Mungkin ini yang di rasa kan Rayyan beberapa tahun dulu di tinggalkan olehnya.Patut jika lelaki itu marah waktu mula-mula bertemu semula.Sakit rupa nya menanggung rindu pada orang kita sayang.Airmata mulai merebes ke pipi.
"Why are you crying sweetheart?"
Pantas Nuha berpaling kebelakang melihat Rayyan Mikael sedang berdiri sambil tersenyum kepada nya.Airmata di seka.Ajaib nya perasaan yang tadi memberat di dada bagaikan gugur menjadi debu melihat senyuman yang terukir di bibir Rayyan.
"Rayyan?..Mana tahu Nuha dekat sini?"
"Bak kata orang dulu-dulu ikan di laut,asam di darat di dalam perut bertemu jua..macam kita jauh mana pun Nuha pergi Muhammad Rayyan akan tetap jumpa."
"Apa pulak perut..periuk lahh."
Potong Nuha sambil ketawa mendengar kata-kata Rayyan yang lucu.
"Periuk tu zaman dulu..sekarang dah moden kita ubah la sikit.Sebab kita makan ikan tu kan..so dalam perut lah."
"Habis takkan asam pun awak makan?Kalau tak makan asam, makan ikan saja mana nak bertemu dalam perut nya Muhammad.."
Berdekah kedua nya ketawa.Rayyan menoleh Nuha di sisi.Makin hari makin bertambah sayang diri nya kepada gadis itu.
"You not answer my question..kenapa nangis tadi?"
"Mana ada saya nangis.."
Dalih Nuha sambil berpaling muka ke arah lain.Malu jika lelaki itu tahu dia menangis kerana rindu kepada nya.
"I saw you sweetheart for 15 minutes already from there..."
Rayyan menunjuk tempat dia melihat Nuha dari jauh tadi.Rupa nya sudah lama diri nya di perhatikan Rayyan Mikael.
"Jawab soalan saya dulu..awak dari mana.Tiba-tiba muncul lepas tu lama menghilang.Macam biskut chipsmore.
"Saya kerja.."
Ringkas jawapan Rayyan membuat Nuha tidak berpuas hati.
"Kerja apa?"
Nuha tak pernah tahu dan tak pernah tanya apa pekerjaan lelaki di sebelah nya ini.Pertemuan mereka selalu mengejut dan tiba-tiba membuatkan dia tidak sempat bertanya apa-apa tentang kehidupan Rayyan.
"Bunuh 'nyamuk'.."
Rayyan menjawab pertanyaan Nuha dengan gurauan seperti biasa.
"Pembasmi Nyamuk ke apa?"
Serius Nuha bertanya.Berkerut-kerut dahi nya meneka apa pekerjaan sebenar Rayyan Mikael.
"Muka handsome..tough macam ni tak kan kerja membasmi nyamuk sayang.."
Tutur Rayyan sambil ketawa besar.Gadis ini memang polos dan lucu.
"Habis tu..cakap la betul-betul."
Rayyan Mikael menarik keluar rantai yang di pakai di leher.Di unjuk kepada Nuha yang terkebil-kebil melihatnya.
"Army?"
Rayyan mengangguk kepala.
Nuha memandang Rayyan tidak lepas.Tahu lah dia kenapa lelaki itu hilang dan muncul tiba-tiba.
"Tercapai juga cita-cita awak dari sekolah dulu."
Nuha menilik rantai yang terukir nama 'Muhammad Rayyan Mikael'.Tak sangka lelaki di sebelah nya ini seorang tentera.
"Okey...now your turn."
Rayyan menagih janji kepada Nuha.Dia sedar Nuha sedang cuba mengelak dari nya.
"Mana ada saya menagis,awak salah tengok tadi tu.Saya lap peluh."
"Okey..saya percaya kan sayang."
Malas membahas lebih panjang Rayyan mematikan di situ.Dia tahu sampai lebam pun Nuha tak akan mengakui perasaannya.
"Sayang tahu..satu saat pun abang tak pernah tak rindu sayang.Makin abang cuba hilang kan makin kuat rindu tu datang.Sayang tak ada rasa macam tu ke?"
Duga Rayyan sambil menatap muka Nuha dengan mata yang di redup kan sedikit.
Panggilan pun sudah tak terkawal kejap 'saya'..kejap 'abang' mengambarkan perasaan nya juga sudah tidak tergendali.
"Why I have too..?You not my boyfriend or my husband."
Nuha berkata selamba tanpa perasaan.Sebenarnya dia cuba menyembunyikan apa yang di rasa di dalam hati.
"So be my wife and abang akan pasti kan sayang tak akan pergi lagi dari abang walau se inci..Trust me sweetheart."
Terkedu Nuha seketika.Adakah dia baru di lamar sebentar tadi?.Secepat itu kah Rayyan meluahkan perasaannya.Mereka baru bertemu kembali setelah lama terpisah.Nuha perasan ada kesan darah di lengan baju kemeja Rayyan yang di lipat hingga ke paras siku.Selalu nya lelaki itu suka mengenakan baju t-shirt berkolar.Darah itu menarik perhatiannya.
"Awak..itu kenapa?"
Nuha menunjuk ke lengan Rayyan yang terkena tembakkan semalam.
"Ini..luka sikit terkena kayu masa dekat kem."
Bohong Rayyan Mikael.
"Tak elok biarkan luka terdedah macam tu.Jom ikut saya ke bilik rawatan.Biar saya cuci."
"Tak apa..sikit je ni."
"Jangan degil boleh tak.Bukan saya nak potong pun lengan tu.."
Nuha menghadiahkan jelingan tajam membuatkan Rayyan akhirnya mengalah.
Hati-hati balutan di buka menyerlahkan luka yang agak besar.
Ternganga mulut Nuha di sebalik mask yang di pakai.
"Kena kayu apa ni Rayyan.."
Nuha menilik luka di lengan Rayyan Mikael yang dia yakin bukan luka terkena kayu seperti yang di kata kan Rayyan.
Lelaki itu hanya diam membiarkan soalan itu tergantung tanpa jawapan.Dia ralit menatap muka Nuha yang begitu dekat dengannya sedang mencuci luka.
"Awak tipu saya kan Muhammad Rayyan?Ini bekas peluru.Cuba cakap betul-betul.."
Nuha mengangkat muka nya melihat tepat ke anak mata Rayyan Mikael yang tidak berkedip.
"Kalau terkena peluru saya dah tak ada depan mata awak sekarang ni sayang.."
Dalih Rayyan lagi.Dia lupa yang dia sedang berbohong kepada seorang doktor.Namun tak mungkin dia membuka cerita tentang dia di tembak musuh.
"Ada benda kita tak boleh bergurau awak.Saya yakin ini bukan kesan terkena kayu..Lain kali hati-hati."
Rayyan tahu dia akan kalah dengan Nuha Qhadeeja.Namun dia hanya membiarkan gadis itu berandaian sendiri.
"Sayang juga awak dekat saya.."
Nuha menekan ubat agak kuat di atas luka membuat lelaki itu sedikit berdecit dan mengelupur.
"Main-main lagi..rasa kan."
"Sakit sayang..Dr mana boleh berkasar dengan patient."
Rayyan pura-pura kesakitan walaupun tak lah sesakit mana.Luka itu biasa bagi diri nya.
"Diam..sebelum saya jahit mulut awak.Saya pandai menjahit tahu."
Nuha menunjukkan jarum yang akan di guna untuk menutup luka Rayyan yang terbuka.Macam mana lelaki itu boleh bertahan dengan luka sebesar itu.Darah juga masih fresh ini bermakna luka itu masih baru.Dalam diam dia mencuri pandang Rayyan yang sedang mendonggak dagu ke atas.Lelaki ini penuh dengan rahsia.
Rayyan memandu kereta menghala ke rumah Nuha Qhadeeja.Walaupun gadis itu berkeras mahu pulang sendiri dia tetap memaksa untuk menghantar nya ke rumah.
"Sweetheart..boleh saya minta your number phone?"
Rayyan menanti jawapan Nuha dengan sabar.Gadis itu masih diam di sebelah.Iphone 15promax hitam miliknya di hulur kepada Nuha.
"Alamat rumah saya awak senang-senang dapat tak kan number phone Dr Ammar tak bagi?"
Sindir Nuha sambil menjeling sedikit.Tak percaya jika lelaki itu tidak mempunyai nombor telefonnya.
"Tak ada..saya tak dapat number sayang dari Ammar."
Rayyan memberi isyarat dengan mata supaya Nuha mengambil Iphone di tangan.Walaupun sedikit ragu-ragu Nuha mencapai juga.Skrin menyala memaparkan wajahnya sebesar alam di jadi kan wallpaper.Gambar candid sewaktu mereka bertemu di restoran dulu.Entah bila lelaki itu mengambilnya langsung dia tidak perasan.
"Password your birthday.."
Ujar Rayyan sambil kembali fokus memandu.Nuha terkedu lagi.Begitu besar rasa nya cinta lelaki itu buat diri nya.
Usai menyimpan number telefon sendiri dia kembali menghulurkan kepada pemiliknya.Rayyan menyambut nya sebelum menekan mode memanggil dan panggilan nya masuk ke Iphone milik Nuha yang berada di atas riba gadis itu.Tertera jelas di mata Rayyan nama nya terpapar di skrin Iphone Nuha.Bermakna gadis ini telah memilik contact number nya.
"Sayang..you have my number already?Why you didn't call me?"
Nuha terkulat-kulat kerana tertangkap basah.Tindakkan spontan Rayyan tidak sempat di tegah.
"Saya tak ada alasan kukuh untuk call awak.."
Tutur Nuha perlahan meniti di bibir nya yang di calit sedikit liptint warna cherry.
"Abang adalah alasan nya Nuha..Sikit pun Nuha tak ada perasaan untuk abang?"
Soal Rayyan walaupun dia mulai rasa berjauh hati namun dia tetap tahan kerana cinta dan sayang untuk gadis itu tiada batasan.
"I'm sorry Rayyan..Dunia kita berbeza.Dari dulu saya dah bagitahu mencintai saya tak akan membawa awak ke mana-mana.Saya tak ada apa-apa untuk awak."
Rayyan memberi signal ke bahu jalan secara mengejut.
Dia turun membuka pintu sebelah Nuha.Gadis itu terkejut melihat wajah tegas dan garang Rayyan Mikael di depan mata nya.
"Berapa kali abang kena cakap,sayang tak perlu jadi sesiapa untuk mencintai abang.Just be yourself.Abang tak pernah letak kayu ukur untuk jatuh cinta dekat Nuha,walaupun berkali-kali abang harus tersakiti.Tak tulus lagi ke perasaan abang untuk sayang sekarang ni abang tanya?"
Nuha hanya diam membeku tanpa jawapan.Dia tahu cinta Rayyan untuk nya terlalu besar sehingga sanggup menunggu bertahun-tahun.
"Nuha Qhadeeja!!..I need your answer.Jawab abang sekarang..Do you love me or not?"
Tekan Rayyan Mikael sambil memegang kedua belah bahu Nuha.Urat leher nya tegang semua menandakan dia sedang cuba bersabar dengan gadis itu.
"Demi Allah yang menjadi saksi..Nuha sayang abang sepenuh hati dari dulu hingga ke saat ini.Tapi Nuha..."
Nuha berani membahasa kan Rayyan dengan panggilan 'abang' membuatkan Rayyan tersenyum sumbing dan menarik nafas lega.
"Cukup..abang tak perlu dengar yang lain.Abang cuma nak tahu perasaan sayang dekat abang,yang lain tak penting."
Rayyan Mikael memotong bicara gadis itu kerana di hujung nya dia tahu apa yang menyebabkan Nuha meletakkan benteng di antara mereka.
"Will you marry me sweetheart?Abang tak sanggup andai sayang lari kan diri lagi sekali dari abang.Abang janji kita selesai kan sama-sama apa pun masalah sayang.Yang penting sayang kena percaya dekat abang..I love you more than anything in the world."
Kali kedua dia di lamar lelaki yang sama.Kejam kah jika dia menolak lagi.Ego kah dia jika dia masih membiarkan cinta lelaki ini terhadap diri nya.
"Do you serious Muhammad Rayyan?"
"Tak..memang abang hari-hari ajak orang kahwin pun.."
Bahu nya di tepuk Nuha geram.Masih menyempat buat lawak bodoh.Rayyan ketawa besar melihat Nuha menarik muka.
"Abang serius la Nuha sayang.."
"Thank you for this love abang."
Ucap Nuha sambil membalas pandangan redup milik Rayyan yang sedang setia menatap nya.Dia nampak cinta yang besar di dalam sepasang mata itu.Mampu kah dia membalasnya dengan rasa cinta yang sama.
Hujung minggu Rayyan menjemput Nuha dan membawa pulang ke Villa keluarga nya.Dia ingin memaklumkan berita gembira kepada family.Berita yang selalu di tunggu-tunggu Puan Sri Khaleeda.
Masing-masing terkejut melihat Rayyan pulang bersama Nuha Qhadeeja.
"Rayyan nak tunang dengan Nuha Bonda..Ayah."
Beritahu Rayyan Mikael meminta izin Bonda dan Ayahnya yang sedang duduk di sofa.
"Bonda dengan Ayah tak ada masalah.Rayyan cakap je bila nak langsung.Kami akan atur majlis."
Puan Sri Khaleeda yang duduk bersebelahan dengan Nuha mencapai tangan gadis yang bakal menjadi menantu nya itu.Syukur Alhamdulillah jodoh anak lelaki bongsu nya sampai juga.
"Terima kasih Nuha kerana sudi terima anak bonda."
Nuha tertunduk malu.Segan pula bila dia di perlakukan begitu.
"Nuha yang patut bersyukur Puan Sri dan Tan Sri terima Nuha jadi menantu."
Ucap Nuha sopan.
"Panggil Ayah Bonda je la Nuha,kan nak jadi keluarga juga."
Tan Sri Hisham berkata kepada bakal menantu nya.
Nuha hanya tersenyum.
"Assalamualaikum.."
Suara Ammar Raykal kedengaran memberi salam sebelum muncul di ruang tamu.
"Waalaikummusalam..hah bagus lah along ada sekali."
"Ada apa ni Bonda Ayah..Rayyan dan Nuha pun ada sekali ni."
Soal Ammar sambil mengambil tempat di sebelah Rayyan.
Dia melihat adiknya tersenyum simpul manakala Nuha pula tertunduk malu.
"Adik kamu tu nak bertunang.."
Tan Sri Hisham memberitahu Ammar Raykal tentang rancang Rayyan.
"Ya..waaa Alhamdulillah.Diam-diam rupa nya mengayat Dr Nuha."
Bahu Rayyan di tepuk agak kuat.
"Apa pulak..kami dah lama kenal la."
Tukas Rayyan tenang.
"Orhh..kira cinta lama berbunga kembali la ni Nuha?"
Ammar mengusik Nuha Qhadeeja yang hanya diam di sofa.
Tak adik..tak abang sama saja dua-dua suka mengusik.
"Along jangan nak buli dia ehh..Nanti Rayyan tak bagi dia kerja dekat Tawa'qal baru tau."
Ugut Rayyan Mikael.
"Amboiii..awal-awal dah kena control.Susah macam ni Nuha."
Usik Ammar lagi sambil ketawa.Suka dia melihat Nuha tersipu malu.
Share this novel