"Siapa cakap saya pesan untuk awak.."
Tenang Rayyan membalas sambil meneruskan suapannya.Licin sepinggan spaghetti dan sepinggan nasi goreng di lahap nya.
"Tak sekarang ni awak sedar tak yang awak dah bazir kan masa saya dekat sini.Tadi cakap ada benda nak bincang,awak minta 10 minit ini dah lebih sejam saya dengan awak."
Ujar Nuha meluah apa yang terbuku.Naik geram juga melihat kan wajah tenang tidak bersalah di depannya itu.
"Awak fikir awak punya sejam lebih,yang awak tinggal kan saya 10 tahun dulu tu macam mana?Awak anggap saya ni apa?Barang mainan awak?Suka ambil tak suka buang macam tu?"
Lurus dengan sekali hembus Rayyan meluap kan lahar amarahnya.Walaupun tidak kedengaran kasar namun tetap berbekas di hati Nuha.
"Rayyan..please saya tak nak cakap hal yang dah lepas.Saya
tinggal kan Rumah Kasih dan awak masa tu atas sebab peribadi yang saya tak boleh bagitahu awak."
"Mudah kan awak cipta alasan..Okey fine.Saya pun tak nak paksa awak.Siapa lah saya di mata seorang Dr Nuha Qhadeeja.Sampai saat ini saya tertanya-tanya apa yang saya telah buat sehingga Nuha Qhadeeja hilang dari mata saya begitu saja tanpa alasan langsung.Awak tahu tak awak dera perasaan saya sejak dari hari itu.Dan sepatutnya kalau awak tak bersedia untuk menjawab pertanyaan saya ini awak tak patut muncul di Rumah Kasih ataupun di hospital abang saya Nuha."
Rayyan Mikael menatap tajam Nuha yang sudah terkedu tanpa bicara.Berbinar matanya menahan emosi yang sudah lama di pendam.
"I'm sorry Rayyan..itu saja yang mampu saya ucap."
Nuha tertunduk cuba meredakan perasaan sebak yang mula melanda.Itu lah kelemahan yang tak mampu dia tangkis dari dulu.Bimbang jika menangis di depan Rayyan dia bangun menuju ke toilet.Namun telinganya sempat mendengar kata-kata Rayyan.
"Lari lagi..lepastu menangis..itu je lah cara awak selesai kan masalah."
Selebih nya Nuha sudah tidak mendengar.Airmata mula laju turun ke pipi.
Rayyan Mikael sabar menunggu Nuha di depan toilet.Sudah lebih 30 minit gadis itu berada di dalam.Ikut rasa mahu saja dia pecah masuk namun dia bimbang menimbulkan kekecohan.Ada juga timbul rasa penyesalan kerana bersikap agak keras dengan Nuha.
Baru berniat mahu menerjah masuk dia melihat Nuha keluar dengan mata yang masih ada kesan merah.Rasa kesal mula menusuk hati melihat wajah kasihan itu.
Nuha hanya diam melintasi nya dan dia mengekori tanpa bercakap apa-apa.
Dari restoran sampai ke rumah Nuha sudah tidak ada bicara langsung di antara mereka.Masing-masing mula menjunjung ego sendiri.
"Kau memang tak sedar untung Nuha,mak kau yang tak guna tu pun dah buang kau lepas tu aku ni yang kutip bela bagi duduk sini,makan minum aku tanggung.Hidup menyusahkan baik mati je lah anak haram!!"
Jeritan Jaidah dari ruang tamu membuatkan Nuha bersembunyi di sebalik almari dapur.Tubuhnya yang kecil kurus penuh berbirat-birat bekas rotan kerana dia terlambat bangun untuk buat sarapan.
Airmata tidak surut mengalir di pipi nya.Menangis tanpa suara itu memang sakit dan menyempitkan dada.
"Aku suruh pergi kerja dekat kilang kerepek hujung kampung sana pun kau malas,naik lemak betul kau ni.Kau ingat kau boleh duduk free dekat sini.Aku tak kira esok pagi-pagi aku nak kau pergi kerja cari duit bagi dekat aku..Kau dengar tak pekak?!"
Almari tempat dia bersembunyi di sepak makcik Jaidah mengejutkan dirinya.Pucat terasa muka melihat muka bengis mak saudara nya itu.
"Apa yang kau bising sangat ni Jaidah.Nak tidur pun tak senanglah."
Tudung saji di selak kasar oleh Husin.Mencari makanan untuk mengisi perutnya yang lapar.
"Aku bising dekat anak haram tu lah.Satu apa pun tak boleh harap."
"Mana sarapan?Kau tak buat ke..aku lapar ni."
"Kau tanya lah budak tak guna tu,bukan kerja aku nak masuk dapur."
Jaidah menjuih sedikit bibir ke depan.
"Kau pun sama je dua kali lima dengan budak tu.Dua-dua tak guna."
Ujar Husin sebelum berlalu keluar ikut pintu dapur.Apa yang boleh di harap dekat kaki judi tu.Siang membuta,malam merayau ke sana ke mari tanpa hala tuju.
"Amboii sedap nya mulut kau mengata aku,ini yang tak guna ni lah tiap malam puaskan nafsu setan kau tu!."
Jerit Jaidah kuat walaupun dia tahu Husin sudah tidak peduli.
"Kau keluar sebelum aku heret kau.Sakit pula hati aku dah la kena tanggung biawak hidup dengan kau lagi nak bela.Hidup menyusahkan aku je!".
Jerkah Jaidah kepada Nuha yang masih bersembunyi di belakang almari.Tak berani menunjukkan muka nya.
"Dr Nuha?"
Nuha berpaling mencari siapa yang menyebut nama nya.
"Ya saya.."
"Ingat saya lagi tak?"
Seorang lelaki menegur Nuha yang sedang membeli barang dapur di pasaraya berhampiran tempat kerja.
Nuha ingat-ingat lupa akan wajah itu tapi dia pasti pernah melihatnya.
"Saya Naim..ingat tak saya pernah bawa ayah saya ke hospital beberapa minggu lepas."
Baru terlintas di ingatan Nuha tentang Naim itu.
"Haa..baru saya ingat.Macam mana pakcik?Dah sihat ke?"
"Ayah dah sihat alhamdulillah,berkat Dr rawat dia cepat sembuh."
"Apa cakap macam tu..dah memang tugas saya."
"Dr seorang je ke?"
Naim memerhati sekeliling Nuha jika ada orang lain bersama gadis itu.
"Ya saya memang selalu seorang.Lagipun singgah beli barang sikit je ni."
Nuha menunjuk bakul yang berisi beberapa barang keperluannya yang sudah habis.
"Sayang..bakul tu berat.Sini biar abang yang pegang"
Entah dari mana muncul nya Rayyan Mikael.Tahu-tahu sudah terpacak di sebelah Nuha.Hampir belaga bahu lagi.Besar biji mata Nuha mahu terkeluar dari soket.Mana tak terkejut lelaki itu tiba-tiba muncul siap bersayang abang lagi.Rayyan tetap dengan muka selenge mengambil bakul di tangan Nuha.
"Sorry..tunang saya ni memang pelupa sikit,datang berdua boleh dia cakap datang seorang.Apa lah sayang ni."
Ujar Rayyan kepada Naim yang diam memerhati tingkah mereka berdua.Usai bersuai kenal Naim meminta diri.Rayyan siap melambai tangan lagi.Tanpa dia sedar Nuha sedang merenungnya tajam bagai mahu tembus.
"Awak buat apa ni Rayyan?"
Datar Nuha bertanya lelaki yang selamba mengaku tunangan nya itu.
"Nothing.."
"What's the game that you has started just now Muhammad Rayyan Mikael?"
Nuha mengulang pertanyaan dengan lebih serius.Dia mati kutu melihat Rayyan yang tiba-tiba muncul di depannya.Terasa seperti di ekori stranger pula.
"I'm just come to meet you sweetheart..I didn't do anything else."
"Are you stalker?"
Nuha memandang jengkel.Takut pula jika betul dia di ekori lelaki itu.Tekak nya geli tiba-tiba dengan kelakuan Rayyan seperti orang gatal itu.
"Kadang-kadang lah,sebab itu memang kerja saya.But now saya cuma stalker awak je sayang."
Rayyan mengedip mata nya sekali kepada Nuha membuatkan gadis itu bertambah bengang.
"Enough!..just stop it's.Saya tak suka awak buat saya macam ni Rayyan.Saya geli..and stop panggil saya 'sayang'.."
Mengelekek Rayyan ketawa melihat gelagat Nuha yang membuat gaya kegeliannya.
"Maaf sayang I'm not kidding with my word's,once I call you sweetheart sampai bila-bila pun saya akan panggil awak sweetheart."
Usik Rayyan lagi walaupun dia maksudkan apa yang dia kata.Cuma melihat gelagat comel Nuha membuatkan dia ingin mengusik gadis itu.Kulit muka Nuha yang cerah mulai memerah sama ada geram atau malu hanya gadis itu saja yang tahu.Apa yang penting hati nya senang melihat kesayangannya di depan mata.
"Arhhh..saya tak mahu dengar.Kalau awak nak panggil saya macam tu lagi tolong jangan dekat dengan saya."
Nuha mulai menjauh menuju ke kaunter bayaran sambil di ekori Rayyan yang masih enak ketawa kan diri nya.
Nuha menjeling Rayyan dengan ekor mata,walaupun sebal dia hanya membiarkan lelaki itu meletak semua barang di atas kaunter termasuk sebungkus tuala wanita.Merah muka Nuha saat itu apatah lagi melihat muka Rayyan yang bersahaja.Ingin sekali di ketuk kepala lelaki itu tanda geram yang memuncak.
"Use my card.."
Rayyan menghulur kad debit milik nya kepada cashier tanpa sempat di tegah Nuha.
"Awak ingat awak boleh beli hati saya dengan semua ni?"
Soal Nuha sebal.Bengkak rasa di dalam dada bercampur geram dan malu.
"Saya tak pernah cakap pun nak beli hati awak..kenapa awak nak jual ke?"
"Muhammad Rayyan!!!.."
Jerit Nuha geram apatah lagi lelaki itu sudah jauh sebatu di depan nya sedang tergelak besar melihat muka Nuha yang sudah merah padam dan masam macam tertelan cuka.
Rayyan berpaling mengadap Nuha yang masih masam mencuka.
"Nuha..sayang I'm sorry jika hari ini saya usik awak.Saya suka awak marah-marah saya..awak nampak comel sangat sayang.Saya tak tahu selepas hari ini saya dapat jumpa awak lagi ke tak.So sekali lagi saya minta maaf..See you when I see you.Jaga diri..Assalamualaikum."
Ucap Rayyan sebelum berlalu pergi meninggalkan Nuha yang termanggu dengan tingkah Rayyan.Kejap muncul kejap pergi begitu saja membuatkan Nuha pening kepala.
"Leo..berapa lama lagi operasi kita kali ni?"
Rayyan memandang Jay aka Scorpio.Botol air mineral di teguk seketika menghilangkan dahaga.Sudah masuk minggu kedua mereka di dalam hutan.
Jay yang luka di lengan membalut nya kemas.Membara di hati melihat rakan setugas di lukai.Pantang bagi nya jika sakit tidak di balas sakit.
"Mengikut maklumat yang kita dapat,masih ramai lagi tawanan di dalam tangan musuh.Kita kena pastikan mereka semua selamat."
"Ini koordinat terbaru yang base hantar tadi."
Uzair aka Wolf menunjukkan monitor yang di pegangnya.Rayyan melihat sekilas.Lokasi itu menunjukkan jauh ke tengah hutan.
"Hutan makin tebal,'nyamuk' makin banyak.Hati-hati dengan setiap langkah yang di ambil.Sentiasa ikut arahan aku."
Ujar Rayyan seraya menyerahkan kembali monitor kepada Uzair.
"Eagle..clear location"
Rayyan memerintah Addy aka Eagle membersih tempat mereka berehat supaya tidak meninggalkan jejak mereka kepada musuh.
Derap kaki kedengaran,musuh memasuki kawasan mereka.Masing-masing diam di posisi dalam mode tempur.
Eagle dan Leo yang pakar dalam serang hendap jarak dekat mula membuka langkah.Sebutir peluru sesat milik musuh yang di lepas secara rambang mengenai lengan Leo.Namun dia masih gagah memburu musuh satu persatu.
RUMAH KASIH
Nuha memberi rawatan kepada Naufal yang demam.Suhu budak lelaki berumur 11 tahun itu agak tinggi.
"Che Siti..Naufal kena infuse ni.Dia kurang makan minum.Cecair dalam badannya dah banyak drop."
Ujar Nuha kepada Che Siti yang menemani Naufal.Branula mulai di pasang pada tangan kanan Naufal.Usai itu mereka membiarkan nya berehat.
"Terima kasih Nuha datang ke sini..Kesian pula susah kan kamu.Tiba-tiba bangun pagi tadi dia cakap badan dia panas."
"Tak apa Che Siti, ini kan tugas Nuha.Sekurangnya Nuha dapat berbakti untuk anak-anak dekat sini.Dulu Nuha pun macam tu juga selalu sakit-sakit.Che Siti la yang selalu tolong Nuha.Ini lah masa nya Nuha balas balik budi Che Siti."
Ucap Nuha sambil memegang kedua tangan Che Siti yang sudah di anggap bagai ibu sendiri.Budi dan jasa Che Siti memang tak akan mampu di balas walaupun dengan duit.
"Alhamdulillah Nuha..Che Siti bersyukur sangat Nuha balik lagi ke sini.Kalau nak datang,datang lah bila-bila masa.Pintu Rumah Kasih sentiasa terbuka untuk Nuha".
"Terima kasih Che Siti sudi terima Nuha lagi."
Che Siti hanya tersenyum sambil memeluk bahu Nuha dengan penuh kasih sayang.
"Boleh Nuha minta izin nak tengok tempat ni?Rindu sungguh Nuha dengan kenangan Rumah Kasih.Banyak memori yang tercipta di sini."
"Boleh Nuha..buat lah apa yang Nuha nak buat Che Siti izin kan."
Nuha berjalan melalui taman riadah yang dulu selalu dia duduk jika ingin menyendiri.Kerusi kayu juga masih kekal di situ.Dia duduk sambil menarik nafas dalam-dalam.Di situ juga tempat dia lepak dengan Rayyan Mikael petang-petang sambil membaca buku.
Bohong jika hati tidak rindu,malahan sudah sarat kerinduan untuk lelaki itu yang sudah lama tak dia jumpa.
Gila kah dia merindui seseorang yang bukan siapa-siapa untuk nya.Tapi dia tidak mampu terus membohongi diri nya sendiri.Ego yang di usung mulai runtuh sikit demi sedikit.
Share this novel