Part 2

Romance Series 14737

"Nuha..awak tahu kan saya sayang awak"

Ucap Rayyan Mikael sambil duduk mencabut rumput di padang Rumah Kasih.Budak lelaki berumur 17 tahun itu melihat gadis yang mengikat rambut toncang kuda di sebelah nya.

"Awak kan dah nak SPM,fokus dekat pelajaran dulu.Sekarang saya tak nak fikir apa-apa pasal hubungan kita."

"Janji dengan saya awak akan stay dekat Rumah Kasih ni sampai bila-bila. Kalau terpaksa merayu dekat Bonda pun saya sanggup asal kan awak terus ada dekat sini."

Rayyan Mikael menatap Nuha Qhadeeja menagih janji.Dia betul-betul sayang dekat Nuha sehingga sanggup tinggal di Rumah Kasih walaupun dia anak Pengasas Rumah itu.

Nuha membalas tatapan Rayyan dengan pandangan kosong.Walaupun dia tahu lelaki di hadapannya ikhlas namun sampai bila dia harus berpaut di bahu Rayyan Mikael.Sudah jelak juga dia mendengar ejekkan dan sindiran beberapa orang rakan di situ yang menuduh dia mengambil kesempatan terhadap Rayyan.

"Kenapa diam?"

"Entah la..saya tak berani nak janji apa-apa."

Hambar saja jawapan dari Nuha.Dia sedar diri siapa dia dan siapa Rayyan Mikael di sebelahnya itu.Rayyan mempunyai keluarga yang sempurna sedangkan dia hanya anak 'haram' yang di kutip di lorong seperti kata Jaidah,emak saudara nya sendiri.

Hon kereta di belakang memati kan lamunannya.

"Melamun apa anak Bonda ni sampai lampu hijau pun tak sedar."

Puan Sri Khaleeda melirik anak bujang di sebelahnya yang dari tadi diam tak bercakap seperti selalu.Sakit kah dia?.

"Tak ada apa la bonda,baru terasa penat sikit."

"Itu la tadi bonda suruh rehat tak nak.Nanti sampai rumah terus tidur."

"Bonda kenal ke Dr Nuha tadi?"

Tanya Rayyan Mikael tiba-tiba.

"Kenapa tak kenal,dari umur dia 12 tahun dia tinggal dekat Rumah Kasih tu.Tapi tak sangka kan keluar aje dari situ Bonda ingat dia dah lupa kan Rumah kasih tapi tidak.Selalu juga Che siti cakap Nuha datang melawat.Tengok sekarang dah berjaya jadi doktor pun.Dulu dia kerja hospital kerajaan lepas tu dia berhenti,kebetulan jumpa denga Bonda tahun lepas Bonda suruh along ambil dia kerja dekat Tawa'qal.Sejak itu la dia selalu ulang alik ke Rumah Kasih."

Terasa seperti pisau membelah dada.Kenapa selama ini hanya dia yang tidak tahu apa-apa.Nuha yang di cari tidak jauh dari nya.Namun dia yang alpa dengan sekeliling.Tapi dia bersyukur setidaknya hari ini Allah menemu kan Nuha dan dia lagi.Nasib dia tergerak hati ingin mengikut Bonda ke Rumah Kasih.

"Bonda tahu..kerana Nuha lah Rayyan minta nak tinggal dekat Rumah Kasih dulu."

Rayyan Mikael membuka cerita.Puan Sri Khaleeda memandang Rayyan.

"Oh my god..Nuha yang buat you tak tentu arah dulu tu?"

Mata Puan Sri terbuntang.Hari ini baru dia tahu siapa yang membuat anak bujang nya yang ceria berubah pendiam.Rayyan mengangguk perlahan.

"Dia lah orangnya bonda..hanya dia yang ada dekat hati Rayyan ni."

"Tapi tadi dia cakap dia tak kenal Rayyan.."

"Itu hanya alasan dia bonda..ada sesuatu yang perlu Rayyan selesai kan dengan dia."

"Apa pun itu..selesai kan dengan elok.Bonda tahu Nuha perempuan yang baik,sopan dan hormat orang tua.Kalau Rayyan betul suka kan dia usaha dapat kan kembali.Bonda doa kan yang baik-baik ya."

Puan Sri Khaleeda mengusap tangan Rayyan yang di genggaman nya.Tiada apa yang membahagiakan seorang ibu selain melihat anak nya juga bahagia.

HOSPITAL TAWA'QAL

Nuha menghenyak punggung di atas kerusi empuk di biliknya.Balik dari Rumah Kasih satu apa kerja pun dia tidak dapat laku kan.Hati nya resah.Apatah lagi bila teringat muka kecewa Rayyan Mikael.Lelaki itu tak salah,dia yang salah.
Memilih kembali ke Rumah Kasih dan bekerja di hospital milik abang kandung Rayyan Mikael juga adalah salah nya.

"Kenapa Dr dari tadi saya perhati resah semacam je?"

Jururawat Aida bertanya sambil menyusun kertas rekod kesihatan pesakit di atas meja nya yang sedikit bersepah.

"Saya kurang sihat sikit..Dr Ammar ada dekat bilik dia tak?"

"Tadi ada..kenapa Dr,nak saya panggil dia?"

"Tak..tak.Saya nak minta half day.Kalau Dr Ammar ada senang sikit.Tak apa..nanti saya jumpa dia sendiri."

Ujar Nuha sambil melambai tangan beberapa kali.Dia bingkas bangun menuju ke bilik Dr Ammar Raykal.Di ketuk perlahan sebelum di arah masuk.

"Yes Dr Nuha Qhadeeja yang manis,what I can do for you?"

Tanya Ammar sambil berseloroh seperti kebiasaannya.

"Boleh saya balik awal hari ni?"

"Why?Tiba-tiba..Nuha tak sihat ke?"

Ammar membetulkan kedudukkan badan dari bersandar ke menegak.Mata nya tidak lari dari memandang Nuha Qhadeeja.

"Nuha rasa pening sikit je,mungkin tadi tunggu grab lama sangat."

Pantas dia mencipta alasan walaupun sedikit tidak masuk akal.

"Kenapa tak call,I boleh je jemput tadi."

"It's okey,Nuha tak nak susah kan Dr.But I'm really need to go back home."

"Yes sure you can go..Nanti apa-apa call I terus okey?"

Pesan Ammar sebelum melepaskan Nuha pulang ke rumah.

Handbag yang di bawa ke tempat kerja tadi di hempas ke sofa.Dia terus berbaring merehatkan diri.Sakit kepala mula berdenyut.Banyak hal yang bergabung di dalam kepala nya.
Raut wajah Rayyan Mikael berlegar kembali di layar fikiran.Lelaki itu masih tampan seperti dulu,tak banyak yang berubah kecuali tubuh nya tegap dah gagah.Jiwa perempuan nya bergetar.Tipu jika dia tidak merindui Rayyan Mikael yang dulu setia menemani hari-hari membosankan di Rumah Kasih.

"Rayyan..boleh saya tanya satu soalan?"

Nuha menoleh Rayyan yang elok bersandar di belakangnya sedang kusyuk membaca komik yang baru di beli.

"Tanya lah..apa dia?"

"Apa yang awak suka dekat saya?"

Rayyan menutup komik yang tadi ralit di baca.Soalan Nuha menarik minatnya.

"Eemm apa ya.."

Nuha berbalik tubuh mengadap Rayyan yang sedang pura-pura berfikir.

"Jawab la elok-elok jangan main-main."

Tukas Nuha sambil memasang muka serius.
Rayyan ketawa sedikit setelah melihat wajah Nuha yang cemberut.

"Awak baik..cantik..rajin..emmm..apalagi ya."

Dagunya di ketuk mengunakan jari telunjuk.

"Tapi saya tak ada mak ayah..makcik saya cakap saya anak 'haram'."

Tiba-tiba Nuha berkata sesuatu yang membuat Rayyan terhenti niat untuk bergurau.

"Heii..kenapa cakap macam tu.Kan awak ada saya..ada che siti ada bonda dan ayah.Peduli kan makcik awak yang jahat tu."

Tegas suara Rayyan tidak senang mendengar kata-kata Nuha tadi.Bukan marah kan Nuha tapi marah kan mak cik Nuha yang tidak berhati perut itu.
Nuha seperti biasa akan mengalirkan airmata.Dari kecil dia di panggil anak haram oleh saudara nya sendiri.Hidupnya sebelum di bawa ke Rumah Kasih seperti berada di dalam neraka dunia.Di pukul tak di bagi makan.Di suruh kerja cari duit.
Nasib dia baik sewaktu melari kan diri dari rumah makcik Jaidah di terserempak dengan Puan Sri Khaleeda dan Tan Sri Hisham.Dia di bawa ke Rumah Kasih.Bertahun dia hidup di dalam trauma.Tak suka berjumpa dengan orang.Sehingga lah Rayyan hadir.Lelaki itu tidak berputus asa untuk mendekati walaupun berkali-kali Nuha menolak untuk berkawan dengan nya.
Kebaikkan dan kesabaran Rayyan membuatkan dia selesa dan akhirnya mereka berdua berkawan rapat sehingga Rayyan sanggup minta Bonda nya membenarkan dia duduk dan bersekolah di Rumah Kasih itu.

"Oiii si gedik tak sedar diri.Kau ingat kau cantik sangat ke nak rapat dengan Rayyan?Dia baik dengan kau pun sebab dia kesian kan kau lah."

Hendik senior yang bernama Haila rapat di muka nya sewaktu mereka berpampasan di depan tandas.Satu sekolah tahu yang si Haila menaruh hati dan tergila-gila kan Rayyan Mikael walaupun sudah jelas lelaki itu menolak nya mentah-mentah.

"Aku dengan Rayyan tak ada apa-apa lah."

Jawab Nuha perlahan.Jelas dia takut di hendik begitu.Muka nya langsung tidak berani di angkat.

"Bagus..kalau tak ada apa-apa.Kau ingat ehh kalau aku nampak kau dekat lagi dengan Rayyan siap kau.Dasar anak pungut tak sedar diri!..tuiih."

Haila menghina Nuha sepuas hati sebelum berlalu pergi meninggalkan Nuha yang tersedu-sedu menahan tangis.Dia berlari masuk ke tandas semula dan menangis semahunya.Habis di rentap tudung sekolah yang di pakai.Tak sudah-sudah dia di hina.

"Nuha...keluar.Saya dekat luar ni"

Suara Rayyan memanggil dari luar tandas sekolah menambah rasa sakit di dada nya.Kenapa lelaki itu selalu ada di waktu dan saat dia memerlukan seseorang.Mengenangkan apa yang di pesan Haila membuatkan dia tidak jadi melangkah keluar mendapatkan Rayyan yang masih setia menunggu nya.
Dada nya mulai terasa berat dan di merasa mual ingin muntah.Dia di serang panic tiba-tiba dan rebah tidak sedar kan diri.

Tersentak diri nya kembali ke alam nyata kerana bell rumah berbunyi.Dia berkira-kira ingin membuka kerana sepanjang dia tinggal di situ hanya Ammar Raykal saja yang tahu alamat rumahnya.
Dia memeriksa melalui monitor yang terpasang di tepi pintu.
Seorang lelaki berdiri mengadap belakang.Siapa?
Ammar?Mesti dia akan call dulu.
Lambat-lambat Nuha berani kan diri menekan tombol pintu.
Terkuak saja daun pintu jelas terpampang wajah yang baru tadi berlegar di dalam kepalanya.

"Rayyan.."

Panggil Nuha tanpa sedar.Lancar saja dia menyebut nama itu seperti tiada apa yang pernah berlaku sebelum ini.
Lelaki itu menatapnya tajam tapi penuh bergaya.

"Tadi cakap tak kenal saya.."

Usik Rayyan Mikael dengan wajah tenang dan datar.

"Awak nak apa cari saya,mana awak tahu saya tinggal dekat sini?Awak ikut saya ke apa?"

Soal Nuha bertubi-tubi dengan satu nafas.

"Kuala Lumpur ni tempat lahir saya,nak cari awak bukannya susah pun."

Bohong Rayyan,sedangkan bertahun dia cuba menjejaki gadis ini namun tak pernah jumpa.Tapi biarlah itu menjadi rahsia dia sendiri.Dia berterima kasih kepada Ammar yang sudi membantu walaupun hampir sejam juga dia merayu plus terpaksa membuka cerita tujuan dia mencari Nuha.

"Awak balik lah,tak elok nanti jiran saya nampak awak berdiri dekat depan rumah saya ni."

"Saya nak jumpa awak..ingat saja-saja ke saya datang ni?"

"Saya tak nak..dan dah tak ada apa keperluan pun untuk kita jumpa."

Tolak Nuha keras,sekeras hati dia cuba untuk tidak bertaut mata dengan Rayyan Mikael.

"10 minit pun jadi lah.."

Seorang Rayyan Mikael sedang merayu.Kalau tahu dek rakan setugas setahun dia kena kecam.Mana Rayyan yang hebat melawan musuh depan perempuan lemah lutut.Mana nak letak muka.

Setelah berfikir panjang,akhirnya Nuha mengalah.Entah kenapa dia sendiri rasa dia perlu duduk bercakap dengan lelaki ini.

"Tunggu saya bersiap sekejap."

Ujar Nuha sebelum menutup pintu kuat kerana sebal.Sakit hati dengan sikap keras kepala Rayyan yang tak pernah berubah.
Rayyan Mikael tersenyum meleret kerana berjaya meleburkan keegoan gadis kesayangannya itu.

Nuha kekok berada di sebelah Rayyan.Tambahan pula lelaki itu hanya diam sejak mereka berdua masuk ke dalam kereta.

'Tadi dia yang beria nak jumpa aku,dah jumpa diam membisu'

Gerutu Nuha di dalam hati.Sesekali dia melirik Rayyan yang mengenakan t-shirt berkolar warna biru gelap dan seluar jeans berona biru cerah.Sesuai dengan kulit nya yang sawo matang.Lengan nya yang kekar dan pejal menarik mata Nuha dari berganjak.

"Dah puas tilik?"

Nuha tersedak liur sendiri apabila perbuatannya di tangkap Rayyan.

"Awak nak bawa saya ke mana sebenarnya?"

Dia cuba mengalih topik walaupun dia tahu muka nya sudah pun bertukar kaler.

"Makan.."

"Saya tak nak makan.."

Jawab Nuha spontan.Bukan lelaki itu tak tahu yang dia tak makan sebarang makanan luar kerana pernah cuba di racun makcik Jaidah waktu kecil.

"Kalau tak nak sudah..teman kan saya makan."

Rayyan tahu cara untuk melayan gadis degil dan keras kepala macam Nuha.Dia hanya perlu bersabar dan ikut bermain dengan gadis itu.

'Tak romantik langsung..tolak 10 markah!'

Kutuk Nuha di dalam hati.Lelaki itu tetap tenang memandu tanpa menoleh langsung kepadanya.Dalam diam dia rindu..rindu teramat.Tapi apa kan daya semua telah berlalu.Jurang antara mereka juga semakin jauh terpisah.

Sepinggan spaghetti seafood terhidang di depan mata nya.Bukan dia yang pesan tapi mamat peti sejuk beku yang sedang enak menikmati makanan itu yang pesan.

"Tadi dah cakap tak nak makan..awak pesan ni untuk apa."

Tutur Nuha sambil menolak pinggan ke tengah meja.
Rayyan tetap selamba mengambil pinggan yang di tolak tadi dah terus menyuap ke mulut.Terdiam Nuha dengan mulut sedikit terbuka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience