BAB 3- KITA JIRAN??

Romance Series 3056

"Astaghfirullah, Nauha... betul ke ni?"
Nauha masih berdiri di belakang pintu rumahnya, otaknya cuba memproses apa yang baru berlaku. Dr. Riaz Mikael—doktor yang buat jantungnya berdegup tak tentu hala, kini adalah jirannya sendiri?!
Dia mengetuk kepalanya perlahan. Tak mungkin… Tak mungkin! Dunia ni kecil sangat ke?!
Sebelum sempat dia menyambung sesi ‘mental breakdown’nya, telefon di tangan berbunyi. Nadia Sofia.
Nadia (di telefon): "Hoi, aku baru dengar cerita daripada staf. Kau betul ke tinggal di kondo yang sama dengan Dr. Riaz?!"
Nauha: "Errr... bukan sekadar satu kondo, Nad. Dia... jiran sebelah rumah aku."
Nadia: "..."
Nadia: "APA?! JIRAN SEBELAH?! KAU BERGURAU KAN?!"
Nauha menolak dahinya ke dinding. “Kau rasa aku ada mood nak bergurau sekarang?”
Nadia: "Nauha, kau tahu tak ini peluang keemasan?! Dah la di hospital kau asyik terserempak dengan dia, sekarang jadi jiran? This is fate, babe! Jodoh!"
Nauha menjeling. “Nadia, ini BUKAN drama Korea.”
Nadia: "Tapi kalau rasa-rasa dia suka kau, boleh jadi drama realiti!"
Nauha mengeluh dan terus mematikan panggilan. Kawan aku ni memang tak membantu langsung.
---
Keesokan Harinya — Perjumpaan Tanpa Sengaja Lagi?!
Hari ini Nauha bercadang untuk pergi ke pasaraya berdekatan untuk membeli barang dapur. Setelah mengenakan pakaian kasual—sweater longgar dan seluar jogger—dia keluar dari rumahnya dengan mood yang lebih tenang.
Tetapi sebaik sahaja pintu rumahnya terbuka…
Pintu rumah sebelah juga terbuka.
Mata Nauha membulat. “Oh tidak…”
Dan seperti yang dijangka, seorang lelaki tinggi dengan hoodie hitam serta sneakers berdiri di hadapan pintunya. Dr. Riaz Mikael.
Mata mereka bertemu. Nauha hampir tersedak oksigen.
“…Kita jumpa lagi.” Nada lelaki itu santai, tetapi ada sinar lucu di matanya.
Nauha ingin menjerit dalam hati. Kenapa setiap kali aku keluar, dia pun keluar?!
“Oh… Doktor nak keluar juga?” Nauha cuba berlagak biasa.
Riaz Mikael mengangguk. “Ya. Ke pasaraya.”
Nauha ternganga. “Saya pun nak ke sana.”
Mereka sama-sama diam. Nauha cuba mencari alasan untuk melarikan diri, tetapi Riaz Mikael terlebih dahulu bersuara.
“Kalau begitu… kita pergi sekali?”
Hah?!
**
Di Pasaraya
Nauha berjalan dengan penuh kekok di sebelah Riaz Mikael. Bayangkan, dia hanya ingin membeli barang dapur biasa, tetapi kini dia seperti ‘shopping’ dengan seorang selebriti!
Mereka berjalan ke bahagian hasil segar. Nauha mengambil sebiji tomato dan meneliti sebelum memasukkannya ke dalam plastik. Sedang dia asyik memilih sayur, dia perasan sesuatu.
Dr. Riaz Mikael ikut pilih benda yang sama.
Dia ambil tomato, dia pun ambil tomato.
Dia ambil bayam, dia pun ambil bayam.
Nauha memandang lelaki itu dengan curiga. “Doktor… ikut saya pilih barang ke?”
Riaz Mikael memandangnya dengan wajah selamba. “Saya tak reti pilih.”
Nauha berkelip beberapa kali. “Hah?”
“Saya jarang masak. Jadi saya ikut cara awak pilih.”
Nauha terkedu. Seorang doktor pakar… “tak reti beli sayur?”desis fikiranku
Melihat Nauha yang masih blur, lelaki itu bersandar sedikit ke troli dan mengangkat kening.
“Saya perlu bayar awak ke sebab jadi ‘personal shopper’ saya?”
Nauha terus menjeling. “Saya patut caj mahal untuk perkhidmatan ni.”
Untuk pertama kali, Nauha melihat Dr. Riaz Mikael tersenyum kecil. Senyuman yang hampir membuatkan Nauha tersedak angin sendiri.
Ya Allah… Aku dalam bahaya.

Kisah ini karya pertam untuk apps ini. Mouon support dengan komen dan follow akaun AMORA RAE. kelak bakal menyusul beberapa lagi karya romantik komedi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience