Nauha masih tak percaya bahawa Riaz Mikael benar-benar makan breakfast di rumahnya. Yang lebih mengejutkan keluar kata pujian darinya.
“Sedap.”
Doktor itu mengangkat wajah dan memandang Nauha yang masih terkejut di tempat duduknya. “Awak masak hari-hari ke?”
Nauha mengerutkan dahi. “Kadang-kadang je. Kenapa?”
“Saja.” Riaz Mikael menyuap makanan lagi.
“Kalau selalu masak, boleh hantar dekat rumah sebelah.”
Erkk!. Nauha hampir tercekik.
Apa ni? Layanan jiran mesra tahap VIP?!
Dia meneguk air kosong. “Doktor, kita baru berjiran berapa minggu je…”
“Dan saya dah dapat breakfast percuma.” Riaz Mikael tersenyum sinis.
“Boleh dikira hubungan berjiran yang baik, kan?”
Nauha mengetap bibir. Kenapa aku rasa macam dia memang nak bagi aku pening kepala?!
Selesai makan, doktor itu pun pulang ke rumahnya. Barulah Nauha boleh menarik nafas lega.
Namun, kelegaan itu pasti tak akan bertahan lama.
Di hospital pada hari berikutnya, Nauha sedang berbual dengan seorang doktor lelaki lain di kaunter jururawat. Dr. Akmal, salah seorang pakar bedah muda yang juga mesra dengan semua staf.
Mereka berbual santai tentang makanan, dan Dr. Akmal tiba-tiba berkata, “Eh, kalau Nauha pandai masak, kena bawa makanan lebih la ke hospital. Saya nak rasa!”
Nauha ketawa kecil. “Tengoklah nanti kalau saya rajin.”
Tapi tiba-tiba suasana jadi sepi.
Dr. Akmal dan beberapa jururawat yang ada di kaunter memandang ke belakang Nauha. Nauha berpaling perlahan.
Dan di situ berdiri Dr. Riaz Mikael.
Dengan wajah dingin dan pandangan tajam.
“Kalau nak rasa masakan dia,” suara doktor itu tenang tetapi menusuk, “boleh minta elok-elok.”
Seluruh kawasan kaunter sunyi.
Dr. Akmal berdeham kecil. “Saya cuma bergurau, Dr. Riaz.”
Riaz Mikael tidak membalas. Sebaliknya, matanya beralih ke arah Nauha.
Dan tanpa kata, doktor itu berlalu pergi.
Nauha masih terpinga-pinga.
Tapi salah seorang jururawat di sebelahnya sudah berbisik.
“Dr. Riaz cemburu ke?”
Nauha membulatkan mata. Apa?! Ishh, tak mungkin dia cemburu dengan makanan pula.
**
Hari ini, Nauha perasan sesuatu yang pelik.
Dr. Riaz Mikael mengelak daripada bercakap dengannya.
Biasanya, doktor itu memang tak banyak bercakap. Tapi sekurang-kurangnya, kalau bertembung, dia akan angkat kening atau beri isyarat kecil.
Tapi hari ini, hanya berlalu tanpa sapaan.
Di kaunter jururawat? Langsung tak pandang.
Dalam bilik rawatan? Cakap hanya perkara penting.
Di pantry? Nampak Nauha masuk, terus keluar.
Hah?!
Nauha termenung di pantri, memegang mug kopinya. “Dia merajuk ke?”
Seorang jururawat senior, Kak Lin, yang turut berada di situ menyengih. “Merajuk tu, Nauha. Lelaki kalau dah mula senyap dan dingin, memang ada sesuatu.”
“Tapi saya tak buat apa-apa pun…” Nauha keliru.
Kak Lin menjelingnya dengan senyum nakal. “Kau tak buat apa-apa, atau kau tak perasan kau dah buat sesuatu?”
Nauha terdiam.
Lalu dia teringat kejadian semalam di kaunter jururawat. Dengan Dr. Akmal, Bual mesra kadang gelak ketawa. Biasa lah dengan rakan sekerja, tambahan itu kan doktor. Sama lah dengan Dr Riaz.
Dan kemudian muncul Dr. Riaz dengan wajah ketat.
Nauha hampir tercekik kopinya. Takkanlah Dr. Riaz itu..
Cemburu?
Tak masuk akal!
Nauha cepat-cepat menggeleng. Tak mungkin lelaki sekaku Dr. Riaz Mikael nak kisah dia berbual dengan orang lain.
Tapi kalau bukan sebab itu, kenapa doktor itu mengelak dia sejak semalam?
***
Share this novel