Encik Fang Lee Wei menatap berita-berita pada surat khabar yang telah dipotong dan dimasukkan ke dalam fail buku paparan di meja bilik kerjanya pada waktu pagi. Perpustakaan yang sunyi itu ditemani oleh kipas-kipas siling yang berbunyi ketika sedang berpusing menyejukkan ruang bilik kerjanya yang seperti pejabat.
Berita-berita surat khabar yang ditatapi adalah mengenai kematian abang sulungnya, Encik Fang Guang Hu dan kakak ipar, Puan Jun Zi. Anak perempuan sulung dan bongsu Encik Fang Guang Hu turut hilang tanpa jejak setelah rumahnya dirompak dan diculik oleh sekumpulan perompak. Encik Fang Lee Wei berasa amat sedih. Hatinya hancur melihat potongan akhbar-akhbar tersebut.
“Tinggal diri aku dan adik yang bongsu.” Bicara Encik Fang Lee Wei dengan diri sendiri.
Fail itu ditutup lalu diletakkan ke dalam peti almari besi. Ditolak untuk ditutup lalu dikunci. Kunci ditarik lalu disimpan ke dalam kocek. Suis kipas ditutup. Encik Fang Lee Wei keluar dari bilik pejabatnya itu.
“Baik, saya anggap cukup untuk masa sekarang. Terima kasih kerana memilih perkhidmatan kami.” Kata doktor psikologi itu kepada Shen Yi dan Encik Fang Lee Wei di dalam bilik rawatan hospital swasta.
Encik Fang Lee Wei dan Shen Yi berjalan keluar dari hospital sambil diiringi sepuluh pengawal keselamatan peribadi. Tiga kereta limosin berwarna hitam sudah pun sedia menunggu di hadapan hospital swasta tersebut. Encik Fang Lee Wei dan Shen Yi menaiki kereta limosin berwarna hitam yang berada di tengah.
Mereka bergerak meninggalkan perkarangan hospital swasta itu. Di dalam kereta, Shen Yi hanya merenung keluar melalui tingkap kiri kereta tersebut. Encik Fang Lee Wei yang duduk di bahagian tengah memandang Shen Yi dengan sayu. Berasa kasihan akan Shen Yi yang kehilangan keluarga yang tersayang pada umur yang sangat muda.
__________________________________________________________________
“Ini lah rumahnya.” Kata seorang lelaki yang duduk di kerusi bahagian pemandu van bercermin mata hitam dan juga berpakaian hitam yang lengkap.
Lima rakannya yang lain juga sedang duduk memerhatikan kawasan rumah setinggan dan berjarak tersebut dari dalam van. Mereka dengan tenang menunggu mangsa untuk keluar daripada rumah. Mereka memerhatikan dengan jauh. Van diletakkan berjauhan dari kawasan rumah mangsa mereka.
Mangsa mulai keluar dari rumah. Berpakaian sukan lengkap. Mangsa bukan seorang tetapi dua orang. Seorang wanita dan seorang lagi gadis. Mereka berdua kelihatan mahu berjoging di sekitar kawasan perumahan tersebut. Van dihidupkan apabila wanita dan gadis itu mulai berjo ging meninggalkan rumah mereka. Pantas Van bergerak laju ke arah mereka seakan mahu melanggar mereka berdua. Pedal minyak ditekan kuat.
Van memecut. Gadis itu memandang belakang apabila van itu mulai mendekat dan memecut ke arah mereka berdua di kanan jalan. Pantas gadis itu menarik lengan wanita yang jogging bersamanya di sebelah kanannya ke kiri untuk menyelamatkannya daripada dilanggar sebuah van putih yang bercermin hitam.
Van itu serta merta berhenti di hadapan mereka berdua. Kedengaran bunyi brek van yang memaksa untuk berhentu. Sudah pasti pedal brek van dipijak dengan kuat sehingga kedengaran bunyi tayar van berhenti dalam kelajuan tinggi.
Terhasil bunyi seretan tayar dengan jalan raya. Pintu van di bahagian penumpang belakang dibuka dengan laju dan kuat menghasilkan bunyi yang kuat.
Keluar lima orang lelaki daripada pintu van yang terbuka. Mereka dengan pantas segera mengangkat mereka berdua. Wanita dan gadis itu cuba untuk menjerit kerana ketakutan dan juga meminta pertolongan untuk diselamatkan daripada lima orang lelaki yang tidak dikenali.
Malangnya, mulut gadis dan wanita itu ditekup dengan kain yang telah diletakkan chlorofom. Mereka berdua terhidu kain yang diletakkan cecair chlorofom lalu pengsan apabila ditekup dengan kain tersebut. Ini memudahkan sekumpulan penculik itu untuk menculik membawa mereka masuk ke dalam van dengan pantas tanpa melawan kudrat dua mangsa mereka yang telah pengsan cuba meloloskan diri.
Selesai memasukkan dua orang mangsa perempuan mereka di dalam van itu, pintu van ditutup. Dua orang perempuan yang mereka culik itu disarungkan kepala dengan kain berwarna hitam. Van itu dipandu laju meninggalkan kawasan tersebut khuatir dikejar oleh mana-mana pihak keselamatan.
Pandangan gelap, kain hitam yang disarungkan di kepala ditanggalkan dengan kasar. Ming Xia tersedar dari pengsan. Dia duduk di atas lantai bersandarkan dinding bersebelahan ibu saudaranya, Cik Meihui memandang ke kiri dan ke kanan. Lima orang lelaki berpakaian serba hitam berdiri dihadapannya di dalam bilik yang kecil.
Ming Xia menjerit ketakutan. Kaki dan tangannya diikat dengan cable ties. Ming Xia menjerit ketakutan. Dia memandang ibu saudaranya yang berada di sebelah. Ibu saudaranya juga baru tersedar dari pengsan sepertinya.
“Ibu! Ibu!” Mingxia memanggil ibu saudaranya dengan keadaan cemas dan ketakutan.
Tangan dan kaki mereka berdua diikat. Mereka tidak mampu berbuat apa-apa. Cable ties diikatkan pada tangan dan kaki mereka dengan banyak dan juga amat ketat. Peluang untuk melarikan diri boleh dikatakan tiada.
“Lepaskan kami! Lepaskan! Apa yang kamu semua hendakkan daripada kami? Kami tidak mempunyai apa-apa! Duit pun tiada! Jangan harapkan apa-apa dari kami!” Kata Cik Meihui dengan nada ketakutan dan juga kemarahan.
Lima orang penjahat di dalam bilik itu bersama Cik Meihui dan Ming Xia tidak membalas apa-apa akan kata-kata Cik Meihui. Lima orang penjahat itu hanya diam memandang mereka berdua. Ini menambahkan lagi kegerunan serta ketakutan yang ada pada Cik Mihui dan anak saudara perempuannya.
“Mana satu nanti yang akan di bunuh?” Soal salah seorang daripada mereka kepada rakan-rakannya yang berdiri bersamanya di dalam bilik kecil itu.
“Apa? Bunuh?” Salah seorang daripada terkejut mendengar soalan daripada rakannya.
Mendengar perbualan sekumpulan penculik yang telah menculik mereka berdua, berganda-ganda ketakutan Cik Meihui dan Ming Xia bertambah. Ming Xia meletakkan wajahnya pada bahu ibu saudaranya kerana ketakutan. Mengharapkan semua ini akan berubah dan selamat dalam sekelip mata walaupun mustahil.
Ming Xia dan Cik Meihui mulai menangis. Cik Meihui mencium kepala anak saudara perempuannya itu sambil memujuknya agar tidak menangis kerana khuatir penjahat-penjahat tersebut akan mengapa-apakan mereka.
“Ibu dia.” Jawab seorang lelaki yang berdiri di hujung kiri bilik bertentangan dengan pintu yang berada di kanan. Rakan-rakannya berdiri sebaris pada kanannya mengangguk faham.
“Hubungi boss. Kita sudah dapat mangsa yang dia mahukan.” Kata lelaki yang berdiri di tengah-tengah ruang masuk bilik itu.
“Seriuslah kita hendak bunuh ibu dia?” Soal salah seorang daripada mereka.
“Iya. Bunuh. Itu yang boss hendak. Bukan kita saja suka-suka culik perempuan ni.” Jawab rakan mereka yang berdiri di ruang pintu masuk.
“Aish ruginya.” Keluh lelaki yang bertanya tadi.
“Kenapa? Kau nak dia? Boleh sahaja. Buatlah apa yang kau suka sebelum dia mati. Jangan dia mati sudah. Biar dia mati dikerat. Bukan mati disebabkan engkau.” Kata lelaki di ruang pintu masuk itu.
“Wah, terima kasih!” Jawab salah seorang daripada mereka.
“Eh, tidakkan pula engkau hendak menikmati dia secara berseorangan? Bergilir-gilir lah. Baru seronok! Sharing is caring!” Kata seorang lelai yang memegang bahu rakannya yang berjalan ke arah Cik Meihui.
“Jauhkan diri daripada saya! Jangan sentuh kami berdua!” Ugut Cik Meihui yang mulai menangis namun tidak dihiraukan oleh mereka.
“Ye la, ye la. Angkat di ke atas tilam ni. Potong tali tangan kaki dia dulu.” Kata lelaki yang hampir tidak dapat menahan sabar. Cik Meihui diangkat oleh dua orang dan diletakkan di atas tilam itu.. Cik Meihui meronta-ronta dan menjerit meminta tolong. Lima penjahat tersenyum menyeringai.
“Ibu!!! Ibu!!! Lepaskan ibu!!!” Ming Xia merayu-rayu lemah tidak mampu berbuat apa-apa. Segala kudrat dan kekuatan telah digunakan namun tidak dapat memutuskan cable ties yang diikat pada tangan dan kakinya. Cablet ties telah digigit berkali-kali namun tidak berjaya. Ming Xia menangis lalu menjerit. Cik Meihui gagal melawan kudrat mereka. Ibu saudaranya dikoyakkan pakaiannya dengan direntap kuat lalu diperkosa oleh lima orang penjenayah lelaki dihadapannya.
__________________________________________________________________
Tiga kereta limosin berwarna hitam berhenti di hadapan istana untuk menurunkan Encik Fang Lee Wei setelah pintu gerbang istana yang dibuka. Salah seorang pengawal peribadi Encik Fang Lee Wei yang bertugas untuk menjaga kawasan kediaman memberitahu Encik Fang Lee Wei bahawa terdapat barang pos milik Encik Fang Lee Wei.
Encik Fang Lee Wei mengangguk faham lalu keluar bersama anak saudara lelakinya, Shen Yi daripada kereta limosin yang dibukakan pintu oleh salah seorang pengawal peribadinya. Dua orang pengawal peribadi itu mengangkat sebuah kotak yang merupakan barang pos yang baru diterima.
“Tunggu!” Kata seorang pengawal peribadi yang mengiringi Encik Fang Lee Wei.
Dua orang pengawal peribadi yang mengangkat kotak tersebut berhenti lalu meletakkan kotak tersebut di atas lantai lalu menjauhkan diri daripada kotak tersebut.
Seorang pengawal peribadi yang mengiringi Encik Fang Lee Wei berjalan ke arah kotak di atas lantai tersebut. Encik Fang Lee Wei dan Shen Yi hanya memandang daripada jauh melihat pengawal peribadi itu mengoyakkan seal kotak tersebut dengan pisau kecil. Perlahan-lahan kotak itu dibuka. Wajah pengawal peribadi itu dipalingkan memandang ke arah lain.
“Segera, hubungi polis.” Ringkas pengawal peribadi itu berkata setelah membuka dan melihat isi kotak tersebut.
Setelah ketibaan anggota-anggota polis. Anggota polis yang bertugas memerhatikan kotak tersebut. Tiga ahli forensik turut hadir bersama. Kain plastik hitam lebar itu dibentangkan. Satu persatu anggota badan dikeluarkan daripada kotak tersebut. Anggota-anggota badan itu disusun.
Telapak kaki, betis dan paha disusun. Kemudian badan milik seorang perempuan pula dikeluarkan dari kotak dan diletakkan di tengah-tengah kain plastik hitam. Tangan yang dicerai-ceraikan turut dikeluarkan dan disusunkan. Akhir sekali, kepala diambil dan diletakkan secara perlahan-lahan di atas kain plastik hitam tersebut. Salah seorang ahli forensik mengambil gambar kotak dan mayat tersebut.
Seorang forensik yang memegang kamera filem itu menyimpan kamera filem setelah selesai menangkap gambar kejadian kes di hadapan kediaman Encik Fang Lee Wei itu. Semua pengawal peribadi Encik Fang Lee Wei turut disoal oleh anggota-anggota polis yang berada di situ untuk siasatan. Anggota polis bermisai dan bertopi cowboy bertanyakan beberapa soalan kepada salah seorang ahli forensik itu
“Minta tolong panggilkan Encik Fang Lee Wei.” Kata anggota polis itu kepada salah seorang rakannya.
Rakannya pergi mendapatkan Encik Fang Lee Wei. Kemudian rakannya membawakannya Encik Fang Lee Wei sambil diiringi oleh salah seorang pengawal peribadi itu.
“Encik kenal siapa perempuan ini?” Soal anggota polis itu kepada Encik Fang Lee Wei lalu menunjukkan kepala mayat seorang perempuan sambil memegang plastik hitam.
“Saya rasa pernah lihat wajah ini tetapi, saya tidak ingat siapa?” Jawab Encik Fang Lee Wei.
Tanpa disedari, Shen Yi berdiri di samping Encik Fang Lee Wei. Melihat apa yang dilihat oleh bapa saudaranya itu. Perasaan ingin tahunya tersangat kuat. Shen Yi menjerit setelah melihat wajah kepala mayat perempuan itu. Dua tangannya menggenggam rambut sisi. Trauma tragis kembali menyerang dan merasuki saraf-saraf tubuh badannya. Shen Yi terkena histeria.
“Shen Yi? Shen Yi? Kenapa Shen Yi ada di sini? Shen Yi?!” Encik Fang Lee Wei cuba menenangkan anak saudara lelakinya itu. Anggota polis itu menutup kembali kain plastik hitam mayat perempuan itu.
“Kamu!” Panggil anggota polis bermisai dan topi cowboy itu kepada salah seorang anggota polis berdekatan yang merupakan anak buahnya.
“Ya, Tuan Hilmi?” Soal anak buahnya.
“Tolong bawakan budak itu ke dalam rumah. Tenangkan budak itu.” Kata Encik Hilmi yang bermisai dan memakai topi cowboy itu.
“Baik tuan!” Akur anak buah enck Hilmi itu.
Anggota polis yang merupakan anak buah Hilmi itu meminta Encik Fang Lee Wei memasukkan Shen Yi ke dalam rumah untuk ditenangkan. Encik Fang Lee Wei akur. Salah seorang pengawal peribadi bapa Shen Yi, memapah Shen Yi untuk masuk ke dalam kediaman dan Shen Yi diletakkan duduk di atas sofa ruang tamu.
Kemudian, ibu saudara Shen Yi menenangkan Shen Yi apabila Encik Fang Lee Wei menerangkan apa yang terjadi kepada isterinya. Ibu saudara Shen Yi memeluk dan mengusap-usap wajah Shen Yi. Mencuba sedaya upaya untuk menenangkan Shen Yi.
Setelah Shen Yi keletihan dan kehilangan tenaga badan dirasuki histeria, Shen Yi berbaring di atas sofa ruang tamu. Puan Chunhua Ting memberikan bantal kepada Shen Yi dan diletakkan di bawah kepala Shen Yi.
“Kenapa Shen Yi pergi lihat mayat tadi? Kesian Shen Yi. Baru hendak sihat, trauma kembali menyerang.” Kata Puan Chunhua Ting sambil mengusap-usap kepala Shen Yi dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang.
“Mak Cik.” Shen Yi memanggil ibu saudaranya sambil melihat wajahnya.
“Ya sayang? Ada apa?” Sahut ibu saudaranya.
“Cikgu Meihui. Kenapa dia mati? Apa salah dia?” Shen Yi menyebut nama guru tuisyen rumah kesayangannya yang telah menguruskan jadual pelajarannya.
“Apa?” Puan Chunhua Ting membalas soalan Shen Yi dengan soalan. Puan Chunhua Ting mengalihkan pandangannya ke belakang.
Puan Chunhua Ting bangkit dari melutut menemani Shen Yi yang baring di sofa lalu berjalan ke arah tempat kejadian. Puan Chunhua Ting meminta salah seorang anggota polis untuk membenarkannya untuk melihat wajah si mati.
“Biar saya bukakan.” Kata Encik Hilmi lalu dia berjalan kembali ke kain plastik berwarna hitam lalu diselakkan wajah si mayat perempuan itu.
Puan Chunhua Ting rebah namun sempat disambut oleh suaminya, Encik Fang Lee Wei daripada jatuh ke tanah. Puan Chunhua Ting hampir pengsan. Puan Chunhua Ting mulai mengalirkan air mata lalu menangis.
“Sayang? Kenapa ni sayang? Kenapa sayang dan Shen Yi pergi lihat mayat tu? Sudahlah kita tidak kenal. Tidak kuat, tidak perlulah lihat.” Luah Encik Fang Lee Wei dengan susah hati. Tidak tenteram keluarganya ditimpa malapetaka sebegini.
“Cikgu Meihui. Cikgu tusiyen Shen Yi. Di sebalik kain plastik hitam itu. Dia banyak kali datang ke rumah kita membantu pelajaran Shen Yi. Kenapa begitu kejam sekali?” Jelas Puan Chunhua Ting kepada suaminya lalu menangis dalam pelukan.
Encik Fang Lee Wei memeluk isterinya dengan erat. Encik Fang Lee wei memberitahu pengawal peribadi di sampingnya mengenai identiti si mati itu. Pengawal peribadi itu mengangguk lalu melaporkan kepada Encik Hilmi.
“Mudah urusan kita. Identiti mangsa jenayah sudah diketahui. Kita perlu kemas-kemas tempat ini. Kita akan menyambung siasat kes ini selepas mayat sudah dibedah siasat.” Jelas Encik Hilmi kepada anggota-anggota polis yang lain.
Mereka mengangguk faham kemudian mereka menyambung melakukan tugas mereka dan hendak bersiap-siap beredar dari kawasan kediaman tersebut. Encik Hilmi menemui Encik Fang Lee Wei yang baru sahaja memapah isterinya untuk duduk di sofa bersebelahan Shen Yi.
“Encik Fang Lee Wei, kami mencadangkan bahawa lebih baik Encik pindah rumah. Saya yakin rumah ini tidak lagi selamatkan kerana sudah menjadi sasaran penjenayah.” Jelas Encik Hilmi kepada Encik Fang Lee Wei.
“Apa sahaja yang terbaik untuk keselamatan keluarga dan diri saya.” Kata Encik Fang Lee Wei kepada Encik Hilmi sebagai tanda bersetuju dengan cadangannya.
“Jangan risau Encik Fang Lee Wei. Kami akan cuba sedaya upaya mencari dalang kegiatan jenayah yang telah mereka lakukan ini. Lambat atau cepat, kami berjanji akan bawa mereka ke muka pengadilan. Kata Encik Hilmi kepada Encik Fang Lee Wei sambil berharap kata-katanya dapat melegakan hatinya.
“Baik Tuan. Keluarga dan saya amat bergantung harapan kepada tuan.” Ujar Encik Fang Lee Wei.
“Jangan bergantung kepada saya. Bergantung kepada tuhan. Saya hanya mampu berusaha namun saya berpegang kepada janji. Dengan izin Allah, semuanya akan dipermudahkan.” Balas Encik Hilmi.
“Terima kasih tuan.” Ucap bapa saudara Shen Yi kepada Encik Hilmi.
“Tanggungjawab kami.” Balas Tuan Hilmi.
Seminggu kemudian, Encik Fang Lee Wei, isterinya dan Shen Yi telah pun berpindah ke rumah lain. Lebih ramai pengawal peribadi diupah oleh Encik Fang Lee Wei untuk menjaga kawasan kediaman dan juga kawasan taman perumahan orang-orang kaya. Shen Yi masih dalam proses pembelajaran dan ulangkaji untuk mengambil peperiksaan PMR, SPM dan STPM.
Rawatan susulan bersama doktor psikologi dan therapist tidak ketinggalan dalam menjaga kesihatan mental Shen Yi akibat trauma yang bertambah teruk sejak kehilangan ahli keluarganya dan juga cikgu perempuannya yang tersayang di hadapan mata.
Tumpuan Shen Yi terhadap pembelajarannya semakin kurang. Mahu atau tidak mahu, kehidupan tetap perlu diteruskan walau apa pun yang terjadi. Tragedi tragis berlaku untuk kali kedua.
Hanya mampu berharap, dia dan ibu bapa saudaranya selamat daripada penjenayah kerana keselamatannya dijaga rapi oleh pihak anggota polis dan juga kawalan keselamatan bertambah ketat dari masa ke semasa. Shen Yi terfikir sejenak. Timbul pelbagai soalan.
Persoalan yang muncul di antaranya, mengapa dunia ini begitu kejam. Dunia boleh menjadi aman tetapi entah apa yang manusia hendaki sehinggakan menyukai melakukan kerosakan. Seakan sudah tiada cara untuk menegakkan keadilan apabila kezaliman menjadi kuasa pemerintahan dan juga kuasa mengekalkan kedudukan atau jawatan.
“Shen Yi, ambil semua barang yang ada di dalam bilik kamu, atau milik kamu. Ambil dan kita bawa naik kereta. Ada album gambar atau apa-apa barang penting, ambil sahaja semua termasuk barang berkaitan sekolah.” Pesan Puan Chunhua Ting kepada anak saudara lelakinya di dalam kereta limosin berwarna hitam yang dipandu oleh pengawal peribadi apabila mereka tiba di hadapan rumah Shen Yi.
Shen Yi menyusun barang-barangnya di dalam bilik dan dikumpulkan di tengah-tengah bilik. Pakaian, dokumen pengenalan diri, album gambar keluarga Shen Yi, buku-buku sekolah dan komik serta barang-barangan lain yang telah dikumpulkan di tengah-tengah bilik.
Satu persatu barangannya di angkat dari bilik tingkat atas dan dimasukkan ke dalam kereta limosin berwarna hitam. Pengawal peribadi lain turut membantu Shen Yi mengangkat barangan yang diinginkan Shen Yi masuk ke dalam kereta.
Album gambar jatuh daripada Shen Yi semasa angkat masuk barang ke dalam kereta. Shen Yi mengangkat semula album gambar tersebut namun terhenti saat Shen YI menyentuh dan memandang album gambar itu. Secara tidak sangka, album gambar itu jatuh dan terbuka terus gambar-gambar Shen Yi dan keluarga bersama.
Hatinya rasa seperti ditikam dan dihiris dengan pisau. Pedih dan sakit namun tidak berdarah. Segera album gambar itu ditutup dan dimasukkan ke dalam kereta. Selesai Shen Yi mengambil barang-barangannya, Shen Yi dan ibu bapa saudaranya pantas beredar.
Di dalam kereta, Shen Yi duduk di antara Puan Chunhua Ting dan Encik Fang Lee Wei. Puan Chunhua Ting menyentuh bahu Shen Yu lalu mengusap bahunya sebagai tanda pujukan dan memberi semangat.
“Esok pengebumian ibu ayah awak.” Kata Puan Chunhua Ting.
“Esok juga kali terakhir Shen Yi dapat melihat wajah ayah dan ibu” Kata Encik Fag Lee Wei kepada Shen Yi.”
“Kakak saya? Jun Weici? Di mana mereka berdua? Adakah polis sudah jumpa?” Soal Shen Yi kepada ibu bapa saudaranya.
“Belum.” Balas Puan Chunhua Ting.
Shen Yi hanya menundukkan diri selepas memandang ibu saudaranya dengan bertanyakan soalan tersebut. Hampa.
__________________________________________________________________
Awan menangis. Matahari menghilang bersembunyi di sebalik langsir awan yang tebal. Air hujan membasahi bumi yang telah sekian lama berpanas. Burung-burung berhenti berteduh di bawah daun-daun ranting pokok.
Air hujan terus membasahi payung dan bumi. Langit yang mendung kerana hujan. Hari semakin gelap. Hujan semakin lebat seiring dengan tangisan Shen Yi. Ramai orang menghadiri tanah perkuburan orang islam. Walaupun ramai yang bukan Islam hadir melihat ibu bapa Shen Yi ditanam, namun ibu bapa Shen Yi merupakan orang yang memeluk agama Islam sebelum kematian mereka.
“Pak cik, kenapa ibu ayah saya di tanam di tanah perkuburan orang islam?” Soal Shen Yi kepada Encik Fang Lee Wei di dalam perjalanan pulang ke tempat kediaman dengan menaiki kereta.
“Ibu ayah kamu memeluk agama Islam semasa mereka sedang melakukan aktiviti memberi sumbangan kepada golongan fakir miskin dan juga golongan yang tidak mempunyai rumah di kawasan bandar raya. Mereka melakukan aktiviti tersebut bersama Organisasi Kebajikan Islam.” Jelas Encik Fang Lee Wei.
“Ibu ayah tidak kata apa-apa pun. Setahu Shen Yi, kami sekeluarga hidup tidak berpegang mana-mana agama. Organisasi Kebajikan Islam itu, organisasi orang melayu?” Soal Shen Yi.
“Bukan. Organisasi Kebajikan Islam itu merupakan orang-orang cina seperti kita.” Jelas Puan Chunhua Ting kepada Shen Yi.
“Ibu ayah Shen Yi belum bersedia untuk maklumkan kepada Shen Yi dan adik beradik bahawa mereka telah memeluk agama Islam mungkin kerana, mereka baru sahaja memeluk agama Islam. Rasanya, pada tahun lepas kalau saya tidak silap mereka memeluk agama Islam.” Jelas Encik Fang Lee Wei.
“Agama bangsa orang melayu?” Soal Shen Yi kepada Encik Fang Lee Wei.
“Majoriti yang menganuti agama Islam di Malaysia ini, orang Melayu. Bahkan negara Malaysia yang kita tinggal dan hidup ini, agama rasminya agama Islam.” Jawab Encik Fang Lee Wei kepada Shen Yi.
“Hah, agama Melayu. Agama pengganas. Patutlah orang melayu hampir semua jahat-jahat.” Getus Shen Yi di dalam hati.
Di bilik tidur Shen Yi, kabinet kecil di tepi katil diletakkan bingkai gambar. Gambar Shen Yi dan keluarga. Shen Yi merenung gambarnya dengan seluruh keluarga. Encik Fang Guang Hu dan Puan Jun Zi. Mati di tangan perompak.
Hua Jiao dan Jun Weici hilang tanpa jejak. Adakah seluruh keturunan Fang akan dibunuh oleh organisasi yang mempunyai konspirasi tersendiri?
Di meja makan. Shen Yi dan ibu bapa saudaranya sedang menikmati makanan barat. Pizza, burger dan juga roti john yang telah ditempah melalui talian telefon. Mereka menikmati makanan barat itu dengan penuh kenikmatan.
“Shen Yi. Kami sudah cari guru tuisyen rumah yang baru. Kali ini, kita semua selamat. Lagipun, kawasan sekitar rumah kediaman baru kita ini turut diawasi anggota-anggota polis untuk beberapa bulan.” Ujar Puan Chunhua Ting
“Kawalan juga lebih ketat. Pihak polis pun sedang membuat siasatan dan mengambil berat tentang hal ini.” Kata Encik Fang Lee Wei.
“Baiklah.” Balas Shen Yi.
__________________________________________________________________
Beberapa bulan kemudian, Shen Yi telah mengambil keputusan peperiksaan PMR, SPM dan juga STPM. Semua pelajar sekolah menengah dan juga pelajar STPM terkejut dengan pencapaian Shen Yi ketika mengambil anugerah pelajar cemerlang PMR, SPM dan juga STPM pada umur 15 tahun.
Para wartawan ingin bertemu ramah dengan Shen Yi namun pengawal-pengawal peribadi menghalang dan tidak membenarkan mereka mengadakan sesi temu ramah. Hal ini sedemikian bagi menjaga keselamatan Shen Yi dan juga identiti ibu bapa saudara Shen Yi. Tidak mahu tragedi berulang. Keamanan dan kebahagiaan yang dimahukan bukan trauma.
Ibu bapa saudara Shen Yi amat berbangga dengan pencapaian Shen Yi. Mereka turut meraikan kejayaan Shen Yi dengan makan tengah hari di restoran terkenal dan juga mahal. Sementara itu, ramai wartawan mendapat maklumat mengenai Shen Yi melalui guru-guru di sekolah walaupun maklumat tersebut amat sedikit.
Petikan turut ditulis pada akhbar bersama gambar Shen Yi, Encik Fang Lee Wei dan Puan Jun Zi. Artikel surat akhbar bertulis mengenai pencapaian Shen Yi dan ibu bapa saudaranya. Shen Yi merupakan anak angkat Encik Fang Lee Wei.
Encik Fang Lee Wei pula merupakan bakal mewarisi syarikat Fang dan juga ahli politik yang bakal menyandang jawatan Yang Berhormat untuk Kuala Lumpur. Encik Fang Lee Wei bakal bertanding untuk pilihan raya umum akan datang sebagai wakil rakyat parti PUNCAK. PemajU Negara, Capai Keadilan dan Kesaksamaan.
Anak angkat lelakinya, Shen Yi telah mendapat gred A dalam semua subjek serta telah mengambil peperiksaan PMR, SPM dan juga STPM secara serentak pada umur 15. Anak angkat Encik Fang Lee Wei sungguh terpelajar dan juga mempunyai kebijaksaan luar biasa.
Subjek peperiksaan yang diambil turut melebihi bilangan sepuluh subjek. Difahamkan Shen Yi belajar dan mengulangkaji di rumah bersama guru tuisyennya. Shen Yi merupakan pelajar nombor satu dan paling cemerlang di Sekolah Bandar Temu Sejahtera.
__________________________________________________________________
Surat khabar diletakkan di atas meja. Air arak dituang ke dalam cawan lutsinar besar khas untuk arak mahal berjenama mahal itu. Cawan berisikan arak itu dicampurkan dengan air botol arak yang lain tapi lebih kecil saiznya dan mahal. Sudu besi halus diambil lalu dikacau isi cawan air arak itu.
Beberapa kiub ais diambil dengan penyepit dari baldi besi kecil dan diletakkan di dalam cawan arak itu. Cawan lutsinar berisikan arak itu dikacau lagi dengan sudu besi halus. Cawan itu dicapai dan diambil dengan tangan kiri. Air dihirup sedikit demi sedikit. Kemudian diteguk dengan banyak sekali.
“Rupanya di situ baki tikus menyembunyikan diri” Kata Ross, ketua mafia.
Duduk di dalam bilik pejabat. Di belakangnya meja pejabatanya merupakan dinding kaca pandangan tepi pantai. Dia merupakan berada di tingkat bangunan yang tinggi di berdekatan tepi pantai. Wajah berkedut, berlubang liang pori banyak. Baju sutnya berwarna merah lengkap segalanya. Kirinya merupakan susunan almari arak yang berjenama manakalah kanannya merupakan almari buku yang banyak.
“Ambil surat khabar ini. Cari wartawan yang tulis artikel mengenai Fang Lee Wei! Aku mahu tahu Fang Lee Wei berada! Hampir setahun aku cari. Aku nak dia mati!” Kata Ross kepada empat pengawal peribadi yang berpakaian suit modern berwarna kelabu yang berdiri di hadapannya di dalam pejabat. Keempat-empat pengawal peribadinya itu menundukkan badan pada 90 darjah lalu bersuara secara serentak.
“Baik Tuan Ross!”
__________________________________________________________________
“Uhukk, uhukk, uhukk!” Puan Chunhua Ting terbatuk-batuk di meja makan ketika sedang membaca surat khabar dengan cawan teh dan juga beberapa sandwiches pada piring.
“Uhukk, uhukk, uhukk!!!” Batuk Puan Chunhua Ting semakin kuat kedengaran.
“Uerk!” Mulutnya ditutup dengan tangan kanan. Matanya terbelalak. Segera bangun dari tempat duduk dan beredar dengan pantas.
Encik Fang Lee Wei memandang isterinya yang tiba-tiba seperti hendak muntah. Encik Fang Lee Wei juga segera bangun kerana risaukan isterinya.
“Sayang? Kenapa ni sayang?” Soal Encik Fang Lee Wei kepada isterinya.
Puan Chunhua masuk ke dalam tandas. Penutup mangkuk tandas duduk dibuka. Terus Puan Chunhua muntah air ke dalam mangkuk tandas itu. Air mangkuk tandas bertukar berwarna menjadi warna air teh. Memuntahkan makanan buat kali kedua.
Encik Fang Lee Wei masuk ke dalam tandas lalu menepuk belakang isterinya dan juga mengurut-urut belakang isterinya yang muntah beberapa kali ke dalam mangkuk tandas manakala Shen Yi terpinga-pinga ketika sedang makan nuggets ayam dan sandwiches di meja makan.
Di hospital swasta. Di dalam bilik serba putih terdapat Encik Fang Lee Wei, Puan Chunhua Ting dan seorang doktor perempuan yang juga berbangsa cina. Encik Fang Lee Wei dan Puan Chunhua Ting hanya mendiamkan diri menunggu keputusan daripada seorang doktor tersebut.
Ibu bapa saudara Shen Yi sedia memasang telinga untuk mendengar segala pelbagai kemungkinan yang akan terjadi kepada kesihatan Puan Chunhua Ting.
“Puan, baki masa puan masih ada lagi enam bulan.” Kata doktor perempuan cina itu kepada Encik Fang Lee Wei dan Puan Chunhua Ting.
Mata Puan Chunhua Ting dan Encik Fang Lee Wei terbeliak. Mereka berdua seakan tidak percaya apa yang berlaku. Puan Chunhua Ting menutup mulutnya. Matanya mulai mengeluarkan air mata.
“Tahniah Puan. Ini anak yang ke berapa?” Soal doktor itu.
“Kami tiada anak. Kami hanya menjaga anak saudara lelaki arwah abang saya.” Jawab Encik Fang Lee Wei akan pertanyaan doktor tersebut dengan kehairanan.
“Oh, tahniah Puan! Puan mengandung anak pertama!” Ucap doktor perempuan cina itu kepada Puan Chunhua Ting dan Encik Fang Lee Wei.
“Apa?!” Terkejut Puan Chunhua Ting. Begitu juga dengan Encik Fang Lee Wei.
Puan Chunhua Ting memandang suaminya. Ibu bapa saudara Shen Yi memandang antara satu sama lain. Mereka berdua melompat dari tempat duduk lalu berpelukan. Mereka melompat berkali-kali menjerit kegembiraan sambil tertawa besar. Kemudian mereka berhenti melompat lalu menangis sebentar dan berpelukan dengan erat.
“Apa? Wah, tahniah mak cik!” Ucap Shen Yi kepada ibu saudaranya di ruang tamu. Puan Chunhua Ting senyuman melebar mekar seperti bunga. Wajahnya mulai berseri-seri. Tangan kanannya mengusap-usap perut. Tidak sabar hendak menunggu melihat anak pertamanya.
“Sungguh tidak percaya. Kita mendapat anak pada umur 40-an.” Kata Encik Fang Lee Wei yang sedang memeluk isterinya di tengah-tengah taman perkarangan rumah kediaman istananya yang baharu dibeli selepas berpindah akur akan arahan pihak polis.
“Tidak sabar hendak tengok anak pertama kita. Entah lelaki atau perempuan. Lama sangat kita menunggu. Baru sekarang dapat anak” Luah Puan Chunhua Ting sambil tangannya memegang pelukan tangan suaminya.
“Lelaki atau perempuan saya tidak kisah. Anak tetap anak. Saya bersyukur.” Balas ringkas Encik Fang Lee Wei.
Dua bulan berlalu, perut Puan Chunhua Ting sudah membesar. Encik Fang Lee Wei dan Puan Chunhua Ting bagaikan pasangan suami isteri yang baru sahaja berkahwin selama setahun. Mereka tampak lebih ceria. Encik Fang Lee Wei pula menguruskan syarikat Fang dan juga menjadi Yang Berhormat Kuala Lumpur kerana memenangi pilihan raya umum pada tahun lepas bertanding untuk kawasan Kuala Lumpur.
__________________________________________________________________
“Jahanam! Boleh pula dia menjadi Yang Berhormat Kuala Lumpur?! Aku sogok duit, beri rakyat makan duit. Aku buat macam-macam. Kuala Lumpur sepatutnya aku punya! Bukan cina babi! Entah macam mana aku boleh kalah pilihan raya! Bandar Kuala Lumpur ini aku yang punya!” Maki Ross.
Kuala Lumpur milik aku! Apa-apa projek hendak dibuat dalam Kuala Lumpur ini, perlu cium jilat kaki aku terlebih dahulu!” Tengking Ross menendang meja pejabatnya dalam kemarahan.
“Boss, sekurang-kurangnya kita sudah tahu di mana lokasi rumah cina itu.” Kata lelaki berambut toncang dan berkaca mata hitam yang duduk di hadapan meja pejabat Ross.
“Betul-betul! Betul kata engkau Zain. Kita boleh bertindak pada tahun ini! Bunuh cina babi itu!” Kata Ross dengan wajah benar-benar kemarahan.
“Boss, kita sudah tahu alamat rumah dia. Alamat rumah dia dirahsiakan oleh kerajaan namun kami sudah memaksa wartawan tersebut mendapatkan alamat rumah orang tu. Tambahan pula, menarik identiti wartawan akhbar ini boss! Boss pasti suka.” Ujar Zain membetulkan cermin mata hitamnya. Cawan gelas berisikan arak itu dicapai lalu dituangkan ke dalam mulutnya.
“Siapa?” Soal Ross kepada pembantunya, Zain.
“Bawa dia masuk!” Zain menyuruh dari tempat duduknya sambil memandang pintu pejabat Ross.
Seorang lelaki melayu kurus, wajahnya lebam kebiruan dengan hidung dan mulutnya yang berdarah dipapah secara kasar lalu dilepaskan oleh dua orang lelaki berpakaian sut lengkap. Jatuh ke lantai lelaki itu apabila dihayunkan kehadapan oleh dua orang lelaki tadi yang memapahnya menyeretnya dengan mengangkat dua lengannya.
Zain bangun dari tempat duduknya sambil minum cawan gelas arak yang kecil itu. Cawan arak itu diletakkan di atas meja. Ross hanya berdiri di meja pejabatnya.
“Ini mamatnya boss. Wartawan. Dia sekarang menjadi wartawan! Reporter surat khabar! Syarikat surat khabar yang cuba membongkar jahat kita. Dia punya jahat tidak mahu pula tulis di surat khabar!” Kata Zain kepada bossnya itu.
“Mahu cuci dosa? Kelakar.” Ujar Ross sambil memandang lelaki yang meniarap di lantai pejabatnya.
“Pengkhianat!” Marah Zain.
Sisi kiri badan lelaki meniarap di lantai itu ditendang kuat oleh Zain bagaikan menyepak bola untuk masuk ke dalam gawang gol. Lelaki itu hanya mendiamkan diri tidak bersuara. Menahan sakit badannya ditendang oleh Zain.
“Engkau tidak boleh cuci tangan. Engkau bekerja dengan kami walaupun engkau tidak bekerja di bawah sesiapa. Engkau milik kami selamanya. Engkau fikir terlepas padahal tidak.” Kata Zain kepada lelaki yang masih tertiarap sambil mencangkung.
“Dia tidak takut.” Kata Ross mengenai lelaki tertiara di lantai itu.
“Nanti dia takut boss.” Zain cuba meyakinkan bossnya.
Rambut lelaki tertiarap berwajah lebam itu ditarik dan terdongak ke atas. Wajahnya kelihatan tenang walau berlebam. Rambutnya ditarik lebih kuat. Tetap kesakitan tidak terlukis pada wajahnya.
“Dengar sini! Aku tahu engkau tidak takut kepada kami tetapi engkau perlu ingat! Mak engkau menjadi insurans kami. Aku hendak buat satu kerja. Jika kau tidak tunaikan, mak engkau di hospital akan mati. Ajal dia di tangan kami.” Kata Zain sambil menarik rambut lelaki wartawan itu ke belakang berkali-kali.
“Suruh dia bangun. Melutut.” Arah Ross kepada Zain.
“Bodoh! Bangun! Sampai bila kau hendak tertiarap sebegitu?! Sedap meniarap ya?” Herdik Zain sambil menendang lelaki wartawan itu berkali-kali.
Lelaki itu duduk melutut menghadap meja pejabar Ross. Dua tangannya diletakkan di atas dua pahanya. Dua matanya memandang Ross. Wajahnya memaparkan kemarahan. Ketidakpuasan hati akan Ross.
“Harun. Aku hendak engkau bunuh lelaki ini. Malam ini juga aku hendak engkau bunuh dia. Alamat rumahnya, pandai-pandai engkau sendiri cari kalau tidak, mak kau mati bunuh diri. Bukan kami bunuh mak engkau. Mak engkau yang bunuh diri sendiri.” Jelas Zain kepada Harun yang melutut memandang Zain dengan riak wajah yang sangat bengis.
“Aku sudah berhenti membunuh! Kenapa perlu aku juga kau cari?!” Marah Harun.
“Hahaha! Macamlah tidak biasa bunuh orang. Engkau bukan suci Harun. Engkau hina seperti kami yang engkau anggap hina! Aku dan boss aku lebih mulia daripada engkau. Engkau jijik! Dosa banyak dan sekarang hendak berlakon suci daripada dosa-dosa. Engkau pembunuh Harun! Pembunuh! Bunuh lelaki itu malam ini!” Ketawa Zain.
Surat khabar dengan gambar Encik Fang Lee Wei yang telah dibulatkan dengan pen marker merah dilemparkan pada wajah Harun lalu surat khabar itu jatuh ke lantai.
Harun menunduk melihat gambar seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 40-an, telah dibulatkan dengan pen marker merah. Ross tersenyum lebar memandang Zain dan memuji bagus Zain. Gembira Zain dipuji oleh boss kesayangannya.
__________________________________________________________________
Harun memandang dari jauh di dalam hospital. Benarlah apa yang dikatakan Zain durjana itu. Emaknya mempunyai ‘pelawat’ yang ramai. Berpakaian sut serba hitam. Baju berkolar bahagian dalam sahaja berwarna putih. ‘Pelawat’ ramai itu memakai cermin mata hitam sambil mengawasi kawasan keadaan sekeliling.
Seorang doktor keluar dari wad emaknya itu. Segera Harun berjalan dan berada di hadapan doktor itu. Harun bertanyakan soalan kepada doktor wanita bertudung tersebut mengenai kondisi emaknya.
“Encik Harun. Jangan risau. Emak awak semakin pulih. Dia tidak menghampiri kanser tahap terakhir. Kuat semangat emak awak ya. Saya kagum dengannya. Siapa yang ramai datang melawat emak awak? Saudara-mara? Ramai betul. Badan besar-besar.” Jelas doktor itu kepada Harun serta bertanyakan soalan kepada Harun.
“Ya doktor. Saudara-mara lelaki saya melawat emak saya.” Jawab Harun dengan kerisauan.
Harun tahu namun tidak boleh memberitahu perkara sebenar kepada doktor perempuan itu. Pelawat yang melawati emaknya di wad hospital bukanlah saudara-mara. Mereka adalah konco-konco atau tentera-tentera Ross. Tentera-tentera mafia tengkorak setan. Harun tidak boleh melibatkan orang lain dalam hal peribadinya. Hal masalah dengan mafia.
Identitinya sebagai pembunuh upahan dan juga sebagai vigilante tidak boleh didedahkan kepada orang awam. Wajah Harun kelihatan runsing. Dia tidak boleh melepaskan diri daripada dunia lamanya. Pekerjaan dunia gelap. Mesin air ditumbuk dengan kuat. Melepaskan kemarahannya melalui menumbuk mesin air.
Orang-orang tua berhampiran dengannya terkejut ketakutan dan segera meninggalkan kawasan tersebut di mana Harun berada. Hendak atau tidak, pilihan perlu dilakukan.
Hatinya baru sahaja hendak gembira bahawa emaknya hampir sihat namun kemunculan mafia tengkorak setan mengoyakkan kegembiraannya. Harun terpaksa membunuh seseorang demi menyelamatkan emaknya.
“Ya Allah. Mengapa jadi sebegini. Aku sudah bertaubat. Kenapa dosa silam aku kembali menghantui. Aku cuma hendak menegakkan keadilan sebagai penghapus dan penebus dosa silam aku. Aku tidak mahu membunuh lagi.” Kata Harun kepada diri sendiri sambil berjalan keluar daripada hospital.
Tanpa melengahkan masa, pintu kereta dibuka lalu dihidupkan enjin kereta proton Wira berwarna putih miliknya. Pedal minyak dipijak dengan kuat. Pantas kereta proton Wira bergerak laju meninggalkan perkarangan hospital kerajaan itu. Air matanya mengalir. Air mata dikesat dengan lengan bajunya.
Kesedihan, kemarahan, kekeliruan. Semua perasaan Harun menjadi bercampur baur. Misinya hanya perlu membunuh seorang lelaki untuk menyelamatkan ibunya daripada menjadi mangsa pembunuhan sebagai insuran kepada ketua mafia tengkorak setan.
Share this novel