersalin.

Wanita itu bersabar dan cuba menahan kesakitan dengan mengambil nafas dengan cara yang teratur sambil diajarkan dan ditenangkan secara lembut serta perlahan-lahan oleh seorang jururawat yang tersangat ayu dan tenang orangnya.

Dua orang jururawat menolak pintu wad bersalin dengan cepat lalu menahan kedua-dua pintu wad bersalin yang besar berat dan berwarna kuning itu dari tertutup dan menghalang untuk memasukkan pesakit ke dalam wad bersalin. Pesakit wanita yang berbaring di atas katil itu dimasukkan ke dalam wad bersalin.

Setelah pesakit hamil sudah dimasukkan ke dalam wad pesakit, dengan segera troli besi yang berkilat dan mempunyai alat-alatan diatasnya tersusun rapi ditolak berdekatan hujung katil pesakit hamil. Doktor wanita itu memeriksa keadaan pesakit wanita itu.

“Puan ada apa-apa komplikasi kelahiran sebelum ini? Lahir normal?” Soal doktor wanita itu kepada pesakit wanita hamil itu.

“Tiada. Lahir normal.” Kata pesakit tersebut sambil menahan kesakitan.

“Baiklah. Boleh bersalin secara normal. Mulakan prosedur." Kata doktor wanita itu.

Tangisan bayi yang kuat kedengaran memecah kesunyian malam gelap hening itu. Ruang koridor hospital dan bilik jururawat dipenuhi suara bayi yang menangis begitu kuat. Bayi lelaki itu dibalutkan kain tuala putih yang gebu dan tebal meninggalkan yang terdedah hanyalah wajah bayi itu. Jururawat berwajah manis itu memberikan bayi itu kepada pangkuan ayahnya. Bayi lelaki itu disambut dengan penuh kelembutan kepada pangkuan ayahnya.

Ayahnya mengambil bayi lelaki itu lalu tersenyum gembira kepada anaknya yang masih bayi. Si isteri yang terbaring di atas katil kepenatan kerana baru sahaja bersalin melahirkan bayi lelaki itu.

Kecil sungguh bayi lelaki itu. Ayah bayi lelaki itu mengendongnya dengan perlahan dan kemas. Si isteri tersenyum lemah melihat suaminya mengendong bayi lelaki itu. Kedua-duanya gembira bahagia mendapat anak lelaki. Mereka berdua berasa merekalah pasangan yang paling bahagia dan paling bertuah sekali di atas dunia ini.
________________________________________________________________

“Tahniah tuan dan puan!” Bersorak gembira barisan jururawat manakala doktor wanita memberikan kepada si ayah untuk menerima hadiah jambangan bunga dan disertai barang-barangan yang lain seperti alat menyusu bayi, pampers bayi, pakaian bayi dan banyak lagi yang berada dalam bungkusan plastik yang membaluti bakul rotak yang cantik dihias itu.

Si isteri memberikan senyuman dan mengucapkan terima kasih kepada barisan jururawat dan juga kepada doktor wanita tersebut. Sebuah kereta limosine berwarna hitam berkilat dan terdapat patung besi harimau kecil sebagai mercu logo kereta itu berhenti di hadapan pintu masuk hospital.

Pemandu kereta itu keluar dari kereta lalu membukakan pintu belakang dan menunjukkan bahasa isyarat yang bermaksud mempersilakan suami isteri itu menaiki kereta hitam itu.
Sepasang suami isteri itu menaiki kereta limosine hitam itu. Pintu belakang penumpang kereta itu ditutupkan oleh pemandu kereta tersebut. Pemandu kereta kembali ke tempat pemandu. Kereta bergerak meninggalkan hospital swasta berkenaan.
________________________________________________________________

Syarikat Feng, syarikat nombor dua paling besar di negara Malaysia. Syarikat yang  ditubuhkan lebih awal sebelum merdekanya Tanah Melayu dengan nama ‘Malaysia’ pada tahun 1957. Syarikat ini melakukan aktiviti eksport dan entreport.

Kebanyakan jentera-jentera perindustrian dikeluarkan dan dijual oleh syarikat Feng secara meluas di seluruh dunia. Mesin-mesin pembuatan simen, mesin-mesin memproses bijih timah, mesin-mesin perlombongan, mesin-mesin menggali tanah, mesin-mesin pemotongan besi, serta pengeluar jentera-jentera kerja pembangunan secara meluas ke seluruh dunia.

Syarikat ini banyak mengambil kontrak kerajaan dalam menguruskan pekerja asing dari luar negara kerana dipercayai dengan mempunyai bukti kerja serta kertas kerja yang jelas dan telus. Syarikat Feng juga yang telah membantu negara Malaysia dengan mengurangkan beban Jabatan Imigresen.

Syarikat Fang membantu dalam pengesahan rekod pengambilan pekerja-pekerja asing dari negara China dan India dalam akibat kekurangan pekerja untuk kerja-kerja pembangunan, perlombongan dan menjalankan industri dalam negara.

Syarikat Feng diwarisi secara turun-temurun oleh keturunan Feng. Pengarah syarikat Feng kini merupakan encik Feng Guang Hu. Encik Guang Hu seorang yang berkarisma dan berkaliber. Bukan seorang pengarah, bukan seorang ketua, bukan sahaja seorang ketua di dalam syarikat.

Encik Guang Hu merupakan seorang pemimpin yang membantu rakan sekerja dan memberikan tunjuk ajar kepada sesiapa sahaja mahupun rakan sekerja dan pekerja syarikat yang diwarisinya.

Encik Feng Guang Hu mula memegang syarikat pada tahun 1990 apabila ayah saudaranya memberikan jawatan pengarah kepadanya ketika umur 25 tahun walaupun encik  Feng Guang  Hu bukanlah anak kandungnya namun oleh kerana kasih sayang ayah saudaranya ke atasnya tidak terhingga, encik Guang Hu mendapat mewarisi syarikat Feng yang nombor kedua terbesar di Malaysia.

Encik Guang Hu merupakan anak jagaan ayah saudaranya manakala kedua-dua ibu ayahnya bekerja di luar negara ketika encik Guang Hu masih kecil, London, England. Ayah encik Guang Hu bekerja sebagai setiausaha usahawan orang putih manakala ibunya bekerja sebagai pensyarah di Universiti London. Kedua-dua ibu ayahnya adalah orang berbangsa cina dan mereka berdua dijodohkan bertemu dan berkahwin di England sebelum kelahiran encik Guang Hu.

Apabila encik Guang Hu dilahirkan dan dibesarkan di England, tibanya encik Guang Hu berumur 6 tahun ayah saudaranya, encik Feng Bo An mengambilnya di lapangan kapal terbang negara England. Encik Guang Hu merupakan anak sulung daripada dua belas adik beradik. Encik Guang Hu dan lima adik beradik terawal diambil ayah saudaranya lalu dibesarkan di Malaysia apabila mencapai umur enam tahu. Enam beradik yang lain pula dibesarkan di England.

Seterusnya ibu ayah encik Guang Hu dan enam adik beradik termudanya kembali ke Malaysia setelah ibu ayah encik Guang Hu berpencen. Kemudian Encik Guang Hu menuntut pelajaran sebaik sahaja mencapai usia 16 tahun di England, aliran kewangan dan perniagaan namun apabila tamat belajar, encik Guang Hu pulang ke Malaysia semula untuk mempraktikkan ilmu kewangan dan perniagaannya yang ada padanya dengan membantu ayah saudaranya bagi meringankan beban.

Encik Guang Hu bersama dengan ayah saudaranya menguruskan syarikat Feng yang tertua dan kedua terbesar di negara Malaysia itu.

Ayah saudaranya mewarisi syarikat Feng daripada datuknya kerana keperibadian ayah saudaranya yang mulia dan amanah. Encik Guang Hu bekerja sebagai pembantu setiausaha syarikat Feng yang diuruskan oleh ayah saudaranya. Banyak perkara yang telah encik Guang Hu belajar daripada ayah saudaranya dan juga rakan sekerja ayah saudaranya.

Kisah ini bermula sebelum encik Guang Hu mengambil alih syarikat yang diuruskan oleh ayah saudaranya.
________________________________________________________________

Guang Hu sedang duduk di dalam pejabat pada waktu petang. Gigih bekerja menyelesaikan mana yang perlu diselesaikan sebelum tibanya tarikh tamat kontrak projek. Seorang lelaki menghampiri Guang Hu dengan berjalan ke arahnya di dalam pejabat. Tiba-tiba secawan air teh diletakkan di atas meja di sebelah kiri Guang Hu.

“Opocot emak engkau!” Melatah Guang Hu.

Seorang lelaki berbangsa melayu yang kurus kering dan tinggi lampai yang telah meletakkan secawan kopi di sebelah kanannya di atas meja tersenyum pada Guang Hu.

“Ya Allah, terkejut aku Fikri, lain kali panggil nama aku sebelum berikan segelas air. Kan aku sudah melatah teruk tadi. Nasib baik orang lain sudah balik, kalau tidak, malu aku.” Bebel Guang Hu.

“Alahai nama tuhan aku juga engkau sebut, baik-baik aku akan panggil nama engkau sebelum menerjah engkau, haha.” Tertawa Fikri.

“Eish engkau ni, mengapa engkau masih belum pulang?” Soal Guang Hu kepada Fikri.
“Sengaja aku pulang lambat, aku baru sahaja siapkan kerja sebentar tadi. Aku fikir hendak buat air sambil-sambil menikmati pemandangan bandar Kuala Lumpur ini sebelum pulang ke rumah.” Jelas Fikri lalu dia menarik kerusi di meja bersebelahan meja Guang Hu.

“Engkau pula, kenapa masih belum pulang ke rumah?” Soal Fikri kepada Guang Hu.

“Biasalah, aku bekerja jadi pembantu setiausaha yang merupakan rakan ayah saudara aku. Banyaklah kerja yang perlu aku lakukan.” Guang Hu berleter.

“Okay lah tu, lama-kelamaan engkau pula jadi setiausaha, dan In Sya Allah tidak lama lagi engkau akan menjadi pengurus syarikat ini. Bersyukurlah. Aku pula masih bekerja makan gaji daripada engkau yang senang terus naik pangkat. Apa hubungan engkau dengan ayah saudara engkau?” Tambah soalan kepada Fikri.

Dari bekerja kaunter, naik pangkat kerja menjadi manager di tingkat bawah, selepas itu menjadi senior, kerja sama pangkat dengan aku dan sekarang ini, engkau punya gaji dan pangkat lebih tinggi daripada aku haha.” Senyum lebar Fikri yang cuba menggembirakan Guang Hu kerana melihat Guang Hu yang stress dengan kerja yang terlalu banyak.

“Aku sebenarnya dibesarkan oleh ayah saudara aku sejak aku umur 6 tahun kerana ibu ayah aku kerja di luar negara.” Cerita Guang Hu.

“Negara mana?” Soal Fikri.

“England.” Jawab Guang Hu.

“Ooooh England. Jauhnya.” Kata Fikri.

“Iyaaa, dari aku kecil sehinggalah aku habis sekolah menengah aku hidup dibesarkan oleh ayah saudara dan emak saudara aku dengan sepupu aku yang tiga orang dan adik beradik aku yang 6 orang termasuk aku sampailah ibu ayah aku pencen.” Ulas Guang Hu.

“Pelbagai perkara ayah saudara dan emak saudara ajarkan kepada anak-anak mereka, aku dan adik beradik aku. Mereka berdua sanggup jaga kami semua. Bagaimana hendak jadi pelajar cemerlang, tunjukkan jalan hala tuju. Sedarkan kami tentang hal kehidupan serta ajar kami bagaimana hendak jadi dewasa. Aku dengan ayah saudara akulah paling rapat sekali.” Cerita Guang Hu mengenai keakrabannya dengan ayah saudara.

“Banyak aku luangkan masa dengan dia bersama-sama anak sulung dia. Sememangnya anak sulung perlu diberikan didikan lebih supaya jadi contoh kepada adik beradik yang lain cuma anak sulung dia lebih nakal daripada aku.” Tambah Guang Hu.

“Yelah. Dah nama pun anak dia. Kena marah macam mana pun tak makan saman. Anak kandung sendirikan. Lainlah aku dan adik beradik aku. Kami bukan anak mereka, jadi kami mendengar kata dari A hingga Z. Minta apa pun tidak pernah kerana segan. Bukan ibu ayah kandung sendiri.” Cerita lebar Guang Hu.

“Bila engkau sudah besar, engkau belajar mana?” Soal Fikri.

“Oh, Ibu ayah aku duit banyak jadi, mereka hantarkan aku ke England semula untuk sambung belajar aliran kewangan dan perniagaan. Lama aku belajar di sana. 5 tahun. Sebelum masuk universiti London, aku belajar di kolej inggeris.” Guang Hu menceritakan pengalamannya.

“Kolej swasta orang british namun yang orang-orang yang belajar di dalam kolej itu hanyalah majoritinya berbangsa cina seperti aku dan minoritinya orang melayu macam engkau. Di situ lah aku belajar macam-macam.” Tambahnya.

“3 tahun belajar di kolej. Bahasa inggeris, matematik, accounting, perdagangan, dan subjek ekonomi. Habis graduasi, aku terus pergi England. Aku fikir hendak mula berniaga atau bekerja tetapi ibu ayah aku larang. Teruslah aku belajar di England. Habis belajar 5 tahun, terus aku balik Malaysia dan kerja dengan ayah saudara aku.” Luah Guang Hu.

“Oooooh.” Ujar Fikri terpegun mendengar cerita Guang Hu.

“Engkau pula?” Soal Guang Hu kepada Fikri.

“Aku? Aku sekolah agama islam pondok je. Belajar bahasa melayu, bahasa arab, belajar agama islam, menelaah kitab-kitab, hafal al-Qur’an sikit-sikit sehinggalah aku umur 12 tahun. Seterusnya barulah aku belajar sekolah menengah.” Fikri bercerita pula dengan Guang Hu.

“Habis sekolah menengah terus aku kerja. Aku kerja dengan syarikat biasa-biasa seperti kilang beras, kilang biskut, pejabat pos, kerja kerani sekolah rendah sehinggalah dapat kerja di sini dengan engkau. Aku biasa-biasa sahaja hidup aku. Orang susah.” Cerita Fikri.

“Ouh begitu. Berbeza sungguh hidup kita.” Ujar Guang Hu.

“Iya benar. Ada yang lebih susah daripada aku. Aku kira masih bertuah hidup rumah batu kerana mak ayah aku kerja kerajaan. Rumah sewa pun rumah milik kerajaan. Orang lain hidup dalam rumah pondok kayu kecil.” Kata Fikri dengan nada melankolik.

“Makan pun beras bahagi ikut butir-butir nasi. Berlaukkan minyak dan kicap namun besar menjadi orang, hidup dalam keberkatan tiada tersemat kesombongan dalam hatinya yang kehambaan kepada tuhan.” Luah kisah lama Fikri ketika kecil, orang lain hidup dalam kemiskinan.

“Baguslah.” Guang Hu berfikir sejenak memikirkan hidupnya yang sangat bertuah.

“Guang Hu. Lebih baik engkau pulang. Engkau ada anak dan isteri. Luangkan masa dengan mereka. Jika engkau tidak pernah mendapat kasih sayang secara fizikal sekalipun daripada ibu ayah engkau, engkau berilah anak-anak engkau dapat merasa kasih sayang daripada ibu ayah mereka.” Pesan Fikri.

Guang Hu tersenyum malu. Pintar dan petah sungguh dia berkata-kata. Guang Hu menghabiskan air teh yang terdapat di dalam cawannya lalu menyimpan dokumen yang ada pada komputer lalu menyusun kertas-kertas dan fail-fail yang berselerak di atas meja.

Setelah selesai mengemas meja, Guang Hu meletakkan kerusi di bawah meja lalu menoleh ke arah Fikri yang masih duduk bersahaja meminum air memandang ke luar tingkap.

“Engkau tidak mahu pulangkah? Engkau ada anak dan isteri juga kan?”

“Iya? Haah, iya betul. Jam 5.30 petang nanti aku keluarlah dari pejabat. Aku hendak menikmati minuman sambil memandang pemandangan Kuala Lumpur dari tingkat tinggi ini. Lagipun isteri aku bekerja sebagai jururawat, dia tamat kerja jam 6.30 petang. Anak aku ada di nurseri berdekatan hospital di mana isteri aku kerja. Aku berehat-rehat mengosongkan minda terlebih dahulu.” Jelas Fikri.

“Baiklah, aku pulang ke rumah terlebih dahulu. Jumpa esok.” Guang Hu beransur daripada tempat kerja tersebut.

“Jumpa esok. Hati-hati pulang.” Ucap Fikri kepada Guang Hu.

Guang Hu menekan butang elevator. Menunggu elevator tiba di tingkat 30. Elevator tiba di tingkat 30 setelah hampir 40 saat berlalu. Guang Hu memasuki elevator lalu menekan butang turun dan tingkat G. Elevator menutup pintu secara automatik dengan perlahan lalu menuruni tingkat demi tingkat.
________________________________________________________________

“Lambat abang ambil.” Tegur isterinya, puan Jun Zi.

“Minta maaf, abang ada banyak kerja.” Guang Hu meminta maaf kepada isteri tercinta.

“Jom pulang, ambil anak-anak.” Kata puan Jun Zi.

“Baiklah. Rindu dengan anak-anak sekarang ini.”

“Saya? Rindu tak?” Soal puan Jun Zi setelah mereka berdua menaiki kereta.

“Eish, kalau x rindu, memang tidaklah saya nak ambil bawa balik.” Senyum sinis Guang Hu bergurau dengan isterinya.

“Abang niiiii.” Puan Jun Zi mencubit Guang Hu sekuat kepitan seekor ketam.

“Aw aw aw! Sakit!” Teriak Guang Hu apabila dicubit puan Jun Zi.

Kereta Limosine berwarna putih berkilat yang senyap tidak mendengar sebarang bunyi enjin atau deruman enjin memasuki tempat meletakkan kenderaan di hadapan rumah agam berwarna putih megah besarnya bagaikan istana. Kereta limosine berwarna putih itu berhenti di tempat meletakkan kereta.

Enjin kereta dimatikan. Pintu kereta pemandu dibuka. Guang Hu berpakaian serba hitam manakala isterinya berpakaian gaun serta topi matahari serba putih cantik yang menawan hati sesiapa yang melihatnya. Guang Hu membuka pintu belakang.

Hua Jiao, anak perempuan sulung Guang Hu terbangun dari tidur secara duduk di tempat penumpang belakang. Shen Yi anak lelaki nombor dua Guang Hu terbangun dari menyandarkan kepalanya pada bahu kakaknya. Jun Weici anak perempuan bongsu Guang Hu pula masih tidur nyenyak berbantalkan paha Shen Yi.

“Hua Jiao, Shen Yi, Jun Weici, bangun-bangun. Kita sudah sampai” Kata Guang Hu sambil tersenyum kepada anak-anaknya.

“Ayah, kita di mana sekarang ini?” Soal Hua Jiao kepada ayahnya.

Shen Yi menggosok kedua-dua belah matanya dengan sepasang tangan. Matanya yang sepet dibesarkan agar penglihatan sekeliling jelas. Shen Yi masih mamai. Tidak tahu apa yang terjadi. Jun Weici masih tidur.

Hua Jiao bangun lalu keluar dari kereta limosine putih itu. Diikuti Shen Yi yang masih terhuyung-hayang berjalan keluar dari kereta. Jun Weici tersedar namun menyambung tidurnya yang sedap pada kerusi kereta itu. Badannya tidak stabil apabila sedang berdiri. Hua Jiao memegang kedua-dua belah bahu Shen Yi yang masih mamai dengan sepasang tangan.

Guang Hu memasukkan separuh badan di bahagian tempat duduk belakang kereta bagi mencapai Jun Weici. Jun Weici diangkat lalu didukung oleh ayahnya. Jun Weici menyambung tidurnya bersandarkan kepalanya pada bahu ayahnya. Nyenyak sekali Jun Weici tidur.

Encik Guang Hu mendukung Jun Weici lalu berjalan sehingga ke hadapan pintu gerbang rumah agam putih itu. Shen Yi mulai sedarkan diri apabila kakaknya, Hua Jiao membantunya dengan memimpinnya berjalan kaki kerana Shen Yi mamai teruk.

Guang Hu mengeluarkan anak kunci lalu memasukkannya ke dalam lubang kunci pintu gerbang itu. Anak kunci dipulas. Guang Hu menolak palang tombol pintu ke bawah. Pintu gerbang ditolak. Hua Jiao berlari masuk ke dalam rumah agam itu.

“Akak, abang. Buka kasut dahulu! Kotor rumah nanti.” Pesan Guang Hu kepada kedua-dua anaknya yang sangat teruja mendapat rumah baru yang besar megah seperti istana.

Kedua-dua anaknya akur lalu menanggalkan sepasang kasut. Shen Yi pantas menanggalkan kasut lalu meletakkan di hadapan pintu.

“Shen Yi, letak di dalam rak kasut di situ.” Arah ayahnya.

Shen Yi akur akan arahan ayahnya itu. Sepasang kasut ditanggalkan dari kakinya. Kakak Shen Yi terlebih dahulu meletakkan kasut di rak kasut daripada Shen Yi kerana Hua Jiao mempunyai personaliti yang terpuji.

Hua Jiao adalah seorang gadis yang teratur dan lembut orangnya. Shen Yi pantas meletakkan kasut di dalam rak kasut itu setelah kakaknya yang juga meletakkan kasut lebih awal darinya
Ruang dalam rumah agam itu amatlah luas. Bagaikan istana diraja. Hampir seluruh di dalam ruang rumah agam itu berwarna putih. Lantai merupakan lantai mozek marble putih berkilat sejuk yang ada sedikit corak-corak warna hitam.

Karpet pintu masuk yang panjang ke arah tangga ke tingkat kedua yang boleh dilihat dari pintu hadapan. Almari kayu hiasan berwarna coklat dan jalur-jalur keemasan berada di hadapn dinding-dinding yang kosong merupakan dinding pemisah antara setiap ruang besar tingkat bawah itu seperti ruang dapur, ruang televisyen dan ruang tamu.

Di bahagian kiri boleh kelihatan ruang tamu dan ruang televisyen. Ruang televisyen yang bersebelahan dan hadapan ruang tamu lebih kecil ruangnya berbanding ruang tamu.

Ruang televisyen itu kelihatan ceria kerana terdapat kerusi bulat empuk berwarna hijau epal dan jingga buah oren. Almari buku kayu berkaca berwarna biru cerah langit itu sangat menyejukkan mata.

Dinding ruang televisyen itu pula bersilih ganti warnanya dengan warna kuning, merah, biru langit dan kelabu cerah. Hua Jiao dan Shen Yi berlari meninggalkan kedua ibuayah mereka memasuki ruang tamu.

“Hei! Kamu berdua! Jangan berlari! Hati-hati! Jatuh nanti!” Marah puan Jun Zi kepada anak-anaknya yang tiba-tiba sahaja berlari tanpa memikirkan keselamatan diri.

Mereka berdua sedikit ternganga dan teruja melihat terdapat air terjun kecil di dalam ruang tamu itu. Air terjun buatan berkaca dan berkuasa elektrik itu bersambung dan menurunkan air dari tingkat atas. Kedengaran bunyi air terjun buatan berkuasa elektrik itu yang sangat menenangkan dan menyenangkan.

“Waaaah ada ikan juga!” Kata Shen Yi.

“Mana-mana?” Hua Jiao terpinga-pinga mencari ikan di bahagian atas sedangkan Shen Yi melihat di bawah kaca plastik air terjun buatan itu terdapat kolam bersaiz sederhana yang terdapat objek-objek, hidupan-hidupan rumpai dan ikan berwarna ceria dan banyak mainan-mainan berbentuk seperti gua, rumah mainan dan batu-batu yang berpelbagai bentuk.

“Sinilah kakak.” Kata Shen Yi dengan memandang ke arah kakaknya.

“Oh, sini!” Tersedar Hua Jiao.

Kedua-duanya kagum gembira. Mendapat rumah yang bentuk dan saiznya bagaikan istana diraja tersegam indah menyerlah. Guang Hu tersenyum apabila melihat isterinya duduk di sofa ruang tamu setelah menanggalkan kasutnya. Guang Hu berjalan kepada isterinya lalu memegang bahu isteri. Puan Jun Zi turut tersenyum melihat anak-anak lalu memegang tangan suaminya penuh kelembutan.

Pada sebelum ini, Guang Hu dan Puan Jun Zi serta anak-anak membesar dan membina keluarga di rumah sewa teres dua tingkat. Rumah sewa sebelum ini kecil namun mempunyai dua tingkat.

Guang Hu menjadi pembantu pengarah ayah saudaranya dan berkerja keras sebelum ini namun atas pesanan ayah saudaranya, Guang Hu dipesan untuk melayani keluarga dan meluangkan masa yang banyak dengan keluarga setelah penat berusaha sehingga menjadi pembantu pengarah syarikat.
________________________________________________________________

“Apa engkau hendak buat sekarang ini selepas mendapat jawatan pembantu pengarah?” Soal Fikri kepada Guang Hu.
“Aku ingin meluangkan masa aku dengan keluarga. Gaji besar aku dapat sebagai pembantu pengarah syarikat dan juga aku mendapat beberapa saham percuma yang diberikan oleh ayah saudara aku. Engkau ada apa-apa cadangan untuk aku? Bagaimana aku hendak uruskan syarikat? Apa aku perlu lakukan setelah mendapat duit yang sangat banyak?” Soal Guang Hu kepada Fikri.

“Pada pendapat aku, engkau hantarkanlah anak engkau belajar di mana-mana. Utamakan pendidikan anak. Harta boleh habis, ilmu boleh bertumbuh dan membuah. Duit engkau yang banyak itu gunakan untuk pelaburan.” Fikri memberikan buah ideanya kepada Guang Hu.

“Engkau sumbangkanlah duit kepada peniaga-peniaga kecil. Tidak terhad kepada duit, engkau beri sumbangan melalui memberi alat-alatan yang diperlukan oleh seseorang peniaga kecil. Jika engkau berminat, engkau sendiri boleh buka kedai runcit dan beberapa cawangan kedai runcit di kawasan pedalaman kampung.” Cadang Fikri.

“Uish, bagus juga cadangan engkau.” Kagum Guang Hu.

“Ingat ini, duit yang kita dapat bukan sahaja milik kita. Dalam duit kita ada hak untuk orang lain. Orang fakir miskin, anak-anak yatim, dan orang-orang yang sedang giat berniaga seperti peniaga dan usahawan.” Tambah Fikri.

“Baiklah. Aku cuba. Terima kasih atas cadangan.” Kata Guang Hu kepada Fikri.

“Sama-sama.” Fikri membalas senyuman kepada Guang Hu setelah Guang Hu memberikan senyuman kepadanya.

Kereta hitam mewah dan mahal berjenama luar negara dan dalam negara memenuhi tempat meletakkan kereta. Ramai orang berkerumun dengan berbaju formal serba hitam. Hari itu hujan.

Bukan sahaja cuaca yang hujan malahan setiap pemilik jiwa perasaan turut hujan. Ramai yang meratap dan hanya termenung. Ada yang menundukkan wajah sebagai sebagai tanda hormat. Hari itu, hari yang menyedihkan. Guang Hu meratap pada keranda berwarna hitam yang berisikan tubuh tidak bernyawa milik ayah saudaranya.

Ayah saudaranya diibaratkan ayahnya sendiri yang telah banyak mengajarkan erti kehidupan. Semua bimbingan dan dorongan adalah dari ayah saudara Guang Hu. Menurut pihak pakar kesihatan hospital yang telah membuat autopsi ke atas ayah saudaranya mengatakan bahawa ayah saudaranya meninggal dunia dalam tidurnya. Diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Puan Jun Zi cuba menenangkan Guang Hu. Ayah saudara Guang Hu juga sangat melayani anak-anak dan isteri Guang Hu seperti anak sendiri. Begitu baik dan lembut layanannya terhadap keluarga Guang Hu.

Kebaikan ayah saudaranya mustahil untuk dilupakan. Orang ramai mulai beredar setelah kerana siap dikuburkan. Hua Jiao turut serta bersedih bersama-sama ayahnya. Shen Yi dan Jun Weici memeluk kaki ibunya sambil mendiamkan diri.
________________________________________________________________

“Arwah bekas tuan pengarah tersangatlah baik. Banyak duit dia disumbangkan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah yang miskin, orang-orang miskin di tepi jalan dan berikan hadiah kepada pekerja pada tarikh ulang tahun menyambut hari jadi.”

“Arwah bekas tuan pengarah juga mendengar keluhan pekerja dalam syarikat. Selalu turun padang bertanya khabar. Selalu juga dia belanja makan tidak mengira pangkat, wajah dan usia.”

“Tidak sombong, tidak menghina, berlembut orangnya. Hidupnya tidak mewah, duit yang banyak digunakan untuk menaik tarafkan fasiliti dan rakan syarikat kerjasama dalam suatu projek.”

“Orangnya dihormati dan disegani. Ramai juga rakan arwah hidup mereka berubah kerana perniagaan mereka dibantu oleh arwah sehingga mereka semua berjaya.”

Guang Hu duduk bersendirian di dalam bilik privasinya bangunan syarikat itu. Guang Hu menunduk kepalanya sambil ditongkatkan tangan kanannya pada paha kanan.

Segala ucapan yang telah dikatakan oleh ramai orang mengenai ayah saudaranya, Guang Hu memikirkannya berulang kembali. Timbul rasa pilu diiringi kesedihan sekali lagi.
________________________________________________________________

“Minta maaf, ini wasiat ayah kamu semua. Kami perlu akur kepada polisi syarikat kami.” Kata seorang lelaki kurus berbaju formal hitam sedikit tampan bercermin mata yang memegang fail berwarna hitam terdapat gambar ayah saudara Guang Hu kepada anak-anak ayah saudara Guang Hu.

“Kami ini anak-anak dia. Sudah tentu harta-harta dia akan diwarisi kami bukan?!” Marah salah seorang lelaki dari bulatan meja dipenuhi adik beradiknya dan emaknya yang merupakan isteri kepada ayah saudara Guang Hu.

“Harta ayah kamu akan diberikan kepada masyarakat yang memerlukan. Duit insurans, kami akan berikan kepada ibu kamu berdasarkan wasiat ayah kamu.” Jelas lelaki bercermin mata.

“Minta maaf, syarikat Fang bukan milik ayah saudara kamu, syarikat Fang adalah syarikat persendirian atau kata nama lain, syarikat swasta. Tidak boleh sewenang-wenangnya ditukarkan hak milik.” Ucapan tegas daripada lelaki bercermin mata itu.

Anak sulung kepada ayah saudara Guang Hu menenangkan ibunya yang kesedihan melihat anak-anaknya merebut harta. Anak sulung juga memandang sayu kepada adik beradik yang lain seperti ibunya.

________________________________________________________________

Guang Hu sedang duduk di dalam pejabat membuat kerja di kertas-kertas. Banyak dokumen tersusun tinggi dan kemas di atas mejanya yang perlu disiapkan. Penuh penumpuan Guang Hu mencuba menyiapkan kesemua kerjanya kerana ingin pulang ke rumah dengan cepat. Fikri mengetuk pintu bilik pejabat Guang Hu.

Guang Hu tersedar apabila ternampak Fikri melalui tingkap bilik yang mengetuk pintu memanggilnya. Guang Hu memberikan isyarat keizinan masuk ke dalam bilik pejabatnya kepada Fikri yang melihatnya dari luar melalui tingkap. Fikri mengangguk faham. Tombol pintu dipulas lalu dibuka dan masuk. Pintu kembali ditutup.

“Ya Fikri? Ada apa?” Soal Guang Hu kepada Fikri.

“Ada tetamu. Tetamu tersebut mengatakan dirinya merupakan saudara tuan.” Kata Fikri.
“Tidak perlu panggil aku tuan. Panggil dengan nama je.” Kata Guang Hu.

“Tidak perlulah sampai begitu. Kita sekarang masih waktu bekerja. Biarlah saya memanggil Guang Hu tuan. Waktu bekerja, kita perlu formal.” Kata Fikri.

“Tidak mengapa, buat biasa-biasa sahaja. Kitakan kawan. Kita dalam syarikat, merupakan satu pasukan. Satu keluarga. Kita semua memerlukan antara satu sama lain namun budaya hormat menghormati dan professionalisme tidak boleh sama sekali dilupakan” Kata Guang Hu.

“Baiklah. Saya panggil tetamu masuk ke dalam.” Kata Fikri.

Fikri mempelawa tetamu lelaki itu masuk. Seorang lelaki yang terpancar kesedihan dari wajahnya. Gaya bahasa badannya mempamerkan bahawa dirinya seolah-olah lemah tidak berdaya akibat kesedihan yang melampau.

“Eh, engkau.” Kata Guang Hu kepada lelaki itu sambil terbangun dari tempat duduk.

“Saya beredar dahulu ya.” Fikri meminta diri.

“Eh, tidak perlu. Fikri, engkau duduk bersama aku dengan sepupu aku.” Kata Guang Hu.

“Oh, baiklah kalau begitu.” Jawab Fikri. Fikri menghulurkan tangan mempelawa sepupu Guang Hu untuk duduk di kerusi di hadapan meja pejabat Guang Hu.

“Abang, silakan duduk.” Kata Guang Hu kepada sepupunya itu.

“Terima kasih.” Kata lelaki itu lalu duduk di kerusi tersebut dengan perlahan dan kelihatan lemah.

“Abang, apa hajat abang datang ke mari?” Soal Guang Hu kepada sepupunya.

Sepupunya tersenyum lemah kepada Guang Hu. Guang Hu membalas senyuman namun kepalanya condong ke kanan kerana kehairanan apa kebarangkalian punca abang sepupunya itu tersenyum lemah seakan senyum terpaksa walaupun dalam kesedihan.

“Saya ada perkara hendak beritahu.” Sepupu Guang Hu tunduk ke lantai. Tunduk lemah seakan-akan malu dengan Guang Hu.

“Iya abang? Katakan apa yang mahu katakan. Saya sedia mendengar.” Balas Guang Hu sebagai tanda dia memberikan perhatian kepada abang sepupunya itu.

“Sebenarnya, saya sedih teramat. Sedih sangat-sangat. Adik beradik saya...” Ucapannya terhenti seketika. Dari memandang Guang Hu, pandangannya beralih pula ke lantai. Terasa sebak.

Guang Hu mendiamkan diri, melihat abang sepupunya menundukkan pandangan. Boleh dilihat pada wajah abang sepupunya yang memaparkan kesedihan namun air mata tetap ditahan agar tidak mengalir keluar dari mata ke pipi. Fikri dan Guang Hu saling berpandangan lalu kembali melihat abang sepupu Guang Hu.

“Bolehkah saya mengubah adik-beradik saya? Saya tidak menyangka adik-beradik saya menjadi sedemikian rupa. Berebutkan harta.” Kata abang sepupunya.

Guang Hu terdiam. Tidak mampu berkata apa-apa. Fikri menunjukkan jari telunjuk pada dirinya sendiri lalu menunjukkan ke arah abang sepupu Guang Hu sebagai tanda dia ingin bersuara kepada abang sepupunya.

“Encik, saya faham perasaan encik. Dahulu saya pun tidak menyangka ayah saya memegang harta yang banyak walaupun kami miskin. Mesti ada sebabnya mengapa dia tidak memberitahu hartanya banyak sebegitu.” Fikri membuka bicaranya dengan abang sepupu Guang Hu

“Saya dan saudara-mara juga merebutkan harta ayah saya namun kami semua berbincang perlahan-lahan dan menyatakan tujuan masing-masing atas kerana apa perlu merebut harta. Rupa-rupanya saudara-mara mempunyai hutang dan pelbagai lagi perkara yang perlu dijelaskan dengan duit.” Luah Fikri bagi menenangkan keadaan.

“Langkah yang kami lakukan, kami ambil sejumlah mana yang kami perlukan untuk membayar hutang dan pelbagai lagi perkara yang perlu dibayar merupakan bukan hutan serta perbelanjaan untuk pendidikan anak-anak.” Kata Fikri.

“Keperluan anak-anak bersekolah, belajar di universiti dan lain-lain. Setelah harta dibahagikan mengikut keperluan masing-masing.” Fikri memberikan jalan penyelesaian yang bijak.

Abang sepupu Guang Hu mengangguk faham akan penerangan Fikri dan memebrikan perhatian sepenuhnya. Telinganya bagaikan tempayan yang menadah air hujan.

“Selepas itu barulah harta ayah saya dibahagikan mengikut faraid. Dalam surat wasiat ayah, ayah menyimpan harta untuk pendidikan generasi akan datang. Syukur kepada hadrat ilahi, wasiat ayah ditunaikan. Tidak mengapa, encik. Guang Hu dan saya akan fikirkan.” Fikri menyimpulkan penerangannya kepada abang sepupu Guang Hu.
“Siapa kamu?” Soal abang sepupu kepada Fikri.

Fikri tertawa kecil. Guang Hu hanya tersenyum. Abang sepupu Guang Hu memandang Fikri dan Guang Hu kehairanan.

“Ini Fikri, pembantu pengarah syarikat saya dan juga merupakan sahabat karib saya sejak saya mula bekerja di syarikat yang diuruskan oleh arwah ayah awak.” Jelas Guang Hu.

“Ouh.” Terkejut abang sepupu Guang Hu.

“Begini, saya bantu apa yang saya termampu. Jangan risau. Abang sebagai keluarga saya, masalah abang merupakan masalah saya juga. Kita kan keluarga.” Kata Guang Hu memberi keyakinan kepada abang sepupunya.

“Baiklah, sekiranya begitu, saya amat lega hati mendengarnya.” Abang sepupu Guang Hu sedikit tersenyum. Kata-kata dari Guang Hu dan Fikri melegakan hatinya yang kesedihan sebelum ini.
________________________________________________________________¬

Guang Hu telah melangsaikan pembayaran seluruh keperluan pendidikan anak-anak sepupu-sepapatnya sekaligus. Bukan itu sahaja, hutang-hutang berkaitan rumah dan tanah turut dilangsaikan oleh Guang Hu.

Perbuatan ini melegakan beberapa pihak namun tidak bagi suatu pihak yang lain. Sebahagian besar adik beradik abang sepupu berpuas hati kerana mereka tidak lagi perlu mengeluarkan duit bagi membayar hutang ansurans pembelian rumah dan tanah.
Guang Hu telah melangsaikan kesemuanya sebelum mereka semua sempat melangsaikannya. Tanpa Guang Hu, urusan tersebut mengambil masa berpuluhan tahun untuk dilangsaikan hutang tersebut.

Sebahagian kecil adik beradik abang sepupu Guang Hu masih lagi tidak berpuas hati dengan apa yang mereka telah terima. Jutaan duit dikeluarkan bagi membayar hutang rumah dan tanah adik beradik abang sepupu dilakukan namun masih sebahagian kecil daripada mereka belum berlapang dada dan masih tamak.

Mereka bertiga mahukan syarikat yang diuruskan oleh mendiang ayah mereka yang kini diwariskan kepada Guang Hu dan diuruskan oleh Guang Hu sendiri. Mereka tidak mengenali erti syukur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience