Part 7

Romance Series 6008

Pulang dari Tawa'qal Nuha tidak terus balik ke Villa.Dia meminta driver menghantar nya ke apartment yang sudah lama di tinggal.Kad access di bawa keluar dari handbag.Perbuatannya terhenti kerana dari hujung mata dia seakan merasa ada yang memerhati dirinya.Cepat dia membolos diri ke dalam rumah setelah pintu terbuka.Dia menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan.
Sofa kesayangannya di duduki.

"Akhirnya kembali ke sini.Tempat yang menjadi saksi kehidupan dan kesunyian Nuha Qhadeeja."

Tutur Nuha sendiri sambil menepuk-nepuk sofa baldu berwarna biru gelap.Hidup nya tidak seperti orang lain yang mempunyai teman untuk keluar lepak atau shopping.Dia tidak mempercayai sesiapa.Dia hanya percaya kan diri nya sendiri sahaja di dunia ini.Tubuhnya yang sekeping itu penuh rahsia dan tiada siapa pun yang tahu bagaimana kehidupan dia.
Bertahun menjadi 'long ranger' membuatkan dia terbiasa melakukan semua benda sendiri tanpa bantuan orang lain.Kehadiran Rayyan yang mula mengubah corak dan warna yang dulu suram dan kelam.Dia tersenyum kelat mengenang lelaki yang misteri dan penuh rahsia itu.Namun Rayyan romantis dan penyanyang.Hati yang dulu beku dan keras hanya mampu di cair kan oleh Rayyan seorang.Tiada siapa pun yang berani mendekati nya selain lelaki itu.Dia tidak pernah membuka ruang dan peluang kepada sesiapa pun.Sudah masuk minggu ketiga dia di tinggalkan lelaki itu setelah selesai majlis pertunangan tempoh hari.Di mana,kemana Rayyan Mikael tiada siapa pun yang tahu.

'Prangggg!

Nuha yang duduk santai di kejut kan dengan bunyi benda jatuh dari luar balkoni rumahnya.Pantas dia bingkas bangun,mata nya yang tadi rapat terbuka luas.Dengan langkah hati-hati dia berjalan menuju ke ruang tengah.Dia perasan pintu sliding yang menjadi pemisah ruang balkoni sedikit terbuka.Dia seorang yang teliti,tak mungkin dia lupa untuk tutup sliding itu sebelum meninggalkan rumah.Mata nya menangkap kelibat seseorang yang melintasi balkoni dengan laju dan hilang sekelip mata.Dia yakin itu manusia bukan hantu.Dada nya berdebar memikirkan pelbagai kemungkinan.Kaki yang tadi gagah melangkah mulai kaku.Perasaan cemas mula menerkam diri.Otak nya mula berfikir yang buruk-buruk.Dia duduk membongkok dan merapatkan kedua lututnya ke dada.Mahu lari tapi kaki tak mampu bergerak.Ada orang sudah menceroboh rumah itu.Airmata mula mencurah laju.
Dia cuba bangun berdiri walaupun saraf nya terasa lembik seperti jeli.Tanpa berfikir panjang dia berlari sekuat hati menuju ke pintu rumah dan menarik tombol terus menerpa keluar.

'Bukkk!.

Dia merempuh seseorang di muka pintu.Pucat muka memikirkan yang dia sedang berhadapan dengan orang jahat.
Dia tidak berani mengangkat muka,yang dia tahu dia harus menjerit sekuat hati.

"Arghhh..!Jangan apa-apa kan aku..pergi kau...pergi!!!"

Jerit Nuha kuat tak hirau kan apa pun.Telinga di tekap dengan kedua belah tangan.

"Sweetheart..heii.Kenapa ni?Tengok sini sayang..ini abang lah."

Rayyan memegang kedua belah bahu tunang yang masih lagi merancau-rancau tidak di ketahui puncanya.
Mendengarkan itu pantas Nuha mendongak.Memastikan yang berdiri di depannya adalah Muhammad Rayyan Mikael.

"Abanggg..tolong Nuha bang.Nuha nampak ada orang dalam rumah Nuha tadi."

Jelas Nuha dengan suara terketar-ketar dan tangan yang mengigil.Rayyan yang tadi tenang bertukar cemas.Pantas dia masuk ke rumah Nuha untuk memastikan keadaan sebenar.Selesai memeriksa,dia kembali semula mendapatkan Nuha yang terpacak di tepi pintu tidak berani ke mana-mana.

"Abang dah periksa semua.Memang ada kesan di ceroboh.You can't stay here anymore,this house not safe for you..Sebelum ni dah pernah jadi macam ni ke?"

Soal Rayyan memandang Nuha tepat.Gadis itu hanya mampu mengeleng dengan muka pucat lesi.Tudung yang di kena kan sudah lecun di basahi peluh.

Jatuh kasihan melihat kan tunangnya yang sedang mengigil ketakutan.Nasib baik dia tiba tepat waktu,kalau tak entah apa yang jadi kepada Nuha.

"Sayang.."

Panggil Rayyan Mikael.Nuha menoleh lambat.

"Kita balik Villa dulu,esok kita datang balik ambil semua barang sayang.Abang dah tak kan izin sayang tinggal sini."

Tutur Rayyan lembut.Handbag milik Nuha di atas sofa di ambil.Dia berjalan menghampiri gadis yang dari tadi diam tak berbicara sepatah pun.Dia memimpin Nuha keluar sebelum mengunci pintu.

Sehingga mereka tiba ke dalam kereta Rayyan pun Nuha masih diam membisu.Rayyan keluar kembali dari kereta setelah memastikan Nuha duduk dengan selesa dan tenang.
Dia mendail nombor seorang kenalannya.Beberapa kali berdering sebelum panggilan berangkat.

"Hello bro..I need your help's.."

Ujar Rayyan Mikael kepada sahabat nya di talian.Dia menerangkan tujuan dia menghubungi.
Nuha di dalam kereta memerhati tingkah Rayyan Mikael yang sedang memasang muka serius dan ketat berbicara di talian dengan orang yang tidak di ketahui siapa.Beberapa minit kemudian lelaki itu kembali masuk ke dalam kereta.

"Sayang dah okey..?"

Soalnya lembut kepada Nuha Qhadeeja yang bukam.Hanya mata saja bergerak-gerak.
Nuha mengangguk kepala.Bulat mata nya sembab akibat menangis tadi.

"Kita balik sekarang okey..?"

Nuha mengangguk lagi.Dia tidak mampu untuk berbicara walaupun dia ingin sekali bertanya bagaimana lelaki itu sampai di tempat tinggal nya.

"Tadi abang call driver tanya Nuha dekat mana.Abang call number sayang berkali-kali tak berjawab."

Beritahu Rayyan sambil memandu.Dia tahu apa yang bersarang di kepala Nuha.Dia menoleh Nuha sekilas.Muka gadis itu masih pucat dan ketakutan.

"Nasib baik abang cepat sampai..Kalau tak abang tak dapat nak maafkan diri abang kalau apa-apa jadi dekat Nuha tadi.After this you are not allowed to walk alone,you must be with partner.Abang akan upah bodyguard untuk sayang."

"No need abang...Nuha tak nak susah kan sesiapa."

Nuha akhirnya bersuara setelah dia terasa tenang dan nyaman.Rasa takut tadi hilang menjauh dengan kehadiran Rayyan di sisi.Dia meluruskan badan dan bersandar sedikit,seat di laras mengikut keselesaan diri nya.

" Okey..kita bincang lagi nanti.Tapi sayang memang dah tak boleh balik dekat apartment itu sendiri.Abang dah call kawan abang untuk double check your apartment."

Ujar Rayyan sambil menoleh Nuha sekilas setelah dia mendengar desiran nafas yang halus dan perlahan.Tertidur rupa nya..dia bercakap sorang-sorang dari tadi.Melihat Nuha sedang tertidur pulas dia memandu jauh ke pusat bandar,menyimpang dari arah sebenar ke Villa keluarga nya.Tujuannya cuma satu supaya gadis itu tidur dengan lena lebih lama.
Walaupun dia sebenarnya penat setelah tamat operasi terus memandu pulang dari Port Dickson ke Kuala Lumpur demi Nuha Qhadeeja.

Kereta di parkir ke tepi jalan dan dia keluar.Pemandangan ibukota Kuala Lumpur terbentang di depan mata dari atas lereng jalan berbukit.
Dia tertanya sendiri kenapa rumah Nuha di ceroboh.Dia bimbang jika itu musuh datang dari dia.Tidak mahu kehidupan Nuha menjadi taruhan asbab dirinya.Di depan Nuha tadi dia cuba berlagak tenang kerana tidak mahu menambah resah dan ketakutan tunang nya itu sedangkan hakikatnya hati dan jiwa nya kacau dan tidak ingin berdiam diri kerana yang sedang ketakutan itu wanita kesayangannya.
Iphone miliknya bergetar.Melihat nama pemanggil terus di jawab.

"Bro..macam mana?"

"Confirm kerja seorang yang dah pro..Team aku tak jumpa apa-apa cap jari kecuali satu kesan pintu sliding yang di kopak dari luar."

Terang Iskandar,sahabat nya yang merupakan seorang pakar forensik unit tindak khas polis.

"Tapi aku jumpa sesuatu..Aku dah hantar dekat Email kau.Memang penceroboh ini sengaja meninggalkan tanda supaya kita tahu kehadirannya."

Sambung Iskandar.Ianya menambah gusar di hati Rayyan Mikael.Dia memandang Nuha yang masih lena di dalam kereta dari pandangan cermin hadapan.

"Nanti kita jumpa bro..by the way thanks and sorry susahkan kau malam-malam ni."

"It's okey.Nanti apa hal aku inform kau balik bro..take care."

Keluhan kasar di lepas oleh Rayyan.Gusar memikirkan keselamatan Nuha Qhadeeja.Pintu kereta sebelah pemandu di buka sebelum membolos masuk.Pergerakkan nya mengejutkan Nuha yang lena.

"Kita dekat mana?"

Terpisat-pisat Nuha bertanya sambil melihat sekeliling.Rayyan di sebelah tidak menjawab,dia hanya memerhati perlakuan Nuha.Dia rindu..tersangat rindu kepada Nuha.

"Sayang tak lapar?"

Tanya Rayyan lembut bersama mata redup nya memandang Nuha.

"A little bit.."

Jawab Nuha lambat.

"Balik Villa..Abang masak..okey?"

"Tak..Nuha masak sendiri."

Tolak Nuha sopan.Dia yakin walau sesedap mana pun masakkan Rayyan dia tak akan mampu untuk memasukkan nya ke mulut.Waktu tinggal di Rumah Kasih dan di sekolah di hanya makan biskut dan roti.Tabiat itu di bawa hingga ke sekarang.Dia hanya makan masakkan nya sendiri walaupun sekadar telor mata dan kicap.

"Okey..Abang teman sayang."

Rayyan memahami trauma Nuha yang satu itu.Melihat tubuh kurus Nuha sudah cukup untuk mengambarkan bagaimana sukar gadis itu melalui masa sulit nya yang lalu.

"Selalu kalau dekat luar sayang makan apa?"

Soal Rayyan ingin tahu.

"Roti..biskut ataupun makanan segera yang berbungkus."

Rayyan mengeluh sedikit.Bagaimana tak kurus kalau itu yang di makan setiap hari.

"You must try to out from your trauma sweetheart..Abang tak boleh biarkan sayang terus hidup dalam kenangan yang lepas itu.Semua sudah berlalu.You live in better life now..so let bygone be bygone."

Tutur Rayyan lembut.Cuba meyakinkan Nuha supaya hidup di dalam keadaan dan suasana yang baik.

"She still come and scared me in my dream everynight..Could you tell me how the way i must used to clear it from my mind.."

Nuha berkata perlahan sambil menunduk mengutis kuku nya.Dia tidur dalam ketakutan hampir setiap malam.Mimpi kan Jaidah dan Husin yang ketawa melihat dia meraung kesakitan setiap kali tubuh nya di dera.Mimpi bagaimana dia hampir mati tertelan racun yang di bubuh dalam makanan nya.Semua itu datang setiap kali dia cuba melelap mata nya.

Rayyan mencengkam stereng kereta penuh geram mendengar luahan pertama kali yang keluar dari mulut Nuha.Selama ini gadis itu cukup susah untuk membuka mulut tentang diri nya.

"Abang akan tolong sayang keluar dari semua mimpi ngeri itu..sayang kena percaya kan abang."

"Abang sendiri pun selalu muncul dan hilang dari pandangan Nuha..Macam mana Nuha nak percaya kan abang.."

Nuha menoleh sekilas ke arah Rayyan bersama kata-kata yang selama ini hanya terpendam di dalam hati.

"Tapi Nuha selalu ada di dalam doa abang..Abang yakin Allah akan jaga kan sayang untuk abang setiap kali abang terpaksa tinggal kan sayang."

Rayyan melihat tunang nya yang masih menunduk.

"Sayang tak rindu abang?"

"Kalau rindu pun abang akan selalu tinggal kan Nuha lagi dan lagi.."

"Sayang.."

Panggil Rayyan lembut.Dia kehilangan kata-kata mendengar suara hiba Nuha yang sedang tunduk menahan perasaan.Dia tahu gadis itu kesunyian selama ini.

"Nuha tak tahu sebab apa Nuha pilih abang dan percaya kan abang..kadang-kadang Nuha rasa hati Nuha berbolak-balik..Abang faham kan maksud Nuha?"

"Semua tu bisikkan syaitan..Kalau abang tak sayang kan Nuha abang tak akan ajak sayang bertunang and kita dah nak kahwin kan sayang..Masih ragu-ragu dengan keikhlasan abang?"

"Selagi jasad abang bernyawa abang sumpah cinta abang hanya untuk Nuha.Sejauh mana abang tinggalkan sayang abang akan balik ke pangkuan Nuha.Itu janji abang.."

Nuha Qhadeeja cuma diam membisu.Dia tahu keikhlasan Rayyan terhadapnya cuma perasaan nya yang sering turun naik memikirkan taruhan hidup nya yang akan di serahkan ke tangan lelaki itu.

Rayyan membuka laptop miliknya yang di letak atas meja kopi.Email yang di kirim Iskandar tadi di buka.Terpapar sekeping gambar Nuha yang sedang duduk di sofa.Warna dan pakaian yang sama Nuha pakai sewaktu dia jumpa gadis itu tadi.Ini bermakna gambar itu memang di ambil dari dalam rumah Nuha dan sengaja di tinggalkan di situ.Nombor Iskandar di dail.

"Bro..aku geram betul ni.Kalau dapat memang tak ada maaf lah.Aku cuma nak tahu apa motif dia ganggu tunang aku."

Ujar Rayyan sambil mengetap rahang sehingga tegang urat leher nya.Dia mengepal penumbuk.

"Sabar..aku dan team aku tengah siasat lagi ni.Serah kan semua dekat kami.Aku akan update kau step by step..Kalau dia dah start game kita cuma tinggal main je lah.Stay cool man..Darah tengah manis tu.Tak elok."

Seloroh Iskandar di susuli ketawa kecil sekadar mereda kan amarah Rayyan.Dia kenal Rayyan macam mana.

"Make sure dapat sampai lubang cacing..By smooth or by rude I want him!."

Pesan Rayyan tegas menanda kan dia tidak bergurau dan main-main soal keselamatan Nuha Qhadeeja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience