Dengan sekali lafas Nuha Qhadeeja menjadi isteri sah Muhammad Rayyan Mikael.
"Sweetheart.."
Panggilan Rayyan dari muka pintu bilik mematikan lamunan.Lelaki yang baru bergelar suami nya tadi sedang bersandar di pintu sambil memandangnya.Senyuman sentiasa terukir manis di wajah Rayyan.
"Melamun apa?Dah cram kaki abang terpacak dekat sini dari tadi."
Luah Rayyan sambil menapak ke tempat Nuha sedang duduk.Baju pengantin masih tersarung elok.Tudung juga.Dia memerhati dari atas sampai bawah isteri yang di nikahi nya itu.Pin dan jarum peniti yang tersemat di tudung Nuha di cabut satu persatu tanpa di suruh.
Nuha hanya membiarkan perlakuan Rayyan.Dia sekadar diam memerhati Rayyan yang hanya mengenakan tshirt tanpa kolar kosong berwarna cream bersama seluar senada.Cepat lelaki itu menyalin pakaian dan mandi.Haruman maskulin yang di pakai menusuk hidung Nuha.
"Sayang gembira tak kita dah nikah ni?".
Tanya Rayyan sambil melepaskan tudung dan skarf yang di pakai Nuha menyerlah kan rambut Nuha yang hitam dan panjang di sanggul kemas.Anak mata nya menatap mata Nuha mencari jawapan di situ.Mata tak akan pernah berbohong tidak seperti hati yang selalu bersembunyi.Nuha tidak menjawab namun dia pantas berdiri membuatkan Rayyan juga menegapkan badan kerana terkejut dengan tindakkan spontan itu.
"Nuha tak nak jawab..Tapi Nuha yang nak tanya abang balik,abang gembira tak dengan Nuha?"
Nuha bertanya sambil berani memaut leher Rayyan yang tinggi dan tegap sehingga Nuha terpaksa berjengkit sedikit.Rayyan membalasnya sambil memeluk pinggang Nuha dengan lembut.Dia tersenyum sambil memandang Nuha yang mulai merah pipi nya.
"Hari ini adalah hari yang paling abang tunggu..hari abang makna kan hubungan kita ni sayang.Seratus kali pun sayang tanya soalan yang sama,itu lah jawapan abang..takkan berubah."
Tutur Rayyan sambil mencium sedikit bibir Nuha yang bercalit gincu merah muda.Melihat Nuha hanya kaku dia terus mengusik lagi sambil ketawa kecil.
"Abang...Nuha melekit ni."
Nuha Qhadeeja cuba menjauh namun perbuatannya sia-sia kerana Rayyan lebih tangkas memaut tubuh kecil itu ke dalam dakapannya.
"Sayang jangan mimpi nak lari dari abang mulai saat ini..You are my mine till the and of my life.."
Nuha kegelian kerana leher nya di cium Rayyan penuh romantis.Dia cuba mengelak,namun apalah daya diri nya.
"Muhammad Rayyan..let me shower first!"
Kedua tangan Nuha memegang kepala lelaki itu dan mengangkatnya tegap.Mata mereka berdua saling bertentang.
"Nuha kesayangan abang..satu-satu wanita yang bertahta di hati abang.Abang tak tahu andai kata Nuha hilang sekali lagi di sisi abang..mungkin abang boleh mati tanpa di tembak peluru musuh.."
Ujar Rayyan sambil mendukung Nuha ke bilik mandi.Nuha hanya membiarkan dan menikmati layanan bagaikan puteri raja itu.
"Abang sanggup laku kan apa saja untuk sayang..asal kan sayang bahagia jadi isteri abang."
"I love you abang.."
Bisik Nuha di telinga Rayyan sambil mencium pipi malu-malu.Dia menyembam muka nya ke bahu Rayyan apabila lelaki itu melihatnya.
"I love you more..sweetheart."
Bahagian atas dada Nuha yang terdedah di kucup mesra.Dia bahagia.Tidak terluah rasa syukur nya kerana sudah memiliki Nuha Qhadeeja.
"Sayang nak pergi honeymoon tak?"
Rambut Nuha yang basah di kering kan menggunakan hairdryer.Nuha pula sedang mengenakan lotion.
"Nuha ikut abang..asal kan tak menganggu tugas abang."
Jawab Nuha sambil melumur lotion ke leher nya.
"Sayang nak pergi mana?"
"Mana-mana saja dalam Malaysia ni.."
Nuha tahu Rayyan tak boleh ke luarnegara sesuka hati.Dia sedia maklum bidang kerja Rayyan yang perlu di lapor kan setiap gerak geri dan keberadaannya.
"Okey..nanti abang fikir kan."
Ujar Rayyan.Dia mematikan pengering rambut,dan duduk di hadapan Nuha yang cantik memakai sehelai baju tidur yang di beli olehnya.Walaupun pada awal Nuha menolak untuk pakai kerana baju itu agak seksi.
"Abang..."
"Hurnmm.."
Balas Rayyan ringkas sambil menanti bicara Nuha selanjutnya.
"Boleh Nuha ikut abang balik PD nanti?"
"Boleh..tapi sayang selesa ke tinggal dalam kem?"
Rambut Nuha yang menutup muka di tolak ke belakang.
"Nuha tak kisah asal kan bersama abang..dalam hutan pun Nuha ikut."
"Ya lah tu..dalam hutan banyak nyamuk tau.Tak takut kulit sayang yang cantik ni kena gigit nyamuk."
Rayyan menyambut gurauan sambil jari telunjuk nya nakal bergerak di atas kulit lengan Nuha yang mula berdiri membelakangi dia.
"Alah setakat nyamuk gigit siapa yang kisah."
Ujar Nuha.Dia tahu Rayyan sebenarnya sedang mengawal perasaan saat itu.Dia juga sama,walaupun gementar tetapi sudah menjadi kewajipannya sekarang melayani suaminya.
Rayyan bangun sambil menarik tubuh Nuha rapat ke badannya.Dia mencium leher Nuha dari belakang.
"Kalau nyamuk tu gigit sini.."
Spontan Rayyan mengigit lembut dan mengucup mesra bahu Nuha.Nuha memandang mata Rayyan yang redup mengoda nya.Leher Rayyan di kucup mesra.
"Nuha tak takut abang..asalkan nyamuk itu Muhammad Rayyan.."
Bisik Nuha manja sambil merapatkan muka nya ke dada bidang Rayyan Mikael.
Bibir mulut nya di cumbu Rayyan perlahan.Dia membalasnya.Tubuh kecilnya di angkat Rayyan ke katil yang di hias cantik untuk malam pertama mereka.
Kali pertama Nuha melihat tubuh kekar Rayyan yang tidak berpakaian.Otot-otot lengan Rayyan di usap.Lelaki itu milik nya sekarang.Dia membiarkan setiap inci tubuhnya di jelajah lelaki yang halal untuk nya itu.Turun naik nafas nya setiap kali di sentuh dan di kucup Rayyan.Sesekali dia membalasnya dengan ciuman mesra dan sentuhan manja.Dapat di rasa kan kasih sayang Rayyan mula mengalir hebat,sehebat penyatuan mereka untuk pertama kali malam itu.
"You are so beautiful in and out.I love you..."
Merinding bulu roma Nuha.Bisikkan itu sampai di telinga bersama desahan Rayyan.
"I love you too.."
Lengan sasa Rayyan di dada nya di cium.Dia tersenyum bahagia.Berkali-kali Nuha meluahkan kata cinta yang sebelum ini mahal untuk di ucap kan.
Rayyan terpaksa balik ke markas setelah menerima panggilan dari atasan nya.Dia hanya meninggalkan pesanan ringkas buat Nuha Qhadeeja memandang kan seawal subuh dia sudah bertolak ke Port Dickson.
"Alpha..tugas kali ini sangat berbahaya dan berskala besar.Location kita di sini.."
Mejar Zamarul menunjukan peta di lokasi negara Vietnam.
"South Dragon yang kita buru di syaki mula memasuki sempadan Vietnam.Kita tahu negara ini bukan mudah untuk berunding,tetapi kami telah menghubungi kedutaan Malaysia di Vietnam dan kita akan bergabung dengan biro keselamatan mereka.Saya harap misi kali ini dapat di selesai kan dengan mudah dan semua kembali dengan selamat.Faham!"
"Faham Tuan!"
Siap siaga Team Alpha menerima arahan.
"Kamu semua di beri masa 2 hari untuk siap sedia dan balik berjumpa keluarga."
Mejar Zamarul menyambung lagu kalimat sambil memandang muka bawahan nya yang lengkap beruniform.
"Kau terus balik KL ke?"
Addy menyoal Rayyan yang sedang mengemas barang.Jay Zulkarnain aka Scorpio yang turut berada di situ hanya memerhati.
"Hurnmm..sekejap.Aku kena balik jumpa Nuha.Misi ini kita pun tak tahu ambil masa berapa lama."
"Aku faham..pergi lah cepat."
Dia tahu penat Rayyan memandu dari KL ke PD pagi tadi belum lagi hilang kena memandu lagi patah balik ke KL.
"Nasib lah aku bujang dan single..Kerja macam kita ni siapa perempuan yang sanggup bertahan."
Jay Zulkarnain bersuara setelah cuma diam.Dia bersandar di kepala katil.
"Eleh single konon..Kau tak boleh fikir macam tu Zul,kita punya pasangan Allah dah tetap kan.Kau ingat jadi tentera macam kita ni tak layak nak kahwin ke?Yang dalam seluar ini kau fikir Allah bagi untuk kencing saja?"
Tukas Addy sambil membuat isyarat ke bahagian bawah Jay Zulkarnain sambil tersengih nakal.Rayyan sekadar tersenyum saja.
"Hish.."
Jay Zulkarnain menempis tangan Addy yang pura-pura ingin menyentuh seluar nya.Berdekah Addy ketawa.Nasib baik cuma mereka bertiga di dalam bilik itu.
"Uzair dan Zaff pergi mana?"
Soal Rayyan setelah perasan dua lagi rakan seperjuangan tiada di situ.
"Mejar arah check senjata.."
Beritahu Jay Zulkarnain sambil melibas wisel milik Addy sekadar untuk menghilangkan resah.Addy tahu apa yang bersarang di kepala Jay Zulkanain saat itu.
"Masih stuck di tangkuk lama ke?"
"Apa?"
Berkerut dahi Jay Zulkarnain memandang Addy yang tersengih di depan muka nya.
"Kau ingat kitaorang ni badak sumbu yang pekak duduk dalam lumpur tu ke tak tahu apa-apa cerita pasal kawan sendiri.satu kem dah bergosip..Betul tak Kapten?"
Rayyan sekadar mengangguk kepala sambil mula membimbit bag berisi barang peribadi yang ingin di bawa pulang.
"Cerita lahhhh.."
Gesa Addy lagi.Dia duduk di sebelah Jay Zulkarnain sambil menyiku sedikit sahabatnya itu.
"Apa yang nak aku cerita..kau pun tahu dah kan.Cukup lah sampai situ.Malas aku nak panjang-panjang."
"Apa punya semangat lah kau ni..Gagah di medan tempur,perempuan sorang pun tak boleh handle."
Kutuk Addy keras sambil ketawa.
"Kau ni..tengok lah dia tu siapa..aku ni siapa.Aku jual mahal sebab aku tahu aku dengan dia jarak nya bagai langit dengan bumi."
Keluh Jay Zulkarnain sambil meramas jari jemari nya.Gosip percintaan dia dan anak perempuan Mejar Zamarul memang sudah menular ke seluruh kem cuma identiti dia yang belum pecah lagi.Mereka masih meneka-neka sendiri.Yang dapat terus tangkap cuma Team Alpha,memandangkan masa nya lebih banyak bersama kumpulan itu.
"Aku faham bro..susah kan jatuh hati dekat anak ketua sendiri.Dah la tu pangkat lebih tinggi pula."
Baru ingin membuka mulut telefon di atas meja bergetar.Dia hanya memandang tanpa berniat menjawab nya.Dia tahu panggilan itu datang dari siapa.Rayyan dan Addy saling berpandangan.Dua kali panggilan di biarkan.
Rayyan yang sudah siap mula mengatur langkah untuk keluar.
"Okey bro..aku gerak dulu."
Serentak dengan itu Iphone miliknya pula berdering nyaring.Mereka saling berpandangan.
Rayyan menunjuk nama si pemanggil kepada Jay Zulkarnain dan Addy dengan isyarat mata bertanya adakah dia patut menjawab panggilan itu.
"Jangan angkat!"
Jay Zulkarnain menegah sambil bangkit.
"Apa aku dapat kalau ikut cakap kau?"
Soal Rayyan sambil acah-acah ingin menjawab panggilan tersebut.Dia menahan tawa melihat tingkah Jay Zulkarnain yang kelam kabut mendapatkan nya.Suka dia dapat mengusik .
"Aku..aku belanja kau makan."
"Okey deal!..Lamb shank".
Jawab Rayyan menang sambil membiar panggilan dari Dr.Huda tamat sendiri.Mesti gadis itu sedang menyumpah diri nya saat itu.Junior yang merupa kan anak Mejar Zamarul itu sedang memburu rakan seperjuangan nya yang di syaki sedang mengelakkan diri.
"Macam tertelan kapur barus kau punya pucat..Aku rasa depan musuh tak macam ni.Zul..zul.."
Gelak Addy besar memecah di ruangan mereka itu.Rayyan turut ketawa kecil sambil berlalu.
Sudah masuk tengah malam waktu dia sampai ke Villa.Pasti Nuha sedang tidur waktu-waktu begitu.Dia berjalan perlahan bimbang mengejutkan isteri nya yang sedang berbaring di katil mereka.
"Abang.."
Dia pantas berpaling sebelum meletakkan beg nya dia atas meja kopi.
"Sorry abang buat sayang terkejut.."
Rayyan bertutur perlahan sambil menghampiri Nuha yang sudah bangkit sedikit dari berbaring.Kepala isterinya di usap penuh kasih dan di cium ubun-ubun seketika sambil memejam mata.
"Kenapa balik lagi?Tadi cakap ada tugas.."
Soal Nuha kehairanan melihat suami nya kembali semula ke Villa malam itu.
Rayyan memegang kedua tangan Nuha sebelum di kucup kedua belah.Dia memandang Nuha lama baru dia menjawab pertanyaan.
"Abang balik sebab abang rindu.."
Tutur Rayyan lembut.Jari jemari Nuha di elus,mata nya tak lepas melihat muka Nuha.
"Baru sekejap berpisah dah rindu..abang ni."
Balas Nuha sambil ketawa kecil kerana merasa lucu dengan tingkah Rayyan macam sedikit ke budak kan itu.
"Sayang dengar sini..misi abang kali ini mungkin ambil masa lebih lama dari biasa.Abang balik ni nak jumpa sayang..Ingat pesan abang jangan pergi mana-mana sendiri.Kalau tak ada keperluan untuk keluar sayang stay dekat rumah.Makan jangan lupa..Abang love you more and more.."
Pesan Rayyan panjang lebar sambil mengengam kemas tangan milik Nuha.Pantas Nuha memeluk suami yang di kasihi nya itu erat.
Belakang badan Nuha di usap lembut.Dia tahu isterinya seorang yang sensitif dan mudah tersentuh.
"Apa kata masa yang abang ada ini kita pergi jalan-jalan dekat sini berdua.shopping,tengok wayang dan makan-makan..Boleh?"
Soal Rayyan sambil terus mengelus tubuh isterinya di dalam dakapan.Nuha sekadar menjawab dengan anggukkan.Dalam hati Rayyan mengandung keresahan..resah kerana terpaksa meninggalkan Nuha yang sedang di ancam keselamatan nya.Bimbang jika sepanjang kepergiannya berlaku perkara yang tidak di ingini.Dia gusar sendiri dalam cuba menenangkan Nuha Qhadeeja.
Share this novel