File 3 : Usaha

Crime Completed 277

Pada waktu pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan,

"Hebatlah Shen Yi. Semakin ramai orang kenal dengan engkau. Tidak sangka pula ramai gadis melayu cantik menawan berminat dengan engkau. Untung betul jadi bangsa cina dan kacak. Kulit putih. Belajar pandai. Untung betullah jadi engkau. Aku ini, hina. Kulit hitam. Aku bangsa india yang hina. Sudah takdir. Aku belajar pun tidak sepandai engkau." Lemah Arun melihat kekurangan dirinya.

"Woi, Arun. Engkau warna kulit apa-apa sekali pun. Paling penting sekali adalah hati baik. Hati bersih. Orang mungkin lihat kulit engkau gelap tetapi hati engkau bersih dan cerah bagaikan matahari. Engkau adalah kawan yang paling baik dan rapat dengan aku." Kata Shen Yi mengenai Arun seorang yang sangat baik hati dan rapat dengan Shen Yi.

"Eh, ye ke? Malu pula aku engkau puji-puji aku depan-depan sebegini. Eish." Arun berasa malu apabila dirinya dipuji Shen Yi kerana Arun sangat baik hati dengan Shen Yi.

"Kau lihatlah sendiri. Tengok. Bangsa-bangsa melayu sememangnya bangsa-bangsa yang jahat. Semua benci aku kerana aku dan engkau kerana aku bangsa cina dan engkau pula berbangsa india." Jelas Shen Yi.

"Aku rasa mereka dengki dengan engkau. Kalau benci kerana bangsa cina engkau, Shen Yi. Sudah lama pelajar-pelajar perempuan berbangsa melayu yang cantik-cantik dan manis-manis membenci engkau. Ini sebaliknya. Semua pelajar-pelajar perempuan berbangsa melayu minat kepada engkau." Pujuk Arun kepada Shen Yi.

"Bangsa melayu sememangnya mahu bangsa india dan cina dikeluarkan dari negara ini. Mereka tidak suka adanya bangsa lain di dalam negara mereka." Kata Shen Yi.

"Bangsa cina dan india merupakan bangsa pendatang. Orang british yang masukkan nenek moyang kita bekerja di negara ini. Sudah tentu orang-orang melayu sendiri pun tidak suka akan keputusan perdana menteri pertama Malaysia yang membuat keputusan secara sendirian supaya negara Malaysia dapat merdeka selepas mengizinikan british memasukkan pekerja-pekerja bangsa india dan cina." Tambah Shen Yi.

"Uish mana engkau tahu ini?" Soal Arun kepada Shen Yi.

"Aku baca buku sejarahlah. Di perpustakaan sekolah swasta. Aku sudah baca habis buku sejarah tingkatan satu sehingga tingkatan enam." Jelas Shen Yi.

"Uish, hebatlah engkau." Kagum Arun.

"Alah, membaca sahaja. Bukannya apa-apa pun." Shen Yi merendah diri.

"Shen Yi." Shen Yi dipanggil oleh seorang pelajar perempuan berbangsa melayu bertudung dengan suara yang lembut dan menarik perhatian. Kelihatan ketinggian badannya lebih tinggi daripada Shen Yi.

"Wuish Shen Yi. Aku rasa dia ini senior lah. Gila betul ada pelajar seniot minat kepada engkau." Kata Arun melihat rupa dan ketinggian pelajar perempuan bertudung itu.

"Engkau jangan merepek lah." Shen Yi mengetuk kepada Arun dengan buku teks matematik yang agak tebal itu secara perlahan.

"Pergi cepat Shen Yi. Isteri engkau sudah panggil! Merajuk dia nanti!" Kata Arun dengan kuat.

Arun ditampar pipinya oleh Shen Yi dengan laju tetapi tidak sakit kerana Shen Yi tidak berniat untuk memarahinya. Shen Yi agak malu diusik-usik sebegitu kerana Shen Yi tidaklah rapat atau kenal dengan mana-mana pelajar perempuan di sekolah swasta mahupun sekolah kebangsaan. Shen Yi bangun dari kerusi meja di belakang kelas yang menghadap Arun. Shen Yi berjalan ke pintu belakang kelas dan menemui pelajar senior perempuan.

"Shen Yi~." Pelajar senior yang cantik manis itu memanggil nama Shen Yi dengan nada suara yang boleh mencairkan hati mana-mana lelaki yang kedengaran namun tidak kepada Shen Yi. Shen Yi tidak cair sedikit pun. Kebal terhadap godaan pelajar senior perempuan yang cantik manis itu.

"Ya ada apa?" Soal Shen Yi kepada pelajar senior perempuan itu.

"Saya nak awak baca surat ini. Surat yang sendiri saya tulis. Baca seorang diri tahu. Jangan kongsi dengan kawan." Pesan pelajar senior perempuan itu sambil tersenyum manis kepada Shen Yi.

"Weyh Airil. Tengok itu. Itu pelajar kedua antara yang paling cantik di sekolah ini. Pelajar tingkatan lima. Sebaya kita dia itu!" Kata Imran kepada Airil.

"Dah itu? Kenapa?" Soal Airil kepada Shen Yi.

"Pelajar perempuan itu, nama dia Nadia. Dia itu cantik gila. Dia berminat dengan Shen Yi. Lihat. Dia beri surat cinta kepada Shen Yi. Aduh." Kecewa Imran.

"Hendak buat macam mana. Perempuan itu sedikit pun tidak minat engkau." Kata Airil sambil tersenyum kepada Imran.

"Ish, engkau senyaplah. Buat sakit hati aku sahaja." Balas Imran.

Shen Yi menerima surat yang dilipat daripada hasil mukasurat buku garis satu yang dikoyak rapi dan kemas. Pelajar senior perempuan itu memandang tepat kepada Shen Yi dan melihat wajah Shen Yi dengan begitu lama.

"Baiklah terima kasih. Nanti saya baca ya." Kata Shen Yi setelah menerima dan mengambil surat itu daripada pelajar senior perempuan yang cantik itu.

"Bye~ Jumpa lagi." Kata pelajar senior perempuan yang cantik itu kepada Shen Yi dengan nada suara yang lembut dan mengasyikkan itu.

"Okay." Balas Shen Yi setelah pelajar senior perempuan itu beredar.

"Uish Shen Yi. Aku hendak baca surat engkau itu!" Kata Arun kepada Shen Yi.

"Kau pergi sendiri minta surat dengan pelajar perempuan lain. Aku hendak baca sendirian." Kata Shen Yi dengan nada tegas.

"Alah engkau ini, kedekut betul." Arun membuat muka monyok dengan Shen Yi.

Shen Yi membuka kertas itu lalu membaca dengan khusyuk. Arun cuba mengintai sedikit untuk membaca surat cinta itu. Shen Yi perasan bahawa Arun cuba mencuri membaca surat itu dengan dekat.

"Pergi minta surat dengan pelajar perempuan lain!" Kata Shen Yi dengan menolak wajah Arun dengan telapak tangan yang menutup wajah Arun itu.

"Kedekutlah engkau ini!" Arun merajuk.

Imran meletakkan kedua-dua belah tangannya di atas serambi. Merenung memandang langit dan tanah tingkat bawah. Airil menggelengkan kepala. Imran kecewa kerana tidak berpeluang langsung untuk memikat mana-mana gadis di sekolah itu.

"Macam mana agaknya aku hendak bertarung pertandingan karate pada petang ini? Aku rasa tidak bersemangatlah selepas lihat pelajar perempuan yang aku jatuh cinta beri surat cinta kepada junior yang jauh lebih muda daripada aku sendiri" Kata Imran.

Airil ketawa lalu menepuk Imran dengan kuat. Airil memberikan kata-kata semangat kepada Imran.

"Rileklah. Bertenang sahaja. Mungkin engkau tidak mendapat hati pelajar perempuan kedua yang paling tercantik di sekolah ini. Mana tahu jika engkau memberikan tumpuan pada petang ini dan menjadi juara pertandingan karate, tiba-tiba pelajar perempuan nombor satu paling cantik di sekolah ini jatuh cinta dengan engkau. Apa macam?" Kata Airil.

"Uish, betul juga kata engkau Airil. Baiklah, aku kena bersemangat. Mana tahu jadi juara, pelajar perempuan nombor satu paling cantik jadi milik aku!" Kata Imran.

"Langkah mayat aku dululah Imran kalau engkau hendak jadi juara pertandingan karate." Kata Airil kepada Imran sambil tertawa bergurau dengan Imran.

"Nanti engkau, aku akan kalahkan engkau!" Kata Imran memberi ugutan kepada Airil sambil tertawa riang.

"Dasar miang." Airil turut serta dengan Imran bergelak ketawa.

__________________________________________________________________

Pada waktu malam di rumah Shen Yi, encik Guang Hu menaiki tangga ketika isterinya bergurau senda dengan dua anak perempuannya di ruang tamu.

"Shen Yi." Encik Guang Hu memanggil Shen Yi yang sedang mengulangkaji pelajaran di meja belajarnya di sebalik pintu bilik tidur Shen Yi yang tertutup.

Pintu bilik dibuka oleh Shen Yi lalu dia memandang wajah ayahnya. Encik Guang Hu memberikan senyuman kepada Shen Yi.

"Boleh ayah masuk bilik?" Soal encik Guang Hu kepada Shen Yi atas keizinan untuk masuk ke dalam biliknya bagi menjaga privasi anak lelakinya.

"Boleh ayah. Masuklah." Shen Yi memberikan keizinan kepada ayahnya untuk masuk ke dalam biliknya.

Encik Guang Hu terus duduk di katil Shen Yi. Shen Yi mengalihkan kerusi meja belajarnya bagi menghadap ayahnya lalu duduk di kerusi itu.

"Kamu sedang buat apa?" Soal encik Guang Hu kepada Shen Yi.

"Shen Yi sedang mengulangkaji pelajaran." Jelas Shen Yi.

"Kenapa tidak sahaja rehat? Petang tadi bagaimana dengan pertandingan karate? Pertandingan karate atau taekwando petang tadi?"

"Karate." Kata Shen Yi tanpa menunjukkan sebarang reaksi wajah atau ekspresi muka.

"Menang? Atau sebaliknya? Macam sedih dan tidak gembira sahaja?" Soal encik Guang Hu kehairanan.

"Tiada ada apa-apa. Shen Yi menang lagi. Esok pertandingan taekwando pula." Balas Shen Yi.

"Wah, Shen Yi menang! Hebat anak ayah. Apa lagi yang Shen Yi mahu bersedih?" Soal encik Guang Hu kepada anak lelakinya.

"Rasa tidak sedap hati." Kata Shen Yi.

"Kenapa? Takut kalah semasa pertandingan nanti?" Soal encik Guang Hu.

"Tidak juga. Entah, Shen Yi pun tidak tahu hendak cakap apa. Sememangnya rasa tidak sedap hati. Shen Yi hendak tidur pun tidak boleh kerana perasaan tidak sedap hati ganggu sungguh ketenangan malam." Jelas Shen Yi akan luahan hatinya.

"Kalau kalah semasa pertandingan pun tidak apa. Tahun depan boleh sertai lagi. Yang penting, ada pengalaman dan belajar dari kejatuhan. Begini Shen Yi, kalau Shen Yi menang pertandingan karate dan taekwando, ayah mahu bawa kita semua ke negara Jepun untuk melancong!" Pelawa Encik Guang Hu kepada anak lelakinya.

"Semasa cuti seminggu ke atau bila-bila ada cuti sekolah. Hadiah untuk Shen Yi. Kalau Shen Yi kalah, kita berjalan-jalan di tempat yang menarik dalam negara sahaja. Bersiar-siar dalam negeri atau berjalan-jalan ke seluruh negara. Bagaimana?" Soal Encik Guang Hu kepada Shen Yi.

"Eish ayah ini. Sudah tentu saya mahu berjalan-jalan di negara Jepun! Negara jepun terlalu terkenal dengan drama dan filem! Semestinya saya mahu melihat sendiri keindahan negara jepun seperti yang tersiar di dalam televisyen dan surat khabar!" Kata Shen Yi dengan bersemangat.

"Bagus! Kalau begitu, Shen Yi mesti menang pertandingan karate dan taekwando supaya kita semua dapat berjalan-jalan di negara Jepun!" Kata encik Guang HU memberikan semangat kepada Shen Yi.

"Baik ayah!"

__________________________________________________________________

"Shen Yi." Panggil seorang rakan lelaki berbangsa india yang berambut pendek dan berdiri di belakang Shen Yi yang sedang duduk di kerusi panjang sambil memakan ais krim perisa coklat.

"Apa?" Soal Shen Yi dengan kehairanan kerana Shen Yi benar jarang sekali untuk bersembang dengan ahli karate dan taekwando kelab sekolahnya melainkan orang sekeliling yang menegur dan mengajak bersembang dengannya.

"Engkau boleh kalahkan pelajar berbadan besar itu. Tidak takutkah engkau lihat badan dia besar dan tinggi?" Soal rakan itu kepada Shen Yi.

"Lihat bagaimana nanti, itu pun kalau nama aku dapat berlawan dengan dia." Kata Shen Yi.

"Takut? Kami takut engkau kalah dengan si badan besar itu nanti. Engkau sahaja yang paling hebat dalam kelab taekwando sekolah kita. Senior-senior kita pula menghadapi pertarungan yang semakin sengit. Engkau sahaja yang masih menang dengan mudah dan cepat." Kata rakan kelab Shen Yi itu.

Stadium itu bising dengan sorak-sorakan yang kuat. Ramai ibu bapa, pelatih dan para peserta yang bersorak untuk rakan-rakan, anak-anak dan murid-murid yang sedang bertarung dengan bersungguh.

Shen Yi masih tenang dan tidak berasa jantung berdegup kencang walau sedikit pun seperti rakan-rakannya yang lain gementar dan bergetar badan-badan kerana ketakutan akan pihak lawan yang kelama-lamaan semakin sukar untuk dihapuskan setelah memenangi beberapa pusingan.

"Mungkin, bukan yang aku kuat. Pihak lawan aku yang lemah. Senior-senior pula, pihak lawan mereka yang kuat, bukan senior-senior kita yang lemah. Kita semua di sini sedang melakukan yang terbaik."

"Shen Yi. Sila hadir ke gelanggang." Panggil seorang staff yang menguruskan perjalanan pertandingan taekwando.

Shen Yi bangkit dari bangku panjat lalu mengangkat tangannya. Staff dapat melihat Shen Yi mengangkat tangan sebagai tanda respon bahawa Shen Yi masih hadir di pertandingan itu. Shen Yi memandang pelajar melayu itu. Berambut panjang dan kerinting.

Wajahnya berkarat-karat dan mempunyai banyak calar-balar. Shen Yi menghulurkan tangan namun budak lelaki itu tidak menyambut huluran tangan salam dari Shen Yi. Budak lelaki itu hanya mendiamkan diri dan menjeling Shen Yi dengan pandangan yang tajam.

"Dasar cina. Acah suci. Kemaluan pun tidak basuh." Kata peserta berbangsa melayu itu. yang berambut panjang dan kerinting.

"Biadab." Balas Shen Yi.

"Siapa biadab? Aku biadab? Engkau itu pendatang asing. Perosak negara sahaja. Buat negara ini seperti engkau punya. Membiak macam babi." Kata peserta berbangsa melayu berambut kerinting panjang itu berjalan sambil mendada ke arah Shen Yi.

Shen Yi turut berjalan mendekati peserta berambut kerinting panjang itu dengan membuat muka tidak puas hati. Bagaikan kucing membuat reaksi wajah yang kemarahan dan provokasi. Shen Yi benar-benar tidak berpuas hati apabila dikutuk sedemikian rupa. Kedua-duanya mendekatkan diri.

Shen Yi dan peserta itu saling berpandangan dengan membuat riak wajah yang sungguh tidak puas hati. Masing-masing berada dalam kemarahan. Hati terbakar dengan marak.

Mata bertentang mata. Bagai hendak retak dunia. Jika hendak diikutkan hati, mereka berdua hendak saling berbunuhan. Shen Yi dan peserta tersebut memandang antara satu sama lain buat masa yang sangat lama.

"Sudah, sudah! Posisi! Lepas saya cakap mula, lepaskan ledakan kemarahan kamu. Mengamuklah kamu berdua kalau mahu."

Shen Yi dan peserta itu dengan perlahan berdiri di posisi masing-masing yang ditunjukkan oleh pengadil. Shen Yi dan peserta itu masih tidak melepaskan pandangan. Mereka masih bertentang mata.

Peserta itu menggaru-garu kepala dan mengelap peluh di dahi. Shen Yi ternampak sesuatu. Peserta itu menunjukkan jari tengah kepada Shen Yi sambil berlakon mengelap peluh. Shen Yi berasa amat marah namun masih boleh dikawal.

"MULA!"

Pantas Shen Yi berlari melulu ke arah peserta itu dengan kemarahan yang meluap-luap setelah pengadil memberi arahan mula untuk bertarung. Shen Yi ingin mengajar habis-habis terhadap pihak lawannya itu yang telah memprovokasinya.

Peserta itu pantas mengelak daripada di rempuh Shen Yi. Peserta itu tersnegih dan memikirkan bahawa Shen Yi ialah orang yang bodoh. Shen Yi melompat. Peserta itu terkejut. Shen Yi memusingkan badannya di udara separas ketinggian dada pengadil lelaki itu.

Pergerakan tidak diduga. Kakinya dihulurkan. Kaki bergerak 360 darjah bersama badan Shen Yi yang laju berpusing di udara. Tepat mengena kepada wajah peserta itu.

Terjatuh ke belakang peserta itu yang telah dihentam kaki oleh Shen Yi dengan laju dan kuat. Kepala peserta jatuh terhentak pada lantai itu terbaring dan menjadi pening. Hidung peserta itu mulai berdarah.

"Markah!"

Rakan-rakan kelab Shen Yi bersorak-sorak dan menjerit dengan kuat menyebut nama Shen Yi. Tiada siapa di dalam stadium itu yang dapat menduga apakah pergerakan seterusnya yang akan dilakukan Shen Yi.

Pihak lawan Shen Yi mendapat kesukaran untuk bangun. Peserta itu bangun dari terbaring di lantai lalu duduk sebentar bagi menghilangkan kepeningan. Pengadil terus mengira nombor menurun dari nombor sepuluh. Pihak lawan Shen Yi bangun pada kiraan keenam.

Pihak lawan Shen Yi berasa marah apabila dirinya dijatuhkan dan dihina sebegitu.

"Mula!" Arah pengadil.

Pihak lawan menghayunkan kakinya berkali-kali namun tidak mengena. Pantas, tendangan hayunan Shen Yi mendarat pada dada pihak lawan itu. Segera tendangan kedua yang padu dan kuat mengena dada pihak lawan yang menyebabkan pihak lawan jatuh tersungkur ke lantai.

"Markah!"

Sekali lagi pihak lawan itu bangun tapi dengan lebih pantas. Pihak lawan berasa amat marah. Kelihatan bengis wajahnya apabila dia diperlakukan Shen Yi sedemikian rupa.

"Mula!"

Shen Yi dan pihak lawan saling menendang antara satu sama lain walaupun setiap tendangan masing-masing berjaya dipatahkan dengan juga tendangan kaki yang laju. Pihak lawan menghayunkan kaki dengan laju tepat mengena belakang kepala Shen Yi. Tangan Shen Yi memegang kaki pihak lawan. Tendangan pihak lawan berjaya dihentikan.

Tiba-tiba pihak lawan hampir terjatuh ke belakang namun berjaya dikawal lalu jatuh melutut. Pihak lawan terus bangun laju meluru ke Shen Yi. Tendangan padu tepat mengena wajah pihak lawan. Terus pihak lawan jatuh melambung ke belakang. Semua rakan ahli kelab taekwando sekolah Shen Yi bersorak untuk Shen Yi.

"Markah!" Kata pengadil lalu tangan Shen Yi diambil lalu dijulang ke langit.

__________________________________________________________________

"Wah, besarnya kedai makan ini! Mewahnya!" Kata Jun Weici, adik perempuan Shen Yi yang berumur 12 tahun apabila Shen Yi dan keluarga berjalan masuk ke dalam restoran itali yang mewah tersebut pada waktu petang.

Ayah dan ibu Shen Yi segera memilih tempat duduk di meja makan bersebelahan tingkap kaca yang besar dan boleh melihat pemandangan bandar raya Kuala Lumpur itu daripada bangunan tingkat restoran itali tersebut.

"Ayah bawa kita semua ke sini adalah kerana menyambut kejayaan Shen Yi yang berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir pertandingan karate dan taekwando." Kata Ayah Shen Yi dengan wajah yang gembira.

"Wah! Hebatnya Shen Yi! Dua pertandingan seni bela diri masuk? Lasak betul! Mesti Shen Yi hebat bertarung!" Puji Hua Jiao kepada adik lelakinya, Shen Yi.

"Bagus Shen Yi. Gunakan ilmu pertahankan diri untuk kebaikan ya." Pesan puan Jun Zi kepada Shen Yi sambil memasukkan kata-kata nasihat untuk anak lelakinya.

"Baik ibu. Saya akan gunakan untuk kebaikan." Kata Shen Yi sambil tersenyum kerana dipuji oleh ibu kesayangannya.

"Cepat pesan makanan. Pelayan sedang menunggu." Kata encik Guang Hu kepada isteri dan anak-anaknya.

"Kami tidak tahu makan apa. Ayah lah pesankan makanan untuk kami. Kami tidak tahu makanan apa yang ada di restoran itali." Kata Hua Jiao kepada ayahnya.

"Betul itu." Kata Shen Yi.

"Okay baiklah. Encik, saya mahu pesan sphaghetti bolognese, fettuccine carbonara, spaghetti marinara dan fettuccine napoletana untuk empat orang. Setiap makan dihidangkan untuk empat orang. Hidangan saiz empat orang." Pesan encik Guang Hu kepada pelayan restoran lelaki yang kurus tinggi bermisai itu.

"Baik encik. Minum air apa ya?" Soal pelayan lelaki itu kepada encik Guang Hu.

"Hot chocolate." Kata Shen Yi.

"Saya hendak lemonade." Kata Hua Jiao.

"Air jus buah-buahan ada?" Soal Jun Weici kepada pelayan.

"Air oren ada, air epal, air carrot susu, air ribena anggur, air strawberi. Banyak." Jelas pelayan lelaki itu kepada Jun Weici.

"Saya mahu air strawberi!" Kata Jun Weici dengan riang.

Tertawa Hua Jiao melihat gelagat adik perempuannya, Jun Weici yang ceria memesan minuman strawberi. Ibu Shen Yi, Puan Jun Zi bertanyakan mengenai cita-cita Shen Yi.

"Shen Yi apabila dewasa, apa yang Shen Yi hendak jadi?" Soal puan Jun Zi kepada Shen Yi.

Encik Guang Hu menoleh ke arah Shen Yi. Menunggu jawapan daripada Shen Yi. Shen Yi memandang kedua-dua ibu ayahnya. Shen Yi agak terkejut lalu membalas dengan soalan.

"Kenapa tanya Shen Yi? Tanyalah kakak terlebih dahulu, atau adik mula dulu beritahu cita-cita." Soal sambil merungut Shen Yi kepada ibu ayah Shen Yi.

"Kakak dan adik sudah beritahu cita-cita mereka pada ibu. Shen Yi belum tahu lagi cita-cita Shen Yi." Kata puan Jun Zi, ibu kepada Shen Yi.

"Saya tidak tahu pun cita-cita kakak dan adik." Kata Shen Yi kehairanan.

"Itulah, Shen Yi sombong, baca komik, baca novel, baca majalah dan suratkhabar malahan tidak bertegur siapa bila kakak, adik, ayah dan ibu di ruang tamu. Asyik duduk dalam bilik sahaja. Budak pandai lah katakan." Perli Hua Jiao akan Shen Yi.

"Ish mana ada! Shen Yi sibuk lah. Eish. Apa cita-cita kakak? Shen Yi tidak tahu cita-cita kakak." Teriak Shen Yi.

"Cita-cita kakak hendak menjadi doktor pakar psikologi." Hua Jiao menjawab soalan Shen Yi.

"Adik? Apa cita-cita adik?" Soal Shen Yi kepada adik perempuannya yang berumur 12 tahun, Jun Weici.

"Iya?" Soal semula Jun Weici yang sedang minum air strawberi dengan khusyuk sekali sehinggakan tidak menyedari abangnya, Shen Yi bertanyakan soalan kepada dirinya.

"Cita-cita adik apa?" Soal Shen Yi kepada adik perempuannya, Jun Weici yang sedang minum air just strawberi menggunakan batang straw.

"Cita-cita adik? Cita-cita adik hendak menjadi seorang cikgu!" Jawab Jun Weici akan soalan dari abangnya itu.

"Ouh baguslah. Cita-cita ibu dan ayah pula?" Soal Shen Yi kepada kedua ibu ayahnya.

"Eh kenapa pula tanya kepada ibu ayah. Ibu ayah sudah pun bekerja." Soal kakak kepada Shen Yi.

Shen Yi tertawa sendirian. Ibu ayah Shen Yi turut tertawa. Pertama kali Shen Yi membuat kelakar. Sungguh jenaka.

"Shen Yi hendak jadi orang yang menegakkan keadilan dan ada kesaksamaan." Kata Shen Yi sambil memandang meja makan.

"Shen Yi mahu jadi polis?" Soal encik Guang Hu kepada Shen Yi.

"Bukan. Shen Yi pun tidak tahu hendak jadi apa. Shen Yi cuma tidak suka orang jahat. Shen Yi mahu membela orang-orang baik. Kesian orang yang baik-baik. Orang jahat selalu menang dan bebas berkeliaran tanpa rasa bersalah." Kata Shen Yi.

"Shen Yi banyak membaca akhbar dan menonton berita di televisyen. Terlampau banyak berlaku kegiatan jenayah sama ada jenayah kumpula"Luah Shen Yi kecil seperti rompakan rumah, jenayah penculikan dan jenayah kongsi gelap.

"Shen Yi berasa sedih dan simpati melihat orang-orang yang tidak bersalah kehilangan anak akibat diculik dan hilang buat bertahun-tahun lamanya tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa. Jenayah rompakan juga mendatangkan kerugian dan kehilangan nyawa jiwa turut berlaku." Luah Shen Yi dengan rasa kesal dengan apa yang terjadi dengan masyarakat masa kini.

"Hebat Shen Yi. Ayah bangga dengan Shen Yi." Kata encik Guang Hu sambil memberikan senyuman kepada Shen Yi.

"Ibu juga bangga mendengar kata-kata Shen Yi. Shen Yi jadilah penyiasat, inspektor atau detektif." Cadang ibu Shen Yi.

"Ntah. Tengoklah bagaimana." Kata Shen Yi.

"Apa yang penting adalah, Shen Yi perlu kekalkan potensi dan semangat untuk menang pertandingan karate dan taekwando." Pesan ayah Shen Yi.

"Baik, Shen Yi akan cuba sedaya upaya untuk memenangi pertandingan seni bela diri." Kata Shen Yi.

"Bila kata tentang pertandingan seni bela diri, ayah hendak bawa kita semua pergi ke pertandingan seni bela diri Shen Yi. Bolehlah kita lihat bagaimana Shen Yi beradu kemahiran seni bela diri di pertandingan nanti! Alang-alang Shen Yi kan sedang masuk peringkat suku akhir pertandingan karate! Pertandingan taekwando kita tidak dapat hadir namun pertandingan karate ayah cuba bawa kita semua lihat Shen Yi bertarung" Kata encik Guang Hu dengan riang.

"Wah, mesti seronok kan?" Soal Jun Weici kepada seluruh ahli keluarganya.

"Aduh, kenapa pula hendak lihat Shen Yi bertarung seni bela diri. Malulah." Kata Shen Yi.

"Biarlah. Kami semua hendak beri semangat kepada abang!" Kata Jun Weici kepada abangnya.

"Lupalah! Shen Yi berceritalah, bagaimana Shen Yi bertarung semasa pertandingan karate dan taekwando. Hendak tahu juga bagaimana rasanya suasana pertandingan seni bela diri. Meriah ke, bising ke, senyap ke. Kami semua tidak pernah hadir ke pertandingan seni bela diri. Cerita sahaja." Kata Hua Jiao.

"Betul juga kata kakak. Shen Yi ceritalah mengenai pengalaman Shen Yi memasuki pertandingan seni bela diri. Ibu hendak tahu juga." Kata ibu Shen Yi.

"Ish kakak ni. Nanti semua pergi pertandingan seni bela diri juga kan? Untuk lihat Shen Yi bertarung semasa pertandingan." Balas Shen Yi.

Baiklah, Shen Yi cerita." Kata Shen Yi lalu mengeluh.

Shen Yi pun bercerita mengenai pengalamannya di pertandingan karate dan taekwando kepada semua ahli keluarganya. Mereka semua khusyuk mendengar cerita pengalaman pertandingan seni bela diri daripada Shen Yi sementara menunggu makanan yang di pesan tiba di meja makan.

__________________________________________________________________

"Shen Yi sudah pulang." Kata Shen Yi apabila tiba di rumah setelah diambil oleh encik Guang Hu di sekolah Shen Yi.

"Shen Yi sudah pulang? Bagaimana pertandingan taekwando?" Soal puan Jun Zi kepada anak lelakinya, Shen Yi.

Jun Weici sedang menonton televisyen lalu memandang abangnya apabila Shen Yi disoal oleh ibunya mengenai pertandingan taekwando. Encik Guang HU perlahan masuk ke dalam rumah setelah menyusun kasut di rak kasut.

"Shen Yi Juara." Kata Shen Yi sambil tersipu malu.

"Wah, abang! Hebatnya!" Jun Weici bersorak untuk abangnya.

"Tahniah Shen Yi! Shen Yi hebat! Bagus anak ibu ini!" Kata ibu Shen Yi lalu memeluk Shen Yi.

"Terima kasih semua memberi semangat kepada Shen Yi." Shen Yi tersenyum kepada seluruh ahli keluarganya.

"Sama-sama! Anak ibu sememangnya hebat!" Puji ibu Shen Yi.

Encik Guang Hu senyum melihat satu-satunya anak lelaki keluarganya. Jun Weici memandang Shen Yi yang sedang dipuji oleh ibunya dengan wajah gembira. Hua Jiao pula memberikan isyarat tangan bermaksud, 'bagus' kepada Shen Yi.

__________________________________________________________________

Keesokan harinya, di stadium yang sama namun pertandingan karate sedang dilangsungkan pada hari tersebut. Hari yang agak mendebarkan. Pertandingan karate suku akhir. Shen Yi sedang membuat senaman ringan sebelum namanya dipanggil untuk masuk ke dalam gelanggang.

Beberapa orang kru pertandingan karate sedang sibuk mendirikan dan menyiapkan gelanggang arena yang tinggi dan lebar. Shen Yi berasa semangat dan tidak sabar untuk masuk ke dalam gelanggang untuk beraksi. Shen Yi memandang sekelilingnya. Ramai orang yang juga tidak sabar menyaksikan aksi perlawanan pertandingan karate suku akhir itu.

"Shen Yi, tahniah." Kata guru karate kepada Shen Yi.

"Ya cikgu?" Soal Shen Yi kepada guru karate kerana terkejut dirinya diucapkan tahniah secara tiba-tiba.

"Cikgu kata, tahniah." Balas cikgu karate itu dengan lembut kepada Shen Yi.

"Tahniah untuk apa cikgu?" Shen Yi membalas ucapan cikgunya dengan soalan.

"Eh, kamu ini. Buat-buat tidak tahu pula. Cikgu kata tahniah. Tahniah Shen Yi atas kejayaan menjuarai pertandingan taekwando pada hari semalam." Jelas cikgu karate itu.

"Oh, terima kasih cikgu!" Kata Shen Yi dengan perasaan malu-malu kucing.

"Kamu buat yang terbaik ya. Pecahkan rekod sekolah. Pertandingan taekwando kamu menjadi juara. Pertandingan karate juga kamu jadi juara!" Kata cikgu karate itu menyuntik semangat ke dalam diri Shen Yi.

"Baik cikgu, saya cuba sedaya upaya yang saya mampu." Kata Shen Yi dengan tersenyum lalu mengangguk sebagai tanda hormat dan pernghargaan.

"Imran dan Yaseer. Sila hadir ke gelanggang."

"Imran! Buat yang terbaik!" Sorak Airil kepada Imran.

"Ramai gila sekolah itu layak masuk suku akhir." Kata salah seorang peserta pertandingan karate.

"Sekolah apa?" Soal rakan yang berdiri di sebelahnya.

"Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Faisal." Kata peserta itu.

"Budak cina itu hebat. Sekejap sahaja dia kalahkan pihak lawan. Sekolah apa yang berjaya masuk suku akhir?" Kata rakannya itu.

"Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Faisal, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syukor, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Azfar, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Amsyar, Sekolah Menengah Kebangsaan Datin Aminah, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Soleh, Sekolah Menengah Kebangsaan Datin Fadilah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Datin Asma."

"Sekolah kebangsaan memang perlu letak nama Dato' dan Datin eh? Selain nama tempat. Nak cari sekolah pun susah. Kalau nama sekolah letak nama tempat kan bagus. Lebih mudah untuk cari."

"Diamlah Syaz! Fokus pada Yaseer! Beri sokongan kepada Yaseer!" Kata peserta itu yang duduk di belakang Syaz ketika Syaz sedang menyembang dengan rakan di sebelahnya.

Syaz membuat wajah tidak berpuas hati apabila ditegur kasar sedemikian rupa walaupun sedangkan semua orang sedang bising menjerit-jerit termasuk rakan-rakannya menjerit seperti orang sakit jiwa melihat Yaseer bertarung dengan peserta bernama Imran yang merupakan peserta dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Faisal di mana sekolah yang sama Shen Yi belajar.

Bang! Tumbukan mengena pada dada pihak lawan. Imran sungguh berhati-hati apabila bertarung dengan pihak lawan. Imran lebih memilih untuk menjadi mempertahankan diri daripada menjadi penyerang. Imran melompat di udara lalu menendang padu pada wajah pihak lawan. Pihak lawan segera jatuh ke lantai dalam gelanggang.

"Markah!" Kata pengadil.

"Cayalah Imran!" Airil memberikan semangat kepada Imran.

"Mula!" Kata pengadil.

Pihak lawan menghayunkan namun Imran tidak ambil peduli. Tendangan itu diabaikan dan tidak mengena Imran. Terus pecut Imran berlarike arah pihak lawannya lalu menendang dada pihak lawan iaitu Yaseer. Yaseer berundur ke belakang lalu menumbuk Imran berkali-kali.

Imran mempertahankan diri dengan menghalang tumbukan itu dari mengena tubuh badannya dengan melindungi diri dengan kedua-dua belah tangan. Melindungi wajah dan badan menggunakan lengan lalu pantas Imran menumbuk perut pihak lawan lalu menendang pihak lawan dengan amat kuat. Yaseer berundur ke belakang setelah perutnya ditendang dengan kuat oleh Imran. Yaseer jatuh ke lantai apabila sukar untuk mengimbangi tubuh badannya.

"Markah!" Kata pengadil.

"Kalau Imran menang, selepas ini dia kena bertarung dengan Shen Yi." Kata Airil.

Shen Yi mendengar kata-kata Airil itu namun tidak mengendahkannya. Shen Yi masih boleh mengingati bahawa Imran dipukul teruk oleh Shen Yi walaupun Imran menggunakan ilmu karate menentang Shen Yi sedangkan sedikit pun Shen Yi tidak membalas serangan Imran menggunakan karate pada serangan yang dilakukan oleh Imran ke atas Shen Yi di kantin sebelum ini. Shen Yi hanya memukul Imran tanpa menggunakan mana-mana ilmu seni pertahankan diri.

"Nice, Imran menang." Kata Airil.

Shen Yi melihat Imran menang menentang pihak lawannya, Yaseer. Pada pandangan Shen Yi, Yaseer terlalu terburu-buru dalam pertarungan. Begitu mudah Imran untuk mendapatkan ruang dan peluang untuk memberi serangan kepada pihak lawan.

"Tak sabar hendak lihat bagaimana Imran menentang Shen Yi nanti." Kata Airil.

"Shen Yi dan Rong. Sila hadir ke gelanggang."

Shen Yi berjalan ke gelanggang. Airil dan Imran berasa seronok kerana dapat melihat Shen Yi bertarung dengan sebangsanya. Shen Yi bertemu Rong dalam gelanggang lalu mereka berdua bersalaman. Shen Yi dan Rong masing-masing berada dalam posisi.

"Mula!"

__________________________________________________________________

"Aduh, kenapa lah aku perlu bertarung dengan Shen Yi." Keluh resah Imran sedang duduk di dalam tandas lelaki di atas bangku kayu panjang.

Shen Yi berjalan keluar dari tandas lalu Shen Yi dan Imran bertentangan mata. Shen Yi cepat mengalihkan tumpuannya ke arah pintu keluar tandas itu. Imran mengalihkan pandangannya ke lantai.

Imran masih tidak boleh melupakan bahawa Shen Yi pernah menumpaskan lebih tiga orang pelajar lelaki yang mahir karate dan taekwando dengan mudah di kantin sekolah pada sebelum ini. Shen Yi juga mengalahkan Imran tanpa menggunakan apa-apa seni pertahankan diri.

Imran ketakutan dan menggigil kerana khuatiri kalah awal pada pusingan awal pertandingan karate ketika bertarung dengan Shen Yi sebentar sahaja lagi apabila mengingatkan kembali kekalahannya menentang Shen Yi di kantin sekolah.

Imran juga tidak boleh melupakan bahawa dengan sekejap sahaja, pihak lawan Shen Yi sebelum ini iaitu Rong telah dikalahkan dengan amat pantas dan mudah. Shen Yi sememangnya hebat bertarung.

"Woi, Imran." Airil menegur Imran. Airil berada di pintu masuk tandas.

Perlahan Airil berjalan mendekati Imran yang sedang duduk di atas bangku kayu panjang itu. Imran menoleh ke arah Airil lalu memandang kembali ke lantai. "Apa?" Soal Imran yang sedang menundukkan badannya merenung ke lantai tandas dengan perasaan ketakutan lalu memandang kepada Airil.

"Kau kena ingat. Engkau adalah antara ahli kelab karate yang terhebat selain aku. Shen Yi itu budak baru. Jangan engkau takut. Aku yakin engkau boleh kalahkan Shen Yi. Engkau tali pinggang hitamkan. Ingat kembali semua teknik yang telah engkau belajar. Guna semua teknik yang ada." Pesan Airil kepada Imran.

"Utamakan teknik kegemaran engkau yang selalu buat dalam latihan. Aku yakin engkau akan menang Imran." Kata Airil memberikan semangat kepada Imran.

"Terima kasih Airil. Aku berasa lega sedikit." Ucap Imran kepada Airil.

"Airil, sila hadir ke gelanggang dengan segera." Kata kru pengendali pertandingan karate menggunakan mikrofon.

"Giliran aku." Kata Airil dengan sangat bersemangat.

Airil berpaling dari Imran lalu berjalan keluar dari tandas lelaki itu. Imran menoleh dan memandang Airil berjalan keluar. Airil berjalan dengan perlahan menuju ke gelanggang pertandingan karate.

Airil memakai sarung tangan, dan pelindung gigi apabila dihulurkan oleh cikgu karate. Setelah itu, Airil menaiki dan memasuki gelanggang. Airil bersalaman dengan pengadil dan pihak lawan yang berbangsa cina seperti Shen Yi. Airil dan pihak lawannya berada dalam posisi masing-masing.

"Mula!"

__________________________________________________________________

Shen Yi memandang kiri dan kanan. Berjalan sepanjang pejalan kaki di luar stadium. Berjalan berseorangan di parkir kereta. Sebuah kereta demi sebuah kereta diperiksa oleh Shen Yi. Sesuatu yang diinginkan dilihat oleh Shen Yi masih belum muncul.

Terdapat beberapa orang berjalan keluar. Berkemungkinan suami isteri, atau adik beradik. Terdapat juga beberapa peserta pertandingan karate melepak di luar stadium di hadapan gerbang masuk stadium. Entah apa yang seronok mereka sembangkan.

Shen Yi berjalan mengikut pejalan kaki untuk memasuki stadium melalui laluan masuk yang lain walaupun laluan masuk utama stadium jelas berhadapannya. Tiba-tiba, laluan pejalan kaki di mana Shen Yi berada disekat oleh beberapa orang yang juga merupakan peserta pertandingan karate pada sebelum ini.

Shen Yi memandang kehairanan melihat mereka. Boleh dikira bilangan mereka yang menyekat pejalan kaki dari membenarkan Shen Yi kembali memasuki stadium.

"Woi, Cina makan babi. Engkau fikir engkau akan menang? Kalahkan kami semua terlebih dahulu kalau engkau hendak masuk stadium." Kata salah seorang peserta karate daripada lima belas orang yang berbangsa melayu.

Shen Yi berasa malas hendak melayan mereka. Lagi-lagi keluarga Shen Yi belum lagi kunjung tiba untuk melihat Shen Yi. Lagi parah jika keluarga Shen Yi tiba dan melihat Shen Yi sedang bergaduh dengan peserta lain di luar gelanggang hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Shen Yi berpaling dari mereka lalu berjalan kaki meninggalkan tempat itu.

"Woi! Kejar dia! Jangan beri dia masuk pertandingan!" Kata salah seorang peserta memberi arahan kepada rakan-rakannya.

Beberapa orang mulai berlari dan mengejar untuk mendapatkan Shen Yi yang sedang berjalan dengan tenang meninggalkan mereka dan tidak mengendahkan ugutan mereka. Tiba-tiba, muncul Airil di hadapan Shen Yi yang sedang leka berjalan ke arah laluan masuk utama stadium. Shen Yi memandang Airil.

Adakah Airil berkomplot dengan mereka? Airil berjalan ke arah Shen Yi. Shen Yi memandang Airil dengan pandangan yang tajam. Kewujudan Shen Yi tidak diendahkan Airil. Airil berjalan melepasi Shen Yi lalu berkata sesuatu kepada para peserta karate yang ingin memukul Shen Yi.

"Weyh, serius lah hendak main taktik kotor supaya sekolah kamu semua menang? Nampak sangat kamu semua sudah tahu bahawa Shen Yi lebih hebat berbanding Imran kan?" Kata Airil kepada para peserta tersebut yang ingin mencederakan Shen Yi di luar stadium itu. Peserta-peserta yang sebentar tadi cuba mengejar Shen Yi serta merta berhenti mengejar lalu berjalan dan mengelilingi Airil sebagai tanda provokasi.

"Woi, beri kami pukul dia! Kami kalahkan dia, cederakan dia, kamu juga dapat keuntungan kerana budak cina itu dilemahkan sebelum kamu bertemu bertarung dengan budak cina itu dalam gelanggang. Mudah untuk kami menang!" Kata salah seorang peserta dari kumpulan remaja itu.

"Hoi, aku rasa, kamu semua tidak akan menang sebelum sempat masuk gelanggang lagi. Baik kau orang biarkan kita jalankan pertandingan seperti biasa tanpa ada spekulasi di luar stadium. Kau orang tidak kenal Shen Yi ini. Dia sudah pukul lebih tiga puluh orang dalam satu masa di sekolah sebelum memasuki kelab karate dan pertandingan karate ini." Jelas Airil.

"Kau orang cuma hanya seramai lima belas orang? Yakinkah boleh cederakan Shen Yi sebelum dia masuk gelanggang?" Soal Airil kepada mereka.

Para peserta itu terdiam lalu berbincang di antara mereka. Shen Yi memandang Airil. Airil pula memandang Shen Yi. Kedua-dua mata mereka bertembung. Shen Yi membuka mulut dan bertanyakan soalan kepada Airil.

"Kenapa engkau menolong dan melindungi aku?" Soal Shen Yi yang ingin tahu jawapan yang jujur daripada Airil.

"Aku bukan melindungi engkau daripada mereka. Aku cuma melindungi mereka daripada engkau." Balas Airil.

Shen Yi terdiam lalu memikirkan sesuatu sejenak. Airil memandang para peserta tadi yang berhenti cubaan untuk memukul Shen Yi di luar stadium pertandingan karate.

"Pergilah masuk stadium. Aku uruskan perkara ini." Kata Airil kepada Shen Yi.

"Betulkah ini?" Soal Shen Yi kepada Airil untuk mendapatkan kepastian.

"Pergi sahajalah masuk. Nanti tersingkir kerana lambat masuk gelanggang baru engkau tahu." Ugut Airil kepada Shen Yi.

"Okay. Terima kasih." Ucap Shen Yi kepada Airil namun Airil tidak menjawab ucapan Shen Yi itu. Airil hanya membalas ucapan Shen Yi itu dengan hanya menganggukkan kepala sebagai tanda menerima ucapan mesra daripada Shen Yi.

Shen Yi segera masuk ke dalam stadium tersebut. Airil memalingkan ke belakang untuk melihat sama ada para peserta tadi sudah bersurai atau tidak. Tidak. Suatu tendang mendarat pada dada kanan Airil. Airil berundur ke belakang setelah dada kanannya ditendang oleh salah seorang peserta tersebut.

Para peserta itu beramai-ramai menyerang Airil. Ada yang memberikan tumbukan padu dan laju kepada Airil namun berjaya dielak dengan menundukkan badannya lebih laju.

Tendangan sabit kaki kiri pantas menghala ke wajah Airil. Kemas Airil melindungi wajahnya daripada ditendang menggunakan lengan kananya lalu menyiku sekuat kudrat pada kaki kiri peserta itu. Pantas tendangan laju Airil memberikan impak yang kuat kepada perut peserta itu.

Ada yang cuba menghentak Airil dengan siku dari kiri namun sempat Airil mengelak. Tumbukan menghinggap di pinggang peserta itu. Dua orang tewas. Masih ada lagi tiga belas orang yang perlu dihadapi Airil.

Airil perlu bertindak pantas dan berhati-hati menentang mereka semua kerana khuatir tercedera dan kehilangan tenaga apabila memasuk pertandingan dengan keadaan baru selepas dipukul peserta lain yang berjumlah ramai.

__________________________________________________________________

Peringkat separuh akhir, Shen Yi berhadapan Imran dalam pertandingan karate. Imran dan Shen Yi berasal dari sekolah dan kelab karate yang sama. Boleh dikatakan pertarungan persaudaraan antara Shen Yi dan Imran.

Selepas pertarungan Shen Yi dan Imran tamat, selepas ini adalah pertarungan Airil dan peserta dari sekolah yang lain. Shen Yi dan Imran masing-masing memakai pelindung gigi setelah memasuki gelanggang. Tiada bersalaman sebelum memulakan pertarungan untuk pertandingan karate itu. Hubungan Imran dan Shen Yi sememangnya tegang bagaikan dua ekor singa yang hendak merebutkan pangkat raja.

Imran mulai berpeluh akibat ketakutan. Berasa gentar di dalam hatinya. Shen Yi dan Imran masing-masing berdiri di posisi yang ditunjukkan oleh pengadil yang bertugas.

"Mula!" Kata pengadil dengan kuat.

__________________________________________________________________

Kepala ditendang lalu terhentak pada besi palang pemegang pejalan kaki. Peserta itu jatuh ke lantai. Lima belas orang tumpas terbaring di atas lantai jubin pejalan kaki yang berwarna cerah. Tewas menentang Airil di luar stadium.

Hanya beberapa orang dewasa dan remaja-remaja baya umur Airil melihat dirinya dengan kekaguman dan juga ketakutan. Suasana amatlah tegang kerana Airil diserang oleh lima belas orang remaja yang berpakaian karate dan Airil juga berjaya mengalahkan mereka semua sambil diperhatikan oleh orang sekeliling.

Airil berjalan memasuki stadium lalu mencari tempat duduk di mana rakan-rakannya sekolah kelab karate yang merupakan peserta pertandingan karate sedang duduk. Airil duduk di sebelah salah seorang rakan kelab karatenya lalu mengambil air minuman. Air diteguk dengan hanya kadar yang membasahkan tekak bagi melegakan kehausan dan kepenatan.

"Pertarungan Shen Yi dan Imran sudah habis?" Soal Airil kepada rakan yang duduk di sebelah kanannya.

Rakan di kirinya menoleh lalu berkata, "Sudah lama habis. Engkau pergi mana tadi? Engkau terlepas pertarungan tadi. Sungguh mendebarkan."

"Aku ada urusan tadi. Jadi siapa menang? Imran atau Shen Yi?" Soal Airil.

"Urusan apa tadi? Takkan lah semasa pertandingan engkau ada urusan? Engkau ada teman perempuan ke yang masuk pertandingan karate sekarang ini?" Soal rakan tersebut.

"Aku jumpa kawan aku sahaja. Bukan perempuan. Siapa menang pertarungan tadi?" Airil menjawab soalan lalu kembali kepada soalan yang Airil ingin tahu siapa menang antara pertarungan Imran dan Shen Yi tadi.

__________________________________________________________________

"Airil dan Munir sila hadir ke gelanggang." Panggil seorang kru pengendali pertandingan karate.

Airil bingkas bangun dari tempat duduk dan dengan segera memakai pelindung gigi, pelindung dan juga sarung tangan lalu melangkah kaki kanannya ke atas gelanggang dengan tangkas. Begitu juga dengan Munir. Airil, peserta dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Faisal menentang Munir, peserta dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Azfar.

"Aku rasa, Munir akan kalah." Kata salah seorang peserta karate yang memegang bendera Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Azfar.

"Kenapa pula? Soal rakannya yang duduk di sebelahnya.

"Airil baru sahaja mengalahkan lima belas orang daripada kita yang gagal sabotaj dia dan aku tidak terlibat dalam sabotaj tersebut. Aku beritahu coach tentang hal ini. Coach hanya tertawa dan tidak melakukan apa-apa. Tindakan terhadap rakan-rakan kita yang gagal sabotaj Airil." Jujur katanya.

"Uish. Hebat betul Airil." Kata rakannya.

"Ya. Coach sendiri mengakui kehebatan Airil. Aku yakin Coach sudah pun mengetahui bahawa peserta karate sekolah kita akan kalah berdepan dengan Airil."

"MULA!" Kata pengadil.

Munir dan Airil kedua-duanya pantas menumbuk antara satu sama lain. Munir ditumbuk oleh Airil dengan tangan kanan pada wajahnya. Airil berjaya mengelak. Airil menyerangnya menggunakan lutut kiri.

Pantas Airil menyelit kaki Munir menggunakan kaki kanannya lalu Munir jatuh ke lantai. Airil mengikut jatuh bersama Munir lalu menyiku perut Munir dengan kuat dan padu. Munir menjerit kerana perutnya seolah ditikam dengan pisau.

Airil berguling lalu segera bangun dari lantai dan berdiri. Pernafasannya dikawal dengan baik. Airil memperoleh markah. Rakan-rakannya bertepuk tangan untuk Airil. Shen Yi dan Imran hanya mendiamkan diri dan melihat Airil bertarung dengan Munir di luar gelanggang duduk di tempat duduk stadium bersama rakan-rakan yang lain.

"MULA!" Kata pengadil.

Airil menunduk mengelak dari tendangan sabit daripada Munir. Tendangan sabit Munir yang bertentangan kembali menyerang Airil menggunakan kaki kiri yang sama. Airil menumbuk betis Munir. Kaki kiri Munir dipegang lalu ditarik oleh Airil.

Munir masih berjaya mengekalkan keseimbangan badan dan tetap berdiri dengan satu kaki kanan. Airil menendang belakang leher Imran kerana Imran menghadap ke kanan dan kaki kirinya masih dipegang oleh Airil. Belakang kaki kanan Munir ditendang. Munir jatuh ke lantai dalam keadaan terduduk dan kaki kanan berlipat kerana ditendang Airil sambil kakinya masih dipegang oleh Airil.

Airil menarik kaki Imran sekuat hati ke arah dirinya. Bang! Tidak sempat Munir hendak menahan tendangan kaki Airil yang begitu laju mendarat pada dahinya. Munir pula tidak menyangka tendangan Airil begitu spesifik menyasarkan dahi kepalanya dan tidak menyasarkan wajah yang kebiasaan dilakukan oleh pengamal karate.

Munir terbaring di lantai dengan kaki kanannya berlipat. Airil kembali kepada posisi berdiri sambil memandang Munir. Airil mengawal pernafasannya. Munir masih terbaring dan cuba melegakan pening kepalanya setelah dahinya ditendang oleh Airil dengan berbaring di lantai dengan lebih lama.

"Pusingan ketiga. Pusingan akhir." Kata pengadil dengan kuat.

Airil dan Munir kembali di posisi masing-masing. Mereka berdua bersedia dengan posisi tubuh mengikut teknik karate.

"MULA!"

Kedua-dua mereka serentak membuka langkah. Segala tumbukan dan tendangan Munir dengan tenang ditepis oleh Airil. Pergerakan Airil yang kelihatan lembut dan perlahan sebenarnya laju menepis serangan Munir.

Tumbukan kiri Airil menghinggap wajah Munir. Tumbukan kanan pula menghinggap. Kaki kiri pula menyinggah di perut Munir. Munir terbongkok seakan mahu muntah. Bang! Seperti tendangan bola sepak, kepala Munir ditendang dari tepi lalu rebah pengsan ke lantai.

"Tewas! Peserta sudut barat menang!" Umum pengadil itu.

Seluruh hadirin bersorak dan menepuk tangan dengan gemuruh untuk Airil. Airil berjaya layak ke pertarungan akhir pertandingan karate. Salah seorang juri karate mengumumkan waktu rehat selama tiga puluh minit memberi ruang kepada kedua-dua peserta pertarungan akhir pertandingan karate berehat dan mengumpulkan tenaga masing-masing.

__________________________________________________________________

Airil menaiki gelanggang perlahan-lahan. Menenangkan diri yang masih terasa kepenatan setelah mengeluarkan tenaga berdepan lima belas orang peserta karate secara serentak dan berhadapan Munir sebelum ini. Sekarang sudah tiba masanya, pertandingan karate peringkat akhir.

Airil memakai sarung tangan dan pelindung gigi. Semua hadirin bersorak dan memanggil nama Airil. Semua orang di dalam stadium memberi sokongan kepada Airil kerana Airil merupakan seorang sahaja peserta yang mewakili bangsa melayu berjaya tiba di peringkat akhir pertandingan karate.

Airil diberi semangat dan sorakan bagaikan bintang tersohor negara. Airil hanya mampu memberikan penghormatan kepada orang ramai yang menyokongnya dengan membongkok badannya memberi tunduk hormat. Semua orang kagum dengan kehebatan dan kesantunan Airil. Tidak hairanlah Airil merupakan peserta karate yang dikenali orang ramai di dalam mana-mana pertandingan karate.

Pihak lawan Airil tiba, di gelanggang. Memasuki gelanggang dengan perlahan penuh dengan ketenangan. Sedikit pun tidak tergugat atau berasa dengki akan Airil yang mendapat sorakan yang bersemangat daripada orang ramai di dalam stadium tersebut.

Pihak lawan memakai pelindung gigi dan sarung tangan berwarna biru. Airil dan pihak lawan bertentangan mata. Sorakan semakin lama semakin perlahan. Orang ramai mula mendiamkan diri kerana memebri penumpuan terhadap pertandingan karate pertarungan akhir yang akan dilangsungkan.

"Imran." Airil menyebut nama sahabatnya.

"Aku yang engkau tunggu." Kata pihak lawan itu kepada Airil.

"Aduh Imran, ya, engkau lah yang aku tunggu." Balas Airil kepada Shen Yi.

"Aku tidak tahu kenapa nama Imran juga yang engkau sebut." Kata Shen Yi kepada Airil sambil mengubah posisi tubuh badannya mengikut teknik gaya karate.

"Rahsia. Hal peribadi aku dengan Imran. Aku tidak jangka kan apa-apa. Tidak mengapalah aku tidak dapat berdepan dengan Imran. Engkau juga merupakan orang yang ingin aku bertarung dengan." Jawab Airil akan persoalan Shen Yi.

Shen Yi dan Airil tersenyum sendiri. Mereka berdua gembira mendapat peluang untuk bertembung dan bertarung di antara mereka tanpa sebarang gangguan dan halangan.

"MULA!" Kata pengadil.

Orang ramai di dalam stadium terus bersorak dan menjerit nama Airil. Stadium tersangatlah bising. Seluruh stadium diisikan dengan suara sorakan orang ramai yang bersemangat melihat pertarungan akhir karate antara Airil menentang Shen Yi.

Pertarungan Airil dan Shen Yi amat sengit. Sesiapa sahaja yang melihat pertarungan mereka akan terpukau dan tidak dapat melepaskan mata sesiapa sahaja yang memandang. Mereka melihat pertarungan tersebut bagaikan menonton filem aksi di dalam panggung wayang gambar.

__________________________________________________________________

Airil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Shen Yi. Shen Yi dengan terbuka hatinya menyambut tangan Airil lalu bersalaman di bawah bumbung perhentian bas atau tempat menunggu kenderaan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Faisal. Mereka berdua pun damai.

Tiada dendam mahupun iri hati di antara mereka berdua. Faisal menaiki bas sekolah. Bas sekolah bergerak meninggalkan kawasan sekolah itu. Faisal melambaikan tangan kepada Shen Yi melalui tingkap belakang bas sekolah.

Shen Yi tidak membalas lambaian itu. Shen Yi rasa dirinya diperli oleh Airil sedangkan Airil tidak menyimpan apa-apa tanggapan buruk mengenai Shen Yi di dalam hati. Shen Yi hanya membalas lambaian tangan Airil dengan senyuman.

Bas sekolah pun hilang dari pandangan. Shen Yi kembali duduk di tempat duduk. Menunggu keluarganya menjemput membawanya pulang ke rumah.

Shen Yi berasa kecewa kerana keluarganya tidak hadir melihat dirinya bertarung dalam pertandingan karate di mana Shen Yi berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir.

Kebarangkalian ayah Shen Yi sibuk seperti biasa tidak dapat mengambil Shen Yi dan selalu mengambil Shen Yi ketika matahari hampir terbenam. Alangkah ruginya apabila seluruh keluarga Shen Yi tidak dapat melihat kesungguhan, susah payah dan titik peluh Shen Yi yang bermati-matian berjuang dalam pertandingan karate.

__________________________________________________________________

"Adik, kamu masih belum pulang? Bangun dik. Mana ibu ayah kamu?" Soal seorang lelaki tua bermisai putih tebal dan rambut nipis yang juga putih hampir botak itu kepada Shen Yi.

Lelaki tua bermisai dan rambut nipis warna putih berpakaian uniform putih beserta lencana itu ialah seorang pengawal keselamatan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Faisal.

Dia menyuluh wajah Shen Yi menggunakan lampu picit besi berwarna hitam dan panjang itu berkali-kali tanpa terus menerus menyuluh wajah Shen Yi agar dia tidak membuat Shen Yi kesilauan dengan cahaya lampu picit itu. DIa melakukan sedemikian agar Shen Yi terbangun dari tidurnya yang panjang bersandarkan sisinya pada tiang

Shen Yi tertidur. Matanya terbuka lalu terkejut melihat keadaan sekeliling yang sudah pun malam dan gelap gelita kecuali pondok pengawal yang cerah kerana lampu yang dipasang terang berwarna putih. Shen Yi teramatlah terkejut. Ayahnya masih belum mengambil Shen Yi pulang dari sekolah.

"Eh adik. Mari pak cik belanja kamu duit syiling untuk menghubungi ibu ayah kamu menggunakan telefon awam sekolah. Sudah lambat sangat ini. Kamu masih belum pulang. Ibu ayah kamu pula masih belum mengambil kamu pulang ke rumah sedangkan sudah malam gelap." Kata pengawal keselamatan lelaki tua itu kepada Shen Yi.

Shen Yi bangun dari tempat duduk lalu menggalas beg sekolahnya yang berwarna hitam. Lelaki tua itu membawa Shen Yi ke telefon awam sekolah yang berada di sebelah pondok pengawal keselamatan sekolah. Duit syiling bernilai lima puluh sen dimasukkan ke dalam telefon awam.

"Tekanlah nombor telefon ibu ayah kamu." Kata lelaki tua itu kepada Shen Yi.

Terus papan kekeunci telefon awam itu ditekan oleh Shen Yi. Nombor telefon ayahnya dihubungi. Menunggu buat beberapa saat, nombor telefon ayah yang Shen Yi dail tidak dapat dihubungi. Nombor telefon ibu Shen Yi pula dihubungi. Juga masih tidak dapat dihubungi. Nombor telefon rumah pula Shen Yi dail. Tidak mendapat sebarang jawapan.

"Pelik. Semua nombor telefon sudah cuba dihubungi namun tetap tidak dapat sebarang jawapan?" Lelaki tua itu kehairanan.

"Pak Samad. Pak Samad hantarlah budak ini pulang. Alang-alang Pak Samad hendak pulang ke rumah. Malam ini syif saya." Kata pengawal keselamatan lelaki yang berumur dalam lingkungan 30-an bernama Syukri kepada lelaki tua itu.

"Kamu ingat jalan pulang ke rumah? Pak cik perlukan kamu untuk tunjuk arah supaya pak cik boleh bawa kamu pulang ke rumah kamu." Jelas pak Samad kepada Shen Yi.

Shen Yi menganggukkan kepala lalu berkata kepada Pak Samad yang baik hati ingin menghantar Shen Yi pulang ke rumahnya, "Boleh pak cik. Saya ingat jalan pulang ke rumah."

"Bagus kamu ingat. Mudah pak cik hendak hantar kamu pulang ke rumah."

"Pak cik hantar kamu pulang ya. Kita naik motorsikal sahaja. Tidak mengapa kan?" Tambah dan soal Pak Samad kepada Shen Yi.

"Terima kasih pak cik. Minta maaf pak cik. Saya ingin pergi ke tandas terlebih dahulu." Kata Shen Yi kepada Pak Samad.

"Oh, pergi lah terlebih dahulu. Guna sahaja tandas khas untuk tetamu. Lampu buka." Pesan Pak Samad kepada Shen Yi.

"Okay baik." Balas Shen Yi. Shen Yi terus berjalan mencari tandas khas untuk tetamu.

Pada waktu malam yang gelap, Pak Samad menunggang motorsikal bersama Shen Yi. Shen Yi duduk di belakang Pak Samad sebagai penumpang. Mereka berdua meredah kesunyian malam yang senyap. Kereta yang kurang di jalan raya. Terdapat beberapa bangunan kedai yang masih dibuka pada waktu malam antaranya kedai-kedai makan, kedai runcit dan kedai komputer.

"Ikut jalan mana?" Soal Pak Samad yang kepada Shen Yi.

"Masuk kiri." Balas Shen Yi.

Pak Samad menukarkan arah motorsikal ke arah kiri. Motorsikal Pak Samad memasuki jalan kiri. Pak Samad dengan tenang menunggang motorsikal. Shen Yi pula sedang asyik melihat pemandangan suasana bandar kiri dan kanannya.

Setelah beberapa minit, Pak Samad memberhentikan motorsikalnya di kedai makan di kiri jalan raya. Pak Samad meminta Shen Yi untuk turun dari motorsikal. Shen Yi pun turun dari motorsikal. Pak Samad turun dari motorsikal.

"Pilih tempat duduk. Pak cik lapar. Masih belum makan lagi. Kamu lapar?" Soal Pak Samad kepada Shen Yi.

"Tidak lah lapar sangat tetapi boleh makan." Kata Shen Yi.

"Kita makan di kedai orang melayu islam ya. Tidakkan pula pak cik hendak bawa kamu makan di restoran cina kan. Tak halal makanan kalau pak cik hendak makan." Kata Pak Samad dengan tertawa kecil.

Shen Yi hanya membalas kata-kata Pak Samad dengan senyuman. Shen Yi terus duduk di salah satu meja makan yang ada di luar kedai makan. Pak Samad duduk di hadapan Shen Yi. Seorang pelayan perempuan melayu yang kelihatan muda dan kurus bertopi hitam dan memakai apron kelabu dalam berumur dalam lingkungan 20-an berambut ekor hadir ke meja makan di mana Shen Yi dan Pak Samad berada untuk mengambil pesanan makanan.

"Encik dan adik. Nak pesan air dan makanan apa?" Soal pelayan perempuan muda cantik itu.

"Air apa yang ada sayang?" Soal Pak Samad mengusik pelayan perempuan itu. Shen Yi mengerutkan dahi dan memandang Pak Samad dengan kehairanan.

"Air kopi ada, air teh ada, air jus buah-buahan pun ada." Jelas pelayan perempuan itu.

"Nama kamu apa?" Soal Pak Samad kepada Shen Yi.

"Nama saya Shen Yi." Balas Shen Yi.

"Pesanlah apa-apa minuman dan makanan." Kata Pak Samad kepada Shen Yi.

Shen Yi memandang keadaan sekeliling. Ini kali pertama Shen Yi makan di kedai makan kecil-kecilan. Lebih-lebih lagi kedai makan orang melayu. Kebiasaannya Shen Yi dan keluarga hanya makan di restoran besar yang berprestij tinggi dan makanan-makanan yang mahal seperti makanan luar negara.

"Air Laici. Makanan apa yang sedap?" Soal Shen Yi.

"Pada pandangan pak cik, budak seperti kamu, pak cik pilih Nasi Pataya lah." Kata Pak Samad. Pelayan perempuan itu menulis pesanan.

"Saya pesan, air teh susu dan nasi paprik." Pesan Pak Samad.

"Baiklah encik dan adik. Sila tunggu sebentar ya. Sebentar lagi makanan akan tiba." Kata pelayan perempuan itu lalu beredar.

"Nasi Pataya itu apa pak cik?" Soal Shen Yi kepada Pak Samad.

"Aik, nasi Pataya kamu tidak tahu?" Pak Samad agak kehairanan dengan soalan Shen Yi.

"Tidak." Jujur Shen Yi.

"Memang patut pun kamu perlu pesan nasi pataya. Kamu kena rasa. Sedap sangat-sangat.

"Baiklah ikut pak cik. Asalkan sedap." Balas Shen Yi kepada Pak Samad.

"Bagus-bagus. Kamu orang cina, asyik makan mee sahajakah di rumah? Tidak jemukah makan mee sahaja?" Soal Pak Samad kepada Shen Yi.

"Saya ada juga makan selain mee. Bukan sahaja mee. Makan nasi dengan lauk-pauk. Kadang-kadang makan roti untuk sarapan. Saya dan keluarga makan makanan yang kebiasaannya dimasak oleh tukang masak di rumah. Selalunya makanan barat dan juga salad." Cerita Shen Yi kepada Pak Samad.

"Di rumah, mak dan ayah saya sangat mementingkan makanan yang berkhasiat. Tukang masak dan tukang penyedia makanan memang menyediakan makanan berkhasiat sebagaimana yang diminta oleh mak dan ayah saya." Jelas Shen Yi.

"Wah, kamu ini anak orang senang. Anak orang yang keluarga berada. Beruntung kamu." Pak Samad teruja mendengar perokongsian hidup Shen Yi.

"Mak ayah kamu tidak memasak? Memang upah tukang masak sahaja di rumah?" Soal lagi Pak Samad.

"Mak ayah saya memasak untuk makanan sarapan dan makan malam. Kebiasaannya tukang memasak pada waktu tengah hari. Adakalanya makan malam dimasak oleh tukang masak." Terang Shen Yi.

"Uish hebat sangat. Apa pekerjaan ibu ayah kamu?" Tambah soalan daripada Pak Samad.

"Ayah saya seorang pengurus syarikat dan ibu saya seorang jururawat." Jawab Shen Yi.

"Encik. Makanan sudah siap." Kata pelayan kedai makan itu.

"Terima kasih." Ucap Pak Samad. Nasi Pataya diambil oleh Pak Samad lalu diserahkan kepada Shen Yi.

Shen Yi menerima sepinggan nasi pataya. Sudu dan garfu diambil dari bakul kecil khas yang berisikan sudu dan garfu di atas meja. Nasi goreng yang dibaluti telur goreng itu dijamah oleh Shen Yi.

"Bagaimana? Sedap atau tidak nasi pataya yang engkau makan itu?" Soal Pak Samad kepada Shen Yi.

"Sedap pak cik! Sedap sangat-sangat!" Teruja Shen Yi pertama kali mencuba makan nasi pataya.

"Haha, kan pak cik sudah kata. Sila-sila makan!" Ketawa kecil Pak Samad melihat Shen Yi menjamah nasi pataya dengan selera makan yang tinggi akibat lapar.

Selesai makan malam di kedai makan itu, mereka bertolak ke rumah Shen Yi dengan menggunakan kenderaan yang sama namun ditunggang dengan lebih laju memandangkan hari semakin lewat.

Puluhan minit pun berlalu, Pak Samad dan Shen Yi masih membonceng motosikal bersama dan sekarang mereka di jalan yang sunyi dan semakin jarang kelihatan buah-buah rumah yang besar, mewah berjarak-jarak.

Didapati kawasan-kawasan perumahan tersebut merupakan milik orang-orang jutawan namun kekosongan kerana tiada empunya rumah. Rumah-rumah jutawan gelap dan hanya lampu parkir kereta sahaja yang menyala untuk waktu malam dengan menggunakan sistem lampu automatik.

Pak Samad menoleh sedikit ke belakang lalu bertanyakan soalan kepada Shen Yi yang sedang asyik melihat suasana perumahan orang-orang jutawan yang tidak berpenghuni ketika itu.

"Betulkah rumah kamu di sini?" Soal Pak Samad kepada Shen Yi.

"Depan sahaja lagi Pak Samad. Kita semakin hampir." Balas Shen Yi.

"Baiklah." Balas Pak Samad yang tenang menunggang motosikal.

Tiba di pintu pagar gerbang bagaikan pintu pagar gerbang besi istana raja cantik megah itu terbuka luas tidak tertutup. Pak Samad terpegun melihat pagar kawasan rumah itu yang menawan seperti pagar-pagar kawasan istana yang mahal dan berseni itu. Shen Yi meminta Pak Samad untuk memberhentikan motosikal di pintu pagar yang besar itu. Shen Yi turun daripada motosikal Pak Samad.

"Kenapa Shen Yi? Rumah kamu masih jauh ke dalam. Ada di hadapan kita sahaja. Besar sungguh rumah kamu Shen Yi. Dari jauh boleh lihat betapa besarnya rumah agam keluarga kamu. Mewah sungguh rumah kamu ini. Benar-benar ahli perniagaan terkaya tetapi kenapa rumah kamu gelap? Tiada orangkah?" Puji Pak Samad kepada Shen Yi.

"Kenapa pagar rumah tidak bertutup? Sedangkan sudah malam. Pintu pagar ini sepatutnya ditutup menggunakan alat kawalan jauh. Mustahil pula keluarga saya di bandar dengan terlupa pintu pagar tidak tutup." Ujar Shen Yi.

"Mereka terlupa. Mari Shen Yi. Kita masuk ke dalam. Saya hantar kamu terus di hadapan pintu rumah." Kata Pak Samad.

Shen Yi menaiki motosikal Pak Samad. Motosikal itu digerakkan semula lalu dibonceng oleh mereka berdua sehingga berhenti di hadapan pintu masuk rumah agam itu.Rumah Agam Shen Yi itu amat gelap, senyap sunyi dan terasa angin kesejukan meniup-niup tulang Shen Yi dan Pak Samad.

"Gelapnya. Macam tiada orang sahaja. Pintu rumah terbuka luas." Kata Pak Samad kehairanan melihat keadaan sekeliling.

Shen Yi memandang keadaan sekeliling dan menanggalkan kasut lalu berjalan masuk ke dalam rumahnya yang terbuka luas pintu hadapan rumah tersebut.. Kasut ditanggalkan. Pak Samad menggalkan kunci motosikal lalu turut mengikut Shen Yi masuk ke dalam rumah agam milik keluarga Shen Yi. Shen Yi memanggil kedua ibu bapa dan kakaknya di dalam gelap rumah agam itu.

"Shen Yi. Suis lampu rumah di mana?" Soal Pak Samad yang meraba-raba di dalam gelap pada dinding kiri rumah agam itu. Shen Yi tidak menyahut soalan Pak Samad itu kerana masih terpinga-pinga di dalam gelap kerana keluarganya tiada di dalam rumah.

"Tidak mengapalah. Pak Cik sudah jumpa suis lampu agaknya. Suis lampu rasanya ini. Dalam gelap tidak dapat melihat apa-apa langsung." Keluh Pak Samad lalu menekan ke semua suis yang ada dibelek oleh Pak Samad dalam gelap itu.

Lampu ruang tamu rumah agam itu menyala setelah semua suis ditekan oleh Pak Samad. Terang benderang ruang tamu dengan lampu siling yang mempunyai hiasan dan reka bentuk amat berseni memukau kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Shen Yi melihat Pak Samad yang terpegun melihat siling rumah agam yang mewah itu kerana terlalu cantik kesenian siling rumah itu yang bertemakan sejarah greek.

Shen Yimenoleh dari Pak Samad lalu terlihat kedua ibu bapanya yang berada di hadapannya. Pak Samad memandang Shen Yi lalu memandang pula kedua ibu bapa Shen Yi. Ibu bapa Shen Yi tidak bernyawa terbaring berlumuran darah dan lantai yang dibasahi lopak darah milik ibu bapa Shen Yi. Tubuh ibu bapa Shen Yi dipenuhi dengan tetakan objek yang tajam.

Leher bapa Shen Yi terdapat tetakan yang besar sehingga menampakkan trakea dan urat nyawa. Badan bapa Shen Yi hancur ditetak banyak kali tidak diketahui jumlah tetakan kerana terlalu banyak. Begitu juga dengan ibu Shen Yi.

Tikaman-tikaman dan tetakan yang mendalam boleh dilihat pada tubuh ibu Shen Yi. Kedua ibu bapa Shen Yi dibunuh dengan kejam. Shen Yi memandang ayah dan ibunya. Seakan tidak percaya.

Beg sekolah Shen Yi yang zip tidak tertutup rapat itu terjatuh ke lantai.kerana Shen Yi kaku melihat kedua ibu bapanya dibunuh ketika dia berada di sekolah menunggu ketibaan ibu bapanya untuk mengambilnya pulang dari sekolah.

Beg sekolah terhentak pada lantai lalu mengeluarkan trofi dan medal berwarna emas yang bertuliskan juara pertandingan karate peringkat daerah pada plat besi. Shen Yi jatuh melutut. Tubuh ibu bapanya yang saling menghadap suami isteri itu disentuh oleh Shen Yi dan digoncang. Shen Yi berusaha sedaya upaya untuk mengejutkan ibu bapanya yang tidak bernyawa.

"Ayah...Ibu...Bangun... Shen Yi dah balik. Ibu? Ayah? Ibu? Ayah?" Shen Yi memanggil dan mengejutkan ibu bapanya berkali-kali.

Mata Pak Samad membulat dan terbuka besar melihat tragedi yang menyayat hati. Pak Samad jatuh terduduk pada lantai lalu bersandarkan pada dinding di bawah suis lampu itu.

Pak Samad menutup mulutnya dengan tangan kanan. Matanya mulai berair. Tidak percaya apa yang terjadi di hadapannya. Melihat seorang anak yang menangis dan merayu sedaya upaya mengejutkan kedua tubuh ibu bapanya yang tidak lagi bernyawa.

"AYAH! IBU! BANGUNLAH" Jerit Shen Yi pujuk rayu mengejutkan tubuh kedua ibu bapanya yang tidak bernyawa agar bangun dan menyambut kepulangannya dari sekolah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience