File 10 : Durjana

Crime Completed 277

Pada waktu pagi, seorang lelaki misteri yang berbaju jubah kot panjang paras lutut, bercermin mata bulat berwarna hitam serta bertopi hitam duduk di dalam kereta Proton Wira yang berwarna perak berkilat. Memakai pelitup muka berwarna hitam. Dua tangannya bersarung turut berwarna hitam. Pandangannya fokus kepada Kang yang berambut tempurung. Kang keluar daripada pintu hadapan bangunan Rumah Kebajikan Radhi Osman Syed Saad diiringi lima orang pengawal peribadinya.

Kang memasuki kereta hitam di tengah. Tiga kereta hitam bergerak keluar meninggalkan kawasan rumah kebajikan tersebut. Melihat ketiga-tiga kereta hitam tersebut mulai bergerak, lelaki misteri itu pun segera menghidupkan enjin kereta proton Waja. Kereta proton Waja yang terletak jauh daripada rumah kebajikan itu bergerak mengikuti tiga kereta berwarna hitam itu.

Telefon bimbit Zain berbunyi. Skrin telefon bimbit yang berwarna itu tertera nama Kang. Butang mengangkat panggilan telefon yang bersimbolkan gagang telefon berwarna hijau ditekan. Panggilan dijawab.

"Kang." Zain menyebut nama Kang semasa Zain sedang memandang pemandangan Bandar Sivil dari bilik pejabatnya di tingkat 20.

"Zain, engkau dapat apa yang aku hendak?" Soal Kang kepada Zain.

"Minta maaf, aku tidak jumpa sebarang budak atau orang bernama Shen Yi." Ucap Zain kepada Kang.

"Mustahil tiada. Bangunan di atas bukit itu merupakan tempat yang sesuai untuk dia hidup." Kang berasa hairan.

"Memang budak yang engkau cari sudah tiada. Memang cari. Tidak jumpa hendak bagaimana?" Balas Zain.

"Atau orang-orang engkau telah terbunuh Shen Yi?" Soal Kang kepada Zain.

"Weyh, cakap elok-elok! Orang-orang aku pakar bangsat! Aku sudah berikan gambar kepada mereka semua! Tiada seorang pun menjumpai Shen Yi!" Marah Zain kepada Kang. Zain rasa dirinya dicabar dan diperkecilkan oleh Kang.

"Bukankah orang-orang engkau mati? Aku mendapat berita, semua orang-orang engkau mati ketika di hantar ke bangunan atas bukit itu. Setahu aku, semua penghuni bangunan itu mati dibunuh oleh orang-orang engkau dan siapa pula yang hebat sangat telah membunuh orang-orang engkau? Orang-orang engkau mati, sudah tentu juga engkau tidak berjaya mendapatkan budak cina yang aku mahukan." Soal Kang kepada Zain.

"Apa yang engkau hendak sangat dengan budak cina itu? Kau kena ingat, engkau berada di bawah aku!" Marah Zain kepada Kang.

"Aku bawah engkau? Sedar Zain, sedar. Aku tidak pernah berada di bawah engkau. Aku berada di bawah Ross. Bukan engkau Zain. Engkau silap. Kita hanya bekerjasama untuk mendapatkan yang engkau hendak. Engkau tidak berjaya mendapatkan budak yang aku mahu, tidak menjejaskan apa-apa antara aku dan engkau." Kang sedikit marah dengan Zain.

"Mari aku belanja engkau dua tiga orang budak. Engkau tidak perlu bayar. Kita aman ya. Lima orang budak mahal tau. RM25 ribu. Engkau ambillah lima orang budak. Minta sahaja terus dengan pengawal peribadi aku di rumah kebajikan. Aku akan maklumkan kepada orang-orang aku." Jelas Kang kepada Zain.

"Anggaplah lima orang budak aku berikan ini menjadi upah dan juga sebagai tanda minta maaf aku kepada engkau kerana membantu aku mencari budak cina lelaki yang aku inginkan serta tanda maaf aku atas sebab aku berkasar menyakitkan hati engkau" Tawar Kang kepada Zain.

"Baiklah, aku terima dan aku maafkan. Terima kasih." Balas Zain.

"Tiada masalah. Sama-sama." Kang menamatkan panggilan telefon.

Lelaki misteri kekal mengekori tiga kereta hitam daripada jauh di atas jalan raya. Selepas beberapa minit, lelaki misteri dan tiga buah kereta hitam itu berhenti di suatu kawasan pekan. Kang turun darpada salah sebuah kereta berwarna hitam. dan menaiki tangga besi suatu bangunan diiringi beberapa orang pengawalnya. Lelaki misteri itu kekal memerhatikan Kang dan bangunan tersebut daripada dalam kereta.

Kang memasuki pintu suatu bilik di tingkat teratas. Empat orang pengawal peribadi memasuki bilik di tingkat teratas bersama Kang. Pengawal peribadi yang lain menuruni tangga. Terdapat di antara mereka memeriksa bangunan tersebut. Tidak lama kemudian, mereka kembali ke kereta berwarna hitam. Mereka beredar menaiki dua buah kereta hitam meninggalkan sebuah kereta hitam di hadapan bangunan tersebut.

Lelaki misteri itu memandu kereta meninggalkan kawasan bangunan dan pekan tersebut setelah memerhatikan dengan kadar waktu yang lama. Tiba di kilang terbiar, lelaki misteri itu menarik bil elektrik dan bil air daripada peti surat. Dua bil itu dibaca lalu dimasukkan ke dalam poket jubah kot berwarna hitam. Lelaki itu berjalan dan berhenti di sebuah bangunan. Kelihatan bangunan pejabat kilang tersebut namun terbiar. Lelaki misteri itu membuka ibu kunci dengan anak kunci.

Pintu pagar ditolak ke digelongsorkan kek kiri. Lelaki itu memasuki bangunan terbiar tersebut tidak meninggalkan kasut di luar. Pintu pagar kembali ditutup. Pintu gelongsor cermin itu turut dikunci. Suis ruang di dalam bangunan tersebut ditekan. Lampu, kipas dan pendingin hawa di hiudpkan. Bangun tersebut kelihatan terbiar daripada namun di dalamnya kelihatan kemas. Topi hitam ditanggalkan dan diletakkan di atas meja plastik putih berhampiran. Baju jubah kot hitam juga ditanggalkan dan juga digantungkan di tempat gantung.

Pelitup muka berwarna hitam ditanggalkan lalu dilipat kemas dan dimasukkan ke dalam sampul plastik lutsinar. Sampul plastik lutsinar yang beriisikan pelitup muka berwarna hitam diletakkan di sebelah topi hitam. Shen Yi menaiki tangga ke tingkat atas. Ruang di tingkat atas terdapat banyak alat-alat senaman dan juga alat-alatan senjata tajam. Shen Yi mengambil sebotol air mineral yang terdapat di atas meja plastik berwarna putih yang berada di tepi dinding kanan. Di atas meja tersebut terdapat banyak kertas yang bertulis nota.

Shen Yi memandang menghadap dinding yang terdapat meja putih tersebut. Dinding itu dihiasi dengan dua papan kenyataan di mana terdapat gambar-gambar beberapa orang lelaki, gambar logo kongsi gelap, peta bandar dan senarai kegiatan jenayah di lokasi yang berbeza. Gambar Kang diletakkan pada papan kenyataan dan dicucuk dengan jarum berkepala plastik merah pada peta yang dilekatkan pada papan kenyataan tersebut.

Shen Yi membulatkan suatu lokasi pada peta tersebut menggunakan marker berwarna merah lalu dituliskan pula di sebelah gambar Kang. Nama Kang dan nama rumah kebajikan ditulis bersama anak panah dilukiskan. Jawatan Kang turut ditulis bersama. Kang, pengurus Rumah Kebajikan Radhi Osman Syed Saad. Jenayah turut ditulis di lokasi tersebut.

Rumah tempat membesarkan bakal ahli baru kongsi gelap tengkorak merah. Rumah kebajikan itu menerima sumbangan dana daripada Yang Berhormat Daerah Kenanga, Selangor yang merupakan pengasas rumah kebajikan itu sendiri.

"Sus." Ucap Shen Yi.

__________________________________________________________________

Pada waktu tengah hari, hujan mulai turun. Hujan semakin lama semakin lebat. Sesiapa sahaja yang berlari keluar dari tempat teduhan akan serta-merta menjadi basah kuyup apabila tidak berteduh walaupun hanya untuk dua saat. Hujan teramatlah lebat. Longkang besar yang mampu mengalirkan yang air yang banyak menjadi penuh setelah setengah jam hujan lebat. Hujan masih tidak berhenti.

Dua orang merokok di luar bangunan yang sepi dan sunyi di bawah teduhan bumbung. Shen Yi yang memakai jubah kot berwarna hitam, topi hitam dan memakai pelitup muka hitam berjalan di bawah hujan menuju ke bangunan di mana Kang berada. Shen Yi berjalan di dalam hujan dengan selamba. Topi hitamnya tidak basah bersama dengan jubah kot hitamnya tidak basah kerana kalis air. Kolar jubah kot hitam kalis air itu digunakan dan ditarik untuk meneduh diri agar pakaian di bahagian dalam jubah kot kalis air itu tidak basah.

Shen Yi muncul di hadapan dua orang yang sedang merokok di tingkat tanah. Shen Yi bertanyakan soalan kepada dua orang lelaki yang berbaju dalam putih dan berpakaian jaket jeans di luar.

"Ini tempat Geng Harimau Kepala Tiga?" Soal Shen Yi kepada dua orang geng kongsi gelap yang berambut merah gaya mohawk dan sedang merokok.

"Ya. Kenapa? Siapa engkau? Ada urusan?" Soal salah seorang pengawal itu.

"Apa yang ada? Apa yang seronok di atas?" Soal Shen Yi kepada dua orang tersebut.

"Perempuan dan juga dadah. Gimnasium hanya untuk ahli geng Harimau Kepala Tiga." Jawab salah seorang daripada mereka.

"Oh." Shen Yi mengangguk faham akan penjelasan salah seorang daripada dua orang tersebut.

Mata dua orang pengawal tersebut terbeliak seakan terlihat sesuatu. Rupanya leher mereka berdua ditoreh kemas. Mereka berdua jatuh terjelepuk di atas lantai. Darah daripada leher mereka yang telah ditoreh oleh Shen Yi menambah warna merah pada air hujan yang bertakung di atas lantai dan dibawa hanyut air hujan yang mengalir. Dua orang pengawal itu bergetaran tubuh mereka, menggelupur kemudian terhenti. Mati selepas darah mengalir habis keluar daripada leher mereka yang ditoreh kemas.

Shen Yi menyeluk poket seluar dan jaket jeans dua orang tersebut yang baru sahaja mati tadi. Shen Yi berjaya mendapatkan kunci. Shen Yi berjalan dan berada di hadapan pintu besi bangunan tersebut. Pintu besi itu berkunci daripada dalam seperti yang Shen Yi sangkakan.

Kunci dimasukkan ke dalam lubang kunci lalu dipusing batang kunci itu. Pintu besi itu tidak lagi berkunci. Pintu besi itu ditolak dan dibuka secara perlahan-lahan. Di dalam bilik tersebut terdapat beberapa orang yang sedang menghisap dadah.

Menyedut rokok ganja. Ada yang sedang mengumpulkan ganja di atas daun tembakau lalu digulungkan. Gulungan tembakau yang beriisikan ganja itu dibakar lalu dihisap seperti rokok sambil duduk di sofa.

Sebahagian kecil daripada mereka sedang mengira duit dan menyusun stok dadah yang berkotak-kotak di tepi dinding. Beberapa orang lagi yang lain sedang bermain snooker sambil merokok dan meminum air arak.

Salah seorang daripada mereka yang sedang menyusun stok dadah terkejut melihat seorang lelaki yang berpakaian berwarna hitam dari atas kepala sehingga ke kasut. Lelaki tersebut tidak dikenalinya walau sedikit.

"Woi siapa engkau?!" Jerit dan soal lelaki yang meletakkan kotak beriisikan dadah di atas kotak dadah yang telah ditutup dengan pita pelelkat.

Shen Yi menyelak kain jubah kot di bahagian kirinya. Menzahirkan sarung pedang dan hulu pedang berwarna hitam. Shen Yi mencabut pedang daripada sarungnya. Pantas tiga orang yang duduk di sofa bahagian kiri di tepi dinding bilik tingkat bawah itu tidak berkepala. Tiga kepala jatuh bergolek di lantai. Darah memancut ke atas dan mengalir membuak-buak dari leher yang tidak berkepala.

Empat orang yang sedang bermain snooker segera mengeluarkan pistol masing-masing. Seorang lelaki di bucu meja snooker ditusuk lehernya oleh Shen Yi menggunakan pedang panjang Shen Yi lalu dihayunkan. Separuh leher lelaki tersebut terputus dengan kepala. Darah memancut membasahi permukan atas meja snooker.

Tiga orang itu menghala pistol itu kepada Shen Yi namun Shen Yi terlebih dahulu melompat ke udara lalu mendarat di atas meja snooker. Pedang dihayunkan sekali dari arah kiri ke kanan. Walaupun hayunan tersebut tidak berjaya memenggal kepala tiga orang tersebut namun halkum dan urat nadi leher mereka bertiga berjaya ditoreh kemas oleh Shen Yi dengan hanya menggunakan hujung pedang panjang yang tajam.

Tiga orang tumbang ke atas lantai Shen Yi memecut ke arah berbaki dua orang yang mengacukan senjata kepada Shen Yi namun Shen Yi melontarkan pedang itu kepada leher lelaki tersebut. Shen Yi memegang hulu pedang dan mencabutnya dari leher lelaki tersebut lalu tinggal baki seorang lagi lelaki yang terduduk di atas lantai ketakutan melihat Shen Yi berjaya membunuh tujuh orang dalam masa beberapa saat.

Sap! Tempurung kepala lelaki itu hilang. Bahagian atas kepala paras matanya hilang dicantas oleh Shen Yi menggunakan pedang panjangnya yang tajam itu. Pedang tersebut dilibas memercikkan darah daripada bilah pedangnya ke lantai. Pedang Shen Yi kembali kelihatan bersih dan tajam selepas dilibaskan di udara. Sebuah pintu terdekat ditolak dan dibuka oleh Shen Yi.

Di dalam bilik tersebut terdapat seorang lelaki yang berambut panjang, wajah berlubang-lubang dan juga berjambang panjang hingga ke paras dada. Dadanya berbulu lebat dan panjang. Begitu juga dengan tangan dan seluruh kakinya itu. Lelaki yang tubuh badannya berbulu lebat dan panjang itu sedang berasmara bersama dengan tiga orang remaja perempuan yang kelihatan tersangat muda dan umur mereka dianggarkan dalam lingkungan umur 15 hingga 17 tahun.

Lelaki itu meraba-raba tubuh tiga remaja perempuan yang tanpa seurat benang pada tubuh mereka itu seperti orang gila sambil berasmara dengan remaja perempuan di hadapannya di atas katil yang besar. Tiga orang remaja perempuan dan lelaki itu tidak sedar akan kehadiran Shen Yi di pintu masuk bilik tersebut.

Tidak melengahkan masa, Shen Yi menikam leher lelaki itu daripada belakang. Tepat mengena urat nadi leher di bahagian kiri leher lelaki tersebut. Darah membuak dan memancut jatuh ke atas dua orang remaja perempuan yang berada di kiri hadapan dan hadapan lelaki tersebut. Lelaki itu jatuh ke atas badan remaja perempuan yang berada di bawahnya. Tiga orang remaja perempuan menejrit ketakutan melihat lelaki itu mati jatuh di hadapan dan di atas mereka.

Mereka menjerit ketakutan melihat lelaki yang mereka berasmara bersama tadi mati di hadapan mereka. Mereka pula melihat Shen Yi yang sedang memegang pedang yang dibasahi darah. Bertambah kuat jeritan ketakutan mereka terhadap Shen Yi yang merupakan pembunuh kepada lelaki itu tadi.

Shen Yi keluar daripada bilik tersebut menaiki tangga menuju ke tingkat atas. Pedang dilibas lalu dimasukkan ke dalam sarung. Tiga orang remaja perempuan itu tadi berlari keluar daripada bilik tersebut lalu keluar daripada bangunan tersebut di bawah hujan yang lebat melalui pintu besi hadapan yang terbuka luas dengan pakaian mencolok mata.

Di tingkat satu, merupakan tempat pelacuran Shen Yi. Shen Yi memasuki tingkat satu tempat pelacuran itu melalui pintu belakang di mana Shen Yi masuk. Tempat tingkat tersebut terdapat bilik yang tersusun banyak di sepanjang bahagian kiri dan kanan Shen Yi. Setiap pintu bilik tersebut terdapat tertulis nombor. Shen Yi berjalan dua ruang tengah-tengah melepasi semua bilik yang ada di kiri dan kanan.

Di hujung tingkat tersebut, terdapat sebuah kaunter dan seorang lelaki tua cina yang bercermin mata bulat. Rambut dan janggut nipisnya berwarna putih. Di atas meja kaunter itu terdapat katalog yang berdiri. Terdapat gambar pelacur yang tersusun seperti jadual dan ditulis bersama tempoh masa perkhidmatan serta jumlah bayaran yang dikenakan untuk memilih suatu pakej tersebut.

Tiga orang berbadan sasa yang berdiri di hadapan pintu di hujung tingkat tersebut memandang ke arah Shen Yi. Salah seorang daripada mereka bertanyakan soalan kepada Shen Yi.

"Woi si hitam. Ada duit? Jangan masuk ke tempat ini dengan muka mengemis hendak tidur dengan pelacur secara percuma!" Kata salah seorang berbadan sasa yang merupakan pengawal di tingkat tersebut.

Shen Yi meletakkan sekeping daging yang berkulit di atas meja kaunter tersebut. Kulit tersebut bertatoo harimau berkepala tiga. Semua pengawal berbadan sasa itu mengeluarkan pistol masing-masing. Lelaki cina tua yang berada di kaunter terkejut melihat kulit bertatoo di atas meja kanuter tersebut.

Seorang pengawal yang terdekat mengacukan sepucuk pistol ke arah Shen Yi namun pistolnya ditangkap kemas oleh Shen Yi dengan tangan kiri. Laras pistol itu tidak dapat bergerak untuk mengeluarkan peluru bagi menembak Shen Yi. Pisau menusuk leher lelaki yang mengacukan pistol ke arah Shen Yi. Lelaki itu berundur ke belakang setelah Shen Yi mencabut pisau dari leher lelaki itu. Shen Yi menendang lelaki itu. Lelaki itu berlanggar dengan dua orang di belakang.

Lelaki cina tua di kaunter mengeluarkan senapang patah daripada bawah meja kaunter lalu Shen Yi melemparkan pisau. Tercacak pisau tersebut pada urat nadi lelaki cina tua di kaunter itu. Shen Yi melompat memanjat meja kaunter tersebut. Dua orang pengawal mengalihkan rakannya ke tepi dan menembak Shen Yi. Tembakan tidak mengena. Shen Yi melindungi diri di sebalik kaunter tersebut. Senapang patah diambil daripada lelaki cina tua yang telah mati itu.

Shen Yi bangkit daripada kaunter. Dua orang pengawal itu segera menembak Shen Yi dengan beberapa das tembakan. Sedikit peluru pun tidak memakan tubuh Shen Yi kerana Shen Yi menggunakan tubuh mayat cina tua itu tadi sebagai perisai melindungi diri daripada ditembak pistol. Tangan kanan Shen Yi menarik picu senapang patah yang menghala kepada salah seorang pengawal. Berlubang perut salah seorang pengawal lalu tumbang terbaring di lantai.

Seorang lagi pengawal kekal menembak Shen Yi. Shen Yi tetap berlindung di sebalik tubuh mayat lelaki cina tua itu. Sekali lagi tembakan dilepaskan. Tembakan mengena bahu pengawal itu. Lelaki itu jatuh terduduk di lantai. Shen Yi menarik laras bawah senapang patah itu.

Mayat tubuh lelaki cina tua itu dilepaskan dan membidik senapang ke arah pengawal itu. Pengawal yang jatuh terduduk di atas lantai kepalanya pecah ditembak tepat oleh Shen Yi menggunakan senapang patah. Semua pelacur dan pelanggan pelacuran berlari keluar daripada bilik dan menuruni tangga beramai-ramai ketakutan apabila mendengar bunyi tembakan. Ada yang berlari berciciran. Ada yang lari berbaju, ada yang berlari keluar daripada bilik tanpa seurat benang tidak mengira jantina.

Setiap bilik pelacuran diperiksa oleh Shen Yi selepas semua pelacur dan pelanggan berlari keluar. Tiba-tiba sebatang kayu dihayunkan dan berjaya dielak oleh Shen Yi. Seorang lelaki bertubuh kurus tidak berbaju dan berseluar biru menyerang Shen Yi dengan sebatang kayu Hoki. Kayu hoki dihayunkan ke kepala Shen Yi namun Shen Yi berjaya menunduk mengelak serangan tersebut. Hayunan demi hayunan Shen Yi mengelak dan berundur.

Shen Yi berundur melompat ke belakang kemudian menembak tubuh lelaki tersebut dengan senapang patah. Lelaki itu melayang ke belakang ambil tubuh badannya menerima tembakan senapang patah. Lelaki yang telah menyerang Shen Yi menggunakan sebatang kayu hoki itu tadi terbaring di atas lantai. Tubuh badannya berlubang dan berdarah. Kelihatan parah dan akan mati tidak lama lagi kerana menerima tembakan senapang patah dengan jarak yang agak dekat.

Lelaki itu bangun daripada baring dan dengan pantas mengeluarkan sepucuk pistol menembak kepala Shen Yi. Tembakannya mengena sisi selaras senapang patah yang digunakan oleh Shen Yi untuk melindungi wajahnya. Lelaki itu menembak lagi.

Shen Yi memecut ke arah kanan lalu menembak lelaki itu. Tembakan mengena pada lehernya. Menyembur darah daripada lehernya. Jatuh kembali terbaring lelaki itu. Mati selepas lehernya terkena tembakan senapang patah daripada Shen Yi.

Selepas lelaki itu mati, Shen Yi keluar daripada tingkat tersebut melalui pintu di belakangnya. Shen Yi menaiki tangga menuju ke tingkat dua. Shen Yi berhenti di tingkat dua. Shen Yi menoleh ke arah kiri. Tingkat dua itu merupakan gimnasium. Tingkap gimnasium berwarna gelap namun terang dan lagi jelas boleh melihatakan keadaan di dalam gimnasium itu kerana cahaya gimnasium yang terang benderang.

Suasana luar bangunan tersebut gelap bagaikan hampir malam. Cuaca masih hujan dengan sangat lebat. Gimnasium itu kosong walaupun bercahaya dengan lampu kalimantang yang bergantung banyak di siling gimnasium. Pintu besi dibuka dengan kuat. Shen Yi menoleh ke arah bunyi pintu besi yang dibuka secara kasar. Tiga orang yang berada di aras tangga tingkat tiga menembak Shen Yi menggunakan Vector 45 Acp Full Auto Submachine Gun.

Shen Yi menerima tembakan bertalu-talu daripada mereka bertiga. Mujur tembakan tersebut tidak dapat menembusi pintu besi gimnasium yang mana Shen Yi melindungi diri di sebalik pintu tersebut. Pintu besi tersebut tidak dapat bertahan lama untuk menahan tembakan yang bertalu-talu daripada tiga orang tersebut.

Pintu besi itu mula kemik berbonggol-bonggol kecil. Shen Yi memasuki gimnasium tersebut melalui memecahkan cermin pintu kaca gimnasium dengan menumbuk sekuat-kuatnya kerana pintu kaca gimnasium itu berkunci.

Tiga orang meluru menuruni tangga dan berdiri di hadapan pintu kaca gimnasium sambil mengacukan senjata. Sebutir peluru yang laju menembusi kepala salah seorang daripada tiga orang yang memegang senjata Vector 45 ACP.

Sebutir peluru lagi turut menembusi tempurung kepala salah seorang daripada dua orang yang menyerang Shen Yi. Dua orang jatuh bergolek menuruni tangga. Berbaki seorang lagi yang masih hidup.

Dua orang rakannya yang mati ditembak oleh Shen Yi melanggar seorang yang masih hidup dan terus lelaki itu bergolek menuruni tangga bersama dua orang rakannya yang telah mati. Shen Yi berjalan keluar daripada gimnasium tersebut pergi melihat dua mayat dan lelaki tersebut jatuh bergolek menuruni tangga. Ingin melihat yang masih hidup itu mati bergolek menuruni tangga sambil dihempap dengan dua mayat rakannya. Jangkaan Shen Yi melesat.

Lelaki itu masih hidup lalu merempuh Shen Yi lalu terlanggar pintu besi gimnasium di belakang. Shen Yi melepaskan tembakan sepucuk pistol ke pinggang lelaki itu. Lelaki itu menjerit kesakitan dan jatuh terduduk. Shen Yi menendang wajah lelaki itu ke kiri dengan kaki kanan. Lelaki itu terhantuk kepalanya pada palng tangga besi itu. Shen Yi segera mengangkat lelaki itu. Lelaki itu cuba melawa Shen Yi namun tidak berjaya. Shen Yi menghumban lelaki itu dari tingkat dua.

Lelaki itu jatuh menjunam ke tingkat paling bawah. Kepalanya mendarat di jalan raya dan pecah bersepai sebaik sahaja kepala mencium jalan raya. Kepala pecah bersepai isinya. Kedengaran bunyi letupan kepala pecah selepas kepala lelaki itu mencium jalan raya. Kepala pecah itu menghamburkan dan memercikkan darah yang banyak dan isi-isi kepala. Otak lelaki itu terkeluar selepas kepalanya pecah.

Tembakan tidak mengena. Shen Yi sekali lagi berlindung sebalik pintu gimnasium namun berlindung dari luar pintu gimnasium itu. Shen Yi diserang oleh Sepuluh orang lelaki yang menggunakan senjata Full Auto Machine pistol yang berlainan jenis. Salah seorang daripada sepuluh orang itu menyuruh lima orang berhenti menembak lalu menyuruh untuk berjaga-jaga pergi mendapatkan Shen Yi disebalik pintu besi gimnasium itu.

Lima orang itu akur akan arahan. Mereka berjalan perlahan-lahan ke arah pintu besi tersebut. Dua orang berada hadapan pintu besi di koridor. Lima orang lagi berada di dalam gimnasium berdekatan ruang masuk pintu hadapan gimnasium itu. Shen Yi melompat masuk gimnasium dengan merempuh tingkap gimnasium.

Hancur berderai cermin tingkap gimnasium itu apabila Shen Yi merempuh masuk melalui tingkap. Kedua-dua belah tangan Shen Yi memegang dua Vector 45 ACP Full Auto Submachine Gun. Tangan kirinya menghala ke arah kiri manakala tangan kanannya menghala ke bahagian kanan.

Shen Yi menarik kedua-dua picu Vector Full Auto Submachine Gun itu. Tiga orang di bahagian kiri Shen Yi mati ditembak tubuh mereka manakala lima orang mati di bahagian kanan Shen Yi menerima peluru yang banyak secara rawak pada tubuh badan mereka seperti rakan mereka di bahagian kiri Shen Yi.

Lapan orang tumbang ke lantai. Dua orang lagi menembak Shen Yi tanpa henti namun Shen Yi berlari menyelinap di antara ruang-ruang susunan alat-alatan senaman. Dua piring cakera pemberat dilemparkan ke arah dua orang tersebut.

Sekeping cakera pemberat terkena kepada wajah salah seorang penyerang kemudian berundur ke belakang. Akhirnya jatuh terbalik pada penghadang tepi tangga lalu terjatuh keluar daripada koridor tangga itu dan jatuh mati dari tingkat dua ke tingkat bawah. Kepala hancur apabila kepala mendarat terlebih dahulu ke permukaan jalan raya.

Seorang lagi jatuh berundur ke belakang bersandarkan pada penghadang tepi tangga di koridor. Shen Yi menembak lelaki itu daripada dalam gimnasium menggunakan Vector 45 ACP Full Auto Submachine Gun. Serta merta lelaki itu mati dan jatuh terduduk di koridor setelah tubuh badannya menerima beberapa das tembakan daripada Shen Yi.

Setelah itu, Shen Yi menaiki tangga menuju ke tingkat 3. Di tingkat tiga, terdapat pintu pejabat yang berpagar Pintu pagar itu berkunci. Submachine Gun dibidik ke ibu kunci setelah Shen Yi berundur beberapa langkah. Ibu kunci ditembak oleh Shen Yi. Ibu kunci terpelanting.

Pintu pagar dibuka. Pintu pejabat tersebut berkunci. Shen Yi menggunakan Vector 45 ACP dalam tangannya untuk menembak pintu pejabat yang berkunci itu. Tiada peluru yang keluar. Kehabisan peluru. Satu lagi submachine gun diambil lalu digunakan untuk menembak pintu pejabat tersebut. Tempat kunci pada pintu pejabat itu hancur ditembak lalu pintu terbuka. Shen Yi memasuki bilik pejabat itu.

Keadaan bilik pejabat itu amat cantik. Berwarna merah hampir keseluruhan pejabat itu. Karpet lantai, siling berwarna putih, perhiasan dan dinding yang berwarna merah serta sofa yang mewah berbentuk klasik daripada gaya British. Meja pejabat berwarna merah pekat. Rak buku dan fail turut tidak ketinggalan berwarna merah. Di atas meja pejabat yang mewah itu terdapat kertas-kertas, alatan tulis dan fail-fail dokumen tersusun kemas rapi.

Shen Yi duduk di kerusi merah pejabat itu. Laci meja ditarik dan dibuka. Di dalam laci mejat itu terdapat sepucuk pistol, pisau. Laci kedua meja berisikan ikatan wang yang sangat tebal dan tersusun memenuhi laci itu. Segera Shen Yi mengisi duit itu ke dalam beg sandangnya yang kecil berwarna hitam.

__________________________________________________________________

Sebuah kereta berwarna hitam berhenti di hadapan bangunan Kang. Enjin kereta dimatikan. Kang terkejut melihat di hadapan bangunannya terdapat dua mayat yang pecah kepalanya. Ye Zihao yang memandu kereta tersebut keluar daripada tempat memandu. Payung berwarna hitam dibuka memayungi dirinya daripada terkena air hujan yang lebat. Kang turut keluar bersama Ye Zihao daripada kereta itu. Ye Zihao memayungi Kang menggunakan payung hitam.

Mereka berdua berjalan menuju ke hadapan tangga. Terdapat empat orang mati di hadapan tangga. Dua mati kerana leher ditoreh manakala dua lagi mati ditembak. Ye Zihao meminta Kang untuk menaiki tangga sehingga tiba di tingkat 3.

Ye Zihao memberitahu bahawa dia ingin memeriksa bahagian dalam bangunan. Kang menganggukkan kepala lalu berlari menaiki tangga tersebut menuju ke bilik pejabatnya.

Ye Zihao memasuki bangunan tingkat bawah itu. Seramai sembilan orang mati di ruang tamu itu. Ye Zihao segera masuk ke dalam bilik terdekat. Seorang lelaki mati di atas lantai bilik itu kerana lehernya ditikam oleh sesuatu yang tajam. Katil dan lantai basah dengan darah yang keluar daripada lelaki yanng mati itu. Ye Zihao memeriksa pula tingkat satu dan tingkat dua. Ramai orang mati di tingkat dua di mana terdapat gimnasium.

Tiba-tiba Ye Zihao terdengar bunyi tembakan pistol yang datang daripada tingkat atas. Dengan segera Ye Zihao berlari keluar daripada gimnasium. Kang jatuh bergolek menuruni tangga melepasi Ye Zihao. Ye Zihao segera mengejar Kang menuruni tangga sebaik sahaja Kang bergolek menuruni tangga. Kang tiba di tingkat paling bawah selepas bergolek menuruni tangga. Kepalanya berdarah dan juga tidak sedarkan diri.

_________________________________________________________________

Shen Yi dengan sambalewa duduk di atas meja menunggu kedatangan ketua kongsi gelap Geng Harimau Kepala Tiga. Muncul Kang di hadapan pejabat itu. Dia terkejut melihat Shen Yi yang sedang duduk di atas meja pejabatnya. Kang segera berpatah balik semula untuk menuruni tangga.

Bang!

Terlebih dahulu Shen Yi menembak kaki Kang lalu Kang jatuh bergolek ke hadapan dan jatuh bergolek di tangga sehingga ke tingkat paling bawah. Shen Yi keluar daripada bilik pejabat Kang itu dan melihat tingkat bawah dari koridor tangga di hadapan bilik pejabat itu.

Kang tidak sedarkan diri dan terdapat seorang lagi di sisi Kang. Orang dewasa itu cuba menyedarkan Kang namun tetap Kang tidak sedarkan diri. Kepala Kang berdarah dan hidungnya pula mengalirkan darah. Ye Zihao memandang ke arah tingkat tiga. Terdapat seorang lelaki misteri berpakaian hitam sepenuhnya berdiri di tingkat tiga melihat dirinya dan Kang.

"Ye Zihao. Kenapa engkau bersama semua celaka ini?" Soal Shen Yi kepada diri sendiri.

Ye Zihao mengeluarkan sepucuk pistol lalu menembak beberapa das ke arah Shen Yi. Pantas Shen Yi segera mengelak dengan memasuki bilik pejabat itu. Kerusi roda merah pejabat itu ditarik oleh Shen Yi lalu ditolak ke koridor tangga itu dan ditolak ke bawah. Kerusi merah itu jatuh menggelongsor menuruni sepanjang tangga itu Ye Zihao segera mengangkat dan menarik Kang keluar daripada arah laluan kerusi merah itu menggelongsor ke bawah.

Shen Yi melompat terjun daripada tingkat tiga hingga ke koridor tangga tingkat dua lalu bergolek dan bangun. Shen Yi terjun lagi ke tingkat satu bergolek lalu bangun seperti tadi.. Shen Yi melompat memanjat penghadang tepi tangga itu lalu melompat keluar daripada koridor tingkat satu itu. Shen Yi menembak ke arah Ye Zihao. Ye Zihao mengelak dengan berundur ke belakang. Shen Yi mendarat di atas tubuh Kang yang terbaring menghadap langit.

Dua kaki Shen Yi mendarat di rusuk dan perut Kang setelah terjun dari tingkat satu. Kedengaran rusuk Kang patah. Kang menyemburkan memuntahkan darah apabila Shen Yi mendarat di atas tubuh badannya. Kang sudah pun lama mati sejak jatuh bergolek daripada tangga tingkat tiga tadi kerana tulang belakang lehernya telah patah.

Ye Zihao mengacukan senjata kepada Shen Yi. Pistol Ye Zihao melanting jatuh ke lantai setelah pistol Ye Zihao ditembak tepat oleh Shen Yi. Ye Zihao bersama Shen Yi dibawah hujan yang lebat menghadapi antara satu sama lain.

"Jahanam. Siapa engkau?" Soal Ye Zihao kepada Shen Yi.

"Serius? Semua orang jahat perlu tanya siapa aku? Terlalu klise. Selepas ini tanya motif aku pula? Sebab apa aku bunuh geng kongsi gelap Harimau Kepala Tiga?" Shen Yi berjenaka sendiri dengan suara yang kuat di bawah hujan.

"Shen Yi? Itu engkau?" Soal Ye Zihao kepada Shen Yi setelah mendengar suara Shen Yi.

"Engkau rasa siapa? Kenapa engkau menyertai kongsi gelap Ye Zihao?! Mengapa?! Engkau orang yang baik! Kenapa engkau kotorkan tangan engkau Ye Zihao?! Sungguh aku kecewa!" Luah Shen Yi akan rasa kecewanya terhadap Ye Zihao.

"Aku bukan suka-suka dan sengaja menyertai kongsi gelap. Kongsi gelap bukan hobi. Baik engkau beredar. Sebelum masalah besar dan berat ini hancurkan hidup engkau Shen Yi. Engkau masih boleh berpatah balik." Pesan Ye Zihao dengan lembut kepada Shen Yi.

"Kelakar. Orang macam engkau buat kerja kotor di dalam kongsi gelap memberi nasihat kepada aku. Aku tidak boleh berpatah balik hidup seperti biasa Ye Zihao. Aku sudah tiada apa-apa lagi! Kongsi gelap telah mengambil semua daripada hidup aku! Aku bersumpah aku akan hapuskan semua kongsi gelap! Termasuk diri engkau!" Jerit Shen Yi kepada Ye Zihao.

"Shen Yi! Sedarlah apa yang engkau sudah buat!" Jerit Ye Zihao kepada Shen Yi.

"Kerana aku sedarlah, aku perlu bersihkan negara ini daripada tangan-tangan keji. Kelakar suruh aku sedar. Engkau yang patut sedar Ye Zihao. Engkau penjenayah." Ujar Shen Yi.

"Engkau juga penjenayah!" Balas Ye Zihao.

Ye Zihao memecut ke hadapan. Shen Yi pantas menghalakan senjata ke arah Ye Zihao lalu menembaknya. Ye Zihao mengelak daripada ditembak dengan amat pantas. Tangan kanannya mencapai lalu memegang laras pistol Shen Yi. Tumbukan tangan kiri Ye Zihao dilancarkan. Shen Yi menahan tumbukan itu. Pantas tangan kiri Ye Zihao menarik ibu jari tangan kanan Shen Yi yang memegang pistol.

Pistol terlepas daripada Shen Yi. Ye Zihao merampas pistol tersebut dengan amat laju. Muncung pistol menyentuh dahi Shen Yi. Tangan kanan Ye Zihao memegang sepucuk pistol dan diletakkan muncung pistol itu di dahi Shen Yi.

"Menyerah!" Arah Ye Zihao.

"Engkau bodoh?" Soal Shen Yi kepada Ye Zihao.

Ye Zihao menarik picu pistol. Tiada apa-apa yang berlaku. Shen Yi segera melemparkan laras pistol ke wajah Ye Zihao dengan tangan kiri lalu tangan kanan Shen Yi menepis tangan kiri Ye Zihao yang memegang pistol yang kehilangan larasnya.

Tangan kanan Shen Yi memegang hulu pedang dan menarik keluar pedang katananya keluar daripada sarung pedang dan dihayunkan secara melintang 180 darjah. Ye Zihao berjaya mengelak dan melemparkan pistol itu ke wajah Shen Yi. Shen Yi mengelak.

Pedang Ye Zihao memecut menjunam ke atas kepala Shen Yi. Pedang katana Ye Zihao bertembung berlaga dengan pedang katana Shen Yi. Shen Yi berjaya menahan serangan pedang daripada atas. Ye Zihao amat pantas dan amat berbeza daripada latihan bertarung pedang yang pernah Shen Yi bertarung dengan Ye Zihao di asrama pada dua tahun yang lepas.

Shen Yi menepis pedang Ye Zihao dengan pedangnya. Ye Zihao berundur ke belakang dan membetulkan postur tubuh badannya dalam keadaan siap siaga. Begitu juga dengan Shen Yi. Ini adalah pertarungan sama ada hidup atau mati. Shen Yi dan Ye Zihao meluru ke arah satu sama lain. Pedang mereka berdua saling bertembung dan berlaga. Pedang mereka berdua sering bertembung bagaikan magnet yang menarik menyatukan antara satu sama lain dengan kuat.

Shen Yi dan Ye Zihao menjarakkan diri. Mengumpul nafas. Shen Yi berlari ke arah Ye Zihao serangan pedang Shen Yi semakin mengganas dan amat laju namun Ye Zihao kekal bertenang dan mendapat menahan segala serangan Shen Yi. Ye Zihao memusingkan pedang Shen Yi apabila pedang mereka bertembung. Segala kudrat digunakan untuk Ye Zihao menepis pedang Shen Yi lalu melancarkan serangan pedang hayunan dari kiri bawah ke kanan atas.

Abdomen Shen Yi menerima serangan pedang Ye Zihao. Walaupun Shen Yi memakai baju kalis peluru namun pedang Ye Zihao berjaya memotong baju kalis peluru itu. Baju kalis peluru Shen Yi terbuka. Badan Shen Yi turut terluka sepanjang dari pinggan kanan sehingga ke bahu kiri. Badan Shen Yi berdarah. Shen Yi mengerang kesakitan.

Ye Zihao menyerang sekali lagi menghayunkan pedang daripada atas. Pantas Shen Yi dapat menahan serangan Ye Zihao itu dan berundur ke belakang. Ye Zihao memecut mendekati Shen Yi melibaskan pedang daripada kanan. Shen Yi menahan libasan itu dengan pedang. Luka yang amat dalam pada tubuh Shen Yi menyebabkan Shen Yi kehilangan kekuatan dan tenaga kerana menahan sakit.

Tangan kanan Shen Yi terlepas pedang katana. Pedang katana terjatuh di atas jalan raya yang dibasahi hujan. Ye Zihao melibas pedangnya dari bawah ke atas terkena pada tali pelitup wajah Shen Yi. Pelitup muka jatuh bergantungan di tepi pipi Shen Yi.

Kemudian, Ye Zihao dengan lajunya melibas pedangnmya daripada kanan atas ke kiri bawah. Sekali lagi Shen Yi menerima serangan pedang daripada Ye Zihao. Luka serangan pedang itu bermula daripada dada kiri sehingga ke pinggang kanan.

Shen Yi mengerang kesakitan lalu jatuh terbaring ke lantai. Pelitup wajah Shen Yi terjatuh di atas jalan raya sebelum Shen Yi jatuh terbaring ke atas jalan raya. Serangan pedang daripada Ye Zihao membuatkan Shen Yi cedera parah. Air hujan membasahi wajah dan luka Shen Yi. Darah mengalir banyak daripada tubuh hadapan Shen Yi.

"Sampai sini sahaja hidup aku?" Tergetus soalan ini di dalam hati Shen Yi.

"Shen Yi. Fikirkan. Aku beri peluang. Aku tidak mahu membunuh engkau. Jangan bertindak bodoh lagi untuk menyerang kongsi gelap. Teruskan hidup. Jangan bunuh diri." Kata Ye Zihao kepada Shen Yi yang terbaring di tengah-tengah jalan raya yang dibasahi hujan yang amat lebat.

"Siapa engkau untuk aku dengar cakap engkau? Penjenayah." Shen Yi mengetap gigi sambil mengerang kesakitan.

"Sudah Shen Yi. Jangan buat silap yang lebih teruk daripada aku. Berambus engkau dari semua tempat di mana aku berada. Buat pilihan yang baik untuk diri engkau." Pesan Ye Zihao berdiri di sisi Shen Yi yang terbaring dibasahi hujan.

"Bila engkau hendak berhenti menjalankan kegiatan jenayah kongsi gelap? Aku hanya menghapuskan penjenayah supaya dunia ini lebih aman. Engkau hanya membantu kongsi gelap supaya melancarkan lagi kekuasaan adn pengaruh mereka." Soal Shen Yi kepada Ye Zihao dalam keadaan terbaring di atas jalan raya yang dibasahi hujan sangat lebat.

"Engkau rasa mengapa aku sertai kongsi gelap?" Soal Ye Zihao kepada Shen Yi.

Shen Yi bangkit daripada tempat di mana dia terbaring. Tubuh Shen Yi berketar-ketar. Dengan kekuatan dan kudrat berbaki, Shen Yi tetap bangun berdiri dengan menggunakan pedang katanya sebagai sokongan menampung berat tubuh badannya.

"Aku tidak perlu tahu mengapa engkau menyertai kongsi gelap. Setiap penjenayah layak menerima hukuman! Sumpah aku kecewa Ye Zihao! Kecewa melihat engkau yang juga sama bodoh seperti bangsa-bangsa melayu yang lain!" Luah Shen Yi kepada Ye Zihao.

"Bangsa cina seperti kita tidak sepatutnya terjun sama bodoh dengan bangsa melayu. Bangsa cina lebih baik daripada bangsa melayu! Bangsa melayu sememangnya jahat semua! Buka mata engkau Ye Zihao! Mereka yang berkuasa dan berpengaruh bebas melakukan jenayah! Begitu jahat orang-orang melayu sehingga engkau pun menjadi anjing suruhan mereka! Rakan-rakan kita semua di asrama mati dibunuh kejam oleh kongsi gelap melayu yang bangsat ini!" Marah Shen Yi kepada Ye Zihao.

"Hei Shen Yi." Ye Zihao memanggil nama Shen Yi.

"Apa?" Soal Shen Yi kehairanan nada Ye Zihao berlainan.

"Engkau masih budak, Shen Yi. Engkau tidak tahu apa-apa. Engkau masih muda untuk memahami apa yang terjadi sekeliling kita ini." Kata Ye Zihao dalam keadaan tersenyum.

"Apa?!" Shen Yi tersentak.

"Selepas aku membunuh mereka semua ini? Engkau kata aku budak kecil?! Engkau fikir budak kecil mampukah untuk membunuh keparat bangsat semua itu seperti aku?!" Jerit Shen Yi melibaskan pedangnya lalu mengacukan pedang katananya ke arah Ye Zihao lalu Shen YI memecut meluru ke arah Ye Zihao.

Libasan pedang Shen Yi yang laju dari kiri kemudian libasan dari kanan berjaya Ye Zihao mengelak. Shen Yi menikam Ye Zihao. Ye Zihao menepis pedang Shen Yi menggunakan pedangnya. Ye Zihao melibas pedangnya daripada atas secara menegak dan Shen Yi melintangkan pedangnya. Pedang Shen Yi dan Ye Zihao berdenting apabila berlaga. Serangan libasan pedang Ye Zihao daripada atas ditahan baik oleh Shen Yi.

Shen melibaskan pedangnya secara melintang. Ye Zihao berjaya mengelak serangan itu dengan melompat jauh ke belakang. Shen Yi berundur beberapa langkah ke belakang lalu jatuh melutut. Kesakitan pada tubuh bahagian depan semakin kuat terasa. Kekuatan Shen Yi menghilang. Tiada lagi kudrat yang berbaki. Shen Yi berpaut pada hulu pedang dan kemudiannya jatuh terbaring mengiring ke kanan di atas jalan raya yang basah.

Shen Yi dan Ye Zihao basah kuyup setelah bertarung pedang yang tersangat lama di bawah hujan yang lebat. Ye Zihao mendekati Shen Yi dengan berjalan perlahan-lahan. Shen Yi memejamkan mata. Wajahnya kelihatan berkedut dan kesakitan. Luka pada bahagian depan tubuh badannya amat dalam dan masih berdarah. Rasa pening kepala mulai hadir.

Ye Zihao merapatkan diri dengan Shen Yi pedang katana Shen Yi dikutip dengan memegang hulu pedang tersebut. Kini pedang Shen Yi berada di dalam tangan kiri Ye Zihao. Shen Yi terbaring menahan kesakitan yang teramat pada tubuh badannya. Kemudian Shen Yi pengsan tidak sedarkan diri.

Ye Zihao mengacukan senjata ke arah Shen Yi. Pedang Shen Yi itu digunakan oleh Ye Zihao untuk dimasukkan ke dalam sarung pedang Shen Yi. Ye Zihao memapah Shen Yi untuk bangun dan berjalan meninggalkan kawasan sekeliling bangunan operasi kongsi gelap Kang itu.

__________________________________________________________________

"Kang mati?! Angkara siapakah ini?!" Ross membentak. Meja pejabatnya itu dihentak dengan dua kepalan tangannya.

Di dalam bilik pejabatnya, terdapat lapan kerusi sofa berwarna kuning dan tunggal. Tujuh kerusi sofa tunggal itu digunakan oleh orang-orang bawahan Ross kecuali sebuah kerusi sofa yang kosong. Zain dan Mansur hanya mendiamkan diri menunduk ke lantai. Enam yang lain turut tidak berani mengangkat muka memandang Ross.

"Kenapa Ross marah sangat dengan kematian Kang?" Soal salah rakan yang duduk berdekatan dengan Mansur.

"Engkau tidak tahukah Sam? Kang itu anak kesayangan kepada boss Ross. Seperti Zain dulu merupakan anak kegemaran Ross." Jelas Mansur.

"Oooh. Aku faham." Kata Sam sambil menganggukkan kepala.

"Kamu semua cari siapa yang telah bunuh anak aku! Cepat! Cari sampai dapat!" Tengking boss Ross kepada anak-anak buahnya.

"Baik boss!" Arahan Ross disambut dan difahami anak-anak buahnya dengan baik.

__________________________________________________________________

"Siapa yang lakukan semua ini?" Soal Encik Karim yang sedang menyiasat bangunan operasi kongsi gelap Kang.

Encik Karim memeriksa setiap bilik pelacuran yang kosong tersebut. Sebahagian besar bilik tersebut mempunyai dadah yang tersimpan dan digunakan semasa aktiviti pelacuran sedang berlangsung pada sebelum ini.

"Hill mesti tidak mampu hadapi kes seperti ini. Memang Allah susun dan takdirkan Hill untuk berpindah tugas ke Kampung Jenggala, daerah Kenanga." Ujar Encik Karim bersendirian sambil melihat mayat lelaki cina tua di sebalik kaunter.

Semua petugas forensik sedang mengambil gambar dan mengumpul seberapa banyak bukti kejadian jenayah yang mereka mampu. Encik Karim turut membantu petugas-petugas forensik tersebut dengan mencari apa-apa yang boleh mebantu penyiasatan mereka.

Di tempat lain, kampung Jenggal di hujung daerah Kenanga. Encik Hill sedang mengemas barang-barangan di atas meja kerjanya di dalam balai polis. Tamat mengemas barang, Encik Hill duduk di kerusi mejanya sambil meminum air tin teh limau. Kemudian tekaknya yang kepanasan meminum air manis, Encik Hill membilas tekaknya dengan air mineral.

"Assalamualaikum, pegawai polis baharu!" Ucap seorang pegawai polis yang botak dan berkulit gelap kepada Encik Hill.

"Waalaikummussalam. Iya saya baru di sini. Dipindahkan ke sini. Saya asalnya dari balai polis Civil City. Nama saya Hilmi. Boleh panggil saya Hill," Balas Encik Hill.

"Baik Hill. Saya Abu. Baguslah! Barulah saya ada kawan." Kata pegawai polis lelaki itu.

"Baru ada kawan? Apa maksud kamu?" Soal Encik Karim kepada Encik Abu.

"Aku seorang sahaja yang bertugas di sini. Orang lain di balai ini semuanya makan gaji. Bertugas sebagai anggota polis namun hanya duduk di rumah goyang kaki. Kononnya di sini tempat kampung, tiada masalah serius. Jika berlaku pecah masuk rumah atau kecurian barang, hanya tulis di dalam laporan kemudian sambung tidur. Inilah budaya polis di kampung ini." Ujar Encik Abu.

"Tidak mengapa Abu. Engkau buat kerja?" Soal Encik Hill kepada Encik Abu.

"Mestilah aku buat kerja. Tidakkan pula aku mahu makan duit haram kerajaan beri gaji sedangkan aku goyang kaki. Berdosa masuk neraka aku kerana tidak amanah. Tidak mahu aku. Baik aku menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Mengalir juga pahala amal kebaikan aku." Jelas Encik Abu kepada Encik Hill.

"Abu, aku sentiasa bersedia membantu engkau membuat kerja." Kata Encik Hill dengan tersenyum.

"Bagus-bagus. Kita boleh buat kerja esok. Kita pusing-pusing kampung ini terlebih dahulu. Esok hari kita pusing lihat kampung lain pula. Kita jalan-jalan aku tunjuk tempat-tempat supaya memudahkan engkau untuk bergerak menajalankan tugas di dalam kampung ini." Kata Encik Abu kepada Encik Hill.

"Baik terima kasih Abu." Ucap Encik Hill.

__________________________________________________________________

Shen Yi terbangun daripada pengsannya yang lama menjerit kesakitan kerana tubuh badannya masih luka dalam. Shen Yi membuka bajunya yang berwarna hijau. Shen Yi menunduk melihat luka pada tubuh hadapannya. Badannya berbalut lalu melihat sekeliling. Shen Yi berada di dalam hospital.

"Hospital lagi. Tidak mengapalah. Asalkan aku belum mati. Banyak kerja aku belum selesai lagi." Keluh Shen Yi.

Selepas seminggu, Shen Yi berada di hadapan kaunter hospital bercakap dengan jururawat berbangsa cina yang cantik lagi jelita itu.

"Encik Shen Yi, ini bil Encik ya." Kata jururawat itu kepada Shen Yi.

"Bil boleh dibayar di kaunter ini ke?" Soal Shen Yi kepada jururawat di kaunter utama itu.

"Kaunter pembayaran di sana ya." Kata jururawat itu dengan lemah lembut.

"Baik terima kasih." Ucap Shen Yi kepada jururawat itu.

Shen Yi berjalan menuju ke kaunter pembayaran sambil membaca bil hospital itu. Jumlah bil itu berharga RM300.

"Sial Ye Zihao. Kalau ya pun hendak bantu aku dan hendak aku teruskan hidup. Paling kurang pun, bayarlah bil hospital aku gila." Ucap Shen Yi ketika membaca bil hospital.

Pada waktu malam, Shen Yi di dalam rumahnya berada di dalam keadaan gelap kecuali meja kerjanya yang disuluh dengan lampu meja. Shen Yi memikirkan mengenai pelitup wajahnya yang tertanggal akibat tali pelitup mukanya putus terkena libasan pedang Ye Zihao.

Jika kejadian itu berlaku lagi semasa Shen Yi sedang menyerang musuh-musuh kongsi gelap, sudah tentu identiti Shen Yi terbongkar dan Shen Yi akan menjadi buruan utama dunia gelap. Shen Yi memikirkan bagaimana hendak kekal menutup wajahnya daripada mengelakkan wajah dan identitinya terdedah dilihat serta diingati musuh. Memakai topeng gas? Memakai topeng? Atau memakai sarung kepala bagi menutup wajah?

Sudah seperti hendak menjadi perompak pula. Memalukan memakai sarung penutup kepala yang hanya mendedahkan mulut dan mata. Sememangnya kelihatan seperti orang mahu merompak dan juga seperti pemotong rumah menggunakan mesin rumput.

Shen Yi memandang papan kenyataan. Terlihat wajah Kang dalam sekeping gambar yang dilekatkan pada papan kenyatan dengan jarum. Shen Yi mengambil sebatang pen marker berwarna merah lalu memangkah gambar wajah Kang sebagi tanda Kang sudah mati dalam tangannya.

Tiba-tiba Shen Yi mendapat ilham dan idea daripada kelakukannya memangkah gambar wajah Kang. Shen Yi segera mengambil sebatang pensil lalu melakarkan sesuatu di atas sekeping kertas A4 yang telah dilipatkan separuh.

Shen Yi melukis seorang lelaki yang berpakaian penuh berwarna hitam namun badannya terdapat simbol pangkah yang besar berwarna putih. Pada wajahnya turut terdapat simbol pangkah berwarna putih.

Dua mata watak lembaga hitam itu dibiarkan berwarna putih seperti dua simbol pangkah yang terdapat pada badan dan wajahnya. Shen Yi mengambil pen marker berwarna merah itu lalu merwarnakan dua simbol pangkah tidak berwarna itu. Kini, simbol pangkah menjadi simbol pangkah yang berwarna merah. Shen Yi tersengih lalu tersenyum sendirian.

__________________________________________________________________

Encik Hill memegang dokumen senarai orang hilang. Lebih daripada 30 orang lelaki dewasa daripada pelbagai kampung telah hilang dalam masa dua tahun. Encik Hill berasa kehairanan dan juga marah. 30 orang lelaki dewasa telah hilang daripada pelbagai kampung namun tiada apa-apa tindakan daripada balai polis kampung Jenggala ini.

Imbas kembali, pada waktu petang tadi. Encik Hill terjumpa senarai orang hilang lalu membelek kertas tersebut. Encik Abu tersedar akan Encik Hill yang sedang memegang kertas senarai orang hilang.

"Dokumen senarai orang hilang? Sudah dua tahun aku jalankan siasatan. Menemui jalan buntu sebagaimana aku pernah jalankan siasatan mencari orang-orang yang hilang di Cyber City, Civil City pada sebelum ini dan juga Kampung Jenggala ini serta kampung-kampung lain." Luah Encik Abu.

"Mari kita cari orang hilang." Encik Hill mengajak Encik Abu.

"Ambil masa lama untuk mencari. Seorang pun belum jumpa lagi." Luah Encik Abu.

"Kau ada kes lain hendak buat?" Soal Encik Hill kepada Encik Abu.

"Tiada. Setakat ini, aku cuma hendak menangkap budak-budak lumba motosikal haram di kampung ini. Geram aku. Semasa aku cuti, mesti ada sahaja budak-budak mengejek dan kacau keluarga aku hanya kerana aku tidak mampu menangkap dan mengejar mereka walaupun aku menggunakan kereta polis." Luah Encik Abu.

"Tidak mengapa Abu. Aku bantu engkau. Selepas ini engkau tidak lagi bekerja sendirian. Aku sentiasa bersama engkau melakukan amanah." Ucap Encik Hill kepada Encik Abu.

"Baik, terima kasih Hill." Ucap Encik Abu.

Encik Hill meletakkan senarai dokumen orang hilang itu di atas meja makan. Mengeluh sebentar.

__________________________________________________________________

Ketua balas polis Civil City memanggil Fal dan Yin yang sedang merokok di luar balas polis itu. Fal dan Yin membuang batang rokok mereka yang sedang dihisap ke dalam longkang. Fal dan Yin berjalan ke arah ketua balai polis lalu berdiri di hadapannya.

"Ada apa tuan Sam?" Soal Fal kepada Sam yang merupakan ketua balai polis Civil City.

"Apa kamu berdua rasa ketika ketiadaan Hill di sini kerana pindah tugas ke kampung pedalaman yang jauh?" Soal Sam kepada Fal dan Yin.

"Terima kasih tuan Sam kerana menghantar Hill jauh-jauh. Kami berdua berasa sangat senang hati hendak buat semua perkara yang kami suka." Luah Yin kepada Sam.

"Betul! Apa yang Yin rasakan, begitu juga dengan aku!" Luah Fal dengan rasa seronok.

"Walaupun hanya tinggal Karim di sini, semuanya selesai. Tanpa Hill, Karim itu bukan sesiapa dan juga bukan ancaman lagi kepada kami berdua. Hill merupakan kekuatan Karim untuk menjalankan tugas kononnya amanah tetapi Karim bukannya amanh pun. Lakukan tugas hanya kerana ada kawan dia sahaja, si Hill itu." Ketawa kecil Yin bercerita yang mempunyai kaitan dengan Encik Hill.

"Apa perancangan kamu berdua semasa Hill tiada di sini?" Soal Sam kepada Yin dan Fal.

"Kami sememangnya ada perancangan! Tuan Sam hendak mendengar perancangan kami?" Soal Yin kepada Sam.

"Idea apa? Saya baik-baik sahaja untuk melibatkan diri saya dengan perancangan kamu berdua." Kata Sam dengan tersenyum.

"Bagus-bagus." Ucap Yin.

"Apa kata kita bincang perancangan kamu berdua di dalam bilik pejabat saya? Baru selamat tiada orang mencuri dengar perbualan kita." Kata Sam kepada Yin dan Fal.

"Ya betul! Untung kita simpan di antara kita bertiga sahaja." Ucap Yin.

Kini, Sam, Yin dan Fal berada di dalam bilik pejabat Sam. Yin dan Fal duduk di kerusi hadapan meja kerja Sam.

"Baik apa yang kamu berdua rancangkan? Kongsi bersama saya." Kata Sam kepada Yin dan Fal.

"Sebelum itu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan Sam kerana membantu kami dalam operasi menghapuskan Hill walaupun kami berdua tidak berjaya membunuh Hill." Ucap Yin kepada Sam.

"Hairan juga dengan Hill ini. Liat sungguh dia untuk mati." Luah Sam dengan kehairanan.

"Betul sangat tuan. Keluarga dia semua telah kami bunuh, apa lagi Hill hendak? Dia masih menjalankan tugas dia yang dia katakan sebagai amanah. Membazir masa dan tenaga betul. Dia memang tidak pandai duduk diam. Ada sahaja kes yang dia hendak siasat. Banyak kerja kita dia telah ganggu kita. Sekarang lega rasanya di balai ini tiada dia. Biarlah dia mereput di kampung pedalaman." Luah Yin kepada Sam.

"Apa yang kamu hendak beritahu? Beritahu saya segera. Cerita tentang Hill dan Karim kita letak tepi terlebih dahulu." Kata Sam yang tidak sabar hendak mendengar kata-kata daripada Yin.

"Okay. Perancangan saya, saya mengajak tuan untuk bersama Fal dan saya untuk kita tubuhkan kongsi gelap kita sendiri." Yin memberikan idea perancangannya kepada Sam, ketua balai Civil City daerah Kenanga itu.

"Saya sangat setuju! Sekarang ini juga kita tubuhkan!" Kata Sam dengan penuh semangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience