1 hari
2 hari
1 minggu
2 minggu
1 bulan
2 bulan
Nuha tetap mengira hari demi hari,menanti kepulangan sang suami.Setiap detik dan saat perasaan nya berdebar.Terkadang dia merasa kuat adakala pula dia lemah tak bersemangat.
'Nuha rindu abang..'
Detik hati Nuha sendiri.Dulu dia mampu meninggalkan Rayyan Mikael kerana dia yakin cinta mereka hanya cinta monyet.Namun kini keadaan sudah berbeza.Cinta yang mekar di jiwa nya hanya tumbuh dan subur untuk Muhammad Rayyan seorang.Entah bagaimana dia harus tempuh kehidupan tanpa lelaki itu.
Pintu bilik nya di ketuk dari luar.Terjonggol muka Ammar Raykal di muka pintu.
"Sorry kalau I ganggu Dr.Nuha.."
Ammar terlebih dulu memohon maaf kerana menganggu Nuha yang sedang berehat.
"It's okey..Tak ganggu pun.Ada apa cari Nuha sampai sini?."
Soal Nuha sambil memandang Dr Ammar.Terubat sedikit rindu melihat bayang wajah Rayyan Mikael di dalam muka abang nya.Walaupun sedikit berbeza itu sudah mencukupi.
"I nak kenal kan Dr baru untuk jabatan you.Boleh ke bilik meeting sekejap?"
"Kenapa tak call je Along..Ni sampai datang ke bilik Nuha.Segan la.."
"Saja nak jumpa Nuha sekali..Ermm,Rayyan belum balik lagi?"
Soal Ammar sambil menarik kerusi dan duduk di depan Nuha yang sedang santai bersandar di kerusi nya.Walaupun nampak tenang dia tahu Nuha sedang resah memikirkan Rayyan yang masih belum ada khabar berita.
"Belum..sebelum pergi hari tu dia dah cakap yang tugas dia kali ini lama.Nuha tak kisah,asalkan dia selamat walau dekat mana pun dia.Inshallah sampai masa jika Allah izin kami dapat jumpa."
Ujar Nuha.Dia cuba menerima keadaan sekarang yang menuntut kesabaran tinggi.Selagi hati dia untuk Rayyan dia akan tetap tunggu lelaki itu pulang kepangkuan.Dia tahu Rayyan seorang yang berpegang pada janji.
"Be strong okey..Kalau ada apa-apa call Along direct.Dah jom kita ke bilik meeting,ramai yang menunggu dekat sana."
Dr Ammar berdiri.Dia menoleh Nuha sekilas.Jelas terpapar wajah penat kerana baru habis waktu bertugas.
"Kalau Nuha nak tukar ke section lain bagitahu.Along boleh atur."
"No..Nuha suka dekat ED.Sebab dekat situ Nuha belajar banyak benda,walaupun hampir setiap hari melihat orang bergelut dengan kematian dan kesakitan itu membuat Nuha lebih menghargai apa yang Nuha ada."
Nuha menolak sopan.Walaupun tugas di jabatan kecemasan dan trauma menguji mental dan fizikal namun dia lebih memilih untuk bertugas di situ.
"Cobra!!"
Panggil Rayyan melihat rakannya tertembak di peha.Beberapa das tembakkan di lepas kepada musuh yang akhirnya tewas.Cemas diri nya melihat Cobra terus terbaring.Zaff terus keluar dari tempat yang sepatutnya dia berada.Meluru mendapatkan Uzair.Perbuatannya menarik perhatian musuh.
Beberapa das tembakkan di lepas,membuat Rayyan mula bertindak.
"Wacth out Eagle!!!.."
Rayyan menolak Zaff berlindung di sebalik dinding sambil melepaskan peluru dan mengena musuh.
"Move!!"
Jerit Rayyan kepada pasukannya supaya menerus kan pemburuan musuh.Mereka hampir menjejaki ketua geng South Dragon iaitu Farouk Husin namun di gagal kan oleh orang kanan Farouk yang melepas kan serangan balas secara rambang.Musuh hilang jejak membuatkan Rayyan tidak berpuas hati.Sudah lah itu rakan seperjuangan juga turut cedera di tembak,menambah lagi bara di hati.
Bangunan lama yang terbiar di pinggir bandar menjadi tempat persembunyian geng tersebut.Dengan bantuan penguatkuasa keselamatan Vietnam mereka berjaya menjejaki lokasi.South Dragon sedang merancang untuk ke negara lain setelah melalui negara tersebut.
Pintu markas sementara mereka di tolak kasar melepaskan geram yang terbuku.Tiada siapa yang berani menegur jika Kapten mula naik hantu.Dia terus mendapatkan Zaff yang sedang berdiri menanti nya.
"Aku dah cakap tunggu arahan dari aku!..kalau kau tak boleh ikut,Get out from here!!?"
Tubuh Zaff di tolak kasar hingga rapat ke dinding.Merah padam muka nya memandang Zaff.Addy melihat situasi mulai tegang menghampiri Rayyan cuba menenangkan nya.
"Cool down Leo.."
Addy cuba menarik Rayyan yang seakan mahu menelan Zaff saat itu.Kesilapan yang kecil boleh menyebabkan bermacam-macam bahaya yang lain.Zaff anggota terlatih tak mungkin dia tidak faham.
"Cobra cedera di peha dan sedang menerima rawatan."
Jay Zulkarnain memaklumkan tentang Uzair yang cedera.
"Lock him up!"
Arah Rayyan kepada Addy untuk mengurung Zaff di bilik sebagai hukuman dan peringatan.Tujuan dia cuma satu,mengurung Zaff untuk lelaki itu duduk berfikir apa dan kenapa dia begitu marah dengan kesilapan yang di lakukan Zaff di medan tempur tadi.
"Kau pekak ke?I said lock him up!!!"
Jerit Rayyan kuat memecah suasana yang kian panas.Addy pantas menarik Zaff ke sebuah bilik yang berada di situ dan mengunci Zaff di dalam nya.
"Kapten,you have injured too.."
Ujar Jay Zulkarnain merujuk kepada luka Rayyan di bahagian belakang badan.Rayyan tidak menghiraukan nya dan terus berjalan menonong ke depan.
"Kapten.."
Jay menyeru lagi sambil mengikuti langkah Rayyan yang laju.
"Kalau kau nak cakap pasal luka aku lagi,aku kurung kau macam dia!"
Mencerlung mata Rayyan sambil menghentikan langkah dan berpaling menaikkan jari telunjuk ke muka Jay Zulkarnain yang turut terhenti langkahnya.
Rayyan berpaling pergi tanpa berkata apa lagi.
'Rindu..'
Itu yang terbuku di dalam dada Rayyan Mikael malam itu.Sukar untuk dia lelap kan mata.Dia melakar kasar wajah isteri nya di atas sehelai kertas.Berharap agar dia boleh balik secepat mungkin.Namun tugas mereka semakin hari semakin mencabar.Musuh yang di kejar semakin jauh dari jangkauan.Dengan info yang terbatas sering kali mencabar kesabarannya.Dia seorang yang bukan mudah melenting atau panas baran.Kejadian hari ini bukan kelemahan dari pasukan tetapi dari diri nya yang gagal mengatur gerak dengan baik.Sungguh dia kesal.
"Bro..ada yang tak kena?"
Addy menepuk bahu Kapten merangkap kawan baiknya.Lakaran wajah Nuha di pandang sekilas.Rayyan hanya diam tidak berbicara.Hanya keluhan sedikit kedengaran.
"Sabar..sikit saja lagi.Settle semua kita dah boleh pack barang and then home sweet home."
"Aku tak ada apa lah.Cuma terfikir kan Nuha.Tahan ke dia dengan cara kerja aku ni.Kau bayang kan aku sepatunya bawa dia honeymoon tau,nikah tak sampai 2 hari aku dah terpaksa tinggalkan dia.Aku rasa bersalah.."
Addy menepuk bahu Rayyan cuba menyalurkan semangat kawan yang tengah down.Situasi Rayyan sewaktu bujang dengan sekarang jauh berbeza memandang kan dia sudah mengalas tanggungjawab yang lain.Dia faham apa yang di rasa kan Rayyan walaupun dia sendiri masih memilih untuk membujang.Dia dan Rayyan tak boleh di ganding sebahu kerana dia yatim piatu,tak ada keluarga.Esok belum tentu ada untuk dia.Jadi tujuan dia cuma satu berjuang untuk hidup dan membantu orang lain.Komitmen?Itu yang tak sanggup dia galas.Jika ada wanita yang hadir menuntut komitmen dari nya,wanita itu sedang memilih orang yang salah.
"Nuha dah pilih kau bro makna nya dia faham situasi dan keadaan kau.Aku yakin dia faham."
"Kau macam mana?"
Rayyan mengalih topik sambil berpusing mengadap Addy.Addy tersengih sedikit sebelum duduk di tepi meja.Dia mendongak ke atas.
"Aku macam ni lah..lebih selesa sendiri.Kau pun tahu sejarah hidup aku tak seindah hidup orang lain."
"Sampai bila bro?Sekurang-kurang nya lepas balik operasi ada tempat untuk kau melepas lelah dan penat.Kau percaya lah cakap aku.Allah cipta manusia ni berpasangan,kau juga cakap dekat Zul itu hari kan.Kau ni hati lain mulut lain lah."
Sambil menasihati sempat juga dia mengutuk Addy.Walaupun dia tahu itu tak akan dapat mengubah pendirian Addy namun dia yakin sahabat nya itu mendengar.
"Ada ke bro orang sanggup hidup dengan aku,anak yatim dan tak berkeluarga.Aku takut aku akan seksa hidup anak orang."
"Inshallah..akan ada seseorang yang hadir mengubah hidup kau lebih baik.Aku percaya Allah sedang siap kan seseorang untuk kau."
Giliran Rayyan pula menepuk bahu Addy memberi semangat.Dia tahu Addy orang baik walaupun wataknya agak nakal dan bermulut manis.
"Sampai bila kau nak kurung anak didik kau tu?"
Addy menjuih sedikit muncung nya ke bilik yang menempatkan Zaff.
Rayyan mengeluh.Kepala nya di raup sedikit.Kekesalan yang tadi beransur hilang datang balik kerana Addy.
"Tengah malam nanti kau check dia..Esok pagi aku jumpa."
Suruh Rayyan sambil berlalu ke tempat dia berbaring setiap malam.Tanpa sedar 2 bulan bergelar suami orang maka 2 bulan juga dia meninggalkan isteri nya.
Jay Zulkarnain muncul di muka pintu secara mengejut membuatkan Rayyan yang baru ingin berbaring dan Addy yang baru saja ingin keluar dari situ terkejut.
"Base baru hantar location terkini.."
Jay Zulkarnain menyerah monitor kepada Rayyan yang sudah bangkit semula.
"Kumpul semua Alpha kecuali Cobra.Kita kena bincang plan.Pasti kan kali ini tiada yang lolos."
Arah Rayyan kepada Jay Zulkarnain.
"You shift malam ke hari ni?"
Nuha memandang ke sebelah.Dr baru yang di tempatkan di unit nya sedang menegur sambil menadah air minum dekat dispenser.Tiada siapa lagi di situ kecuali mereka berdua.Dia sudah kenal lama dan sebab kan itu dia masih terkejut melihat kemunculan lelaki yang pernah sama-sama berkhidmat di hospital kerajaan dulu.
"Hurnmm tak..cuma I ada kerja yang nak kena settle sebelum pagi esok."
Nuha menjawab sambil berjalan keluar bersama sebungkus roti miliknya dan secawan nescaffe 3 in 1.
"Tak sangka kita jumpa dekat sini.Seingat I you lama kan dekat Pahang,kampung you.I ingat you masih stay sana."
Terhenti seketika Nuha yang sedang berjalan.Dr Zarif yang berada di belakang nya turut berhenti.Nuha berpaling.Dia berharap Zarif berhenti setakat itu saja membuka cerita perihal lama dulu.
"Dah tak ada siapa pun dekat sana lagi."
"Makcik dan pakcik You?"
Soal Zarif lagi,air yang di bawa tadi di letak atas meja.
"Maaf..I ada kerja.Nanti jumpa lagi."
Nuha tidak menjawab soalan Zarif.Cepat dia keluar dari pantri.Dada nya mula sesak.
Zarif memerhati langkah Nuha dari belakang.Wanita itu masih Nuha yang sama.Susah di gapai.Dia tersenyum sedikit kerana berjaya menemui Nuha.Bertahun dia cuba menjejaki Nuha Qhadeeja sejak wanita itu berhenti dari hospital lama.
Nuha mengeliatkan badan sedikit,tekak nya pula terasa kering.Dia berbalik ke kanan katil dengan malas.Namun pergerakkan nya terbatas,dia merasa berat di bahagian pinggang.Pantas dia bangkit sedikit memeriksa.Dalam samar lampu meja dia melihat wajah suami yang di rindui sedang lena sambil memeluknya dari belakang.
'Bila dia balik..Aku langsung tak sedar.'
Nuha berbisik di dalam hati.Dia menatap muka Rayyan yang bersih dan cerah itu.Terubat rindu yang mengunung.
Tangan kanan di capai dan di cium lama.Airmata mula merebes.Perbuatannya menyedarkan Rayyan dari lena.Mata lelaki itu terbuka sedikit melihat isterinya.Dia lantas tersenyum kepada Nuha.
"Sayang.."
Seru Rayyan dengan suara sedikit serak.Nuha memandang Rayyan.
"Bila abang balik,kenapa tak kejut Nuha?"
"Tadi pukul 1 pagi..Abang tengok Sweetheart lena,so abang tak nak kacau."
Nuha menoleh sekilas melihat jam dinding yang menunjukkan waktu sudah masuk pukul 4.30 pagi.Bermakna sudah tiga jam Rayyan tidur di sebelahnya.
Nuha memeluk Rayyan dengan rasa teruja.Melepaskan rindu yang sekian lama terkumpul.Tindakkannya yang spontan tak sempat di tegah Rayyan yang sedang menahan perih kerana ada luka di bahagian belakang.
"Kenapa Abang?"
Soal Nuha melihat muka Rayyan yang sedikit berkerut.
"Sakit belakang sayang.."
Ujar Rayyan perlahan.Dia bangkit bersandar di kepala katil sambil menarik Nuha ke dalam pelukkannya.Dia tahu Nuha rindu kepadanya.Dia tidak salah kan Nuha atas tindakkan tadi.Wajarlah jika isteri nya itu rindu.Dua bulan bukan waktu yang singkat.
"Abang luka lagi?"
"Sikit je..don't worry okey."
Sisi pipi Nuha di elus manja.Menyingkir kerisauan di wajah Nuha Qhadeeja.Nuha menyuruh Rayyan berbalik badan dengan isyarat mata.Dia tidak puas hati jika tidak memeriksa sendiri.Rayyan yang tahu peel isterinya hanya menurut.
Lebam sebesar penumbuk dan kesan tergores terkena benda tumpul di belakang badan Rayyan di periksa Nuha.
"Terkena apa ni Abang?"
"Tak tahu sayang..Abang langsung tak sedar bila abang terluka."
Jujur Rayyan.Dia yakin luka itu dia dapat sewaktu menyelamatkan Zaff dari terkena tembakkan.
Nuha turun dari katil mendapatkan first Aid yang memang sentiasa ada di dalam bilik itu.
"Sayang..biar la dulu.Abang nak tidur sambil peluk sweetheart."
Rayyan menegah Nuha dari merawat luka nya.
"Sekejap je Abang.Nanti lambat baik.Abang nak jalan macam robot ke?Nasib baik tak teruk."
Bebel Nuha sambil mula menyapu ubat.Rayyan mengalah,tahu dia akan kalah.
Share this novel