“Selepas ini, kerja aku lebih mudah nampak gaya!” Gembira Zain duduk di atas sofa berwarna merah. Zain berada di dalam kelab malam dikelilingi perempuan berpakaian berwarna merah ketat mendedahkan dada dan juga skirt yang tersangat pendek.
Perempuan berbangsa cina dan melayu berpakaian mencolok mata memegang serta mengusap bahu, dada dan paha Zain. Musik di dalam kelab malam itu terlampau kuat sehingga hendak bersembang pun perlu bercakap di telinga kawan. Ramai yang menari sakan bersama rakan-rakan di tengah-tengah ruang kelab malam bersama cawan dan botol arak masing-masing.
“Yin dan Fal. Ambil minuman dua botol arak ini! Sebagai tanda penghargaan kamu berdua menjadi pengintip di dalam jabatan polis!” Kata Zain kepada Yin dan Fal duduk bertentangannya.
“Terima kasih Encik Zain! Cheers!” Ujar Fal sambil mengangkat secawan arak ke udara lalu diteguknya dengan rakus.
__________________________________________________________________
“Aku ada berita baik untuk engkau mengenai Fal dan Yin.” Kata Encik Hill berjalan ke arah Encik Karim yang sedang mengisi cawan dengan air mineral daripada mesin air.
“Alhamdulillah. Akhirnya, mereka berdua setuju untuk membantu engkau menegakkan keadilan.” Ucap Encik Karim.
Beberapa keping gambar dilemparkan di atas meja kecil putih panjang di tepi dinding, bahagian istirehat balai polis. Encik Karim meletakkan cawannya di atas meja tersebut. Encik Karim mengangkat beberapa kepingan gambar.
Semua kepingan gambar itu dilihat dengan teliti oleh Encik Karim. Gambar-gambar Yin, Fal dan Zainal di hadapan kelab malam pada waktu malam. Dikelilingi perempuan berpakaian merah yang mencolok mata. Majoriti perempuan tersebut merupakan berbangsa yang kulit cerah dan bermata sepet. Encik Karim memandang Encik Hill. Wajahnya pucat.
“Karim. Aku hanya percayakan engkau seorang. Tiada siapa kita boleh percaya.” Tegas kata Encik Hill.
Encik Karim menarik salah satu kerusi plastik putih berdekatan lalu dihenyak punggung di atasnya. Cawan yang beriisikan air mineral diteguk lalu diletakkan di atas meja. Encik Karim mengeluh kepenatan.
“Apa yang engkau fikir? Dia dengan Zain. Salah seorang anak buah Ross. Ross ketua mafia negeri selangor ini. Negeri ini dia yang punya. Zain itu pembantu dia. Boleh dikatakan dia bakal menggantikan tempat Ross. Kita tidak mempunyai bukti untuk mendakwa Zain dan Ross bahawa mereka merupakan ketua kongsi gelap melainkan kita dapat luahan dan kenyataan daripada orang-orang mereka.” Jelas Encik Hill.
“Aku tidak sangka Yin dan Fal itu bawah Zain.” Kata Encik Karim sambil termenung pada meja putih panjang di hadapannya itu.
“Sama ada orang-orang dia atau mereka rakan kerjasama Zain.” Balas Encik Hill.
“Allah. Apa kita hendak buat?” Encik Karim memandang Encik Hill dengan riak wajah seperti terputus harapan.
“Kita buat kerja berdua seperti biasa. Buat apa yang kita termampu sahaja.” Balas Encik Hill kepada Encik Karim.
Encik Hill turut serta minum air mineral bersama Encik Karim. Encik Karim seperti hendak putus asa. Wajahnya pucat. Encik Hill memandang Encik Karim yang termenung menghadap meja di hadapannya.
“Bertenang Karim. Engkau suruh aku carikan kawan, engkau pula putus asa. Aku ini rasa biasa-biasa sahaja. Selagi engkau ada Karim, selagi itu aku rasa cukup-cukup sahaja hidup aku. Lengkap hidup aku ada engkau Karim. Kau sudah ibaratkan adik beradik aku sendiri. Cukup aku mempercayai engkau seorang.” Ucap Encik Hill memberi semangat dan penghargaan kepada Encik Karim.
Encik Karim menoleh wajahnya memandang Encik Hill yang sedang berkata-kata dengannya. Encik Hill tenang memberikan senyuman kepada Encik Hill.
“Hill, apa yang aku risau Hill. Bila aku mati, sedikit sumbangan apa pun aku sebagai anggota polis merupakan sia-sia. Apa usaha aku Hill? Untuk negara, agama dan bangsa? Tidakkah kau takut Hill? Seluruh negara kita ini pucat, berkulat. Diperintah oleh orang-orang bangsat.” Luah Encik Karim.
“Aku?Aku tidak mahu mati sia-sia Hill. Bayangkan, aku hanya hendak menegakkan keadilan atas perkara kecil sahaja namun aku mati kerana hal kecil. Baru hendak aku mulakan selangkah, dalam menegakkan kebenaran, aku mati pada langkah pertama. Aku tidak mampu mengubah apa-apa pun. Aku takut Hill. Aku mati nanti, apa aku nak jawab dengan tuhan.” Tambah luahan Encik Karim. Wajahnya terlukis jelas keserabutan.
“Janji kau ada memulakan langkah. Kita hanya mampu berusaha sahaja Karim. Allah hendak tengok usaha kita. Bukan hasil kita. Allah yang memberikan hasil. Bukan kita membuat atau menciptakan suatu hasil.” Pesan Encik Hill kepada Encik Karim.
“Akan tetapi, aku hendak lihat negara ini berubah Hill. Berubah kerana sumbangan aku, tindakan aku, pemikiran aku. Aku hendak hidup lama Hill, aku tidak mahu mati sehingga aku berasa puas apa yang aku telah buat kebaikan kepada negara dan agama.” Balas Encik Hill.
“In Sya Allah Karim. In Sya Allah. Aku doakan. Kita sama-sama berdoa dan berserah kepada Allah. Aku tahu usaha kita ini terlalu kecil. Apakan daya kita hanya makhluk sahaja Karim. Kita ini kerdil. Nama pun hamba tuhan Setakat mana kita mampu lakukan, sejauh itu sahajalah. Kita ada had batas kemampuan sendiri. Aku tahu engkau tidak puas dan rasa tidak menyumbang apa-apa. Bukan engkau seorang sahaja. Aku turut merasakan apa yang engkau rasakan.” Balas Encik Hill.
“Walaupun aku hanya lakukan selangkah? Sedikit sangat Hill. Kalau hendak dibandingkan dengan hidup aku yang sia-sia selama ini. Aku sudah tua baru hendak mula-mula beringat.” Kata Encik Karim.
“Haha. Bertenang Karim. Baguslah engkau beringat awal. Mujur Allah gerakkan hati engkau Karim. Aku bersyukur sangat-sangat ada engkau. Apa-apa pun, tidak ada perkara pun yang masih terlambat untuk kita usahakan. Kita pun sedang berusaha. Moga Allah bantu usaha kita yang murni ini.” Ucap Encik Hill menenangkan Encik Karim.
“ In Sya Allah. Cuma aku terkilan sahaja. Seakan usaha kita sia-sia. Tidak pernah kita pergi lebih jauh. Balik-balik, pusing kes yang sama.” Encik Karim berkata dengan suara perlahan. Air mineral yang terdapat di dalam cawan diteguknya lagi.
“Sabar. Mungkin ada sesuatu yang masih tidak selesai. Ada sebabnya Allah tidak gerakkan kita ke tempat lain. Mungkin ada perkara kita terlepas pandang ke?” Encik Hill melontarkan persoalan kepada Encik Karim.
“Mungkin? Boleh jadi apa yang engkau katakan itu betul.” Encik Karim bersetuju dengan persoalan Encik Hill.
“Beginilah Karim. Apa engkau berehat sebentar daripada kes kematian keturunan Fang ini? Biar aku uruskan kes ini. Engkau uruskan kes-kes yang kecil dan tidak besar.” Cadang Encik Hill kepada Encik Karim.
“Eish, engkau ini. Kau mesti tidak mahu aku berada dalam kes keluarga Fang ini kan? Tahu lah aku selalu minta engkau carikan kawan untuk bantu selesaikan kes besar ini. Sekarang, engkau mahu aku jauhkan diri daripada engkau agar mudah untuk engkau buat kerja bersendirian?” Soal Encik Karim mahukan kepastian daripada Encik Hill.
“Begini Karim. Aku hendak engkau uruskan kes-kes lain. Bukan kes ini. Jika engkau perlukan bantuan aku, barulah engkau minta bantuan aku.” Jelas Encik Hill kepada Encik Karim.
“Kenapa pula begitu?” Soal lagi Encik Karim kepada Encik Hill.
“Ikut sahajalah cakap aku. Kita hendak siasat kes keluarga Fang ini pun, tidak membawa kita ke mana-mana. Lebih baik aku menumpukan kes ini sambil aku membantu engkau menyelesaikan kes-kes lain? Bagaimana?” Encik Hill berunding dengan Encik Karim.
“Baiklah. Aku setuju. Bosan juga hadap kes yang sama setiap hari dan tidak perubahan.” Encik Karim mengalah akan Encik Hill.
“Mana tahu kan ada kes lain yang lebih seronok?” Kata Encik Hill.
“Iya lah tu. Kes mana yang aku perlu mulakan?” Encik Karim bertanya kepada Encik Hill.
“Aku tahu kes yang mana satu.” Encik Hill tersenyum sinis kepada Encik Karim.
__________________________________________________________________
“Zain, aku dengar masalah engkau. Mesti engkau hendak dengar bagaimana untuk dapatkan orang-orang baru?” Soal Yin kepada Zain. Kad terup dirombakkan dengan laju.
“Aku tahu apa yang aku perlu buat. Engkau tidak perlu ajar aku.” Kata Zain. Mukanya masam memandang rak almarinya yang kosong sambil kakinya berada di atas meja. Zain termenung kosong terhadap almari di sebelah kanannya itu sambil duduk bersandarkan kerusi pejabat.
“Jangan begitu Zain. Dengar apa Yin hendak cakap.” Fal memujuk Zain.
“Baiklah. Aku dengar. Apa yang engkau hendak cakap. Cakap cepat. Terus kepada noktah.” Balas Zain sambil masih termenung menghadap almari kosong.
“Kita boleh mendapatkan orang-orang baru dan juga lebih ramai! Orang-orang datang kepada kita. Tidak perlu kita mencari orang-orang. Kerja mudah!” Cadang Yin dengan riak wajah gembira.
“Bagaimana? Buka ruang untuk temuduga? Ambil pekerja?” Soal Zain kepada Yin.
“Bukan. Dengar cakap aku terlebih dahulu.” Balas Yin akan soalan Zain dengan tertawa kecil.
“Baiklah.” Zain mengeluh.
“Kita buka tempat pelacuran berdekatan sekolah-sekolah dan juga universiti.” Jelas Yin.
“Ini yang idea kita hendak!” Sorak Fal menepuk meja Zain.
“Woi, jangan tepuk meja aku! Meja ini aku seorang sahaja boleh tepuk!” Marah Zain kepada Fal.
“Minta maaf boss.” Terus Fal duduk tegak apabila disergah Zain.
“Teruskan idea engkau Yin. Aku suka idea engkau. Bagaimana hendak cari pelacur? Tempat hendak melacur? Siapa yang akan jaga tempat melacur?” Soal Zain kepada Yin.
“Zain. Pelacur mudah sahaja kita hendak cari. Budak-budak sekolah ada. Budak-budak universiti ada. Bahkan ramai sahaja budak-budak perempuan tidak bekerja, kita tawarkan pekerjaan ini kepada mereka. Di sini banyak kawasan kita boleh jadikan tempat pelacuran. Kita pandai-pandai buat tempat bersih, selesa dan lawa.” Jelas Yin.
“Siapa pula hendak jaga tempat?” Soal lagi Zain kepada Yin.
“Kami ada Zain. Mujur engkau ada kami berdua! Kami sudah mendapatkan tempat-tempat yang sesuai dan strategik untuk dijadikan sebagai rumah pelacuran. Di mana-mana sahaja kita boleh buka tempat pelacuran, asalkan bersih dan selesa. Aku yakin, ramai sahaja budak perempuan di selangor ini cantik-cantik dan juga mantap!” Ketawa besar Fal sambil bertepuk tangan.
Yin ketawa kecil mendengar kata-kata Fal yang berseronok memberikan idea kepada Fal. Zain menganggukkan kepala lalu menoleh memandang Fal dan Yin dengan serius.
“Kamu berdua boleh bantu aku carikan orang-orang untuk aku? Aku akan jadikan kamu berdua orang penting aku.” Tawar Zain kepada Yin dan Fal.
“Beres Boss!” Ucap Fal sambil ketawa besar. Mereka bertiga tersenyum riang.
__________________________________________________________________
“Saya tahu, ini bukan motosikal milik kamu! Kamu turun sekarang!” Arah Encik Karim dengan tegas kepada seorang pemuda berbaju round neck. berwarna putih.
Di hadapan kedai kafe di tepi jalan. Pedal minyak dipulas. Asap putih menyembur kuat dan banyak dari ekzos motosikal. Pantas Encik Karim menggari tangan kanan pemuda itu. Pemuda itu memcut ke hadapan namun tidak sengaja terjatuh dari motosikalnya. Motosikalnya itu terus memecut ke hadapan tanpa penunggang lalu melanggar salah satu tiang lampu dan jatuh terbaring di jalan raya.
“Engkau, ikut aku ke balai!” Sergah Encik Karim kepada pemuda itu.
__________________________________________________________________
“Bagus Encik Karim. Akhirnya ada juga orang seperti Encik Karim. Ada juga berbaki harapan di atas dunia ini.” Kata Encik Khan sambil mengacau gula yang ada di dalam cawan beriisikan air kopi.
“Lega rasanya kan? Lapang hati aku. Moga Encik Karim menjadi contoh kepada anggota polis yang lain.” Balas Encik Kweng.
Encik Hill mendengar perbualan Encik Kweng dan Encik Khan semasa sedang mencicah roti jagung gardenia ke dalam air susu kambing. Encik Hill berfikir sejenak sambil mengunyah roti yang basah telah dicicahkan ke dalam air susu kambing tersebut.
__________________________________________________________________
“Emak saudara siapa hendak teman?” Shen Yi bertanyakan soalan kepada Puan Nuying Shuan.
“Dia lebih selesa berseorangan. Dia kata hendak bersendirian. Tidak mengapa. Dia berada di hospital. Para doktor boleh bantu jaga dan rawat dia. Lagipun tidak lama lagi, dia hendak bersalin.” Balas Puan Nuying Shuan akan soalan Shen Yi.
Shen Yi mengangguk faham. Shen Yi, Encik Fang Guozhi Shan dan Puan Nuying Shuan berjalan keluar dari hospital lalu menaiki kereta meninggalkan kawasan tersebut.
“Esok hari, kami sekeluarga hendak keluar berjalan-jalan. Beli barang untuk bayi yang emak saudara akan dilahirkan tidak lama lagi! Shen yi hendak ikut?” Soal Puan Nuying Shuan sambil memandang tempat duduk belakang kereta di mana Shen Yi sedang duduk.
Anak-anak Puan Nuying Shuan dan Encik Guozhi Shan berada di rumah. Hanya Shen Yi, Encik Guozhi dan Puan Nuying yang menghantar Puan Chunhua Ting ke hospital untuk rawatan susulan dari segi rawatan psikologi dan penjagaan bayi dalam kandungan.
“Saya tidak mahu ikut. Saya hendak duduk di rumah.” Balas Shen Yi akan soalan Puan Nuying Shuan, emak saudara Shen Yi.
“Baiklah, jika Shen Yi mahukan apa-apa, hubungi mak cik atau pak cik kamu ini. Kami akan belikan.” Balas Puan Nuying kepada Shen Yi.
“Baik mak cik.” Ucap Shen Yi.
Keesokkan harinya, Encik Fang Guozhi Shan dan Puan Nuying Shuan serta anak-anak mereka keluar dari rumah pergi pusat membeli-belah Shen Yi berada di rumah seorang diri. Pada waktu pagi, Shen Yi menonton televisyen sambil bersarapan memakan mee sup ayam dengan chopstick di meja bulat berdekatan dinding dan duduk menghadap televisyen.
Televisyen dimatikan. Beralih kepada surat khabar di atas meja. Shen Yi makan sarapan pagi sambil membaca surat khabar bertarikhkan hari semalam. Banyak berita tentang jenayah. Gambar-gambar artikel selebriti perempuan yang mencolok mata diabaikan dan dilangkaukan muka surat tersebut kepada muka surat yang lain.
Setelah beberapa jam berlalu. Jam di dinding menunjukkan jam 11 pagi. Shen Yi menyusun semua surat khabar yang ada dan diletakkan kembali ke dalam almari yang terdapat televisyen di atasnya. Shen Yi masuk ke dalam bilik lalu tidur akibat kebosanan dan juga mengantuk.
Tepat jam 12 tengahari, Shen Yi masih tidur nyenyak di dalam bilik. Kipas siling dibuka kepada kelajuan maksimum. Tingkap bilik turut dibuka luas agar dapat angin masuk ke dalam bilik menyebabkan sistem pengudaraan bilik menjadi lebih baik dan tidak terlalu panas ketika tidur pada waktu tengah hari.
Encik Fang Guozhi Shan, Puan Nuying Shuan serta anak-anak mereka baru pulang daripada bandar menaiki kereta besar berwarna putih dan panjang mampu memuatkan sepuluh orang termasuk pemandu. Mereka memberhentikan kenderaan di hadapan rumah mereka. Terdapat dua buah kereta polis yang berada di hadapan pintu pagar rumah mereka.
Encik Fang Guozhi Shan dan Puan Nuying Shuan kehairanan. Tambah kegusaran di dalam hati mereka. Timbul rasa tidak sedap hati. Encik Fang Guozhi Shan dan Puan Nuying Shuan keluar daripada kereta untuk berjumpa dua orang anggota polis lelaki yang sedang berdiri memandang rumah kereta dan juga dua buah kereta polis yang menghalang pagar depan rumah. Puan Nuying Shuan meminta anak-anaknya kekal berada di dalam kereta.
“Tuan? Apa yang terjadi? Soal Encik Fang Guozhi Shan.
“Ya? Encik, ini rumah Encik ke?” Soal Fal kepada Encik Fang Guozhi.
“Ya, ini rumah saya Encik. Apa yang sudah terjadi? Ada orang pecah masuk rumah saya ke?” Soal Encik Fang Guozhi Shan.
“Tiada, kami hanya mencari sasaran anggota polis. Encik ini, nama apa?” Soal Yin kepada Encik Fang Guozhi Shan.
“Saya Encik Fang Guozhi Shan. Apa yang kami perlu buat? Ada jiran hubungi polis kerana ada orang cuba pecah masuk rumah saya? Rumah saya ada orang pecah masuk?” Soal Encik Fang Guozhi Shan dengan kerisauan mendalam.
“Ouh tiada. Tiada orang yang mencuba pecah masuk rumah tuan. Apa yang tuan perlu lakukan sekarang ini hanya sila mati ya.” Jawa Encik Fal akan soalan Encik Fang Guozhi Shan.
“Apa?” Encik Fang Guozhi Shan terkejut mendengar jawapan daripada anggota polis berbangsa melayu itu. Puan Nuying Shuan turut terkejut mendengar jawapan anggota polis tersebut.
“Eh?” Puan Nuying Shuan kehairanan akan apa yang dikatakan anggota polis itu.
Sepucuk pistol dikeluarkan dari sarung pistol sisi kanan pinggan. Pistol dihalakan ke arah kepala Encik Fang Guozhi Shan. Tembakan dilepaskan. Kelongsomg peluru meloncat keluar dari pistol lalu jatuh ke tanah dan melantun bergolek ke tempat lain. Dahi Encik Fang Guozhi Shan berlubang. Wajah Puan Nuying Shuan terkena semburan darah kepala suaminya yang berlubang ditembak oleh Fal.
Yin turut mengambil peluang untuk menembak kepala Puan Nuying Shuan dari tepi. Peluru pistol menembusi sisi kanan kepala Puan Nuying Shuan yang sedang melihat suaminya gugur ditembak dan peluru keluar dari kiri sisi kepalanya. Darah menyembur keluar terkena pada tingkap cermin kanan kereta Encik Fang Guozhi Shan.
“Ayah!!! Ibu!!!” Jerit Hui dari dalam kereta melihat kedua ibu bapanya mati ditembak di kepala oleh dua orang anggota polis.
Hui memandang pula dua anggota polis yang telah menembak kedua ibu bapanya. Dua pistol dilepaskan tembakan bertubi-tubi. Tingkap cermin kereta pecah serta merta apabila mengena beberapa kali tembakan. Tembakan demi tembakan tanpa henti dilepaskan. Di dalam kereta dibasahi darah anak-anak Encik Fang Guozhi Shan dan Puan Nuying Shuan mati ditembak kejam oleh Fal dan Yin.
Tanpa mengira umur dan jantina, nyawa semua anak Encik Guozhi diragut oleh dua orang anggota polis. Kedua-dua muncung pistol berpasangkan silencer mengeluarkan asap.
“Jom beredar. Enam orang anak dan juga pasangan cina ini dah mati kita kerjakan.” Ucap Fal dengan selamba.
“Puas gila tembak budak-budak. Aku benci budak-budak. Mampus terus. Haha.” Ketawa kecil Yin.
Mendengar bunyi tembakan, Shen Yi terus terjaga dari tidur. Shen Yi segera bangun dari katil dan menjenguk tingkap biliknya dari tingkat atas. Dia ternampak dua buah kereta polis beredar tidak lama kemudian selepas beberapa saat tidak kedengaran bunyi tembakan. Shen Yi amat terkejut bunyi tembakan pistol. Hatinya berdegup kencang. Shen Yi turun dari katilnya lalu keluar dari bilik menuruni tangga menuju ke luar rumah.
Kunci diambil. Pintu dibuka. Pintu pagar pula dinyahkuncikan menggunakan kunci. Shen Yi berhenti di hadapan pagar rumah. Shen Yi jatuh melutut ke lantai. Melihat jalan raya dibasahi darah. Ibu bapa saudaranya terbaring di atas lantai. Darah terdapat pada kereta. Cermin tingkap kereta turut pecah. Dapat dilihat bahawa banyak butiran kelongsong peluru di atas jalan tar. Shen Yi memegang kepalanya dengan dua tangan. Shen Yi menjerit sekuat-kuat hati. Tragis.
__________________________________________________________________
“Semua keturunan Fang sudah dibunuh. Tiada lagi keturunan Fang.” Kata Encik Karim kepada Encik Hill. Encik Karim dan Encik Hill berada di luar rumah Encik Guozhi Shan manakala Shen Yi berada di dalam rumah duduk di atas sofa menangis kesedihan seorang diri pada waktu malam yang gelap. Trauma Shen Yi kembali menyerang.
“Masih ada keturunan Fang. Budak malang itu. Mak ayah dia dibunuh. Dua bapa saudara dan seorang ibu saudaranya itu dibunuh. Tinggal hanya budak itu, dan Puan Chunhua Ting yang masih berada di hospital. Puan Chunhua Ting bakal melahirkan anak pertama.” Jelas Encik Hill sambil bersandar pada tepi kereta.
Mayat sekeluarga telah pun dibungkus dengan plastik hitam. Jiran tetangga pula disoal siasat berkenaan pembunuhan yang terjadi pada petang tadi.
“Kesian budak itu. Apa nama dia? Mak ayah dibun. Ibu bapa saudaranya semua habis dibunuh.” Kata Encik Karim kasihan akan Shen Yi.
“Budak malang itu namanya Shen Yi.” Jawab Encik Hill.
__________________________________________________________________
Pada waktu tengah hari, Shen Yi keluar daripada kereta polis. Berdiri meghadap satu bangunan bata merah besar di hadapannya.
“Mulai hari ini, di sini adalah rumah awak bersama rakan-rakan.” Kata seorang lelaki berbadan kurus kering. Rambutnya berbentuk tempurung. Rambut sisinya nipis.
Shen Yi memasuki pintu utama bangunan tersebut dan diiringi beberapa orang dewasa berpakaian formal dan juga ada yang memakai baju sejuk serta bertopi sudu. Rumah Kebajikan Radhi Osman Syed Saad. Shen Yi dibawa ke suatu bangunan asrama. Pintu masuk bangunan itu dibukakan oleh pengiring. Shen Yi diminta masuk ke dalam kamar asrama yang luas itu. Katil di kiri kanan terdapat banyak tersusun kecuali barang-barangan penghuni asrama yang bersepah dan kotor.
Walaupun bilik tersebut bagaikan baru sahaj ditimpa tsunami namun kedudukan katil masih kekal tidak tidak berganjak. Lantai bilik yang basah. Baju-baju, seluar-seluar dan pakaian dalam yang berselerak dan bergantung di mana-mana sahaja. Begitu juga dengan tuala-tuala yang kelihatan basah dan kotor.
“Ini rumah kamu ya. Kami akan uruskan mengenai persekolahan kamu. Kamu duduk di sini untuk seminggu. Minggu hadapan kamu sudah boleh mula bersekolah. Harap kamu berseronok di sini.” Kata lelaki berambut tempurung dan kurus keding itu.
Beberapa orang dewasa tadi beredar setelah meninggalkan Shen Yi di kamar yang luas dan berselerak itu. Shen Yi ditinggalkan begitu sahaja. Shen Yi berjalan meneroka kamar tersebut. Tidak ubah seperti kamar tentera kecuali dengan keadaan yang kotor, bersepah dan juga lantai berair.
Melihat keadaan kamar itu membuatkan Shen Yi berasa tidak selesa dan menambahkan tekanan emosinya. Dia terus berjalan mencari katil yang tidak berpenghuni dan juga bersih.
Terdapat satu sahaja katil yang mempunyai dua lapis tilam. Bersih. Sekeliling tiada sampah dan juga kering. Shen Yi mengambil salah satu tilam katil bersih tersebut lalu diletakkan di hujung bucu kamar yang luas itu.
Beg baju diletakkan di atas tilam tersebut. Shen Yi berbaringkan atas tilam di lantai tanpa alas tilam dan bantal. Tidak lama kemudian, hadir bunyi bising-bising akan kerana percakapan yang sangat kuat. Ah sudah. Shen Yi tidak bersedia untuk jumpa manusia baru.
“Weyh ada budak baru!” Jerit salah seorang budak lelaki dengan suara yang menjengkelkan.
“Bangsat.” Ujar Shen Yi bersendirian.
“Weyh jarang ada budak cina! Di sini tiada lauk babi. Kenapa hendak duduk sini?” Kata salah seorang budak lelaki.
Zip beg peribadi Shen Yi dibuka oleh seorang budak lelaki berbadan kecil dan botak. Berseluar pendek. Berbaju comot berwarna biru. Budak itu dengan selambanya mengeluarkan barang-barangan dari beg peribadi Shen Yi.
“Woi! Barang aku!” Jerit Shen Yi terus bangun dari pembaringannya memarahi budak itu.
Tiba-tiba beg Shen Yi dikerumun oleh budak-budak melayu rumah kebajikan tersebut. Beg Shen Yi diselongkar lebih teruk. Semua baju-baju Shen Yi dilemparkan jauh-jauh. Beg peribadi Shen Yi diterbalikkan. Semua barang terjatuh dari tersebut.
“Babi! Kamu semua buat apa?!” Shen Yi memaki mereka semua.
“Weyh, tiada biskut lah.” Kata salah seorang budak lelaki yang telah memunggah dan menyepahkan pakaian Shen Yi keluar dari beg itu.
“Nampak sahaja kaya. Rupanya miskin.”
“Ini budak cina miskin rasanya ini. Baju pun dapat terima sedekah daripada orang lain.”
“Mak ayah dia buang dia ini. Budak cina jenis tak pandai atau budak cacat. Orang cina semua pandai-pandai. Dia sahaja yang cacat otaknya.”
“Mak ayah dia cerai. Mak curang. Tidu dengan banyak lelaki. Ayah dia juga sama!”
“Kamu semua sudah kenapa? Habis barang-barang aku sial! Mulut semua macam cibai! Lahanat budak melayu!” Shen Yi mengamuk.
“Weyh, kamu marah? Adakah kerana tiada lauk babi?” Mereka semua ketawa.
“Woi babi! Cina babi! Engkau yang ambil tilam dari katil aku? Babi cina ini! Engklau fikir, engkau cina, aku takut? Aku ada belambak kawan-kawan gangster la weyh!” Salah seorang lelaki melayu tinggi kurus kering yang merupakan antara penghuni asrama rumah kebajikan memaki Shen Yi.
Beg peribadi Shen Yi ditendang dengan kuat. Beg itu terpelanting jauh. Ubat gigi Shen Yi pula dipijak. Salah satu pakaian Shen Yi dipijak dan juga ditendang. Botol sabun mandi diangkat lalu dilemparkan kepada dinding. Pecah botol sabun mandi itu.
“Kimak anjing. Kamu semua sudah kenapa? Bodoh!” Shen Yi memaki mereka semua.
Serta merta, perut Shen Yi ditendang oleh lelaki tinggi kurus kering. Shen Yi terjatuh terbaring di atas tilam. Semua penghuni asrama rumah kebajikan itu ketawa dengan kuat. Pada mereka. Melucukan apabila mereka smeua melakukan sedemikian terhadap Shen Yi.
“Babi cina ini. Acah Malaysia ini, dia yang punya. Padahal cina menjajah tanah melayu. Bodoh babi ini!” Maki budak lelaki tinggi kurus kering itu. Dia meludah kepada Shen Yi.
Berus gigi dicapai lalu ditolak masukkan ke dalam rongga mulut budak lelaki kurus kering tinggi itu. Segera Shen Yi menumbuk dagunya dari bawah menggunakan tangan kiri.
Baju Shen Yi yang bersepah di atas lantai dikutip lalu dilemparkan ke arah budak-budak lelaki yang mengerumuninya. Shen Yi menendang salah seorang daripada mereka dan juga menumbuk tepat mengenai wajah berdekatan.
Shen Yi menjerit sekuat-kuat hati. Melepaskan amarah. Beberapa orang budak lelaki jatuh ke lantai. Shen Yi memijak salah seorang daripada mereka terus menumbuk dan menendang yang berada di sekelilingnya. Mereka semua ingin menyerang Shen Yi namun kepakaran Shen Yi dalm karate dan taekwando membuatkan tiada sesiapa mampu mendaratkan satu jari pada tubuh Shen Yi.
Seorang demi seorang tumbang. Peralatan disekeliling dimanfaatkan walaupun botol sabun dimanfaatkan sebagai senjata untuk mencemaskan musuh dengan memicit bagi mengenakan sabun pada mata pihak lawan.
Tanpa belas kasihan dan ragu-ragu, Shen Yi membelasah mereka semua. Tiada seorang pun tidak ketinggalan. Shen Yi menolak kepala salah seorang budak lelaki, dihantukkan pada tiang katil dan juga bucu katil.
Dua jam kemudian, Shen Yi menyandang beg berwarna hitam yang bukan miliknya. Shen Yi berada di bandar. Berjalan berseorangan di sepanjang pejalan kaki. Shen Yi berhenti menggerakkan kakinya di hadapan kedai roti. Bau roti yang sedang kuat menusuk hidung Shen Yi. Air liur ditelan. Perut menyanyi kelaparan. Dompet dikeluarkan dari poket kanan seluarnya. Dompet dibuka. Hanya ada RM3.
“Babi betul budak-budak melayu tadi. Habis duit arwah ibu bapa saudara aku beri kepada aku dicuri mereka. Bangsat.” Kata Shen Yi sendirian.
Shen Yi pergi ke kedai itu lalu membeli dua botol air mineral yang berharga RM1.50. Penutup botol dipusingkan lalu dibuka. Air botol mineral itu diteguk. Botol air itu ditutup kembali. Shen Yi meneruskan perjalanan berjalan kaki ketika cuaca panas mentari yang terik membahang kulit namun topi sudu berwarna hitam melindungi wajah Shen Yi daripada cahaya panas matahari.
Apabila waktu petang, Shen Yi berhenti berjalan kaki akibat lenguh. Shen Yi melihat banyak pondok di bawah jambatan. Kelihatan pondok-pondok tersebut diperbuat daripada kotak-kotak yang usang. Rangka pondok itu diperbuat daripada batang-batang besi yang diikat dengan dawai dan juga dengan kayu.
Ramai penghuni pondok-pondok itu sedang tidur, ada yang bersembang dan juga terdapat yang sedang meminum arak sambil duduk bersandarkan pondok usangnya yang didirikan dengan bahan berlainan iaitu kayu. Pondok-pondok di bawah jambatan jalan raya itu berpenghuni. Terlalu ramai. Beberapa orang mengelilingi tong besi yang berapi bagi membakar tikus-tikus. Shen Yi termuntah.
Shen Yi termuntah apabila melihat di antara mereka memakan tikus yang telah dibakar. Sebahagian daripada mereka membakar cicak. Shen Yi segera beredar apabila termuntah melihat makanan yang dinikmati mereka.
“Oi budak! Bersihkan muntah engkau itu! Kurang ajar muntah di hadapan rumah aku!” Marah seorang lelaki tua yang duduk di bawah rumah kotak kepada Shen Yi setelah Shen Yi termuntah di hadapannya.
Shen Yi berjalan memasuki salah satu ruang celahan bangunan di bandar. Ruang-ruang sempit itu turut dipenuhi orang ramai yang merupakan orang yang tiada rumah dan juga fakir miskin.
Hanya hidup dengan baju compang-camping dan tikar rotan. Ada yang berbaring di atas tilam yang berkoyak-rabak mendedahkan dawai-dawai besi bahagian dalaman katil. Shen Yi mencari tempat untuk berbaring dan duduk. Ruang itu gelap. Hanya langit memberi sedikit cahaya untuk ruang sempit itu.
Shen Yi duduk di atas kotak yang berlapis-lapis disusun bertingkat-tingkat dan memanjang. Salah seorang lelaki dewasa berwajah berjambang berbadan kurus kering itu menegurnya untuk bangun beredar dari tempat tidurnya. Shen Yi segera bangun dan mengucapkan minta maaf kepada lelaki dewasa itu.
“Hoi! Dia sudah mati!” Laung salah seorang lelaki tidak berbaju yang memeriksa lelaki yang bertubuh besar dan berjambang panjang mencecah dada itu yang terbaring di atas tilam lama dan buruk.
“Aku ambil selimut dia! Tempat tidur aku sudah ada!” Kata lelaki tidak berbaju itu.
Sungguh Shen Yi terkejut akan suasana kehidupan realiti sebagai orang fakir miskin dan juga tidak mempunyai rumah. Shen Yi jatuh terduduk apabila mendengar sahaja perkataan mati. Fikiran Shen Yi terus terbang ke alam lain. Mayat lelaki dewasa berjambang mencecah dada itu tidak dihiraukan langsung seolah-olah bukan perkara besar bagi mereka.
“Hey budak. Kamu hendak tempat duduk dan rehatkan? Kamu ambil pak cik itu, bawa dia keluar. Seret dia dan letak dia di pejalan kaki tempat orang ramai orang lalu lalang.” Kata lelaki dewasa berwajah berjambang berbadan kurus kering dan kepala bersarung topi salji itu kepada Shen Yi.
“Nanti adalah orang telefon ambulan dan dia akan dibawa ke hospital untuk dibungkus sebagai mayat. Mayat dia nanti akan diruskan oleh orang lain. Tempat tidur dia itu. Tilam miliknya, engkau boleh ambil untuk guna.” Jelas lelaki dewasa berwajah berjambang berbadan kurus kering dan kepala bersarung topi salji itu.” Tambahnya lagi akan penjelasannya kepada Shen Yi.
Mendengar penjelasan lelaki itu, terus Shen Yi bangun dan beredar daripada tempat itu. Tanpa menoleh ke belakang, Shen Yi berlari dan terus berlari. Air mata berciciran. Shen Yi menangis dalam lariannya. Langkah lariannya tidak berhenti. Apabila sudah berlari jauh, Shen Yi kepenatan. Shen Yi berjalan kaki dengan perlahan. Matahari sudah pun terbenam.
Walaupun Shen Yi tiada arah tuju, tetap terus Shen Yi berjalan kaki. Hatinya meronta-ronta meminta dirnya mencari tempat yang boleh dikatakan sebagai rumah. Shen Yi teringat akan arwah keluarganya. Ibu bapa saudaranya.
Makanan dan minuman yang sedap-sedap pernah dimakan sebelum ini. Langkahnya terhenti. Shen Yi melabuhkan punggungnya di atas kerusi kayu panjang.
Shen Yi berbaring lalu melelapkan mata dalam keadaan kelaparan dan perut semakin mengempis sehingga dapat merasakan kesakitan. Shen Yi tidak dapat makan semenjak kematian ibu bapa saudaranya sejak dari semalam. Shen Yi tertidur atas kerusi kayu panjang itu di bandar raya yang besar itu.
Tiba-tiba, Shen Yi dikejutkan oleh salah seorang anggota polis yang berdiri di hadapannya yang sedang tidur di atas kerusi kayu panjang itu dengan amat kasar. Badan Shen Yi digoncang kuat lalu ditarik jatuh ke lantai untuk dipaksa bangun tidak tidur dari kerusi kayu panjang itu. Sudah malam. Gelap. Hanya lampu jalan raya dan lampu bangunan bercahaya pada waktu malam.
“Woi budak! Kau fikir kerusi kayu panjang itu katil engkau? Balik rumah sendiri tidur di tumah, bodoh!” Polis itu memaki hamun Shen Yi. Dua orang polis itu pun duduk di kerusi kayu panjang di mana Shen Yi tidur tadi. Dua orang anggota polis itu pun meminum air botol arak di tangan masing-masing.
“Kurang ajar.” Kata Shen Yi duduk di atas lantai setelah Shen Yi ditarik dan ditolak jatuh ke lantai oleh dua anggota polsi tersebut.
“Apa engkau boleh buat budak? Kami ada pistol!” Kata salah seorang anggota polis.
Mereka ketawa berdekah-dekah. Shen Yi bangun lalu beredar daripada situ kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan. Dalam keadaan lapar, perut semakin menekan tetap Shen Yi terus berjalan dan memasuki celahan ruang bangunan. Di dalam gelap Shen Yi berjalan dan terus berjalan.
Langkahnya terhenti. Wajah Shen Yi yang hanya memandang lantai sejak berjalan kaki diangkat memandang ke hadapan. Banyak tubuh bergelimpangan. Butiran-butiran kelongsong bersepah di atas lantai.
Darah membasahi tanah. Bahagian belakang bangunan yang bercahaya itu pintu terbuka. Shen Yi hanya memikirkan lapar pada waktu itu. Pantas Shen Yi menyeluk poket seluar dan baju orang-orang yang sudah mati dibunuh itu.
Tubuh-tubuh yang bergelimpangan mempunyai dompet yang beriisikan duit. Segera Shen Yi mengambil duit dari dompet mayat-mayat tersebut lalu dimasukkan ke dalam dompetnya. Tidak cukup duit diisikan ke dalam dompet, duit milik mayat-mayat dimasukkan pula di dalam beg sandang berwarna hitam. Setelah Shen Yi berpuas hati, beg disandang lalu Shen Yi segera bangun ingin meninggalkan kawasan tersebut sebelum pihak polis tiba.
Langkah Shen Yi terhenti sekali lagi. Tubuh badan Shen Yi kaku. Tergamam melihat sesuatu di hadapannya. Seorang lelaki berjaket jubah hitam. Kolar tinggi menutupi lehernya kecuali mendedahkan bahagian hadapan. Pakaian serba hitam.
Di hadapan Shen Yi merupakan pembunuh bapa saudaranya yang telah menembaknya dengan pistol. Lelaki di hadapannya melibas pedang. Darah memercik ke lantai. Pedang lurus seperti pedang samurai jepun itu yang basah tadi kembali berkilat seperti telah kering selepas melibas angin menyahkan darah dari pedang tersebut.
“Engkau!” Jerit Shen Yi kepada lelaki pakaian serba hitam itu.
Harun memasukkan pedang ke dalam sarung pedang. Kemudian, dia memandang ke arah Shen Yi dengan tenang. Harun kenal akan wajah budak lelaki cina itu. Budak lelaki itu yang ternampak wajahnya sebagai pembunuh ketika dia mencuba membunuh Encik Fang Lee Wei namun gagal.
“Pembunuh bapa saudara aku!” Jerit Shen Yi kepada Harun.
Shen Yi berlari memecut ke arah pembunuh bapa saudaranya itu. Penumbuk tangan kanan dilancarkan kepada Harun. Mudah sahaja Harun mengelak. Shen Yi terkejut. Rasa mustahil pembunuh bapa saudaranya itu boleh mengelak serangannya dengan mudah.
Libasan tendangan diberikan kepada Harun namun tidak mengena. Shen Yi baru tersedar bahawa dirinya kurang bertenaga, serangannya perlahan tidak berkuasa dan tubuhnya lemah akibat kelaparan tidak makan sejak hari semalam. Harun melibaskan pedangnya kepada Shen Yi. Serta-merta pandangan Shen Yi gelap. Mati? Adakah ini kematian?
__________________________________________________________________
Pada keesokan pagi hari, sehari selepas kematian Encik Guozhi Shan sekeluarga.
“Siapa yang telah bunuh satu keluarga Encik Fang Guozhi Shan? Mengapa anggota polis?” Soal Encik Hill sendirian di tempat pemandu kereta polis.
“Tidak sangka ada yang tergamak membunuh rakyat yang sepatutnya mereka lindungi.” Ujar Encik Karim. Menyapu wajahnya dengan tangan kanan. Bingung.
“Bodoh! Anggota polis ambil upah untuk membunuh rakyat!” Encik Hill menghentak stereng kereta dengan kedua-dua belah tangannya yang mengepal penumbuk.
“Mati akal kita seperti ini. Tidak ada petunjuk langsung” Kesal Encik Karim.
“Biar aku soal Fal dan Yin.” Tegas Encik Hill.
“Engkau gila ke? Engkau mahu terjah orang tanpa bukti? Yin dan Fal itu orang baru! Mustahil mereka akan lakukan kerja kotor bagi pihak jenayah.” Kata Karim kepada Encik Hill.
“Karim, inilah kongsi gelap mahu kita fikirkan sedemikian. Sudah tentu tiada siapa mahu mengesyaki Yin dan Fal. Tidak mengapa. Biar aku soal Yin dan Fan sendirian. Engkau teruskan siasatan.” Jelas Encik Hill.
“Jangan jadi bodoh Hill!” Marah Encik Karim kepada Encik Hill.
“Bodoh sangat kah aku ini? Ingin menegakkan kebenaran. Menentang konspirasi kongsi gelap yang aku terhidu ini?” Soal Encik Hill kepada Encik Karim.
Encik Karim terdiam. Encik Hill bangun dari tempat duduk lalu beredar keluar dari kereta meninggalkan Encik Karim di dalam kereta polis. Encik Hill menolak pintu kaca dan masuk ke dalam balai polis. Encik Karim kekal berada di dalam kereta. Mengeluh. Encik Karim memikirkan bagaimana hendak menyelsaikan konspirasi besar di dalam negara ini. Entah bila akan habis masalah ini.
“Fal dan Yin.” Encik Hill memanggil mereka berdua, Yin dan Fal.
Yin dan Fal sedang bersembang. Yin sedang duduk di meja kerjanya manakal Fal sedang berdiri duduk di meja kerja Yin. Yin dan Fal memandang Hill yang menemui mereka berdua. Encik Hill memberikan soalan kepada Yin dan Fal.
“Kamu berdua, di mana pada 12 tengah hari semalam? Saya tidak nampak kamu berdua di balai pada hari semalam.” Soal Encik Hill kepada Yin dan Fal.
“Err, kami berdua pergi berehat. Makan di kedai makan.” Jawab Fal.
“Kedai mana?” Soal Encik Hill.
“Kedai mamak. Taman Era Maju.” Balas Yin akan soalan Encik Hill.
“Sedap makan di situ? Makan apa?” Soal Encik Hill lagi.
“Roti tisu, roti canai dan roti bom. Kedai mamak kami pergi semalam, waktu tengah hari masih ada jual roti. Sedap.” Jawab Fal.
“Baiklah terima kasih. Nanti saya cuba rasa makanan di kedai mamak itu. Makan roti tisu dan roti bom mesti puas.” Kata Encik Hill kepada Yin dan Fal.
“Haha ya betul!” Kata Fal.
Encik Hill pun beredar meninggalkan Yin dan Fal berada di dalam balai. Encik Hill keluar daripada balai lalu memasuki kereta polis di mana Encik Karim masih berada di dalam kereta tersebut.
“Bagaimana?” Soal Encik Karim kepada Encik Hill.
“Mereka ada berdekatan di tempat kejadian pada hari semalam.” Jawab Encik Hill.
“Kebetulan?” Soal Encik Karim.
“Aku rasa bukan kebetulan pada hari semalam. Aku yakin Fal dan Yin pembunuh Encik Fang Guozhi Shan sekeluarga.” Yakin Encik Hill mengeluarkan kepercayaannya.
“Kebetulan Hill. Kebetulan.” Kata Encik Karim.
“Tidak mengapa Karim. Aku akan teruskan siasatan ini. Engkau hanya perlu buat kerja engkau.” Balas Encik Hill akan percakapan Encik Karim.
Di Taman Era Maju, Encik Hill pergi ke kedai makan mamak. Encik Hill bertanyakan soalan kepada semua pekerja kedai makan mamak itu. Encik Hill mendapat jawapan bahawa dua orang anggota polis pernah datang kedai untuk makan roti namun bukan jam 12 tengah hari semalam. Dua orang anggota polis datang ke kedai makan mamak itu pada jam 2 petang. Setelah mendapatkan jawapan, Encik Hill membeli air teh tarik sejuk ikat dan mengucapkan terima kasih lalu beredar.
Encik Hill memasuki kereta polis dan duduk di tempat pemandu. Air teh tarik yang terdapat dalam ikatan plastik diminum dengan straw. Encik Karim bertanyakan soalan kepada Encik Hill.
“Bagaimana?” Soal Encik Karim kepada Encik Hill.
“Yin dan Fal ada datang di kedai makan ini namun bukan pada jam 12 tengah hari.” Jawab Encik Hill.
“Mereka silap beritahu masa agaknya.” Balas Encik Karim.
“Tidak Karim. Mereka mengambil masa untuk menyimpan silencer. Mesti ada tempat untuk mereka menyembunyikan silencer bersama pistol yang tidak berdaftar dengan balai polis.” Kata Encik Hill.
“Betul juga.” Encik Karim merenungkan pernyaatn Encik Hill.
“Aku tahu bahawa orang pertama sebagai anggota polis yang tiba di tempat kejadian bukanlah Yin dan Fal. Yin dan Fal sudah tentu perlu berada di tempat lain, tempat yang jauh daripada tempat kejadian. Mereka perlu berjauhan dengan tempat kejadian agar tidak dapat dikesan kedudukan mereka melalui monitor GPS dari stesen balai polis.” Encik Hill sedang menyusun cerita.
“Betul-betul. Aku pasti mereka perlu berada di tempat yang sangat jauh dan perlu pergi berjauhan dengan daripada tempat kejadian dengan masa yang singkat. Sudah tentu kenderaan perlu bergerak laju.” Encik Karim turut membantu Encik Hill untuk membina susunan cerita.
“Teori mereka untuk pergi jauh daripada tempat kejadian, mereka pandu kereta dengan pantas atau menghidupkan siren polis agar pemandu-pemandu di jalan raya akan membuka ruang supaya mereka dapat bergerak dengan lancar jauh daripada tempat kejadian. Sekarang, kita perlu tanya gerai-gerai di tepi jalan atau rumah-rumah yang terdapat di tepi jalan. Kita perlu siasat dan cari jalan raya mana yang mereka gunakan.” Kata Encik Hill.
“Hebat kamu Hill. Mari aku bantu engkau.” Kata Encik Karim kepada Encik Hill.
“Terima kasih Karim kerana percayakan aku. Mari kita bahagikan tugas siasatan.” Kat Encik Hill.
__________________________________________________________________
“Apa sudah jadi?” Soal lelaki berambut tempurung berbadan kurus apabila dia masuk ke dalam kamar luas Asrama Rumah Kebajikan Radhi Osman Syed Saad.
Semua penghuni asrama terbaring di atas lantai. Ada yang bersandar pada dinding. Tidak dilupakan juga yang pengsan di atas katil. Sebahagian kecil daripada mereka, kepala berdarah. Wajah mereka terdapat lebam-lebam akibat tumbukan Shen Yi yang laju dan kuat.
Lelaki berambut tempurung berbadan kurus kering itu memeriksa semua penghuni asrama tersebut seorang demi seorang. Seorang budak lelaki botak berbaju berwarna hitam bergambarkan tengkorak terbatuk-batuk. Dia memandang lelaki berambut tempurung itu.
“Budak. Apa yang sudah terjadi?” Lelaki berambut tempurung itu bertanyakan soalan kepada lelaki botak berbaju berwarna hitam bergambarkan tengkorak itu.
“Budak cina belasah kami semua. Kemudian dia berlari keluar dari bilik. Entah mana dia pergi.” Jawabnya.
“Apa?!” Soal lelaki berambut tempurung dengan nadan marah.
“Tuan?” Soal lelaki berkulit gelap dan berpakaian sut serba hitam termasuk cermin matanya kepada lelaki berambut tempurung itu.
“Shen Yi, keturunan Fang. Dia sudah larikan diri! Cari dia! Cepat! Dia mungkin belum dapat melarikan diri! Dia mesti ada sekitar bandar ini!” Arah lelaki berambut tempurung itu kepada lelaki berpakaian sut serba hitam itu.
“Baik tuan!” Segera lelaki berpakaian sut hitam itu berlari keluar kamar bersama rakan-rakannya.
“Tak guna! Kepala budak itu berharga jika aku serahkan kepada Ross!” Marah lelaki berambut perang itu.
__________________________________________________________________
“Terima kasih Yin dan Fal. Mulai sekarang, kamu berdua adalah orang penting aku. Kamu berdua banyak membantu aku dalam membangunkan sumber kewangan aku! Begitu ramai yang datang ke tempat pelacuran! Daripada hanya satu bilik, sekarang menjadi satu bangunan! Mungkin tidak lama lagi, kita akan jadikan satu pekan merupakan pekan pelacuran!” Ketawa besar Zain di dalam bilik pejabatnya.
“Betul! Betul! Saya juga berterima kasih kepada Zain kerana sudi menerima saya, dan Fal.” Ucap Yin.
“Tempat pelacuran yang sangat strategik! Berdekatan universiti, sekolah menengah dan bahkan juga kedai makan! Memang terbaik! Hendak mendapatkan orang-orang baru untuk Zain juga mudah!” Sorak Fal.
“Namun kerja kita belum selesai Fal.” Yin memberikan peringatan kepada Fal.
“Apa itu kerjanya?” Soal Fal kepada Yin.
“Kalian berdua ada kerja? Kerja apa?” Soal Zain kepada Yin.
“Kami ada musuh yang perlu kami lumpuhkan atau memberi pengajaran secara senyap-senyap.” Balas Yin akan soalan Zain.
“Boleh aku bantu?” Zain menawarkan bantuannya kepada Yin dan Fal.
“Terima kasih. Bantuan Zain amat kami hargai.” Ucap Yin sebagai tanda penghargaan.
“Bagaimana aku boleh bantu?” Tanya Zain.
“Kami berdua hanya perlukan assault rifle. Sudah mencukupi.” Jawab Yin.
“Yin, kita perlukan assault rifle untuk apa?” Soal Fal kepada Yin.
“Kau ingat Hill? Polis yang lebih senior daripada kita? Dia akan mendedahkan engkau dan aku bahawa kita yang telah membunuh keluarga keturunan Fang baru-baru ini.” Jawab Yin.
“Oh, ada tikus terhidu kerja kalian yang telah aku berikan? Menarik. Kamu berdua banyak membantu aku. Membuktikan kesetiaan dengan membunuh keluarga keturunan Fang dan juga meluaskan perniagaan pelacuran di suatu pekan. Sudah tiba masanya aku berikan kalian ganjaran dengan membantu kamu berdua membunuh musuh.” Jelas Zain.
“Terima kasih banyak-banyak.” Ucap Yin kepada Zain.
“Aku akan hubungi ketua balai kamu berdua suapaya dia menyuruh musuh kalian mengambil cuti. Pada waktu musuh kelian bercuti, ketika itulah kamu berdua perlu bertindak.” Ketawa sinis Zain.
“Wah boss! Ini sangat-sangat memudahkan kerja-kerja kami! Terima kasih boss!” Ucap Fal dengan amat gembira sekali kepada Zain.
“Tidak ada apa-apa. Urusan kecil sahaja.” Balas Zain dengan ketawa kecil.
__________________________________________________________________
“Hill, mulai hari esok engkau bercuti ya. Aku memberikan penghargaan kepada engkau dengan cara aku memberi cuti kepada engkau dan Karim. Kalian berdua langsung tidak mengambil cuti dan hanya bekerja sahaja. Setiap hari aku nampak kamu berdua di balai, rimas pula aku. Lebih baik kamu berdua cuti.” Kata ketua balai kepada Encik Hill ketika sedang memegang secawan kopi berdiri di tepi meja kerja Encik Hill.
Encik Hill amat terkejut dengan kata-kata ketua balai polis. Entah mahu gembira atau sedih, Encik Hill sendiri tidak tahu bagaimana mahu gambarkan. Encik Karim turut mendnegar kata-kata ketua balai daripada meja kerja yang yang agak sedikit berjauhan dengan meja kerja Encik Hill. Encik Hill dan Encik Karim mata terbelalak.
“Cuti?” Soal Encik Hill kepada ketua balai untuk mendapatkan kepastian.
“Ya cuti. Karim dan engkau, aku beri cuti wajib. Kalau kamu berdua tidak cuti, aku akan memberhentikan kamu berdua. Jangan beri aku lihat muka kamu berdua di balai selama seminggu. Bercutilah sepuas-puasnya!” Tegas ketua balai.
“Baik tuan. Terima kasih tuan.” Ucap Encik Hill terus berdiri memberikan tabik hormat kepada ketua balai itu. Encik Karim turut serta memberikan tabik hormat kepada ketua balai.
__________________________________________________________________
“Cuti? Macam aku tidak percaya kita berdua diwajibkan bercuti. Mesti ada apa-apa ini.” Ujar Encik Karim di kedai makan mamak, Taman Era Maju. Roti tisu berdiri di hadapannya di dalam pinggan berbentuk kon dan bergula. Terdapat dua mangkuk kecil berisikan susu pekat dan juga kari.
“Mungkin kita memang perlukan cuti. Aku rasa aku perlukan rehat. Aku asyik tidur lambat siasat kes kematian keluarga keturunan Fang.” Keluh Encik Hill. Tangannya mengoyakkan roti bom lalu dicicahkan ke dalam kuah kari. Encik Hill menikmati makanannya itu dengan reaksi sama sekali tidak ceria.
“Eh, tidak pernah pula aku lihat engkau mahu bercuti Hill.” Nyata Encik Karim.
“Apa boleh buat. Entah-entah, kalau ketua balai nampak kita pakai baju uniform di luar balai walaupun kita tidak masuk balai, naya kita diberhentikan kerja.” Kata Encik Hill.
“Engkau lurus atau apa Hill? Aku rasa, ketua balai hanya bergurau. Tidakkan dia tergamak untuk memberhentikan kita yang hendak terus bekerja berkhdimat untuk masyarakat dan negara?” Encik Karim menafikan pernyataan Encik Hill.
“Kalau begitu, apa kata engkau kerja pada hari esok. Aku pula mula bercuti. Bagaimana? Aku mahu lihat sama ada engkau diberhentikan atau digantung kerja.” Encik Hill mencabar Encik Karim dengan tersenyum sinis.
“Aish, ye lah. Esok kita berdua mula bercuti.” Kata Encik Karim, mengalah dengan Encik Hill.
Encik Hill ketawa melihat reaksi Encik Karim akan pernyataannya yang mnecabarnya untuk terus bekerja pada hari esok walaupun telah dilarang oleh ketua balai.
“Engkau hendak pergi mana ketika cuti?” Soal Encik Karim kepada Encik Hill.
“Aku fikir, mahu duduk di rumah terlebih dahulu. Biar isteri dan anak-anak aku merasai kehadiran dan kewujudan aku di rumah. Aku hendak kemas rumah, uruskan anak-anak aku, dan buatlah apa yang patut. Bukannya aku boleh cuti bersahaja. Anak-anak aku semua bersekolah lagi. Hujung minggu balik kampung. Dapat balik kampung untuk tiga hari dan dua malam okay juga. Kesian isteri dan anak-anak aku. Aku jarang berada di rumah. Balik kampung pun jarang.” Luah Encik Hill.
“Baguslah orang macam engkau ini Hill.” Puji Encik Karim akan Encik Hill.
“Engkau Karim? Baik engkau berkahwin selagi sempat.” Gurau Encik Hill.
“Cis, sempat lagi engkau mengusik aku. Aku ini sudah tua. Buat apa hendak kahwin dengan umur sebegini. Mana ada orang mahu aku.” Encik Karim membuat reaksi hendak merajuk kerana diusik oleh Encik Hill. Encik Hill mentertawakan Encik Karim.
“Kalau engkau hendak kahwin, kahwin sahajalah Encik Karim. Engkau pun layak untuk bahagia. Lagipun engkau sudah menjadi lebih baik daripada dahulu jika hendak dibandingkan dengan diri engkau yang sekarang.” Luah Encik Hill.
Encik Karim hanya mendiamkan diri. Termenung memandang luar tingkap. Mengeluh seorang diri. Encik Hill tersenyum melihat Encik Karim.
“Karim, alang-alang kita cuti dua mingu ini, lebih baik engkau cari jodoh. In Sya Allah ada terjumpa jodoh nanti.” Ketawa Encik Hill ketika memberikan cadangan.
“Eish sudah, menyampah aku dengar engkau berkata-kata!” Balas Encik Karim akan cadangan Encik Hill itu. Bertambah panjang Encik Hill ketawa. Encik Hill berasa geli hati dapat menyindir Encik Karim banyak kali sebegitu.
__________________________________________________________________
Kepala rasa berpinar-pinar. Seluruh tubuh Shen Yi berasa sakit. Badannya terasa lemah hendak banguna. Bilakah kali terakhir Shen Yi makan? Dia sendiri tidak ingat di mana dia berada dan apa yang sedang dia lakukan. Matanya dibuka. Pening kepala yang amat kuat mengganggu penumpuan Shen Yi untuk mengetahui apa yang berada di atasnya.
Tangan kanannya diangkat lalu memegang kepalanya. Shen Yi emngaduh. Sakit kepala yang bukan kepalang. Mengambil sedikit masa untuk mengumpul tenaga dan kekuatan untuk sedar dari kepeningan dan juga bangun dari pembaringannya.
Shen Yi perlahan-lahan menongkat tubuhnya dengan tanagn kiri. Bahagian kirinya terdapat dinding. Shen Yi tersedar bahawa di sedang berada di atas tilam. Rupanya, sepanjang Shen Yi pengsan, dia berbaringkan di atas tilam, berbantal dan juga berselimut. Shen Yi berasa sejuk kerana sudah tidak makan selama dua hari. Perut menekan-nekan akibat kelaparan.
Selimut diselakkan. Shen Yi memandang ke kanan. Terdapat cahaya daripada dua lampu kalimantang. Bilik tersebut kosong. Hanya terdapat katil besi, meja dan kerusi, meja lipat dan juga almari besi yang besar. Bilik tersebut hanya berdindingkan berwarna putih dan lantai yang bersimen tidak berjubin.
Seorang lelaki berbangsa melayu sedang mencuci sepucuk pistol yang telah dipisahkan setiap komponen pistol tersebut di meja lipat tersebut dengan duduk bersila di atas lantai. Shen Yi melihat wajah lelaki tersebut lalu teringatkan sesuatu.
“Engkau!” Kemarahan terus merasuki Shen Yi.
Shen Yi bangun dari pembaringannya lalu memecut berlari meluru ke arah lelaki misteri di dalam bilik bersama Shen Yi. Shen Yi ingin menerkam lelaki itu namun pantas lelaki itu mengeluarkan sepucuk pistol revolver daripada sarung pistol di pinggang kanannya. Pistol itu diacukan kepada Shen Yi.
Ancaman itu tidak dihiraukan. Shen Yi tetap tidak ragu-ragu untuk menerkam lelaki itu. Berani mati. Shen Yi bagaikan dirasuki sesuatu. Dirasuki dendam, marah, sedih dan pelbagai lagi perasaan. Perasaan yang kemuncak dirasai Shen Yi sekarang ini adalah perasaan dendam.
Tiba-tiba lelaki itu bangun dari tempatnya duduk. Pergerakannya pantas mengelak daripada terkaman Shen Yi. Shen Yi terkejut kerana lelaki misteri itu bergerak dengan sangat pantas walaupun hanya bangun dari tempat duduk dan sempat mengelak daripada terkaman Shen Yi seolah-olah pergerakan Shen Yi yang tersangat perlahan. Shen Yi terjatuh meniarap ke lantai. Lelaki misteri itu menarik picu.
Klik!
Mata Shen Yi dipejam. Kehidupannya sudah berakhir. Mungkin kepalanya sudah pun ditembak oleh lelaki misteri tersebut. Hairan, Shen YI masih bernafas. Segera Shen Yi bangun daripada meniarap lalu memeriksa tubuhnya sendiri dengan dua belah tangan. Dari kepala sehingga ke kaki. Sebutir peluru langsung tidak mendarat menjamah tubuhnya. Shen Yi ketakutan. Dirinya baagikan direnjat elektrik. Perasaan takutkan kematian berada di puncak.
“Pistol ini kosong. Tiada peluru. Aku hanya mahu menguji engkau.” Kata lelaki berbangsa melayu misteri itu kepada Shen Yi.
“Pembunuh! Engkau pembunuh bapa saudara aku! Engkau akan mati!” Jerit Shen Yi kepada lelaki misteri itu yang berpakaian serba hitam.
“Engkau lemah budak. Makan pun belum aku lihat. Lemah semacam. Pergerakan engkau lambat. Tindakan engkau juga tidak bijak. Engkau belum bersedia lagi untuk membunuh aku.” Kata Harun kepada Shen Yi.
“Aku tidak tahu sebab apa untuk engkau bunuh bapa saudara aku. Apabila engkau mati, aku tidak lagi memerlukan cerita mengapa bapa saudara aku dibunuh!” Marah Shen Yi bangun berdiri menengking kepada Harun.
Harun hanya berdiri memandang kedua-dua belah mata Shen Yi. Shen Yi benar-benar nekad untuk membunuh Harun walaupun sanggup melakukan tindakan bodoh yang bakal meragut nyawanya.
“Kalau ya pun hendak bunuh aku, lebih baik engkau ambil bungkusan makanan di sebelah engkau. Aku tahu engkau lapar. Aku beli nasi goreng, telur mata dan kuetiau juga ada telur mata untuk engkau. Makan. Selepas itu, engkau hendak bunuh aku, bunuhlah.” Balas Harun akan kata-kata Shen Yi.
Shen Yi terpinga-pinga mendengar apa yang dikatakan oleh Harun sebentar tadi. Otaknya sedang memproses maklumat. Harun mengeluh. Shen Yi masih dalam posisi siaga.
“Kalau engkau tidak mahu makan, aku akan makan dua bungkus makanan itu walaupun aku belikan untuk engkau.” Kata Harun kepada Shen Yi.
Shen Yi memandang ke lantai. Terdapat sebungkus plastik berwarna merah yang berisikan dua bungkus bekas plastik polistrin yang diikat dengan getah bersama dengan sudu plastik berwarna hijau. Shen Yi memandang kembali Harun. Harun masih tidak berganjak dari tempatnya berdiri. Harun memberikan isyarat wajah untuk menyuruh Shen Yi untuk makan.
Shen Yi melutut ke lantai lalu membuka salah satu bungkusan makanan polistrin itu. Bau nasi goreng itu menusuk ke dalam hidung Shen Yi. Air liur di dalam mulut Shen Yi menjadi banyak ibaratkan air laut pasang. Bungkusan kedua pula dibuka. Menampakkan kuetiau dan telur mata. Kini, bau nasi goreng dan bau kuetiau menusuk hidung dan juga kalbu.
Harun mengambil sesuatu dari atas meja kerjanya yang menghadap dinding. Harun meletakkan pinggan itu di atas meja lipat. Shen Yi memandang pinggan tersebut. Segera Shen Yi meletakkan nasi goreng dan kuetiau bersama. Nasi goreng dan kuetiau dicampurkan dan dikacau dengan sudu. Kemudian Shen Yi memakan dua jenis makanan bersama yang telah dicampurkan di dalam pinggan yang sama.
Shen Yi mengalirkan air mata. Makan sambil menangis teresak-esak. Harun duduk bersila bersama Shen Yi lalu kembali membersihkan pistolnya dengan kain. Shen Yi meneruskan makan tabnpa rasa takut apabila Harun duduk bersila di atas lantai bersamanya. Shen Yi mengunyah makanan perlahan-lahan. Menikmati makanan dengan penuh penghayatan setelah tidak makan selama dua hari.
__________________________________________________________________
“Boss, panggilan telefon daripada Tuan Ross.” Kata seorang lelaki berpakaian sut hitam sambil memegang gagang telefon yang terdapat antenna panjang.
“Kenapa Ross telefon menggunakan nombor pejabat aku. Kenapa tidak sahaja menggunakan telefon peribadi aku.” Zain kehairanan sambil membelek telefon Nokia 3310 miliknya ytang berwarna biru gelap.
“Boss, ada apa hubungi saya?” Soal Zain kepada Ross melalui talian panggilan telefon.
“Zain. Aku hendak engkau cari Harun sekarang juga.” Arah Ross dengan tenang.
“Kenapa boss? Bukankah dia sudah mati di hospital?” Soal Zain kepada Ross.
“Zain, cari sahaja Harun. Sekarang atau pusat pelacuran yang engkau baru bangunkan itu akan menjadi milik aku sebagai denda.” Kata Ross lalu serta-merta talian panggilan telefon dimatikan.
Zain tercengang mendengar arahan Ross. Zain termenung memikirkan mengenai pusat pelacuran miliknya dan juga takut akan kehilangan kepercayaannya terhadap Ross.
“Apa yang sudah berlaku sebenarnya? Apa yang telah berlaku kepada Harun? Apa yang sudah terjadi dengan Ross? Harun bukankah sudah mati?” Soal Zain kepada dirinya sendiri sambil menyerahkan semula gagang telefon itu kembali kepada orang bawahannya.
“Pada pengetahuan saya, salah sebuah bangunan pengurusan kewangan perniagaan perjudian Tuan Ross diserang oleh Harun pada malam semalam. Semua mati dibunuh oleh Harun.” Jawabnya.
“Kenapa engkau tidak beritahu aku?!” Marah Zain kepada orang bawahannya.
“Minta maaf Boss, saya belum dapat kepastian siapa yang membunuh satu bangunan orang-orang Tuan Ross. Saya hanya mendengar daripada orang-orang Ross sendiri. Ada yang daripada mereka mebgatakan pembunuh merupakan Harun. Ada juga kata bukan Harun kerana mempercayai bahawa Harun sudah lama mati.” Tambah jawapannya.
“Baiklah, tidak mengapa. Aku mahu kalian semua cari Harun sekarang juga! Ada apa-apa berita, terus laporkan kepada aku!” Arah Zain kepada orang-orang bawahan yang sedang duduk di sofa tunggal masing-masing di dalam bilik pejabat Zain. Mereka semua bangun dari sofa tunggal masing-masing lalu memberikan tabik hormat kepada Zain.
“Baik Boss!” Balas mereka dan segera keluar daripada bilik pejabat tersebut untuk melakukan pemburuan ke atas Harun.
__________________________________________________________________
“Kenyang? Sedap?” Soal Harun kepada Shen Yi.
Shen Yi meminum cawan plastik berisikan air yang diberikan oleh Harun. Habis minum air, Shen Yi merenung pinggannya yang licin habis makanan dimakan Shen Yi tidak meninggalkan sebutir nasi pun. Dirinya terdapat banyak persoalan. Terlalu banyak perkara yang tidak difahaminya. Pembunuh bapa saudaranya yang berada di hadapan memberikannya makan? Shen Yi diberikan layanan yang baik.
“Kamu ada soalan apa-apa? Tanya sahaja. Perkara boleh diselesaikan baik-baik.” Kata Harun dengan tenang sambil memasang mencantumkan semula komponen-komponen sepucuk pistol itu yang bercerai-berai.
“Kenapa engkau bunuh bapa saudara aku? Adakah engkau juga yang telah membunuh keluarga aku kesemuanya?” Shen Yi bertanyakan soalan kepada Harun. Mata Shen Yi dan mata Harun bertentang.
“Pertama sekali, aku tidak membunuh bapa saudara engkau. Ya, aku memang berniat untuk membunuh bapa saudara engkau namun bukanlah aku yang membunuhnya. Kedua, aku tidak kenal engkau dan apa entah lagi keluarga engkau.” Jawab Harun yang telah siap mencantumkan semua komponen menjadi sepucuk pistol.
“Mustahil.” Balas Shen Yi.
“Aku tidak terkejut jika engkau tidak percaya. Bapa saudara engkau dibunuh oleh penembak jarak jauh. Aku jadi kambing hitam.” Harun berkata dengan jujur.
“Kenapa bapa saudara aku perlu mati dibunuh? Apa salah dia? Dia bukan orang bersalah. Dia seorang yang baik. Baik sangat-sangat.” Shen Yi berasa serabut. Pemikirannya kusut. Shen Yi memegang kepalanya dengan dua tangan sambil menunduk ke lantai.
“Apa kata engkau rehat bertenang terlebih dahulu. Aku boleh memberitahu engkau kesemuanya apa yang aku tahu. Kemudian sebagai ganjaran aku menjelaskan segala perkara kepada engkau, engaku perlu dengar cakap aku dan buat apa sahaja yang aku suruh.” Tawar Harun kepad Shen Yi.
“Untuk apa aku dengar cakap engkau? Apa kebaikannya?” Balas Shen Yi akan percakapan Harun dengan soalan.
“Dalam hidup ini ada memberi dan juga menerima. Aku memberi sesuatu dan aku juga menerima sesuatu. Kita sama-sama untung. Lagipun jika aku memberitahu semua perkara kepada engkau tanpa engkau ikut cakap aku, maka menjadi sia-sia.” Balas Harun akan soalan Shen Yi.
“Bangsa melayu semua sama sahaja. Dasar penjahat. Perosak negara sendiri.” Ucap Shen Yi.
“Engkau terlalu muda budak, untuk mengetahui semua perkara yang aku akan beritahu. Engkau tidak tahu apa-apa mengenai perkara sebenar yang sedang berlaku. Engkau perlu menerima realiti bukan hanya sebagai fakta.” Jelas Harun.
“Engkau perlu menerima realiti sebagai kegunaan dan motivasi diri engkau. Jadi, engkau perlu dengar cakap aku selepas aku memberitahu hal penting kepada engkau budak.” Tambah penjelasan Harun kepada Shen Yi.
“Aku ikut cakap engkau namun dengan syarat, beritahu aku semua yang aku perlu tahu.” Balas Shen Yi.
“Apa nama engkau?” Soal Harun kepada Shen Yi.
“Nama aku Fang Shen Yi. Engkau pula? Apa nama?” Soal Shen Yi kepada Harun.
“Ouh, Fang. Keturunan Fang. Baru aku tahu kenapa ramai Fang dibunuh. Sekarang baru lebih jelas aku melihat apa yang terjadi.” Harun mendapat menduga sesuatu.
“Apa yang engkau tahu berkenaan keturunan Fang?” Soal Shen Yi kepada Harun. Shen Yi memberikan tumpuan sepenuhnya setelah kenyang makan dan dapat meminum air bagi kembaali menyegarkan tubuhnya. Badan Shen YI bertenaga semula.
“Keturunan Fang termasuk engkau Shen Yi, adalah orang-orang yang baik. Sangat hebat dalam perniagaan dan syarkat Fang merupakan syarikat nombor satu paling maju di dalam negara ini.Tanpa syarikat Fang, mundur negara ini.” Harun menjelaskan mengenai keturunan Fang.
“Dengan adanya harta yang terlampau banyak serta syarikat Fang merupakan asset bernilai sejak kemerdekaan negara, keturunan Fang mulai menceburkan diri ke dalam politik selain bergiat aktif dalam bidang ekonomi dan sosial.” Jelas Harun kepada Shen Yi.
“Bapa saudara aku melibatkan diri dalam politik sebaik sahaja kematian bapa aku.” Ucap Shen Yi kepada Harun.
“Politik adalah antara punca mengapa ramai ibu bapa saudara engkau dibunuh. Sebahagian saudara-mara engkau, dibunuh dalam cara yang amat terancang sehinggakan dipandang sebagi kes kemalangan jalan raya.” Kata Harun kepada Shen Yi yang menadah telinga.
“Siapa bunuh mereka? Siapa bunuh keluarga aku?” Soal Shen Yi kepada Harun.
“Sebelum aku menjawab soalan engkau, jawab soalan aku terlebih dahulu. Apa nama ayah engkau?” Soal Harun kepada Shen Yi.
“Fang Guang Hu.” Jawab Shen Yi.
“Oh, aku kenal.” Kat Harun.
“Engkau kenal siapa ayah aku?” Soal Shen YI dengan nada terkejut.
“Ya. Ayah engkau asalnya tidak terlibat dengan politik. Dia hanya banyak membelanjakan duitnya dan keuntungna syarikat untuk kebajikan rakyat yang kesusahan. Dia banyak memberi kemudahan kepada rakyat fakir miskin. Biasiswa dan bantuan pendidikan, bantuan barang keperluan, baik pulih rumah dan juga menanggung kos perubatan bagi yang menghidap penyakit kronik.” Jelas Harun.
“Wah, aku tidak tahu langsung apa yang ayah selama ini lakukan. Setahu aku, dia sibuk uruskan syarikat.” Ujar Shen Yi.
“Ayah engkau orang baik. Buat baik pun dalam diam. Tidak menghebah-hebahkan.” Tambah kata Harun mengenai ayah Shen Yi.
Shen Yi berasa kagum buat seketika akan kebaikan arwah bapanya. Shen Yi terdiam sebentar. Hatinya luluh hancur. Hidupnya amat berbeza sebelum kematian keluarganya dan sekarang. Air matanya kembali basah dan mengalirkan air mata membasahi pipi.
“Ayah engkau mati dibunuh hanya kerana menentang korupsi, kleptorasi, dan orang yang pentingkan diri sendiri.” Jelas Harun.
Shen Yi dari menundukkan kepalanya kini mengalihkan pandanganya memandang wajah Harun memberikan tumpuan akan penjelasan Harun. Seakan tidak percaya apa yang dikatakan oleh Harun. Bapanya mati dibunuh hanya kerana membuat kebaikan?
“Engkau menipu. Mengapa ayah aku dibunuh hanya kerana melakukan kebaikan?!” Shen Yi bangun dari tempat duduknya.
Berdiri di hadapan harun. Merenung Harun dengan riak wajah kemarahan dan tidak berpuas hati akan penjelasan Harun itu. Harun hanya bersahaja meminum air botol mineral ketika Shen Yi hanya merenungnya dengan tajam sambil berdiri di hadapannya.
“Apa yang engkau boleh buat sekarang? Engkau hanya mampu mendengar maklumat daripada aku dan engkau tidak mapu mengubah apa-apa. Hanya sebab inilah aku hendak engkau mendengar apa yang aku cakapkan. Ikut apa yang aku suruh selepas aku memberitahu engkau segalanya apa yang aku tahu.” Harun memberi peringatan kepada Shen Yi.
Shen yYi beredar daripada meja lipat itu. Kembali ke tilam di mana dia sedarkan diri sebelum diberi makan oleh Harun. Shen Yi berdiri menghadap dinding lalu mengetuk dinding dengan kepalan penumbuk tangan kanannya. Melepaskan amarah. Melepaskan rasa tidak puas hati.
“Why? Kenapa? Kenapa ayah aku dibunuh hanya kerana dia berkhidmat untuk masyarakat dan negara?! Ap salah dia?! Dia hanya lakukan kebaikan!!!” Jerit Shen Yi seorang dinding. Memaki ke arah dinding.
Harun seperti biasa. Seperti tidak diganggu oleh apa-apa. Sebarang emosi tidak mempengaruhi mentalitinya. Harun mengisi pistolnya dengan magazin penuh berisikan peluru. Magazin dimasukkan dari bawah pemegang pistol. Pistol itu diletakkan di hadapannya. Harun memandang Shen Yi yang sedang menghantukkan dahinya kepada dinding dan juga menghentak dinding tangan kanannya. Shen Yi berada dalam kegelisahan. Harun membiarkan sahaja Shen Yi sebegitu. Harun meletakkan dua tangannya di atas meja. Kembali bercakap kepada Shen Yi.
“Itulah bagaimana dunia bekerja. Orang jahat memang tidak suka akan orang baik. Kerja-kerja orang baik ini akan menganggu kerja-kerja orang jahat. Begitu juga sebaliknya.” Jelas Harun.
“Kenapa engaku beritahu aku semua ini? Apa yang boleh buat? Aku tidak boleh buat apa-apa untuk dunia realiti kejam ini!” Shen Yi dalam kekusutan. Dari menghentak dinding melepaskan amarah, kini Shen Yi berdiri menghadap Harun yang duduk bersila di atas lantai. Realiti menghancurkan jiwa Shen Yi apabila mengetahui bagaimana dunia bekerja.
“Sebab itulah aku suruh engkau dengar cakap aku. Aku bukan sengaja tanpa sebab suka-suka hendak engkau dengar cakap aku. Engkau hendak dengar lagi? Boleh kita teruskan?” Soal Harun kepada Shen Yi.
Shen Yi mengeluh lalu menjerit sepuas hati. Menumbuk-numbuk angin. Kemudian di duduk di hadapan meja lipat bertentangan Harun dan menghadapn Harun.
“Bagus. Aku beritahu engkau segalanya. Jika ada soalan, terus tanya tanpa ragu-ragu.” Kata Harun kepada Shen Yi.
“Baik, aku percayakan engkau. Apa nama engkau? Aku belum dapat mengenali engkau.” Ujar Shen Yi.
“Mari berkenalan sambil aku ingin bercakap dengan engkau. Nama aku Harun.” Harun memperkenalkan dirinya kepada Shen Yi.
__________________________________________________________________
Share this novel