Nauha Aamily, seorang jururawat ceria yang baru berpindah ke hospital baharu, langsung tidak menyangka bahawa hidupnya akan berubah hanya kerana seorang doktor. Dr. Riaz Mikael, pakar bedah yang terkenal dengan sikap tegas dan berkarisma, kali pertama bertemu dengan Nauha dalam situasi yang agak memalukan—fail pesakit bertaburan, dan Nauha hampir melanggar lelaki itu di hadapan semua orang. Namun, tanpa disedari, pertemuan itu telah membuatkan jantung kedua-duanya berdegup kencang. Bekerja di hospital yang sama membuatkan mereka sering bertemu, sama ada di wad, kafeteria, atau dalam situasi kecemasan yang tidak terduga. Tetapi Nauha tidak pernah menyangka bahawa doktor yang sering mencuri perhatiannya itu sebenarnya adalah jiran sebelah rumahnya di kondo baharu! Dari insiden tersalah masuk rumah, bertembung di lif dengan keadaan yang tidak terduga, hingga ‘terpaksa’ menjadi partner jogging di taman kondo. Semuanya seperti takdir yang mengikat mereka bersama. Nauha cuba menafikan perasaan yang semakin bercambah, tetapi Riaz? Diam-diam dia semakin ‘clingy’ tanpa disedari. Namun, tidak semua perkara indah. Kemunculan seseorang dari masa lalu Nauha membuatkan Riaz mula berasa sesuatu, rasa cemburu yang tidak pernah merasainya sebelum ini. Tapi adakah Nauha juga merasakan hal yang sama? Atau Riaz hanya sekadar ‘jiran’ dan ‘rakan sekerja’ baginya? Kadang-kadang, jodoh itu hadir dengan cara paling tak disangka… Tapi, apakah Nauha dan Riaz benar-benar serasi tanpa sengaja? Atau ini hanya satu kebetulan yang akan berlalu?
Update 19 May 2025
2025-03-20
Alamakkkk bestnyaaa ,menarik..tp citer ni uc ke?
2025-03-20
eeh dah terjatuh tersuka ke dgn jiran
2025-03-11
macam macam lah Dr jiran ni tq update author