Tok! Tok! Tok!
Nauha baru sahaja hendak menikmati tidur pagi hujung minggunya yang indah apabila bunyi ketukan pintu rumahnya bergema. Dengan mata separuh terbuka, dia mencapai telefon dan melihat jam.
7:30 pagi. Siapa yang kejam sangat nak ketuk pintu orang pagi-pagi macam ni?!
Dengan rambut kusut dan hoodie besar yang dipakainya sebagai baju tidur, Nauha menyeret kaki ke pintu dan membukanya perlahan-lahan.
Dan di hadapan pintunya berdiri seorang lelaki tinggi, memakai t-shirt putih dan sweatpants kelabu. Dr. Riaz Mikael.
Dengan secawan kopi dalam tangan, doktor itu memandang Nauha dari atas ke bawah sebelum mengangkat sebelah kening.
“…Awak baru bangun?”
Nauha yang masih dalam keadaan mamai menggosok matanya. “Hah?”
Riaz Mikael bersandar ke pintu rumahnya sendiri, masih memerhati. “Saya ingat awak jenis bangun awal.”
Nauha menjeling lemah. “Doktor… ini hari cuti saya.”
Lelaki itu mengangguk perlahan, seolah-olah memahami. Kemudian, dia mengangkat satu bungkusan plastik ke arah Nauha.
“Sarapan.”
Nauha berkelip beberapa kali, cuba memahami situasi. “Hah?”
“Saya beli lebih. Awak nak?”
Nauha masih separuh sedar, tapi dia melihat bau roti yang keluar dari plastik itu dan perutnya yang kosong tiba-tiba berbunyi.
Dr. Riaz Mikael sempat tersenyum sinis. “Perut awak yang jawab untuk awak.”
Malu. Nauha rasa malu tahap kritikal.
Tapi sebab dia lapar… dengan berat hati, dia menyambut bungkusan itu.
“Terima kasih…” Nauha merenung doktor itu dengan rasa curiga.
“Tapi kenapa tiba-tiba bagi saya sarapan?”
Riaz Mikael mengangkat bahu. “Jiran bertanggungjawab.”
Jiran bertanggungjawab lagi?
Sebelum Nauha sempat membalas, lelaki itu sudah berundur. “Makan dulu. Lepas tu, jangan tidur balik. Nanti saya datang lagi.”
Apa?!
Sebelum Nauha sempat protes, pintu rumah sebelah sudah tertutup.
Dia memandang plastik di tangannya, kemudian memandang pintu rumah doktor itu dengan wajah bingung.
Kenapa perasaan dia makin pelik dengan jiran sebelah ni?!
**
Nauha tidak sangka selepas insiden sarapan itu, dia benar-benar kena ‘culik’ oleh Dr. Riaz Mikael untuk keluar pada hari cuti.
“Saya nak beli barang.” Itu alasan doktor itu.
Nauha hanya menemani sebagai jiran yang baik.
Atau… begitulah yang dia cuba yakinkan diri sendiri.
Tetapi kenapa setiap kali mereka keluar bersama, orang sekeliling macam memandang lain macam?!
Ketika mereka berjalan di dalam pusat beli-belah, Nauha perasan beberapa mata memandang ke arah mereka. Ada juga sekumpulan jururawat yang pernah bekerja dengan Riaz Mikael di hospital mereka yang berbisik-bisik sesama sendiri.
Nauha cuba buat tak tahu, tetapi dia tetap rasa pelik.
“Doktor.”
“Hmm?”
“Orang tengok kita lain macam. Kenapa ya?”
Riaz Mikael memandang Nauha sekilas. “Sebab saya jarang keluar dengan sesiapa. Apalagi dengan perempuan.”
Oh.. Tapi... Hah?!
Nauha menoleh laju. “Maksud doktor?”
Lelaki itu tidak menjawab, tetapi matanya berkilat dengan senyuman separa. “Awak baru tahu?”
Jantung Nauha berdebar kuat.
Mereka berhenti di hadapan sebuah kedai buku. Nauha yang cuba mengalihkan fokusnya terus melangkah masuk ke dalam kedai. Dia berpura-pura melihat rak buku, padahal dia sebenarnya cuba tenangkan diri!
Apa maksud doktor tadi?!
“Awak suka baca novel?” Suara Riaz Mikael kembali kedengaran.
Nauha memandang ke arah lelaki itu yang kini berdiri di sebelahnya. Dia memegang sebuah novel dan meneliti sinopsis di belakangnya.
“Saya suka juga… tapi jarang ada masa nak habiskan satu buku.” Nauha tersenyum kecil.
Dr. Riaz Mikael meletakkan novel yang dipegangnya kembali ke rak. “Kalau begitu, saya boleh tolong awak cari masa.”
Nauha mengerutkan dahi. “Hah?”
Lelaki itu menyandarkan tangan ke rak buku, sedikit mendekat ke arahnya. “Saya boleh bagi awak cuti kalau awak perlukan masa untuk baca.”
Oh my God.
Mata Nauha membulat. “Doktor, itu salah guna kuasa!”
Riaz Mikael tersenyum nipis, kelihatan sangat puas melihat reaksi Nauha yang panik.
Nauha mengetap bibir. Kenapa aku rasa doktor ni makin suka usik aku?!
Dan masalahnya… kenapa jantung aku makin tak tentu hala?!
**
Nauha masih belum boleh menerima kenyataan.
Bukan sebab dia dan Dr. Riaz Mikael berjiran. Itu dia dah tahu sejak hari pertama pindah.
Tapi kerana hakikat bahawa jiran sebelah itu semakin kerap muncul dalam hidupnya!
Contohnya sekarang—
“Awak buat apa?”
Nauha yang sedang sibuk membasuh sayur di dapur terlompat sedikit apabila mendengar suara Dr. Riaz Mikael.
Panik, dia menoleh ke arah balkoni kecil di dapurnya. Dan ya, doktor itu sedang bersandar di pagar balkoni unit sebelah, dengan mug kopi di tangan.
Dia buat apa kat luar pagi-pagi macam ni?!
Dengan tuala dapur di tangan, Nauha menjeling. “Saya masak. Kenapa?”
“Saja tanya.” Riaz mengangkat mug kopinya, memerhati seolah-olah dia selesa sangat menjadi jiran yang menyibuk.
“Doktor ni bosan sangat ke sampai sibuk nak tahu saya buat apa?” Nauha berseloroh sambil kembali fokus kepada sayurnya.
“Saya suka tahu aktiviti jiran saya.”
Nauha menghela nafas. “Baiklah. Saya masak breakfast. Nak?”
Dia hanya bergurau.
Tapii. terlambat Dr Riaz dh menjawab.
“Boleh.”
Nauha tersedak air liurnya sendiri. Dia berpaling dan memandang doktor itu dengan mata membulat.
“…Hah?”
Riaz meletakkan mugnya di pagar balkoni. “Saya turun sekarang.”
“Eh, saya main-main j—”
Bipp!
Bunyi pagar digital rumah Nauha ditekan.
Lima minit kemudian, Dr. Riaz Mikael sudah berada di dapurnya.
Duduk sambil minum kopinya dan menunggu makanan.
Dia buat macam rumah sendiri.
Nauha mengusap wajahnya. Macam mana aku nak halau doktor ni keluar tanpa nampak kejam?!
Kelak tak boleh main-main bergurau dengan Dr ini. Peringatan alarm dalam fikirannya.
**
Share this novel
tq update author