BAB 2- Entah kenapa, Dia lain

Romance Series 3056

“Nauha, aku rasa kau dah kena penyakit pelik.” Salah seorang staf menegur.

Nauha mengerutkan dahi sambil menyedut air kotak miliknya. Mereka sedang berehat di pantry staf selepas jadual kerja pagi yang cukup meletihkan.

“Apa maksud kau?” soalnya malas.

Nadia menjungkit kening dengan senyuman penuh makna.

“Sejak pagi tadi, aku perasan kau asyik cuak setiap kali terserempak dengan Dr. Riaz Mikael.”

Tersedak. Nauha segera menekup mulut sambil batuk kecil.
“Mana ada! Aku cuma… hormat dia sebagai doktor.”

“Hormat atau nervous?” Nadia memandangnya dengan renungan nakal.

Nauha menjeling tajam. “Aku baru hari pertama, Nad. Mestilah aku nervous dengan doktor senior.”

Nadia ketawa kecil. “Tapi Dr. Riaz Mikael tu bukan sembarangan doktor senior. Dia… lain.”

Nauha terdiam. Lain? Ya… memang dia lain.

Cara lelaki itu memandangnya setiap kali mereka bertembung. Cara dia berbicara. Sedikit tegas, tapi tidak kasar. Kenapa aura dia macam ada ‘tarikan’ tersendiri?

“Dah la, tak ada masa nak fikir pasal dia. Aku ada shift petang kejap lagi.” Nauha cepat-cepat bangkit dan menepuk bahu Nadia.

“Kalau aku terlelap nanti, tolong kejutkan aku.”pesan Nauha pada Nadia

“Tapi kalau Dr. Riaz yang kejutkan kau macam tadi, macam mana?” Nadia mengusik.

Nauha terus mencubit lengan sahabatnya sebelum beredar keluar dari pantry.

***

Malam itu, Nauha bertugas di kaunter wad kecemasan, menguruskan fail pesakit yang keluar masuk.

Semuanya berjalan lancar sehinggalah… Dr. Riaz Mikael muncul lagi.

Nauha cuba berlagak profesional, fokus pada kerjanya. Tetapi jantungnya mula berdetak laju. "Kenapa dia kena berdiri dekat sini? Kenapa tak pergi tempat lain?" desis nauha dalam hati

“Cik Nauha.”Namanya dipanggil

Terkejut. Nauha mengangkat wajah, hampir menjatuhkan pen di tangannya.
“Y-ya, doktor?”

“Saya nak rekod pesakit katil 14.”

“Oh! Sekejap, saya cari.” Nauha tergesa-gesa membuka fail, tapi kerana panik, dia tersalah capai dokumen dan tanpa sengaja menjatuhkan beberapa helaian ke lantai.

Dia terkedu.

Kenapa setiap kali dengan dia, aku jadi macam ni?!

Sebelum sempat dia tunduk, Dr. Riaz Mikael sudah pun mendahuluinya, mengambil helaian yang jatuh. Jari-jemari mereka hampir bersentuhan, membuatkan Nauha kaku seketika.

Lelaki itu menyerahkan kertas itu kepadanya dengan wajah tenang, tetapi… Ada senyuman kecil di bibirnya.

Bukan senyuman mengejek. Tapi sesuatu yang lebih sukar ditafsirkan.

“Jangan terlalu gementar. Saya tak makan orang,” katanya sebelum berlalu pergi.

Nauha terduduk. Ya Allah, kenapa aku rasa dia ni bahaya?Jantung semakin berdenyut laju

***

jom follow dan line atau komen

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience