BAB 9 : Antara RINDU, EGO DAN Sandwich

Romance Series 3056

Nauha masih ternganga di hadapan pintu rumahnya. Dia cuba memproses ayat yang baru sahaja keluar dari mulut Dr. Riaz Mikael.

“Awak boleh berhenti buat saya fikir awak hari-hari tak?”

Ayat itu bergema di dalam fikirannya, berulang-ulang, seolah-olah otaknya mahu memastikan dia tidak tersalah dengar.

Fikir aku hari-hari? Apa maksud doktor itu?

Adakah ini satu sindiran? Atau... satu pengakuan cinta?

Riaz Mikael masih berdiri di hadapan pintu, tangannya berpeluk tubuh. Ekspresi wajahnya serius, seperti biasa. Namun, kali ini, ada sesuatu yang berbeza dalam sinar matanya.

Gugup.

Doktor serius dan cool ini boleh gugup?!

Nauha meneguk liur, cuba mengawal riaknya yang hampir kalah dengan situasi ini. Dia menyandarkan tubuh ke bingkai pintu sambil memeluk plastik makanan yang Riaz berikan.

"Err… maaf doktor, saya tak tahu saya ada kuasa buat orang fikir saya setiap hari."

Dia cuba menyakat. Tapi dalam hati, ribut petir sudah mula melanda.

Riaz memejam mata seketika, sebelum membukanya semula. "Saya tak bergurau, Nauha."

Nada suara itu dalam, serak, dan begitu menusuk. Nauha hampir tersedak dengan oksigen sendiri.

Oh Tuhan. Apa ini? Kenapa aura lelaki ini tiba-tiba terlalu kuat?!

Dia menelan liur, cuba untuk tidak menunjukkan bahawa jantungnya kini berlumba-lumba seperti pelari pecut di trek pertandingan.

"O-okay..." Nauha mengangkat tangan, cuba mencari jalan selamat.

"Saya janji takkan bagi doktor sandwich lagi kalau itu boleh bantu doktor berhenti fikirkan saya."

Riaz Mikael mengangkat kening. "Itu penyelesaian awak?"

Nada suaranya rata, tetapi matanya menunjukkan sesuatu yang lain. Seperti kekecewaan yang tidak terucap.

Nauha tiba-tiba rasa tak sedap hati.

Salah jawapan ke?! "Saya… saya cuma bergurau."

"Saya tahu."

Hening.

Nauha rasa serba salah. Dia tidak tahu kenapa doktor ini tiba-tiba serius sangat.

Tapi sebelum dia sempat berkata apa-apa lagi, Riaz menghela nafas. "Lupakan saja."

Kemudian, tanpa memberi peluang untuk Nauha bertanya atau membalas, dia terus beredar.

Pintu tertutup.

Nauha terkaku di tempatnya.

Kenapa dia rasa dia baru sahaja buat kesilapan besar?

**
Keesokan hari di Hospital.

Satu perkara yang Nauha perasan hari ini. Dr. Riaz Mikael mengelak daripada dia.

Kenapa lelaki itu tiba-tiba dingin?!

Semalam, bukan main dia yang datang ke rumah Nauha, buat statement pelik… dan hari ini, dia pura-pura Nauha tak wujud?

Mereka ada bertembung di pantry pagi tadi, tetapi Riaz langsung tidak menyapanya.

Malah, dia mengambil kopi dan terus berlalu pergi. Tiada senyuman kecil, tiada anggukan kepala seperti kebiasaannya.

Nauha merenung lelaki itu dari jauh. Okay, ini bukan kebetulan.

Dia menghampiri jururawat lain.

"Misi Ika, doktor nampak macam tak sihat hari ni. Dia demam ke?" Nauha bertanya, cuba mencari alasan untuk mengorek maklumat.

Misi Ika tertawa kecil. "Eh? Mana ada. Dia macam biasa je."

Nauha mengerutkan kening.

Jadi… dia cuma bersikap dingin dengan aku?!

Lelaki ni betul-betul nak main tarik tali ke apa?

"Kenapa tanya? Kau risaulah tu?" Misi Ika tersengih.

Nauha cuba menyembunyikan reaksi. "Eh, mana ada…"

Tipu. Memang risau pun!

**
Petang Itu di Balkoni

Angin petang menyapa lembut wajah Nauha yang berdiri di balkoni rumahnya. Matanya melekat ke arah rumah sebelah.

Pintu gelongsor rumah Riaz Mikael terbuka sedikit. Lampu balkoni menyala, tetapi kelibat lelaki itu tidak kelihatan.

Mungkin dia ada di dalam.

Nauha menggigit bibir. Perlukah aku cuba berbual? Atau lebih baik aku biarkan saja?

Sedang dia berfikir, pintu gelongsor itu tiba-tiba terbuka lebih luas dan Dr. Riaz Mikael muncul.

Mereka bertentangan mata.

Nauha terkaku. Riaz juga membisu.

Seperti ada sesuatu di antara mereka. Sesuatu yang tidak kelihatan tetapi terasa berat di dada.

Nauha berdehem, cuba mencairkan suasana.

"Saya..." Dia ingin membuka mulut, tetapi Riaz lebih pantas.

"Saya minta maaf."

Hah?

Nauha ternganga.

Dr. Riaz Mikael minta maaf?

Atas sebab apa?

"Saya tak patut cakap macam tu semalam."

Nada suaranya tenang, tetapi ada sesuatu di dalamnya.

Seperti?

Kecewa?

"Doktor…" Nauha keliru.

"Saya fikir saya boleh kawal perasaan sendiri."

Nafas Nauha tertahan.

Perasaan?

Apa maksud dia?!

Riaz Mikael menarik nafas. "Saya tak nak awak fikir saya pelik."

Nauha ketawa kecil, cuba menyembunyikan kegugupannya. "Doktor memang pelik pun."

Lelaki itu mengangkat kening, seolah-olah terkejut dengan jawapan Nauha.

Nauha tersenyum, tiba-tiba hatinya terasa lebih tenang.

Kalau doktor ini boleh berterus terang, kenapa dia sendiri masih menyorokkan perasaannya?

"Saya tak rasa awak pelik."

Riaz Mikael merenungnya lama.

"Saya cuma rasa…" Nauha tersenyum kecil. "Kita makin pelik."

Lelaki itu terpempan.

Kemudian, perlahan-lahan, satu senyuman tipis muncul di bibirnya.

"Ya."

"Makin pelik."

Dan malam itu, mereka berborak seperti biasa.

Tiada lagi kekok.

Tiada lagi rasa ingin mengelak.

Hanya Nauha dan Riaz Mikael, dua insan yang saling tertarik tetapi masih berdiri di garisan masing-masing.

Untuk sekarang… cukuplah begini.

Untuk sekarang… cukuplah mereka dalam fasa ‘makin pelik’.

***

Jom follow author. Selamat membaca. Lama tidak updated hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience