Malam itu, Nauha termenung di balkoni kecil rumahnya.
Dia menoleh ke unit sebelah. Rumah Dr. Riaz Mikael gelap.
Nauha mengeluh. Susah juga kalau jiran sendiri merajuk tapi tak nak mengaku.
Tiba-tiba, satu idea gila muncul. Dia masuk ke dapur, mengambil bekas makanan, dan mula memasak sesuatu yang istimewa.
Pagi esoknya, Nauha berdiri di hadapan pintu unit sebelah dengan sebuah bekas makanan di tangan. Selepas menarik nafas dalam, dia menekan loceng.
Ding dong!
Tiada jawapan.
Dia tekan lagi.
Ding dong!
Masih tiada jawapan.Nauha mengetap bibir. Jangan-jangan dia betul-betul marah?
Tapi sebelum dia sempat berpaling—
Klik!
Pintu terbuka.
Dan di depan Nauha berdiri Dr. Riaz Mikael. Dengan rambut sedikit kusut, t-shirt hitam, dan sweatpants kelabu.
Nauha telan air liur.
Kenapa lelaki ini nampak lebih… santai dan mempesonakan waktu pagi begini?!
“Awak nak apa?” Riaz bertanya dengan nada malas.
Nauha mengangkat bekas makanan. “Saya buatkan sarapan. Dr Nak?”
Doktor itu memandangnya tanpa ekspresi. Kemudian, tanpa berkata apa-apa, dia mengambil bekas makanan itu dan menutup pintu.
Prap!
Nauha membulatkan mata.
Hah?! Dia ambil makanan aku tanpa reaksi langsung?!
Dari dalam rumah Riaz, Nauha dengar bunyi sudu berlaga dengan pinggan. Dia tengah makan. Nauha ternganga.
Jadi… dia memang marah semalam. Tapi sekarang dia terima makanan aku?!
Nauha menghela nafas panjang.
Merajuk tahap profesional. Tapi boleh dipujuk dengan makanan.
Dia mengangkat bahu. Sekurang-kurangnya, doktor itu sudah ada reaksi. Tapi dia tak tahu yang di sebalik pintu, Dr. Riaz Mikael sedang makan dengan senyuman kecil.
"Kalau dia rajin buat begini tiap hari, tak buruk juga idea ada jiran seorang jururawat."
**
Nauha melangkah ke hospital dengan rasa bercampur-baur. Semalam, dia dah beri makanan kepada Dr. Riaz Mikael. Hari ini, dia nak tengok reaksi lelaki itu.
Adakah dia masih merajuk?
Atau dia akan buat-buat tak ada apa-apa berlaku?
“Nauha, boleh tolong ambil fail kes Dr. Riaz di kaunter?” Seorang jururawat junior menegurnya.
“Oh, okay.” Nauha mengangguk sebelum bergerak ke kaunter jururawat.
Sewaktu dia mengambil fail itu, Dr. Riaz tiba-tiba muncul dari arah belakang. Jantung Nauha hampir melompat keluar. Lelaki itu tampak segak dengan kot putih dan kemeja hitam. Wajahnya serius seperti biasa, tapi mata itu…
Nauha rasa lain macam. Mata itu seolah-olah mengikut setiap pergerakannya.
Senyap. Mereka berdiri berhadapan. Nauha cuba membaca ekspresi doktor itu.
Masih dingin.
Tapi tak lama..
“Terima kasih untuk makanan semalam.”
Hah?! Nauha hampir tak percaya apa yang dia dengar.
Dr. Riaz Mikael baru sahaja berterima kasih secara sukarela? Oh. Ini perkembangan baru.
Nauha terkebil-kebil sebelum tersenyum kecil. “Sama-sama, doktor.”
“Rasanya… boleh tahan,” tambah Riaz, berpaling sedikit untuk menyembunyikan ekspresi.
Nauha terkedu. "Boleh tahan"?
Dia dah bersusah payah masak dengan penuh kasih sayang, dan lelaki ini hanya beri komen "boleh tahan"?!
“Baiklah, doktor. Lain kali saya bagi yang lagi sedap.” Nauha tersenyum manis, tapi sinis.
Riaz angkat kening. “Lain kali?”
Nauha menjongket bahu. “Kalau doktor baik dengan saya.”
Doktor itu memandangnya tajam. Tapi ada sedikit kelakar di matanya. Seolah-olah dia sedang menahan senyum. "Menarik"
**
Di Pantry Hospital
Nauha menyandar pada meja pantry sambil menikmati kopi. Dalam kepalanya, masih terngiang-ngiang perbualan dengan Dr. Riaz tadi.
“Lain kali saya bagi yang lagi sedap…”
Ya Allah, Nauha! Kau cakap apa tadi?! Dia mengusap wajah.
Dia sendiri tak faham kenapa mulutnya suka sangat cabar lelaki itu. Tapi, bila tengok Dr. Riaz Mikael buat muka pelik tadi, Nauha rasa puas.
“Jururawat Nauha.”
Suara itu membuatkan Nauha hampir tersedak. Dia berpaling.
Riaz Mikael berdiri di pintu pantry.
“Tuan doktor?” Nauha berlagak selamba.
Lelaki itu melangkah masuk, berdiri di hadapannya dengan wajah serius.
“Saya nak cuba eksperimen,” katanya tiba-tiba.
“Hah?” Nauha keliru.
Riaz menundukkan sedikit badan, mendekatkan wajahnya hanya beberapa inci dari wajah Nauha.
Nauha kaku.
Hah?! Apa ni?! Doktor itu memandang wajahnya lama.
Nauha menahan nafas. Jarak ini terlalu dekat!
“Hmm…” Riaz berfikir.
Nauha menelan air liur. “Doktor…”
Lelaki itu bersuara perlahan.
“Saya nak tengok kalau awak akan lari dulu, atau awak akan balas.”
Nauha makin blur. Balas apa?!
Lalu, doktor itu mencuit hidungnya.
Nauha membulatkan mata.
Cuit hidung aku?!!
Lelaki itu tersenyum tipis. “Eksperimen selesai.”
Dan dia berundur, berjalan keluar dengan tenang seolah-olah tiada apa berlaku.
Nauha masih kaku di tempatnya.
Lima saat kemudian—
“DR. RIAZ MIKAEL!!!”
Dari jauh, doktor itu ketawa kecil.
**
Di Balkoni Rumah
Nauha masih tak percaya dia kena prank dengan doktor itu di pantry hospital.
Cuit hidung?! Lepas tu blah macam tiada apa?!
ARGH!
Dia menggigit straw jusnya dengan geram. Tiba-tiba, bunyi loceng rumahnya berbunyi.
Dengan hati yang masih membara, dia membuka pintu. Dan Dr. Riaz Mikael berdiri di depan pintu.
Memegang satu bekas makanan.
Nauha mengangkat kening. “Ya. Dr nak apa.?”
Lelaki itu menyerahkan bekas makanan itu kepadanya.
“Sarapan untuk esok. Sebagai tukar ganti.”
“Hah?” Nauha ambil bekas itu. “Tukar ganti untuk apa?”
Riaz menyandar di tepi pintu dengan ekspresi malas.
“Sebab awak cakap awak nak beri makanan lagi kalau saya baik.”
Nauha: ???
Riaz Mikael: ???? hehe dengan senyum meleretnya.
Dan tanpa menjelaskan lebih lanjut, lelaki itu terus berpaling dan masuk ke rumahnya.
Nauha masih tercegat dengan bekas makanan di tangan. Dia pandang ke arah pintu yang sudah tertutup.
“Dr. Riaz Mikael…” Nauha merenung.
Senyum kecil muncul di bibirnya.
***
Jom follow author. Selamat membaca HEHE
Share this novel