Rayyan menarik kolar baju lelaki yang sudah pun bergari itu dengan muka bengis.Inspektor Hairul yang mengetuai operasi itu hanya membiarkan.Iskandar juga bersedia di belakang Rayyan.
"Who are you bastard?!!.."
Soal Rayyan keras.Mata nya luas terbuka seolah mahu menelan manusia di depan nya itu hidup-hidup.Namun lelaki itu hanya diam.Langsung tidak membuka mulut.Muka nya angkuh membalas pandangan Rayyan Mikael.
"Rayyan..Kami kena bawa dia balik ke balai untuk siasatan.Serah kan kepada kami."
Ujar Inspektor Hairul yang juga teman nya seraya menepuk bahu Rayyan perlahan untuk tetap tenang.Tangan yang kemas mencengkam kolar baju terlerai perlahan-lahan.
"Don't worry..Once we get him,kes ini akan terungkai sikit demi sikit.Apa yang penting,ingat pesan aku tadi.Jaga isteri kau baik-baik.Musuh dia yang sebenar kita masih tak tahu siapa."
Giliran Iskandar pula menenangkan Rayyan yang nafas nya turun naik melihat suspek di bawa pergi.
HOSPITAL TAWA'QAL
Rayyan bersandar santai pada kereta.Menanti Nuha habis bertugas petang itu.Untuk pertama kali dia berpeluang menjemput isteri nya pulang dari kerja.Cuti seminggu dari tugas harus di guna kan sebaik mungkin.Seperti hari ini dia berjanji untuk bawa Nuha jalan-jalan berdua.
"Sweetheart..Abang tunggu dekat lobi."
Beritahu Rayyan Mikael melalui panggilan telefon yang baru di sambut Nuha.
"Abang wait for 10 minutes..Nuha settle barang jap okey."
"Tak payah rushing,take your time.Abang tunggu dekat sini.."
Nuha bergegas mengemas barang di atas meja nya yang bersepah.Tak mahu Rayyan menunggu lama.Sebenarnya dia juga tak sabar nak jumpa suami tercinta.Senyuman terukir di bibir tak lepas.Handbag yang tersangkut di ambil sebelum memasukkan kot putih nya ke dalam loker.Siap dan bersedia untuk jumpa buah hati.Hati nya girang tak terkira.Dia pantas menekan lif untuk turun menuju ke pintu utama Hospital Tawa'qal di mana Rayyan sedang menanti nya di situ.
"Dr Nuha..laju-laju nak ke mana?"
Zariff menegur Nuha yang hampir melanggar nya yang berpapasan di pintu lif.Nasib dia sempat mengelak,kalau tak dua-dua harus terlentang di situ memandang kan cleaner sedang membersih kawasan dan keadaan lantai masih licin.
"Ohh..sorry Dr Zariff.I nak cepat,my husband tunggu dekat luar.Minta maaf sekali lagi."
Nuha pantas memohon maaf,sebelum sempat Zariff membalas nya dia sudah berlalu dengan cepat meninggalkan Zariff yang termanggu sendiri dengan tingkah pelik Nuha yang luar dari biasa itu.Dia mengekori Nuha diam-diam ke lobi ingin mengetahui apa yang di kejar wanita itu.Muka nya tampak berubah apabila melihat Nuha sedang bersama seorang lelaki malahan Nuha juga tunduk bersalam dengan lelaki itu dan dahi Nuha di cium.Kemesraan yang di lihat depan mata membakar perasaan nya dalam diam.Tanpa sedar dia mengepal jari jemari menahan rasa.
"Kita nak pergi mana ni?"
"Abang nak bawa sweetheart ke satu tempat."
Jawab Rayyan sambil memegang erat tangan Nuha dan di kucup mesra.Wangian losyen yang sering di pakai Nuha mengoda hati.Tak pernah dia puas mencium bau itu.
"Abang..fokus drive tu.Nuha tak lari,ada dekat sebelah ni je."
"Macam mana abang nak fokus,aura sayang sangat mengoda iman abang."
Nuha mencubit lengan suami nya tanda geram.Ada aja jawapan nya.Hilang terus watak seorang kapten yang tegas di lapangan.
"Abang tahu tak abang ni sweet talker.Entah berapa ramai dah perempuan termakan kata-kata manis abang tu.."
Rayyan tergelak besar mendengar bicara Nuha yang meraban itu.
"Kenapa abang terbau macam orang hangus di bakar cemburu ya..Sayang tak ada bau ke?"
Rayyan pura-pura mencari ke sekitar ruang kereta nya.Nuha Qhadeeja menarik muka masam.Tahu Rayyan mula mengenakan diri nya.
"Sweetheart..I'm swear abang tak pernah ada perempuan lain selain sayang and one more thing i'm not a sweet talker macam sayang cakap.Mungkin lah lepas ni abang boleh cuba kalau sayang izin kan..."
"Muhammad Rayyan!!..kalau berani abang buatlah."
Bergema lagi tawa Rayyan Mikael.Senang hati dapat mengusik ratu hati nya.
"Abang gurau je sayang..Tak sampai hati abang nak dua kan isteri kesayangan abang ni."
Pujuk Rayyan setelah melihat muncung Nuha sudah panjang boleh di ikat.
"Nuha izin kan kalau abang nak..Tapi pasti kan dia boleh jaga abang macam mana Nuha jaga abang.."
"Allah..kenapa time sayang offer ni abang tak ada calon.."
Rayyan selamba memotong bicara Nuha pantas.Berpura-pura teruja,sedangkan dia tahu Nuha menahan cemburu.
"Abang..."
Bahu Rayyan di pukul sebab geram.Walaupun dia tahu Rayyan hanya bergurau jauh di lubuk hati dia takut andai semua itu berlaku satu hari nanti.
"Sayang..abang dah pernah cakap,hanya sayang di hati abang sampai abang tutup mata.So sayang tak payah nak fikir bukan-bukan.Okey.."
Tutur Rayyan apabila melihat Nuha mula senyap kan diri.Dia tahu kadang-kadang ada benda yang selalu menganggu Nuha.Benda yang biasa pun boleh menjadi benda yang besar di dalam kepala Nuha.
"I love you.."
Nuha menoleh ke sisi melihat suami nya bersama ucapan kata cinta itu.
"I love you more..."
Mata nya di kedip-kedip.Rasa sayang dekat Nuha Qhadeeja makin bertambah hari demi hari,malahan dia sudah merencana sesuatu untuk masa depan mereka berdua nanti.
Arianna memerhati dari awal pasangan yang sedang berjalan mesra di depan nya itu dengan rasa sakit hati.Melihat Nuha ketawa bahagia di samping Rayyan yang setia memimpin tangan Nuha membuatkan api cemburu nya meluap-luap.
"Sial punya perempuan perampas!!"
Jerit Arriana dengan suara yang tertahan memandangkan dia sekarang berada di kawasan umum.Kalau di dalam rumah rasa nya sudah habis barang di baling melampias rasa sakit hati nya.
Dia berniat mahu menganggu pasangan itu namun Iphone di dalam handbag terlebih dulu berdering meminta di angkat.
"Yes kak Liza,nak apa?"
Soal Arianna dengan nada kurang senang kepada setiausaha papa nya.Mata dia masih mengawasi Nuha dan Rayyan.
"Dato minta cik Arianna masuk office.Ada meeting penting."
"Ehh tak ada orang lain boleh ganti ke?I dekat luar dan tak ada masa nak patah balik."
"Dato sendiri yang suruh Cik Arianna handle meeting dengan Chempaka holding petang ni.Kak Liza hanya sampai kan,cik Arianna boleh call Dato untuk pengesahan."
Liza membalas nya dengan nada sedikit sebal.Sakit kepala kerana harus mengurus Arianna setiap hari walaupun tugas dia hanya setiausaha kepada Dato Bashir Ali.
"Arhh sudah lah.."
Talian di mati kan begitu saja.Lagi bertambah-tambah sakit hati nya memikirkan hal kerja yang sering menjadi batu penghalang.Ini semua salah papa nya yang memaksa dia untuk bekerja di syarikat.Sudah itu dia hanya di beri jawatan kecil bukan exsecutive seperti yang di minta.Malahan dia juga di suruh handle meeting sana sini dan bertemu client.
"Papa..meeting petang ni skip bagi orang lain boleh?Arianna tak sihat.."
Dia berlembut lidah mencipta alasan kerana jika dia bersikap keras Dato Bashir akan lebih berkeras lagi dengan diri nya.
"Tak sihat?Tadi papa tengok elok je sebelum keluar lunch..You have to attend that meeting and no excuse Arianna.Ingat janji yang you dah buat dekat papa.Kalau tak papa block all of your access termasuk card bank and card credit sekali.Pilihan di tangan Arianna,jangan cakap papa tak pernah bagi amaran.Masa untuk bermain sudah tamat.See you in meeting room this afternoon.."
Arianna menamatkan panggilan dengan perasaan geram.Kaki nya di hentak-hentak sedikit.
Liar dia kembali fokus mencari keberadaan pasangan yang membakar hati sebentar tadi namun sudah tiada di situ.Lagi menambah bara di hati nya.
Rayyan setia memimpin tangan isteri nya dan memasuki sebuah kedai yang menjual pelbagai aksesori wanita.Nuha hanya menurut langkah suami nya.
Rak kasut di depan sekali menarik perhatian Rayyan.
"Sayang nak cuba?"
Sepasang kasut kasual di ambil dari atas rak dan di unjuk kepada Nuha Qhadeeja.Tanpa menunggu jawapan dia memaksa Nuha duduk di bangku dan memakai kan kasut yang di ambil tadi.Size sepadan dan muat elok di kaki Nuha.
"Macam mana?okey tak.."
"Cantik dan memang kena dengan style Nuha.Pandai abang pilih."
Nuha memuji Rayyan yang sudah kembang pipi nya dengan senyuman senang hati.Beberapa pasang lagi kasut bersize yang sama di ambil sesuka hati nya.
"Nanti cuba baju sekali,sayang pilih berkenan yang mana.Abang tunggu sini."
"Nak buat apa abang beli banyak-banyak?Nuha bukan selalu pakai.Abang pun tahu kerja Nuha macam mana,membazir je."
Tolak Nuha.Kasut yang di ambil Rayyan tadi di kembali ke tempat asal.Rayyan memandang Nuha dengan rasa tak puas hati.Lantas kasut yang di letak di ambil lagi.
"Untuk Sweetheart tak ada yang nama nya pembaziran.Lagi pun bukan selalu abang dapat manja kan sayang macam ni."
Tangan Nuha di gapai dan di bawa ke bahagian pakaian pula.Nuha akhir nya akur setelah melihat ke sungguhan Rayyan yang berusaha mengembirakan hati nya.Beberapa helai baju yang di pilih Rayyan di bawa ke fitting room.
Sementara Rayyan pula melewati rak-rak yang mempamerkan handbag berjenama.Dia turut memilih beberapa buah yang di rasa kan sesuai.
"Amboiii sakan shopping nampak.."
Sekilas dia berpaling ke sebelah.Melihat orang yang menegur nya.
"Beli untuk wife ke?"
Sambung Arianna setelah tegurannya tidak berbalas.
"Of course.."
Ringkas Rayyan membalas nya malas.Kenapa perlu terserempak dengan perempuan ni dekat Mall ni.
"Apa lebih nya dia dari I sampai you layan I macam ni Rayyan.Kita kenal dari kecil kot,takkan you langsung tak ada perasaan dekat I?"
"Banyak kelebihan yang dia ada..memang kita kenal dari kecil tapi untuk I,you hanya sebatas kawan dan I langsung tak ada apa-apa perasaan dekat you dari dulu sampai sekarang.So lepas ni jangan tanya soalan bodoh tu lagi.."
Arianna berdecit geram hingga bergeretak gigi geraham nya mendengar kata-kata Rayyan yang di rasa telah menjatuhkan maruah nya.
"You tunggu..I akan pasti kan you dengan dia tak akan bahagia.Ini Arianna lah tak ada satu pun yang I nak I tak dapat..kalau I tak dapat sesiapa pun tak akan dapat!!"
Merah padam muka Arianna bersama kata-kata berbaur ugutan itu dia berlalu pergi.Rayyan sikit pun tidak menghiraukan.
"Abang..ini okey tak?"
Nuha keluar dari fitting room memakai sehelai dress labuh hingga ke buku lali.
"Cantik..Sayang pakai apa pun cantik."
Tak berkelip mata Rayyan dari memandang Nuha yang sedang berdiri di hadapannya.Dia bangun mendapatkan Nuha yang setia menanti.
Tanpa segan dia mencium sedikit pipi Nuha membuatkan mata Nuha terbeliak.
"Abang!..kita dekat public ni.Ramai orang tengok.."
"Bahu Rayyan di tepuk sedikit.'Selalu macam tu,bertindak tanpa di duga.'Gerutu Nuha di dalam hati.
"Lantak lah,janji abang dapat kiss sayang."
Nuha mengalah.Walaupun di tegah itu lah yang akan di lakukan juga.Kenal sangat dia dengan Rayyan Mikael.
"Sayang dah siap ke ni?"
Soal Rayyan,tangannya mencapai baju yang berada di tangan Nuha sambil menanti jawapan.
"Dah..Cukup yang ada ni sudah la.Nuha dah penat.."
"Alaa..sian isteri abang penat.Jom kita bayar lepastu abang bawa sayang ke tempat yang abang cakap tadi."
Seraya itu juga dia memaut bahu Nuha ke kaunter.Ikut kan nak di pikul nya Nuha setelah melihat wajah Nuha yang betul-betul penat.
Kereta Rayyan berhenti di sebuah rumah yang agak besar.Nuha hanya memerhati sekeliling tanpa bertanya.Rayyan sudah keluar menuju ke sebelah Nuha dan membuka pintu kereta untuk Nuha.
"Jom turun.."
"Kita dekat mana ni abang?"
"Ini..rumah untuk sayang."
Jawab Rayyan sambil mengeluarkan segugus kunci dan di serahkan kepada Nuha.
"Abang baru dapat kunci pagi tadi."
Nuha terdiam tidak percaya.Seingat dia Rayyan tak pernah bagitahu ataupun berbincang untuk beli rumah.
"Barang-barang sayang dari apartment semua abang dah pindah ke sini."
"Bila abang buat semua ni?Nuha tak tahu pun.."
Soal Nuha dengan rasa tak percaya yang masih bersisa.Dia memandang Rayyan yang sedang membuka pintu utama mengunakan master key yang di ambil semula dari tangannya.
"Dah nama pun suprise sayang..tak kan nak heboh-heboh."
Nuha mengikut Rayyan yang sudah mula melangkah masuk.Rumah banglo dua tingkat itu agak besar bagi Nuha walaupun tidak sebanding dengan Villa keluarga Rayyan.
"Macam mana?Sayang suka tak?"
"Kita stay sini ke nanti?"
Nuha tidak menjawab soalan malahan di aju pula soalan untuk Rayyan.
"Terserah dekat sayang..rumah ni sayang punya.."
Jawab Rayyan.
Share this novel