Part 5

Romance Series 6008

Puan Sri Khaleeda memasuki butik pengantin di ikuti Nuha yang sedia menemani bakal mertua nya.
Rambang mata melihat koleksi baju pengantin yang di pamerkan.

"Nuha cuba yang ini.."

Puan Sri meminta Nuha mencuba sehelai kebaya panjang berwarna putih mutiara yang di penuhi labuci.
Nuha masuk ke fitting room untuk mencuba.

"Puan Sri.."

Satu suara menyapa Puan Sri Khaleeda yang duduk di kerusi menanti Nuha.
Puan Sri berpaling mencari gerangan yang menyapa dirinya.

"Datin Anida..."

Pantas Puan Sri Khaleeda bangun bersalaman dengan Datin Anida dan anak perempuan nya,Arianna.

"Anak bujang you nak kahwin ke Puan Sri?"

"Ya..belum kahwin tapi datang fitting baju untuk majlis tunang minggu depan.Alang-alang dah jumpa Datin jemput la datang."

"Inshallah..bakal menantu you anak Dato' mana?"

Kepoh Datin Anida bertanya.Sementara anak nya Arianna memasang telinga.Ingin tahu juga siapa yang berjaya menakluk hati Rayyan Mikael yang keras hati macam batu tu.

"Kenalan saya juga..Pilihan hati Rayyan sendiri.Saya tak kisah siapa pun bakal menantu saya,asalkan anak saya bahagia."

Ujar Puan Sri Khaleeda yang mulai tidak senang dengan pertanyaan Datin Anida.Bimbang jika terdengar oleh Nuha.

"Mana boleh Puan Sri..kita kena pilih betul-betul bakal menantu,kena tahu asal usul keturunan baik-baik.Tak kan Puan Sri nak terima cucu dari keturunan sebarangan."

Nuha menahan diri,ketar tubuhnya.Dia cuba menarik nafas dan menghembus perlahan-lahan melepas tekanan yang mula di rasakan.Dia cuba berpaut di pemegang namun terlepas mengakibatkan dia jatuh terjelepok di atas lantai mengejutkan orang yang berada di luar.

"Nuhaaa.."

Puan Sri Khaleeda dan pemilik butik bangun mendapatkan Nuha.
Melihat Nuha sudah jatuh ke lantai masing-masing terkejut.

"Nuha..Nuha okey tak sayang.Buka mata.."

Panggil Puan Sri cemas sambil menepuk-nepuk pipi Nuha perlahan.Nombor telefon Rayyan di hubungi.

"Rayyan datang butik sekarang..Nuha pengsan!."

Ujar Puan Sri setelah mendengar suara Rayyan di talian.
Belum sempat bercakap lebih lanjut panggilan di putus kan oleh Rayyan Mikael.

HOSPITAL TAWA'QAL

Melihat Nuha terbaring lemah di atas bed membuatkan hati Rayyan luluh.Tubuh tak bermaya itu di tatap sayu penuh kasih.

"Apa yang terjadi sebenarnya bonda?"

Puan Sri Khaleeda terpaksa bercerita hal yang berlaku di butik tadi.Merah padam muka Rayyan yang tenang bertukar berang.Nasib baik tadi dia belum sempat bertolak balik ke kem.Bagai ribut dia memecut kereta.

"She has trauma bonda..dia tak boleh stress dan tertekan."

Lambat-lambat Rayyan memberitahu Puan Sri Khaleeda.

"Nuha pernah di letak racun dalam makanan oleh makcik dia.Sebab itu Nuha tak makan masakan orang ataupun makanan di luar.Di dera mental dan fizikal."

Sambung Rayyan Mikael lagi.Penumbuk nya di kepal kemas menegangkan urat lengan.

"Bertapa susah nya Rayyan nak dapat kan dia balik..Rayyan tak boleh terima semua ini bonda.."

Puan Sri Khaleeda memeluk tubuh Rayyan Mikael cuba mereda kan marah si anak.

"Abang..."

Nuha yang mula sedar kan diri memanggil Rayyan Mikael.Hanya lelaki itu yang dia ada dan dia percaya.

"Sayang..abang ada ni."

Pantas Rayyan mendekati Nuha.

"Nuha tak layak untuk abang..Dari dulu Nuha dah cakap.Abang boleh dapat kan yang lebih baik."

Tutur Nuha dalam kepayahan kerana tekak nya terasa kering.Airmata bercucuran ke pipi.

"No..sayang satu-satunya untuk abang.Tak ada yang boleh gantikan Nuha di hati abang.Jangan fikir bukan-bukan nanti sayang sakit lagi."

Pujuk Rayyan lembut.Airmata gadis kesayangannya itu di kesat perlahan.

"Nuha anak pungut!..anak haram!.."

Rintih Nuha kuat.Tangan yang di kepal di hempas-hempas ke katil.
Rayyan memegang kemas tangan Nuha supaya berhenti menyakitkan diri sendiri.

"Nuha..Nuha anak bonda.Bonda sayang Nuha.Jangan macam ni ya sayang.."

Pujuk Puan Sri Khaleeda.Tubuh kecil Nuha tenggelam di dalam pelukkan Puan Sri.
Rayyan menekan butang emergency di tepi katil.

"Along dah bagi ubat penenang,jangan risau okey.Percaya cakap along Nuha ni kuat semangat."

Bahu Rayyan di tepuk-tepuk mengalirkan sedikit kekuatan.
Nuha tertidur akibat ubat yang di suntik Ammar.

Iphone Rayyan bergetar dan dia menjawab dengan segera.Panggilan kerja.Rayyan menghela nafas sambil memandang Puan Sri Khaleeda dan bonda nya mengangguk kepala.

"Pergilah..bonda akan jaga Nuha.Rayyan jangan risau.Hati-hati di jalan."

Pipi Puan Sri di kucup sebelum berlalu,sempat juga dia berpaling melihat Nuha.
Berat kaki nya melangkah meninggalkan Tawa'qal namun dia terpaksa demi tugas dan sumpah setia nya kepada negara.

Nuha termenung sendirian memikirkan betul apa tidak keputusan yang di ambil untuk bertunang dengan Rayyan Mikael.Kejadian beberapa hari lalu memberi kesan kepada nya.Di tambah pula ketiadaan Rayyan di sisi menambah resah di hati.Sanggup kah dia berkongsi hidup dengan lelaki yang selalu menghilang tanpa dapat di hubungi itu.Entah di celah bumi mana lelaki itu berada.Kadang-kadang pulang nya bersama parut dan luka.Namun Rayyan tetap lah Rayyan,hidupnya penuh dengan teka-teki yang membuat Nuha lelah sendiri.

"Abang..Nuha rindu..Kenapa abang tak balik lagi,lusa kita dah nak bertunang.Semua nya dah siap menunggu abang."

Rintih Nuha sendiri di beranda Villa keluarga Rayyan.Puan Sri tidak membenarkan dia pulang ke apartment sejak dari hari itu.
Baju kebaya panjang yang di pilih Puan Sri Khaleeda yang tergantung di tepi almari di toleh sekilas.Lusa jika di izinkan dia akan bergelar tunangan orang.Airmata mula bertakung di tubir mata.Di seka,dia tidak mahu menangis.Dia sudah berjanji dengan Rayyan untuk kuat kan diri.

"Tapi Nuha tak kuat tanpa abang.."

Rintih Nuha lagi.

Mata nya menangkap kereta milik orang yang di nanti-nanti menjalar masuk ke halaman rumah.Terukir senyuman di wajah sembab nya.Tuhan mendengar rintihan diri nya tadi.
Lelaki itu telah kembali.Cepat-cepat dia turun tanpa sempat mengikat rambut nya yang hitam lebat.

"Hati-hati Nuha..tak lari nya buah hati awak tu."

Tegur Ammar Raykal yang berpapasan di muka pintu utama dengannya.Ammar yang kebetulan baru balik dari hospital singgah ke Villa untuk menjeguk keluarga.Anak perempuan nya Haura yang berumur 2 tahun juga di bawa sekali.

"Hai Haura..jom ikut auntie jumpa uncle."

Nuha mengambil Haura dari dukungan Ammar sebelum berlalu menuju ke porch menunggu Rayyan yang sedang memarkir kereta di garaj.
Pipi gebu Haura yang putih melepak di cium berkali-kali.

"Assalamualaikum sweetheart.."

Rayyan menghulur salam.Rindu yang tadi sarat kian surut melihat wajah ceria di depan matanya.Berbeza dengan Nuha yang di tinggalkan beberapa hari yang lalu.Lega hati nya tidak terkira.

"Waalaikummusalam.."

Jawab Nuha bersama suara yang serak.Rindu nya dia dengan panggilan manja itu.

"Aipp don't cry..abang tak suka tengok sayang sedih.Malu dekat Haura tu.."

Rayyan menjuih bibir sedikit sambil mencuit dagu Haura yang diam di atas dukungan Nuha.

"Sini biar uncle pula yang dukung debab ni.."

Rayyan menghulur bag pakaian nya kepada Nuha seraya mengambil Haura.

"Kalau ada anak sendiri nanti pasti kan Nuha buat macam ni juga ya sweetheart,tunggu abang balik kerja dengan anak."

Bisik Rayyan memberitahu hajat nya.

Merah merona muka Nuha melihat senyuman nakal Rayyan yang sedang mengenakan nya.

"Siapa yang nak beranak?"

"Sayang la..lahirkan anak..anak..anak..anak..anak abang.."

Rayyan sengaja menyebut perkataan anak sebanyak lima kali yang membawa maksud dia ingin kan lima orang anak dari Nuha.

"Muhammad Rayyan!..awak ingat saya kilang proses anak ke?"

Nuha berdecit geram melihat Rayyan yang sedang ketawa kan diri nya sambil berlalu masuk ke rumah.

Rayyan mendapatkan Nuha yang sedang berehat di laman berhampiran kolam ikan.

"Sayang dah ready untuk majlis kita?"

Nuha berpaling melihat lelaki tampan itu yang sedang memakai baju melayu siap bersongkok.

"Kalau tak ready Nuha tak tinggal sini tunggu abang.."

Dia membalas pandangan Rayyan Mikael.

"Boleh abang minta sesuatu sebelum kita bertunang?"

Nuha memandang Rayyan cuak.Lain macam saja lelaki itu malam ini.

"Aaapa diaa.."

Sedikit gagap Nuha sambil duduk tegap membetulkan baju nya.
Rayyan yang kehairan dengan tingkah Nuha yang gelabah akhirnya pecah tawa kerana faham apa yang ada di fikiran gadis itu.

"Kotor betul otak Nuha ni kan..ingat abang dah tak waras ke apa?Ke situ pulak pergi nya."

Tutur Rayyan bersama tawa yang masih bersisa.

"Eeeii geram lah..suka sangat sakat orang.."

Nuha menayang muka masam cuba menutup malu.Dia yang overthinking rupa nya.

"Abang nak Sayang tutup aurat betul-betul..tapi abang tak paksa kalau Nuha tak suka.Cuma abang tak nak Nuha terus berbuat dosa.Menutup aurat dengan sempurna itu kan wajib sayang."

Tegur Rayyan penuh kelembutan tidak mahu Nuha terasa hati.

"Lagipun abang tak suka kalau ada lelaki lain pandang bakal isteri abang ni.Abang tak tahan cemburu."

Sambung Rayyan sambil melihat reaksi Nuha sekilas,mencari-cari jika terpapar rasa tidak senang di wajah itu.

"Terima kasih abang ingat kan Nuha apa yang Nuha lalai..Selama ini Nuha hidup sendiri tanpa ada sesiapa pun yang menegur dan membimbing Nuha."

"Tak apa sayang..lumrah manusia memang saling melengkapi dan tak lari dari berbuat dosa..Inshallah kita sama-sama jaga ya.."

'Ya Allah..aku bersyukur Engkau hadir kan lelaki yang tepat untuk menjaga dan melindungi ku.'

Nuha memanjatkan rasa syukur di dalam hati.Dia menghadiahkan senyuman paling manis buat lelaki yang sabar dan sanggup menerima segala kekurangan diri nya.

Berseri-seri di dalam persalinan serba putih,Nuha duduk di pelamin berteman kan Che Siti yang menjadi wakil dari sebelah perempuan.Puan Sri Khaleeda memula kan majlis sarung cincin,kedua belah pipi tunangan anak bongsu nya itu dia cium dengan rasa kasih.

"Tahniah Nuha dah bergelar tunang orang..Bonda doa kan Nuha dan Rayyan sampai ke jinjang pelamin.Bonda sayang Nuha".

Ujar Puan Sri Khaleeda sambil memeluk erat Nuha Qhadeeja.Nuha membalas lebih kemas.Pelukkan seorang ibu yang tak pernah dia rasa.Mahu menangis tetapi di tahan.

Rayyan Mikael terpaku melihat Nuha Qhadeeja.Mata nya tidak berkedip.Terpukau dengan kecantikkan Nuha yang manis bertudung litup.Tidak percaya gadis itu menunaikan permintaannya.

"Rayyan sini..nak ambil gambar."

Panggil Aishah,isteri Ammar Raykal mengajak Rayyan ke atas pelamin.Dengan gagah Rayyan Mikael melangkah bersama sejambak bunga mawar putih.Semua mata tetamu tertumpu kepada pasangan sejoli itu.Nuha bangun berdiri di samping Rayyan.

"Sayang cantik sangat hari ini..lebih cantik dari semalam dan sebelum ini."

Bisik Rayyan romantis sambil memandang Nuha.Jambangan bunga di serah kepada tunangnya.Nuha tersipu malu di puji sedemikian.

"Tak la hebat mana tunang Rayyan tu,muka je lawa tapi asal usul pun tak tahu apatah lagi keturunan.Macam mana la Rayyan boleh berkenan.Puan Sri pun satu asal boleh je pilih bakal menantu.."

Cemuhan Arianna menyapa telinga Nuha yang duduk menanti Rayyan Mikael.Lelaki itu sedang sibuk melayan kawan-kawan nya.
Kain alas kerusi meja makan di genggam cuba mengawal perasaan.Dia tak mahu merosakkan majlis dia sendiri.Dia cuba berpura-pura tidak mendengar apa-apa.

"Entah jumpa dekat mana,I dengar dulu dia tinggal dekat Rumah Anak Yatim kepunyaan Puan Sri.Kalau I jadi Puan Sri minta jauh la dapat menantu macam tu."

Masih lagi kedengaran cemuhan yang di rasa kan memang sengaja di tuju buat nya.Nuha makin resah,dada nya mula berombak.Mata nya di pejam rapat berharap semua itu terhenti di situ.

Rayyan Mikael yang tiba-tiba berada di sisi Nuha menarik lengan tunangnya supaya berdiri bersama nya.

"Assalamualaikum..selamat menjamu selera.Terima kasih kerana sudi memeriahkan majlis pertunangan saya dan pasangan pilihan saya Dr Nuha Qhadeeja.Dia wanita yang saya pilih untuk di jadi pendamping hidup saya dan menjadi ibu untuk anak-anak saya.Dia adalah separuh dari jiwa saya.Saya minta maaf jika ada kekurangan dari pihak kami.."

Usai itu Rayyan Mikael menghampiri meja tetamu yang tadi rancak bercerita dan mengumpat Nuha di dengari oleh telinga nya sendiri.

"I hormat kan you sebagai tetamu kami tapi cara tutur kata you tidak beradap..Dan I tak perlu kan tetamu seperti you di majlis ini."

"You halau I?"

"Yes I did it's."

Tutur Rayyan tegas.Dia sedang menahan marah melihat manusia-manusia di hadapannya,jika ini semua musuh di medan tempur pasti nya dia sudah patah kan tengkuk kesemuanya.

"Abang..Nuha okey.Jangan risau.Tak perlu sampai usir tetamu."

Pujuk Nuha di sebelah Rayyan.Dia tidak mahu kekeruhan berlaku.
Kemarahan tadi mula mereda.

"She's is mine..kalau dia di sakiti you akan berhadapan dengan I"

Rayyan berkata tegas kepada Arianna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience