File 9 : Petaka

Crime Completed 277

Selepas dua tahun, Shen Yi berlatih pedang kayu bersama dengan seorang lelaki yang bertubuh sasa. Pedang kayu milik mereka berdua bertembung buat banyak kali. Setiap serangan masing-masing disambut dengan baik.

“Mari berehat. Kalian berdua sememangnya kuat berlatih.” Puji Tao Aiguo kepada Shen Yi dan seorang lelaki yang bertubuh sasa.

“Terima kasih tuan guru.” Ucap Shen Yi kepada Tao Aiguo.

“Shen Yi semakin meningkat kemahiran penggunaan senjata dan seni pertahankan diri. Dalam masa dua tahun sahaja dia boleh menguasai semua ilmu daripada tiga tuan guru. Dalam berlawan pedang sahaja dia sudah menyamai kehebatan Xin Long dan Ye Zihao.” Feng Mian memuji Shen Yi sambil mengelap peluh pada badannya dengan tuala berwarna putih.

“Tanpa Ye Zihao yang bertubuh sasa ini, tidak mungkin saya dapat belajar menggunakan pedang.” Ucap Shen Yi merendahkan diri. Ye Zihao menepuk belakang Shen Yi dengan lembut sambl melemparkan senyuman kepada Shen Yi.

“Apa agaknya reaksi Xin Long jika dia bertarung dengan Shen Yi?” Soal Feng Mian kepada dirinya sendiri.

“Xin Long jangan diganggu. Dia tidak gemar diganggu.” Kata Ye Zihao yang bertubuh sasa kepada Feng Mian.

“Dia bunyi seperti kedengaran merbahaya.” Ucap Shen Yi.

“Tuan guru Tao Aiguo, kami bertiga mahu pergi ke pasar untuk berjalan-jalan.” Kata tiga orang lelaki yang berdiri di belakang Tao Aiguo.

“Kamu bertiga hendak pergi ke pasar pagi? Saya juga mahu ikut.” Kata Shen Yi kepada tiga orang lelaki tersebut.

“Kamu perlu mandi terlebih dahulu. Kami boleh tunggu. Jangan lama sangat.” Kata salah seorang daripada mereka bertiga.

“Baik.” Kata Shen Yi lalu segera Shen Yi pergi untuk mandi supaya dapat pergi ke pekan bersama rakan-rakannya.

          Setengah jam kemudian, Shen Yi dan tiga orang lelaki berada di pekan membeli makanan-makanan sambil berjalan-jalan di pekan. Mereka membeli makanan-makanan gorengan seperti sosej bakar, nugget ayam dan burger.

“Kamu hendak pergi permainan arked? Apa kata kita pergi di situ bermain bersama-sama.” Pelawa salah seorang rakan Shen YI.

“Mari pergi bermain di arked mesti menyeronokkan.” Balas Shen Yi.

“Arked jauh. Kita perlu ikut jalan pintas.” Kata salah seorang rakan Shen Yi.

          Shen Yi dan tiga orang rakannya berjalan melalui lorong di antara celahan bangunan. Mereka memasuki ke kawasan pekan lebih jauh mendalam. Mereka turut bersiar-siar melihat kedai-kedai yang berdekatan sambil berjalan ke arah tempat permainan arked di mana menjadi destinasi mereka.

“Tolong!!!” Tiga jeritan suara perempuan meminta tolong kedengaran. Shen Yi dan tiga orang rakan segera pergi ke arah suara meminta tolong tersebut.

          Setelah mencari di mana punca suara meminta tolong tersebut, mereka berada di tempat parking kereta di mana tiada kereta berada di tempat parking tersebut. Hanya terdapat tiga orang pelajar dan empat orang lelaki yang cuba merompak tiga orang pelajar perempuan tersebut.

“Hoi! Lepaskan mereka!” Jerit Shen Yi kepada empat orang perompak yang berpakaian kasual dan juga memegang pisau di tangan kanan mereka.

          Muncul lagi sebelas orang membawa senjata yang berbeza. Ada yang  memegang batang besi paip, rantai besi yang berlilit pada tangan, ada yang memegang pisau dan juga memegang kayu besbol yang terdapat paku yang tajam di bahagian tempat pemukul.

          Sebelas orang itu menyerang Shen Yi dan rakan-rakan. Empat orang perompak kekal mengugut tiga orang pelajar perempuan tersebut. Batang paip besi dihayunkan. Shen Yi menahan tangan seorang lelaki yang memegang batang besi paip dengan tangan kiri lalu menumbuk hidung lelaki tersebut. Shen Yi menendang pula lelaki itu lalu merampas batang besi paip. Lelkai yang ditendang oleh Shen Yi jatuh terduduk di lantai. Kini batang besi paip berada di dalam tangan Shen Yi.

          Hayunan yang kuat memukul tangan seornag lelaki yang memegang pisau. Lelaki tersebut menjerit kesakitan. Pisau terlepas daripada tangannya. Shen Yi menghayunkan lagi batang besi paip itu. Hayunan mengena pada mulut lelaki tersebut lalu jatuh ke lantai. Lelaki itu menjerit kesakitan kerana giginya terabur dan juga patah. Berdarah mulutnya. Dia terbaring meronta-ronta kesakitan.

          Shen Yi tidak melengahkan masa, pantas teknik pedang digunakan dengan cekap walaupun Shen Yi menggunakan batang besi paip. Batang besi paip mendarat kata leher seorang lelaki berdekatan. Tumbang.

Seorang lagi dipukul oleh Shen Yi menggunakan batang paip besi pada lipatan lutut kaki lalu batang besi itu mendarat pada belakang kepala lelaki tersebut dengan hayunan yang laju dan padu. Tewas meniarap di lantai.

Tiga orang rakan Shen Yi menghadapi kesusahan bertarung dengan tujuh orang penyerang. Shen Yi pantas memecut ke arah empat orang perompak yang sedang menerima wang daripada tiga orang pelajar perempuan. Seorang perompak ditendang oleh Shen Yi lalu jatuh ke tepi.

Batang paip besi dihayunkan daripada atas menghentak atas kepala salah seorang perompak. Pengsan perompak itu. Berbaki lagi dua orang perompak. Dua orang perompak melarikan diri dan juga berpecah melarikan diri ke lorong kri dan lorong kanan. Shen Yi tidak melepaskan mereka berdua.

Batang paip besi dilontarkan oleh Shen Yi lalu batang paip besi tepat menyelit pada kaki seorang perompak yang melarikan diri ke arah lorong kanan. Perompak di lorong kanan terjatuh berguling di lantai lalu kepalanya terhantuk kuat pada dinding tepi bangunan.

Shen Yi berlari pecut lalu melompat ke arah seorang perompak. Kepalanya ditendang lalu Shen Yi mendarat di atas belakang badan perompak tersebut memandangkan perompak itu hilang keseimbangan lalu terjatuh ke lantai. Shen Yi segera menyepak kepala perompak tersebut dengan kuat bagaikan menyepak bola sepak.

Shen Yi kembali ke arah perompak yang berada di lorong kanan. Perompak itu mencuba untuk bangun namun Shen Yi sempat mengambil batang besi paip yang dilontarkannya tadi lalu memukul belakang kepala perompak tersebut yang baru sahaja bangkit dari meniarap di lantai. Perompak itu kembali jatuh ke lantai dan pengsan. Seorang perompak berjaya melarikan diri.

Shen Yi berlari ke arah tiga orang rakannya yang dipukul teruk oleh lima orang lelaki. Dua sudah tumbang dipukul oleh tiga orang rakan Shen Yi. Shen Yi memukul belakang kepala salah seorang daripada lima orang dengan kuat menggunakan batang paip besi yang sedang menyerang tiga orang rakan Shen Yi. Seorang tumbang. Tiga orang rakan Shen Yi berjaya mengalahkan tiga orang penyerang lalu tinggal seorang lagi yang masih belum tumbang.

Penyerang yang terakhir ditendang oleh Shen Yi lalu dia jatuh ke lantai ketakutan. Shen Yi hendak memukul lelaki yang ketakutan itu yang duduk di atas lantai menggunakan batang paip besi yang terdapat pada tangan kiri Shen Yi namun ditahan oleh salah seorang rakan Shen Yi.

“Cukup, lepaskan dia.” Kata salah seorang rakan kepada Shen Yi.

          Shen Yi melepaskan batang paip besi daripada tangan. Tiga orang pelajar perempuan cina yang berpakaian pinaform mengucapkan terima kasih kepada Shen Yi dan rakan-rakan. Shen Yi dan rakan-rakan membantu mengutip wang kertas yang bertaburan di lantai lalu diberikan semula kepada tiga orang pelajar perempuan cina tersebut.

“Kamu ini hebat Shen Yi.” Kata salah seorang rakan Shen Yi.

“Eish, kamu bertiga hebat juga. Aku tidak mampu bertarung tanpa kamu semua.” Ucap Shen Yi.

“Kamu bertiga! Angkat tangan ke udara! Sekarang! Jangan lari atau saya tembak!” Jerit salah seorang polis lelaki kepada Shen Yi dan rakan-rakan.

Terdapat dua orang anggota polis yang mengacukan pistol kepada Shen Yi dan rakan-rakan. Shen Yi tidak dapat melihat dua orang anggota polis kerana tiga orang rakannya berada di hadapannya manakala dua orang anggota polis berada sedikit jauh di belakang tiga orang rakan Shen Yi.

Semua penyerang dan perompak yang telah menyerang Shen Yi melarikan diri tanpa dua orang anggota polis menahan mereka dan langsung tidak memberikan arahan kepada para perompak tersebut untuk berhenti tidak bergerak. Dua orang anggota polis tidak menyedari kehadiran Shen Yi di sebalik tiga orang rakan Shen Yi yang tubuh belakang mereka menghadap ke arah dua orang anggota polis.

“Encik polis, kenapa tidak menahan perompak-perompak dan penyerang-penyerang yang menyerang kami tadi?” Soal seorang rakan Shen Yi yang sedang mengangkat tangan yang berada di tengah di antara dua orang di kiri dan kanan serta di hadapan Shen Yi.

Dua anggota polis tersebut tidak menjawab persoalan tersebut malahan mengacukan pistol masing-masing ke arah tiga orang lelaki yang merupakan rakan Shen Yi.

“Shen Yi, lari. Ini peluang kamu untuk lari. Biar kami bertiga uruskan dua anggota polis ini.” Rakan Shen Yi di hadapan kiri berbisik kepada Shen Yi.

          Shen Yi menganggukkan kepala lalu perlahan-lahan berjalan kaki meninggalkan kawasan tersebut semasa tidak disesdari kehadirannya oleh dua orang anggota polis.

“Kamu bertiga! Meniarap di lantai sekarang! Tangan letakkan di kepala belakang!” Arah salah seorang anggota polis kepada tiga rakan Shen Yi. Tiga rakan Shen Yi akur lalu meniarap di lantai seperti mana yang diarahkan oleh salah seorang anggota polis.

Di asrama atas bukit.

 “Kenapa Shen Yi?” Soal Tao Aiguo yang sedang menyiram pokok-pokok di luar pagar hadapan asrama kepada Shen Yi.

          Shen Yi mengatur pernafasannya setelah berlari daripada pekan dan tiba di asrama tersebut. Shen Yi membuka matanya setelah mengatur pernafasan dan memberitahu perkara mustahak kepada Tao Aiguo.

“Kembar tiga ditangkap oleh anggota polis!” Shen Yi memberitahu Tao Aiguo mengenai tiga orang rakannya yang diberkas oleh polis.

__________________________________________________________________

          Pada waktu petang di balai polis, Tao Aiguo, Heng Genji Long dan Faodhagan Huang berbincang bersama beberapa orang pegawai polis. Mereka bertiga mencuba untuk menyelesaikan salah faham antara pihak polis dan tiga orang kembar tersebut namun tidak berjaya.

          Pada waktu malam di asrama, Shen Yi dan rakan-rakan berkongsi cerita bersama. Shen Yi tidak melepaskan peluang untuk menceritakan cerita sebenar yang terjadi semasa dia dan kembar tiga berada di pekan pada waktu pagi tadi.

Ketika Shen Yi bersama penghuni asrama lain bercerita sebelum masuk tidur berkumpul di tengah-tengah ruang bahagian hadapan asrama. Mereka semua tidur di atas lantai di ruang tersebut namun mereka melambatkan waktu tidur kerana sedang seronok bercerita.

Rakan-rakan Shen Yi yang merupakan penghuni asrama tersebut memahami apa yang diceritakan oleh Shen Yi. Tidak lama kemudian mereka semua tidur dengan nyenyak. Pada jam 4 pagi, Shen Yi bangun sebelum penghuni lain bangun dari tidur.

Shen Yi keluar melalui pintu hadapan asrama. Memakai kasut berwarna putih dengan pakaian yang serba putih. Shen Yi turut menggunakan alat pemberat dipasangkan pada kaki dan tangannya. Shen Yi berada di kawasan lapang di hadapan asrama di mana menjadi kawasan parkir kenderaan milik penghuni asrama tersebut. Di hadapan asrama tersebut Shen Yi berlatih teknik karate, taekawando, kung fu, Wing Chun, Changquan, Lama Pai, Sanshou, dan Tai Chi.

Sejam kemudian, Shen Yi memasuki gimnasium lalu menggunakan dumbel serta peralatan senaman yang lain. Matahari terbit pada jam 7 pagi. Semua penghuni asrama pergi mandi dan ada yang bertugas sebagai tukang masak mengikut jadual pada hari ahad. Shen Yi masih menggunakan gimnasium tanpa henti sehingga jam 10 pagi.

Shen Yi mandi pada jam 10 pagi lalu bersarapan bersendirian di tempat makan. Alat pemberat masih terpasang pada tangan dan kakinya. Alat pemberat tersebut sentiasa digunakan oleh Shen Yi kecuali pada waktu mandi dan tidur.

Shen Yi dan penghuni asrama lain meneruskan latihan seperti biasa walaupun telah seminggu berlalu. Tiga kembara rakan Shen Yi ditahan oleh pihak polis dan dituduh terlibat dengan gangsterisme dan juga keganasan di tempat awam. Pelbagai lagi tuduhan dilemparkan seperti melakukan peras ugut dan juga jenayah mencuri.

Mendengar berita ini daripada Tao Aiguo membuatkan Shen Yi marah dan tidak tenteram. Segala kemarahan Shen Yi dilepqaskan melalyui melatih tubuh Shen Yi sekeras-kerasnya dan latihan seni pertempuran dan juga seni pertahankan diri. Dunia sungguh adil. Shen Yi amat mengenali tiga orang kembar yang meruapakan rakannya itu.

Mereka orang yang baik. Tambahan pula duduk di asrama yang sama. Berlatih teknik pertahankan diri bersama-sama. Mustahil mereka bertiga sempat elakukan aktiviti gangsterisme sedangkan Shen Yi sentiasa bersama dengan mereka bertiga hampir setiap masa. Shen Yi berlatih sungguh-sungguh menumbuk dan menendang patung replika manusia yang diperbuat daripada kayu di hadapannya.

Pergerakan serangan Shen Yi semakin lama semakin pantas walaupun memakai gelang pemberat pada berat maksimum pada pergelangan kaki dan tangan. Tumbukan dan tendangan juga semakin kuat. Kedengaran bunyi tumbukan dan tendangan di dalam gimnasium tersebut.

Palang-palang kayu replika manusia itu terus menerus bergerak pantas kerana tindak balas dengan pukulan serangan Shen Yi ke atas kayu replika manusia tersebut. Beberapa orang di dalam gimnasium itu memandang Shen Yi lalu terhenti aktiviti senaman mereka melihat Shen Yi semakin rancak dan mengganas memukul replika kayu manusia tersebut. Shen Yi mengelak dan memukul palang-palang kayu tersebut.

Shen Yi sedang mengamuk dan melepaskan segala amarahnya kepada kayu replika manusia tersebut. Walaupun Shen Yi mengamuk dan tidak sedarkan diri kerana tenggelam di dalam masa silam, pergerakannya langsung tidak terganggu dan juga tidak terabur. Segala teknik serangan dan pertahanan seni pertahankan diri dan seni pertempuran dikeluarkan dengan laju serta padu.

“Shen Yi!” Salah seorang yang berada di dalam gimnasium memanggil nama Shen Yi kerana melihat Shen Yi seperti tidak berada dalam keadaan yang tidak terkawal.

          Di dalam fikiran Shne Yi mengingatkan kisah silamnya yang berada di sekolah lama yang majoriti pelajar-pelajarnya termasuk guru-guru di situ membenci Shen Yi hanya kerana diskriminasi perkauman dan Shen Yi merupakan satu-satunya pelajar yang berbangsa cina di dalam sekolah lamanya. Walaupun memasuki sekolah menengah, diskriminasi perkauman masih ada dan tidak pudar.

Ramai pelajar lelaki yang berbangsa melayu menyerang hendap Shen Yi di kantin sekolah. Shen Yi gembira berjaya mendapat mengalahkan mereka semua namun nafsu Shen Yi untuk bertarung kian membuak-buak. Teringat pula para peserta yang menyerang Shen Yi di pertandingan karate kerana hendak membuatkan Shen Yi lemah dan tidak mampu menyertai pertandingan kerana kecederaan.

Beralih kepada memori semakin hitam dan kelam seperti malam yang seram. Kematian kedua orang tuanya. Mati ditikam pada seluruh tubuh ibu bapanya. Kehilangan kakak dan adik beradiknya. Kematian guru perempuan kesayangannya. Kematian bapa saudaranya ditembak di dahi. Kematian bapa saudara yang lain termasuk seluruh keluarganya mati ditembak di tepi dan di dalam kereta. Akhir sekali kematian harun. Kini, Tiga orang rakan kembarnya diberkas polis atas tuduhan dan bukti palsu.

“Shen Yi!” Suara salah seorang lelaki di dalam gimnasium yang memanggil nama Shen Yi.

          Shen Yi terus menerus menumbuk, menendang dan memukul patung replika itu dengan amat laju dan kuat kerana fikirannya menghilang. Seorang lelaki yang telah memanggil namanya berjalan mendekati Shen Yi lalu menyentuh bahu kanan Shen Yi dengan tangan kanannya.

          Tiba-tiba Shen Yi menjerit. Menepis tangan lelaki tersebut. Dengan sekelip mata, pantas Shen Yi mematahkan tangan replika manusia kayu itu yang merupakan palang-palang melintang yang banyak. Semua batang replika manusia kayu itu dipatahkan oleh Shen Yi lalu Shen Yu menumbuk bertubi-tubi sehingga replika manusia itu patah di bahagian kakinya. Shen Yi terus menumbuk tanpa henti.

          Patung tersebut melayang ke dinding. Berlanggar dengan dinding. Tidak berhenti di situ. Sebelum patung replika kayu manusia itu sempat ditarik graviti, Shen Yi memecut lalu menumbuk kayu replika itu berkali-kali. Kayu replika itu retak akibat impak tumbukan Shen Yi dan dinding yang berada di belakangnya yang melantunkan impak berat tumbukan Shen Yi. Replika kayu itu pecah meletup bersepai apabila ditumbuk oleh Shen Yi.

          Shen Yi menoleh ke belakang lalu menghampiri lelaki yang telah menyentuh bahunya. Lelaki yang telah mentuh bahu Shen Yi berada dalam kerisauan dan juga terdapat sedikit perasaan takut kepada Shen Yi. Shen Yi menunduk badannya lalu meminta maaf kepada lelaki tersebut.

Setelah mengucapkan meminta maaf, Shen Yi duduk pada salah sebuah kerusi kayu panjang lalu meminum air daripada botol air yang berwarna hitam. Semua orang di dalam gimnasium memandang Shen Yi yang sedang meminum air mineral.

Shen Yi menghabiskan air mineral tersebut lalu bangun dari tempat duduk mengambil penyapu. Lantai disapu oleh Shen Yi. Serpihan-serpihan kayu disapu dan dimasukkan ke dalam penyodok. Serpihan-serpihan kayu besar daripada patung replika manuisia kayu dihancur tumbuk oleh Shen itu dikutip lalu dibuang ke dalam tong sampah besar berwarna hitam.

          Matahari semakin terbenam. Shen Yi masih menggunakan mesin larian setempat. Daripada pagi sehingga terbenam matahari, Shen Yi tidak berhenti menggunakan gimnasium. Shen Yi memberhentikan mesin larian setempat. Shen Yi memandang arah pintu tersebut. Ye Zihao berdiri di hadapan pintu gimnasium memandang Shen Yi.

“Shen Yi.” Ye Zihao memanggil nama Shen Yi.

          Tidak lama kemudian, Ye Zihao dan Shen Yi duduk bersebelahan di bangku kayu panjang di dalam gimnasium. Ye Zihao memberikan segulung kebab yang dibaluti kertas minyak dan juga air sirap bandung cincau. Shen Yi mengucapkan terima kasih.

“Shen Yi. Dua orang penghuni asrama kita ditangkap oleh dua orang polis.” Kata Ye Zihao kepada Shen Yi.

“Apa? Ada fitnah lagi? Penghuni asrama kita menjadi kambing hitam lagi?” Soal Shen Yi kepada Ye Zihao.

“Ya. Mereka berdua ditangkap kerana mengedar dadah. Polis ada bukti jelas sedangkan mereka berdua tidak membawa sebarang dadah. Kita juga tidak dibenarkan bertemu dengan penghuni asrama kita dan apa entah lagi mendapatkan peguam.” Jelas Ye Zihao.

Shen Yi mengetap gigi mendengar penjelasan Ye Zihao. Dua tangan Shen Yi mengepal penumbuk. Ye Zihao memandang keadaan sekeliling di dalam gimnasium tersebut. Hanya ada Ye Zihao dan Shen Yi berada di dalam gimnasium.

“Shen Yi. Mengapa engkau merosakkan patung kayu replika manusia? Mustahil engkau rosakkan. Mereka telah cerita kepada aku bahawa engkau telah menggunakan semua jenis kemahiran pertempuran terhadap patung kayu tersebut. Kenapa engkau berbuat sedemikian?” Soal Ye Zihao kepada Shen Yi.

“Oh, saya cuma melepaskan perasaan sahaja ketika berlatih. Terlalu banyak perkara yang sedang membebankan fikiran saya.” Jelas Shen Yi kepada Ye Zihao.

“Engkau pasti banyak menghadapi kesusahan semasa menjadi gelandangan bukan?” Soal Ye Zihao kepada Shen Yi.

“Iya. Terlalu banyak perkara berlaku kepada diri saya sehinggakan saya hampir tidak mempercayai sesiapa lagi.” Luah Shen Yi.

“Kerana masa silam kamu jugalah, patung replika kayu tersebut menjadi mangsa.” Kata Ye Zihao menyindir Shen Yi.

“Biarlah. Janji saya lega dapat melepaskan semua kepada replika kayu manusia itu.” Kata Shen Yi lalu mengeluh.

“Patung kayu itu? Siapa mahu ganti?” Ketawa kecil Ye Zihao.

Shen Yi termenung sebentar. Memikirkan kesilapan yang telah dibuat.

Ye Zihao bangun daripada tempat duduk. Shen Yi memanggil nama Ye Zihao.

“Itu sahaja yang engkau mahu beritahu?” Soal Shen Yi kepada Ye Zihao sambil bangun daripada tempat duduk.

“Berhati-hati. Kalau boleh, duduk sahaja di sini. Khuatir semakin ramai akan menjadi kambing hitam dan juga difitnah. Patung kayu itu. Aku akan ganti. Jangan risau.” Jelas Ye Zihao kepada Shen Yi lalu berjalan keluar daripada gimnasium.

“Terima kasih kerana membelanja saya kebab!” Ucap Shen Yi kepada Ye Zihao.

          Ye Zihao tidak memalingkan ke belakang. Tangan kanannya diangkat dan dilambai membawa maksud ‘tidak mengapa’.

__________________________________________________________________

“Mula operasi pada malam ini.” Kata Zain kepada Yin dan Fal sambil matanya memandang pemandangan kawasan pekan tersebut di tingkat 5.

“Persediaan sudah lengkap.” Ucap Yin berdiri menghadap meja pejabat bilik Zain.

__________________________________________________________________

Pada waktu malam, Shen Yi tidak dapat tidur. Rasa gelisah tidak tenteram kerana memikirkan dunia yang tidak adil dan kejam ini. Tiga bulan berlalu, sudah lima belas orang ditangkap oleh anggota polis atas tuduhan dan bukti yang palsu. Anggota polis tidak layak diberikan kepercayaan.

Tambahan pula, keluarga ibu bapa saudaranya dibunuh dnegan ditembak pistol oleh anggota polis yang tidak diketahui identitinya. Shen Yi bangun daripada tempat tidurnya. Jam tangan berwarna hitam diambil. Butang lampu jam ditekan. Jam tangan menyala. Jarum jam dan jam digital menunjukkan jam 12 malam. Shen Yi tertidur hanya 3 jam namun terjaga dari tidur kerana pemikirannya tidak tenteram.

Shen Yi bangkit daripada tempat tidurnya lalu berjalan meninggalkan ruang hadapan asrama tersebut. Ruang hadapan asrama tersebut dipenuhi penghuni asrama yang lain sambil Shen Yi memakai jam tangan berwarna hitamnya itu pada pergelangan tangan kanan. Penghuni asrama tidur secara di atas lantai menggunakan tilam, bantal dan selimut masing-masing.yang telah tersusun rapi.

Shen Yi duduk di dewan makan sambil menunggu mengisi air dari mesin penmapis air ke dalam cawan. Setelah cawan itu penuh, Shen Yi meminum sehingga habis lalu mengisi air ke dalam cawan tersebut buat sekali lagi. Selepas habis meminum air, Shen Yi membasuh cawan di singki lalu meletakkan cawan tersebut di tempat asalnya iaitu rak cawan. Suis lampu dewan makan dimatikan oleh Shen Yi setelah selesai menggunakan dewan makan.

Kedengaran bunyi yang kuat dari arah bunyi bahagian hadapan asrama. Bunyi ketukan lalu rempuhan. Shen Yi terkejut mendengar bunyi rempuhan tersebut. Kemudian, kedengaran pula bunyi jeritan. Shen Yi terkejut sekali lagi.

Bang! Bang! Bang!

          Tembakan dilepaskan secara bertalu-talu. Beberapa orang yang telah merempuh bahagian pintu hadapan asrama dengan berpakaian perisai lengkap bagaikan hendak berperang telah menembak penghuni asrama yang baru sahaja bangkit daripada tidur kerana terkejut mendengar dan melihat pintu hadapan asrama dirempuh. Semua yang berada di ruang hadapan asrama dihujani peluru-peluru laju.

          Darah memercik di merata tempat. Anggota-anggota badan berterbangan. Kepala bergolek merentasi ruang hadapan asrama. Tangan yang terputus melayang. Kaki patah ditembak. Ada yang cuba melarikan diri namun mati dengan segera dihujani peluru. Sepuluh orang berperisai penuh berwarna hitam memegang senjata api yang dipasangkan silencer. Tembakan senjata api yang dipasang silencer itu dapat didengari penghuni asrama lain di bangunan asrama yang lain.

          Semua penghuni asrama di bangunan yang lain bingkas bangun dari tidur lalu mencapai senjata masing-masing di tepi katil dan ada sebahagian mereka mengambil senjata tajam daripada almari kayu yang tersimpan parang, pedang pendek, lembing dan pedang panjang. Walaupun mereka telah bersiap siaga bersenjata berdiri di katil masing-masing namun tetap hadir akan perasaan ketakutan terhadap kematian yang menghampiri.

          Sebahagian besar penghuni asrama keluar daripada bilik dan melihat keadaan kawasan asrama daripada koridor asrama. Terpinga-pinga mendengar bunyi tembakan dan jeritan pada waktu malam. Perasaan takut menyelubungi hati mereka. Tiga orang lelaki berperisai hitam lengkap melepaskan tembakan kepada penghuni asrama yang berada di koridor bangunan asrama. Segera mati penghuni asrama yang berada di sepanjang koridor dengan tembakan bertalu-talu.

          Magazin masing-masing ditukarkan dengan magazin yang baru. Magazin yang lama jatuh ke lantai kerana kehabisan peluru. Bunyi tembakan tersebut menambahkan lagi kerisauan dan ketakutan penghuni asrama yang bersiap siaga bersama senjata di dalam bilik masing-masing. Senjata tajam menentang senjata api, mustahil mampu menang.

          Salah sebuah pintu diterjah oleh empat orang berpakaian perisai hitam penuh yang bersenjata api. Pandangan mereka ditutup dengan selimut yang telah dilemparkan oleh ahli-ahli bilik tersebut.

Mereka semua pantas menikam empat orang yang berpakain perisai hitam penuh tersebut. Ada yang juga menetak salah seorang berpakaian perisai hitam penuh itu.

Tidak berjaya. Tembakan dilepaskan. Semua ahli bilik tersebut melayang ke belakang kerana menerima tembakan peluru. Terburai perut salah seorang ahli bilik itu kerana menerima tembakan yang begitu banyak. Darah dan usus perut jatuh membasahi dan menghiasi lantai.

          Dari tingkat bawah sehingga tingkat dua tembakan dilepaskan. Asrama tersebut dikepung oleh orang-orang yang berperisai hitam lengkap bersenjata api. Mereka semua memastikan tiada yang bernyawa di dalam asrama pada malam yang seram dan kelam tersebut. Tinggal satu bangunan. Dua bilik di tingkat bawah dan di tingkat atas bangunan tersebut ditembak tempat kunci dan dirempuh oleh beberapa orang berperisai hitam lengkap. Bilik yang dirempuh merupakan bilik stor.

“Ini bangunan untuk simpan barang-barang di dalam bilik stor. Bangunan stor.” Kata salah seorang lelaki berperisai hitam lengkap dengan memegang senjata api OCP-11, Full-Auto Assault Rifle berpasangkan silencer.

“Tiada orang di dalam bilik ini.” Kata salah seorang daripada mereka.

Pembesar suara radio komunikasi berbunyi. “Semua sudah mati. Mari tunggu van ketiga dan keempat untuk kerja pembersihan. Misi kita selesai. Tempat ini merupakan kubu baru. Tahniah semua. Semua dapat habuan. Kekal di kedudukan masing-masing.” Kata suara tersebut dari pembesar suara radio komunikasi bimbit itu (handheld trasnceiver) yang disangkutkan pada baju perisai kalis peluru milik salah seorang lelaki berperisai hitam lengkap.

“Sekejap betul kerja kita. Mudah sangat.” Ujar salah seorang daripada dua orang yang berada di koridor tingkat atas bangunan stor tersebut.

“Baguslah mudah. Duit pun banyak dapat. Lagi senang, lagi bagus. Tidak perlu cedera, tiada risiko mati. Risiko rendah tetapi pulangan lumayan.” Balas rakannya  yang menyalakan sebatang rokok dengan pemetik api. Wajahnya kelihatan tua berkedut dan berkulit gelap namun perutnya tidak boroi. Bermisai hitam yang tebal.

Sebatang rokok itu dikepit dengan di antara jari telunjuk dan jari tengah. Rokok itu dihisap dan disedut dengan kenikmatan lalu dihembuskan ke udara. Mulai khayal kerana kesedapan bahan asap rokok tersebut. Termenung sebentar sambil meneruskan menghisap rokok.

“Buka lampu bilik stor ini. Aku hendak lihat apa yang ada dalam bilik ini.” Arah lelaki bermisai tebal yang menghisap rokok itu kepada rakan-rakannya.

“Lampu tidak boleh buka. Suis atau lampu yang rosak agaknya.” Balas salah seorang rakannya.

“Mungkin bangunan stor ini mempunyai kerosakan elektrik. Tidak mengapalah. Aku selongkar lihat barang-barang di dalam bilik stor ini menggunakan lampu suluh. Kata lelaki yang bermisai tebal kepada dua rakannya yang masih tidak menanggalkan sarung kepala hitam yang dipakaikan pada kepala bagi menutup mulut dan hidung kecuali sepasang mata bagi menyembunyikan wajah serta identiti masing-masing.

          Lelaki bermisai itu menyuluh barang-barangan yang ada di dalam bilik stor tersebut. Satu persatu almari dibuka. Dua rakannya yang lain berada di koridor. Salah sebuah almari kayu dibuka oleh lelaki bermisai tebal itu.

          Leher ditusuk oleh Shen Yi. Sebilah pisau masuk ke dalam leher lelaki bermisai tebal itu. Sekaligus memotong urat nadi di leher. Mata lelaki bermisai tebal itu terbeliak. Lelaki itu berundur beberapa langkah ke belakang lalu jatuh terbaring di lantai. Mati. Bunyinya yang jatuh terbaring ke lantai memeranjatkan dua orang rakannya.

“Weyh, apa itu?” Soal salah seorang rakannya.

          Dia menyuluh menggunakan lampu suluh yang terpasang kepada bawah assault rifle. Di atas lantai terdapat seorang lelaki bermisai hitam tebal. Dua tangannya seperti menutup sesuatu di leher. Lantai dibasahi darah daripada leher lelaki misai tebal yang berlubang mengalirkan darah yang banyak itu.

“Dia sudah mati.” Kata salah seorang rakannya.

          Dua leher ditusuk dengan dua pisau. Shen Yi membunuh mereka secara senyap daripada belakang. Tangan kiri Shen Yi menikam leher lelaki di hadapan kirinya menggunakan pisau dan begitu juga dengan orang yang berada di hadapan kanannya dengan pisau pada tangan kanannya. Dua orang lelaki berperisai hitam penuh itu jatuh ke lantai.

Nyawa-nyawa ikan apabila leher mereka ditikam dan dicabut semuka pisau tersebut oleh Shen Yi. Dua orang tersebut meronta kesdakitan lalu mati dalam keadaan mata terbeliak asmbil memegang leher masing-masing yang bocor. Darah memancut dan mengalir dengan banyak keluar daripada leher masing-masing. Dua pisau dalam tangan dan juga tangan Shen Yi dibasahi darah tiga lelaki tersebut. Shen Yi menanggal helmet salah seorang daripada mereka.

Shen Yi memakai baju perisai lengkap hitam dan juga senjata api assault rifle yang diambil daripada salah satu mayat. Kemudian, Shen Yi turun daripada tingkat satu bangunan stor tersebut. Salah seorang daripada tiga orang lelaki berperisai. yang berada di hadapan bilik stor tingkat bawah menyedari kehadiran Shen Yi.

“Kau hendak pergi mana? Kekal di kedudukan masing-masing.” Arah lelaki tersebut.

          Sebilah pisau tercacak pada leher dua orang lelaki berperisai hitam lengkap. Lemparan dua bilau pisau Shen Yi tepat mengena urat nadi dua lelaki tersebut. Dua lelaki tumbang ke lantai meronta-ronta menghadapi kesakitan kematian. Seorang lelaki memandang dua rakannya yang tumbang di lantai.

Tiba-tiba, lehernya ditetak kemas oleh Shen Yi. Pergerakan Shen Yi amat pantas. Pantas dan tangkas menyerang leher musuh dengan pisau. Darah menyembur membuak-buak daripada leher yang diserang oleh Shen Yi menggunakan pisau tentera. Tumbang lelaki yang berada di hadapan Shen Yi.

“Van ketiga dan keempat sudah tiba. Mari berkumpul di hadapan bangunan ini. Kita bahagi tugas untuk angkat dan kumpul mayat serta tanam mayat.” Kata suara tersebut dari pembesar suara radio komunikasi itu yang disangkutkan pada baju perisai kalis peluru yang dipakaikan oleh Shen Yi.

“Van pertama dan kedua. Dianggarkan mungkin terdapat 24 orang di dalam kawasan ini yang telah membunuh kawan-kawan aku. Aku akan bunuh semua tidak mengira seberapa banyak bilangan pun.” Kata dengan nekad daripada Shen Yi kepada dirinya sendiri.

Shen Yi berjalan menuju ke bangunan asrama sambil memegang busur dalam tangannya. Stok anak-anak panah di dalam bekas yang disandang pada belakangnya. Enam orang muncul turun daripada dua tingkat asrama. Mereka menyuluh koridor dari kiri ke kanan. Memastikan semuanya selesai namun tidak. Empat orang di tingkat bawah mati dipanah pada leher masing-masing.

“Ada penghuni terselamat! Angkat semua senjata! Kita ada penyerang hendap!” Arah salah seorang daripada enam orang bersenjata api tersebut.

          Wajahnya menjadi mangsa panahan anak panah. Tepat mengena pada matanya menembusi isi kepala. Jatuh mati ke lantai dengan anak panah tercacak pada mata. Walaupun memakai Lima orang yang lain terkejut melihat rakannya tumbang di panah.

“Arah sana! Tembak sana!” Kata salah seorang daripada mereka.

Mereka menembak arah di mana arah anak panah datang menyerang rakan mereka tadi. Shen Yi melepaskan lagi anak panah menggunakan busur sambil menyorok di belakang pokok yang besar. Sebatang anak panah tercacak pada wajah salah seorang daripada lima orang yang sedang menembak arah yang lain. Shen Yi pantas membidik selepas mengambil anak panah baru. Satu lagi anak panah dilepaskan. Seorang lagi tumbang dengan anak panah tercacak pada halkumnya.

“Dari arah pokok itu!” Arah salah seorang daripada mereka. Tembakan dilepaskan lagi ke arah pokok di mana Shen Yi bersembunyi.

“Berpecah sekarang! Cari celaka itu! Lahanat!” Arah seorang lelaki kepada rakan-rakannya.

“Ketua, ada bunyi tembakan.” Beritahu seorang lelaki kepada ketuanya yang tidak menutup wajah dan tidak berhelmet.

“Aku dengar tembakan itu. Tidak perlu beritahu aku.” Balas ketua itu. Ketua pengganas itu memegang radio komunikasinya dengan butang suara ditekan.

“Apa yang telah berlaku? Ada musuh ke?” Soal ketua itu kepada anak-anak buahnya melalui radio komunikasi bimbit.

Radio komunikasi senyap. Tiada jawapan. Ketua pengganas itu melepaskan radio komunikasi bimbitnya.

“Pergi periksa cepat!” Arah ketua tersebut kepada orang-orang bawahannya.

          8 orang berpecah kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan terdapat lapan orang. Kumpulan pertama memeriksa di bahagian kiri kawasan asrama tersebut. Sebahagian lagi bergerak ke arah kanan di mana punca bunyi tembakan tersebut. Ketua pengganas tersebut menunggu di van bersama pekerja tugasan pembersihan mayat tersebut.

“Hidupkan lampu seluruh bangunan ini. Musuh bergerak di dalam gelap!” Arah salah seorang di dalam kumpulan pertama menggunakan radio komunikasi bimbit.

“Kami ada ternampak seseorang! Bunuh! Bunuh! Argh!” Jerit salah seorang melalui radio komunikasi bimbit. Mati diserang ketika berkomunikasi menggunakan radio bimbit.

“Di sana! Dia ada di sana!” Jerit salah seorang daripada kumpulan kedua. Mereka semua melepaskan tembakan kemudian menjerit.

Senyap. Tadi baru sahaja mendengar bunyi tembakan dan jeritan. Kini tiada lagi sebarang bunyi-bunyian. Sunyi.

“Kumpulan satu dan kumpulan dua? Jawab? Apa yang sudah terjadi? Angkat radio sekarang!” Arah ketua tersebut kepada orang-orang bawahannya melalui radio komunikasi bimbit.

“Baik kita lari. Cepat! Sebelum kita juga terjebak mati dibunuh!” Kata salah seorang petugas bahagian kebersihan di bawah ketua pengganas itu.

          Mereka semua pantas memasuki semula van putih lalu menghidupkan enjin. Bergerak meninggalkan kawasan dan ketua pengganas tersebut. Ketua pengganas itu tidak menghalang. Dua van telah hilang daripada pandangan. Enam orang keluar daripada 2 van berwarna hitam. Setiap daripada van hitam turun tiga orang yang juga berperisai hitam lengkap dan bersenjata api.

“Kamu bertiga hidupkan lampu bangunan bahagian hadapan ini. Tiga orang ekori mereka daripada belakang sebagai bantuan serangan.” Arah ketua itu kepada orang bawahannya yang berbaki.

“Baik tuan.” Balas salah seorang orang bawahan ketua pengganas itu.

Mereka bertiga memasuki bangunan induk yang berada di hadapan mereka itu. Ketua itu mengangkat senjata apinya. Menghala ke kiri dan ke kanan sebagai langkah berjaga-jaga. Shen Yi tidak menjangka terdapat lebih 24 orang musuh.

“Semua letakkan senjata ke bawah! Letakkan senjata di atas lantai atau aku akan bunuh dia ini! Lemparkan senjata ke hadapan!” Jerit Shen Yi.

Enam orang pandang ke belakang. Shen Yi sedang meletakkan muncul pistol di belakang kepala ketua pengganas tersebut. Memberikan amaran kepada enam orang bawahan ketua pengganas itu. Terkejut enam orang pengganas tersebut melihat ketua mereka diancam nyawa.

Shen Yi melihat mereka berenam sambil tangan kirinya memegang sepucuk pistol dan muncing pistol itu diletakkan di belakang kepala ketua pengganas. Enam orang pengganas meletakkan senjata di atas lantai lalu kembali berdiri.

“Engkau juga. Lemparkan ke hadapan senjata engkau. Sekarang!” Arah Shen Yi kepada ketua pengganas tersebut. Ketua pengganas itu dengan selamba melemparkan senjata ke hadapan.

“Siapa engkau celaka? Kenapa engkau bunuh rakan-rakan aku?” Soal Shen Yi kepada ketua pengganas itu. Ketua pengganas itu tidak menjawab soalan Shen Yi.

“Jawab bodoh atau aku tembak engkau!” Tengking dan ugut Shen Yi kepada ketua pengganas itu.

“Engkau masih budak. Engkau yakin dapat jawab dengan ugut dan soal aku?” Ketua pengganas itu membalas soalan Shen Yi dengan soalan.

“Aku tahu engkau mendengar suara aku seperti suara budak. Engkau dapat meneka umur aku dengan mendengar suara aku. Jangan fikir aku budak, aku tidak dapat berbuat apa-apa kepada engkau.” Shen Yi mengancam ketua pengganas tersebut.

“Engkau tidak berani membunuh aku budak. Orang-orang bawahan aku yang telah mati dibunuh oleh kawan-kawan engkau. Aku sudah menjangka bukan calang-calang orang penghuni di bangunan ini.

“Celaka, aku yang telah bunuh orang-orang engkau!” Balas Shen Yi.

         

          Bang! Bang! Dua das tembakan pistol dilepaskan kepada dua lipatan lutut ketua pengganas tersebut. Ketua pengganas itu jatuh melutut ke lantai. Shen Yi memegang kolar baju perisai ketua pengganas tersebut. Muncung sepucuk pistol diletakkan belakang kepala ketua pengganas tersebut.

“Sekarang? Engkau hendak percaya? Siapa hantar engkau celaka? Mengapa bunuh rakan-rakan aku?!” Soal Shen Yi kepada ketua pengganas tersebut.

“Kamu berenam melutut ke lantai sekarang! Sebelum aku tembak kepala ketua kalian! Jika kali buat perkara dungu, aku bunuh dia ini!” Arah Shen Yi kepada enam pengganas tersebut.

“Ha ha ha!” Ketawa ketua pengganas terebut.

“Kenapa engkau ketawa?!” Marah Shen Yi kepada ketua pengganas tersebut.

Bang!

          Tembakan mengena pada bahu kanan Shen Yi. Salah seorang dariapda enam pengganas telah menembak Shen Yi menggunakan sepucuk pistol. Shen Yi jatuh ke lantai. Segera ketua pengganas itu merangkak laju di atas tanah menuju ke senjatanya yang telah dilemparkan di hadapannya.

Bang! Bang!

          Tembakan mengena pada lengan kanan ketua pengganas tersebut. Ketua pengganas itu menjerit kesakitan. Dua lagi tembakan dilepaskan. Mati dua orang pengganas tumbang jatuh ke lantai kerana wajah mereka tepat ditembak pistol oleh Shen Yi yang terbaring di atas tanah. Shen Yi segera bangkit daripada tanah. Menarik kaki ketua pengganas itu ke belakang van menggunakan tangan kirinya.

          Ketua pengganas itu memusingkan badannya lalu mengacukan pistol menggunakan tangan kiri ke arah Shen Yi. Satu das tembakan dilepaskan. Sepucuk pistol melanting jauh terlepas daripada tangan ketua pengganas.

“Engkau fikir aku siapa celaka?” Soal Shen Yi dengan wajah yang bengis kepada lelaki yang merupakan ketua pengganas itu.

          Satu das lagi tembakan dilepaskan. Bahu kiri pula ditembak oleh Shen Yi. Shen Yi tiada rasa belas kasihan terhadap ketua pengganas tersebut. Satu das lagi tembakan dilepaskan mengena pada telapak tangan kiri ketua pengganas itu. Ketua pengganas itu menjerit kesakitan.

“Celaka. Aku akan bunuh engkau lahanat! Mereka sedikit tidak risau akan aku. Mereka akan tetap membunuh engkau walaupun aku mati dibunuh engkau!” Marah ketua pengganas terbaring di atas tanah itu kepada Shen Yi.

“Orang cedera parah tidak bersenjata  mengugut aku yang memegang assault rifle dan sepucuk pistol. Bodoh juga engkau ini. Nyawa pendek. Jadi ketua tetapi bodoh. Patutlah orang-orang engkau mati di tangan aku dengan mudah. Mereka semua mati kerana kebodohan engkau.” Kata Shen Yi dengan tenang.

Wajah Shen Yi tiada sebarang emosi apabila merenung dua mata ketua pengganas tersebut. Ketua pengganas itu terdiam. Shen Yi bangkit lalu berjalan menunduk. Shen Yi berada di belakang sebuah van berwarna hitam di bahagian hujung kanan menghadap bangunan asrama tersebut.

Shen Yi mengintip pergerakan berbaki empat orang pengganas daripada kanan belakang van hitam. Tiada orang. Shen Yi keluar daripada menyorok di belakang van. Beberapa das tembakan tidak mengena Shen Yi. Beberapa peluru menembusi badan van dan juga terkena tayar belakang van berwarna hitam.

Shen Yi membalas tembakan tersebut dengan tembakan menggunakan assault rifle OCP-11 yang bersandang pada tubuhnya. Shen Yi segera memeriksa di bahagian kiri van hitam tersebut. Seorang lelaki membawa assault rifle sedang datang ke arah Shen Yi. Shen Yi segera melepaskan tembakan ke arah lelaki tersebut.

Tembakan Shen Yi mengena baju perisai kemudian terkena kepada muka lelaki tersebut. Shen Yi berlari pecut ke arah lelaki yang telah ditembak oleh Shen Yi lalu mengangkat mayat tersebut menjadi perisai Shen Yi.

Shen Yi segera melindungi diri daripada tembakan daripada arah kanan dengan menggunakan tubuh mayat yang mati ditembaknya. Assaul rifle yang berada di hadapan abdomen antara Shen Yi dan mayat tersebut digunakan untuk menembak musuh daripada arah kiri.

Tembakan mengena musuh di arah kiri Shen Yi berlari sambil mengangkat tubuh mayat itu ke arah bangunan induk kawasan asrama itu lalu memasuki bangunan tersebut. Shen Yi melepaskan mayat lelaki itu. Pantas Shen Yi berlari melompat ke arah tingkap kanan bangunan induk tersebut. Wajah sisi kiri Shen Yi dihadang dengan dua assault rifle sambil assault rifle menghala ke atas

Cermin tingkap itu pecah serta merta apabila Shen Yi merempuh tingkap tersebut. Shen Yi mendarat di lantai dengan menghadap ke kanan. Muncung assault rifle diturunkan menghadap ke arah hadapan lalu menembak dengan tembakan bertalu-talu ke arah seorang pengganas yang bersandar bersembunyi pada kanan dinding bangunan induk itu. Mati bersandar mengiring pada kanan dinding bangunan induk itu.

Seorang lagi pengganas yang berada di belakangnya mengacukan senjata kepada Shen Yi. Shen Yi bergerak ke kiri. Senjata api Shen Yi menghala kepada seorang pengganas itu. Shen Yi dan pengganas itu saling menembak antara satu sama lain. Shen Yi dapat mengelak daripada laluan tembakan pengganas itu terlebih awal. Shen Yi menembak pengganas itu mengena baju perisai. Shen Yi berjalan ke arah pengganas itu sambil tidak melepaskan jari daripada picu senapangnya.

Tembakan dihentikan sementara lalu menembak wajah pengganas tersebut. Hancur muka muka pengganas itu ditembak dengan beberapa das tembakan senjata api Shen Yi. Peluru habis. Shen Yi menurunkan senjatanya. Magazin dicabut dan digantikan dengan yang baru. Shen bangkit daripada melutut di lantai lalu berjalan keluar daripada kawasan asrama tersebut menuju ke ketua pengganas tadi yang terbaring lantai.

Kini, ketua pengganas itu terbaring menghadap ke langit. Kepalanya menghala ke arah bangunan induk kawasan asrama tersebut. Tidak mampu bergerak kerana dua tangan dan dua kakinya telah ditembak oleh Shen Yi supaya dirinya tidak bergerak ke mana-mana.

“Woi bangsat. Beritahu aku siapa yang telah hantarkan engkau ke sini? Siapa engkau? Kenapa engkau bunuh semua penghuni asrama ini?!” Soal Shen Yi dengan keadaan baran kepada Ketua pengganas tersebut. Muncung assault rifle diletakkan di atas dahi ketua pengganas itu.

“Siapa engkau budak? Habis mati semua orang aku sudah engkau bunuh.” Kata ketua pengganas tersebut sambil memandang ke langit.

“Aku bukan sesiapa. Tiada guna kenal aku siapa. Siapa hantar engkau dan untuk apa?” Soal lagi sekali Shen Yi kepada ketua pengganas tersebut.

“Sebentar lagi, orang-orang aku akan datang ke sini. Engkau akan mati. Haha.” Ketawa lemah ketua pengganas itu.

“Beritahu aku! Siapa telah hantar engkau?! Jawab soalan aku! Untuk apa engkau datang ke sini?!” Tengking Shen Yi kepada ketua pengganas itu.

          Ketua pengganas itu hanya tersenyum dan hanya mentertawakan Shen Yi. Shen Yi bengang. Wajah ketua pengganas itu dipijak oleh Shen Yi lalu Shen Yi menendang kepala ketua pengganas itu. Sebilah pisau dikeluarkan daripada sarung pisau digantung pada seluar kanan Shen Yi lalu menikam tanah. Terputus ibu jari tangan kiri ketua pengganas itu. Ketua pengganas itu bangun daripada baring dan sekarang duduk di atas lantai sambil menarik dan melihat tangan kirinya. Dia melihat ibu jari tangan kirinya putus sambil menjerit kesakitan.

          Shen Yi menendang kepala ketua pengganas itu dengan laju dan kuat. Ketua pengganas itu kembali terbaring di atas lantai daripada duduk. Shen Yi menembak paha kiri dan paha kanan ketua pengganas. Sekali lagi ketua pengganas itu menjerit kesakitan. Wajahnya meneran menahan kesakitan.

“Jawab atau aku bunuh engkau dengan perlahan-lahan. Jika engkau jawab soalan aku, aku akan biarkan engkau hidup.” Kata Shen Yi kepada ketua pengganas itu.

“Aku takkan jawab soalan engkau, budak hingusan.” Ketawa ketua pengganas.

“Baiklah. Ini yang engkau mahukan.” Balas Shen Yi.

          Shen Yi menembak dua belah tangan ketua pengganas itu. Ketua penganas itu menjerit kesakitan sekuat-kuatnya sebaik sahaja dua belah tangannya menerima tembakan daripada Shen Yi.

“Jawab soalan aku!” Soal Shen Yi kepada ketua pengganas itu.

“Cari jawapan sendiri.” Kata ketua pengganas itu sambil menjerit kesakitan.

          Shen Yi menembak dua telapak kaki tersebut dengan assault rifle. Ketua pengganas itu terus menerus menjerit kesakitan. Hancur berlubang telapak kaki ketua pengganas itu dan bersama dua kasut yang dipakainya.

“Jawab sekarang soalan aku sial!” Tengking Shen Yi kepada ketua pengganas.

“KALAU AKU MATI PUN, AKU TIDAK AKAN JAWAB! HAHAHA!” Ketawa sekuat-kuatnya ketua pengganas itu.

          Shen Yi menembak pula dua betis ketua pengganas itu. Ketua pengganas itu menjerit lalu pengsan. Shen Yi mengeluh. Kepala ketua pengganas itu pula ditembak oleh Shen Yi. Mati di situ ketua pengganas. Tamatlah riwayat hidup seorang ketua pengganas ditembak oleh Shen Yi di wajahnya.

          Shen Yi berjalan ke arah bangunan induk itu memijak mayat ketua pengganas itu. Shen Yi memasuki semula bangunan induk. Melihat semua penghuni asrama mati ditembak dengan dikejam. Shen Yi menangis melihat nyawa rakan-rakannya melayang ketika tidur dan ada juga yang mati ketika cuba menyelamatkan diri.

          Shen Yi mengutip segala senjata musuh bersama-sama stok peluru. Tangan salah seorang lelaki yang berperisai hitam lengkap ditorek lengan kirinya. Shen Yi mengoyakkan daging tangan kiri lelaki itu berbentuk bulat kemudian diletakkan di dalam plastik. Segala senjata musuh bersama-sama stok peluru yang dikutip oleh Shen Yi dilemparkan ke dalam ruang boot belakang kereta lalu ditutup. Shen Yi memegang anak kunci kereta yang dipasangkan gelang kunci bersama kad lesen memandu yang berbingkai plastik putih.

“Aku pinjam ya.” Kata Shen Yi sambil melihat kad lesen memandu yang merupakan milik salah seorang penghuni asrama yang telah ditembak mati oleh beberapa orang pengganas.

          Shen Yi memandu kereta meninggalkan kawasan asrama itu dengan laju. Pakaian Shen Yi juga sudah ditukar dan Shen Yi sempat mandi sebelum keluar daripada kawasan asrama tersebut. Shen Yi tidak memakai baju. Badannya dibalut secara sendiri dengan kain kasa putih. Shen Y dengan berwajah masam memandu kereta ke arah destinasi yang diinginkannya pada waktu malam yang gelap.

          Pada keesokkan harinya, di lokasi yang sama. Kawasan asrama gelandangan orang bujang. Ramai anggota polis dan juga ahli forensik menyiasat kawasan tersebut. Kawasan asrama itu ditutup dengan pita kuning anggota polis. Encik Hill dan Encik Karim menyiasat kawasan tersebut.

“Nampaknya berlaku serangan hendap.” Kata Encik Hill.

“Mereka kata ini merupakan tempat kegiatan dadah namun tiada sebarang bukti dadah. Semua bilik dan tempat telah diperiksa. Tiada satu pun dadah.” Jelas Encik Karim kepada Encik Hill.

“Mereka semua ini mati dibunuh beramai-ramai.” Ujar Encik Hill.

          Memori silam merasuki Hill namun Hill terdiam dan termenung. Encik Hill berundur beberapa langkah ke belakang lalu jatuh terduduk ke atas lantai. Belum sempat punggung Encik Hill menyentuh lantai, Encik Karim terlebih dahulu menangkap badan Encik Hill lalu memapah Encik Hill keluar daripada bangunan induk tersebut. Encik Hill dibantu Encik Karim untuk duduk di dalam kereta di bahagian tempat duduk kiri hdapan kereta.

“Hill, aku rasa engkau perlu berehat. Walaupun sudah dua tahun berlalu kematian keluarga engkau namun engkau belum masih cukup kuat untuk menghadapi kes pembunuhan beramai-ramai ini. Biar aku tangani kes ini, engkau berehat di dalam kereta.” Pesan Encik Karim di luar kereta kepada Encik Hill yang mengeluarkan air mata namun tidak menangis.

Mulut Encik Hill ditutup dengan telapak tangan kanannya lalu memejamkan mata menunduk menghadap ke bawah iaitu lantai kereta. Encik Karim kembali ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.

“Sayang... Anak-anak aku... Ya Allah...” Ucap Encik Hill lalu menangis sendirian di dalam kereta polis.

          Beberapa hari kemudian, Encik Hill dan Encik Karim duduk mendiamkan diri di dalam bilik kerja penyiasatan mereka. Mereka saling termenung memikirkan cara bagaimana untuk menyelesaikan kes yang bertahun-tahun disiasat.

“Tengkorak merah lagi. Mereka semakin mengganas. Membunuh ramai orang pula.” Kata Encik Karim.

“Lebih teruk lagi, ketua kongsi gelap menjadi Yang Berhormat (YB) daerah ini sudah selama tiga tahun. Aku tidak hairan tengkorak merah semakin menggila.” Balas Encik Hill.

“Berapa lama mahu macam ini? Semakin ramai mati di tangan perompak semasa rumah dirompak. Remaja lelaki, wanita, kanak-kanak hilang diculik.” Keluh Encik Karim.

“Kita berusaha semampu yang kita boleh. Mahkamah tidak boleh jatukan hukuman kepada penjenayah, kerana inilah di hari akhirat esok ada mahkamah di padang mahsyar. Mahkamah tuhan. Sesiapa sahaja tidak terlepas. Di dunia boleh lari daripada hukuman, hari kebangkitan akan datang dilemparkan masuk neraka!” Marah Encik Hill di dalam bilik penyiasatan.

“Engkau sudah bersiap?” Soal Encik Karim kepada Encik Hill.

“Hampir siap barang untuk pindah. Aku syak ketua balai polis tidak berpuas hati dengan aku. Apa yang dia tidak suka tentang aku, aku pun tidak tahulah. Aku tidak mahu menuduh bukan-bukan. Bukti apa-apa pun tiada.” Luah Encik Hill.

“Tidak mengapa Hill. Mungkin di tempat baru, jabatannya lebih baik daripada sini.” Encik karim memujuk Encik Hill.

“In Sya Allah. Haraplah. Nanti aku akan rindu engkau di sini.” Ucap Encik Hill.

“Eleh, rindu aku konon. Nanti engkau juga akan mencari kawan karib, kawan baik, kawan baru di sana. Entah-entah selesa di sana, aku dilupakan di sini.” Kata Encik Karim menyindir Encik Hill.

“Ish engkau ini. Mengusik aku pula! In Sya Allah aku tidak akan lupakan engkau. Engkau rakan ketika aku susah dan senang.” Kata Encik Hill sambil tersenyum kepada Encik Karim.

“Anak kandung pertama engkau bagaimana? Sihat? Umur berapa dah?” Soal Encik Hill kepad Encik Karim.

“Alhamdulillah sihat. Masih berumur 2 tahun. Hantar ke pengasuh semasa isteri aku mengajar di tadika. Daripada kerja dengan kerajaan, kini buka tadika sendiri. Mudah isteri aku hendak jaga anak nombor empat. Sudah ada gerai sendiri juga. Gerai kecil-kecilan jual kuih upah pekerja. Buat kuih juga ambil pekerja.” Jelas Encik Karim.

“Anak kandung pertama aku, yang merupakan anak bongsu kepada isteri aku masih belum dapat berjalan dengan baik. Bercakap pun belum lagi mampu. Alhamdulillah bahagia keluarga aku. Isteri aku pula ceria sentiasa. Bersyukur sangat-sangat.” Luah Encik Karim sambil tersenyum lebar menampakkan dua barisan giginya yang kuning.

“Baguslah. Gembira aku mendengarnya.” Ucap Encik Hill.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience