Part 6

Romance Series 6008

Arianna pulang ke rumah dengan perasaan panas membara.Tak di sangka dia akan di permalu sedemikian oleh Rayyan Mikael di depan orang ramai tadi.Habis barang di atas meja solek nya di selerakkan jatuh ke lantai.Datin Anida cemas menuju ke bilik anak gadis nya setelah mendengar Arianna menjerit.

"Arianna kenapa ni?Balik-balik dah mengamuk.."

Datin Anida bertanya sambil mata nya melihat bilik Arianna yang berselerak.Muka dan rambut gadis itu juga kusut masai.

"Rayyan dengan tunang dia malu kan Arianna dekat majlis tadi!.."

Beritahu Arianna dengan suara yang kuat.Dia duduk terhenyak di atas katil.Bantal-bantal milik nya di hambur ke dinding melepaskan geram.Datin Anida mengeleng kepala melihat tingkah anak manja nya itu.Kalau di tegah makin melarat jadi terpaksa di biar hingga reda sendiri.

"Mama dah cakap tak payah pergi tapi Arriana yang degil nak juga pergi majlis tu.Kan dah sakit hati."

Tutur Datin Anida.Dari kejadian hari tu dia tak berani bertemu mata dengan Puan Sri Khaleeda asbab itu dia tak hadir ke majlis pertunangan Rayyan dan Nuha.Tetapi Arianna berkeras untuk hadir.Konon-konon nak sakit kan hati Nuha Qhadeeja,tahu-tahu dia yang malu kan diri sendiri.

"Rayyan tu milik Arianna..perempuan tu yang rampas!"

Jerit Arianna deras depan muka Datin Anida dengan dada turun naik menahan marah.

"Sudah la..anggap saja kamu dan dia tak ada jodoh.Lagipun ramai lagi lelaki yang lebih hebat dari Rayyan tu.Buat apa nak cinta kan orang yang jelas-jelas dah tolak Arianna."

Nasihat Datin Anida dengan harapan dapat mereda kan emosi Arianna.

"No...he's mine forever.Kalau Arianna tak dapat orang lain pun tak akan dapat termasuk perempuan perampas tu!.."

"Arianna..calm down.Mama tak nak Arianna buat sesuatu yang akan merugi kan Arianna sendiri.Jangan ikut hati sangat.Sekarang pergi mandi,tukar pakaian lepastu tidur.Tak elok macam ni.Kalau papa balik nanti dengar bising-bising,dia tak suka."

Arianna merengus kepada Datin Anida walaupun menurut suruhan mama nya.Pintu bilik air di rentap kasar sebelum di tutup dengan kuat tanda protes.
Datin Anida menghela nafas,penat melayan kerenah anak tunggalnya itu.

Dato' Basir Ali,suami kepada Datin Anida muncul dari pintu utama dan berpapasan dengan Datin Anida.

"Apa kena dengan anak awak,parking kereta dekat pintu pagar dah tu kereta tak mati kan enjin,pintu terbuka.Driver pula yang tolong parking."

"Entah la Arianna tu bang.Penat dah hari-hari saya ikut kan perangai keras kepala dia.Ikut suka hati je nak buat apa.Abang cuba lah nasihat.Saya dah jemu cakap benda yang sama.Salah cakap nanti merajuk,mogok tak nak makan."

Datin Anida mengambil briefcase Dato' Basir yang di bimbit.Langkah suami nya menuju ke bilik di ikut.

"Sampai bila awak nak manja kan anak awak tu.Kita dah makin tua.Kalau lah perangai dia tak berubah-ubah siapa yang tahan dengan dia."

Tutur Dato' Basir sambil mengeluh kasar.Lelah memikirkan anak perempuan nya.Suruh kerja dekat syarikat tak mahu.Suruh buka business sendiri pun tak mahu.Yang dia tahu melepak,shopping habis kan duit tak tahu ke mana hala.

Datin Anida hanya mampu diam.Dia sendiri sudah buntu menasihati Arianna.

"Cakap dekat dia kalau esok tak masuk office.Abang potong semua credit card dia.Tak guna belajar tinggi sampai ke luarnegara kalau kerja pun malas."

Ujar Dato' Basir selesai itu dia bangun ke bilik air meninggalkan Datin Anida yang terkebil-kebil.Dia tahu perangai tegas suaminya itu jika sudah berkata begitu memang akan di lakukan jika tidak menurut.

Nuha bersiap-siap untuk ke Tawa'qal setelah dua hari bercuti.Tambahan pula hospital tengah kekurangan staf.Walaupun Ammar menegah namun dia berkeras kerana tahu tanggungjawab nya.

"Nuha terus ke ED ya abang Ammar?"

Soal Nuha apabila panggilan telefon nya berangkat dan mendengar suara Ammar Raykal.

"Ya..Abang terpaksa tukarkan Nuha ke ED.Sebab mereka memerlukan Nuha di sana.Mesti sibuk sangat-sangat Nuha dekat department tu.Tapi abang tak ada pilihan."

"It's okey..you don't worry about that.Okey lah Nuha kena naik grab ni.Jumpa dekat Tawa'qal.Bye..Assalamualaikum."

Nuha memutuskan talian.Dia terus turun tangga menuju ke tingkat bawah.Pelawaan bibik untuk sarapan terpaksa di tolak kerana dia benar-benar sudah terlambat.
Buka saja pintu utama dia melihat sebuah kereta import mewah terparkir di depan.Seorang lelaki keluar dari sebelah pemandu dan membuka pintu belakang untuk nya.Hati Nuha berbisik sendiri.

'Takkan grab aku tempah mewah macam ni.Siap buka kan pintu'.

"Maaf Cik Nuha..ini arahan dari Tuan Rayyan.Kereta ini khas untuk kegunaan Cik Nuha dan saya akan pandu ke mana saja Cik hendak pergi mulai hari ini."

Melongo sedikit mulut Nuha Qhadeeja mendengar penjelasan pemandu tersebut.Rayyan buat semua ini untuk dia.Semalam lelaki itu terpaksa bergegas pulang ke kem kerana kerja dan tidak memaklumkan apa-apa tentang kereta dan pemandu ini.
Nombor Rayyan di dail namun masuk ke peti mel suara,menandakan lelaki itu tidak akan dapat di hubungi.Dia mengeluh sedikit sebelum membolos masuk ke dalam kereta.Mata nya terus menangkap sejambak bunga mawar putih dan sekeping sampul.Dia mengambilnya dan tidak perlu meneka kerana dia sudah tahu siapa pemberi jambangan bunga itu.

'Nuha Qhadeeja..abang tak dapat janji untuk selalu ada di samping Sweetheart.Tapi sayang sentiasa berdetak di dalam jantung abang setiap saat.Jaga diri..I love you,Sweetheart.See you when I see you.'-Rayyan Mikael.

Rantai nama milik Rayyan yang ada di dalam sampul di ambil dan di pegang kemas.Tahu lah dia lelaki itu sedang berjuang di suatu tempat.
Mata nya di pejam rapat membayangkan senyuman manis Rayyan semalam yang melambai sebelum meninggalkan diri nya.Dia harus terima kenyataan yang Rayyan Mikael akan terus meninggalkan dia seperti itu selalu.Lelaki itu akan muncul dan pergi.

'Semoga abang selamat di mana pun abang sedang bertugas'

Bisik Nuha di dalam hati dengan mata yang masih terpejam.Belum menjadi isteri yang sah diri nya sudah di layan bak permaisuri oleh lelaki itu.

MARKAS PASUKAN ELIT (ALPHA)

"Ini ketua South Dragon..nama dia Farouk Husin.Geng terbesar di dalam pemasaran senjata api dan dadah di kawasan sempadan negara.Mereka brutal dan ganas sebab itu di serah kan kepada kita."

"Geng ini sedang bergerak aktif di beberapa tempat dengan menyamar menjadi orang awam.Tugas kita macam biasa 'pasti kan bersih' tanpa meninggalkan jejak.Ini musuh bukan sahabat."

Mejar Zamarul yang menjadi ketua markas mereka memberi arahan.Rayyan dan Team Alpha sudah siap sedia lengkap bersenjata dari semalam menunggu arahan.

Dengan gagah nya masing-masing bergegas menaiki kapal terbang khas.Rayyan di belakang sekali memastikan semua anggota telah selamat menaiki pesawat.
Dia memandang darat yang mulai di tinggalkan dengan laju.Fikirannya di kosongkan dan dia bersedia fokus dengan tugasnya.

HOSPITAL TAWA'QAL

"Dr..ada patient di bed 2 perlu rawatan segera.Melecur tahap 3 terkena minyak panas."

Panggilan dari line emergency.Dia sedang menjahit seorang pesakit yang luka terkena sabit di betis.

"Dr Ain.."

Panggil Nuha kepada doktor pelatih untuk menyudah kan kerja yang terpaksa dia tinggalkan dan menyerahkan kepada Dr Ain.

"Vital sign dah ambil?"

"Dah Dr..condition patient stable.Melecur di bahagian peha dan beberapa tempat di bahagian lain."

Usai mengenakan glove Nuha mengunting pakaian pesakit untuk melihat keadaan sebenar.Terpapar kesan terbakar menampakkan isi.Bukan satu tempat,banyak tempat dengan kesan luka yang besar.Nuha terkedu seketika melihat luka itu.Sama seperti di alami nya dulu.

"Puan..betul luka ini kerana minyak panas?"

Soal Nuha Qhadeeja kepada pesakit yang sedang terbaring.Muka wanita awal 30an itu kusam dan tidak bermaya,bibir mulut nya juga pecah dan kering.
Wanita itu hanya mengangguk lemah tetapi ada airmata yang mengalir perlahan di tepi matanya.Nuha mulai curiga.

"Patient datang bersama waris ke?"

Soal Nuha kepada jururawat yang bertugas.

"Di bawa oleh majikan.Patient warga asing Indonesia dan bekerja sebagai pembantu rumah."

Nuha mendengar sambil mula mencuci luka yang di duga bukan kesan minyak panas melain kan di tekap dengan seterika panas.Dia tahu kerana dia juga mempunyai parut yang sama di peha kiri nya.Mengingatkan itu tangan nya terhenti seketika.Dia hilang focus.Dahi nya mula berbintik peluh.

"Dr okey?"

Tegur pembantunya di sebelah.Mungkin menyedari ada yang tidak kena dengan diri Nuha yang tiba-tiba diam.

"Yes I'm okey.."

Nuha meneruskan kerja nya kemudian.Walaupun tangannya mulai mengeletar.

"Nurse..saya nak jumpa waris patient ni in private.Suruh tunggu dekat bilik saya."

Pinta Nuha.Dia yakin wanita ini di dera.Jika betul tekaannya dia harus melaporkan kes ini kepada pihak polis dengan segera.

Usai memberi rawatan dan pesakit di bawa ke wad,Nuha menghubungi Dr Ammar atau di dalam tugas Ammar adalah doktor yang lebih senior dari nya untuk berbincang.

"Hello Dr Ammar I need you in my room ASAP."

Ujar Nuha tanpa berbasa basi.Iphone milik nya di masuk kan dalam poket kot putih nya.

"You see this.."

Nuha menunjukkan gambar luka wanita tadi yang di ambil menggunakan telefonnya kepada Ammar Raykal.

"Saya fikir patient ini di dera.Mengikut kata majikannya dia terkena minyak panas waktu memasak di dapur.Tetapi melihat pada kesan luka ini bukan terkena minyak panas tetapi di tekap dengan benda panas.Dan saya juga perasan ada bekas parut lama di bahagian tubuh lain pesakit."

Terang Nuha kepada Dr Ammar yang berkerut dahi melihat gambar yang di tunjuk.

"Dah panggil majikan dia?"

"Saya dah suruh dia datang ke sini"

Serentak itu pintu bilik Nuha di ketuk dari luar dan muncul seorang wanita yang cantik bergaya siap bercermin mata.

"Waris pesakit yang bernama Zubaidah ke?"

Soal Nuha memandang kepada wanita yang sedang berdiri di depannya dengan lagak sombong.

"Yes I'm..itu bibik I.Ada keperluan apa sampai I di panggil ke sini?"

"Duduk dulu puan..Kami ada beberapa persoalan mengenai Zubaidah."

Dr Ammar menyuruh wanita itu duduk di kerusi yang tersedia.Wanita itu duduk tanpa bicara.

"Mengikut rekod yang tertulis di sini,Puan bagitahu Zubaidah terkena minyak panas.Betul?"

Soal Nuha menatap wanita di depannya tanpa berkedip untuk memastikan dia tidak berbohong.

" Ya betul.."

Jawab nya tegas sambil membuka cermin mata hitam yang di pakai dan membalas pandangan Nuha dengan yakin.

"Tetapi waktu kami memberi rawatan kepada Puan Zubaidah,kami dapati itu bukan kesan terkena minyak panas,tapi kesan tekapan seterika panas.."

Ujar Nuha dia melihat riak terkejut di wajah wanita itu yang terus bingkas bangun dari kerusi dan menatap Nuha tajam seolah mahu menerkam.

"You tuduh I dera bibik Zu ke hah?!"

Jerkah wanita itu kuat kepada Nuha.Ammar turut bangun cuba menenangkannya.

"Calm down Puan,kami tak tuduh tapi cuma bertanya untuk kepastian.Ini bukan kes biasa-biasa Puan.Sebab tu kami kena siasat betul-betul supaya tiada pihak yang teranaiya.Lagipun tiada satu dari ayat Dr Nuha tadi menuduh Puan mendera bibik Puan.."

Berubah pucat muka wanita awal 40an itu.Mungkin ada rahsia yang cuba di sembunyikan.Namun dia masih buat-buat tenang.

"Kami akan siasat lebih lanjut,kalau betul pembantu rumah puan kena dera ssya terpaksa lapor kepada pihak berwajib.Minta puan bagi kerjasama untuk memudahkan urusan."

Ujar Nuha dengan nada tegas.

Wanita makin berang,muka yang tadi pucat bertukar merah padam.

"I akan saman you dan hospital ini sebab buat tuduhan melulu.You tunggu surat dari lawyer I!"

Tanpa menunggu wanita itu terus berlalu meninggalkan Nuha dan Ammar yang termanggu.Mereka berdua yakin yang pembantu rumah itu di dera.

"Biar saya yang handle kes ni,Nuha fokus saja dekat ED.Nanti copy report hantar dekat saya."

Tutur Ammar Raykal sambil melihat Nuha yang diam di kerusi.

"Nuha okey tak ni?"

"Yes..I'm alright.Nuha minta diri dulu."

Nuha minta diri untuk menyambung tugasnya tadi di tinggalkan.Dia menarik nafas panjang sebelum di lepas perlahan-lahan.

"Sakit makcik!!!"

Suara serak itu menjerit kerana peha nya di cop dengan seterika yang sedang di guna Jaidah untuk mengosok baju.Wanita itu berang kerana baju nya rosak kerana terkena bahan peluntur.Terus di salah kan Nuha tanpa usul periksa.

"Tahu kau sakit!..Ni baju aku yang rosak siapa nak ganti?Satu benda pun tak boleh harap!.."

Rambut Nuha di tarik-tarik.Terangkat tubuh yang kecil itu.Jaidah memang tiada hati perut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience