Part 1

Romance Series 6008

Range Rover Evoque Hitam yang di pandu meluncur laju melalui pos kawalan.
Dari jauh sudah terlihat barisan prajurit muda yang telah terpilih menjalani latihan asas ketenteraan.
Dengan berpakaian uniform lengkap dia berjalan gagah menuju padang kawad setelah memarkir kereta di tempat yang telah di khusus kan untuk nya.

"Selamat pagi Tuan"

Sarjan Azman yang sedang bertugas pagi itu memberi tabik hormat kepada nya.

"Selamat pagi,ada masalah,Sarjan?"

Dia berbicara secara formal.

"Semua okey,Tuan"

"Bagus..terus kan latihan macam biasa."

"Baik Tuan!"

Setelah itu Rayyan Mikael mula berlalu meninggalkan padang yang basah kerana baru lepas hujan.

"Awal turun padang hari ni,bukan balik rumah keluarga ke?"

Sindir Addy rakan setugas yang sedang duduk elok di kerusi.Lelaki itu ketawa kepada nya yang tetap berlagak tenang.

"Bos dah panggil macam mana nak elak der..Kena lah jaga nama baik kan."

Jawab Rayyan lurus sambil senyum senget.

"Ya lah tu,sebab tu dia sayang kau lebih."

"Kau nampak lapang betul hari ni,tak ada kerja ke?"

"Siapa cakap tak ada kerja?Ini report yang nak kena copy.Kau lupa apa kita buat masa 'cuti' hari tu?"

'Cuti?'

Hampir sebulan di dalam hutan sempadan siam itu lah cuti yang di maksud kan Addy.

"Kau kan rajin menulis,sebab tu kau yang kena buat.Tulis panjang sikit.Selit-selit lah nama aku sekali mana tahu next year dapat satu paku lagi dekat bahu ni kan.."

Ujar Rayyan dalam nada berseloroh sambil buat-buat menyapu bahunya yang kekar.

"Puishh..Udah ler,bagi orang lain la pula.Aku sebagai kawan baik kau ni pun dah naik jelak asyik nama kau je naik."

Bahu Rayyan di tumbuk sedikit.

"Sakit la oiii.."

Rayyan berdecit,bukan sakit kerana di tumbuk Addy tapi kerana luka yang panjang terkena pisau rembo milik musuh masih basah.

"Oh sorry bro..tak baik lagi ke?"

Cemas Addy sambil bangun ingin melihat luka di bahu Rayyan,namun tangannya di tempis sedikit.

"Tak payah kepoh boleh tak?Dah la aku geram dengan 'nyamuk' yang serang aku tu."

"He died already so tak payah acah nak geram sangat."

Templak Addy mencebik bibir.

Masih terbayang macam mana tangkas nya Rayyan Mikael menumpas kan musuh yang menyebabkan luka di bahu nya.

"Dia yang pertama berani memberi tanda dekat tubuh aku.Memang 'nyamuk-nyamuk' dekat sempadan tu ganas jika nak di banding kan dengan sebelum ini."

Mengenangkan kepayahan untuk mengalah kan musuh dia menarik nafas lega kerana berjaya membawa balik tawanan dan anggota nya dengan selamat.Walaupun di hadiah kan sedikit luka namun hati nya lega tiada di antara mereka yang kehilangan nyawa.

Iphone di atas meja memberi isyarat ada panggilan masuk menarik perhatian nya.

"Ya,saya faham Tuan.Saya ke markas sekarang juga."

"Call Alpha we have a new mission.Jumpa di markas."

Arah Rayyan Mikael.Dia sebagai Kapten Alpha memberi arahan setelah menerima panggilan dari ketua mereka.
Alpha terdiri daripada 5 anggota dari bidang dan pengalaman yang berbeza.Di pilih yang terbaik di antara yang terbaik.

Masing-masing sudah siap memakai seragam lengkap.Mereka hanya di kenali diantara mereka sahaja.Ke anggotaan dan kewujudan pasukan elit itu juga di rahsia kan sepenuh nya untuk melindungi keluarga yang terlibat.

"Eagle!"

Rayyan menyebut call sign Addy dan lelaki itu pantas berpaling,dengan arahan mata dia faham tugasnya.Rantai milik setiap anggota di kumpul kan satu persatu.

"Standby!..kita akan berlepas ke lokasi kurang 15 minit."

Beritahu Rayyan tegas.Mereka semua sedang berada di dalam sebuah kapal terbang yang di khas kan untuk Team Alpha.

Masing-masing diam di tempat.Rayyan memerhati anggota Alpha.Semua masih muda.Begini lah kehidupan seorang tentera,apatah lagi tentera yang di tugas kan khas untuk misi berbahaya seperti mereka.Risiko kehilangan nyawa memang ada.Namun jalan ini yang telah di pilih mereka.Berkhidmat dengan tulus,tinggalkan apa yang ada demi negara.

Satu anggota sniper di arah berjaga di tempat strategik.

"Wolf,scorpio..10 meter arah jam 3 dua tango kelihatan."

Beritahu Rayyan Mikael melalui alat yang di pasang di telinga.Wolf dan Scorpio mula bergerak perlahan ke hadapan.
Eagle merapat ke sisi Rayyan.

"Leo..kalau kita terus masuk,bahaya untuk Alpha.Tango ramai dan bersenjata."

Bisik Addy perlahan di belakang Rayyan.Rayyan mengenggam tangan kanan,memberitahu wolf dan scorpio untuk berhenti dari bergerak.

"Cobra take over!.."

"Leo!..be carefull."

Addy berpesan kepada Rayyan yang mula melangkah menghampiri kubu musuh yang masih belum sedar kedatangan mereka.Tak sampai 5 saat satu orang tango rebah.Rayyan memberi arahan dengan tangan supaya Alpha bergerak perlahan.

Jay zulkarnain sniper yang di panggil scorpio menembak tiga musuh serentak,sebelum berjaya memasuki markas yang di syaki menjadi tempat pemerdagangan manusia dan penyeludupan senjata haram.

Puan Sri Khaleeda memerhati kereta anak bongsu nya memasuki halaman villa dari balkoni.Kalau anak itu muncul bermakna dia sudah bebas dari tugas.Entah sebulan atau dua bulan sekali muka Rayyan Mikael ada di rumah keluarga.Selebih nya dia tidak tahu apa aktiviti anak itu di luar.

"Assalamualaikum bonda.."

Kedua belah pipi bonda nya di kucup mesra,lepas rindu.

"Waalaikummusalam..sihat ke anak ibu ni?"

Puan Sri membelek tubuh anaknya,memeriksa.

"Sihat bonda..Tengok ni."

Lengan kekarnya di tayang kepada Puan Sri sambil tersengih.Puan Sri Khaleeda menepuk anak nya perlahan.

"Siapa ada dekat rumah?"

Soal Rayyan sambil berjalan masuk ke ruang tamu yang luas.

"Tak ada sesiapa,bonda je terkebil-kebil sorang-sorang.Ayah biasa lah dekat Office.Along as usually dekat hospital."

Cerita Puan Sri sambil memanggil bibik supaya menyedia kan makanan untuk Rayyan Mikael.
Rayyan bersandar di sofa sambil memicit batang hidung.Pulang saja dari operasi pagi tadi dia terus pecut balik ke Kuala Lumpur.

"Penat sangat ke?Naik la berehat dekat atas.Bonda kejap lagi nak keluar ke Rumah Kasih."

Tutur Puan Sri melihat kan Rayyan yang seperti kepenatan.

"Bonda nak pergi dengan siapa?"

"Pak Mat ada,tadi lepas hantar Ayah,Bonda suruh dia patah balik."

"Pergi dengan Rayyan je la.I can drive you.Nanti susah kan Pak Mat pula nak jemput Ayah.Lagipun dah lama sangat Rayyan tak pergi sana."

Rayyan Mikael menawar diri.Badannya di tegap kan semula.Penat memang ya tetapi dia memang tak boleh tidur waktu-waktu macam tu.

"Tak penat?"

Soal Puan Sri dan dia melihat jawapan Rayyan dengan gelenggan kepala beberapa kali.

"Okey..tapi kena makan dulu.Bonda masak kari kepala ikan merah."

Mendengarkan menu membuat kan lelaki itu yang tadi kurang semangat mulai bangkit laju menuju ke dapur.Makanan kesukaan mana boleh tak makan.Bonda pun macam tahu-tahu dia nak balik hari ini.

RUMAH KASIH

Rayyan Mikael keluar dari kereta setelah usai memarkir.Pintu untuk Bonda nya juga turut di buka dan memimpin tangan Puan Sri turun dari seat.
Sudah lama betul kaki nya tidak melangkah ke Rumah Jagaan Anak Yatim itu.
Namun tidak ada apa yang berubah,bangunan tetap sama walaupun sudah di cat baru.Pokok-pokok yang di tanam juga masih terjaga rapi.

"Che Siti lagi ke yang jaga Rumah ni Bonda?"

Tanya Rayyan apabila teringat kan penjaga Rumah yang di amanah kan Bonda nya.

"Ya..dia pun dah banyak kali tanya pasal Rayyan.Tapi nak buat macam mana anak bonda ni kan sibukkk memanjang."

Puan Sri sengaja menarik perkataan sibuk agak panjang sedikit.

"Amboi perli nampak.."

Ujar Rayyan sambil tersengeh sedikit dengan gurauan Bonda nya.Dia akui memang dia jarang dapat bersama dengan Bonda dan keluarga dekat nya.Kerja dan tugas selalu menghimpit waktu.

"Puan Sri dah sampai?"

Che Siti,wanita awal 50an menegur Puan Sri Khaleeda.Pantas Che Siti menghampiri dan mereka berpelukan seketika seperti selalu.Rayyan Mikael hanya memerhati.

"Ini Rayyan ke?"

Soal Che Siti setelah perhatiannya teralih kepada anak muda yang sedang berdiri tegap di sisi Puan Sri.

"Ya lah..siapa lagi.Kalau Ammar kan selalu datang buat rawatan dekat sini.Anak saya dua je Siti."

Jawab Puan Sri sambil memandang Rayyan yang tetap tegap tidak berkutik.Mata nya mengarah supaya bertegur sapa.

"Apa khabar che siti..lama betul kita tak jumpa."

"Khabar baik Rayyan..itu lah,che siti sampai tak cam kamu dah besar panjang."

Dia hanya mengekori kedua wanita yang rancak berbual sambil berjalan ke bilik pejabat Rumah Kasih.
Seketika langkahnya di perlahan apabila melalui sebuah bilik yang tertulis 'Bilik Rawatan'.

"Hari ini ada anak-anak yang tak sihat,jadi saya call Hospital Tawa'qal."

Che siti masuk ke bilik yang di lihat Rayyan sebentar tadi.

"Ohh Ammar ada dekat sini?"

Soal Puan Sri sambil memandang Che siti.Rayyan tetap setia berdiri tegap di sebelah Bondanya.Dia memerhati sekeliling bilik yang luas dan terdapat pelbagai alat untuk merawat pesakit.Ada satu tirai yang tertutup dan dia yakin ada orang di sebalik tirai itu.

"Bukan Ammar yang datang.Dia suruh Dr Nuha yang ganti."

Serentak dengan itu tirai yang tadi tertutup di selak seseorang.

"Che Siti..Arfan tadi dia muntah.Tapi saya dah bagi ubat.Biar dia rehat dulu sekejap.Mungkin ada salah makan kot."

Seorang gadis berbicara kepada Che Siti menarik fokus Rayyan Mikael.Dia seakan mengenali gadis yang berkemeja biru serta berseluar slack hitam itu.
Che Siti mengangguk kepala tanda faham.

"Puan Sri.."

Gadis yang bernama Nuha itu menghampiri Puan Sri Khaleeda dan bersalam sambil memeluk erat.

"Alhamdulillah..rezeki hari ini dapat jumpa Nuha dekat sini.Dah berapa kali saya pesan dekat Ammar ajak Nuha datang rumah tapi tak juga sampai."

"Ada..Dr Ammar ada ajak,tapi Nuha yang sibuk Puan Sri.Hospital sekarang makin sibuk dan tak cukup staf."

"Tak apalah..nanti ada masa datang je okey.Hah ini anak nombor dua saya,Rayyan Mikael.Nuha tak pernah jumpa lagi kan?"

Puan Sri Khaleeda menarik lengan Rayyan yang agak kebelakang sedikit dari nya.Menonong jejaka tampan itu kehadapan.
Nuha dan Rayyan saling bertatapan seketika.
Ada getaran di dalam mata kedua nya.

"Tak..Nuha tak pernah jumpa."

Jawab Nuha tegas sambil kembali fokus kepada Puan Sri Khaleeda.
Rayyan Mikael terkedu dengan jawapan pantas dari Dr Nuha tadi.

"Nanti boleh la berkenalan.Memang patut kamu tak kenal dia,sebab dia jarang ke sini.Jangan kan ke Rumah Kasih,ke rumah saya pun susah."

Sindir Puan Sri Khaleeda di hujung bicara.Naik hairan juga kenapa mulut anak bujang nya itu terkunci rapat.Selalu nya ramah juga bertanya itu ini.

"Dr Nuha nak balik dah ke?Kalau belum jom sekali kita ke dewan makan."

Che Siti yang tadi diam menyampuk.Nuha melihat jam di tangan kanan nya sekilas.

"Boleh la che Siti.Sementara saya nak tunggu grab saya."

Nuha bersetuju walaupun dia terasa rimas dengan sepasang mata yang sedang memandang nya tidak lepas dari tadi.Debaran di dalam dada nya langsung tidak dapat di kawal.Hearbeat nya pasti sedang mencanak naik.

Hati-hati dia melangkah mengikuti Che siti dan Puan Sri yang sedang mendahului di depan,manakala Rayyan Mikael berada betul-betul di belakangnya.

"Nuha Qhadeeja.."

Hampir mahu luruh jantung nya mendengar nama penuh nya di sebut lelaki di belakang.Dia tetap berdiam diri.

"Saya tahu awak sedang mendengar..Ke mana awak menghilang selama ini?"

Rayyan Mikael keras berbicara walaupun perlahan dan cukup di dengar Nuha seorang.

"Kenapa nak kena tahu tentang kehidupan saya,awak dan saya berada di jalan yang berbeza.Saya sedar siapa saya dan awak tahu siapa awak."

Lama-lama Nuha bertutur walaupun dia tahu dengan kata-kata itu dia sudah mengesahkan yang dia mengenali Rayyan Mikael.

"Apa yang membuatkan kita berbeza adalah awak Nuha..saya tak pernah lupa kan awak walaupun sesaat sejak kita berpisah dulu.Awak yang jauh kan diri."

"Okey stop Mr.Rayyan!..saya tak nak cakap hal yang lepas.Anggap saja pertemuan kita hari ini tak pernah berlaku.Tolong jangan ungkit apa-apa.Saya minta maaf.."

Serentak itu Nuha berjalan laju meninggalkan Rayyan yang terhenti langkahnya.
Rayyan meraup muka nya beberapa kali.Penat dia mencari gadis itu selama ini,rupa nya dia ada di sekitar kehidupannya sahaja.Kalau dari awal dia tahu yang Nuha sudah kembali ke Rumah Kasih ini memang dia akan datang.Dia sangka kan Nuha tidak pernah kembali setelah keluar dari situ 10 tahun yang lalu.Gadis itu pergi tanpa berjumpa langsung dengannya.Walaupun waktu itu dia masih muda namun sayangnya kepada Nuha sepenuh hati.

'Kenapa awak muncul sekadar untuk mengores luka lama sayang ku,Nuha Qhadeeja'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience