File 4 : Angkara

Crime Completed 277

Pada waktu malam, kejadian selepas Shen Yi dan Pak Samad melihat dan mengetahui bahawa ibu bapa Shen Yi mati terbaring kaku di atas lantai, Shen Yi menangis dalam balutan selimut berwarna kelabu di pintu belakang ambulan.

Dua orang pegawai polis berbincang antara satu sama lain mengenai kes jenayah berkenaan yang telah berlaku ke atas kematian ibu bapa Shen Yi juga memberi kesan yang mendalam kepada Shen Yi.

“Aku rasa, ini mesti angkara perompak atau kongsi gelap orang melayu ini. Aku yakin dan pasti. Bangsa mana lain lagi yang melakukan jenayah di dalam negara sendiri ini? Bangsa lain sudah pun maju. Bangsa melayu kekal layu dan mundur. Selesa sangat ada negara sendiri.” Kata pegawai polis yang bernama Wong pada tag namanya kepada seorang pegawai polis yang juga berbangsa cina dalam bahasa mandarin.

          Shen Yi masih dalam keadaan tidak stabil. Tidak dapat menerima kematian kedua ibu bapanya yang tersayang itu. Shen Yi menggigil dan tidak larat lagi untuk menangis atas kehilangan orang tua yang disayangi. Perbualan dua orang pegawai polis berbangsa cina itu juga didengari Shen Yi.

          Pak Samad berjalan ke arah Shen Yi setelah ditanyakan beberapa soalan oleh seorang pegawai polis wanita yang cantik berbangsa cina itu. Shen Yi memandang Pak Samad dengan keadaan lemah longlai. Pak Samad menyentuh kedua bahu Shen Yi lalu memberitahu sesuatu.

“Tabah Shen Yi. Kamu kuat. Pak cik akan menyusul kamu kemudian. Pihak polis masih ingin bertanyakan soalan kepada Pak Cik.” Pak Samad melepaskan kedua belah tangannya dari menyentuh bahu Shen Yi lalu beredar pergi menemui seorang pegawai polis lelaki yang juga berbangsa cina setelah dipanggil namanya oleh pegawai polis tersebut.

Hati Shen Yi semakin mendalam lukanya tanpa darah memandang kedua-dua tubuh ibu bapanya yang dibungkuskan dengan beg mayat berzip berwarna hitam dibawa naik ke dalam ambulan bersebelahannya bagi tujuan siasatan lanjut di hospital.

Shen Yi turun dari ambulan dan memberikan ruang kepada pegawai perubatan sektor jenayah untuk mengangkat mayat kedua ibu bapa Shen Yi naik ke dalam ambulan.

“Adik nama apa?” Soal pegawai polis wanita berbangsa cina yang cantik anggun itu kepada Shen Yi yang sedang sayu dan sakit melihat mayat ibu bapanya yang dibvawa masuk ke dalam ambulan.

“Shen Yi.” Shen Yi memandang pegawai polis wanita itu yang bertanyakan namanya.

“Ikut akak pergi ke balai polis ya. Kita tunggu waris kamu yang lain untuk ambil kamu bawa pulang. Rumah kamu sekarang dalam bawah siasatan polis. Kamu duduk dan tinggal dengan keluarga waris lain ya.” Jelas pegawai polis wanita itu kepada Shen Yi.

“Akak, di mana kakak dan adik perempuan saya?” Soal Shen Yi kepada pegawai polis wanita itu.

          Pegawai polis wanita itu menoleh memandang wajah Shen Yi. Terasa sebak di hati pegawai polis wanita itu. Pegawai polis itu mengusap lengan kiri Shen Yi dengan tangan kanannya.

“Sabar ya Shen Yi. Kakak dan adik perempuan awak hilang. Kami sedang mencari sedaya upaya kakak dan adik perempuan awak.” Jawab pegawai polis tersebut.

          Shen Yi jatuh melutut dan tertunduk melihat ke tanah. Matanya yang kering kembali mengalirkan air. Shen Yi mulai menangis teresak-esak. Pegawai polis wanita itu membongkokkan badan lalu memujuk Shen Yi yang menangis itu.

“Tidak. Tidak. Kakak. Adik. Hua Jiao. Jun Weici. Kenapa semua mati? Kenapa semua ini berlaku? Kenapa ayah? Ibu kenapa? Mana kakak? Mana adik? Tolonglah balik.” Shen Yi menangis sambil berkata-kata merayu kepada keluarganya yang tiada di hadapannya.

“Shen Yi, kakak dan adik perempuan awak masih hidup. Kami sedang cari kakak dan adik perempuan awak. Jangan risau. Mereka tidak apa-apa. Saya yakin mereka baik-baik sahaja.” Kata pegawai polis yang memujuk Shen Yi menangis tanpa henti merayu agar keluarganya dikembalikan kepada pangkuannya.

          Shen Yi tetap terus menangis. Pegawai polis wanita itu membiarkan Shen Yi menangis dan mengurut-urut badan Shen Yi itu. Setelah Shen Yi tidak lagi larat untuk meneruskan menangis dan kembali stabil namun badan Shen Yi lemah longlai selepas mengetahui dia kehilangan seluruh keluarganya.

Hancur lebur hatinya. Pegawai polis wanita itu memapah Shen Yi lalu membawa Shen Yi dengan berhati-hati serta perlahan ke kereta polis. Shen Yi memasuki tempat duduk belakang polis itu dengan perlahan dengan selimut yang masih membaluti tubuh badannya. Pintu tempat duduk belakang itu ditutup oleh pegawai polis wanita itu.

Enjin kereta dihidupkan. Kereta polis dipandu pegawai polis wanita berbangsa cina itu bergerak tidak lama kemudian menyusuri jalan raya di waktu lewat malam yang kelam.

          Di stesen balai polis, Shen Yi memakan perlahan-lahan nasi lemak pada waktu malam di meja sudut bangunan stesen balai polis itu sementara menunggu kehadiran keluarga waris yang lain bagi mengambil Shen Yi pulang ke rumah.

“Kesian dia. Semua keluarga dia sudah tiada.” Kata salah seorang pegawai polis wanita berbangsa cina berambut ekor satu itu yang sedang mengisi dokumen bertuliskan tangan.

“Nanti bapa saudara ambil dia.” Ujar seorang lagi pegawai polis wanita bertudung biru gelap itu.

“Kesian. Harap dia tabah dan kuat selepas ini.” Tambah kata pegawai polis wanita berbangsa cina itu.

“Seronoklah budak itu. Dapat mewarisi harta ayah dia. Anak orang kaya. Harta semestinya billion. Ayah dia pengarah syarikat paling terbesar dalam negara. Baru remaja sudah memiliki semua. Hilang yang cuma keluarga sahaja tetapi harta dapat semua.”

“Kak, tak baik cakap begitu. Didengari budak itu nanti, berdosa nanti.” Kata polis wanita cina itu.

“Benda betul. Bukan benda bohong dan salah. Kalau aku berdosa sekalipun cakap benda macam ini, aku bertaubat sahajalah. Benda mudah jangan diberatkan.” Kata polis wanita melayu islam itu.

          Shen Yi mendengar kata-kata polis wanita melayu islam itu namun tidak mampu bertindak apa-apa. Shen Yi lemah longlai setelah kehilangan keluarganya dan juga tiada selera langsung untuk memakan nasi lemak yang dibelikan oleh pegawai polis wanita berbangsa cina itu.

Perlahan-lahan Shen Yi cuba menghabiskan nasi lemak itu. Shen Yi menyimpan dendam terhadap bangsa melayu merupakan barah di dalam negaranya sendiri.

Apa gunanya mempunyai negara namun hidup bagaikan komunis yang meerompak masyarakat kerana tiada negara sendiri. Bangsa melayu juga penyebab hidupnya porak-peranda. Dasar perompak di dalam negara sendiri.

Tiada malu melakukan apa sahaja sesuka hati mereka dengan jenayah keji seakan negara ini milik mereka dan tiada bangsa lain yang hidup di dalam negara ini. Diskriminasi kaum terhadap bangsa india dan cina juga teramat kuat. Mereka memandang hina terhadap bangsa india dan cina.

Shen Yi menyimpan dendam terhadap bangsa melayu. Bangsa Melayu, barah manusia. Tidak hairanlah Shen Yi seringkali difitnah di sekolah, diejek dan juga selalu pelajar-pelajar melayu semasa di sekolah rendah serta sekolah menengah menggugat kesabaran Shen Yi. Orang-orang melayu sememangnya tiada kesopanan, biadab dan pentingkan diri sendiri.

Nasi lemak yang dapat secara percuma itu daripada pegawai polis wanita berbangsa cina berjaya dihabiskan dimakan oleh Shen Yi. Air tin jenama sprite diambil dan diteguk secara perlahan-lahan. Pintu balai polis dibuka.

Seorang lelaki cina dewasa memasuki balai polis dan berjalan menemui kaunter utama di balai polis. Lelaki dewasa itu bertanyakan soalan tentang keberadaan anak saudaranya. Polis wanita cina itu menunjukkan di mana anak saudaranya berada.

Lelaki dewasa itu menoleh ke arah Shen Yi lalu berjalan menghala Shen Yi. Shen Yi memandang lelaki berkaca mata hitam itu yang ditemani oleh beberapa orang pengawal sekuriti peribadi. Lelaki dewasa itu melutut lalu memeluk Shen Yi. Shen Yi tidak larat hendak memberi apa-apa reaksi.

Semua pengawal sekuriti peribadi lelaki itu hanya menundukkan pandangan sebagai tanda simpati terhadap Shen Yi. Lelaki berkaca mata hitam itu mengalihkan tangan dari memeluk Shen Yi kepada memegang kedua-dua belah bahu Shen Yi.

Bapa saudaranya yang berkaca mata hitam itu menyuruh Shen Yi bersabar dan tabah agar terus menjadi kuat. Bapa saudara itu juga memberitahu mulai hari ini, Shen Yi hidup tinggal bersamanya. Dia menanggung segala kehidupan Shen Yi. Shen Yi mampu akur sahaja buat masa ini. Shen Yi menjadi anak yatim piatu. Kebajikan dirinya diambil alih oleh bapa saudaranya. Segala keperluan Shen Yi akan ditanggung oleh bapa saudaranya.

Bapa saudara Shen Yi, encik Fang Lee Wei bangun daripada melutut dan pergi ke kaunter utama stesen balai polis itu. Encik Fang Lee Wei mengucapkan terima kasih kepada dua anggota polis wanita yang sedang bertugas di kaunter itu. Shen Yi diiringi oleh beberapa orang pengawal sekuriti peribadi bapa saudaranya itu berjalan menaiki kereta limosine berwarna hitam.

Kereta limosine berwarna hitam itu bergerak meninggalkan stesen balai polis di malam yang kelam dengan perlahan diiringi beberapa kereta limosine yang lain yang juga mempunyai nombor plat kereta yang serupa.

Shen Yi merenung keluar dari tingkap kiri tempat duduk tengah kereta limousine. Bapa saudaranya memandang Shen Yi dengan sayu. Air matanya mulai mengalir. Tisu diambil dari poket bajunya.

Air mata dilap menggunakan tisu. Bapa saudaranya berasa tersangat-sangat sedih kerana kehilangan abang kandung sulungnya, kakak ipar dan anak-anak saudara perempuan yang merupakan adik beradik Shen Yi yang tersayang.

Encik Fang Lee Wei bernekad untuk menjaga Shen Yi dengan perasaan yang penuh kasih sayang seperti anak kandungnya sendiri walaupun dia sendiri tidak mempunyai seorang pun anak.

Setelah satu jam perjalanan mengharungi kesesakan jalan raya lalu lintas dengan kenderaan yang banyak walaupun pada ketika itu jam pukul 2 pagi di bandaraya Kuala Lumpur. Encik Fang Lee Wei dan Shen Yi tiba di hadapan sebuah rumah istana seperti istana sultan bahkan lebih megah yang berdiri gagah dan turut bercahaya meriah seakan terdapat sambutan meriah di dalam istana tersebut.

“Bangun Shen Yi. Kita sudah sampai di rumah.” Kata Encik Fang Lee Wei dengan lembut kepada Shen Yi mengejutkannya yang tertidur akibat kepenatan.

Shen Yi terjaga dari tidurnya kepala bersandarkan pada pintu kereta. Matanya terbuka dan memandang bahagian hadapan rumah istana itu melalui tingkap kereta tersebut.

Alangkah bahagianya jika Shen Yi membukakan matanya yang berada di hadapan matanya merupakan rumahnya dan kereta yang dinaikinya merupakan kereta milik ibu bapanya. Shen Yi ingin pulang ke rumah bersama-sama keluarganya namun ibu bapanya telah pun meninggal dunia akibat dibunuh.

Pintu kereta di bahagian kiri Shen Yi dibukakan oleh seorang pengawal peribadi bapa saudaranya. Shen Yi melangkah keluar lalu mendongak melihat rumah istana milik bapanya. Pintu gerbang rumah istana itu dibuka. Beberapa orang pengawal peribadi membuka pintu gerbang masuk rumah istana itu dari menolak keluar dari dalam. Muncul seorang wanita berbangsa cina keluar dari pintu gerbang itu.

Wanita itu memanggil Shen Yi dengan lemah lembut. Dia menjemput Shen Yi untuk masuk ke dalam rumah. Bapa saudara dan Shen Yi  memasuki rumah istana itu dengan diiiringi oleh orang-orang pengawal peribadinya. Pintu gerbang ditutup rapat dan dikunci.

Beberapa orang pengawal peribadi itu yang berada di luar istana menaiki kereta limousine hitam yang parkir di hadpan istana. Kereta-kereta limousine berwarna hitam yang berada di hadapan rumah istana itu terus meninggalkan kawasan tersebut lalu bergerak pusing ke belakang istana.

“Shen Yi sudah makan? Lapar?” Soal isteri bapa saudara Shen Yi itu di ruang hadapan pintu gerbang masuk istana sebaik sahaja Shen Yi meletakkan kasut di rak kasut sebelum melangkahkan kaki masuk memijak lantai karpet rumah istana itu. Shen Yi menggelengkan kepala.

“Sayang, tunjukkan dia bilik tidur dia. Bawakan Shen Yi ke bilik dia dan Shen Yi mandi ya. Esok saya akan tolong uruskan barang-barang di rumah Shen Yi.” Kata bapa saudara Shen Yi kepada isteri tercintanya itu dengan lembut.

Emak saudaranya itu akur dengan perintah suaminya dengan menganggukkan kepala. Emak saudara menunjukkan bilik tidur Shen Yi. Sememangnya di dalam rumah bapa saudaranya itu bagaikan istana diraja. Sungguh besar dan cantik mengalahkan dewan rakyat.

Di dalam rumah istana itu dihias-hias sepenuhnya dari lantai sehingga ke siling penuh dengan kesenian bangunan yang memukau. Lantai berkapet penuh berwarna merah. Shen Yi dibawakan ke suatu bilik tidur di tingkat atas setelah menaiki tangga yang lebar dan terlalu luas walaupun membolehkan sepuluh orang untuk menaiki tangga pada masa yang sama.

Pintu bilik tidur dibukakan oleh emak saudara Shen Yi. Ruang biliknya yang amat luas dan boleh memuatkan dua lapan buah katil di dalam satu bilik tersebut. Katilnya juga besar seperti katil seorang putera raja. Katil tersebut terlalu besar untuk tidur seorang diri. Katil berwarna kuning. Bilik yang bertemakan berwarna putih dan kuning seperti kamar sultan.

“Tanggal baju seni bela diri kamu itu. Pergi mandi ya.” Kata emak saudara Shen Yi dan menghulurkan tuala berwarna putih bersih dan juga gebu.

Shen Yi menerima lipatan tuala tersebut sambil menganggukkan kepala sebagai isyarat memahami apa yang diucapkannya. Emak saudara Shen Yi keluar dari bilik lalu menutup daun pintu bilik dengan perlahan. Shen Yi menanggalkan pakaiannya. Suis pemanas air dihidupkan.

Dia memasuki bilik air yang mewah itu. Di dalam bilik air, Shen Yi memandang dirinya sendiri pada cermin besar yang boleh melihatkan separuh badan bahagian atasnya. Wajahnya dipalingkan dari melihat wajah diri sendiri. Shen Yi membuka pili air setelah menunggu air paip menjadi panas.

Pili air itu mengisi tab mandi. Beberapa botol sabun susu mandi diambil dituangkan sedikit dari setiap botol sabun susu mandian itu sehinggakan air tab mandi yang panas itu menjadi berbuah.

Kaki melangkah besar dan dimasukkan ke dalam tab mandi yang berisikan air panas mandian sabun susu perlahan-lahan. Shen Yi mulai berendam di dalam tab mandi Tuala dilipat dan diletakkan ke belakang kepalanya lalu kepalanya disandarkan pada tebing tab mandi. Dia sangat berharap agar keluarganya kembali seperti sedia kala walaupun mustahil.

Selepas berendam untuk waktu yang lama, Shen Yi memberus gigi sehingga puas lalu keluar dari bilik dan mengelap badannya menggunakan tuala putih. Shen Yi teringat akan sesuatu. Dia tidak mempunyai apa-apa baju persalinan setelah mandi.

Baju karate miliknya telah pun diletakkan dalam bakul dan sudah berbau busuk dengan peluh. Rambut dan kepalanya dilap dengan tuala yang sama. Kelihatan gaya pada malam ini, Shen Yi terpaksa tidur malam tanpa mengenakan sebarang apa-apa pakaian. Shen Yi terlihat sesuatu yang terdapat di atas katilnya. Jubah mandi berwarna putih. Jubah mandi putih itu diambil lalu disarungkan.

Seterusnya suis lampu bilik tidur ditutup. Shen Yi menaiki katil besar mewah itu. Tersangatlah empuk dan lembut katil tersebut bersama-sama dengan selimut dan bantal. Selimut dibaluti badan dan kepalanya direhatkan pada bantal.

Mata tidak lagi berdaya untuk dibuka lalu perlahan-lahan menutup mata. Kesedaran Shen Yi pun hilang. Hanya malam yang sunyi dan bilik yang indah menemani keletihan Shen Yi akan kehidupan yang tidak terduga berat ujiannya.

Waktu malam berlalu, matahari memanjat langit ingin memunculkan diri. Beberapa jam berlalu, akhirnya matahari berjaya memanjat lalu mendedahkan sebahagian kecil tubuh dirinya.

Puncak kepala matahari kian kelihatan dan menyinari bumi. Sedikit demi sedikit sebahagian permukaan bumi yang gelap menjadi semakin cerah setelah diterangi cahaya matahari pada waktu pagi.

Suhu bilik masih rendah. Suhu bilik serendah sebagaimana malam yang menyejukkan suasana. Selimut boleh dirasakan kesejukkan pada kainnya. Tubuh Shen Yi masih dibaluti selimut yang sejuk. Kedua matanya masih bertutup rapat.

Shen Yi masih tidur walaupun hari sudah pagi. Cahaya matahari mulai memasuki bilik Shen Yi menerusi tingkap kaca bilik. Jam di dinding menunjukkan pukul jam 10 pagi. Seorang lelaki berpakaian kemas kod Black Tie berjalan dan berhenti di hadapan pintu bilik tidur Shen Yi.

“Shen Yi. Kamu sudah bangun?” Soal encik Fang Lee Wei di hadapan pintu bilik.

          Shen Yi masih tidak sedarkan diri. Shen Yi tidur lena akibat kepenatan dengan kejadian hari semalam. Isteri encik Fang Lee Wei menemui suaminya. Encik fang Lee Wei memandang wajah isterinya.

“Biarlah dia rehat terlebih dahulu. Kasihan dia. Kita tunggu sahaja dia keluar dari bilik.” Pesan isteri tercinta encik Fang Lee Wei.

“Ya kasihan. Ayah dia juga merupakan abang sulung kandung saya walaupun saya tidak seberapa rapat dengan abang saya. Walaubagaimanapun, saya kasihkan anak abang sulung saya. Saya sayang anak saudara saya. Saya juga berasa sedih sangat-sangat kerana kehilangan Hua Jiao dan Jun Weici. Apa-apa pun, saya bersyukur Shen Yi masih ada. Pasti ada hikmah sebalik semua ini.” Keluh resah encik Fang Lee Wei.

“Sayang ambillah cuti untuk seminggu. Awak ini ketua syarikat. Pengurus syarikat. Minta sahaja pembantu awak ambil alih untuk seminggu atau dua minggu. Layan anak saudara kita ini. Sunyi dia jika hanya duduk di rumah dan juga kita berdua tiada pula.” Pesan dengan lembut isteri encik Fang Lee Wei kepada suaminya.

“Sekejap lagi saya beritahu pembantu saya untuk ambil alih pengurusan syarikat buat sementara waktu. Kita berdua rancang aktiviti apa yang boleh menggembirakan hati Shen Yi dan buatkan dia ceria dan bangkit bersemangat pula.” Ujar encik Fang Lee Wei.

“Lama Shen Yi tidur, mungkin sebaik sahaja dia bangun tidur, sudah semestinya bangun tidur dalam keadaan kelaparan.” Kata isteri encik Fang Lee Wei.

“Shen Yi pun mungkin dia tiada selera makan kerana kehilangan ibu ayahnya. Makanan seperti bubur, roti dan sup sayur sesuai dengan keadaan seleranya.” Balas encik Fang Lee Wei.

“Nanti saya buatkan memandangkan tukang masak sedang berehat.” Isteri encik Fang Lee Wei menawarkan dirinya untuk memasakkan sarapan untuk Shen Yi.

“Kalau begitu, saya sediakan buah-buahan juga untuk sarapan Shen Yi agar vitamin-vitamin daripada buah-buahan mudah-mudahan dapat membaiki semula kestabilan fikirannya.”

          Encik Fang Lee Wei dan isterinya beredar daripada pintu hadapan bilik Shen Yi sementara Shen Yi masih tidur. Sejam pun berlalu, kedua-dua mata Shen Yi terbuka. Tubuhnya mengiring ke kiri. Badan belakang direbahkan. Shen Yi baring dan tubuh bahagian hadapannya menghadap ke siling. Shen Yi bangkit dari tidurnya dalam keadaan duduk melunjur di atas katil.

Pandangannya melihat dari ke kiri dan ke kanan berulang-ulang kali. Selimutnya diangkat. Selimut itu dibelek oleh Shen Yi. Ruang bilik tidur itu diperhatikan oleh Shen Yi sepenuh perhatiannya. Hampa.

          Shen Yi bukan berada di dalam bilik tidur miliknya. Bilik tidur tersebut merupakan bilik tidur rumah istana milik bapa saudaranya yang memberi Shen Yi untuk bertumpang setelah kematian keluarganya. Selimut diangkat dan diletakkan menutup wajahnya. Shen Yi membongkokkan badannya dalam keadaan melunjur. Shen Yi menangis.

Air matanya mengalir. Shen Yi tidak dapat menerima kehilangan segalanya. Keluarganya adalah segala-galanya untuk dirinya. Kini sudah tiada. Hidup berseorangan diri. Habis mengeluarkan rasa sedih dan sakit kehilangan keluarganya, Shen Yi kembali baring di katil. Shen Yi hendak sambung tidur namun tidak berjaya.

Shen Yi telah mendapatkan tidur yang lebih daripada cukup. Hanya mampu termenung. Pintu Shen Yi diketuk-ketuk dengan perlahan. Encik Fang Lee Wei bertanyakan soalan mengenai Shen Yi telah bangun tidur atau belum.

“Sudah bangun.” Balas Shen Yi akan pertanyaan bapa saudaranya itu.

“Boleh pak cik masuk bilik?” Soal encik Fang Lee Wei meminta keizinan daripada Shen Yi.

“Boleh. Masuklah.” Jawab Shen Yi memberi keizinan kepada bapa saudaranya.

          Pintu bilik Shen Yi dibuka dengan perlahan. Encik Fang Lee Wei masuk ke dalam bilik Shen Yi dalam keadaan menunduk lalu mengangkat wajahnya dengan perlahan lalu memandang Shen Yi yang sedang duduk melunjur di atas katil sambil bersandar.

“Mari makanan sarapan. Kamu pasti lapar. Sudah mandi?” Soal encik Fang Lee Wei yang mengambil berat terhadap keadaan anak saudara lelakinya.

“Belum mandi.” Balas Shen Yi.

“Baiklah. Pergi mandi dan kemudian boleh cari makanan di meja makan ya. Pak cik dan mak cik tunggu kamu di meja makan.” Pesan encik Fang Lee Wei kepada anak saudara lelakinya, Shen Yi.

“Pak cik. Saya tiada baju hendak tukar. Hanya ada jubah mandi sahaja yang saya pakai untuk tidur malam tadi.” Kata Shen Yi.

“Oh, minta maaf. Maafkan pak cik. Pak cik akan segera keluar belikan baju untuk kamu.” Encik Fang Lee Wei memohon maaf kepada Shen Yi atas kecuaiaannya.

“Tidak mengapa pak cik. Saya boleh tunggu pak cik.” Kata Shen Yi dengan lemah lembut walaupun fikirannya sedang kacau bilau.

“Berapa saiz pakaian kamu?” Soal encik Fang Lee Wei.

“Saiz M akan tetapi pak cik, kenapa tidak sahaja kita ambil barang-barang saya di rumah sana? Di rumah asal saya terdapat banyak barang-barang peribadi milik saya.” Tambah Shen Yi.

“Rumah kamu, masih dalam berada siasatan dan pengawasan pihak polis. Mungkin lambat lagi untuk dibenarkan untuk pak cik ambil barang-barang peribadi kamu bersama dengan kamu sambil diiringi anggota polis yang bertugas.” Jawab encik Fang Lee Wei.

“Begitu.” Baru Shen Yi mendapat kefahaman atas penjelasan bapa saudaranya itu.

“Kamu mandilah. Pak cik tolong carikan dan belikan pakaian untuk kamu.” Encik Fang Lee Wei  memberitahu kepada Shen Yi.

“Terima kasih pak cik.” Ucap Shen Yi.

“Tiada masalah.” Balas encik Fang Lee Wei.

          Encik Fang Lee Wei berjalan keluar bilik Shen Yi lalu sempat memberikan senyuman kepada Shen Yi sebelum menarik  menutup daun pintu bilik Shen Yi. Shen Yi turut membalas senyuman. Pintu bilik Shen Yi ditutup oleh encik Fang Lee Wei. Lantas Shen Yi pergi ke bilik air dan mandi.

          Tuala putih dicapai dan digunakan untuk mengelap badannya yang kebasahan. Rambut kepalanya dilap bersungguh-sungguh. Tuala putihnya itu disangkut berpaut pada lehernya. Jubah putih yang diletakkan di aats katil diambil semula dan dipakai sementara menunggu kepulangan bapa saudaranya yang pergi keluar ke bandar untuk membeli pakaian baru Shen Yi.

Lama pula hendak menunggu kepulangan bapa saudaranya. Tuala putih yang dipautkan pada lehernya diambil lalu disarungkan pada badan bahagian bawah pinggang menutupi pusat sehingga lututnya dengan tuala putih. Dia duduk di tepi katil. Termenung seketika memikirkan keluarganya dan nasib dirinya.

__________________________________________________________________

“Terima kasih encik kerana membeli. Sila datang lagi.” Ucap seorang penjaga kaunter perempuan bertudung pembayaran kepada encik Fang Lee Wei di kedai pakaian. Encik Fang Lee Wei memberikan senyuman kepada penjaga kaunter pembayaran yang manis itu. Encik Fang Lee Wei berjalan keluar dari kedai barangan keperluan itu diiringi beberapa anggota pengawal peribadinya yang sasa berpakaian kod Black Tie dan berkaca hitam.

“Uish, orang yang kaya gila membeli di kedai biasa-biasa kita kerja ini. Boleh sahaja dia membeli baju di kedai berjenama yang mahal-mahal tetapi dia beli di kedai kita.” Kata seorang pekerja lelaki kedai barangan keperluan kecil itu berbaju t-shirt berwarna hijau yang sedang mengelap cermin tingkap kedai kepada rakannya yang sedang menyemak stok barangan bersebelahannya di rak kasut.

“Rezeki namanya. Banyak juga baju dan seluar dia beli. Pakaian saiz M dia beli banyak. Apa salahnya dia membeli kedai-kedai kecil. Pelanggan tetap pelanggan. Tidak kira pangkat atau harta sebanyak mana pun dia ada. Tidakkan pula kita hendak menghalau dia keluar daripada kedai.” Kata rakannya.

“Ramai pelanggan yang banyak membeli barangan di kedai kita. Kita juga mendapat manfaat juga kerana tuan kedai dapat membayar gaji kita dengan untung hasil jualan dia.” Tambah kata rakannya yang membaca dokemun fail senarai stok barangan kedai.

“Betul-betul kata kamu itu.” Kata rakan itu lalu menganggukkan kepalanya sedang fikirannya memproses maklumat.

          Plastik yang berisikan pakaian diletakkan di atas riba sebaik sahaja encik Fang Lee Wei duduk di tempat duduk tengah kereta dibukakan pintu kereta oleh pengawal peribadinya.

Kereta Limosine hitam itu dipandu oleh pengawal peribadinya dengan kelajuan 90km/j sebagaimana diminta oleh Encik Fang Lee Wei yang tidak mahu anak saudaranya menunggu lama untuk mendapatkan pakaiannya. Tiba di rumah, encik Fang Lee Wei masuk ke dalam rumah dan berjalan menuju ke bilik Shen Yi di tingkata tas dengan menaiki tangga. Daun pintu bilik Shen Yi diketuk.

          Tiada respons. Daun pintu bilik Shen Yi diketuk berkali-kali dna juga nama Shen Yi dipanggil berkali-kali. Tiada jawapan. Daun pintu bilik Shen Yi dibuka. Bilik tidur di mana Shne Yi tidur pada malam semalam kosong. Tiada kelibat Shen Yi. Daun pintu bilik Shen Yi ditutup semula.

“Sayang? Di mana Shen Yi?” Encik Fang Lee Wei memanggil isterinya dan bertanyakan soalan dengan suara yang kuat.

“Shen Yi ada sayang. Dia sedang sarapan.” Balas isteri encik Fang Lee Wei yang berada di tingkat bawah.

“Eh?” Encik Fang Lee Wei kehairanan. Shen Yi tidak mempunyai pakaian untuk dipakai dan bagaimana pula Shen Yi dapat keluar bilik dalam keadaan tidak berpakaian.  Terus encik Fang Lee Wei berjalan menuju ke meja makan dengan pantas.

          Encik Fang Lee Wei melihat Shen Yi memakan sarapan dengan berpakaian yang labuh. Baju putih berlengan pendek dan berseluar labuh berwarna hitam.

“Saya baru sahaja belikan baju untuk Shen Yi.” Encik Fang Lee Wei memberitahu isterinya.

“Lama sangat. Kesian anak saudara kita ini. Kelaparan dia tunggu abang. Lebih baik dia pakai baju lama abang.” Balas isterinya.

“Okay then. Macam mana Shen Yi? Sedap makan sarapan?” Soal bapa saudara Shen Yi kepada Shen Yi yang sedang memakan bubur ayam secara perlahan-lahan dengan sudu. Bapa saudara Shen Yi menarik kerusi lalu duduk bersebelahan dengan Shen Yi.

“Sedap. Terima kasih pak cik.” Ucap Shen Yi. Bubur itu diteruskan menjamah.

“Ini baju dan seluar pak cik belikan untuk kamu. Nanti kamu cuba pakai selepas sarapan. Muat atau tidak, beritahu pak cik.” Tambah encik Fang Lee Wei.

“Baik. Terima kasih pak cik dan mak cik.” Ucap Shen Yi dan memberikan senyuman sebagai tanda penghargaan kepada bapa dan ibu saudaranya.

“Petang nanti, kita pergi jalan-jalan ya Shen Yi. Bosan duduk sahaja di rumah. Kamu tidak perlu sekolah untuk seminggu atau dua minggu. Hal sekolah, biar pak cik kamu uruskan.” Kata isteri encik Fang Lee Wei kepada Shen Yi.

Shen Yi mengangguk sambil menghabiskan bubur nasi dengan mengangkat dan meminum saki baki bubur yang tinggal di dalam mangkuk itu. Roti pula dicapai dan dijamah dengan mencelup ke dalam sup cendawan. Beberapa kepingan roti dikoyakkan Shen Yi kepada beberapa bahagian lalu diletakkan dalam mangkuk sup cendawan. Roti yang kebasahan dengan sup cendawan dicedok dengan sudu lalu Shen Yi memasukkan ke dalam mulut dan dikunyah.

Meskipun tiada selera makan untuk menjamah makanan, Shen Yi tetap memakan makanan sarapan yang disediakan oleh ibu saudaranya sebagai tanda syukur dan menghargai kebajikan yang dilakukan oleh ibu bapa saudaranya yang memenuhi keperluannya dengan rela hati dan juga kasih sayang.

Tamat makan sarapan, Shen Yi menemukan kedua belah tapak tangannya dan mengucapkan syukur atas makanan yang telah disediakan oleh kedua ibu bapa saudaranya.

“Terima kasih untuk makanan ini.” Ucap Shen Yi.

          Kedua ibu bapa saudaranya melihat Shen Yi sambil tersenyum sehingga menampakkan gigi mereka. Kagum akan kesantunan anak saudara mereka itu. Ibu saudara Shen Yi menghulurkan segelas air laici susu.

Shen Yi mencapai air gelas itu dan memberikan tundukan kepala sebagai hormat dan mengucapkan terima kasih kepada ibu suadaranya itu. Perlahan-lahan air gelas laici susu itu diteguk. Sudu diambil dan buah laici dicedok lalu dimakan. Sungguh sedap. Dapat dirasai kelazatan dan kemanisan air susu dan buah laici. Air susu laici itu dihabiskan.

“Kamu pasti bosan. Perkara apa yang kamu selalu lakukan ketika bosan?” Soal ibu saudara Shen Yi.

“Biasanya baca komik. Baca buku cerita. Baca surat khabar. Saya banyak habiskan masa dengan membaca.” Jawab Shen Yi.

“Wah bagus. Petang nanti kita pergi membeli belah ya. Pak cik belanja apa sahaja buku-buku yang kamu hendak. Pak cik tidak halang kamu untuk beli buku sebanyak mana kamu mahu.” Pelawa bapa saudara Shen Yi.

“Terima kasih banyak-banyak pak cik.” Hati Shen Yi menjadi sebak lalu menitiskan air mata.

“Mengapa? Kenapa menangis?” Soal ibu saudara Shen Yi kerana hairan akan Shen Yi yang secara tiba-tia menangis.

“Teringat akan ayah saya. Ayah saya sentiasa membenarkan saya untuk membelikan apa-apa buku yang saya hendak baca dan selalu membawa saya ke kedai buku berdekatan. Banyak buku-buku dia belikan.” Luah Shen Yi sambil menangis dan menundukkan kepala di meja makan.

          Ibu saudara Shen Yi bangun dari tempat duduknya lalu memeluk Shen Yi. Begitu juga dengan encik Fang Lee Wei. Mereka berdua memeluk Shen Yi bagi menenangkan hati Shen Yi. Setelah penat menangis, Shen Yi mengelap air matanya menggunakan kedua-dua belah tangan. Ibu saudara Shen Yi menghulurkan tisu. Tisu diambil dan digunakan untuk mengelap segala cecair yang ada di wajahnya.

“Suatu hari nanti, Shen Yi akan menjadi lebih kuat. Pak cik percaya.” Kata bapa saudaranya itu. Shen Yi hanya mampu membalas kata-kata bapa saudaranya dengan menganggukkan kepala sebagai tanda membenarkan apa yang dikatakan oleh bapa saudaranya.

          Shen Yi mengemas pinggan dan mangkuk serta gelas yang telah diminumnya lalu dibawakan ke dapur. Sekali lagi ibu bapa saudara Shen Yi kagum dengan tindak anak saudara lelakinya itu.

Bapa saudara Shen Yi amat berbangga akan anak saudara lelakinya yang dididik oleh abang sulung kandungnya, encik Fang Guang Hu. Shen Yi bertanyakan soalan kepada ibu saudaranya di mana terletaknya dapur untuk Shen Yi membasuh pinggan mangkuk tersebut.

Ibu saudara Shen Yi menujukkan di mana dapur rumah berada. Bapa saudara Shen Yi tersenyum melihat Shen Yi. Shen Yi meletakkan pinggan mangkuk dan membasuh di singki. Pinggan dan mangkuk dibasuh oleh Shen Yi dengan cermat. Ibu saudara memuji kerajinan dan kepandaian Shen Yi dalam membasuh pinggan.

Shen Yi mengucapkan terima kasih serta menyatakan bahawa Shen Yi dan adik beradik sememangnya diasuh untuk membasuh pinggan sendiri dan juga membantu ibu mereka di dapur. Sekali lagi ibu saudara Shen Yi kagum akan Shen Yi. Shen Yi mengeluh. Selesai membasuh pinggan, bapa saudara Shen Yi mengajak Shen Yi untuk mengikut dia berjalan.

Shen Yi berjalan bersama-sama bapa saudaranya melihat segala ruang yang ada di dalam rumah istana milik bapa saudaranya termasuk gim, dewan, dan juga panggung wayang peribadi sehingga mereka berhenti di hadapan suatu pintu. Pintu itu dibukakan oleh bapa saudara Shen Yi. Perpustakaan peribadi yang sebesar perpustakaan sekolah menengah namun jauh lebih cantik dan ceria.

“Ini buku-buku yang pak cik dan mak cik dapat sebagai hadiah, kumpul dan juga beli. Kebanyakan buku-buku yang pak cik dan mak cik ada, kami beli daripada buku-buku perpustakaan sekolah kebangsaaan rendah dan juga menengah yang cantik-cantik serta masih elok hendak dilupuskan. Sempat selamatkan buku-buku yang penuh berilmu. Kamu bolehlah baca jika kebosanan. Komik, majalah dan buku-buku cerita nanti kita beli kemudian petang ini ya.” Jelas bapa saudara Shen Yi.

          Shen Yi menganggukkan kepala. Perpustakaan itu diamati Shen Yi. Kaki kanan Shen Yi melangkah masuk. Setiap rak buku berwarna berlainan diperhatikan. Shen Yi memandang dinding perpustakaan. Terdapat lukisan dan senarai dalam jadual tersebut. Setiap genre diasingkan mengikut warna-warna rak buku.

Pantas Shen Yi berjalan menuju ke rak buku seksyen sains. Buku infografik megenai sains dan alam diambil lalu dibelek isinya. Bapa saudaranya tersenyum melihat anak saudaranya membaca buku. Bapa saudaranya itu berjalan beredar dari perpustakaan.

          Shen Yi meletakkan buku sains itu di tepi lalu berbaring di atas lantai. Lengan kirinya diletakkan di atas dahinya. Shen Yi termenung memandang siling perpustakaan tersebut. Shen Yi bangun dari tempat dia baring lalu keluar perpustakaan dan menutup pintu perpustakaan.

Muka Shen Yi kelihatan tidak tenang. Boleh ditafsirkan dari wajahnya bahawa fikirannya serabut. Tahap kesihatan mental Shen Yi berada dalam keadaan tidak stabil. Hidupnya tidak lagi bermakna.

          Shen Yi berjalan ke arah bilik tidurnya. Pintu dibuka dan ditutup kembali setelah masuk ke dalam bilik.  Pantas badannnya direbahkan ke atas katil. Bantal berdekatan diambil lalu dipeluk. Semangat untuk hidup begitu rendah. Kehilangan ibu ayah tercinta amatlah berat dugaannya. Tambahan pula, Shen Yi turut kehilangan kakak dan adik perempuan kesayangannya.

“Ayah, ibu, kakak, adik. Di mana kau orang? Mana? Shen Yi keseorangan. Kenapa kau orang tinggalkan Shen Yi.” Kata Shen Yi berseorangan diri sambil memeluk bantal. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja Shen Yi menangis namun kedua belah matanya tidak lagi terdaya mengeluarkan air mata kerana sudah banyak menangis pada malam semalam.

          Shen Yi teringat akan sesuatu. Segera dia berjalan keluar dari bilik tidurnya. Menuruni tangga. Langkahnya terhenti pada meja makan. Terdapat bungkusan plastik di atas meja. Isi barangan bungkusan plastik itu dikeluarkan dan diperiksa.

Isi kandungan bungkusan plastik itu merupakan pakaian yang dibelikan oleh encik Fang Lee Wei untuk Shen Yi. Bungkusan plastik itu dibawa oleh Shen Yi ke dalam bilik tidurnya. Shen Yi menukarkan baju yang ada pada tubuhnya dengan pakaian yang baru dibeli oleh encik Fang Lee Wei.

          Baju round neck lengan pendek berwarna hitam disarungkan bersama dengan seluar slack panjang berwarna coklat gelap. Kemas. Shen Yi berdiri di hadapan cermin panjang secara menegak. Segak. Sekali lagi beg plastik yang berisikan pakaian diperiksa. Shen Yi menjumpai seutas jam tangan berwarna hitam dan putih.

Cantik jam tangan tersebut. Tidak sangka bapa saudaranya itu juga sempat membeli seutas jam tangan. Jam tangan itu dipakaikan pada tangan kiri Shen Yi dengan kemas. Pada waktu tengahari, Shen Yi berasa kebosanan walaupun dirinya rasa tidak bersemangat untuk hidup. Pintu istana dibukakan oleh pengawal peribadi bapa saudaranya. Shen Yi berjalan melihat suasana sekeliling istana yang indah pemandangannya.

          Puas melihat taman-taman bunga yang amat luas dan berpeluang menyapa dan beramah mesra dengan pekerja-pekerja kontraktor pembersihan yang bertugas membersihkan sekeliling istana milik bapa saudaranya.

Para pekerja bertanyakan mengenai diri Shen Yi namun terpaksa juga menjawab soalan mereka mengenai soalan peribadi Shen Yi seperti berapa ramai ahli keluarga dan tinggal di mana serta mengapa tinggal bersama encik Fang Lee Wei.

Sukar. Sukar untuk Shen Yi memberitahu bahawa semalam baru sahaja Shen Yi kehilangan seluruh ahli keluarganya. Mendengar jawapan Shen Yi, para pekerja meminta maaf dan rasa bersalah bertanyakan soalan peribadi kepada Shen Yi kerana mereka benar-benar tidak mengetahui apa yang telah terjadi kepada Shen Yi.

          Shen Yi kembali masuk ke dalam rumah istana bapa saudaranya. Encik Fang Lee Wei menemui Shen Yi. Shen Yi akur akan pelawaan encik Fang Lee Wei dan ibu saudaranya. Ibu bapa saudara Shen Yi dan juga Shen Yi diiringi bersama-sama pengawal peribadi yang ramai menaiki kereta limousine berwarna hitam.

Kereta limousine itu meninggalkan perkarangan istana milik bapa saudaranya. Beberapa puluh minit berlalu, Shen Yi dan ibu bapa saudaranya tiba di pasar raya yang besar-besaran. Pasar raya tersebut mempunyai enam tingkat termasuk dua tingkat untuk tempat meletakkan parkir kenderaan.

          Tiga buah kereta limousine diletakkan di parkir kereta aras B2 di bawah tanah. Mereka memasuki pasar raya yang besar dan megah indah itu. Kesejukan pendingin hawa mencengkam tulang belulang sesiapa sahaja yang melangkah masuk pasar raya besar itu namun ibu bapa saudara Shen Yi serta pengawal peribadi memakai pakaian yang tebal kecuali Shen Yi.

Kesejukan pendingin hawa pasar raya itu tidak dapat mencengkam tulang belulang Shen Yi kerana Shen Yi tahan akan suhu persekitaran yang rendah.Ibu bapa saudara membawanya berjalan-jalan di dalam pasar raya itu.

          Mereka telah menyinggah arked, membeli pakaian serba baru dan cantik untuk Shen Yi, menonton wayang untuk dua jam, membeli buku komik, majalah, novel dan bahan-bahan bacaan lain untuk Shen Yi. Pelbagai aktiviti mereka lakukan untuk supaya mengubati hati Shen Yi yang luka dan berduka.

          Apabila kepenatan bersuka ria, mereka pun pulang ke tempat kediaman mereka semula. Shen Yi berasa seronok dan gembira dapat meluangkan masa bersama ibu bapa saudaranya. Setelah tiba di tempat kediaman.

Shen Yi membaca buku-buku yang baru dibeli pada petang tadi di pasar raya besar di bilik tidurnya. Jam 5 petang, Shen Yi minum petang bersama ibu bapa saudaranya dan bersembang mengenai apa yang telah mereka lakukan dan keseronokan aktiviti di pasar raya pada petang tadi.

          Selepas minum petang, Shen Yi beriadah bersama ibu bapa saudaranya di gim persendirian. Shen Yi bersungguh-sungguh berlari di atas mesin larian bersama-sama ibu bapa saudaranya. Shen Yi berasa hairan bahawa kehidupan bapa saudaranya jauh lebih mewah berbanding ayahnya walaupun sebenarnya ayahnya jauh lebih kaya dan berharta berbanding bapa saudaranya.

Perbezaannya bapa saudaranya tinggal di dalam istana manakala keluarga tinggal di dalam rumah agam. Keindahan dan saiz besar istana bapa saudaranya setanding dengan sultan selangor kecuali rumah istana tersebut dibina dengan menggunakan duit perniagaan bapa saudaranya sendiri dan tidak menggunakan duit rakyat.

          Shen Yi mengelap peluh badannya yang banyak dengan tuala di dalam bilik tidurnya. Pendingin hawa dan kipas juga dibuka bagi menyejukkan badannya. Botol air berwarna hijau diteguk dan diletakkan di atas meja kecil bersebelahan katil. Shen Yi masuk ke dalam bilik air lalu mandi.

Hari sudah malam. Matahari tidak lagi menyinari sebahagian negara-negara timur dan beredar menyinari negara-negara yang lain meninggalkan kegelapan kepada negara-negara timur bertemankan bulan yang memantulkan cahaya matahari.

Di dalam bilik Shen Yi, kipas siling dan pendingin hawa juga dibuka. Semua buku komik yang telah dibelikan oleh bapa saudaranya pada petang tadi di pasar raya besar telah pun habis dibaca dalam masa yang singkat.

Shen Yi kembali kebosanan kerana buku komik yang dibeli kesemuanya telah habis dibaca. Majalah berkaitan sains dan teknologi pula diambil dan dibaca. Tiba di pertengahan majalah, Shen Yi meletakkan majalah tersebut di atas meja kecil di bersebalahan kiri katilnya.

Shen Yi menguap seluas-luasnya mulut dibuka. Rasa mengantuk hadir. Sudah tiba masanya untuk tidur malam. Tekak pula mendahagakan air. Botol air diambil lalu diletakkan pada bibir. Tiada air. Botol air itu digoncangkan.

Kosong. Shen Yi membawa botol air itu keluar dari bilik. Shen Yi menuruni tangga yang lebar mewah itu dan kemudian langkahnya terhenti apabila mendengar perbualan ibu bapa saudaranya.

“Tahun lepas kematian adik saya yang nombor tujuh mati akibat enjin kereta terbakar dan meletup. Minggu ini abang sulung mati dibunuh semasa dirompak. Tahun ini sudah empat adik beradik saya meninggal dunia.” Jelas Encik Fang Lee Wei.

“Tiga lagi mati kerana kemalangan. Perkara semua ini jenayah terancang supaya menampakkan seperti kemalangan jalan raya.” Kata Encik Fang Lee Wei kepada isteri dan empat orang pengawal peribadinya sambil setiap seorang terdapat secawan teh yang diletakkan daun pudina diatasnya untuk menambahkan keenakan air teh.

“Saya yakin ada dalang tertentu di sebalik semua ini. Siapa pengkhianat atau siapa bermusuhan dengan kita? Sejak abang saya Guang Hu menyertai politik, seorang demi seorang adik beradik saya meninggal dunia. Kata polis? Ini semua kebetulan atau kecuaian kata mereka.” Tambah kata encik Fang Lee Wei.

“Saya yakin ada sekumpulan manusia yang merancang agenda rahsia yang jahat dan keji. Saya pasti dan saya yakin bahawasanya abang ipar saya, Guang Hu, mati dibunuh dan perompak-perompak tersebut diupah oleh seseorang kerana Guang Hu berpotensi dan berupaya mengubah negara menjadi lebih baik dan maju!” Jelas isteri Encik Fang Lee Wei.

“Arwah Guang Hu sungguh baik orangnya. Dia jauh lebih berjaya berbanding saya tetapi kehidupannya tidak semewah saya dan suami kerana Guang Hu amat merendah diri dengan rakyat.” Kata isterinya kepada pengawal peribadi.

“Siapa lagi jikalau bukan orang melayu? Parti poltik bangsa cina hanya ada dua. Parti politik bangsa india hanya ada satu. Mustahil parti politik bangsa cina menikam belakang bangsa sendiri!” Marah encik Fang Lee Wei.

“Tidak bermakna parti politik bangsa cina mempunyai bermaksud kiat berpecah belah! Tidak! Bukan! Parti berpecah kerana hendak mendapatkan penyokong dan undi yang ramai. Lebih banyak anak-anak atau rakan parti politik, semakin ramai pengikut kita akan dapat dan kemudian semasa pilihan raya, kita semua bergabung! Pengikut dan undian bergabung. Akhirnya menang!” Bersemangat encik Fang Lee Wei berkata-kata tentang politik.

“Benarkah orang melayu punca kematian arwah encik Guang Hu?” Soal salah seorang pengawal peribadi encik Fang Lee Wei.

“Ya. Orang melayu yang merupakan ahli politik adalah punca dan dalang jenayah tersembunyi dirancang rapi untuk membunuh adik beradik saya. Dengan ini, mereka boleh menang tanpa bersaing dengan arwah Guang Hu. Penat saya melihat Malaysia diperintah bangsa asal negara ini dengan kebodohan dan penyelewengan. Parti politik melayu berpecah dan tidak pernah bergabung dan bersatu!” Marah Encik Fang Lee Wei.

“Hanya satu parti sahaja kekal memerintah melebih lima puluh tahun memerintah Malaysia sejak kemerdekaan. Parti Gandingan Nasional sahaja yang memerintah. Penuh korupsi! Kleptorasi! Favouritism! Mereka memilih yang sebulu atau anak-anak keturunan mereka sahaja untuk memerintah negara.” Ceramah Encik Fang Lee Wei.

“Rosak negara diperintah sebegini. Sudah tiba masanya untuk kita ubah mentaliti dan perspektif rakyat negara malaysia yang mundur ini. Perjuangan politik tetap perlu diteruskan oleh Guang Hu. Hapuskan rasuah dan gangster-gangster melayu yang wujud dalam dunia politik!” Balas encik Fang Lee Wei.

          Shen Yi mencuri dengar kata-kata panas daripada mulut bapa saudaranya sendiri. Dalam kata-kata bapa saudaranya sendiri itu ada menyebutkan mengenai ayahnya yang tersayang. Kematian keluarganya tercinta tidak disangka berkait dengan jenayah di dalam politik.

Bangsa melayu perlu menerima pembalasan setimpal atas kejahatan mereka membunuh ayahnya yang tidak bersalah. Shen Yi bernekad untuk mencari kakak dan adik perempuannya yang hilang dan juga mencari pembunuh kedua ibu bapanya. Tamat perbincangan, pengawal peribadi pun keluar dari istana bertukar giliran untuk mengawasi tempat.

          Shen Yi menuruni tangga dan terus pergi ke dapur setelah ibu bapa saudaranya masuk ke dalam bilik. Air bersih dan sejuk diperolehi daripada mesin penapis air elektrik dan diisi ke dalam botol air milik Shen Yi. Seusai mengisi botol air, terus Shen Yi masuk ke dalam bilik.

Gosok gigi di bilik air. Seterusnya meminum air dan terus tidur di katil yang luas, selesa dan bantal-bantal empuk itu. Shen Yi tertidur kepenatan setelah bersuka ria pada petang tadi dan memikirkan tentang hal punca sebenar kematian selain dibunuh semasa dirompak.

          Jam 7 pagi, Shen Yi menekan suis dan menghidupkan lampu serta kipas gim. Treadmill digunakan. Shen Yi berlari bersungguh-sungguh di atas Treadmill.

Setelah berlari sejauh 3 kilometer, stairmill pula digunakan. Mesin pec deck turut digunakan oleh Shen Yi. Sepanjang waktu pagi, Shen Yi menghabiskan masa dengan beriadah di dalam gim. Sebotol air diteguk sambil tangan kirinya terus mengangkat dumbbell.

“Shen Yi?” Soal encik Fang Lee Wei dari luar gim kerana tercari-cari Shen Yi yang tiada di dalam bilik tidurnya pada awal pagi pukul jam 7 pagi.

          Shen Yi berhenti mengangkat dumbbell dan meletakkannya di sebelahnya di atas bangku panjang yang Shen Yi gunakan untuk duduk. Encik Fang Lee Wei pun masuk ke dalam gim. Melihat Shen Yi berpeluh duduk di dalam gim.

“Terkejut pak cik. Awal-awal pagi kamu sudah tiada di dalam bilik. Rajin kamu bersenam awal pagi?” Soal bapa saudaranya kepada Shen Yi.

“Bosan pak cik. Tiada apa-apa boleh saya lakukan. Kebosanan. Sekolah pun tidak dapat pergi. Lagipun, pak cik tidak perlu risau. Saya tidak lari ke mana-mana. Saya pun tidak tahu hendak pergi mana. Lebih baik saya buat suatu perkara yang produktif.” Ujar Shen Yi.

“Kamu hendak sekolah?” Soal encik Fang Lee Wei kepada Shen Yi.

“Ya, pak cik. Pelajaran itu penting. Saya tetap mempunyai masa depan walaupun tanpa keluarga sekalipun.” Keluh Shen Yi.

“Kalau begitu, pak cik akan panggilkan mana-mana guru dan upah guru untuk mengajar kamu subjek-subjek yang masuk peperiksaa. Pada pak cik, lebih baik kamu belajar di rumah. Menguruskan kamu yang sentiasa berada di dalam rumah juga mudah. Tidak mengapa Shen Yi.” Jelas Encik Fang Lee Wei.

Asalkan kamu belajar sudah cukup bagus.Tidak perlu pergi ke sekolah. Kamu belum sihat. Kamu berehatlah selama satu minggu. Hari isnin minggu hadapan, baru pak cik panggilkan cikgu upahan mengajar kamu di rumah.” Tambah Encik Fang Lee Wei.

“Baiklah terima kasih.” Ucap Shen Yi.

“Sama-sama. Jam 8.30 pagi nanti pergi ke meja makan untuk sarapan ya.” Pesan encik Fang Lee Wei.

“Baik.” Shen Yi menganggukkan kepala.

          Encik Fang Lee Wei berjalan keluar daripada gim. Shen Yi meneruskan bersenam setelah bapa saudaranya beredar. Isteri encik Fang Lee Wei bertanyakan soalan kepada suami tercinta.

“Ada apa dengan Shen Yi?” Soal ibu saudara Shen Yi kepada suaminya.

“Beritahu Shen Yi tentang sekolah. Saya hendak di belajar di rumah dengan cikgu yang saya upah untuk mengajar dia. Shen Yi belum stabil.” Jawab encik Fang Lee Wei.

“Bila hendak bawa Shen Yi ke doktor psikologi?” Soal isterinya.

“Temujanji esok. Lagi cepat, lagi bagus. Kesian perkara ini terjadi kepada Shen Yi.” Luah encik Fang Lee Wei kepada isterinya.

“Ayah Shen Yi, darah daging awak juga. Awakkan sayangkan adik beradik awak walaupun tidak rapat.” Isterinya cuba memujuk.

“Iya. Saya kehilangan abang tersayang walaupun tidak rapat akan tetapi arwah abang pasti berbangga dengan diri saya jika saya meneruskan usaha arwah abang di dalam bidang politik. Arwah abang banyak menyumbang kepada masyarakat.” Luah Encik Fang Lee Wei.

“Saya juga akan mengikut jejak langkahnya untuk membantu rakyat negara. Siapa lagi mahu membela nasib rakyat dan negara ini jika bangsa melayu sendiri tidak mahu memajukan negara sendiri? Kita sendiri perlu memulakan langkah.” Kata Encik Fang Lee Wei.

“Apa sahaja perjuangan abang untuk kebaikan semua orang, saya sokong sepenuhnya. Kesian orang yang hidupnya serba kurang daripada kita hidup bermewah dan senang. Kita berdua menjadi kaya bersama-sama kerana memang kita ditakdirkan untuk membantu orang-orang yang berada di bawah.” Kata ibu suadra Shen Yi sebagai tanda sokongan kepada suaminya, encik Fang Lee Wei.

“Terima kasih sayang memberikan sokongan kepada saya. Minggu hadapan juga saya akan mula turun padang bertemu rakyat dan mendengar permasalahan mereka menggunakan telinga saya sendiri.” Kata encik Fang Lee Wei.

“Saya akan turun ke padang bersama abang juga.” Tambah kata isterinya.

“Sayang duduklah di rumah. Uruskan Shen Yi. Saya sahaja keluar ke rumah. Kerja politik ini merbahaya. Hanya kerana kita mahu melakukan kebaikan untuk rakyat. Kita perlu mengalahkan kerajaan yang tidak pernah bertukar langsung sejak kemerdekaan lagi.” Luah Encik Fang Lee Wei.

“Menteri-menteri serta ahli-ahli politik yang menggunakan taktik kotor lagi keji bagi mengekalkan jawatan dan menyebarkan pengaruh supaya berjaya mendapat sokongan dengan tujuan menindas rakyat itu yang perlu turunkan mereka daripada bangunan parlimen.” Kata encik Fang Lee Wei.

“Iya betul, itu sahaja untuk mengajar mereka.” Balas isteri encik Fang Lee Wei.

“Ramai ahli politik yang baik dan menentang kejahatan di dalam politik terkorban dalam jenayah yang dirancang oleh kerajaan. Mereka perlu disedarkan kesalahan mereka dengan duduk di kerusi pembangkang. Sanggup membunuh sesiapa pun bagi mengekalkan kesenangan mereka atas derita rakyat!” Marah Encik Fang Lee Wei.

“Lihatlah bagaiamana arwah abang saya mati hanya kerana abang saya memperjuangkan rakyat! Mati dibunuh! Hidup menyusahkan rakyat dan asyik makan duit rakyat. Rakyat sedikit pun tidak dipandang mereka. Harta, jawatan, dan kuasa yang hanya dipandang. Rakyat merana. Merana diperbodohkan, dibiarkan dan kaburkan permasalahan yang sebenar perli dihadapi dalam membentuk negara maju dan harmoni.” Marah encik Fang Lee Wei. Isterinya hanya menganggukkan kepala sebagai tanda bersetuju akan pernyataan suaminya.

“Iya, iya. Saya duduk sahajalah di rumah. Awak itu baru sahaja hendak niat terjun dalam bidang politik kerana menyambung perjuangan arwah abang awak. Sudah banyak bercakap tentang politik pula. Selepas ini, hendak sembang politik. Biar berfakta. Bukan dengan emosi. Bercakap biar ada bukti. Kalau tidak tiada siapa mahu dengar.” Pesan isteri encik Fang Lee Wei.

Ada gambar, ada rakaman, ada catatan keluhan resah rakyat supaya boleh buat tindakan membangun negara menjadi lebih baik.” Pesan isteri tercintanya.

“Baiklah sayang. Saya akan cuba yang terbaik.” Ucap encik Fang Lee Wei.

          Shen Yi mendengar percakapan bapa saudaranya dari tingkat atas. Shen Yi melihat bapa ibu saudaranya bercakap dengan antara satu sama lain. Shen Yi hanya memerhatikan mereka daripada atas dan mendengar percakapan mereka mengenai politik. Hal negara, ahli politik, rakyat dan kebajikan didengari Shen Yi.

Negara ini memerlukan perubahan. Perubahan yang bukan sedikit. Negara ini memerlukan perubahan yang luar daripada kebiasaan namun perubahan besar ini masih belum mampu dilakukan oleh Shen Yi. Shen Yi berfikir sejenak.

Kedua-dua lengannya berehat di atas tebing tingkat dua. Sebelum mengubah sesuatu. Yang perlu diubah terlebih dahulu adalah dirinya sendiri. Shen Yi beredar dan masuk ke dalam bilik tidurnya lalu mandi di dalam bilik air.

          Dua minggu berlalu, Shen Yi berada di perpustakaan persendirian bersama guru perempuan yang diupah oleh ibu saudaranya untuk mengajar Shen Yi subjek-subjek sekolah menengah. Shen Yi dengan tekun membuat latihan pelbagai subjek di antaranya ialah matematik, sains, sejarah, bahasa melayu, bahasa inggeris dan bahasa mandarin yang telah diberikan oleh gurunya.

Ibu saudara Shen Yi membawa sedulang yang mempunyai dua jag air. Jag air kaca lutsinar yang berisikan air kosong manakala jug air termosk yang pastinya berisikan air panas dan juga dua cawan.

Dulang itu diletakkan di atas meja makan lalu dua cawan air teh panas diberikan kepada Shen Yi dan juga guru perempuan yang juga berbangsa cina, berkaca mata, rambut toncang satu, baju formal putih berkolar lengan pendek dan berskirt hitam.

“Terima kasih puan Chunhua. Susah payah sahaja puan sediakan air. Sudahlah digajikan mahal. Mendapat perkhidmatan makan minum pula.” Ucap guru perempuan itu kepada ibu saudara Shen Yi.

“Aish tidak mengapalah. Ini namanya rezeki.” Balas puan Chunhua Ting dengan suara berlemah lembut.

“Bagaimana perkembangan Shen Yi selama seminggu belajar dengan cikgu?” Soal puan Chunhua yang merupakan ibu saudara Shen Yi dan juga seorang isteri kepada encik Fang Lee Wei.

“Shen Yi ini terlalu cemerlang. Puan lihatlah latihan yang Shen Yi sedang lakukan.” Kata guru perempuan Shen Yi itu kepada puan Chunhua.

          Puan Chunhua melihat latihan yang sedang dilakukan oleh Shen Yi dengan amat tekun. Puan Chunhua terkejut melihat buku rujukan dan buku latihan yang Shen Yi sedang gunakan untuk pembelajaran.

“Cikgu, mengapa Shen Yi sedang melakukan latihan matematik tambahan? Shen Yi pelajar tingkatan dua! Bukan pelajar tingkatan empat dan lima!” Terkejut Puan Chunhua. Wajahnya berkerut-kerut menunggu penjelasan jawapan persoalannya daripada guru perempuan itu yang mengajar Shen Yi di rumah ibu bapa saudara Shen Yi.

          Shen Yi terkejut melihat reaksi ibu saudaranya itu dengan memandang wajahnya dengan kehairanan. Shen Yi fikir, ibu saudaranya sudah mengetahui perkara sebenar bahawa Shen Yi sudah pun bosan dan pakar dalam subjek sekolah menengah.

“Puan, masukkan Shen Yi terus untuk belajar di universiti. Belajar di luar negara pun tidak mengapa. Shen Yi mempunyai masa depan yang sangat cerah. Sepatutnya Shen Yi bukan lagi mengambil peperiksaan PMR (Penilaian Menengah Rendah) dan SPM (Sijil Pendidikan Malaysia)” Kata guru perempuan itu.

“Shen Yi mampu untuk mengambil pelajaran peringkat diploma atau ijazah sarjana muda. Saya yakin dan pasti, Shen Yi hanya perlu mengambil satu langkah untuk mencapai cita-cita dia.” Tambah kata guru perempuan tersebut kepada puan Chunhua.

“Wah Shen Yi, tidak sangka kamu ini cerdik orangnya!” Kagum ibu saudaranya akan Shen Yi.

          Shen Yi bingung lalu memandang wajah guru perempuannya yang duduk semeja mengajar Shen Yi pelajaran. Guru perempuannya hanya memberikan senyuman dan menganggukkan kepala kepada Shen Yi sebagai tanda sokongan atau semangat.

“Tidak perlu pergi universiti. Shen Yi belajar sahaja dari rumah sehingga graduasi!” Kata puan Chunhua dengan perasaan teruja dan bangga akan Shen Yi sambil mengurut-urut kedua bahu Shen Yi dengan lembut.

“Boleh puan. Boleh. Saya boleh bantu beberapa subjek untuk pelajaran diploma dan juga ijazah sarjana muda. Saya juga boleh bantu untuk uruskan memanggil rakan-rakan saya yang mampu mengajar Shen Yi subjek-subjek universiti yang lain.” Kata guru perempuan itu menawarkan dirinya untuk mengajar Shen Yi beberapa subjek peringkat universiti.

“Shen Yi bercita-cita hendak jadi apa? Jurusan apa yang Shen Yi mahu ambil?” Soal puan Chunhua kepada anak saudara lelakinya, Shen Yi  sambil berdiri di samping Shen Yi yang masih duduk semeja bersama guru perempuan Shen Yi.

“Saya tidak tahu lagi hendak jadi apa. Masih terlalu awal hendak fikirkan mengenai jurusan dan cita-cita?” Luah Shen Yi dalam kekusutan memikirkan masa depan.

“Subjek apa yang kamu paling minati?” Soal Guru perempuan itu kepada Shen Yi.

“Sains. Sains paling menarik.” Jawab Shen Yi.

          Guru perempuan Shen Yi dan puan Chunhua Ting memandang antara satu sama lain. Puan Chunhua Ting duduk di atas kerusi bersebelahan Shen Yi di meja makan. Guru perempuan itu kembali memandang Shen Yi lalu bertanyakan soalan kepada Shen Yi lagi.

“Subjek sains? Kamu hendak belajar subjek sains lebih mendalam?” Soal guru perempuan itu kepada Shen Yi untuk mendapatkan kepastian.

“Ya. Saya hendak belajar sains lebih mendalam memandangkan subjek sains sungguh menyeronokkan.” Jelas Shen Yi kepada guru perempuannya itu.

“Kalau begitu, saya akan cuba carikan guru yang boleh mengajar subjek biologi, fizik, kimia dan sains tambahan.” Kata guru perempuan itu.

“Matematik tambahan?” Soal puan Chunhua Ting kepada guru perempuan itu.

“Ah, ya. Terima kasih puan ingatkan saya. Ambil masa seminggu atau dua minggu untuk saya bantu carikan cikgu yang sudi mengajar kepada Shen Yi subjek-subjek Shen Yi. Tambahan pula, saya tidak sabar untuk melihat Shen Yi mendapat gred A dalam semua mata pelajaran dan saya juga hendak lihat Shen Yi masuk universiti sebelum mencecah umur 16.” Kata guru perempuan itu terhadap ibu saudara Shen Yi.

          Shen Yi hanya mendiamkan diri  sambil memandang ibu saudaranya dan guru perempuan tersebut dengan kehairanan.

“Saya boleh masuk universiti sebelum umur 16? Benarkah?” Soal Shen Yi kepada guru perempuannya itu.

“Benar. Asalkan kamu mengambil peperiksaan PMR, SPM dan juga STPM yang membolehkan kamu masuk ijazah sarjana muda sebelum umur 16. Kamu pasti hebat apabila masuk ke universiti!” Kata guru perempuan itu dengan perasaan teruja.

“Bagus itu! Selepas umur 20, Shen Yi terus boleh bekerja!” Kata ibu saudaranya yang turut teruja bersama guru perempuannya itu.

          Shen Yi berkerut dahi mendengar mereka berdua berkata-kata mengenai pelajaran Shen Yi. Guru perempuan Shen Yi mengemas alat menulisnya itu dan dimasukkan ke dalam bekas alat tulis yang diperbuat daripada kain. Bekas alat tulis itu pula dimasukkan ke dalam beg. Perbuatan guru perempuan itu diperhatikan oleh Shen Yi.

“Baiklah, saya undur diri terlebih dahulu ya. Sudah tiada apa yang saya boleh ajar. Saya mampu ajar subjek tingkatan satu hingga tiga sahaja. Buku latihan matematik tambahan itu pun sengaja saya beli untuk anak saudara saya yang tinggal di asrama. Shen Yi jawab di kertas lain, tidak sangka jawab semua betul.” Luah rasa takjub guru perempuan Shen Yi.

“Sebelum saya berundur diri, Shen Yi ada belajar sendiri Belajar subjek tingkatan empat dan lima secara sendiri?” Soal guru perempuan itu kepada Shen Yi kerana hairan Shen Yi yang berumur 14 tahun itu mampu menjawab subjek matematik tambahan tingkatan lima.

“Saya belajar di sekolah menengah swasta sebelum ini, saya tidak duduk di dalam kelas. Jarang saya duduk di dalam kelas. Saya banyak menghabiskan masa di bilik guru dan belajar subjek-subjek sekolah menengah tinggi dengan guru-guru yang ada di sekolah.”

“Wah, kiranya. Kamu hanya perlu belajar subjek-subjek sains tulen selepas ini memandangkan guru sekolah menengah swasta awak sudah mengajar awak banyak pelajar. Baiklah, saya akan bantu awak carikan guru untuk mengajar awak subjek sains tulen dan juga subjek-subjek sains tulen peringkat STPM.” Ujar guru perempuan tersebut.

“Baik, terima kasih banyak-banyak cikgu.” Ucap Shen Yi kepada gurunya.

“Sama-sama. Apa sahaja untuk kejayaan awak, saya bantu setakat mana yang saya mampu.” Kata guru perempuan itu kepada Shen Yi.

          Guru perempuan itu bangun dari tempat duduknya. Begitu juga dengan Shen Yi dan puan Chunhua Ting. Puan Chunhua Ting mengajak guru itu makan tengah hari bersama-samanya namun ditolak dengan sopan oleh guru perempuan Shen Yi.

Guru perempuan tersebut menyatakan bahawa dia perlu berjumpa dan makan tengah hari bersama anak saudaranya di restoran ternama seperti yang telah dijanjikan oleh guru perempuan itu akan anak saudara perempuannya itu.

          Guru perempuan itu pulang ke rumahnya dengan memandu kereta Proton Saga berwarna putih miliknya. Setelah guru perempuan itu pulang, Shen Yi dan ibu bapa saudaranya makan tengah hari bersama-sama di meja makan yang besar dan panjang berwarna coklat berkualiti mahal itu.

Shen Yi dan ibu bapa saudaranya makan tengah hari sambil bersembang mengenai makan, masa depan Shen Yi dan sesi pembelajarannya dengan guru perempuan itu tadi.

“Shen Yi. Kamu hendak belajar subjek banyak-banyak untuk apa? Kejar gred? Tidak perlu kejar gred. Belajar subjek sedikit sahaja cukuplah. Banyak perkara kamu boleh belajar daripada hanya menumpukan akademik semata-mata untuk peperiksaan.” Kata encik Fang Lee Wei kepada Shen Yi sambil tangannya memotong daging ayam goreng salutan tepung yang rangup itu dengan pisau dan ayam goreng rangup itu dipegang dengan garfu.

“Saya rasa tidak mengapa. Lebih banyak subjek, lebih berharga dan istimewa sijil peperiksaannya nanti. Mudah nanti untuk masuk mana-mana bidang atau jurusan yang Shen Yi sukai. Lagipun Shen Yi tidak tahu apa yang dia hendak jadi apabila besar nanti.” Kata puan Chunhua Ting kepada suaminya.

“Shen Yi, apa yang kamu mahu apa dalam hidup. Adakah kamu boleh lihat di mana kamu bakal berada selepas sepuluh atau lima belas tahun kemudian nanti?” Soal encik Fang Lee Wei kepada anak lelaki saudaranya dengan nada serius.

“Sayang, Shen Yi baru sahaja berumur empat belas. Saya rasa masih terlalu awal untuk tanya soalan sebegitu kepada Shen Yi. Tidak perlu terlalu serius dengan Shen Yi. Takut dia nanti.” Kata puan Chunhua Ting yang cuba menenangkan suaminya mulai serius dengan Shen Yi hanya kerana Shen Yi mahu mengambil peperiksaan PMR, SPM dan STPM pada tahun hadapan.

          Encik Fang Lee Wei berhenti makan lalu memandang Shen Yi dengan serius sambil menunggu jawapan daripada Shen Yi untuk menjawab soalannya mengenai masa depan Shen Yi sendiri. Shen Yi tidak memandang tepat kepada mata encik Fang Lee Wei.

Tangannya yang tadi sibuk dengan makanan telah pun berhenti. Sudu dan garfu dibiarkan berada di atas pinggan. Kedua belah tangannya diletakkan atas peha lalu menggenggam kain seluar paha kakinya.

Matanya melilau ke kiri, ke kanan, atas dan bawah seolah-olah mencari jawapan yang ada di sekeliling. Dia mulai rasa cemas dengan tenungan encik Fang Lee Wei.

“Suamiku sayang, tangguhkan soalan itu terlebih dahulu ya. Kita tumpu makan makanan yang ada di hadapan kita. Tidak baik kita mengendahkan rezeki yang ada di hadapan kita.” Pujuk isterinya dengan lemah lembut kepada diri encik Fang Lee Wei.

“Saya mahu keadilan dan penjenayah bertanggungjawab dan diberikan hukuman sewajarnya atas pembunuhan ibu ayah serta kehilangan adik beradik yang saya sayanagi. Semua manusia dilayan secara sama rata di atas nama keadilan. Tiada yang tertindas. Tiada lagi jenayah dalam negara.” Luah Shen Yi dengan kemarahan yang menyala dari hati.

“Tiada lagi pembencian atau pemulauan hanya kerana perbezaan bangsa dan kaum di dalam negara. Saya juga mahu negara aman. Saya hendak menegakkan keadilan walau apapun.” Kata Shen Yi dengan tegas. Hatinya panas kerana penuh kemarahan yang membara. Air matanya mulai mengalir sedikit demi sedikit turun dari matanya.

          Puan Chunhua Ting memandang Shen Yi dengan kerisauan. Air matanya yang keluar dari kedua belah matanya dikesat dengan kain dua belah lengan bajunya. Bapa saudara Shen Yi tersenyum puas.

Puas mendengar jawapan daripada Shen Yi. Shen Yi yang duduk bertentangan dengan puan Chunhua Ting di meja makan terus menangis tanpa suara sambil diperhatikan oleh puan Chunhua Ting.

Puan Chunhua bangun dari tempat duduknya lalu berjalan kepada Shen Yi. Puan Chunhua melutut kepada Shen Yi. Pipi Shen Yi diusap. Puan Chunhua meminta Shen Yi untuk tidak terasa hati dan tidak berasa takut dengan encik Fang Lee Wei.

Shen Yi menyatakan bahawa Shen Yi tidak takut akan encik Fang Lee wei. Dia hanya menangis kerana teringatkan nasibnya yang kehilangan ahli keluarga. Shen Yi rindukan keluarganya yang hancur musnah berdarah di tangan perompak.

          Puan Chun Hua bangkit dari melutut lalu memberitahu sesuatu kepada suaminya selepas memujuk Shen Yi. Encik Fang Lee Wei hanya mendiamkan diri dan tersenyum. Kepalanya mengangguk-angguk mendengar percakapan isteri terhadapnya supaya berlaku lembut terhadap anak saudara lelakinya itu.

“Shen Yi, pak cik tidak bermaksud untuk melukakan hati kamudan memarahi kamu. Pak cik cuma merisaukan masa depan kamu. Pak cik yakin kamu pasti cemerlang ketiga-tiga peperiksaan besar pada tahun hadapan. Kamu cerdik dan cerdas. Pak cik tidak mahu kecerdasan dan kecerdikan kamu dibuang begitu sahaja selepas menduduki tiga peperiksaan yang besar.”Kata Encik Fang Lee Wei.

“Pak cik hendak kamu kekal cerdas dan cerdik walaupun tamat belajar. Pak cik kagum dan puas mendengar jawapan daripada kamu. Kamu mahukan keadilan. Sebaik sahaja selepas pak cik mendengar jawapan daripada kamu, sememangnya kamu ini anak saudara lelaki pak cik.” Luah rasa bangga Encik Fang Lee Wei kepada Shen Yi.

          Shen Yi berhenti menangis. Ibu saudara Shen Yi mengurut-urut bahu Shen Yi dengan perlahan dan lembut sebagai menenangkan diri Shen Yi yang baru sahaja selepas menangis kerana mengingatkan kehilangan keluarganya yang tersayang. Shen Yi menumpukan pendengaran akan percakapan bapa saudara kepada Shen Yi.

“Shen Yi, pak cik akan cuba sedaya upaya untuk menuntut keadilan atas kematian ibu ayah dan kehilangan keluarga kamu. Shen Yi jangan risau. Semua ini akan berlalu dan Shen Yi akan menjadi lebih kuat dan juga semangat jitu dalam hidup.” Jelas Encik Fang Lee Wei.

“Pak cik juga hendak menegakkan keadilan seperti kamu. Pak cik akan cuba sedaya upaya untuk melindungi kamu, membesarkan kamu serta menyayangi kamu bagaikan anak kandung sendiri. Minta maaf ya Shen Yi. Maafkan pak cik jika pak cik terlalu kasar atau terlalu tegas dengan kamu.” Ucap encik fang Lee Wei kepada anak saudara lelakinya itu.

“Tidak mengapa pak cik.” Kata Shen Yi lalu menyambung makan makanan tengah hari dengan senyap. Begitu juga dengan ibu bapa saudara Shen Yi turut menyambung kembali menikmati makanan tengah hari dengan tenang.

          Tamat makan tengah hari, Shen Yi kembali ke bilik tidurnya. Kerusi meja belajar di bilik tidur Shen Yi ditarik lalu duduk di atasnya. Salah satu buku komik yang tersusun diambil lalu dibaca untuk menenangkan dirinya yang baru sahaja kesedihan.

Apabila Shen Yi sedang membaca komik, dia terfikirkan sesuatu. Bagaimana dia hendak menegakkan keadilan? Hanya masa boleh menjawab persoalan kepada dirinya itu.

__________________________________________________________________

Di tempat yang lain, di dalam bilik yang agak gelap dan terdapat sedikit cahaya. Kelihatan beberapa orang berkumpul dan berbincangkan sesuatu. Duduk di kerusi plastik yang mengelilingi meja besi segi empat sama di tengah bilik rahsia tersebut.

“Bila hendak mula? Lebih cepat, lebih bagus. Tidaklah mengganggu lagi kedudukan kita.” Kata seorang lelaki berambut pendek dan berpakaian formal berwarna biru gelap itu dengan nada kerisauan dan ketakutan di dalam bilik yang gelap tertutup berlokasi rahsia. Terdapat sedikit cahaya yang masuk ke dalam biliik tersebut dari lubang-lubang bilik yang ada berdekatan siling.

“Sabar, tindakan melulu hanya membawa padah. Si cina Hu baru sahaja dibunuh. Hendak membunuh Wei pula? Lupakan. Pembunuhan dalam masa terdekat hanya membuatkan sesiapa sahaja boleh menghidu apa yang sedang berlaku sebenarnya.” Seorang lelaki berkepala botak pula berkata-kata tegas membalas soalannya yang duduk di hadapannya di meja besi itu.

“Benar. Pada yang tahun lepas, kita membunuh adik-beradik mereka ini dalam masa yang sangat terdekat. Perancangan kita sudah pun mulai dihidu oleh pihak tertentu. Lebih baik kita berdiam diri terlebih dahulu.” Kata seorang lelaki yang wajahnya berkedut, berlubang liang pori yang banyak di wajahnya. Bercermin mata dan rokok mahal menyala berada di mulutnya.

“Tuan, saya ada cadangan. Kita tidak perlu membunuh target kita. Kita hanya perlu menakutkan mereka sahaja sebagai amaran suapaya mereka tidak lagi berani masuk campur urusan kita.” Kata lelaki berambut toncang dan berkaca mata hitam itu.

“Sila jelaskan lebih lanjut.” Kata lelaki yang digelar sebagai ‘tuan’ yang wajahnya berkedut dan berlubang liang pori banyak itu.

“Setiap sasaran yang kita bunuh, pasti akan ada pengganti yang duduk di tempat mereka. Pergerakan mereka tetap menggugat. Kita perlu melemahkan kekuatan yang mereka ada buat masa sekarang ini. Saya lihat, adik-beradik Hu ini, orang-orang yang kaya serta ternama. Pengawal peribadi turut berada di sekeliling mereka. Mustahil untuk membunuh sasaran kita. Jadi, kita buat keputusan. ̶ ”

“ ̶ Kita bunuh orang-orang yang terdekat dengan mereka atau rapat dengan mereka. Maka dengan ini, tiada sesiapa yang dapat syak pergerakan di sebalik bayang seperti kita kerana kita tidak membunuh sasaran kita. Jauh lebih berkesan membunuhkan semangat juang mereka dengan membunuh orang tersayang mereka daripada terus membunuh adik beradik Hu.” Kata lelaki berambut toncang dan berkaca mata hitam itu menyampaikan cadangan yang bernas.

“Bagus cadangan ini. Saya setuju dan mesti dilaksanakan Bila dan siapa yang patut kita mulakan?” Soal lelaki yang wajahnya berkedut dan berlubang liang pori itu kepada yang lain.

“Tahun depan tuan. Tahun ini kita matikan suara-suara yang bakal menjatuhkan kita.” Tambah lelaki berambut toncang dan berkaca mata hitam itu.

“Suara?” Soal ‘tuan’ mereka yang wajah berkedut dan berlubang liang pori banyak itu.

“Kita bunuh wartawan dan sesiapa sahaja terlibat di dalam syarikat penerbitan akhbar yang dimiliki oleh pembangkang dan penyuntik dana gerakan mereka. Ini sahaja cadangan saya tuan Ross” Ujar lelaki berambut toncang dan berkaca mata hitam itu.

“Zain, awak bijak. Bagus kamu bekerjasama dengan saya. Ugut sahaja tidak jalan. Bunuh juga kurang berkesan. Kita hilangkan kekuatan mereka dengan membunuh suara dan penyokong kuat mereka. Lebih-lebih lagi akhbar serta penyuntik dana pergerakan penentangan mereka terhadap kita.” Ketawa Tuan Ross kerana amat menyukai cadangan bernas Zain itu.

__________________________________________________________________

          Beberapa bulan kemudian, Shen Yi berada di makmal sains. Shen Yi dan seorang guru perempuan melayu bertudung, berbadan rendah dan lebar sedang melakukan sesi pembelajaran dan pengajaran. Guru melayu islam itu menunjuk ajar eksperimen sains supaya Shen Yi memahami subjek yang sedang dipelajarinya.

Beberapa balang yang diisikan cecair berbeza dipanaskan dengan penunu bunsen. Beberapa balang yang diiskan cecair yang berbeza mulai menggelegak manakala sebahagian cecair yang lain masih belum menggelegak. Shen Yi mengangguk faham apabila guru perempuan sains itu memperjelaskan lagi komposisi kimia setiap cecair yang dididihkan itu.

Tamat belajar, Shen Yi pulang dari kolej tingkatan enam selepas meminjam makmal sains kolej tersebut dengan menyewakannya. Guru perempuan sains itu pula diupah dengan bayaran sebanyak RM6000 sebulan.

          Dua kereta limosin berwarna hitam berhenti di pagar masuk hadapan kolej tingkatan enam tersebut. Pintu dibuka. Beberapa orang berpakaian kod Black Tie keluar dari kereta lalu mengelilingi Shen Yi. Salah seorang daripada mereka mengiringi Shen Yi masuk ke dalam kereta limosin berwarna hitam di belakang.

Pengawal peribadi yang lain memandang keadaan sekeliling memastikan situasi jernih. Kemudian, mereka semua kembali memasuki ke dalam kereta limosin hitam di hadapan dan kereta serupa yang berada di belakang. Kereta limosin berwarna hitam di hadapan bergerak awal terlebih dahulu dan diikuti kereta limosin hitam yang berada di belakang.

          Tiba di rumah istana milik ayah saudara Shen Yi, kepulangan Shen Yi disambut gembira oleh ibu bapa saudara Shen Yi, encik Fang Lee Wei dan puan Chunhua Ting. Encik Fang Lee Wei segera menemui sekumpulan pegawai peribadinya untuk mendapatkan laporan situasi semasa mengambil Shen Yi pulang.

Selepas encik Fang Lee Wei menerima laporan daripada pengawal-pengawal peribadinya mengenai situasi ketika mengambil Shen Yi pulang dari kolej, encik Fang Lee Wei pun masuk ke dalam istananya. Pengawal-pengawal peribadinya melakukan tinjauan sekeliling istana bagi memastikan keselamatan terjamin.

__________________________________________________________________

Di tempat lain. Cik Meihui dan anak saudara perempuannya berjalan-jalan membeli-belah bersama-sama di bandar. Mereka berdua ketawa gembira sambil membawa beg kertas membeli-belah yang berwarna-warni di kedua-dua belah tangan mereka di hadapan bangunan-bangunan yang ada di bandar itu.

Mereka berdua diperhatikan oleh beberapa orang lelaki dewasa yang berada di dalam van berwarna putih. Van putih itu menghampiri tepi jalan namun dipenuhi kenderaan yang diletakkan parkir sepanjang di tepi pejalan kaki itu. Van putih itu perlahan-lahan mengikuti guru perempuan Shen Yi itu bersama anak saudara perempuannya.

Kini, van itu berkedudukan selari dengan cik Meihui dan anak saudara perempuannya. Pintu van dibuka. Keluar dari van tersebut kelibat lima orang lelaki dewasa yang berpakaian serba hitam termasuk kain topeng mereka yang juga berwarna hitam. Kelima-lima lelaki bertopeng itu meluru laju ke arah cik Meihui dan anak saudara perempuannya itu. Dua daripada mereka pantas menarik lengan dan mengangkat kaki anak saudara perempuan cik Meihui.

Cik Meihui terkejut dan menjerit apabila melihat anak saudara perempuannya secara tiba-tiba diangkat dari belakang dan diculik oleh tiga orang lelaki berpakaian serba hitam dan juga bertopeng kain hitam. Mulut anak saudara perempuannya ditekup mulutnya dengan tangan supaya dia tidak boleh bersuara.

“Mingxia!!!!” Jerit Cik Meihui dalam keadaan amat ketakutan. Lebih tepat, panik. Memanggil nama anak saudaranya yang sedang diculik di hadapan matanya.

“Jangan sentuh saya! Lepaskan saya! Tolong! Tolong!” Jerit cik Meihui meminta pertolongan supaya dirinya dan anak saudara perempuannya dapat diselamatkan oleh sesiapa pun.

          Orang yang berada di sekeliling tempat yang sedang berlaku penculikan hanya mampu tergamam dan memandang tanpa berbuat apa-apa mestikan kegiatan jenayah sedang berlaku di depan mata. Air mata mulai mengalir akibat ketakutan.

Hanya beberapa saat sahaja lagi, hidupnya dan anak saudara perempuannya bakal musnah kerana diculik beberapa orang penjenayah. Cik Meihui cuba melawan namun tidak terdaya kerana dirinya sedang diculik oleh tiga orang lelaki yang kuat kudratnya. Cik Meihui ditarik lengan dan kakinya serta diangkat untuk bawa masuk ke dalam van tersebut bersama Mingxia.

Seorang perempuan tidak terdaya beradu tenaga tiga orang lelaki melawan kudrat dan kekuatan mereka. Beg membeli-belah semuanya jatuh ke lantai. Badan Cik Meihui direntap dan ditarik. Kakinya dipegang oleh seorang lelaki daripada kumpulan penculik tersebut dan diangkat. Mingxia meronta-ronta cuba melepaskan diri. Mingxia semakin berhampiran dengan van apabila diangkat dan dibawa laju oleh sekumpulan penculik tersebut.

          Buk! Seorang lelaki berbaju kolar bulat putih menendang seorang penculik yang memegang dan mengangkat kaki Mingxia cuba membawanya masuk ke dalam van namun digagalkan. Lelaki itu jatuh bergolek di atas jalan raya.

Kemudian, lelaki misteri itu pantas menumbuk wajah lelaki bertopeng kain hitam itu yang memegang lengan Mingxia. Lelaki bertopeng hitam itu jatuh terkebelakang di dalam van akibat hilang imbangan badan. Pantas lelaki misteri itu menarik Mingxia dan berlari berjauhan sedikit daripada van tersebut. Lelaki misteri itu meminta Ming Xia untuk meminta pertolongan daripada pihak berkuasa.

Tanpa melengahkan masa, ketiga-tiga lelaki yang mengangkat cik Meihui segera membawa ke dalam van. Pantas, lelaki misteri itu melompat ke arah lelaki penculik yang memegang lengan kiri cik Meihui lalu menendang penculik itu ke tepi dengan kaki kirinya.

          Seorang penculik yang mengangkat kaki Cik Meihui melepaskan kakinya lalu mengeluarkan sebilah pisau yang tajam dan berkilat dari belakang badannya. Pisau itu dipegang dengan tangan kanan dan diacukan kepada lelaki misteri yang telah menyelamatkan Mingxia. Pisau itu dihayunkan dengan laju.

          Setiap hayunan pisau itu berjaya dielak oleh lelaki misteri itu namun tikaman tidak dapat dielakkan apabila penculik itu memecut lalu melompat ke arah lelaki misteri itu. Pang! Pisau tajam itu patah sebaik sahaja tubuh lelaki itu ditikam laju oleh penculik tersebut. Pisau itu tidak dapat menembusi badan dan mahupun kulit lelaki misteri itu. Bang! Kedua-dua belah penumbuk mendarat tubuh penculik tersebut lalu jatuh kebelakang.

Seorang lagi penculik melepaskan tangannya dari memegang dan mengangkat cik Meihui. Kedua-dua belah tangannya diangkat menyerah kalah setelah melihat lelaki itu langsung tidak cedera setelah ditikam dengan pisau oleh salah seorang rakannya dan pisau tersebut patah.

Terus lelaki misteri itu mengangkat Cik Meihui dengan mudah. Cik Meihui dibawa lari dengan mengangkatnya jauh dari pada van putih tersebut. Keempat-empat penculik tersebut kembali masuk ke dalam van mereka dengan kadar segera sambil mengangkat salah seorang daripada mereka yang tidak sedarkan diri. Van putih yang dinaiki oleh sekumpulan penculik tersebut dipandu laju meninggalkan kawasan tersebut.

          Mingxia langsung tidak meminta bantuan atau mencari pihak berkuasa. Malah, Mingxia hanya berdiri terdiam melihat lelaki misteri itu menyelamatkan ibu saudaranya, Cik Meihui. Mingxia berlari mendapatkan Cik Meihui. Lelaki misteri itu menurunkan Cik Meihui ke lantai dari mengangkatnya.

“Ibu!” Panggil Mingxia akan ibu saudaranya, Cik Meihui. Mingxia berlari ke arah Cik Meihui lalu memeluknya dengan kuat kerana ketakutan dan menangis kecil.

“Anak awak?” Soal lelaki misteri itu kepada Cik Meihui.

“Bukan, dia anak saudara saya.” Balas Cik Meihui.

          Orang sekeliling di kawasan tempat kejadian itu mulai mengerumun. Mereka berdiri mengelilingi lelaki misteri itu dan dua orang perempuan yang telah diselamatkannya. Mereka melihat lelaki misteri itu dan dua orang perempuan tersebut.

“Ouh patutlah. Terkejut saya jika awak ibu kepadanya kerana awak kelihatan terlalu muda untuk menjadi seorang ibu kepada seorang gadis remaja.” Luah lelaki misteri itu kepada Cik Meihui.

“Terima kasih ya awak. Terima kasih selamatkan anak saudara saya dan juga diri saya.” Ucap Cik Meihui kepada lelaki misteri itu sambil memeluk erat anak saudaranya itu.

“Sama-sama.” Balas lelaki misteri itu lalu dia memalingkan tubuhnya ke belakang dan mulai berjalan meninggalkan Cik Meihui dan Mingxia.

“Awak! Apa nama awak?” Soal Cik Meihui yang sedang melutut memeluk anak saudaranya yang menangis kecil dan ketakutan.

          Lelaki misteri itu berpaling ke belakang. Memandang wajah Cik Meihui yang mempunyai perasaan ingin tahu akan nama lelaki misteri itu yang telah menyelamatkan dirinya dan anak saudaranya daripada sekumpulan penculik.

“Nama saya Arma. Jaga diri ya cik dan anak saudara cik.” Kata lelaki misteri itu memperkenalkan diri. Kemudian dia menyuruh orang yang mengelilingi dua orang perempuan itu bersama dirinya untuk beredar. Orang yang berkerumun membuka laluan untuk Arma. Arma pun beredar berjalan dengan perlahan meninggalkan kawasan tersebut.

          Cik Meihui memandang lelaki misteri itu tanpa henti dan mengelip mata sehingga lelaki misteri bernama Arma itu hilang dari pandangan. Orang di sekeliling mulai menawarkan bantuan namun ditolak baik oleh Cik Meihui.

Cik Meihui mengajak Mingxia untuk pulang ke rumah dengan kadar segera. Mingxia menganggukkan kepalanya lalu bangun dari lantai bersama Cik Mingxia. Beg membeli-belah yang bertaburan di atas lantai dikutip oleh mereka berdua.

Mingxia membantu Cik Meihui mengangkat semua beg membeli-belah yang berada bertaburan di atas lantai. Kemudian, mereka berdua bergegas meninggalkan kawasan tersebut daripada menjadi perhatian ramai. Mereka berdua pun berlari meninggalkan kawasan tersebut sambil diperhatikan oleh orang-orang yang berada di situ.

__________________________________________________________________

          Di bangunan usang yang kosong. Van putih dipandu laju lalu diberhentikan di hadapan bangunan usang kosong tersebut. Pintu van dibuka. Muncul empat orang yang mengangkat seorang rakan mereka keluar dari van. Pemandu van putih itu keluar turun dari van tersebut. Dia terus berjalan ke arah pintu pagar besi bangunan usang itu yang lebar. Pintu pagar diketuk dengan kuat.

Lelaki itu meminta untuk pintu pagar tersebut untuk dibuka. Selak pintu pagar berbunyi daripada dalam bangunan itu. Pintu pagar itu dibuka oleh seorang lelaki daripada dalam. Pintu pagar itu ditolak buka ke tepi.

Rakan mereka yang tidak sedarkan diri dibawa masuk ke dalam bangunan tersebut setelah pintu pagar dibukakan untuk mereka. Selepas itu, pemandu van putih itu merupakan orang terakhir memasuki bangunan tersebut. Pintu pagar besi bangunan itu ditarik kembali dan ditutup serta dikunci dengan selak pintu daripada dalam.

          Seorang rakan mereka yang tidak sedarkan diri diletakkan di atas meja besi. Di dalam bangunan usang tersebut, terdapat puluhan orang yang badan bertatoo, badan sasa, bermisai dan juga pelbagai saiz badan dan ketinggian mereka.

Salah seorang daripada mereka berpakaian suit klasik berwarna putih baju di dalamnya baju berkolar warna merah dengan tali leher berwarna hitam memandang lelaki yang tidak sedarkan diri terbaring di atas meja tersebut.

Rambutnya panjang mencecah bahu. Orangnya kurus. Memakai cermin mata hitam yang bulat dan nipis besi cermin mata tersebut. Puntung rokok di mulutnya dilepaskan. Jari telunjuk dan jari tengahnya mengepit sebatang rokok yang masih terbakar hujungnya. Asap rokok dihembuskan dari mulut. Kepalanya disengetkan.

Dia memandang sekumpulan lelaki yang baru sahaja memasuki bangunan usang tersebut melalui pintu pagar besi bangunan yang dibukakan tersebut. Wajahnya terlukis persoalan. Wajahnya menunjukkan dia ingin mengetahui apa yang terjadi sebenarnya pada lelaki yang tidak sedarkan diri.

Wajahnya memandang salah seorang kumpulan tersebut. Lelaki itu segera membuka mulut memberitahu apa yang telah terjadi apabila dipandang lama oleh lelaki yang berpakaian suit putih berambut panjang paras bahu tersebut.

“Dia langsung tidak sedarkan diri selepas dia ditumbuk oleh seorang lelaki yang tidak dikenali entah dari mana dia datang semasa kami hendak culik dua orang perempuan seperti mana boss hendak. Kelima-lima kami dipukul.” Jelasnya.

“Dah? Itu sahaja?! Takkan kamu semua pengecut lari begitu sahaja?! Bunuh lah dia? Apa bodoh sangat?” Tengking boss mereka yang berpakaian suit putih berambut panjang paras bahu itu.

“Boss, dia lah yang tikam lelaki yang serang kami tadi dengan pisau. Pisau patah. Sedangkan lelaki itu tidak pakai apa-apa pun melainkan baju dalam warna putih dan nipis. Dia ditumbuk dengan dua belah penumbuk dan sekarang tidak sedarkan diri.”

“Apa?” Soal boss mereka dengan kehairanan mendengar apa yang telah terjadi.

          Salah seorang daripada mereka menyelak ke atas baju seorang rakan mereka yang terbaring tidak sedarkan diri di atas meja besi untuk melihat apa yang berlaku di sebalik selindung kain bajunya. Badannya berlekuk berbentuk tumbukan pada dada dan perut. Amat dalam.

Badannya juga kemerah-merahan di bahagian lekuk berbentuk dua buah penumbuk. Turut terdapat kebiruan pada keliling lekukan penumbuk pada badan lelaki yang tidak sedarkan diri itu.

“Boss. Dia tidak bernafas. Badan dia sejuk sangat-sangat. Dia dah lama mati. Degupan jantung pun tiada. Denyutan nadi turut tiada. Tulang rusuk di dada hancur. Mungkin dia mati kerana paru-paru rosak dan juga organ di bahagian perut rosak.” Kata lelaki yang memeriksa tubuh rakannya telah lama mati yang berada di atas meja besi tersebut.

“Cari lelaki itu! Cari dia sampai dapat! Ajar dia cukup-cukup! Seksa dia dan bunuh dia! Sasaran yang terlepas terus kamu semua cari! Bawa pistol selepas ini jika terdapat orang ingin mengganggu kerja kita! Jangan beri peluang hidup!” Marah boss mereka itu dengan suara yang kuat dan serak.

“Baik boss.” Mereka semua patuh akan arahan ketua mereka.

“Tanam dia ini. Balas dendam untuk dia dengan bunuh orang yang telah membunuhnya.” Kata boss mereka.

          Salah seorang daripada mereka mengambil kereta sorong yang besar dan berwarna hijau lalu diletakkan ditepi meja besi itu. Datang lagi seorang ke meja besi itu. Kaki mayat rakan mereka dipegang dan diangkat.

Begitu juga dengan lelaki yang meletakkan kereta sorong di tepi meja besi itu mengangkat mayat rakan mereka dengan menarik kuat bajunya dan diletakkan di atas kereta sorong. Mayat rakan mereka disorong dan dibawakan ke belakang bangunan di kawasan tanah lapang untuk ditanam.

Boss mereka menyuruh empat orang yang gagal menculik sasaran pada tengah hari tadi untuk menanam mayat rakan mereka yang telah mati ditumbuk oleh lelaki misteri.

          Ketua mereka mengurut-urut kepalanya sendiri. Dia berasa hairan. Mustahil seorang boleh mati sekali ditumbuk  sebegitu rupa. Adakah yang menumbuk orang bawahannya merupakan bukan manusia? Mustahil manusia. Sudah tentu manusia yang telah menumbuk orang bawahannya. Siapa yang mampu berbuat sedemikian?

__________________________________________________________________

“Baiklah puan. Kami akan siasat perkara ini dengan kadar segera.” Kata pegawai polis wanita itu yang mengambil laporan daripada Cik Meihui di balai polis.

“Boleh tak kita tidak keluar rumah? Takutlah hendak berada di luar.” Soal Mingxia kepada ibu saudaranya yang duduk bersebelahannya di atas kerusi di kaunter laporan balai polis.

“Kita tidak akan apa-apa. Kita sudah pun buat laporan polis. Kita akan selamat. Pasti pihak polis akan membuat rondaan. Jangan risau ya.” Kata Cik Meihui kepada Mingxia.

“Baiklah.” Balas Mingxia dengan nada suara yang perlahan. Dirinya rasa tidak lagi selamat.

          Cik Meihui teringat akan lelaki misteri bernama Arma yang telah menyelamatkan mereka berdua. Cik Meihui turut memikirkan alangkah baiknya Arma sentiasa bersama mereka berdua untuk sentiasa melindungi mereka berdua daripada bahaya.

Apabila difikirkan, Arma merupakan lelaki dewasa yang tampan. Wajah turut kelihatan muda seperti seorang remaja walaupun Arma merupakan seorang lelaki dewasa dan tubuhnya besar berdada bidang.

Cik Meihui berasa malu bila teringat akan Arma pernah mengangkat dirinya diselamatkan daripada penjenayah. Cik Meihui berharap dapat bertemu lagi dengan lelaki misteri yang berwajah muda dan tampan bernama Arma itu pada hari akan datang. Jatuh cinta.

          Pada waktu malam di rumah flat, Cik Meihui sedang makan malam bersama anak saudara perempuan kesayangannya yang menyayangi Mingxia seperti adik kandung sendiri manakala Mingxia menganggap Cik Meihui seperti ibu kandungnya sendiri. Cik Meihui rambut bertoncang ekor pada malam itu memandang pinggan yang berisikan nugget ayam, daging sosej berserta salad namun tidak menjamahnya.

Cik Meihui tersenyum keseorangan. Dirinya merenung makan sambil membayangkan Arma. Arma membelai rambutnya. Memeluk dirinya dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang. Pipinya disentuh perlahan. Dalam pelukan Arma, dirinya rasa hangat dan selamat. Alangkah bahagia dirinya dilindungi lelaki yang dicintainya.

Arma. Tidak sabar Cik Meihui hendak bertemu Arma sekali lagi. Jika dirinya menemui Arma sekali lagi. Dia ingin meluahkan kesemua perasaannya kepada Arma pada akan datang.

Dirinya yakin bahawa dia akan bertemu dengan Arma sebagaimana yang nasib telah tertulis untuk diri mereka berdua membina keluarga dan bahagia bersama  buat selamanya.

“Ibu? Kenapa ibu masih belum makan? Fikir apa tu?” Soal Mingxia kepada ibu saudaranya.

“Hah? Iya? Sedang makan ni.” Kata Cik Meihui sambil tersenyum kepada Mingxia.

“Hmm, fikir apa lah tu. Oh iya! Ini mesti ibu terfikirkan tentang lelaki misteri itu kan? Lelaki yang telah selamatkan kita berdua daripada sekumpulan penculik itu kan? Oh, baru saya tahu! Ibu jatuh cinta dengan lelaki itu! Ewah, saya sokong ibu sebab minat hero kita itu. Hensem kan dia? Sesuai sangat dengan ibu! Hehe!” Kata Mingxia mengusik ibu saudaranya yang termenung membayangkan Arma.

“Eish kamu ini! Bukanlah!” Marah sedikit Cik Meihui kepada Mingxia kerana diusik.

Wajah Cik Meihui mulai kemerah-merahan malu. Tepat sungguh tekan Mingxia bahawa dirinya sedang jatuh cinta dengan seseorang. Mingxia mentertawakan Cik Meihui dan membuatkan lagi Cik Meihui bertambah rasa malu dan semakin kemerah-merahan wajahnya.

Mingxia memuji kecomelan Cik Meihui kerana Cik Meihui sedang berasa amat malu dan wajahnya kemerah-merahan. Mingxia merenung wajah Cik Meihui sambil tertawa kecil.

Cik Meihui menutup wajahnya dengan kedua-dua belah tangan kerana berasa amat malu akibat terbongkar rahsia mengenai dirinya membayangkan lelaki misteri tersebut yang bernama Arma.

Mingxia berkelakuan nakal terus mentertawakan Cik Meihui ibu saudaranya itu yang berasa sangat malu yang tidak berkesudahan sehingga menutup wajahnya dengan kedua belah tapak tangan.

Cik Meihui berasa hendak menangis kerana rasa malu itu teramat kuat. Fikirannya hanya mampu memikirkan mengenai Arma. Dirinya tidak dapat berhenti memikirkan dan membayangkan Arma.

Hatinya tidak tenteram. Dia benar-benar jatuh cinta kepada Arma. Dia benar-benar ingin berada dalam kehangatan dan perindungan Arma si lelaki misteri itu. Inikah namanya cinta?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience