BAB 10 : BILA DOKTOR BUAT PERANGAI

Romance Series 3056

“Kenapa dengan doktor hari ni?”

Nauha berbisik kepada Misi Ika sambil memandang ke arah Dr. Riaz Mikael, yang sedang berdiri di kaunter nurse station dengan wajah serius dan berlipat-lipat.

Dari tadi, lelaki itu masam mencuka.

Misi Ika tersengih. “Kenapa? Rasa macam dia dingin dengan kau balik?”

Nauha terdiam.

Bingo!

Malam tadi, mereka berbual seperti biasa di balkoni. Tapi, pagi ini, doktor itu kembali ke mode batu berwajah beku.

Serius, lelaki ini memang ada mood swing tahap dewa ke apa?

“Doktor, ada masalah ke?”

Soalannya bergema di antara mereka. Beberapa orang jururawat yang lain terus berpaling untuk menonton drama pagi itu.

Riaz Mikael menoleh. Mata tajamnya bertaut dengan mata Nauha.

Dia kelihatan tidak berpuas hati. “Saya okey.” Ringkas. Tegas.

Tapi Nauha tidak percaya langsung!

Dia menjulingkan mata. “Kalau okey, kenapa muka macam kena tahan lapar tiga hari?”

Ada yang ketawa kecil di belakang mereka.

Riaz menghela nafas. “Saya sibuk.”

“Betul ke sibuk, atau…” Nauha menyengetkan kepala, “ada sesuatu yang mengganggu fikiran doktor?”

Senyap.

Riaz Mikael tidak menjawab, tetapi matanya sedikit mengecil.

Nauha mahu bertanya lebih lanjut, tetapi tiba-tiba—

“Misi Nauha!”

Suara lelaki lain bergema dari arah bertentangan.

Mereka semua berpaling ke arah Dr. Daniel, doktor baru yang ditugaskan ke hospital mereka minggu lepas.

Nauha tersenyum. “Ya, doktor?”

Daniel mendekat dengan senyuman manis. “Saya nak ajak awak lunch nanti. Free?”

Beberapa jururawat lain mula tersengih. Oh, ada doktor yang cuba masuk line!

Tapi Nauha hanya mengangkat bahu. “Eh? Saya tak pasti lagi, tapi mungkin boleh.”

Daniel tersenyum lebih lebar. “Okey, saya tunggu awak.”

Dia kemudian berlalu pergi.

Tapi Nauha tidak perasan sesuatu.

Seseorang di belakangnya sedang merenungnya tajam.

**

Di Cafeteria

Nauha duduk berhadapan dengan Daniel sambil menikmati makan tengah hari.

Sambil berbual, Nauha perasan Daniel sebenarnya seorang yang ramah dan peramah, Tidak seperti Dr. Riaz yang lebih serius dan pendiam. Hushh hati dah buat perbandingan.

Tetapi, Nauha tidak dapat menafikan…

Kenapa dia rasa macam ada mata yang memerhati dari jauh?!

Dia memandang ke tepi. Oh Tuhan.!

Dr. Riaz Mikael duduk dua meja di belakang mereka.Dan dia tidak makan pun! Dia cuma duduk di situ, dengan segelas kopi, sambil memandang ke arah mereka.

Serius wajahnya. Mata tanpa kelip.

Nauha cuba fokus pada perbualan dengan Daniel, tetapi dia dapat merasakan sesuatu yang kuat.

Aura cemburu dari belakang!

**

Di Balkoni – Malam Itu

Nauha bersandar di pagar balkoni rumahnya, menanti sama ada Dr. Riaz Mikael akan muncul seperti biasa.

Selepas sepuluh minit, pintu gelongsor rumah sebelah akhirnya terbuka.

Lelaki itu keluar. Tapi dia tidak bersuara.

Nauha menggigit bibir. Oh, merajuklah tu!

Perlahan-lahan, dia tersenyum.

“Doktor.”

Tiada respons.

“Doktor…” Nauha cuba lagi.

Masih tiada respons.

Oh, dia memang merajuk betul ni!

Nauha cuba menahan ketawa.

“Doktor Riaz…” Nauha menyandarkan badan pada pagar balkoni, wajahnya sedikit mendekat. “Nak sandwich?”

Tiba-tiba, mata Riaz Mikael bergerak ke arahnya.

Nauha terkedu.

Oh. Dia nampak lebih garang dari biasa!

Tapi dalam garang itu, Nauha perasan sesuatu.

Cemburu!

“Awak nak pergi lunch dengan dia lagi esok?”

Hah?

Oh, Nauha tak sangka dia akan terus-terang macam ni!

Nauha tersenyum kecil. “Doktor cemburu?”

Riaz Mikael terus berpaling ke tempat lain.

Tapi Nauha dapat melihat telinganya sedikit merah.

Aha!

Nauha tidak dapat menahan ketawa kecil. “Doktor Riaz Mikael ni…” Dia tersenyum penuh makna. “Manis juga bila cemburu.”

Riaz Mikael diam.

Tapi selepas beberapa saat, dia berkata sesuatu yang buat Nauha terus terdiam.

“Saya lebih suka awak lunch dengan saya.”

Jantung Nauha berhenti sekejap.

OH.

OH.

Dia baru sahaja mengaku dia mahukan perhatian Nauha! Dan malam itu, Nauha sedar…

Tarik tali di antara mereka semakin menuju ke satu arah.

Bukan ke belakang.

Tapi semakin dekat… antara satu sama lain.

***

Pagi di Hospital Megamedic…

Nauha sedang menyusun fail pesakit di nurse station apabila seseorang mengetuk meja dengan jari.

Tok! Tok!

“Misi Nauha, pagi ni boleh temankan saya buat morning round?”

Nauha mendongak. Dr. Daniel lagi.

Sejak semalam, doktor baru itu semakin ramah dengannya. Nauha tidak kisah, kerana semua atas urusan kerja. Tetapi dia dapat merasakan mata-mata lain sedang memerhati.

Lebih-lebih lagi satu pasang mata berwarna coklat gelap yang sedang menikamnya dari jauh!

Nauha menarik nafas perlahan. Rasa macam nak ketawa. Sebab siapa lagi kalau bukan Dr. Riaz Mikael?

**

Sesi Ward Round…

Nauha berjalan di sebelah Dr. Daniel, membantu mencatat laporan pesakit sambil mendengar arahan doktor itu.

Semuanya nampak lancar…

Sehinggalah seseorang menyampuk di tengah-tengah ward round.

“Misi Nauha.”

Suara garau itu bergema di udara.

Oh. Oh no.

Here we go.

Nauha berpaling dan hampir tercekik air liur.

Dr. Riaz Mikael berdiri di hadapan mereka dengan ekspresi yang sukar dibaca.

“Ya, doktor?” Nauha cuba bersikap profesional.

Mata lelaki itu bergerak ke arah Daniel sejenak sebelum kembali menatap Nauha.

“Saya perlukan awak untuk bantu saya di bilik rawatan. Sekarang.”

Hah?!

Nauha terkebil-kebil. “Tapi saya tengah…”

Daniel sempat mencelah, “Kalau Nauha sibuk dengan saya sekarang, mungkin—”

“Ini penting,” potong Riaz, suaranya lebih tegas daripada biasa.

Semuanya terdiam.

Nauha menggigit bibir. Ya Allah, mamat ni cemburu tahap apa ni?!

Mahu tak mahu, dia terpaksa menoleh ke arah Daniel dengan senyuman maaf. “Maaf doktor, saya kena pergi.”

Daniel kelihatan sedikit terkejut, tetapi mengangguk dengan memahami.

Nauha kemudian mengikut langkah Riaz Mikael keluar dari wad.

**

Di Bilik Rawatan

“Jadi… apa yang penting sangat tu, doktor?”

Nauha melipat tangan sambil memandang ke arah lelaki yang kini sedang berdiri di hadapan tingkap, membelakanginya.

Senyap.

Tiada jawapan.

“Doktor?” Nauha cuba lagi.

Riaz Mikael akhirnya menoleh.

Dia bersandar pada meja, tangannya dimasukkan ke dalam poket kot putihnya.

“Awak rapat dengan dia?”

Boom.

Nauha hampir gelak di tempat kejadian.

Oh, soalan ini juga yang dia nak tanya rupanya?!

“Saya baru kenal dia, kan Doktor Daniel baru masuk minggu lepas” Nauha menjawab panjang lebar.

Riaz Mikael diam sebentar sebelum berkata, “Tapi awak berbual lama dengan dia.”

Nauha tergamam.

Oh Tuhan, dia ni rekod masa perbualan aku dengan orang lain ke?!

Nauha mengangkat kening. “Kenapa doktor tanya?”

Sekali lagi, Riaz diam. Tetapi kali ini, dia memalingkan wajah ke sisi, seolah-olah tidak mahu Nauha melihat ekspresinya.

Nauha tersenyum kecil.

“Doktor…” Nauha bergerak lebih dekat. “Doktor cemburu ke?”

Riaz Mikael terus merenungnya.

Mata mereka bertaut.

Dan sesuatu dalam hati Nauha tersentak.

Oh.

Kenapa pandangan dia macam ni?!

Kenapa ada sesuatu yang lain dalam mata dia?!

“Saya tak suka.”

Suara lelaki itu perlahan, tetapi cukup jelas.

Nauha berdebar. “Tak suka apa?”

“Awak mesra dengan lelaki lain.”

Jantung Nauha gugur ke kaki.

Oh Tuhan.

Salah aku ke tanya?!

**

Malam di Balkoni

Nauha masih berfikir tentang kejadian siang tadi.

Dia tidak menyangka Dr. Riaz Mikael boleh mengeluarkan ayat sebegitu direct!

Dia meraup wajah. Mati aku kalau kena usik dengan Misi Ika lepas ni!

Pintu gelongsor rumah sebelah berbunyi.

Riaz Mikael muncul.

Dan malam itu, mereka berdua hanya berdiri dalam diam di balkoni masing-masing.

Tetapi…

Di tengah-tengah sunyi itu, Dr. Riaz Mikael tiba-tiba bersuara.

“Saya tak suka.”

Nauha menoleh. “Tak suka apa?”

Mata Riaz menikam terus ke dalam matanya.

“Bila awak dengan lelaki lain.”

Hati Nauha berdentum kuat.

Oh.

Oh.

Nauha tersenyum kecil. “Doktor, awak tahu tak awak ni macam…—”

“Saya sukakan awak, Nauha.”

BOOM.

Nauha terus terdiam.

Oh Tuhan.

Dr. Riaz Mikael baru sahaja membuat pengakuan cinta.

***

selamat membaca guys hehe

Share this novel

Fatimah Mutazali
2025-03-24 20:25:11 

thanks update author best


NovelPlus Premium

The best ads free experience