Nauha bersandar di balkoni dengan bekas makanan di tangan. Angin malam menyapu lembut wajahnya, tetapi hatinya tetap berkecamuk. Matanya masih melekat pada pintu rumah Riaz Mikael yang baru saja tertutup beberapa minit lalu.
Sarapan untuk esok?
Tukar ganti sebab aku cakap nak bagi makanan lagi kalau dia baik?
Kenapa macam aku yang kena game balik ni?!
Nauha mengeluh perlahan. Dia menarik nafas dan menapak masuk ke dalam rumah. Lampu ruang tamu masih menyala, menyinari ruang kecilnya yang cukup selesa.
Dia meletakkan bekas itu di meja, kemudian membuka penutupnya dengan penuh rasa ingin tahu.
Nasi goreng dengan telur mata.
Dahi Nauha berkerut.
Doktor ni masak sendiri ke atau beli?
Ragu-ragu, dia menyenduk sedikit ke dalam mulut.
Dan..
Wah. Boleh tahan sedap!
Tiba-tiba dia tersenyum kecil. Okay, aku terima cabaran ni.
Esok pagi, aku akan buat dia pening pula.
**
Di Hospital
Pagi itu, Nauha masuk kerja lebih awal dari biasa. Dengan semangat membara, dia melangkah masuk ke pantry hospital, tempat di mana staf sering bersarapan dan mengambil kopi sebelum mula bekerja.
Misi hari ini: Balas dendam sarapan.
Dengan penuh cermat, dia meletakkan bekas makanan di atas meja. Kali ini, dia sediakan sandwich istimewa, menggunakan roti homemade, diisi dengan ayam panggang berempah, keju yang meleleh, dan sedikit sos rahsia.
Riaz Mikael mesti tak boleh menafikan keenakan sandwich ni!
Dan tepat seperti yang dijangka, lelaki itu muncul dengan wajah mamai. Rambutnya sedikit kusut, kesan dari tidur yang mungkin tidak cukup.
Nauha berpura-pura sibuk dengan telefon, tetapi ekor matanya tidak lepas dari memerhati.
Riaz Mikael menuang kopi hitam ke dalam cawan, sebelum menarik kerusi dan duduk. Baru sahaja dia ingin meneguk kopi, matanya tertancap pada bekas makanan di hadapannya.
Nauha menahan senyum.
Perlahan-lahan, Riaz mengangkat kening. Dia membuka bekas itu dan mengeluarkan sandwich.
Sunyi.
Lelaki itu meneliti sandwich tersebut seperti seorang saintis sedang mengkaji mikroorganisma.
Nauha hampir tergelak.
Kita makan je lah doktor, bukan buat eksperimen!
Akhirnya, Riaz Mikael menggigit sedikit.
Dan.
Dia terhenti seketika.
Nauha perasan kening lelaki itu sedikit terangkat.
Dia suka!
Yes! Berjaya!
Tapi…
Eh?!
Lelaki itu cuma letak sandwich kembali dalam bekas dan meneguk kopi dengan wajah selamba.
“Boleh tahan.”
Boleh tahan?! Nauha hampir mencampak telefon ke dinding!
"Hello, ini sandwich premium okay! Chef Gordon Ramsay pun boleh approve ni!" gumam hatinya. Dia bersandar di kerusi, mendengus geram.
“Tak apalah. Kalau doktor tak suka, bagi je kat orang lain,” katanya sambil memuncungkan bibir.
Riaz Mikael meletakkan cawan kopinya. “Saya ada cakap saya tak suka?”
Nauha terdiam.
Lelaki itu menoleh ke arahnya, menatap dengan mata tajam yang mampu buat jantung Nauha tergelincir ke lantai.
“Saya habiskan nanti.”
"Oh? Ohhhhh? Dr. Riaz Mikael sebenarnya suka, kan?!
**
Di Wad VIP
Pagi itu, Nauha masuk ke wad VIP untuk membantu pesakit yang baru dimasukkan. Namun, entah bagaimana, dia bertembung dengan Dr. Riaz Mikael lagi.
Nauha mendekatkan diri, matanya bersinar penuh makna.
“Doktor, kita asyik terserempak. Jangan-jangan doktor sengaja cari saya?” Nauha tersenyum nakal.
Riaz Mikael menjeling tajam. “Kenapa saya nak cari awak?”
Nauha menjongket bahu. “Manalah tahu? Mungkin doktor dah mula suka tengok muka saya.”
Sekadar gurauan. Tapi…
Kenapa doktor tu tiba-tiba diam lama sangat?!
Nauha berkerut dahi. “Doktor?”
Riaz Mikael masih memandangnya dengan renungan yang buat Nauha tiba-tiba rasa tak tentu arah.
“Saya tak pasti,” katanya perlahan.
DANG!! Apa maksud dia?!
Nauha ternganga, tetapi sebelum dia sempat bertanya, lelaki itu sudah pun berlalu pergi dengan langkah tenang.
Nauha menggigit bibir. Kenapa jawapan itu macam ada makna tersembunyi?!
**
Di Kondo
Selepas selesai kerja, Nauha pulang ke rumah dan melepaskan lelah di sofa. Matanya merenung siling, tetapi fikirannya masih pada Dr. Riaz Mikael.
Lelaki itu… betul ke dia sengaja nak bermain-main dengan aku?
Atau dia memang begini dengan semua orang?
Nauha menghela nafas, menggeleng sendiri.
Ah, malas fikir!
Ting tong! Loceng rumah berbunyi.
Nauha mengangkat kening. Siapa pula malam-malam ni? Dia membuka pintu, dan…
Dr. Riaz Mikael berdiri di hadapan rumahnya!
Lelaki itu memegang plastik makanan, wajahnya kelihatan sedikit… serba salah?
Nauha berpeluk tubuh.
“Tuan doktor?”
Riaz Mikael menoleh ke tepi. Bunyi nafasnya kedengaran perlahan, seakan sedang memikirkan sesuatu.
“Saya tak pandai buat sandwich…” katanya akhirnya.
Nauha mengangkat kening lebih tinggi.
“Jadi, saya beli.”
BOOM! Nauha hampir ketawa di tempat!
Ya Allah, doktor ni comel sangat, boleh tak?! Jadi… ini balasan untuk sandwich pagi tadi?
Dia tersenyum kecil, mengambil plastik itu dari tangan lelaki tersebut.
“Terima kasih, doktor.”
Riaz Mikael masih berdiri di situ, tidak berganjak.
Nauha memandangnya dengan pelik.
“Ada lagi?”
Lelaki itu menarik nafas dalam.
Dan akhirnya, dia bersuara perlahan. Cukup perlahan untuk buat dada Nauha bergetar kuat.
“Awak boleh berhenti buat saya fikir awak hari-hari tak?”
Hah?!
Nauha ternganga!
Dr. Riaz Mikael dah mula pening kepala memikirkan dirinya?!
***
Jom follow author. Selamat membaca. Lama tidak updated hehe
Share this novel