BAB 11 : SIAPA SURUH CAKAP MACAM TU

Romance Series 3056

Malam terasa panas tanpa sebab.

Nauha masih membeku di balkoni.

Ayat “Awak milik saya” itu bergema di dalam otaknya seperti lagu yang dimainkan dalam mode repeat.

Dia berkedip beberapa kali, mencari akal untuk membalas, tetapi lidahnya kelu.

Kenapa lelaki ni tiba-tiba confess dengan nada serius macam ni?!

“Err… doktor…” Nauha akhirnya bersuara, suara bergetar halus.

Riaz Mikael masih memandangnya tanpa riak wajah yang jelas.

“Ya?”

Nauha menelan liur. “Doktor tahu tak yang ayat tu… tu macam… err…”

“Macam apa?” Riaz Mikael sengaja menyoal dengan nada tenang, tetapi Nauha nampak bibirnya sedikit mengukir senyum.

Oh Tuhan, lelaki ni main psikologi ke apa?!

Nauha memalingkan wajah ke arah lain, cuba menyembunyikan wajahnya yang mungkin sudah merah macam udang kena bakar.

“Tak ada apa-apa. Saya nak masuk dulu.” Nauha berpusing laju-laju dan terus melangkah masuk ke dalam rumahnya.

Tetapi baru saja dia menutup pintu gelongsor, satu suara kedengaran.

“Nauha.”

Oh tidak.

Sila jangan panggil nama aku dengan suara macam tu.

Macam ada elektrik lima ratus watt menusuk jantung!

Nauha cuba buat-buat tak dengar.

Tetapi…

“Nauha Aamily.”

O-EM-JI.

Nauha menoleh perlahan, muka dah tak boleh diselamatkan.

Riaz Mikael tersenyum separuh.

“Selamat malam.”

BAM!

Pintu gelongsor tertutup lebih kuat daripada biasa.

**

Keesokan Paginya di Hospital. “Kau okay ke tak ni, Nauha?” Misi Ika menyiku Nauha yang sedang termenung sambil mengacau kopi dalam cawan kertasnya sejak tadi.

“Kau buat apa sampai kopi tu dah jadi sup? Aku tengok dari tadi kau kacau tak berhenti.”

Nauha tersentak.

Oh. Aku dekat hospital.

Bukan dekat balkoni. Bukan dekat dalam mimpi.

Dia menghela nafas dan cuba mengabaikan suara lelaki semalam yang masih terngiang-ngiang dalam kepala.

Awak milik saya, Nauha.

Selamat malam, Nauha Aamily.

UGHHH!

“Oi, termenung lagi!” Ika menepuk bahu Nauha.

“Apa hal kau ni?”

Nauha menggeleng secepat mungkin. “Tak ada apa.”

Ika menyipit mata. “Kau ada skandal, ya?”

Nauha hampir tersedak kopi.

“Gila! Tak ada lah!”

“Elehhh, habis tu kenapa dari tadi kau pegang cawan macam pegang hati lelaki?”

Nauha terdiam.

Hati lelaki?

Eh kejap, apa yang Ika cakap ni?!

Mujurlah sebelum dia sempat membalas, satu suara memotong perbualan mereka.

“Miss Nauha.”

Nauha terus mendongak.

Oh Tuhan.

Sebut pasal lelaki, lelaki ni juga yang muncul.

“Ya, doktor?” Nauha berdehem, cuba menyembunyikan gelisahnya.

Riaz Mikael sudah berdiri di hadapan mereka dengan riak wajah serius.

“Saya perlukan awak dalam bilik rawatan. Ada kes kecemasan.”

Nauha segera bangkit. “Baik, doktor.”

Tetapi sebelum dia melangkah, Riaz Mikael sempat mencuri pandang sekilas ke arahnya dan berkata dengan nada sangat perlahan.

“Kita sambung malam tadi nanti.”

WHAT?!

Nauha tergamam.

Ika di sebelah ternganga.

Dan Riaz Mikael… terus berlalu dengan tenang.

Lelaki ni memang nak buat aku sakit jantung ke apa?!

**

Salam lebaran semua. hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience