File 2 : Mula

Crime Completed 277

Seorang budak lelaki berlari mengelilingi padang bola sepak. Berlari dengan pantas. Kaki yang kuat memijak tanah dan menolak badan. Kelajuannya diibaratkan angin yang meniup menjelajah seluruh pelusuk dunia dengan pantas dan tanpa batasan. Berlari-lari dan terus berlari.

Bagaikan dikejar sesuatu namun reaksi wajah budak lelaki itu tenang menumpukan sepenuh perhatian pada lariannya. Tangannya laju mengayuh sambil tangan kirinya menggenggam sebatang besi silinder yang kosong ditengahnya. Baton berwarna biru dipegang dengan erat sambil berlari.

Seorang budak lelaki berbaju rumah sukan warna merah berlari dengan tersangat pantas memegang baton berwarna merah melepasi budak lelaki berbaju rumah sukan warna biru itu. Semakin hampir dengan garisan penamat.

Budak lelaki berbaju biru itu berlari pecut mengerahkan segala kudrat dan tenaga dalam lariannya untuk memotong pesaingnya yang berbaju merah. Dengan hanya sekali pecutan, lelaki tinggi berbaju merah yang berlari bersebelahannya itu meninggalkannya lalu berlari dan menjadi orang yang pertama tiba di garisan penamat.

Rumah sukan warna merah memenangi larian 4×100meter. Shen Yi menundukkan badannya mengambil nafas yang teratur. Shen Yi mendapat tempat kedua. Pemenang larian 4×100m yang lebih tinggi dari ketinggian Shen Yi menghulurkan tangan kepadanya. Shen Yi mengambil tangannya lalu bersalaman. Kedua-dua mereka tersenyum. Berlapang dada setelah melakukan persaingan sukan yang sihat.

Sekolah swasta Adam Smith. Sekolah swasta inggeris sangatlah meriah dengan suara kanak-kanak lelaki dan perempuan yang sedang menikmati kehidupan sekolah rendah mereka.

Mereka semua hidup dengan kebebasan. Menikmati kehidupan sebagai pelajar sekolah swasta. Boleh menggayakan rambut mereka lelaki dan perempuan, belajar di mana-mana sahaja tanpa ada halangan dan juga boleh bermain sebelum masuknya waktu kelas.

Shen Yi sedang mandi dalam bilik air tandas lelaki. Seusai mandi, badan dilap kering dengan tuala berwarna putih lalu memakai baju pendidikan jasmani dan berseluar slack berwarna hitam dan dikemaskan dengan tali pinggang yang mempunya logo sekolah di kepala tali pinggang.

Kelihatan megah dan segak apa bila Shen Yi berpakaian kemas seperti orang dewasa yang matang. Shen Yi keluar dari tandas lelaki sambil membawa beg plastik berisikan baju kotor dan manakala tuala basah dikepitkan dan digantungkan dengan penyangkut baju. Barangannya diletakkan di belakang kelas dengan kemas dan tuala disidai juga dibelakang kelas di tempat ampaian belakang kelas yang disediakan.

Shen Yi masih tidak berpuas hati. Dia masih tidak boleh berhenti teringat akan kekalahannya dalam sukan larian 4×100meter. Shen Yi memikirkan dirinya yang tidak cukup tinggi, langkah lariannya yang tidak besar dan merasakan dirinya tidak puas berlari walaupun Shen Yi telah berusaha sehabis baik namun tetap kalah.

Sukar untuk Shen Yi menerima hakikat setelah dia telah berlari bersungguh-sungguh dan fokus dengan komitmen yang sangat tinggi dalam aktiviti sukan larian. Mengeluh sendirian.

“Tahniah Shen Yi! Shen Yi mendapat tempat kedua puluh dalam senarai pelajar cemerlang keputusan peperiksaan percubaan darjah enam sekolah swasta Adam Smith!” Puji guru kelas wanita Shen Yi kepadanya.

“Woah bukan mudah untuk mendapat ranking top 20!” Kata Jack, budak lelaki berbangsa inggeris yang fasih berbahasa melayu.

“Terima kasih. Aku rasa, aku serba kekurangan. Tidak cukup bijak dalam pelajaran, tidak cukup hebat dalam bersukan malahan aku tidak mempunyai bakat untuk menjadi pemimpin. Hendak menjadi pengawas pun tidak layak.” Luah Shen Yi.

“Bagaimana hendak menjadi pengawas? Engkau pun tidak suka baju pengawas. Wajib memakai vest dan tali leher. Sudah tentu panas memakai pakaian tersebut. Engkau pun memang tidak suka cara peraturan pakaian pengawas.” Kata Jack dengan jujur.

“Betul itu.” Shen Yi tertawa kecil.

Shen Yi menyandarkan badannya pada kerusi plastik yang mempunyai kusyen pada tempat duduk dan tempat letak tangan. Sangat selesa. Semua perkara Shen Yi tidak berpuas hati. Dia khuatir jika pencapaiannya tidak dapat menjadi lebih cemerlang daripada ayahnya sendiri.

Ayahnya, Encik Guang Hu, seorang yang sangat dihormati dan disanjungi masyarakat. Segala keputusan yang telah dilakukan oleh ayahnya pasti akan mendapat pujian daripada orang ramai kerana keputusan yang bernas dan tepat dalam menangani suatu masalah.

Encik Guang Hu, merupakan idolanya sejak dari kecil. Shen Yi berimpikan ingin menjadi lebih baik daripada ayahnya sendiri.

__________________________________________________________________

Semakin lama, semakin iri hati Shen Yi, keputusan peperiksaan kakaknya lebih tinggi daripada dirinya sendiri walaupun kakaknya merupakan pelajar sekolah menengah. Shen Yi semakin tidak berpuas hati, begitu ramai pelajar-pelajar yang cemerlang dalam pelajaran namun Shen Yi masih tidak berganjak dari tangga ranking nombor pelajar cemerlang dari nombor 20 hinggalah nombor 30.

Kalau boleh, Shen Yi mahukan berada di tempat pertama dalam sekolah dari segi pelajaran dan juga sukan. Menjadi sanjungan kawan-kawan dan lebih-lebih lagi pelajar perempuan. Dia juga ingin menjadi sanjungan sebagai mana pelajar cemerlang dalam akademik dan sukan seperti rakan-rakan dan senior sekolahnya.

Di ruang makan rumah agam putih, meja kayu berwarna putih di kelilingi Guang Hu, isteri dan anak-anaknya. Mereka berbincangkan mengenai pelajaran dan cita-cita anak-anak mereka. Tiga orang pelayan perempuan menghidangkan makanan di atas meja makan. Guang Hu dan keluarga masih membincanglkan mengenai pelajaran bersama anak-anak.

“Shen Yi? Kenapa? Ada apa-apa masalah? Ceritakanlah. Muka kamu kelihatan tidak tenang.” Soal Guang Hu kepada Shen Yi kerana keprihatinannya yang tinggi kepada anak-anak walaupun Guang Hu merupakan seorang ayah yang tegas dalam mendidik anak-anak apabila umur anak-anaknya kian meningkat.

“Shen... Shen Yi tak mampu nak menggembirakan hati ayah dan mak. Tak dapat tempat ke-10 dalam peperiksaan. Sukan pun tidak pernah dapat nombor satu walau apa-apa pun usaha yang Shen sudah lakukan. Shen Yi tidak mampu hendak jadi cemerlang seperti kakak dan Weici.” Luah Shen Yi kepada ayahnya.

          Hua Jiao dan Jun Weici memandang Shen Yi sambil memegang kertas-kertas markah peperiksaan mereka yang cemerlang di meja makan.

“Shen Yi.” Panggil Guang Hu akan anaknya yang menundukkan wajahnya kerana khuatir prestasinya tidak cemerlang seperti kakaknya mahupun adiknya. Iri hati tidak bertempat Shen Yi itu.

Shen Yi mengangkat wajahnya lalu memandang ayahnya. Guang Hu tersenyum lembut kepada Shen Yi agar satu-satu anak lelakinya itu berasa tenang apabila melihat wajahnya tidak marah.

“Shen Yi, peperiksaan bukan segala-galanya. Ayah tidak berbangga dengan kamu yang mempunyai markah peperiksaan yang tinggi. Ayah bangga akan usaha kamu, usaha untuk menjadi orang yang baik, usaha untuk menggembirakan ayah dan mak. Ayah bangga dengan kamu kerana kamu sudah berhabis baik dalam peperiksaan buka kerana markah peperiksaan kamu.” Kata Encik Guang Hu

“Ingat ya satu-satunya anak lelaki ayah. Peperiksaan sekolah tidak bermakna apa-apa atas dunia ini. Perkara paling bermakna adalah, kamu rajin berusaha bersungguh untuk memperbaiki diri dan ingin melakukan perubahan terhadap dunia dengan bermula menguruskan diri dengan baik. Ayah berbangga dengan kamu kerana kamu telah melakukan segalanya sehingga mencecah had kemampuan kamu.” Tambah encik Guang Hu.

“Usah risau, suatu hari nanti, perlahan-lahan Shen Yi akan berubah lebih baik daripada sekarang. Masa berjalan, kita tenang-tenang sahaja. Tidak perlu tergopoh-gapah. Nikmati kehidupan sebaiknya. Tiada apa-apa yang perlu dikejarkan dan dipertandingkan. Jadilah lebih baik dari semalam. Moga hari esok, Shen Yi menjadi lebih baik dari hari ini.” Pesan encik Guang Hu lalu melemparkan senyuman yang penuh kasih sayang kepada anak lelakinya, Shen Yi.

          Shen Yi membalas senyuman ayahnya itu lalu menganggukkan kepala. Hua Jiao dan Jun Weici tersenyum melihat reaksi mak ayah mereka yang penyayang.

“Tuan, makanan sudah siap dihidang. Dipersilakan makan.” Kata tukang masak beruniform chef.

“Baiklah terima kasih. Mari kita makan bersama-sama.” Kata Guang Hu kepada pekerja bahagian masakan dan penyediaan makanan.

“Baik terima kasih tuan.” Kata Chef tersebut lalu memanggil anak buah sekerjanya untuk makan bersama keluarga Encik Guang Hu, majikan mereka.

__________________________________________________________________

“Apa?!” Terkejut Shen Yi.

“Ya.” Kata Jack.

“Apalah yang ayah aku fikirkan sebenarnya ini.” Shen Yi mengagak sendiri akan kerana apa ayahnya ingin memindahkannya dari sekolah swasta ke sekolah kerajaan setelah selesai belajar darjah 6 di sekolah ini.

“Buat sementara sahaja kut.” Jack membuat andaian.

“Bagaimana?” Soal Shen Yi.

“Engkau ikut sahajalah kehendak ayah engkau. Dia tahu yang terbaik untuk engkau.”

“Haih, baiklah.” Keluh Shen Yi.

Shen Yi menghabiskan burger ayam dua tingkat penuh sayur, sos cili dan mayonis kantin itu dengan lazatnya lalu meminum air soda. Jack memandang rakannya, Shen Yi sedang bersungguh-sungguh menikmati makanannya itu.

__________________________________________________________________

          “Hello, selamat sejahtera. Saya pelajar baharu. Nama saya Shen Yi. Saya merupakan anak kedua daripada tiga adik beradik. Selamat berkenalan.” Shen Yi memperkenalkan diri di hadapan kelas darjah 6, sekolah kebangsaan, sekolah kerajaan.

__________________________________________________________________

Shen Yi berjalan kaki dengan dua orang budak lelaki kenalan barunya. Ramai tidak berkawan kaum cina di sekolah kebangsaan kerana jarang-jarang ada pelajar berbangsa cina. Pelajar kaum cina juga dikatakan sombong, tidak mahu berkawan dan hanya bercakap bahasa mandarin sahaja. Tidak mahu bergaul dengan orang lain.

Tidak kepada Shen Yi. Shen Yi mesra dengan dua orang kawan berbangsa melayu dan india. Arun dan Hidayat. Arun dan Hidayat merupakan pelajar terpaling kurang pintar dalam kalangan pelajar darjah 6 namun mereka mempunyai jati diri dan keperibadian yang murni. Mereka amat mesra dengan Shen Yi.

“Cen Yi! Mari ke kantin! Sudah masuk waktu rehat!” Pesan Hidayat kepada Shen Yi.

“Weyh, Shen Yi lah! Bukan Cen Yi!” Ketawa Arun.

“Aku pelat huruf S!” Kata Hidayat.

Shen Yi tertawa kecil lalu mengajak kedua sahabat karibnya ke kantin. Mereka bertiga lambat keluar dari kelas mereka untuk sesi rehat kerana Shen Yi sibuk membantu Arun dan Hidayat, mengajar mereka untuk menjawab soalan-soalan matematik. Shen Yi, Arun dan Hidayat berjalan bersama-sama di sepanjang koridor kelas tingkat tiga sambil bergurau senda.

“Woi, budak gemuk, budak hitam dan hantu cina!” Jerit seorang lelaki yang tinggi dan berbadan besar.

Mereka berkumpul menutup laluan tangga. Dua orang duduk di tangga. Seorang lagi berdiri menutup jalan untuk ke koridor seterusnya. Shen Yi, Arun dan Hidayat terperangkap di tengah-tengah koridor ruang lapang tangga. Jalan belakang pula ditutup oleh seorang budak lelaki yang juga berbadan besar.

“Siapa mereka ini?” Soal Shen Yi.

“Mereka sebaya kita, cuma mereka merupakan pelajar kelas pertama dan kelas kedua. Mereka berlima ialah yang terpaling hebat dalam peperiksaan dan sukan.” Jelas Arun kepada Shen Yi.

“Weyh hitam! Siapa hantu cina ini?” Soal lelaki yang kurus kering namun tinggi badannya sambil menyindir Arun

“Aku bukan hitamlah! Aku india!” Marah Arun namun ketakutan.

“Samalah itu bodoh hitam macam tayar!” Salah seorang dari mereka membalas kata-kata Arun.

Mereka semua ketawa berdekah-dekah. Hidayat pula mendiamkan diri kerana ketakutan.

“Weyh gemuk Siapa hantu cina ni? Kawan baru engkau?” Soal seorang budak lelaki berbangsa melayu yang berkulit gelap.

“Weyh hantu cina! Apa nama engkau? Kenapalah engkau berkawan dengan hidayat gemuk busuk ini? Tiada orang lain ke yang engkau hendak pilih menjadikan sebagai kawan? Hidayat sudahlah bau busuk seperti taik!” Mereka semua tertawa lagi.

“Jomlah lari Shen Yi. Aku tidak mahu lagi dibuli.” Pujuk Hidayat akan Shen Yi.

“Ke tepi, aku mahu pergi kantin.” Shen Yi meninggalkan Hidayat dan Arun. Berjalan laju menuju ke tangga bawah.

Badan Shen Yi ditolak dengan kuat sekali oleh seorang budak lelaki yang sama ketinggian dengan dia.

“Weyh colok! Kau nak pergi mana bodoh?” Marah budak lelaki berbaju rumah sukan biru di hadapannya itu menolak bahu dan badannya berkali-kali.

“Marilah sini sembang terlebih dahulu!” Tiba-tiba, kolar baju belakang Shen Yi direntap dengan kuat lalu Shen Yi terlempar pada dinding kosong. Shen Yi dilemparkan oleh seorang budak lelaki yang berbadan besar dan tinggi yang telah menutup jalan koridor belakangnya dan kawan-kawan.

Gedebuk! Shen Yi kesakitan. Mereka semua kelihatan marah kepada Shen Yi. Hidayat dan Arun ternampak jalan koridor belakang terbuka kerana tiada sesiapa menghalang jalan tersebut. Hidayat dan Arun bergegas melarikan diri ke arah koridor tersebut.

“Weyh cina makan babi! Engkau hendak pergi mana? Kurang ajar! Baru masuk sekolah, buatlah perangai baik-baik!” Marah budak lelaki yang dihadapannya.

“Kau orang berdua hendak pergi ke mana?!” Lelaki tinggi kurus kering itu melompat lalu menendang Hidayat dengan amat kuat. Hidayat terjatuh lalu menghempap Arun.

“Bodohlah, kelakar cara Hidayat jatuh! Bodoh betul!” Ketawa salah seorang dari mereka.

“Orang cina semua memang kurang ajar macam ini eh? Masuk sekolah melayu, buatlah cara melayu! Jangan sepetkan mata!” Kata budak lelaki berbaju rumah sukan berwarna biru yang sama ketinggian dengan Shen Yi kepada Shen Yi. Mereka semua tertawa berdekah lagi.

“Bodohlah, kelakar babi! Kau ejek dia macam badan engkau besar sangat! Saiz badan engkau sama je dengan ‘sepet babi’ tu bodoh!” Mereka tertawa, tertawa dan terus tertawa.

“Woi, kau buat apa datang sekolah melayu?! Sekolah cina kan ada, kenapa hendak datang sini juga?!”  Jerit budak berbaju biru itu lalu menampar muka Shen Yi dengan tangan kanannya.

“Weyh, janganlah tampar ‘babi sepet’ itu. Kesian dia.” Kata budak lelaki berbadan paling besar di situ kepada budak berbaju biru itu. Mereka tertawa lagi.

Shen Yi memegang lengan atas budak berbaju biru yang telah menamparnya tadi lalu direntap. Bang! Hidung pada mukanya, tepat ditumbuk padu oleh Shen Yi. Shen menolak budak itu ke tepi lalu jatuh terbaring sandar pada dinding. Shen Yi menyepak kepalanya seperti menyepak bola sepak. Pow! Dam! Kedengaran bunyi kuat wajahnya ditendang oleh Shen Yi dan kepala belakangnya terhentak kuat pada dinding.

“Woi celaka! Apa kau buat!?” Jerit budak lelaki kurus tinggi kepada Shen Yi dengan amat marah.

Dia berlari lalu melompat ke udara. Kaki dihulurkan untuk menendang Shen Yi. Shen berjalan ke tepi mengelak dari ditendang. Budak lelaki kurus itu mendarat berlanggar pada dinding namun sempat tangannya menahan dinding dari kepalanya terhantuk. Dush! Tendang padu dari Shen Yi menyinggah pada pinggang budak lelaki kurus keding itu.

“Woi!” Jerit budak lelaki yang berbadan besar itu.

Budak lelaki berbadan besar itu meluru ke arah Shen Yi dengan begitu marah kerana Shen Yi telah memukul rakan-rakannya. Tumbukan padu dilepaskan. Shen Yi berjaya mengelak. Kaki dihayunkan selaju-lajunya. Tendangan diberikan oleh Shen Yi kepada alat kelamin budak lelaki berbadan besar itu.

Budak lelaki berbadan besar itu kesakitan lalu memegang celah kedua belah kakinya itu. Pantas Shen Yi menyiku selajunya dengan kuat pada bahagian kiri wajah budak lelaki tersebut. Jatuh terbaring budak lelaki itu.

Budak lelaki yang terakhir dari kumpulan pembuli itu tergamam melihat Shen Yi yang telah menumpaskan tiga rakannya dengan mudah. Muncul seorang guru disiplin lelaki botak tengah dan berambut tepi kepalanya serta bermisai tebal. Tanda namanya bertulis, ‘Rumugam’. Matanya membulat besar melihat situasi tersebut.

Arun dan Hidayat yang duduk di lantai ketakutan melihat guru disiplin lalu melihat Shen Yi. Pembuli terakhir yang masih belum dipukul oleh Shen Yi juga melihat Shen Yi. Shen Yi berdiri dengan selamba. Dengan segera Shen Yi dilibas dengan rotan oleh guru disiplin bernama ‘Rumugam’ itu.

__________________________________________________________________

Shen Yi menjadi perbualan orang ramai. Hampir seluruh pelajar dan guru-guru di sekolah menceritakan mengenai Shen Yi. Shen Yi dianggap sebagai pelajar bermasalah kerana dikatakan sengaja menunjukkan kekuatan dengan membuli pelajar lain.

“Saya beritahu perkara sebenar!” Marah Shen Yi kepada guru disiplin.

“Kamu menipu. Hidayat mengatakan bahawa kamu sengaja mahu menunjukkan kekuatan.” Marah guru disiplin itu lalu mendekatkan wajahnya kepada Shen Yi sebagai tanda ancaman dan provokasi.

“Shen Yi mengatakan perkara yang benar.” Kata Arun.

Kata-kata Arun tidak diendahkan. Cikgu Rumugam sedikit pun tidak memandang Arun.

“Budak india memang suka menipu dan putar belit cerita.” Jelas pengetua perempuan melayu bertudung itu.

Arun kecewa apabila warna kulit dan bangsanya didiskriminasikan. Semakin terbakar di dada Shen Yi. Sungguh perkauman. Sekolah ini amat teruk baginya. Shen Yi berasa amat marah. Bagaikan api yang disimbah minyak. Encik Guang Hu hadir.

Encik Guang Hu menghulurkan tangan  untuk bersalaman dengan cikgu Rumugam. Cikgu Rumugam tidak mahu bersalaman dengan Encik Guang Hu. Encik Guang Hu hanya menenangkan diri. Kemudian pengetua dan cikgu disiplin berbincang dengan Encik Guang Hu.

Encik Guang Hu hanya meminta maaf dan terus mendengar cerita palsu mengenai Shen Yi. Shen Yi semakin serabut. Tiada siapa yang berpihak dengannya. Arun cuba menenangkan Shen Yi. Arun juga memberitahu Shen Yi bahawa dia pun telah mencuba memberitahu kisah sebenar namun tidak diendahkan. Shen Yi tidak dapat menenangkan diri.

“Shen Yi. Balik.” Kata Encik Guang Hu kepada anaknya.

Shen Yi mendiamkan diri lalu mengikut ayahnya keluar dari pejabat. Sepanjang berjalan kaki di koridor, Shen Yi diperhatikan oleh ramai pelajar. Semua berbisik dan memandang serong akan Shen Yi sehinggalah Shen Yi menaiki kereta ayahnya yang berwarna hitam. Encik Guang Hu menaiki kereta, dihidupkan enjin lalu beredar pergi meninggalkan perkarangan sekolah.

Shen Yi hanya mendiamkan diri. Tidak memandang langsung akan ayahnya. Shen Yi tidak berani untuk menatap wajah ayahnya.

__________________________________________________________________

Setibanya di rumah, Shen masuk ke dalam rumah lalu melemparkan beg sekolahnya pada kerusi. Encik Guang Hu hanya memandang Shen Yi dengan tenang lalu menghembuskan nafas.

“Shen Yi, duduk.” Arah Encik Guang Hu kepada anaknya.

“Tapi ayah, Shen Yi tak buat salah!” Bentak Shen Yi.

“Duduk.” Ulang sekali lagi Encik Guang Hu.

Shen Yi tergamam. Terasa aura ketakutan. Shen Yi memandang pada lantai lalu merebahkan punggungnya pada kerusi sofa. Shen Yi mengetap bibirnya. Sungguh tidak adil.

“Shen Yi, cerita apa yang terjadi.” Soal Encik Guang Hu.

“Ayah! Shen Yi tak buat salah! Shen Yi tidak memulakan dahulu! Mereka yang salah! Mereka pukul kawan-kawan Shen Yi!” Marah Shen Yi.

Setelah Shen Yi meninggikan suara pada ayahnya, dia memandang kembali pada lantai. Encik Guang Hu hanya menenangkan diri.

Encik Guang Hu berjalan ke arah Shen Yi. Apabila Shen Yi memandang ayahnya berjalan ke arahnya, Shen Yi menutup kedua belah matanya dengan kelopak mata. Bahunya dipegang. Tiada apa-apa yang terjadi. Shen Yi membuka mata. Wajah ayahnya berada di hadapannya. Shen Yi tidak tahu hendak kata apa-apa.

“Shen Yi, dunia ini memang tidak adil. Dunia ini sentiasa tidak memihak kepada kita. Namun, perbuatan kita sahaja yang kita boleh ubah. Shen Yi buat silap, Shen Yi memukul orang lain walaupun bukan yang Shen Yi memulakan dahulu.” Pesan ayah Shen Yi, Encik Fang Guang Hu.

Kita sebelum melakukan apa-apa, kita perlu berfikir terlebih dahulu. Fikir apa yang baik dan yang buruk. Fikir kesan-kesan atas perbuatan kita. Kita perlu jadi bijak dalam menyelesaikan masalah. Tidak mengapa. Anggap ini sebagai pengalaman. Selepas ini jangan diulangi lagi perbuatan tersebut.” Pesan Encik Guang Hu kepada Shen Yi.

“Baik ayah, Shen Yi minta maaf.” Kata Shen Yi.

“Tidak mengapa. Pergi mandi. Esok hari, tunjukkan pada sekolah bahawa kamu adalah pelajar yang baik. Tunjukkan usaha dan kebolehan kamu bagi menebus kesilapan kamu. Berbaiklah dengan semua orang. Usah bersedih dan memikirkan mengenai hal ini.” Pesan lagi ayah Shen Yi.

Shen Yi mengambil beg sekolahnya dan berjalan menaiki tangga lalu masuk ke dalam biliknya. Shen Yi meniarap di katil empuknya. Mukanya ditutup dengan bantal. Tangannya memegang bantal kedua. Tangannya menggenggam bantal dengan kuat. Melepaskan amarah.

Shen Yi membuka beg sekolahnya lalu mengeluarkan buku teks. Shen Yi mengeluh sebentar. Semua yang belajar di sekolah kebangsaan sudah pun belajar lebih awal di sekolah swasta lamanya. Shen Yi mulai terfikir, mengapa agaknya ayah menyuruh Shen Yi masuk belajar di sekolah kebangsaan. Hari pertama sudah teruk. Pelajar-pelajarnya juga teruk. Merunsingkan.

Shen Yi pergi ke tandas pelajar. Shen Yi membuka salah satu pintu tandas. Dengan pantas Shen Yi menghentam pintu tandas. Shen Yi berasa pening sebentar. Laju Shen Yi keluar dari tandas. Tandas yang dilihat Shen Yi tadi, sungguh tidak berbasuh. Entah tidak bertanggungjawab meninggalkan najis merata-rata.

Tandas yang sepatutnya bersih tetapi yang dilihat oleh Shen Yi adalah najis yang merata-rata. Mangkuk tandas yang tidak berbasuh. Bukan itu sahaja, simbol-simbol lucah dan tulisan-tulisan berbaur carutan dan perkauman juga boleh didapati pada dinding tandas. Sungguh tiada sivik langsung.

__________________________________________________________________

Semua pelajar tercengang. Shen Yi mendapat A kelima-lima subjek Ujian Pentaksiran Sekolah Rendah (UPSR) dan mengambil hadiah di atas pentas. Shen Yi menerima hadiah dari pengetua dengan wajah selamba. Guru Besar perempuan itu pula membuat muka tidak suka akan Shen Yi apabila Shen Yi dan guru besar diambil gambar bersama.

__________________________________________________________________

“Tahniah Shen Yi!” Puan Jun Zi menyambut kecemerlangan Shen Yi dalam peperiksaan UPSR.

          Shen Yi duduk di sofa putih. Mukanya masam. Ada sesuatu yang seperti tidak kena berlaku.

“Mudah sangat peperiksaan UPSR. Pelik. Banyak benda sudah belajar di sekolah swasta lama. Bahkan sudah lebih banyak sudah belajar di sekolah swasta lama melebihi apa yang telah dipelajari Shen Yi di sekolah rendah kebangsaan.” Kata Shen Yi tidak berpuas hati.

“Shen Yi, bersyukur. Ini boleh dikatakan Shen Yi lebih hebat dari pelajar-pelajar sekolah rendah itu. Cikgu-cikgu pun banyak menceritakan Shen Yi bahawa Shen Yi baik sangat orangnya. Shen Yi pelajar pintar dan juga banyak membantu kawan dalam pelajaran! Ada juga anak-anak cikgu di sekolah Shen Yi memuji dan bercerita betapa baiknya anak ibu ini. Ibu berbangga.” Puji Puan Jun Zi akan anaknya, Shen Yi.

“Hmph, terima kasih ibu.” Shen Yi berasa sedikit malu dipuji ibunya.

__________________________________________________________________

Berlari dan terus berlari sehingga ke barisan penamat. Shen Yi berjaya memenangi tempat pertama dalam larian 4×100 meter. Shen Yi disanjungi rakan-rakan dan guru-guru akan kerana kecemerlangannya dalam sukan dan pelajaran.

Shen Yi turut seringkali mendapat gred A hampir semua subjek dalam peperiksaan. Segalanya berubah setelah tamatnya sekolah rendah. Kehidupan persekolahannya berubah 100 peratus atau 360 darjah.

Pada waktu rehat, ramai yang hendak berkawan dengan Shen Yi sama ada lelaki dan perempuan. Ramai pelajar senior perempuan berkerumun pada Shen Yi semasa Shen Yi sedang memegang pinggan mencari tempat duduk untuk makan. Ramai pelajar senior perempuan bertanyakan di mana dia tinggal, berapa adik beradiknya, ada nombor telefon atau tidak. Shen Yi melayankan juga.

Shen Yi sangat dikenali dalam kalangan pelajar perempuan. Walaupun Shen Yi seorang yang terkenal dan menjadi sebutan pelajar-pelajar sekolah menengah, Shen Yi tetap seorang yang merendah diri dan berbuat baik dengan rakan-rakan. Shen Yi juga berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan diri daripada dikelilingi pelajar perempuan dengan melarikan diri menemui sekumpulan rakan-rakan yang juga seumur dengannya.

“Shen Yi?” Seorang pelajar berbangsa india berkulit gelap memanggil namanya.

“Huh?” Shen Yi terkejut namanya dipanggil oleh suara seseorang yang dikenalinya.

Shen Yi menoleh ke belakang. Seorang budak lelaki berbangsa india tersenyum kepadanya. Apabila melihat wajah budak lelaki tersebut, Shen Yi teringat akan kisah hitam di sekolah rendah lamanya. Budak lelaki berbangsa india itu merupakan Arun.

__________________________________________________________________

“Aku lihat, engkau ceria sahaja berada di sekolah ini.” Ujar Arun.

“Aku dapat apa yang aku tidak pernah dapat semasa di sekolah lama aku.” Balas Shen Yi.

Arun dan Shen Yi duduk tempat perhentian bas. Sesi persekolahan sudah lama tamat. Arun dan Shen Yi masih menunggu kedatangan ibu ayah mereka untuk mengambil mereka di sekolah. Shen Yi hanya menundukkan pandangan. Langsung tidak memandang Arun walaupun Arun tidak berbuat salah kepadanya. Arun bertanyakan pelbagai soalan bagi memecahkan suasana yang janggal

“Apa yang engkau tidak dapat semasa di sekolah lama kita?” Soal Arun.

“Lihat, sekolah rendah engkau, bukan sekolah aku. Sekolah lama aku adalah sekolah swasta. Bukan sekolah kerajaan yang bodoh.” Sedikit gertak Shen Yi.

Ekspresi wajah Shen Yi menunjukkan kesakitan akan kerana kepahitan pengalaman persekolahannya di sekolah rendah kebangsaan pada tahun lepas. Melihat wajah Arun, mengingatkannya kembali akan peristiwa sejarah hitamnya akan persekolahan di sekolah rendah kebangsaan.

Arun dan Shen Yi dikhianati guru disiplin dan Hidayat. Pelajar sekolah yang majoritinya berbangsa melayu membenci bangsa cina dan menghina bangsa india. Tiada siapa yang berpihak kepada Shen Yi apabila dirinya menjadi kambing hitam. Orang yang bersalah dianggap tidak bersalah.

Shen Yi dianggap bersalah walaupun telah dikemukan kisah sebenar oleh Arun. Guru Disiplin hanya menilai perkara yang terjadi di hadapan mata. Tidak mendengar situasi sebenar dari pihak yang lain. Pengetua pula bersifat anti bangsa india dan cina. Mungkin guru disiplin sendiri berada di bawah kawalan pengetua atau guru disiplin dijaga oleh pengetua atas kepentingan tersendiri atau sebaliknya.

“Shen Yi? Kau okay?” Soal Arun kepada Shen Yi.

Shen Yi tersedar dari lamunan yang jauh ke masa lepas. Shen Yi memandang Arun namun memandang kembali pada lantai. Arun sedikit kecewa melihat Shen Yi menjadi sebegini.

“Apa beza sekolah rendah lama engkau dengan sekolah kebangsaaan? Apa kaitan dengan sekolah menengah yang kita sedang belajar sekarang ini?” Soal lagi Arun kepada Shen Yi

Shen Yi mengeluh dan masih memandang ke lantai serta mula menceritakan pengalamannya yang berbeza daripada orang lain kepada Arun. Arun mendengar pengalaman Shen Yi dengan teliti. Kehidupan sekolah swasta merupakan kehidupan persekolahan yang bersaing dengan cara sihat. Bersaing dalam sukan dan bersaing dalam peperiksaan. Tiada masalah disiplin dalam kalangan para pelajar.

Apabila berpindah ke sekolah rendah kebangsaan di mana Arun dan Shen Yi pernah belajar di sekolah tersebut, segalanya berubah. Shen Yi terpaksa menahan keperitan hampir empat bulan menghadapi karenah pelajar-pelajar yang pelik dan berpelbagai.

Di sekolah rendah kebangsaan tersebut, lebih ramai berminat dalam beradu kekuatan melalui pergaduhan dan menubuhkan sendiri kumpulan-kumpulan berbentuk gangsterisme berbanding bersaing dalam peperiksaan.

Pelajaran tidak diendahkan. Peribadi pelajar yang buruk disanjung manakala peribadi pelajar yang baik dihina dikatakan anjing kepada guru-guru. Kekacakkan dan kecantikan menjadi tumpuan, pelajaran tidak lagi menjadikan keutamaan.

Hal yang berlaku di sekolah rendah kebangsaan masih lagi berlaku di sekolah menengah di mana Shen Yi dan Arun sedang menuntut ilmu namun dengan tanpa adanya sifat perkauman. Setelah bercerita untuk beberapa minit, Shen Yi beraas lega dan mendapat kekuatan semula untuk memandang wajah Arun.

“Lagipun, bukannya setiap hari aku berada di sekolah ini.” Luah Shen Yi.

“Eh mengapa?” Arun terkejut mendengar pernyataan Shen Yi.

“Aku cuma hadir apabila ada program sekolah, peperiksaan dan aktiviti sukan sekolah sahaja. Aku sebenarnya sedang belajar di sekolah menengah swasta sambil menunggu hari untuk mengambil peperiksan Penilaian Menengah Rendah  (PMR).” Kata Shen Yi.

“Kenapa pula seperti itu?” Soal Arun.

“Entahlah, ayah aku ada perancangan dia sendiri dan dia tahu apa yang terbaik untuk aku. Aku cuma akur namun tidaklah bermaksud aku asyik belajar dan ulangkaji pelajaran hampir ke setiap masa.”Luah Shen Yi.

“Apa yang aku belajar di sekolah swasta, semua subjek yang telah aku belajar sangat jauh ke hadapan jikalau hendak dibandingkan dengan pelajaran yang belajar semasa di sekolah menengah.” Jelas Shen Yi dengan lebih terperinci.

‘Ouh begitu, baiklah.” Sahut Arun.

“Esok, engkau akan pulang ke sekolah swasta semula?” Soal lagi Arun kepada Shen Yi.

“Iya. Aku akan belajar di sekolah swasta. Aku rasa ayah aku hanya inginkan aku dapatkan sijil peperiksaan dari dua sekolah. Sekolah kebangsaan dan sekolah swasta.” Kata Shen Yi.

“Bolehkah begitu?” Soal Arun.

“Boleh agaknya. Asalkan pengetua memberi kebenaran. Aku cuma ambil peperiksaan sahaja di sekolah kebangsaan. Di sekolah swasta, aku belajar dan ambil peperiksaan.” Jelas Shen Yi.

“Ouh begitu.”

Encik Guang Hu tiba dengan kereta limosinenya yang mewah berwarna hitam berhenti dan parkir di hadapa perhentian bas. Shen Yi bangun dari tempat duduknya lalu mengangkat beg sekolahnya.

“Bye Shen Yi. Jumpa lagi pada masa akan datang.” Kata Arun kepada Shen Yi.

“Baik, jumpa lagi pada masa akan datang.” Balas Shen Yi.

Arun melambaikan tangan kepada Shen Yi. Shen Yi menaiki kereta ayahnya dengan tenang. Pintu ditutup. Shen Yi memandang kepada Arun. Shen Yi membalas lambaian tangan Arun dan tersenyum. Arun berasa lega apabila melihat senyum Shen Yi lalu Arun membalasnya juga dengan senyuman.

“Macam kenal.” Kata ayah Shen Yi.

“Kawan sekolah rendah kebangsaan. Dia juga mangsa buli bersama Shen Yi dulu.” Jelas Shen Yi kepada Encik Guang Hu.

“Oh! Ayah ingat, ayah ingat.” Ujar ayah Guang Hu.

“Dia baik orangnya.” Kata Shen Yi.

“Baguslah. Dia seorang yang berani bersuara berkata-kata yang benar. Dia ialah orangnya yang menceritakan kisah sebenar kepada pengetua dan guru disiplin namun tidak diendahkan itu kan?” Soal Encik Guang Hu kepada anaknya.

“Ya ayah, benar.” Kata Shen Yi.

Kereta limosine tersebut beredar berlalu pergi meninggalkan perhentian bas tersebut. Kereta proton saga berwarna putih tiba lalu berhenti di hadapan perhentian bas. Tingkap kereta di bahagian pintu pemandu diturunkan. Muncul wajah seorang lelaki berkulit gelap berbangsa india dalam lingkungan umur 30 tahun dan boleh dilihat dari tingkap kereta.

“Pak cik! Lambat ambil saya pulang! Pak cik ada banyak kerja?” Teriak sedikit Arun kepada ayah saudaranya yang masih belum kahwin dan kelihatan masih muda.

“Iya. Saya sibuk. Banyak kerja perlu dilakukan. Banyak kes. Minta maaf ya.” Kata ayah saudaranya.

“Tidak mengapa pak cik. Cepat! Cepat! Saya sudah lapar sekarang ini!” Kata Arun dengan segera dia menaiki kereta ayah saudaranya.

“Ya ya, baik baik.” Ketawa kecil ayah saudara Arun.

Dengan segera ayah saudara Arun memandu keretanya dengan laju meninggalkan kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Faisal.

 
 

Kini, Shen Yi berumur 14 tahun. Di koridor kelas, Arun memangku kepalanya dengan tangan pada tebing koridor kelas bangunan sekolah. Arun memikirkan keberadaan Shen Yi yang sudah lama tidak bersua muka dengannya. Sejak beberapa bulan sejak tahun lepas, Arun sudah lama tidak bertemu dengan Shen Yi.

Adakah Shen Yi telah berhenti bersekolah di sekolah kerajaan atau Shen Yi amat sibuk dengan pelajaran sekolah swastanya? Tidak mustahil jika Shen Yi melanjutkan pelajaran ke sekolah di luar negara kerana ibu ayahnya mampu untuk membayar yuran persekolah Shen Yi yang bersekolah di sekolah swasta dan juga sekolah kerajaan.

Arun berjalan keluar dari kelas kerana tiada guru hadir semasa sesi persekolahan tengahari dijalankan. Arun berjalan menuruni tangga lalu melawat kawasan termasuklah berjalan dengan selamba di hadapan kelas-kelas senior mahupun kelas junior. Matanya melilau juga meresap suasana persekolahan itu dengan jiwanya. Jiwanya terasa basah dan berirama tanpa lagu.

Hatinya menari kerana jiwanya yang dibasahi suasana persekolah pada waktu tengahari itu tanpa lagu yang dimainkan. Kedua-dua belah tangannya kekal di dalam poket seluar. Arun berjalan menyelusuri koridor kelas-kelas di sepanjang koridor yang ada di bangunan sekolah itu termasuklah berjalan di hadapan koridor bilik guru dengan selambanya.

Ada kalanya, Arun bersandar pada dinding memandang koridor kiri dan kanan. Ada kalanya juga Arun memangkukan kepalanya, pada tebing koridor di hadapan kelas orang lain.

Arun seorang yang baik dan tenang dalam apa jua keadaan. Hatinya berisikan sesuatu yang sukar ditafsirkan oleh orang lain. Hatinya sentiasa sayu kerana penghayatan terhadap kehidupannya sangat tinggi.

Di dalam renungannnya, Arun termenung kerana memikirkan sesuatu. Arun sentiasa memikirkan bagaimana orang lain menjalankan kehidupan yang berbeza bersama nasib yang tidak sama. Setiap manusia mempunyai taraf kehidupan tersendiri. Lebih memikirkan nasib manusia lain berbanding memikirkan hal dirinya yang hidup serba kurang.

Tanpa ayah saudaranya, sudah tentu sukar untuk Arun melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah. Ayahnya hanya bekerja sebagai majlis kebersihan pekan. Mengutip sampah dan membuang sampah. Ibunya pula hanya bekerja di kedai runcit yang bukan miliknya.

Bergaji kecil hanya cukup-cukup untuk menampung kehidupan yang kos tinggi di pekan. Rumah sewa sudah tentu banyak belanjanya. Perkahwinan ibu ayahnya tidak boleh dipersalahkan. Ibu ayahnya sangat menyayangi Arun. Sentiasa menyokong cita-cita Arun asalkan cita-citanya menjadi orang yang berguna kepada masyarakat.

Arun ingin menjadi seperti ayahnya. Walaupun ayahnya bekerja kotor dan busuk di tempat pelupusan sampah pagi sehingga hampir malam, namun tetap ayahnya berjiwa bersih dan murni hatinya. Kewangian jiwa suci ayahnya boleh dicium oleh masyarakat sekeliling.

Ayahnya rajin memberi makan kepada kucing jalanan. Ibunya pula memberikan makanan dan minuman yang masih elok walaupun sudah tamat tempoh tarikh luput dari tempat kerjanya kepada orang yang tidak mempunyai rumah di pekan-pekan. Arun ingin menjadi orang berhati mulia seperti ibu ayahnya.

Meskipun ramai orang kampung meminta ayah ibunya untuk tetap tinggal di perkampungan tanah estet. Ayahnya tegas. Tetap memilih untuk hidup di pekan berbanding kekal tetap hidup di kawasan kampung perdalaman tanah estet.

Ayah Arun menginginkan Arun mempunyai pemikiran terbuka berbanding duduk dan belajar di perkampungan estet bersama kanak-kanak kampung yang pemikiran sempit dan untuk mengelakkan Arun dipengaruhi oleh budaya bangsa india yang kebiasaannya hidup untuk bekerja mendapatkan duit bertujuan berfoya-foya serta membazirkan duit pada arak dan juga.

Arun berjalan keluar dari kawasan bangunan kelas. Arun terlihat sesuatu. Papan kenyataan terdapat dua poster. Poster pertandingan taekwando dan karate. Pertandingan diadakan secara bergilir-gilir dalam masa seminggu.

Arun teringatkan akan Shen Yi. Shen Yi pernah menumpaskan beberapa pembuli dengan mudah tanpa diserang atau dipukul sedikit pun di sekolah rendah lama sebelum ini. Arun ingin mencadangkan Shen Yi untuk menyertai pertandingan taekwando dan karate.

__________________________________________________________________

“Shen Yi!” Arun memanggil nama Shen Yi dari jauh sambil berlari-lari anak.

“Woah, Arun. Selamat pagi.” Shen Yi agak sedikit terkejut apabila Arun datang kepadanya dalam keadaan yang ceria.

“Selamat pagi.” Balas Arun kepada Shen Yi.

“Ada apa Arun?” Soal Shen Yi kepada Arun. Mereka berdua berada di pejalan kaki yang berbumbung menuju ke bangunan sekolah pada waktu awal pagi, jam 7 pagi.

“Kenapa engkau hadir ke sekolah? Aku ada sesuatu hendak beritahu engkau.” Kata Arun kepada Shen Yi.

“Kenapa engkau tanya? Kau tidak suka aku datang ke sekolah? Kurang ajar. Apa benda yang engkau mahu beritahu aku?” Soal Shen Yi kepada Arun.

“Ish, bukan macam itu. Engkau sudah lama tidak hadir ke sekolah. Engkaulah yang paling aku rapat.” Jelas Arun.

“Okay, okay. Rindu akulah ini? Haha! Apa benda yang engkau mahu beritahu?” Soal Shen Yi kepada Arun sambil mereka berdua berjalan kaki menuju ke bangunan kelas.

“Semasa engkau tidak hadir ke sekolah, aku ada terjumpa notis di papan kenyataan di pejalan kaki berdekatan kantin sekolah.” Jelas Arun.

“Jadi? Ada apa tertulis pada notis itu?” Soal Shen Yi kehairanan.

“Pertandingan taekwando dan karate.” Kata Arun.

“So?” Soal lagu Shen Yi dengan kehairanan.

“Engkau pandai bertarung.  Apa kata engkau sertai daftar nama untuk pertandingan kelab dua seni pertahankan diri tersebut?” Arun memberikan cadangan kepada Shen Yi.

“Aku okay sahaja. Lagipun aku sudah ada tali pinggang hitam karate dan taekwando di sekolah swasta.” Beritahu Shen Yi.

“Tetapi, engkau perlu berdaftar dengan kelab terlebih dahulu.” Jelas Arun.

“Yup, sememangnya aku perlu mula dari tali pinggang putih walaupun aku bertali pinggang hitam di sekolah swasta kerana aku akan menjadi ahli baru dalam kelab karate dan taekwando di sekolah ini.” Luah Shen Yi.

“Engkau cubalah pujuk mana-mana guru kelab taekwando dan karate untuk minta mereka masukkan engkau dalam pertandingan.” Kata Arun.

“Baik, aku cuba.” Setuju Shen Yi.

Arun dan Shen Yi berjalan masuk ke dalam kelas lalu duduk di kerusi meja masing-masing dan mengeluarkan buku-buku dari beg sekolah mereka.

__________________________________________________________________

          “Nama saya Shen Yi. Saya pelajar tingkatan 2 dari kelas Arif. Saya menyertai kelab karate kerana saya ingin memasuki pertandingan karate.” Kata Shen Yi di hadapan semua pelajar ahli kelab karate.

          “Nama saya Shen Yi. Saya pelajar tingkatan 2 dari kelas Arif. Saya menyertai kelab taekwando kerana saya ingin memasuki pertandingan karate.” Kata Shen Yi di hadapan semua pelajar ahli kelab taekwando.

          Kedua-dua kelab tersebut terkejut akan pernyataan Shen Yi. Shen Yi mencari nahas agaknya.

__________________________________________________________________

“Weyh mata sepet. Tali pinggang putih. Engkau hendak masuk pertandingan karate?” Soal pelajar senior tingkatan 5 ahli kelab karate.

          Hampir semua pelajar senior ahli kelab karate berkerumun di sekeliling Shen Yi. Mereka tersengih-sengih dan memandang sini terhadap Shen Yi. Shen Yi merupakan ahli baru kelab karate namun pernyataannya semasa pengenalan diri menyebabkan ahli-ahli kelab karate tertawa dan memandangn Shen Yi hanya sebagai seorang budak kecil yang mentah.

“Ya.” Shen Yi menjawab ringkas.

‘Wow, engkau serius. Mari aku latih engkau supaya engkau menjadi juara pertandingan karate nanti.” Kata senior ahli kelab karate itu.

Guru lelaki karate tersenyum mendengar kata-kata anak murid yang cemerlang dalam karate itu. Pelajar-pelajar ahli kelab karate lain tertawa kecil. Semua pelajar duduk bersila dan ada yang duduk bersandarkan dinding. Mereka semua duduk mengelilingi ruang dewan kelab karate itu dan menghadap ke arah ruang tengah bangunan itu.

Guru kelab karate menghulurkan tangan menunjukkan kedudukan senior itu dan Shen Yi sepatutnya berada sebelum mengadakan pertarungan persahabatan dalam karate.

“Weyh cina. Nama engkau Shen Yi kan?” Soal senior di hadapan Shen Yi itu kepada dirinya.

“Ya. Nama saya Shen Yi. Abang pula nama apa?”

“Jangan panggil aku abang. Panggil aku senior. Aku Imran. Jom, aku ajar engkau karate. Mudah sahaja. Cepat engkau akan belajar karate nanti dengan cara aku ini.” Kata Imran dengan bongkak.

          Shen Yi hanya berada dalam posisi yang tenang. Nafasnya terkawal. Matanya dipusatkan kepada badan Imran itu.

“Imran! Jangan kalah Imran!” Teriak rakan-rakannya sambil tertawa beramai-ramai.

“Bongok. Mustahil lawan dengan junior tali pinggang putih boleh kalah!” Ketawa rakan-rakan Imran.

“Oi cina! Lawan kasi menang! Guna kung fu oi!” Kata salah seorang ahli kelab karate kepada Shen Yi. Lebih ramai tertawa berbahak-bahak.

“Mula!” Arah guru kelab karate itu.

“Shen Yi, aku senior. Aku kena mula terlebih dahulu. Ikut pangkat tali pinggang. Pangkat aku lebih tingggi daripada engkau.” Kata Imran.

“Okay.” Kata Shen Yi.

“Mari aku ajar engkau langkah pertama dalam karate.” Kata lagi Imran.

“Ajar dia elok-elok Imran! Ajar komunis itu baik-baik!” Teriak rakan-rakan Imran.

“Shen Yi. Lihat pergerakan pertama aku! Fokus! Berikan tumpuan. Mari. Datang lebih dekat dengan aku. Mudah untuk aku ajar. Sini. Dekat lagi.” Arah Imran.

“Baik.” Shen Yi patuh lalu berjalan ke arah Imran dan berdiri di hadapannya dengan gayanya yang terpinga-pinga.

Imran melancarkan tumbukan sepantas peluru berpandu menyinggah tepat pada wajah Shen Yi. Bang! Bunyi tumbukan Imran kepada Shen Yi seperti bunyi letupan bom di Nagasaki Jepun kedengaran. Bunyi terhasil dari Imran menumbuk Shen Yi teramatlah padu dan puas untuk didengari.

“Uish sedap weyh bunyi tumbukan itu. Padu woi! Puas!” Teriak salah seorang ahli senior kelab karate yang teruja mendengar bunyi tumbukan yang diberikan Imran kepada Shen Yi.

Imran terdiam. Semua ahli karate lama-kelamaan terdiam. Memandang ke arah Imran dan Shen Yi. Imran turut terdiam walaupun dia yang telah menumbuk Shen Yi tepat pada wajahnya. Imran dapat merasakan. Tumbukannya tidak dapat menyinggah dan apa entah lagi menyentuh wajah Shen Yi. Kepalan tangan kanannya dipegang oleh tangan kiri Shen Yi.

Shen Yi menolak tangan kiri Imran ke kiri dengan kuat. Sepantas kilat, tumbukan tangan kiri dilancarkan lalu menumbuk perut Imran dengan amat kuat. Imran berasa sakit lalu terjatuh ke belakang akibat tumbukan Shen Yi yang padu. Imran jatuh terduduk ke lantai.

Shen Yi dengan wajah tenang memandang Imran yang duduk di atas lantai. Imran dan Shen Yi saling bertemu mata masing-masing. Imran rasa tercabar. Imran bangun berdiri dari duduk di atas lantai seperti tiada apa-apa yang berlaku. Berkelakuan biasa.

          Guru kelab karate mulai diam dan menjadi serius. Imran hanya tersengih. Shen Yi masih berkelakuan tenang dan mendiamkan diri. Menunggu tindakan Imran seterusnya.

“Shen Yi, kau tidak perlu bergerak. Aku mahu ajar engkau pergerakan baru. Tidak perlu beri tindak balas. Engkau keliru ini, kita sekarang sedang berada dalam sesi belajar karate. Khas untuk engkau.” Kata Imran kepada Shen Yi.

“Okay.” Balas Shen Yi.

“Shen Yi, berdiri tegak. Engkau perlu menjadi lebih berdisiplin! Engkau tidak cukup berdisiplin.” Ujar Imran lagi.

Shen Yi hanya mengiyakan dan berdiri tegak. Imran dengan pantas menendang perut Shen Yi namun berjaya Shen Yi mengelak dengan sedikit pergerakan. Kaki kanan Imran dihayunkan ke Shen Yi. Serangan pantas Imran dapat dipatahlan Shen Yi dengan menendang kaki Imran yang berada di lantai. Imran jatuh terbaring.

“Sudah. Teruskan latihan. Shen Yi. Jumpa saya.” Arah guru kelab karate kepada Shen Yi.

          Shen Yi memandang guru karate itu lalu menganggukkan kepala. Guru karate tiba-tiba berang.

“Shen Yi! Sahut! Bukan angguk!” Marah guru karate itu.

“Baik Tuan!” Sahut Shen Yi dengan menguatkan suara.

Semua ahli kelab karate bangun berdiri dari lantai lalu menyambung latihan masing-masing. Shen Yi menemui guru karate.

“Engkau hendak masuk pertandingan karate?” Soal guru karate itu.

“Iya tuan.” Balas Shen Yi.

“Jangan kecewakan cikgu. Cikgu daftarkan kamu untuk pertandingan karate.”

Shen Yi tersenyum lalu berkata, “Terima kasih cikgu. Saya cuba lakukan yang terbaik!”

__________________________________________________________________

Jam menunjukkan jam 4 petang. Guru karate sudah pun pulang ke rumah. Shen Yi sedang mengelap lantai menggunakan mop. Lantai dewan sudah bersih dilap oleh Shen Yi. Baldi terjatuh lalu menumpahkan air lantai yang telah diperah dalam baldi merebak ke lantai. Baldi tersebut telah ditendang oleh Imran. Imran dan enam lagi rakannya mengelilingi Shen Yi.

“Weyh bodoh. Kau fikir engkau siapa hendak tunjuk kuat? Kurang ajar sial. Biadab. Tunjukkan kuat dengan senior. Kau memang bodoh kan? Kau orang cina tidak sepatutnya berada di sini. Masuk pertandingan pun tidak layak.” Kata Imran.

“Cikgu sudah masukkan nama saya ke dalam pertandingan.” Balas Shen Yi.

          Pantas Shen Yi mengelak tumbukan dari Imran. Rakan-rakan Imran agak terkejut. Spontan sahaja Shen Yi mengelak.

“Ada aku tanya engkau ke bodoh?!” Imran menjerit marah kepada Shen Yi.

          Seluruh rakan Imran cuba menendang Shen Yi namun Shen Yi mengelak. Arun yang berada di luar dewan karate bersembunyi di sebalik tiang. Melihat Shen Yi beradu tenaga dan kekuatan dengan senior-senior di dalam dewan karate.

Arun agak terkejut kerana tidak menyangkakan bahawa Shen Yi akan bermusuhan dengan senior-senior sekolah. Imran dan rakan-rakan menggunakan ilmu seni pertahankan diri karate mereka untuk menyerang Shen Yi sehabis baik. Segala teknik serangan diberikan kepada Shen Yi. Shen Yi tetap tenang dan kekal bertarung dengan senio-seniornya.

__________________________________________________________________

Shen Yi berjalan keluar dari dewan karate sambil menyandang beg sekolah. Arun keluar dari persembunyiannya di sebalik tiang pejalan kaki. Arun melihat Shen Yi yang berkelakuan biasa bagaikan hari-hari yang tenang walaupun baru sahaja selesai membelasah senior-senior karatenya. Shen Yi memandang Arun. Arun agak ketakutan dengan Shen Yi.

“Weyh Arun. Aku berjaya dapat menyertai pertandingan karate.” Kata Shen Yi.

“Wah, bagaimana engkau layak sertai pertandingan karate?! Engkau baru sahaja menyertai kelab karate pada hari ini!” Arun terkejut.

“Mari, dalam perjalanan ke tempat menunggu kenderaan, aku bercerita.” Kata Shen Yi.

“Baik!” Kata Arun dengan gembira.

“Cikgu?! Saya fikir cikgu sudah pulang?” Shen Yi terkejut apabila guru karate muncul di hadapannya kerana Shen Yi menyangkakan guru karate sudah pun pulang ke rumah kerana sesi persekolahan dan sesi kokurikulum petang sudah tamat.

“Saya telah lihat bagaimana awak menghabiskan senior-senior awak. Sedikit pun awak tidak menggunakan ilmu karate terhadap mereka. Saya juga telah melihat bahawa senior-senior awak cuba membuli awak dan membalas dendam akan apa yang telah terjadi kepada Imran pagi tadi.” Guru kelab karate menyatakan kekagumannya.

“Awak sungguh mengagumkan. Awak sememangnya layak menyertai pertandingan karate. Awak tidak perlu mengambil ujian kelayakan untuk pertandingan karate peringkat daerah.”Puji guru kelab karate itu.

“Baiklah terima kasih cikgu!” Kata Shen Yi dengan keterujaan.

“Tentang senior-senior awak, biarlah saya uruskan. Awak pulang ke rumah. Buat latihan ringan-ringan untuk persediaan pertandingan karate peringkat daerah.” Pesan cikgu karate.

“Baik!” Kata Shen Yi dengan gembira.

Dalam perjalanan hendak ke tempat menunggu kenderaan. Shen Yi menceritakan kepada Arun apa yang telah berlaku di dewan khas kelab karate.

__________________________________________________________________

“Imran, engkau hendak tahu tentang Shen Yi?” Soal rakan Imran yang sedang di hadapannya di meja luar kedai makan.

Imran mengambil sebatang rokok lalu dinyalakan pemetik api. Rokok dibakar lalu dihisap oleh Imran. Imran bertanya, “Apa Iqbal? Ada apa dengan Shen Yi?”

“Shen Yi, dia berjaya mendaftarkan nama untuk pertandingan taekwando peringkat daerah. Pertaandingan karate dia masuk, pertandingan taekwando juga dia turut serta.” Iqbal memberitahu kepada Imran.

“Bangsat. Hebat sangat ke budak itu? Lancau. Mari kita cari yang lain. Kita belasah dia ramai-ramai. Tujuh orang tidak cukup untuk membelasah dia.” Kata Imran.

“Tengoklah macam mana dia belasah kita. Tujuh orang termasuk engkau dan aku, senang-senang dipukul.” Kata rakan Imran yang duduk bersebelahan kiri Imran.

“Aku rasa mesti ramai yang tidak berpuas hati dengan Shen Yi. Kita panggil budak-budak taekwando dan kawan-kawan kita yang juga dari kelab taekwando. Kita belasah dia ramai-ramai. Baru puas weyh. Dapat tiga puluh orang untuk belasah Shen Yi sudah cukup.” Kata Imran.

“Aku okay sahaja.” Kata Iqbal.

“Mari kita pilih siapa yang hendak turut serta memukul Shen Yi.” Kata Imran.

“Macam best pula aku dengar kau orang sembang-sembang tentang pukul-pukul. Aku yang bukan ahli kelab karate dan kelab taekwando, boleh join tak?” Soal rakan imran yang merupakan salah seorang yang duduk di meja makan bersama Imran.

“Aku hendak join!” Kata rakan-rakan Imran yang bukan ahli kelab karate dan taekwando.

“Boleh-boleh. Kau orang cari lagi. Lebih ramai lebih bagus. Lebih mudah kita hendak belasah budak cina babi itu yang acah hebat!” Imran ketawa.

“Bila hendak pukul budak cina itu?” Soal Iqbal.

“Hari jumaat ini sebelum tamat persekolahan Kita gunakan rakan sebaya dia. Kita gunakan nama cikgu karate dan guru taekwando. Kita beritahu kawan dia bahawa dia dipanggil ke kantin mengenai kelab karate dan kelab taekwando. Mana yang bukan ahli kelab karate boleh duduk di kantin berlakon seolah-olah sedang mengulangkaji pelajaran secara berkumpulan.” Beritahu Imran kepada rakan-rakannya.

“Orait, kita bantai dia sehingga dia lunyai!” Kata Iqbal dengan semangat.

“Bagus-bagus, inilah semangat yang kita mahukan.” Kata Imran dengan tertawa gembira.

“Pertandingan karate? Bila akan berlangsung?” Soal Encik Guang Hu.

“Minggu depan. Bukan kelab karate sahaja, kelab taekwando juga saya turut serta.” Kata Shen Yi yang sedang makan nasi goreng untuk makan malam.

“Waaah hebatlah adik kakak ini. Sangat berkebolehan dalam seni pertahankan diri!” Kata Hua Jiao yang merupakan kakak sulung Shen Yi.

“Buat yang terbaik ya. Berhati-hati. Jangan luka-luka pula. Jaga diri baik-baik” Kata Guang Hu kepada Shen Yi.

“Baik, saya akan buat yang terbaik.” Kata Shen Yi dengan bersemangat kepada ayahnya.

“Kalau ada rezeki, ayah akan datang melihat kamu bertarung di kedua-dua pertandingan nanti supaya kamu lebih bersemangat dan lebih kuat apabila ada ayah melihat kamu.” Kata Encik Guang Hu.

“Wah, terima kasih ayah! Ini kali pertama dapat menyertai pertandingan karate dan taekwando. Di sekolah swasta tidak mendapat peluang unuk menyertai pertandingan karate dan taekwando kerana mereka memilih rakan-rakan.” Kata Shen Yi

“Cikgu-cikgu di sekolah swasta lebih gemar memilih rakan-rakan yang berbadan lebih besar dan tinggi berbanding Shen Yi sedangkan Shen Yi hampir setiap hari berlatih taekwando dan karate!” Kata Shen Yi dengan nada tidak berpuas hati akan sekolah lamanya.

“Baguslah kamu berlatih hampir setiap hari. Ada hikmahnya kamu tidak dapat menyertai pertandingan di sekolah swasta. Ayah yakin kamu akan menang di kedua-dua pertandingan  kali ini!” Kata Encik Guang Hu membakar semangat Shen Yi.

Shen Yi, Encik Guang Hu, Hua Jiao, puan Jun Zi dan Jun Weici menyambung makan malam mereka dengan gembira dan tenang meja makan yang mewah.

__________________________________________________________________

 Hari Jumaat. Jam 12 tengah hari. Shen Yi sedang mengemas buku-buku yang terdapat di atas meja belajarnya. Arun pula menyapu kelas bagi mengemas lantai kelas sebelum keluar dari bilik kelas. Seorang budak perempuan bertudung menemui Shen Yi.

“Siapa sini bernama Shen Yi?” Tanya seorang budak perempuan yang sebaya Shen Yi itu di pintu belakang kelas Shen Yi.

“Woi Shen Yi. Sejak bila engkau ada peminat?” Soal Arun kepada Shen Yi.

Shen memalingkan wajahnya kepada Arun dan mengerutkan dahinya. Beberapa rakan sekelas Shen yi memandang budak perempuan itu.

“Itu Shen Yi.” Kata salah seorang rakan sekelas Shen Yi.

“Pergh ada peminat. Cemburu aku dengan engkau Shen Yi. Untunglah ada rupa.” Arun memuji Shen Yi.

“Ish engkau ini. Tiada kerja aku hendak ada peminat perempuan. Ada cikgu hendak bertemu dengan aku agaknya.” Balas Shen Yi kepada Arun.

“Shen Yi.” Tegur pelajar perempuan itu kepada Shen Yi.

“Iya? Ada apa?” Soal Shen Yi kepada pelajar perempuan itu.

“Cikgu karate dan cikgu taekwando hendak berjumpa dengan engkau di kantin. Pergi dengan segera. Kesian cikgu tunggu engkau.” Pesan pelajar perempuan itu.

“Baiklah sebentar lagi saya akan pergi ke kantin. Saya mahu mengemas barang. Terima kasih kerana memberitahu.” Ucap Shen Yi kepada pelajar perempuan bertudung itu.

“Sama-sama.” Balas pelajar perempuan itu lalu beredar.

Shen Yi bangun dari kerusinya lalu berjalan keluar dari kelas menuju ke kantin. Arun menyambung menyapu lantai kelas. Tiba di kantin, Shen Yi tercari-cari guru karate dan guru taekwando. Di tempat makan khas untuk guru-guru sudah pun tutup. Shen Yi kehairanan.

Shen Yi melihat di kantin tersebut, terdapat tiga kumpulan pelajar lelaki sedang membuat ulangkaji pelajaran melalui perbincangan. Shen Yi berjalan ke arah sekumpulan pelajar yang sedang berbincangkan pelajaran berdekatan dengannya. Mereka merupakan pelajar senior jika dilihat dari rupa wajah mereka. Shen Yi menghampiri mereka lalu bertanyakan soalan.

“Hello abang. Abang semua ada nampak cikgu-cikgu sekitar kantin ini?” Soal Shen Yi kepada sekumpulan pelajar seniornya.

Semua senior yang sedang berada dalam bentuk kumpulan memandang Shen Yi. Shen Yi berdiri tegak. Shen Yi dan senior-senior terdiam. Shen Yi mengelak. Tendangan dari belakang tidak mengena.

Seluruh pelajar lelaki yang merupakan senior Shen Yi mengelilinginya. Shen Yi terperangkap. Lebih tiga puluh orang pelajar senior mengelilingi Shen Yi di kantin. Shen Yi memandang keadaan sekeliling. Dirinya terkepung.

“Belasah dia!” Jerit Imran kepada rakan-rakan.

__________________________________________________________________

“Mana Shen Yi? Shen Yi masih belum pulang.” Kata Arun.

Arun melihat beg sekolah Shen Yi masih tidak berusik. Arun mulai berfikir. Apakah yang Shen Yi sedang lakukan dengan dua orang guru agaknya. Arun mengambil beg sekolah Shen Yi lalu keluar dari bilik kelas.

Kedua-dua pintu kelas hadapan dan belakang ditutup. Arun menuruni tangga sekolah yang gelap. Arun berjalan menuju ke kantin sambil membawa beg sekolah Shen Yi. Perlahan-lahan Arun berjalan menuju ke kantin. Tiba di kantin, mata Arun terbuka dengan besar. Matanya membulat terkejut melihat apa yang sedang terjadi di kantin.

Shen Yi meninggalkan senior-senior yang terbaring kepenatan dan kesakitan di atas lantai kantin. Arun berlari ke arah Shen Yi. Shen Yi diperiksa oleh Arun. Shen Yi terdapat sedikit lebam pada wajahnya. Tiba-tiba muncul dua orang guru karate dan guru taekwando. Mereka berdua berjalan pantas bersama seorang pelajar perempuan bertudung menuju ke kantin.

Pelajar perempuan yang berjalan kaki di samping dua orang guru karate dan takewando lelaki itu terkejut melihat ramai pelajar senior terbaring di atas meja, kerusi kayu panjang dan juga lantai. Mereka semua kesakitan dan tidak mampu bangun dari baringan mereka. Shen Yi kelihatan tenang seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

“Shen Yi??? Apa sudah terjadi?” Soal guru taekwando kepada Shen Yi.

Shen Yi memandang keadaan sekeliling lalu memandang kepada guru taekwando dan guru karate. Shen Yi tersenyum. Arun pula ketakutan akan apa yang bakal terjadi nanti antara para pelajar senior, Shen Yi dan guru-guru seni pertahankan diri.

“Mereka semua serang saya cikgu.” Kata Shen Yi.

“Hei kamu, siapa nama kamu?” Soal guru karate itu kepada Arun.

Arun berpeluh ketakutan. Dia juga menggigil. Kakinya menggetar-getar. Dia cuba mengeluarkan suaranya. “Nama saya Arun, cikgu.” Kata Arun kepada guru karate dengan suara yang ketakutan dan menggigil.

“Betul apa yang terjadi ini?” Soal guru taekwando kepada Arun.

“Saya tidak tahu apa-apa cikgu. Shen Yi datang ke kantin untuk berjumpa dua orang cikgu seperti mana yang pelajar perempuan itu katakan sebelum Shen Yi dan saya datang ke kantin. Saya tidak tahu apa-apa langsung apa yang terjadi sebelum saya datang ke sini.” Balas Arun kepada guru taekwando itu.

“Betul apa yang dia katakan Jasmin?” Soal guru karate kepada pelajar perempuan itu.

“Betul tetapi pelajar senior tingkatan lima yang memberitahu saya bahawa cikgu berdua ingin berjumpa dengan Shen Yi.” Kata Yasmin pelajar perempuan bertudung manis itu.

Guru taekwando menahan marah. Guru karate pula memandang Shen Yi dan memikirkan sesuatu. Shen Yi hanya menenangkan diri. Shen Yi mengambil beg dari Arun yang dihulurkan lalu memakai beg sekolah tersebut.

“Kamu semua bangun! Bangun sekarang aku kata!” Guru taekwando jerit dengan lantang kepada lebih tiga orang pelajar yang terbaring akibat tewas dalam pergaduhan akan menentang Shen Yi.

Mereka semua bangkit dari tempat baringan tetapi dengan perlahan mereka bangun. Mereka bangun dengan merintih kesakitan akibat dipukul oleh Shen Yi. Arun berbisik kepada Shen Yi bertanyakan soalan.

“Shen Yi. Angkara engkau kah? Engkau yang telah memukul senior-senior? Mereka semua ini telah engkau pukul?” Soal Arun di telinga Shen Yi secara berbisik.

Shen Yi mengangguk. Arun memandang ke arah senior-senior yang sedang bangun dari tempat pembaringan dan merintih kesakitan. Arun mengeluarkan tari telunjuk dan menggerakkan jari telunjuknya untuk mengira seramai berapakah bilangan senior-senior yang telah Shen Yi tumpaskan.

“Tiga puluh sembilan?!”Arun terkejut dalam bisikannya kepada diri sendiri.

“Engkau kira?” Soal Shen Yi kepada Arun yang berdiri di belakangnya apabila terdengar Arun mengira senior-senior yang telah ditumpaskan oleh Shen Yi sendiri.

“Gila, engkau bukan manusia Shen Yi. Sumpah aku cakap. Engkau bukan manusia.” Kata Arun kepada Shen Yi.

“Engkau yang gila, kata aku bukan manusia.” Balas Shen Yi kepada Arun.

“Shen Yi, kamu kenal mereka semua ini?” Soal cikgu karate kepada Shen Yi.

“Minta maaf cikgu. Saya langsung tidak kenal mereka melainkan Imran.” Jawab Shen Yi.

“Di mana Imran?” Soal cikgu karate.

“Ada saya pukul dia semasa dia dan kawan-kawannya menyerang saya. Entah tidak nampak pula di sini.” Kata Shen Yi.

“Eh, sekarang hanya ada tiga puluh lapan orang. Sebentar tadi ada tiga puluh sembilan orang.” Kata Arun kepada Shen Yi.

“Tidak mengapa. Minggu depan saya akan panggil Imran.” Kata guru karate kepada Shen Yi.

Guru karate dan cikgu taekwando mencaci-maki dan memarahi mereka semua yang merupakan senior-senior Shen Yi kerana mereka menyerang Shen Yi. Guru karate dan guru taekwando menyuruh pelajar-pelajar senior itu memasuki pejabat.

Rakan-rakan Imran seramai tiga puluh orang pelajar lelaki disuruh oleh guru taekwando bagi menulis nama di kertas dan juga kad pengenalan masing-masing untuk laporan masalah disiplin pelajar. Shen Yi, Arun dan Yasmin diarahkan untuk pulang ke rumah masing-masing.

__________________________________________________________________

“Kenapa muka lebam-lebam?” Soal Encik Guang Hu ketika menyambut anak lelakinya, Shen Yi pulang dari sekolah ketika anaknya sedang menaiki kereta di pintu kiri hadapan.

“Ada orang serang Shen Yi.” Luah Shen Yi sambil memandang tingkap luar kereta.

“Haih. Siapa serang? Berapa ramai orang serang? Cikgu tahu atau tidak?” Soal Encik Guang Hu.

“Senior-senior. Ramai sangat-sangat. Cikgu-cikgu sedang uruskan pelajar-pelajar senior yang telah serang Shen Yi. Cikgu kata hendak berjumpa ayah pada minggu hadapan. Hari Isnin cikgu nak jumpa ayah.” Jelas Shen Yi dengan agak teliti kepada ayahnya Encik Guang Hu.

“Okay baguslah kalau begitu. Balik rumah kamu bercerita lagi dengan ayah. Ayah hendak beri diri ayah tenang terlebih dahulu.” Kata Encik Guang Hu kepada Shen Yi.

“Baik ayah.” Kata Shen Yi akur akan ayahnya.

Encik Guang Hu memandu kereta limousine berjenama ‘Proton’ yang berwarna putih berkilat meninggalkan perkarangan sekolah.

__________________________________________________________________

Keesokkan pagi pada hari Sabtu, Shen Yi sedang membaca majalah komik tempatan yang bertajuk ‘Ujang’ dan majalah komik ‘Gila-gila’ berada di sampingnya secara berbaring di atas sofa berwarna hijau cerah.

Shen Yi membaca dengan khusyuk sekali setelah menyiapkan pelbagai kerja sekolah yang bertingkat-tingkat bukunya. Kepenatannya boleh dirasai kepala Shen Yi yang panas dan bertegang saraf leher dan kepala setelah tungkus-lumus memerah otak bagi menyiapkan kerja sekolah dari dua buah sekolah.

Encik Guang Hu berjalan ke arah sofa di mana Shen Yi berbaring. Apabila Shen Yi menyedari ketibaan ayahnya, dengan segera Shen Yi bangun dari baringannya lalu duduk dengan sopan. Ayah Shen Yi duduk bersebelahan Shen Yi lalu bertanyakan soalan kepada Shen Yi.

“Berapa ramai yang pukul kamu hari semalam? Adakah kamu tahu apa yang menyebabkan mereka hendak membuli atau menyerang kamu? Mustahil tiba-tiba ramai pelajar senior hendak membelasah kamu.” Soal Encik Guang Hu kepada Shen Yi.

“Mungkin kerana kita adalah orang cina. Bangsa cina. Orang-orang melayu sememangnya benci orang cina kerana kita adalah pendatang. Betulkan ayah? Kita berasal dari negara China.” Luah Shen Yi.

“Shen Yi. Tidak semua orang melayu membenci kaum selain mereka. Kawan ayah ada juga yang berbangsa Melayu. Ayah dan kawan-kawan tiada ada apa-apa masalah. Jadi mustahil hanya kerana berbeza kaum kamu dilayan sebegitu di sekolah.” Jelas Encik Guang Hu.

“Ayah sudah lupa? Saya dulu dibuli oleh pelajar-pelajar senior yang juga berbangsa melayu di sekolah kebangsaan? Salah saya pukul mereka? Mereka mula pukul terlebih dahulu. Ayah patut fikirkan sekali lagi.” Kata Shen Yi lalu bangun dari sofa mengemas majalah-majalah komik tempatan miliknya lalu beredar.

“Shen Yi duduk sini. Kita belum habis bercakap. Duduk berbincang. Beremosi tidak menyelesaikan masalah.” Kata Encik Guang Hu.

“Okay saya duduk.” Kata Shen Yi lalu duduk di atas sofa sedikit berjauhan dari Encik Guang Hu.

“Beritahu ayah apa yang terjadi di sekolah. Cerita dengan jelas serta terperinci.” Arah Encik Guang Hu kepada Shen Yi.

“Selepas saya bercerita pada ayah, ayah perlu bertanya kepada Arun dan cikgu-cikgu tentang hal apa yang terjadi. Saya tidak bersalah dalam hal ini. Semua orang melayu jahat! Termasuk cikgu-cikgu melayu.” Kata Shen Yi dengan tegas dan terus beredar tanpa memandang belakang melihat ayahnya, Encik Guang Hu.

Encik Guang Hu mengeluh sebentar. Dia termenung ke arah meja berkaca itu sambil berehat duduk di atas sofa. Dia sedang memikirkan apa yang sewajarnya dia patut bertindak apabila menghadapi situasi sebegini.

Encik Guang Hu tidak dapat memikirkan sebarang idea untuk menangani masalah ini. Mungkin hanya masa sahaja yang mampu menjawab persoalan yang timbul.

__________________________________________________________________

Pada hari isnin, Shen Yi dan Encik Guang Hu sedang berada di hadapan pejabat sekolah. Encik Guang Hu dan anaknya, Shen Yi bertemu dengan guru disiplin serta cikgu taekwando dan cikgu karate.

Mereka semua sedang berbincang mengenai apa yang telah berlaku pada hari jumaat minggu lepas. Arun dan pelajar-pelajar senior turut dipanggil untuk hadir ke pejabat sekolah bagi menyelesaikan persoalan-persoalan berkaitan disiplin yang tidak terjawab.

__________________________________________________________________

“Apa?! Tiga puluh sembilan orang pelajar senior yang Shen Yi telah pukul???” Soal Encik Guang Hu untuk kepastian kepada cikgu karate dan cikgu taekwando.

“Betul tuan. Dia cuma mempertahankan diri sahaja. Tiga puluh sembilan orang pelajar senior yang menyerang Shen Yi atas sebab tidak puas hati dan persepakatan antara mereka. Budaya membuli pelajar-pelajar junior untuk menunjukkan pelajar senior lah yang berkuasa di sekolah dan bukan pelajar junior berlaku dalam sekolah.” Jelas Cikgu Taekwando Shen Yi.

“Shen Yi berjaya mempertahankan diri semasa berhadapan tiga puluh sembilan orang. Beberapa pelajar senior juga telah memberitahu perkara sebenar apa yang telah terjadi. Shen Yi tidak bersalah dan kami akan mengambil tindakan ke atas pelajar-pelajar yang telah menyerang Shen Yi.” Tambah kata cikgu taekwando.

“Saya bercadang, pelajar-pelajar senior yang telah memberikan kerjasama akan diberikan hukuman yang ringan kerana majoriti pelajar senior tidak mahu memberi keterangan malah memberitahu cerita palsu.” Terang cikgu karate.

“Saya setuju. Saya maafkan pelajar-pelajar senior yang memberi kerjasama dengan cikgu asalkan mereka tidak lagi membuli atau mengganggu anak saya, Shen Yi.” Kata Encik Guang Hu.

“Bagaimana pun, kami berdua sebagai cikgu seni pertahankan diri telah memasukkan Shen Yi untuk pertandingan karate dan taekwando. Kami melihat potensi pada dirinya bahawa dia mampu pergi lebih jauh dalam dunia seni pertahankan diri. Encik sepatutnya berbangga.” Kata cikgu karate.

“Ya, Shen Yi sememangnya berminat dalam seni pertahanan diri namun impiannya tidak tercapai untuk menyertai pertandingan karate dan taekwando di sekolah lamanya. Jadi, saya amat berterima kasih kepada cikgu-cikgu memberikan anak saya peluang untuk menyertai pertandingan tersebut.

“Tiada masalah. Terima kasih.” Kata kedua-dua cikgu seni pertahanan diri itu.

“Bilakah pertandingan karate dan taekwando akan bermula?” Soal Encik Guang Hu kepada dua orang guru seni pertahanan diri itu.

“Bermula petang ini.” Jawab cikgu karate.

“Baiklah terima kasih cikgu.” Kata Encik Guang Hu.

Encik Guang Hu dan dua orang guru seni pertahanan diri itu bersalaman lalu Encik Guang Hu beredar keluar daripada pejabat sekolah. Shen Yi menunggu sambil duduk di atas kerusi panjang yang terdapat di luar bilik guru. Shen Yi duduk di pondok ulang kaji ilmu itu dengan tenang. Shen Yi melihat ayahnya berjalan keluar dari pejabat lalu berjalan menujunya.

“Pergi masuk ke kelas. Belajar. Petang ini kamu ada pertandingan karate dan taekwando.

“Baik ayah.” Balas Shen Yi.

“Kamu ada bawa baju untuk pertandingan karate dan taekwando?” Soal Encik Guang Hu kepada Shen Yi.

“Ada.” Jawab Shen Yi.

“Okay, belajar rajin-rajin.” Kata Encik Guang Hu.

“Tidak mahulah ayah. Banyak perkara saya belajar di tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan ini telah pun saya belajar sebelum ini di sekolah menengah swasta. Saya mahu berlatih karate dan taekwando.” Kata Shen Yi.

“Buatlah sesuka hati kamu. Jangan timbulkan masalah pula.” Pesan Encik Guang Hu kepada Shen Yi.

“Shen Yi pergi dahulu.” Kata Shen Yi kepada Encik Guang Hu.

Shen Yi beredar dari Encik Guang Hu lalu berjalan menuju ke dewan kelab karate berseorangan diri.

__________________________________________________________________

Shen Yi sedang duduk bersila di atas lantai. Menenangkan fikiran. Fikirannya dikosongkan. Shen Yi menumpukan perhatian terhadap kelima-lima derianya. Nafasnya teratur. Matanya dipejam. Shen Yi mulai rasakan sesuatu. Shen Yi sekarang seolah-olah berada dalam suatu bekas.

Bekas berbentuk manusia. Ya, Shen Yi berada di dalam tubuhnya. Shen Yi dapat merasakan dirinya adalah roh yang berada di dalam jasadnya sendiri. Deria pendengarannya tajam. Terdengar bunyi angin yang meniup-niup rumput. Deria rasanya dapat merasakan bahawa suhu dewan karate adalah nyaman. Shen Yi terdengar bunyi tapak kaki yang menuju ke arahnya. Matanya dibuka.

Cikgu karate berjalan kaki menuju ke arahnya. Cikgu karate itu menyebut nama Shen Yi dari luar dewan. Shen Yi menyahut panggilan cikgu karate. Cikgu karate menanggalkan kasutnya lalu masuk ke dalam dewan duduk bersebelahan dengan Shen Yi secara bersila di atas lantai.

“Kenapa kamu tidak masuk ke kelas?” Soal cikgu karate itu.

“Saya sudah belajar lebih awal di sekolah swasta sebelum cikgu-cikgu di sini mengajar topik-topik yang telah saya belajar. Di sekolah swasta terlampau banyak silibus sudah habis belajar lebih awal berbanding silibus kurikulum standard Sekolah Menengah Kebangsaan. Lebih baik saya berada di dewan karate untuk menunggu pertandingan.”

“Lebih baik kamu pergi ke tempat pertandingan karate terus daripada berada di sini. Boleh buat senaman ringan.” Jelas cikgu karate.

“Tidak mengapalah cikgu. Saya okay sahaja untuk bertolak dari sekolah ke tempat pertandingan karate. Saya hendak merasai menaiki bas sekolah bersama rakan-rakan kelab yang lain.” Kata Shen Yi.

“Oh ya, senior-senior kamu sertai pertandingan karate dan hanya digantung sekolah sahaja.” Kata cikgu karate kepada Shen Yi.

“Berapa hari digantung sekolah?” Soal Shen Yi kepada cikgu karate yang duduk bersila di atas lantai dewan karate bersebelahan kirinya.

“Dua minggu sahaja.” Kata cikgu karate.

“Pelajar senior-senior juga tidak dapat menyertai pertandingan karate?” Soal Shen Yi dengan nada yang sedikit terkejut.

“Mereka masih boleh menyertai pertandingan karate.” Kata cikgu karate.

“Ouh begitu.” Balas Shen Yi.

“Jarang saya lihat kamu berada dalam sekolah. Kamu buat apa?” Soal cikgu karate.

“Ouh, saya cuma hadir ke sini apabila ada peristiwa penting sahaja. Saya belajar di dua buah sekolah pada masa yang sama. Sekolah menengah swasta dan sekolah menengah kebangsaan. Ayah saya suruh saya ambil sijil pelajaran antarabangsa dan sijil pelajaran malaysia. Saya menumpukan perhatian akan pelajaran di sekolah swasta sahaja.”

“Kenapa tidak sahaja bersekolah terus di sekolah swasta? Mengapa tidak sahaja ambil Sijil Pelajaran Malaysia kemudian sahaja?” Soal cikgu karate kehairanan mengenai kehidupan persekolahan Shen Yi.

“Tidak mengapalah cikgu. Saya okay sahaja. Saya tidak kisah kena ambil kedua-dua peperiksaan. Peperiksaan A Level dan SPM. Saya yakin saya boleh cemerlang SPM kerana peperiksaan A Level lebih sukar berbanding SPM.” Jelas lagi Shen Yi.

“Oh begitu.” Balas cikgu karate.

“Kita akan mula bertolak ke pertandingan karate pada jam 11 tengah hari. Masih awal lagi. Shen Yi, kamu sudah sarapan? Sudah makan?” Soal cikgu karate kepada Shen Yi.

“Sudah, saya sudah sarapan di rumah.” Jawab Shen Yi.

“Masih kenyang atau lapar? Nanti jam 9.30 pagi, saya belanja kamu makan. Makanlah apa yang kamu mahu di kantin. Saya bayar.” Kata cikgu karate itu kepada Shen Yi.

“Wah, baik terima kasih cikgu.” Ucap Shen Yi. Wajahnya memandang jam dinding dewan karate itu. Jam menunjukkan pukul 8 pagi. Shen Yi tersenyum sendiri.

Jam 10 pagi, Shen Yi dan rakan-rakan senior berkumpul di dewan karate. Mereka sudah pun bersiap sedia untuk bertolak ke pertandingan karate peringkat daerah. Shen Yi juga sempat berkenalan bersama dengan beberapa pelajar senior tingkatan tiga yang mesra dengannya sebelum bertolak ke pertandingan karate.

Cikgu karate memberikan taklimat mengenai pertandingan karate peringkat daerah dan juga garisan panduan tingkah laku pelajar yang mesti dipatuhi anak murid kelab karatenya.

Jam 10.30 pagi, Shen Yi dan rakan-rakan senior yang lebih tua darinya menaiki bas berwarna kuning tertulis ‘BAS SEKOLAH’ pada sisi badan bas itu. Sungguh meriah suasana di dalam bas itu.

Semua pelajar yang menaiki bas itu bersembang dengan gembiranya dan juga ada yang tidak sabar untuk beraksi di gelanggang pertandingan karate nanti. Shen Yi hanya duduk terdiam di tempat duduk bersebelahan tingkap bas dan termenung memandang luar melalui tingkap bas sekolah itu.

Tidak sampai 25 minit, mereka pun tiba di tempat pertandingan karate. Bas diletakkan di parkir bas. Sungguh banyak kereta memenuhi parkir kereta di luar stadium. Shen Yi dan rakan-rakan turun dari bas lalu berjalan mengikuti guru karate mereka memasuki stadium tanpa perlu beratur seperti kanak-kanak sekolah rendah.

Stadium yang dimasuki oleh Shen Yi dan rakan-rakan senior sangatlah besar. Lebih besar daripada padang bola sepak. Ramai orang sudah pun berada di stadium tersebut. Ramai yang terdiri daripada para peserta pertandingan karate, ibu bapa dan guru-guru pengiring. Cikgu Karate Shen Yi membawa Shen Yi dan pelajar-pelajar senior yang lain ke tempat pendaftaran. Shen Yi mendapat giliran terakhir.

Imran dan rakan-rakannya adalah antara yang terawal giliran untuk masuk ke dalam gelanggang karate. Shen Yi memerhatikan peserta-peserta yang lain. Majoriti peserta pertandingan karate merupakan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jenis Cina manakala pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan lebih kurang daripada sekolah jenis cina.

Salah seorang peserta dari pihak sekolah Shen Yi pergi ke gelanggang sebaik sahaja nama disebutkan. Airil, pelajar tingkatan tiga memasuki kawasan tikar pertarungan karate bagi menjalankan pertandingan kategori bawah umur 15. Airil perlu berhadapan dengan seorang peserta yang juga berbangsa melayu seperti Airil. Airil dan pihak lawan segera memakai sarung tangan, pelindung muka dan pelindung gigi.

Kedua-duanya bersalaman lalu berdiri di posisi masing-masing. Pengadil menjerit, “Mula!” Airil dan pihak lawannya menghampiri antara satu sama lain. Airil memberikan tendangan. Pihak lawan cuba menahan tendangan Airil tersebut dengan tangan kiri. Tendangan helah berjaya. Kaki kanan Airil diletakkan semula pada lantai. Tumbukan sabit dari kanan hinggap pada muka pihak lawan.

Airil kembali pada posisinya dan begitu juga dengan pihak lawan. Shen Yi kagum melihat Airil dan pihak lawan Airil. Pada pertama kalinya Shen Yi dapat melihat pertarungan pertandingan karate berlangsung secara di hadapan matanya.

Pertarungan di dalam pertandingan amat jauh sekali berbeza dengan pertarungan luar pertandingan yang pernah Shen Yi hadapi. Terdapat empat tikar getah yang tebal berwarna hijau di tengah-tengah stadium digunakan bagi melangsungkan pertarungan pertandingan karate. Shen Yi turut mengambil peluang bagi melihat peserta-peserta dari sekolah yang lain bertarung dengan sekolah yang berlainan.

Pihak lawan menumbuk Airil. Tumbukan pihak lawan berjaya ditepis oleh Airil. Tumbukan kedua dari pihak lawan juga berjaya ditepis oleh Airil. Airil menendang abdomen pihak lawan menggunakan kaki kiri. Tendangan kaki kiri Airil sekali lagi diberikan namun lebih kuat kepada pihak lawan.

Airil dan pihak lawan kembali ke posisi masing-masing. Pantas pihak lawan dan Airil serentak menerjah. Pihak lawan memberikan tendangan kaki kanan yang padu namun tipis. Tidak mengena. Airil memegang kaki pihak lawan itu lantas menendang kaki pihak lawan yang berdiri di lantai itu. Pantas, pihak lawan itu jatuh terbaring dan terus Airil menumbuk dada dan wajah pihak lawannya itu.

Ahli-ahli kelab karate sekolah Shen Yi bangun dari tempat duduk bertepuk tangan untuk Airil. Shen Yi juga mengikut mereka bertepuk tangan. Shen Yi kembali duduk. Dia kembali melihat keadaan sekeliling. Para peserta mempunyai baju karate tersendiri yang berwarna berlainan. Ada yang berwarna hitam.

Ada juga berwarna hitam namun mempunyai garis-garis  berwarna merah pada pakaian karate mereka. Ada yang berkain berwarna biru, merah, hijau dan kuning yang membawa maksud mesej tersendiri di sebalik simbolik pakaian warna karate mereka masing-masing.

Pihak lawan menumbuk dan menendang bersungguh-sungguh akan Airil namun Airil dengan tenang menahan tumbukan dan menepis tendangan pihak lawan. Beberapa tumbukan dilancarkan pada wajah dan badan pihak lawan.

Seterusnya tendangan padu diberikan kepada badan pihak lawan yang menyebabkan pihak lawan jatuh bergolek. Mereka berdua kembali di posisi masing-masing. Pertarungan dimulakan. Kali ini, Airil memulakan langkah. Airil berlari ke arah pihak lawan. Pihak lawamn mengelak pantas kerana takut dirempuh keluar dari tikar.

Silap. Airil memusingkan badannya dari kanan pantas tendangan sabitnya mengena wajah pihak lawan. Segera kaki kiri menjejak tanah lalu badan hadapan pihak lawan diserang bersambungan dengan tendangan sabit kaki kanan Airil. Pihak lawan terjatuh kebelakang akan kerana impak serangan yang kuat daripada Airil.

“Tamat!” Kata pengadil.

Airil membantu pihak lawan untuk bangun daripada terbaring di atas tikar. Airil menepuk bahu pihak lawan dengan lembut beberapa kali lalu kembali kepada posisinya. Tangan Airil diangkat oleh pengadil. Airil menang dalam pertarungan tersebut. Ahli-ahli kelab karate sekolah Shen Yi sekali lagi bertepuk tangan sebagai sokongan dan memberikan semangat kepada Airil.

“Tidak lama lagi, giliran aku.” Kata Imran kepada rakan-rakan yang merupakan peserta pertandingan karate bagi kategori umur bawah 18.

Shen Yi masih tidak boleh melupakan, Imran dan rakan-rakannya mudah untuk ditumpaskan oleh dirinya sendiri tanpa bantuan sesiapa. Bertarung secara solo pada hari jumaat yang lepas menentang tiga puluh orang.

Namun kini berbeza, Shen Yi perlu bertarung dalam pertandingan. Serangan yang berjaya mendapatkan markah. Tidak seperti pertarungan luar pertandingan. Yang tumpas dan tidak lagi boleh bangun kembali bertarung dikira sebagai kalah dan lemah.

“Shen Yi. Saya ada dengar cerita tentang kamu. Saya teringin hendak berada di dalam gelanggang bertarung bersama kamu.” Kata Airil yang menghampiri Shen Yi sambil memberikan senyuman.

“Ouh, saya akan cuba yang terbaik untuk dapat bertarung dengan kamu.” Balas Shen Yi.

“Eish, kalah pula dia ini! Aduh.” Keluh Imran kerana salah seorang ahli kelab karate sekolah Shen Yi tumpas dalam pertandingan karate.

“Tidak mengapa Danial. Awak boleh cuba lagi pada pertandingan akan datang. Akan datang awak boleh bertarung dengan lebih tenang dan keberanian tinggi. Pergi duduk.” Kata cikgu karate kepada Danial yang wajah kecewa dan sedih kerana baru sahaja kalah pertarungan karate.

“Giliran aku pula!” Kata Imran dengan bersemangat.

Shen Yi memandang Imran berjalan ke arah karpet getah yang tebal berwarna hijau. Nama Imran dipanggil oleh salah seorang petugas yang membantu menjalankan pertandingan karate. Imran berhadapan dengan seorang peserta berbangsa cina. Kedua-duanya berada di dalam posisi masing-masing sehinggalah diberi arahan untuk bertarung.

Kedua-duanya bertarung dengan bersungguh-sungguh. Shen Yi melihat Imran bertarung dengan serius menentang pihak lawan. Kedua-dua peserta menyerang antara satu sama lain menggunakan seni pertempuran karate.

Sungguh mendebarkan dan sangat sengit. Imran dan peserta berbangsa cina itu dengan hebatnya menentang antara satu sama lain. Tumbukan demi tumbukan, tendangan demi tendangan tetapi tetap tidak berjaya.

“Imran! Agresif lagi Imran! Laju lagi!” Arah cikgu karate kepada Imran.

Tumbukan laju diberikan oleh pihak lawan kepada Imran namun Imran melompat laju ke arahnya lalu menendang sekuat-kuatnya pihak lawan. Pihak lawan ditendang oleh Imran lalu jatuh laju terkeluar dari karpet hijau.

“Markah!” kata pengadil.

“Nice, markah besar!” Kata Imran dengan wajah bangga.

 “Pusingan kedua!” Kata pengadil.

Pihak lawan kembali bangun dan berdiri di mana dia sepatutnya berada. Wajahnya menunjukkan ketidakpuasan hati. Imran berasa lebih bersemangat. Dia merasakan kemenangan semakin hampir. Pihak lawan menjadi lebih agresif dan menyerang bertalu-talu.

BAM! Hanya dengan satu tendangan, pihak lawan jatuh ke tanah lalu Imran segera menumbuk wajahnya dengan kuat. Pihak lawan terasa pening apabila wajahnya ditumbuk oleh Imran lalu kepalanya terhentak pada tanah dengan kuat.

“Cukup! Belakang! Beredar! Dah tamat dah! Markah!” Kata pengadil yang menarik Imran dan memarahinya kerana bertindak kasar kepada pihak lawan walaupun hanya pertandingan karate.

“Imran, Imran. Nasib lah engkau tahun ini tahun akhir engkau belajar di sekolah.” Kata cikgu karate kepada dirinya sendiri dan didengari oleh anak muridnya.

Imran melompat mengangkat kedua-dua belah tangannya kerana menang menentang pihak lawan yang berasal dari sekolah jenis cina. Rakan-rakan Imran bertepuk tangan dan bersorak untuk Imran. Imran begitu berbangga dengan kemenangannya.

“Shen Yi, sila hadir ke tempat pertarungan sekarang.” Panggil salah seorang petugas pertandingan karate.

“Go Shen Yi go.” Kata cikgu karate memberikan semangat kepada Shen Yi.

Shen Yi berhadapan pihak lawan yang juga berbangsa cina sepertinya. Pihak lawannya berasal dari sekolah kebangsaan dan bukan sekolah jenis cina seperti dirinya juga.

“Mula!” Kata pengadil setelah Shen Yi dan pihak lawan dalam berada posisi masing-masing.

__________________________________________________________________

“Bagaimana pertandingan pada hari ini?” Soal encik Guang Hu yang mengambil Shen Yi di perhentian bas.

Shen Yi masuk ke dalam kereta lalu senyum kepada ayahnya. “Ayah, Saya menang. Esok pertandingan taekwando pula.” Encik Guang Hu mendengar dengan penuh kelegaan.

“Ada sakit apa-apa? Ada cedera di mana-mana?” Soal encik Guang Hu kepada Shen Yi.

“Pagi tadi pertandingan ayah, bukan gaduh-gaduh seperti di sekolah. Pertandingan lebih selamat berbanding pergaduhan di sekolah.” Kata Shen Yi menenangkan bapanya.

“Baguslah kalau begitu.” Ujar encik Guang Hu.

“Ada berapa perlawanan pagi tadi?” Soal encik Guang Hu kepada anaknya.

“Ada tiga perlawanan. Ketiga-tiga perlawanan Shen Yi menang.” Kata Shen Yi dengan riak wajah yang gembira dan puas.

“Tahniah.” Ucap encik Guang Hu kepada Shen Yi.

“Terima kasih.” Balas Shen Yi akan ucapan ayahnya.

Encik Guang Hu kembali mengawal stereng. Gear tangan ditolak. Pedal minyak ditekan. Kereta berwarna hitam bergerak meninggalkan kawasan sekolah menengah itu.

__________________________________________________________________

“Markah!” kata pengadil sambil tangannya menghala ke arah Shen Yi.

Orang ramai menepuk tangan dan kagum akan Shen Yi. Semua ahli kelab taekwando sekolah Shen Yi menepuk tangan atas kemenangannya. Shen Yi duduk di kerusi panjang lalu diberikan air mineral oleh cikgu taekwando.

“Kamu amat berbakat Shen Yi. Pergerakan kamu sememangnya sempurna dan tiada cacat cela. Cikgu boleh baca pergerakan kamu bahawa kamu pernah mempunyai tali pinggang taekwando hitam.” Kata cikgu taekwando kepada Shen Yi.

“Ya, benar cikgu. Sebenarnya saya sudah pun belajar karate dan taekwando sehingga peringkat tali pinggang hitam di sekolah swasta namun tidak berpeluang untuk menyertai pertandingan seni bela diri atas sebab ada pelajar yang lebih senior.”

Jelas Shen Yi kepada cikgu taekwando. Cikgu taekwando mengangguk faham lalu senyum kepada Shen Yi. Rakan-rakan ahli kelab taekwando yang berdiri berdekatan juga turut mendengar sama penjelasan Shen Yi.

Mereka agak terkejut mendengar penjelasan Shen Yi. Mereka semua memandang Shen Yi dengan perasaan kagum dan terkejut.

__________________________________________________________________

“Weyh, Shen Yi semakin popular.” Kata Imran.

“Popular? Apa maksud engkau?” Soal salah seorang rakan

“Terkenal. Popular itu perkataan bahasa inggeris. Popular dalam bahasa melayu bermaksud terkenal dan dikenali seperti artis. Takkan la perkataan popular engkau tidak tahu, Iman? Tahu atau tidak ” Kata Airil.

“Ish aku fahamlah.” Balas Iman.

“Nama Shen Yi semakin disebut-sebut oleh para guru dan para pelajar. Bahkan sehinggakan terkenal di sekolah-sekolah lain. Kawan aku yang juga beritahu.” Jelas Imran.

“Karate dan taekwando dia masuk pertandingan. Kira hebatlah itu.” Balas salah seorang rakan yang lain.

Imran, Airil dan rakan-rakan sedang melepak di kedai mamak sambil merokok dan menunggu makanan mereka untuk tiba pada waktu petang. Airil tidak merokok. Airil sibuk menonton televisyen yang dimainkan bergantungan di siling kedai makan. Imran memandang Airil lalu memanggil Airil.

“Airil. Pastikan engkau kalah lawan Shen Yi dalam pertandingan karate. Hati-hati tau. Tahu? Shen Yi juga yang telah kalahkan kami tiga puluh orang sekaligus di kantin sekolah. Kami beramai-ramai menyerang dia namun tidak berjaya. Dia terlalu hebatlah. Sudah hebat seperti Bruce Lee aku lihat. Baik engkau kalahkan Shen Yi. Tunjukkan orang cina tidak sepatutnya tunjuk hebat di sekolah melayu.” Kata Imran.

“Eish Imran. Engkau ini, mengapa hendak bersifat diskriminasi kaum sangat terhadap Shen Yi. Shen Yi baik orangnya. Tidak baik membenci dia hanya kerana berlainan bangsa.” Kata Airil.

“Kelakar lah engkau ini. Jarang engkau kelakar. Engkau lihat sahajalah apa akan jadi apabila Malaysia diperintah oleh orang komunis cina nanti.” Kata Imran.

“In Sya Allah, aku boleh kalahkan Shen Yi. Aku cuba yang terbaik.” Kata Airil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience