File 6 : Seksa

Crime Completed 277

Encik Fang Lee Wei bangun dari tidurnya. Dia melihat jam loceng. Jarum menunjukkan jam pukul 11 malam. Isterinya yang mengandung tidur bersamanya sedang nyenyak tidur. Encik Fang Lee Wei melihat isterinya tidur. Begitu indah wajah isterinya.

Cerah wajahnya dan menampakkan lebih indah apabila cahaya bulan menyinari wajahnya melalui tingkap bilik. Encik Fang Lee Wei mengucup pipi Puan Chunhua Ting yang masih nyenyak tidur. Setelah itu, Encik Fang Lee Wei turun daripada katil lalu keluar daripada bilik tidurnya.

Lampu koridor dihidupkan menggunakan suis. Encik Fang Lee Wei terus berjalan sehingga ke pintu bilik pejabatnya. Pintu dibuka lalu ditutup kembali. Cahaya bulan menerangi biliknya. Suis kipas dibuka.

Suis lampu sengaja dibiarkan tidak dibuka. Cukup cahaya bulan yang terang benderang menemaninya ketika waktu malam. Tingkap dibuka bagi membenarkan angin sejuk malam menyinggah masuk ke dalam bilik pejabatnya.

Kerusi pejabat ditarik. Punggungnya dilabuhkan pada kerusinya yang mahal dan sedap digunakan itu. Fail-fail yang terdapat di atas meja diambil lalu dibuka. Semua fail tersebut diselak dan dibaca satu persatu.

Apa yang perlu diselesaikan, Encik Fang Lee Wei bertindak mengambil inisiatif untuk menyelesaikannya urusan yang penting kepadanya pada malam itu juga sementara terjaga dari tidur dan tidak boleh sambung tidur.
__________________________________________________________________

Hayunan demi hayunan. Pukul demi pukulan. Tendangan demi tendangan. Semua serangan Shen Yi tidak berjaya. Semua serangan Shen Yi berasakan sangat lemah dan juga sangat perlahan.

Tiba-tiba, pantas sebuah penumbuk menyinggah pada wajah Shen Yi. Besar penumbuk itu dan juga laju. Bang! Tumbukan itu sangat kuat menyebabkan Shen Yi mendongak langit yang gelap malam. Shen Yi pun tidak pasti di mana dia sedang berada sekarang ini.

Apa yang diketahuinya, sebaik sahaja dia menurunkan wajahnya dari mendongak ke langit, dia melihat di hadapannya merupakan lembaga hitam yang berbentuk manusia. Lembaga yang telah menumbuknya tadi merupakan musuh merbahaya bagi Shen Yi.

Meluncur sebuah tendangan mengena pada perut Shen Yi yang amat kuat. Shen Yi berasakan hendak termuntah apabila ditendang dengan tendangan yang sepadu peluru berpandu kereta kebal. Berundur lalu terjatuh ke belakang. Shen Yi terbaring di tanah. Kelemahan dan kesakitan.

Leher Shen Yi dicekik dengan amat kuat sehingga dirinya terangkat ke udara. Kakinya tidak menjejak tanah. Sungguh kuat lembaga hitam tersebut mampu mengangkat Shen Yi ke udara dengan hanya mencekiknya. Nafasnya semain sesak. Shen Yi semakin lemas.

Lembaga hitam itu pula mencekik dengan lebih kuat apabila Shen Yi semakin lemas tidak dapat bernafas agar dapat menamatkan riwayat Shen Yi dengan lebih pantas. Kaki Shen Yi diangkat lalu merodok perut lembaga hitam tersebut dengan kaki menggunakan seluruh tenaga yang berbaki. Lembaga itu berundur ke belakang.

“Mampus!” Jerit Shen Yi kepada lembaga hitam tersebut.

Shen Yi tidak melengahkan masa apabila dua tangan lembaga hitam terlepas dari mencekik Shen Yi. Sebaik sahaja kakinya menjejak tanah semula, pantas Shen Yi melonjak meluru ke arah lembaga tersebut. Lembaga hitam dirempuh oleh Shen Yi sehingga melanggar cermin tingkap bangunan yang berada di belakang lembaga hitam.

Aneh Shen Yi dan lembaga hitam tersebut sedang berada di dalam suatu bangunan yang gelap pada waktu malam namun langit yang dihiasi bintang masih boleh dilihat dengan memandang ke atas walaupun berada di dalam suatu bangun.

Cermin tingkap pecah. Kedengaran bunyi cermin tingkap pecah. Lembaga hitam melanggar cermin tingkap lalu pecah akibat dirempuh oleh Shen Yi. Lembaga jatuh keluar dari tingkap bangunan yang dilanggarnya bersama-sama Shen Yi yang merempuhnya.

Shen Yi dan Lembaga hitam bersama-sama jatuh dari tingkat bangunan yang tinggi itu. Shen Yi menjerit ketakutan dan juga kemarahan sementara berharap agar dirinya berjaya membunuh lembaga hitam dengan mati bersama lembaga hitam tersebut.

Rela mengorbankan dirinya demi berjaya membunuh lembaga hitam yang merupakan musuh membahayakan nyawanya. Muncul tanah di dalam gelap. Ini bermakna terjunan Shen Yi dan lembaga hitam sudah tiba di penghujungnya. Mati.

“Praaang!!!” Kedengaran bunyi cermin pecah.

Shen Yi terjaga  lalu pantas bangun duduk di atas katil dari tidurnya. Rupanya Shen Yi hanya bermimpi. Mimpi yang menakutkan namun pada masa yang sama bercampur baur rasa kemarahan dan juga kesedihan ketika di dalam mimpinya bertarung dengan lembaga hitam tersebut.

Tubuhnya berpeluh-peluh. Walaupun cuaca malam itu tersangat sejuk. Mimpi tadi benar-benar memberi impak kepada tubuh badannya. Seakan pertarungan di dalam mimpi tadi merupakan pertarungan sebenar.

Shen Yi tersentak. Dia teringat akan sesuatu. Terus Shen Yi bangun menyelak selimutnya dan turun daripada katil. Shen Yi keluar dari bilik. Koridor bercahaya. Lampu koridor terpasang. Shen Yi memandang keadaan sekeliling. Dirinya tertanya siapakan yang tidak tutup lampu koridor atau lampu koridor baru sahaja dibuka.

“Shen Yi? Kenapa masih belum tidur?” Shen Yi disapa oleh seseorang wanita.

Pantas Shen Yi memandang belakangnya. Terkejut dia. Disangkakan hantu menyapanya pada tengah-tengah malam. Rupanya Puan Chunhua Ting. Dinding dipegang dan menjadi penahan berat tubuh ibu saudaranya yang perutnya bulat besar kerana mengandungkan anak pertama. Ibu saudara Shen Yi memandang Shen Yi yang terkejut beruk apabila disapanya. Shen Yi memusingkan badannya lalu berdiri menghadap ibu saudaranya.

“Mak cik pula, kenapa belum tidur?” Shen Yi membalas soalan ibu saudaranya dengan soalan.

“Mak cik rasa haus. Nak minum air di dapur. Baby dalam perut ini yang rasa haus agaknya. Mak cik pun ikut rasa haus baby.” Ujar ibu saudaranya itu sambil memandang dan mengusap perut yang bulat besar itu dengan penuh kasih sayang.
Shen Yi tersenyum melihat ibu saudaranya itu. Sudah lama tidak bahagia sebegini. Melihat ibu bapa saudaranya bertambah bahagia kerana kewujudan bayi dalam tubuh ibu saudaranya. Dalam keadaan yang menyesakkan.

Bersembunyi daripada kumpulan penjahat yang merancang pelbagai cara untuk merampas kebahagiaan daripada ibu bapa saudara Shen Yi dan Shen Yi sendiri.

Semua itu dilupakan sementara selepas kematian guru perempuan kesayangannya akibat kewujudan bayi dalam kandungan ibu saudaranya. Shen Yi bersedia untuk meraikan kelahiran dan kehadiran bayi ibu saudaranya pada masa akan datang.

“Mana agaknya pak cik kamu buat pada malam-malam sejuk ini. Bangun-bangun, dia sudah tiada di sebelah mak cik.” Kata Puan Chunhua Ting.

Puan Chunhua Ting dengan perlahan dan berhati-hati menuruni tangga menuju ke dapur mendapatkan air untuk diminum bagi menghilangkan haus. Shen Yi mengikuti ibu saudaranya dan memimpin tangannnya menuruni tangga sebagai langkah berhati-hati.

Shen Yi turut mendapatkan secawan gelas air mineral sambil menemani ibu saudaranya minum air mineral menggunakan cawan gelas lutsinar. Berulang kali ibu saudaranya minum air mineral. Tampak benar-benar haus ibu saudaranya.

“Haus betul anak saudara saya ini.” Kata Shen Yi.

Puan Chunhua Ting tersembur ketika minum air mendengar kata-kata Shen Yi. Ketawa Shen Yi melihat ibu saudaranya tersembut mendengar jenakanya.
Ibu saudaranya yang sedang minum duduk itu menghayunkan tangan kiri menampar kaki Shen Yi yang berdiri kerana marah akan Shen Yi membuat jenaka semasa dia sedang minum. Puan Chunhua Ting mengelap mulutnya yang tersembur air tadi dengan tangan kanan.

Kedengaran seperti bunyi sesuatu jatuh ke lantai. Sama ada bunyi perabot atau bunyi orang jatuh ke lantai. Shen Yi dan Puan Chunhua Ting memandang ke tingkat atas dari dapur tingkat bawah.

“Bunyi apa tu?” Soal Puan Chunhua Ting.

“Entah, saya pergi lihat sekejap.” Kata Shen Yi.

Shen Yi berjalan perlahan-lahan menaiki tangga ke tingkat atas. Mencari punca bunyi sesuatu tersebut. Perlahan-lahan dia berjalan di koridor. Berjalan melepasi suatu bilik ke suatu bilik yang lain.

Di hujung koridor yang gelap, terdapat sebuah pintu yang cantik berwarna coklat tidak bertutup rapat. Terdapat ruang kecil pada pintu tersebut. Pintu tersebut bagaikan pintu yang mahal ukirannya dan tombol pintu juga mewah tidak seperti pintu-pintu biasa yang Shen Yi lihat sebelum ini.

“Begini sahajakah? Aku belum sempat membuat apa-apa perubahan untuk masyarakat dan negara. Adakah ini takdir atau sebaliknya?” Kedengaran suara perlahan dan sayu Encik Fang Lee dari dalam bilik tersebut.

Shen Yi mendekatkan telinganya pada ruang pintu yang berbaki tidak tertutup dengan sempurna. Shen Yi menumpukan apa yang dikatakan bapa saudaranya secara sendirian di dalam bilik perjabat persendirian miliknya?
Adakah pak cik Fang Lee Wei mengalami tekanan? Mengalami depressi walaupun dia masih sedang menunggu ketibaan hari kelahiran anak pertamanya? Depressi semasa menunggu momen-momen bahagia? Apa yang mendorong perasaan bapa saudara? Mustahil. Mungkin kejadian lepas sebelum ini menghantui bapa saudaranya sebagaimana menghantui Shen Yi?

Shen Yi memberanikan diri. Pintu bilik pejabat milik ayah saudaranya. Dibuka perlahan-lahan. Bilik tidaklah gelap walaupun lampu tidak dipasang pada waktu malam. Cahaya bulan menerangi bilik tersebut. Menampakkan apa yang ada di dalam bilik tersebut dengan agak jelas.

Cermin kaca almari di sebelah kanan pecah dan serpihan kaca itu kelihatan bercahaya kerana memantulkan cahaya bulan yang menerangi bilik. Fail-fail dan kertas-kertas berselerak di atas lantai bersama kerusi yang terbalik.

Encik Fang Lee Wei melutut di atas lantai menghadap cermin yang terbuka luas. Encik Fang Lee Wei memandang bulan yang penuh itu. Mengambang bercahaya menerangi pada waktu malam serta menawan sesiapa sahaja yang melihat bulan penuh yang indah itu.

Seorang lelaki misteri berdiri di hadapan Encik Fang Lee Wei yang memegang pistol mengacukan ke arah kepala Encik Fang Lee Wei. Jelas kelihatan wajah lelaki itu. Orang melayu. Berpakaian serba hitam. Jaket jubah hitamnya berkilauan apabila cahaya bulan menyentuhnya.

“Minta maaf, aku terpaksa lakukan perkara ini. Maafkan aku. Aku tidak mahu lakukan namun tetap juga aku terpaksa lakukan.” Kata lelaki melayu misteri itu kepada Encik Fang Lee Wei.

Pintu bilik pejabat Encik Fang Lee Wei terbuka luas. Shen Yi kaku. Matanya kekal tidak bergerak memandang lelaki melayu misteri memegang pistol mengacukan kepada kepala Encik Fang Lee Wei dan juga bapa saudaranya yang pasrah melutut di hadapan seorang lelaki melayu misteri. Lelaki misteri itu memandang ke kanan.

Lelaki misteri itu terkejut kerana tidak menyedari kehadiran Shen Yi yang berdiri di hadapan ruang pintu bilik pejabat memandang wajahnya. Dua mata lelaki itu dan juga mata Shen Yi bertembung. Kedua-duanya kaku sebaik sahaja mata mereka berdua bertembung saling berpandangan.

“Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.” Ucap Encik Fang Lee Wei sambil menutup mata perlahan-lahan. Kedua-dua air matanya mulai mengalir dan semakin deras.

Lelaki melayu misteri itu terkejut apabila bapa saudaranya Shen Yi mengucapkan ayat sedemikian lalu memalingkan wajahnya dari memandang Shen Yi, kembali memandang Encik Fang Lee Wei.

“Bang!”

Kedengaran bunyi tembakan yang amat kuat. Darah menyembur dari belakang kepala Encik Fang Lee Wei. Dahi Encik Fang Lee Wei berlubang. Encik Fang Lee Wei dari melutut, jatuh ke belakang lalu terbaring dengan kaki terlipat. Lelaki misteri yang berdiri di hadapan Shen Yi itu berundur ke belakang. Lelaki itu sendiri terkejut melihat Encik Fang Lee Wei terbaring mati di hadapannya dengan dahi berlubang.

Encik Fang Lee Wei mati dengan wajahnya menghadap ke kanan. Isi kepalanya terkeluar melalui darah yang mengalir keluar dari dahinya yang berlubang.

“Paaak ciiik!!!” Jerit Shen Yi melihat bapa saudaranya mati di hadapannya.

Ini bukan kali pertama dan juga berharap bukan kali terakhir. Melihat orang tersayang mati di hadapannya. Sebelum ni, ibu ayahnya dan pada kali ini bapa saudaranya.

“Aaaarrgggghhh!!!!!” Jerit Shen Yi. Perasaannya bercampur baur apabila melihat bapa saudaranya mati ditembak di hadapan mata kepala sendiri.

Shen Yi meluru. Tubuh badannya melonjak. Pantas dan tumbukan tangan kanan yang padu menyinggah di perut pembunuh yang telah membunuh bapa saudaranya. Badan Shen Yi merempuh pembunuh itu setelah menumbuk dengan padu perut pembunuh itu. Shen Yi melanggar pembunuh itu sehingga ke tingkap bilik pejabat Encik Fang Lee Wei.

Tindakan Shen Yi tidak dijangka pembunuh itu. Pembunuh itu terjatuh dari tingkat dua setelah dirempuh oleh Shen Yi. Shen Yi jatuh melutut selepas merempuh pembunuh tersebut sehingga pembunuh itu jatuh terkeluar dari tingkap bilik pejabat itu.

Badannya lemah setelah melihat bapa saudaranya mati ditembak. Seakan segala sendi tubuh badannya menjadi longgar. Shen Yi menguatkan diri. Kembali berdiri. Memaksa diri untuk bangun melihat keluar tingkap tersebut. Shen Yi menjengukkan kepalanya keluar tingkap bangunan untuk melihat ke bawah.

Pembunuh bapa saudara Shen Yi itu sudah tiada sedangkan baru sahaja Shen Yi merempuhnya sehingga pembunuh tersebut jatuh keluar dari tingkap bangunan. Shen Yi memasukkan kembali kepalanya ke dalam bilik dari menjengkuk keluar tingkap lalu duduk di atas lantai sambil bersandarkan pada dinding tingkap.

Shen Yi memandang tubuh mayat bapa saudaranya. Shen Yi bergerak sambil merangkak ke arah tubuh bapa saudaranya itu.  Shen Yi duduk di sisi tubuh mayat bapa saudaranya.

Air matanya mengalir. Shen Yi membongkokkan badan. Shen Yi meratapi kematian bapa saudaranya dengan meletakkan kepala dan tangan di atas tubuh bapa saudaranya. Shen Yi menangis di atas tubuh Encik Fang Lee Wei.

Cahaya warna merah dan biru bersilih ganti menerangi pemandangan luar rumah Encik Fang Lee Wei pada waktu malam. Bunyi ambulan kedengaran. Radio komunikasi beberapa kereta polis turut kedengaran kuat. Tubuh Encik Fang Lee Wei dilitupi dengan kain plastik berwarna hitam.

Shen Yi dan ibu saudaranya duduk di ruang tamu bersama beberapa anggota polis. Puan Chunhua Ting menangis sambil menutup wajahnya. Suaminya tercinta mati dibunuh ketika sedang mengandungkan anak pertama mereka. Kejam dan sadis.
__________________________________________________________________

“Lagi keturunan Fang mati dibunuh.” Kata Encik Hill sambil berdiri di hadapan mayat Encik Fang Lee Wei yang dilitupi kain plastik hitam.

“Bukan lagi kebetulan. Perkara ini dirancang.” Tambah Encik Karim, anggota polis bahagian siasatan jenayah bunuh.

“Aku akan pastikan, aku dan engkau mengambil kes ini. Kita siasat kes ini berdua. Aku tidak tahu dengan siapa lagi aku hendak bekerjasama. Engkau seorang sahajalah yang aku percaya.” Luah Encik Hill kepada Encik Karim sambil bangun daripada separuh melutut menyiasat bilik tersebut.

“Bagaimana dengan Khan dan Kweng?” Soal Encik Karim kepada Encik Hill.

“Aku tidak percaya mereka.” Kata Encik Hill.

“Tidak percaya atau belum percaya? Jangan lihat pada bangsa, kaum dan agama Hill. Sesiapa sahaja boleh jadi orang yang beramanah. Kita kena teroka dan kenal semua orang. Pilih mana yang sesuai untuk kita jadikan rakan dalam menegakkan keadilan.” Ujar Encik Karim.

“Susah Karim. Aku rasa, seorang dalam sejuta manusia yang beramanah. Kau lihat sendiri jabatan kita. Semua kaki rasuah. Takut kena saman? Bayar untuk elak saman kepada pegawai. Keldai dadah semua terlepas. Apa-apa jenayah pun boleh lepas. Asalkan suap hakim, suap anggota polis dan suap sesiapa yang boleh tutup atau padam suatu kes rekod jenayah.” Luah Hill sambil melihat keadaan tingkap bilik tersebut.

“Mungkin bukan seorang dalam sejuta. Dua orang dalam sejuta. Aku dan engkau lah yang merupakan dua orang dalam sejuta. Apa kata kita tambah Khan dan Kweng. Jadilah empat dalam sejuta.” Tambah Encik Karim sambil bersandarkan pada dinding.

Encik Hill mengeluh lalu dua belah tangannya disilangkan dan memeluk tubuh. Mata Encik Hill dari memandang bilik tersebut, kini menumpukan kepada percakapan Encik Karim. Mencuba menghadam apa yang dikatakan oleh Encik Karim, rakannya itu.

“Jangan risau. Pada pandangan aku, Khan dan Kweng sememangnya buat kerja. Aku sudah lama perhatikan mereka. Mereka hanya buat kerja masing-masing. Uruskan tugasan kes mereka dengan cemerlang yang diberikan oleh ketua balai. Aku yakin mereka berdua merupakan orang yang beramanah.” Kata Encik Karim.

“Kita sambung sembang dalam kereta nanti Karim. Kita fokus kes pembunuh Encik Fang Lee Wei terlebih dahulu. Aku khuatir ada orang cuba mendengar perbualan kita.” Pesan Encik Hill yang berhati-hati dengan apa jua keadaan.

“Baik Hill. Fikirkan terlebih dahulu apa yang aku cakap. Kita tidak boleh selesaikan kes ini dalam masa sehari. Ambillah masa selama mana engkau perlukan untuk pertimbangkan apa yang aku cakapkan tadi.” Pesan Encik Karim kepada Encik Hill.

Beberapa hari kemudian, pada waktu tengah hari. Di tempat bedah siasat mayat. Hospital Datin Halimah. Encik Hill dan Encik Karim masuk ke dalam bilik pembedahan mayat.

Bilik autopsi. Seorang lelaki melayu berpakaian lengkap seperti doktor yang melakukan pembedahan menanggalkan sarung tangan. Dia mencuci dua belah tangan dengan sabun dan dibilas dengan air di singki yang terdapat cermin pada dinding.

“Doktor. Bagaimana dengan autopsi?” Soal Encik Karim kepada doktor bahagian forensik tersebut.
“Encik Karim. Pembunuh yang hadir di kediaman si mati ini pada waktu malam. Sebenarnya bukanlah seorang pembunuh. Mungkin hanya mengugut.” Kata doktor forensik autopsi itu.

“Pelik. Bagaimana pula si mati boleh mendapatkan peluru di dalam kepala?” Soal Encik Hill yang tidak berpuas hati dengan keterangan doktor forensik autopsi tersebut.

Doktor forensik autopsi itu mengambil sesuatu dari atas meja yang berlampu tersebut. Bungkusan plastik dan terdapat label pada bungkusan plastik tersebut.

“Peluru yang digunakan bukanlah peluru pistol walaupun saksi kejadian mengatakan si mati ditembak dengan pistol. Peluru sniper yang telah saya dapatkan dari hasil pembedahan.” Kata doktor tersebut. Bungkusan plastik berlabel itu diserahkan kepada Encik Hill. Encik Hill membelek dan memerhatikan peluru sniper tersebut.

“Patutlah tiada serbuk dan kelongsong di dalam bilik pejabat milik si mati. Rupanya ditembak dari jauh. Jadi, yang datang ke rumah si mati hanyalah decoy?” Soal Encik Karim.

“Belum pasti. Mungkin ada dua pembunuh pada suatu masa yang sama. Sama ada dua pembunuh itu bekerjasama atau tidak.” Encik Hill memberikan teori.

“Atau terdapat dua pembunuh berlainan yang diupah orang yang berlainan?” Encik Karim turut menambahkan teori.

“Kita perlukan ukuran dan mencari arah mana tembakan berlaku pada malam tersebut. Mungkin terdapat dua pembunuh upahan pada waktu yang sama.  Rebutkan upah membunuh?” Soal Encik Hill kepada diri sendiri.
Encik Hill mengeluarkan buku kecil kulit plastik berwarna coklat daripada poket jaketnya. Dibuka lalu ditulis dengan pen yang sedia dikepit di poket jaketnya. Teori-teori situasi kes pembunuhan ditulis dalam buku kecil itu.
__________________________________________________________________

“Bagaimana dengan mak cik?” Soal bapa saudara kepada Shen Yi, Encik Fang Guozhi Shan yang merupakan anak terakhir dalam keluarganya dan juga orang yang terakhir dari keluarga Fang yang masih hidup. Encik Fang Guozhi Shan duduk semeja di meja makan bersama Shen Yi dan isterinya.

“Sudah seminggu duduk di dalam bilik. Tidak keluar-keluar. Ramai pembantu rumah mencuba memujuknya namun tidak berjaya.” Luah Shen Yi dengan kerisauan.

“Sayang, cuba pujuk Chunhua. Kesian dia. Mana tahu dia keluar dari bilik dia.” Pinta Encik Fang Guozhi Shan kepada isterinya.

Isteri Encik Fang Guozhi Shan bangun dari tempat duduknya. Shen Yi turut bangun lalu menunjukkan arah bilik Puan Chunhua Ting. Encik Fang Guozhi juag mengikut Shen Yi dan isterinya dari belakang.

Tiba di hadapan pintu bilik Puan Chunhua Ting, isteri Encik Fang Guozhi Shan mengetuk pintu dan memanggil nama Puan Chunhua Ting. Perlahan-lahan pintu dibuka dari dalam.

Isteri Encik Fang Guozhi Shan memberikan senyuman. Wajah isteri Encik Fang Guozhi Shan dari senyum bertukar menjadi sedih apabila melihat wajah Puan Chunhua Ting.
“Nuying Shuang.” Puan Chunhua Ting menyebut nama adik iparnya, isteri Encik Fang Guozhi Shan. Puan Chunhua Ting memeluk Puan Nuying Shuang. Begitu juga dengan Puan Nuying memeluk Puan Chunhua Ting dalam keadaan berdiri.

Puan Nuying Shuang memapah Puan Chunhua Ting kembali ke katil. Shen Yi dan Encik Fang Guozhi Shan hanya memandang di ruang pintu bilik melihat Puan Chunhua Ting memeluk Puan Nuying Shuang sambil duduk menangis di katil.
__________________________________________________________________

“Harun! Selamat kembali? Kerja sekolah engkau sudah siapkah?” Soal Zain kepada Harun sambil duduk di meja pejabat miliknya. Meja berwarna kuning berkilauan. Kerusinya berwarna merah dan kekuningan seperti emas. Seperti kerusi sultan. Biliknya terang-terangan. Dinding berwarna putih dan kekuningan. Cita rasa Zain bagaikan anak sultan.

“Fang Lee Wei sudah mati. Lepaskan emak aku. Aku tidak mahu duit engkau. Duit aku boleh cari sendiri.” Kata Harun dengan riak wajah yang bengis. Matanya merenung Zain bagaikan singa yang menunggu masa untuk menerkam dan membahan seekor kancil yang mencuba berdiplomasi dengannya.

“Engkau sudah siapkan kerja sekolah. Cemerlang! Apa yang disuruh, engkau buat! Kerja juga siap dihantar! Engkau tahu apa masalah pelajar macam engkau?” Soal Zain sambil mentertawakan Harun yang sedang berdiri dan dikelilingi pengawal peribadi Zain.

“Zain, musuh engkau. Mati. Percuma sahaja. Aku tidak minta bayaran atau lebih. Aku cuma hendak emak aku bukan lagi insurans untuk engkau.” Jelas Harun.

“Oh, kamu hendak menjadi ejen insurans? Wahai pelajar gagal yang peperiksaan, lain kali jangan meniru kerja sekolah! Aku tahu engkau tiru kerja sekolah!” Marah Zain. Berdiri lalu menepuk kepala Harun berkali-kali dengan amat kuat.

“Target itu sudah mati! Apa lagi engkau mahu? Sudah, aku hendak bawa pulang emak aku walau apa pun!” Marah Harun dan berpaling ke belakang ingin meninggalkan bilik pejabat Zain itu.

Segera empat orang pengawal peribadi berpakaian sut hitam, bercermin mata hitam serta tubuh besar gagah perkasa menghalang Harun daripada keluar bilik pejabat itu dengan berdiri di hadapan Harun.

“Woi, pelajar biadab! Ejen insurans penipu! Aku belum habis cakap! Jangan jadi kurang ajar keluar bilik pejabat aku!” Marah Zain, bangun dari tempat duduknya. Dua belah tangannya dimasukkan di dalam poket seluar.

Harun menoleh sedikit ke belakang. Salah seorang pengawal peribadi bertubuh sasa itu menolak Harun dengan kuat. Harun berundur ke belakang. Kembali memusingkan tubuhnya menghadap Zain yang kemarahan.

“ Dengar sini celaka. Bukan engkau yang bunuh cina babi itu! Engkau fikir aku tidak tahu? Engkau gagal! Aku batalkan insurans kerana engkau pelajar gagal yang menjadi ejen insurans! Aku batalkan insurans kerana terdapat unsur penipuan.” Tambah Zain.

“Apa lagi engkau hendak Zain? Benda dah selesai! Target engkau sudah mati pun!” Harun menengking kembali Zain.

“No, no, no. Tidak, tidak, tidak. Aku tidak suruh orang lain buat kerja sekolah. Aku beri kerja sekolah khas istimewa hanya untuk engkau! Kau patut bersyukur! Tetapi kau beri orang lain buat kerja sekolah untuk engkau. Aku suruh engkau buat kerja! Bukan orang lain! Bodoh! Bengap! Bahlol!” Tengking Zain sekuat-kuatnya sambil menghayunkan tangannya ketika menengking menunjukkan gaya bahasa badan yang sedang benar-benar marah akan Harun. Matanya membulat. Besar. Rambutnya yang tadi kemas, menjadi sedikit tidak kemas.

Harun mengepal kedua-dua belah tangannya membentuk penumbuk. Dua kepal penumbuk dimampatkan. Zain kembali di tempat duduknya. Sebatang rokok mahal diambil lalu dipotong. Pemetik api dihulurkan oleh salah seorang pengawal yang berhampiran. Membantu Zain membakar hujung rokok tembakau mahal tersebut. Apabila hujung tembakau terbakar, pengawal peribadi itu kembali berdiri di tempat asalnya berdiri.

“Lagi satu, tiada pampasan atau tuntutan insurans bagi arwah emak engkau yang bunuh diri ya! Cuba selamatkan emak engkau. Mungkin sempat? Cuba sahaja. Selagi dia masih bernyawa dan bernafas di tali gantung yang diikat oleh dirinya sendiri.” Herdik Zain.

“Celaka lahanat!” Maki Harun.

Harun meluru ke arah Zain namun ditahan oleh semua pengawal peribadi Zain yang berbadan sasa. Lapan orang pengawal peribadi menahan Harun dengan memeluk, memegang lengan dan juga kaki Harun.

“Kau celaka bangsat! Emak aku tidak kaitan sial!” Marah Harun. Urat-ura timbul pada wajah Harun. Giginya mengetap kuat.

“Tiada kaitan? Emak engkau pasti kecewa dengar percakapan engkau. Kesian emak engkau dapat anak derhaka. Engkaulah anak derhaka emak engkau. Sampai hati kata engkau dengan emak engkau tiada kaitan. Bye, aku nak pergi menyambut kematian cina babi yang engkau gagal bunuh!” Kata Zain sambil berjalan selamba meninggalkan bilik pejabatnya itu dengan membuka pintu sendiri.

Zain meminta dua orang pengawal peribadinya yang berada di hadapan pintu untuk menahan dan tidak menutup pintu. Zain memandang Harun yang ditahan oleh lapan orang pengawal peribadinya.

“Bunuh dia.” Kata Zain kepada pengawal peribadinya yang menahan pergerakan Harun dengan kekuatan dan tubuh badan yang gagak perkasa lalu Zain beredar meninggalkan tempat tersebut dan diiringi dua orang pengawal peribadi yang menjaga di bahagian luar pintu.

“Celaka engkau Setan!” Harun menjerit sekuat-kuat hati.

Seorang pengawal yang memeluk Harun menyuruh dua orang pengawal yang sedang memegang kaki Harun untuk melepaskan kaki. Harun cuba melawa dengan menghayunkan kakinya namun tidak berjaya. Sekadar menendang angin. Muncul di hadapan Harun yang merupakan dua orang pengawal peribadi Zain yang berbadan besar dan berotot menyebabkan baju sut mereka menjadi ketat.

Wajah Harun ditumbuk dengan tumbukan yang padu. Badan Harun turut ditumbuk laju berkali-kali bagaikan beg pasir yang ditumbuk oleh dua pemain boxing secara bergilir-gilir tanpa henti. Mulut Harun berdarah. Pipi mulai luka. Harun terbatuk-batuk dan meludahkan darah. Rasa ingin muntah turut ada apabila perutnya ditumbuk berkali-kali. Pandangannya berpinar-pinar. Diseksa tanpa ihsan.

Kaki kanan Harun ditegakkan namun tidak menendang mana-mana dua pengawal peribadi yang berada di hadapannya. Kaki kanannya ditarik semula. Dilipatkan lalu pantas memijak lutut seorang pengawal peribadi Zain yang menahan memegang lengan kanannya.

Prak!!!

Pengawal peribadi Zain yang berada di sisi kanan Harun menjerit jatuh ke lantai apabila kakinya berlipat ke dalam. Tendon lututnya patah. Menjerit sekuat-kuatnya lelaki itu apabila dipijak lalu jatuh terbaring berguling-guling ke lantai memegang lutut kakinya yang patah berlipat arah berlawanan. Pengawal peribadi yang memegang pergelangan tangan Harun bertindak pantas mematahkan tangan kanan Harun namun gagal.

Terlebih dahulu tendangan padu Harun menyinggah sisi kiri pengawal itu menyebabkan dia jatuh ke belah kanan. Pengawal yang mencekik Harun menggunakan lengannya dihantukkan wajahnya menggunakan belakang kepala Harun. Dua orang di hadapan Harun menyerang Harun dengan tumbukan-tumbukan.

Malangnya Harun mengorek mata kanan pengawal sebelah kiri Harun yang menahan lengan Harun menggunakan jari telunjuk dengan jari tengah dirapatkan Berdarah menyembur keluar dari soket mata kerana terputus wayar saraf mata. Menjerit kesakitan lelaki sisi kiri tersebut.

Dia memegang soket mata kanannya yang tidak lagi mempunyai mata di dalamnya. Tangannya berdarah akibat darah yang mengalir banyak daripada soket. Harun menerima tumbukan berkali-kali.

Tenang Harun menerima serangan daripada pengawal gagah perkasa dari hadapan. Kaki kiri Harun digunakan menendang baki pengawal di sisi kirinya. Pinggang kanan pengawal ditendang Harun itu, terlepas tangannya dari memegang pergelangan tangan kiri Harun.

Harun terus menerima tumbukan demi tumbukan daripada hadapannya. Salah seorang di hadapan Harun, menendang dada Harun sepenuh tenaga menyebabkan Harun jatuh ke belakang melanggar pintu bilik pejabat yang besar itu.

Dua orang pengawal masih terbaring lantai menjerit kesakitan sambil mencarut-carut kerana tendon lutut kiri patah dan dan juga kehilangan mata belah kanan. Semua pengawal peribadi yang berada di dalam bilik pejabat itu itu mengeluarkan sepucuk pistol masing-masing yang terselit di pinggang belakang mereka.

Bang! Bang! Bang!

__________________________________________________________________

Di rumah, Cik Meihui. Encik Hill memeriksa barang-barang di dalam rumah. Mencari apa-apa yang berkaitan dengan ugutan bunuh di ruang tamu. Tiada sebarang petunjuk seperti surat ugutan jenayah ditemukan. Encik Hill memasuki bilik Cik Meihui. Bilik yang sederhana.

Nota-nota pelekat berwarna-warni berkaitan pelajaran ditampal pada meja cermin. Komputer riba kemas bertutup di atas meja cermin dan masih berwayar. Cadar katil, bantal dan selimut berwarna pink. Bilik Cik Meihui amat kemas sederhana namun ceria. Terdapat sebuah buku di atas meja cermin. Buku tersebut bertulis di muka kulit hadapan. ‘Diari saya, Meihui’. Diari itu diambil lalu dibelek.
Helaian demi helaian dibaca. Diari itu ditutup lalu dibuka semula bermula dari belakang. Diari itu diselak sehingga menemukan tulisan catatan diari terakhir Cik Meihui. Encik Hill mendapati bahawa Cik Meihui dan Mingxia hilang bersama ketika berjoging. Nama Ming Xia turut dijumpai di dalam diari.

Siapa Ming Xia? Diari itu diselak lagi dari belakang. Terdapat catatan di dalam diari. Cik Meihui dan Ming Xia hampir diculik namun diselamatkan oleh seorang lelaki misteri kacak bernama, ‘Arma’. Turut disertakan catatan betapa mendalamnya rasa jatuh cinta akan Cik Meihui kepada Ming Xia.

“Meihui, Ming Xia dan Arma. Siapa Ming Xia dan Arma?” Soal Encik Hill kepada diri sendiri ketika sedang berdiri di hadapan meja cermin tersebut.
__________________________________________________________________

Bang! Bang! Bang!

Tembakan tidak mengena. Harun bertindak sangat pantas dengan melonjak dan berguling laju ke arah pengawal-pengawal yang cuba menembaknya. Para pengawal tidak dapat menembak Harun kerana Harun mengeluarkan diri dan mendekatkan kedudukan dirinya kepada para pengawal bagi mengelak dari ruang jarak tembakan. Pistol digenggam dari bawah dan Harun menanduk dagu pengawal di hadapannya.

Para pengawal di sekeliling Harun tidak melepaskan tembakan kerana khuatir tertembak rakan sendiri yang berada di tengah-tengah bilik bersama Harun. Harun melompat lalu menendang pengawal di hadapan menggunakan kedua-dua belah kaki.

Pengawal ditendang Harun jatuh ke belakang mengena pada meja kerja milik Zain. Tangan kanan pengawal itu yang memegang pistol turut dipegang Harun dan dihalakan ke arah salah seorang pengawal di bahagian kanan. Ditekan jari telunjuk pengawal itu oleh Harun supaya picu pistol dapat ditekan. Bang!

Tembakan mengenai tekak pengawal yang mengacukan sepucuk pistol ke arah Harun. Tumbang dan mati. Harun segera meluru merempuh salah seorang pengawal. Pistol berjaya dicapai daripada seorang pengawal yang mati ditembak oleh Harun menggunakan tang pengawal yang terjatuh terkena meja pejabat itu tadi.

Bang! Bang! Bang!

Berapa tembakan dilepaskan dari kiri Harun. Tembakan tidak mengena Harun walau sedikit pun. Tembakan dilepaskan dari bawah dagu pengawal yang telah dirempuhnya, menggunakan pistol pada tangan kanannya. Menyembur darah dari atas kepala pengawal itu selepas ditembak pistol dari bawah dagu. Harun menarik pengawal yang mati ditembaknya untuk dijadikan perisai sebelum mayat itu jatuh ke lantai.

Tembakan demi tembakan dilepaskan. Tembakan mengena pada mayat dan bukan Harun. Berlubang badan mayat tersebut. Harun menembak ke arah kanan lalu ke kiri. Menembak di bahagian tengah pula. Akhirnya tumbang semuanya mati ditembak oleh Harun. Semua tembakan Harun mengena pada dahi para pengawal di hadapannya.

Bang! Bang!

Tembakan mengena pada betis dan bahu Harun. Dua orang pengawal yang terbaring di lantai telah menembak Harun. Dua orang pengawal tersebut merupakan yang kehilangan mata kanan dan seorang lagi patah lutut kaki kiri.

Harun menjerit kesakitan. Tangan kanan terlepas sepucuk pistol. Pistol ditangkap pantas dengan tangan kiri Harun yang terlepas dari tangan kanan yang telah ditembak pada bahu.

Berdiri sebelah dengan kaki kiri, tembakan pistol dilepaskan. Mengena pada mata kiri pengawal yang kehilangan mata kanan. Mati. Tembakan dilepaskan oleh seorang pengawal yang lutut kaki kirinya yang patah. Tidak mengena. Harun menembak tepat mengena dahi pengawal yang terakhir bernyawa di dalam bilik itu.

Segera Harun melutut di sisi kiri mayat yang baru sahaja ditembak mati oleh Harun itu. Pistol diambil. Sepucuk pistol lagi diambil dari mayat yang telah ditembak pada mata kirinya. Pintu bilik pejabat dibuka. Muncul beberapa orang dengan laras senapang dan juga pistol.

Tenang Harun menembak yang pengawal yang menggunakan senapang terlebih dahulu. Tumbang dua orang. Keuda-dua belah tangan Harun masih memegang dan mengacukan dua pucuk pistol ke arah musuh. Harun melonjak badan ke kiri lalu menembak dua orang lagi dengan beberapa kali. Dua orang musuh ditembak pada bahu, mata dan juga leher. Tumbang dua orang lagi.

Harun memaksa diri untuk berdiri dan mengambil dua pucuk pistol yang baru. Dua pucuk pistol yang diambil masih belum digunakan oleh musuh yang telah ditembak mati Harun tadi. Selaras senapang diambil lalu disarungkan tali senapang pada badan. Harun menggalas laras senapang itu. Dua pucuk pistol disarungkan dan digantung pada tepi pinggang kiri dan kanan. Dua belah tangannya juga memegang pucuk pistol.

Nafas diambil. Udara ditarik ke dalam paru-paru. Menggunakan semua oksigen yang terdapat di dalam paru-parunya. Penumpuannya kembali. Rasa sakit bahu dan betis ditembak, perlahan-lahan dikurangkan. Mengumpul kekuatan yang masih berbaki. Zain mesti mati. Harun bangkit dari melutut.

Keluar dari bilik pejabat Zain itu. Beberapa tembakan dilepaskan menggunakan tangan kanan. Tumbang mati tiga orang yang baru sahaja hendak menembak Harun. Harun lebih tangkas dan pantas. Harun melihat senjata yang digunakan oleh mereka. Rifle. Assault Rifle AK-47. Ini memudahkan kerja Harun dan akan digunakan semasa kecemasan nanti.

Assault Rifle AK-47 diambil lalu digalas bersama dengan laras senapang shotgun. Harun berniat menggunakan pistol terlebih dahulu sehingga habis peluru. Pistol mudah digunakan dan lebih mudah untuk dibawa bergerak berbanding memegang laras rifle yang panjang.
__________________________________________________________________

“Mingxia merupakan anak saudara kepada Cik Meihui. Mereka tinggal hidup bersama. Cik Meihui, seorang guru sekolah menengah. Dia menyara kehidupan anak saudara perempuannya bertahun-tahun. Kedua-duanya hilang apabila keluar berjoging. Cik Meihui ditemukan mati dikerat di dalam kotak berhadapan kediaman Encik Fang Lee Wei. Semua ini berkait rapat dengan pihak yang bertindak sebagai musuh kepada Syarikat Fang dan juga politik yang ditubuhkan oleh waris keturunan Fang.” Jelas Encik Hill kepada Encik Karim.

Encik Karim mengangguk faham. Encik Hill meletakkan dokumen catatan penyiasatannya di atas meja. Secawan kopi O dicapai dan dinikmati Encik Hill. Encik Karim meneruskan membaca artikel surat khabar, membaca fail dokumen kes kematian Encik Fang Guang Hu.
“Malaysia kalau bab politik, memang tidak boleh lepas taktik keji. Main kotor.” Ujar Encik Karim sambil membaa dokumen-dokumen kes siasatan jenaya dalam tangannya.

“Bukan politik sahaja Karim. Bidang Ekonomi, sukan, dan pendidikan turut dipolitikkan. Ahli politik menyelewengkan dana masuk dalam akaun bank sendiri. Padahal dana tersebut diberikan kerajaan untuk memajukan pelbagai sektor. Apa jadi? Malaysia masih mundur dalam semua sektor. Ahli politik kekal kaya dengan duit rakyat. Makan duit haram.” Balas Encik Hill.

“Inilah tugas kita menegakkan keadilan. Kita perlukan lebih banyak dan rangkaian besar agar kerja menegakkan keadilan menjadi lebih mudah, efisien dan juga lebih cepat untuk menyelesaikan suatu masalah.” Tambah Encik Karim.

“Buat masa sekarang ini, kita boleh bawa kes ini secara berdua sahaja. Jika sampai masanya nanti, kita perlukan lebih banyak rangkaian, baru kita cari.” Balas Encik Hill kepada Karim.

“Konspirasi mengenai pembunuh keturunan Fang ini benda besar. Akan datang, mati lagi keluarga Fang. Kita sememangnya tidak boleh urus kes ini hanya dengan dua orang sahaja Hill. Kita sedang menyiasat dan berhadapan perkara yang besar! Hendak melindungi keluarga Fang pun tidak mampu. Kita tidak boleh hanya menyiasat dan kaji kes dari dalam pejabat sahaja. Kumpul maklumat bukanlah suatu usaha yang besar. Ini sedikit sangat-sangat.” Pesan Encik Karim kepada Encik Hill.

“Okay Karim. Aku tahu engkau hendak aku jadikan Kwen dan Khan sebagai rakan kita berhadapan konspirasi tetapi aku tidak percayakan mereka. Kalau hendak dan paksa aku ada rakan-rakan untuk selesaikan kes besar ini, aku perlukan orang selain Kwen dan Khan.” Nafi Encik Hill akan cadangan Encik Karim.
“Hill, mereka sahaja yang kelihatan berintegriti dan beramanah pada aku. Itu sahaja yang ada.” Tambah pesan Encik Karim akan Encik Hill.

“Aku cari orang lain selain orang-orang di jabatan kita.” Tegas pendirian Encik Hill, tetap menafikan cadangan Encik Karim.

“Kalau kita serahkan kes ini kepada orang lain, takut kes ini ditutup terus. Engkau sendiri tahu betapa korupnya polis! Aku dan engkau sahaja, Hill yang ambil kisah kes berat ini.” Kata Encik Karim, melihat Encik Hill dengan wajah yang amat serius.

“Mungkin, kita kena terima hakikat betapa sedikitnya orang yang baik di dunia ini. Dunia ini penjara. Dunia ini syurga bagi yang tidak berhati perut dan tamak haloba.” Kata Encik Hill kepada Encik Karim. Cawan kopi itu diminum sehingga habis dan diletakan kembali di atas meja. Encik Karim menggelengkan kepala.

“Harapan itu masih ada. Cahaya takkan lenyap di dunia. Cahaya kekal wujud dalam kegelapan walau hanya sebesar zarah.” Encik Karim membalas kata Encik Hilal.

“Jangan terlalu berharap. Harapan memakan diri. Hilang akal nanti bila diri hancur ditelan kepalsuan bernama harapan.” Balas Encik Hill. Di situ juga Encik Hill menamatkan bicaranya dengan bangun dari tempat duduk lalu membasuh cawan klasik yang digunakan minum kopi di singki pejabat.

Encik Karim mengeluh. Sebotol air mineral di sebelahnya dicapai. Penutup botol air mineral itu dibuka lalu diminum bagi menghilangkan haus di tekak setelah berbahas dengan rakan karibnya sendiri.
__________________________________________________________________

“Saya yakin bahawa saya telah lihat wajah pembunuh tersebut yang telah membunuh bapa saudara saya merupakan berbangsa melayu. Wajahnya kurang jelas kerana saya melihatnya dalam gelap.” Jelas Shen Yi kepada pelukis psikologi wajah manusia lelaki yang berbangsa cina.

Pelukis psikologi lelaki itu yang berpakaian formal berwarna merah dan berseluar hitam menunjukkan sebuah lukisan potret. Wajah seorang lelaki yang dilukis mengikut apa yang telah diceritakan oleh Shen Yi. Shen Yi memandang lukisan potret buat seketika yang telah dilukiskan oleh pelukis psikologi itu menggunakan pensil.

“Hampir sama walaupun tidak serupa. Saya tidak tahu bagaimana rupa bentuk sebenar wajahnya.” Jelas Shen Yi.

Pelukis psikologi itu memandang lukisannya buat seketika. Memikirkan bagaimana hendak melukiskan potret yang tepat berdasarkan apa yang telah diceritakan oleh Shen Yi.

“Saya dapat pastikan bentuk mata, hidung dan mulutnya namun tidak warna kulit, bentuk muka dan rambut. Dia memakai topi sudu berwarna hitam.” Tambah kata Shen Yi kepada pelukis psikologi itu.

“Sampai ini sahaja saya boleh bantu. Selebihnya saya serahkan kepada jabatan anggota polis.” Kata pelukis psikologi itu.

Kertas lukisannya itu diserahkan kepada Shen Yi yang duduk di hadapannya di sofa. Mereka dipisahkan jarak antara mereka berdua dengan meja bulat yang kecil dan pendek itu. Pelukis itu bangun dari tempat duduknya kemudian dia diupah oleh seorang anggota polis dengan harga ratusan ringgit.
Shen Yi mengucapkan terima kasih kepada pelukis psikologi itu. Pelukis psikologi memandang Shen Yi dengan senyuman lalu menganggukkan kepala sebagai membalas ucapan terima kasih Shen Yi.

“Itukah wajahnya?” Soal Encik Fang Guozhi Shan kepada Shen Yi yang duduk di sebelahnya setelah usai berbincang dengan pelukis psikologi wajah manusia.

“Mungkin. Ini sahaja yang saya ingat. Tambahan pula, pembunuh itu berada di dalam gelap.” Keluh Shen Yi. Lukisan itu diserahkan kepada bapa saudaranya itu.

Di rumah bapa saudara Shen Yi, Encik Fang Guozhi Shan. Rumah teres dua tingkat. Kehidupannya yang sederhana dan tidak bermewah. Shen Yi dan Puan Chunhua Ting makan tengah hari bersama dengan keluarga Encik Fang Guozhi Shan.

“Pak cik dan mak cik kerja sebagai apa?” Soal Shen Yi kepada Encik Fang Guozhi Shan dan Puan Nuying Shuan.

“Pak cik kerja sebagai guru sekolah menengah. Ibu saudara kamu ini pula, guru sekolah rendah.” Jelas Encik Fang Guzhi Shan sambil memandang Shen Yi lalu memandang isterinya, Puan Nuying Shuan.

“Ini anak lelaki sulung mak cik. Namanya Hui. Umurnya hampir dengan umur Shen YI. Umur 15. Ini Peizhi umur 10. Ini Guiren, umur 10 tahun. Xiaosi umur 8 tahun. Suyin anak perempuan mak cik masih tadika. Umur 6. Ini anak perempuan bongsu mak cik. Yanyu. Umur 5.” Jelas Puan Nuying Shuan memperkenalkan semua keenam-enam anaknya.

“Ramai enam orang. Saya hanya ada kakak dan adik perempuan. Itu pun sudah cukup bahagia. Bahagia sebelum sekarang.” Luah Shen Yi sambil menguis-nguis spaghetti menggunakan garfu pada pinggan.

Puan Chunhua Ting masih mendiamkan diri. Tidak berkata apa-apa pun melainkan hanya memberikan senyuman kepada adik ipar dan juga anak saudara. Kemurungan menghurung diri.

“Mak cik, kenapa masih belum makan?” Soal Hui kepada Puan Chunhua Ting. Spaghetti di dalam pinggan di hadapan Puan Chunhua Ting masih belum lagi disentuh. Bahkan garfu masih tidak berganjak dari atas meja. Dia kekal termenung.

Melihatkan keadaan Puan Chunhua Ting yang berwajah sugul itu, Hui cepat-cepat memandang makanannya dan memakan dengan cepat. Perasaan serba salah Hui muncul di dalam hati. Shen Yi turut termenung sambil tangannya terus menguis-nguis spaghetti yang ada di dalam pinggan.
__________________________________________________________________

Harun berjalan masuk ke dalam hospital. Perlahan-lahan dia berjalan dalam keadaan terhincut-hincut. Kasutnya basah lencun dengan darah. Setiap langkahnya meninggalkan bekas tapak kasut yang berbasahkan darah di lantai hospital. Darah turut menitik daripada dua-dua belah tangannya. Baju berkoyak-rabak dan basah lencun dengan darah. Wajahnya dipenuhi darah dan kepalanya turut berdarah.

Jelas kelihatan Harun dapat keadaan cedera parah atau boleh dikatakan ajaib kerana masih hidup. Dalam keadaan badan berlubang banyak di bahagian hadapan badan dan juga belakang badannya kerana di tembak dengan senjata api. Badannya berlubang hitam yang banyak. Darah tetap mengalir dari lubang luka badan hadapan dan belakang. Baju formal Harun yang berkoyak rabak mendedahkan luka-luka pada badan Harun.
Harun tetap kekal berjalan di dalam hospital menuju ke wad pesakit di mana ibunya berada. Beberapa orang jururawat bertanyakan soalan kepada Harun. Semua soalan tidak diendahkan oleh Harun. Mulut Harun hanya menyebut ‘mak’ sejak bermula Harun memasuki hospital. Darah Harun membasahi lantai hospital. Meninggalkan jejak dan membolehkan sesiapa mencari punca darah yang membasahi lantai.

“Encik, Encik duduk! Encik! Encik perlukan rawatan!” Arah seorang doktor lelaki berbangsa india menghalang Harun di hadapan bagi menghentikan Harun daripada terus berjalan kaki supaya Harun boleh mendapatkan rawatan cemas dengan segera memandang Harun berada di dalam hospital.

“Ke tepi! Jangan halang aku! Aku hendak jumpa emak aku! Aku hendak selamatkan dia!” Jerit Harun. Dia menolak doktor lelaki india itu ke tepi dengan kudrat yang berbaki.

Doktor lelaki india itu jatuh ke tepi. Jatuh terduduk di atas kerusi yang panjang. Harun berjalan memasuki wad emaknya. Emaknya masih kekal berbaring di atas katil. Emaknya selamat dan tidur. Emak Harun tidur berselimut.

Harun kekal berdiri ruang pintu masuk wad di mana emaknya berada. Harun tersenyum lemah sambil berdiri dengan darah menitik-nitik membasahi lantai. Seorang jururawat menarik selimut emaknya dan mengangkatnya melepasi wajah emak Harun. Seluruh tubuh emak Harun dilitupi dengan selimut.

“Nurse, nurse! Kenapa nurse selimutkan dia macam itu? Buka balik! Emak saya sedang tidur Nurse!” Jerit Harun kepada seorang jururawat berbangsa melayu skirt pendek itu.

Jururawat terkejut apabila Harun menjerit ke arahnya. Jururawat itu memandang Harun lalu menjerit ketakutan. Jururawat tersebut jatuh terduduk ke belakang. Terduduk di atas lantai. Menjerit ketakutan meihat Harun kerana Harun kelihatan seakan seperti roh mati dalam keadaan kejam.

“Jururawat? Kenapa selimutkan emak saya sebegitu?” Sekali lagi Harun menjerit kepada jururawat yang jatuh terduduk melihat Harun itu.

Picagari mencucuk bahu kiri Harun. Seorang doktor lelaki india yang telah ditolak oleh Harun tadi, mencucuk bahu Harun dengan picagari beriisikan sejenis cecair. Sekali lagi doktor india lelaki itu ditolak oleh Harun. Harun meluru ke katil emaknya. Harun memanggil emaknya berkali-kali. Selimut emaknya diselak dengan kuat dengan cara melemparkan ke tepi. Terdedah bahagian leher emaknya selepas selimut dibuka. Leher emaknya berbekaskan tali. Leher Emak Harun terdapat bekas jerutan menggunakan tali. Harun mengejutkan emaknya berkali-kali.

“Emak? Emak? Emak!!!” Jerit Harun kepada emaknya yang telah lama mati. Tubuh emaknya digoncang hebat oleh Harun sehinggakan bergegar katil hospital. Kedengaran suara Harun memenuhi wad.

Tetap emaknya tidak bangun walau digoncang hebat tubuhnya oleh Harun. Harun berundur ke belakang. Tersandar pada dinding lalu jatuh ke lantai. Meninggalkan darah pada dinding hospital berdekatan pintu masuk akibat Harun bersandarkan pada dinding tadi dengan badannya yang terdapat luka tembakan yang banyak. Harun duduk bersandar pada dinding di atas lantai.

“Aku terlambat. Aku terlambat. Bangsat.” Harun mulai menangis. Air matanya mengalir menitik ke lantai.

“Encik Harun. Minta maaf. Emak Encik sudah lama meninggal dunia. Meninggal dunia dalam keadaan membunuh diri apabila kami menjumpa emak Encik di tanggan kecemasan. Kami akan bawa emak Encik bedah siasat untuk kepastian punca kematiannya.” Jelas doktor lelaki india itu kepada Harun yang duduk menunduk ke lantai bersandarkan pada didning sambil menundukkan kepalanya memandang Harun.

“Saya yang jaga emak Encik sepanjang ketiadaan Encik kerana Encik kerja. Emak Encik baik orangnya. Apa kata kami rawat Encik? Encik cedera parah ini. Apa yang sudah terjadi.” Kata doktor lelaki india itu kepada Harun.

“Why the fuck engkau tidak halang emak aku daripada dibunuh? Mana engkau pergi semasa emak aku mati?!” Jerit Harun setelah bangun berdiri dari duduk bersandar pada dinding di lantai. Harun memegang kolar jubah doktor itu dengan dua tangannya yang berbasahkan darah.

Satu lagi picagari dicucuk pada Harun namun dari belakang bahu kiri. Harun dicucuk picagari oleh seorang jururawat perempuan berbangsa cina. Picagari ditarik semula. Harun segera menolak doktor lelaki india dan jururawat cina perempuan itu. Harun memantaskan jalan kaki keluar dari wadnya.

“Zain!!! I will fucking kill you! I will fucking kill you all! Aku akan bunuh engkau Zain! Aku akan bunuh kau orang semua tengkorak setan!” Jerit Harun sambil berjalan pantas hendak keluar daripada hospital.

“Mustahil. Dia sudah dicucuk dengan ubat tidur dua kali! Mengapa dia masih belum pengsan?” Ujar doktor lelaki india itu terkejut melihat tindakan Harun itu.

Harun terjatuh berdekatan dengan pintu masuk utama hospital. Harun jatuh terbaring. Tidak mampu berjalan, Harun merangkak pula. Harun mengetap giginya. Pandangannya mulai berbalam-balam. Kepalanya rasa berpinar. Harun kehilangan darah yang terlampau banyak. Wajah Harun sebengis singa yang mengamuk. Dendam kesumat terhadapn Zain dan konco-konconya yang telah membunuh emaknya.

“Aku bersumpah Zain. Aku akan bunuh engkau.” Kata Harun lalu pengsan meniarap ketika merangkak. Tangan kanannya terhulur ke hadapan menyentuh karpet merah yang terbentang di hadapan pintu masuk utama hospital.

“Angkat dia! Letak katil di sini! Cepat!” Arah doktor lelaki india itu.

Harun diangkat oleh beberapa pembantu hospital lelaki dinaikkan ke atas katil lalu dibawakan segera ke wad kecemasan. Harun dipasangkan alat bantuan pernafasan. Air garam digantung dan dicucuk masuk dengan jarum pada lengan kiri Harun. Bajunya digunting dan dibuang. Seluarnya turut digunting dan dibuang. Alat pengesan denyutan jantung dipasang.

“Banyaknya.” Luah kata salah seorang doktor lelaki berbangsa melayu dengan berpakaian lengkap di dalam bilik pembedahan. Terkejut melihat tubuh Harun yang berlubang-lubang pada bahagian depan badan.

“Kita mesti hentikan pendarahannya terlebih dahulu! Segera! Denyutan nadinya masih stabil! Kita masih sempat selamatkan dia!” Kata doktor lelaki berbangsa cina itu kepada dua orang rakan yang juga doktor bersamanya di dalam bilik pembedahan.
__________________________________________________________________

“Liat Harun hendak mati. Satu bangunan orang-orang aku, dia bunuh.” Kata Zain di dalam bilik pejabat Ross di mana bangunan yang berdekatan tepi pantai.

“Kenapa tidak sahaja engkau bunuh dia?” Soal Ross kepada Zain sambil membaca surat khabar.

“Orang bawahan yang uruskan. Aku suruh lapan orang bantai dia cukup-cukup dan bunuh dia. Tiba-tiba si celaka itu membunuh semua orang aku yang ada dalam bangunan itu!” Marah Zain sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

“Semua mati? Tiada langsung yang terselamat?”

“Betul. Aku kembali semula ke pejabat aku. Aku memang terkejut. Semua dah mampus!” Ujar Zain kerisauan.

“Selepas ini Zain, jangan jadi bodoh sangat. Bunuh terus Harun. Tiada guna bercakap dengan orang yang hendak mati. Sekarang ini, engkau kekurangan orang. Aku tidak mahu serahkan orang-orang aku kepada engkau. Orang-orang engkau, milik engkau. Pandai-pandai jaga.” Pesan Ross kepada Zain.

“Baik Boss.” Kata Zain dengan menganggukkan kepala.

“Lagipun, Harun itu hendak mati dah pun.” Cakap Zain.

“How do you know? Bagaimana engkau tahu?” Soal Ross untuk mendapatkan kepastian daripada Zain.

“Salah seorang orang aku yang berada di hospital, menunggu kedatangan Harun untuk bunuh dia. Harun mati dalam hospital. Lantai hospital banyak darah Harun. Badan dia berlubang-lubang kena tembak. Ntah macam mana dia boleh hidup lagi. Tidak mengapa lah. Harun sempat kecewa dan sedih lihat emak dia mati sebelum dia mati. Belum sempat para doktor nak rawat dia.” Cerita Zain dengan ketawa rasa geli hati.

Ross meletakkan surat khabarnya di atas meja. Ross memandang Zain. Dua mata Zain direnung tajam oleh Ross. Zain menundukkan kepalanya. Zain berasa takut apabila Ross merenungnya sedemikian.

“Zain. Engkau tahu kesilapan apa yang engkau telah lakukan?” Soal Ross kepada Zain.

“Tahu.” Jawab Zain akan soalan Ross sambil menundukkan wajahnya memandang meja pejabat Ross.

“Zain, pandang aku Zain.” Arah Ross kepada Zain.

Zain ketakutan namun tetap Zain memandang semula Ross. Ross tetap kekal merenung dua mata Zain tanpa mengelipkan mata. Wajah Ross turut tidak dinilai oleh Zain bahawa wajah Ross mennggambarkan apa-apa. Reaksi kosong. Zain takut jika Ross akan melakukan sesuatu luar dari jangkaan kepada Zain akibat Ross memarahkan sesuatu.

“Apa kesilapan engkau?” Soal lagi sekali Ross kepada Zain.

“Tidak bunuh Harun.” Jawab Zain.
“Itu sahaja? Kesilapan itu sahaja yang aku telah aku sebutkan? Fikir Zain. Banyak lagi kesilapan engkau.” Balas Ross.

“Orang-orang aku ramai mati?” Jawab Zain.

“Bodoh! Bukan Itu sahaja! Fikir lebih! Otak ada, pakai!” Tengking Ross akan Zain. Ross menampar meja dengan sekali. Bunyi tamparan pada meja tersangat kuat.

“Saya tidak tahu Boss. Minta maaf Boss.” Ucap Zain yang dalam ketakutan akan Ross yang tiba-tiba marah. Marahnya Ross bukan kosong namun bersebab.

“Engkau hilang orang-orang kau dalam satu bangunan! Rugi Zain! Rugi! Engkau laburkan satu bangunan untuk bunuh Harun itu sahaja! Tidak berbaloi! Harun mati seorang. Orang-orang engkau? Berpuluh-puluh!” Marah Ross mengetuk meja dengan kepalan penumbuknya. Meja itu dihentak berkali-kali. Marahnya bukan kepalang.

“Saya perlu cari orang lagi untuk menggantikan yang mati?” Soal Zain kepada Ross.

“Betul Zain. Betul. Bijak pun. Aku fikir, engkau dah jadi bodoh. Lama sangat jadi ketua kepada orang-orang engkau. Bagus kepintaran engkau belum lenyap lagi. Engkau kena ingat, aku bukan lagi tempat untuk engkau bergantung. Orang-orang engkau yang akan jaga engkau.” Jelas Ross.

“Sekarang ini orang-orang engkau tinggal sikit. Semakin sedikit orang-orang engkau, semakin tinggi risiko engkau untuk mati. Engkau perlu cari penggganti untuk orang-orang kau yang dah mati. Lagi cepat, lagi bagus. Kalau boleh, latih orang-orang yang baru engkau masukkan menjadi lebih hebat berbanding orang-orang kau sebelum ini.” Tambah pesanan Ross kepada Zain.
“Baik Boss.” Balas Zain sambil menganggukkan kepala.
__________________________________________________________________

“Hill, kita ada orang baru dalam jabatan. Dua orang lelaki melayu.” Encik Karim membawa berita kepada Encik Hill lalu duduk di meja kerjanya.

“Siapa?” Soal Encik Hill kepada Encik Karim ketika sedang membuat laporan menggunakan komputer.

“Yin dan Fal.” Ujar Encik Karim.

“Yin? Nama melayu apa macam itu?” Soal Hill kehairanan kepada Encik Karim.

“Eh silap. Maafkan aku. Yin seorang lelaki cina.” Encik Karim membetulkan kenyataannya.

“Jadi? Engkau hendak aku ajak mereka jadi kawan aku untuk selesaikan kes konspirasi?” Soal Encik Hill. Memandang Encik Karim sebentar, berhenti membuat tugasan laporan.

“Ya dan engkau akan tolak?” Encik Karim membalas soalan Encik Hill dengan soalan.

“Aku tidak tolak namun aku akan siasat siapa mereka sebenarnya.” Jawab Encik Hill akan soalan Encik Karim.

“Hill, mereka berdua baru sahaja menjadi anggota polis. Sebelum mereka dipengaruhi orang lain yang tidak amanah, lebih baik engkau terus mempengaruhi mereka untuk berada di atas jalan kebaikan. Ambil peluang ini! Memandangkan mereka baru sahaja menjadi anggota polis. Engkau pula senior. Mereka berdua pasti akan mendengar cakap engkau yang senior!” Jelas Encik Karim.

“Tidak. Aku akan siasat mereka juga. Jika engkau hendak jadikan mereka kawan aku, engkau terlebih dahulu pengaruhi mereka untuk berada di atas jalan kebaikan.” Jawab Hill dengan pendirian yang tegas.

“Baiklah. Kalau itu kau mahukan.” Pasrah Encik Karim akan Encik Hill.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience